Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN


PN.G.CHANDRIKA GURU BESAR SJKT KEM ASKAR MELAYU

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat dating untuk semua.

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan


G.Chandrika Guru Besar SJKT Kem Askar Melayu.

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih kepada bekas


murid yang membuat persembahan melam dan nadaswaram
sebentar tadi.

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh


bermakna kita raikan Majlis Persaraan
Puan G.Chandrika Guru Besar SJKT Kem Askar Melayu.
Salam Sejahtera dan Salam PD Win

Yang Berusaha Encik Mohammad Azwar Iqbal Bin Tahir


Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Port
Dickson
Yang Dihormati Yang Diraikan Puan G.Chandrika Guru Besar
SJKT Kem Askar Melayu
Yang Dihormati Encik Muniandy , Yang Dipertua PIBG SJKT
Kem Askar Melayu.
Yang dihormati pegawai pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan, pegawai pegawai ppd Daerah Port Dickson, Daerah
Seremban, Daerah Jempol dan Jelebu, Daerah Kuala Pilah,
Daerah Tampin dan Daerah Rembau, Pegawai pegawai PKG
Port Dickson, Para Guru Besar SJKT, SJKC dan SK daerah
Port Dickson, Para Guru Besar SJKT di seluruh Negeri
Sembilan, Tetamu tetamu khas, Ahli Keluarga Yang Diraikan,
AJK pibg SJKT Kem Askar Melayu, Guru guru SJKT Kem
Askar Melayu seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat
yang sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Persaraan Puan G.Chandrika Guru Besar SJKT Kem
Askar Melayu.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Saya sembah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, majlis menjemput murid V.Abineswari untuk
menyanyikan thevaram. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan penghargaan kepada Abineswari atas
nyanyian thevaram itu tadi.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian klasik


India oleh murid Nandha Devi. Dengan segala hormatnya di
persilakan.

Majlis merakamkan penghargaan kepada Nandha Devi atas


persembahan tarian klasik itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Puan
G.Chandrika sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar SJKT Kem
Askar Melayu.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan


kepada yang dihormati Encik Muniandy YDP PIBG untuk
menyampaikan ucapan aluannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Encik


Muniandy YDP PIBG atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan Veenai daripada
bekas murid Limisha Muniandy. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan kepada Limisha Muniandy


atas persembahan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan


kepada yang dihormati Tuan Pegawai PPD untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Pegawai


PPD atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


tayangan video sempena persaraan Yang Diraikan Puan
G.Chandrika Guru Besar SJKT Kem Askar Melayu.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


tayangan video sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-
mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber
inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Puan G.Chandrika Guru Besar
SJKT Kem Askar Melayu. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan. Majlis turut
menjemput YDP PIBG Encik Muniandy dan isterinya serta
NYDP PIBG Pn.Manimala untuk memberi penhormatan
kepada Yang Diraikan dengan mengalung ponnadai dan maalai.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Puan G.Chandrika atas ucapan
itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
pada hari ini iaitu Puan G.Chandrika.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan kepada Encik Muniandy,untuk
mengiringi Yang Diraikan Puan G.Chandrika Guru Besar SJKT
Kem Askar Melayu untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil pentadbir SJKT Kem Askar Melayu.

Dipersilakan wakil daripada pentadbir Pn.Nurul Huda.

Seterusnya Majlis mempersilakan Pn.S.Geeva untuk


menyampaikan cenderamata mewakili guru-guru SJKT Kem
Askar Melayu.

Sekarang kita jemput Yang Dihormati Encik Muniandy, Yang


Dipertua PIBG untuk menyampaikan cendamata kenang-
kenangan kepada yang diraikan Puan G.Chandrika.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan G.Chandrika.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Puan G.Chandrika atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Puan G.Chandrika kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan Puan G.Chandrika bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka


khusus buat yang diraikan Puan G.Chandrika Guru Besar
SJKT Kem Askar Melayu.

Salam Sejahtera pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

Puan Chandrika panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Puan Chandrika kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru besar yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu guru besar tak mungkin dilupa
Pemergianmu guru besar kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun guru besar tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga guru besar sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Tuhan sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku


pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Sekian sahaja, salam hormat.

Anda mungkin juga menyukai