Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PROGRAM KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS


DAERAH KUALA KANGSAR 2018

TINDAKAN TEKS
Muzik dimainkan
Setelah mendapat isyarat, muzik dihentikan untuk pengumuman.

Para hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin


Dilla
mengambil tempat masing-masing.

Terima kasih.
Para tetamu mengambil tempat

Para hadirin yang dihormati.

Bagi memastikan kelancaran program pada pagi ini, majlis ingin

memaklumkan kepada para hadirin, bahawa telefon bimbit anda perlulah


Muizz
berada di dalam keadaan mode senyap atau di matikan. Hadirin diminta

untuk berdiri apabila ketibaan tetamu kehormat diumumkan.

Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih

VIP BERSEDIA UNTUK MASUK KE DEWAN


SETELAH DIBERIKAN ISYARAT
Mengumumkan ketibaan yang berusaha Tuan Safuan B. Hj Raba’ai,

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dengan diiringi oleh tetamu-


Muizz
tetamu jemputan.

Hadirin diminta berdiri.


Muzik gamelan dimainkan

Perarakan masuk

Muzik gamelan diperlahankan


Setelah tetamu kehormat dan semua hadirin duduk muzik gamelan dihentikan

Berikan Tepukan Gemuruh kepada pasukan tarian dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Raja Muda Musa di atas tarian yang begitu berwarna


Muizz
warni sekali. Tarian yang kita saksikan tadi adalah Tarian Selamat

Datang yang telah disertai oleh murid-murid Pendidikan Khas

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa.

LAGU NEGARAKU BERSEDIA

Seterusnya, hadirin di minta berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu

Negaraku.
Muizz

SETELAH LAGU NEGARAKU DINYANYIKAN


Dilla

Majlis mengucapkan terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk


Kebaya Perak indah sulaman,

Tampak Manis dipakai puteri,

Selamat datang kami ucapkan,

Semoga majlis tambah berseri.

Bismillahhirraahmaannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

 Yang Berusaha Tuan Safuan Bin Haji Raba’ai, Pegawai Pendidikan

Daerah Kuala Kangsar

 Yang Dihormati, En Hamzah Bin Mohd Daud, Penolong Pegawai

Pendidikan Daerah Pendidikan Khas/Pemulihan

 Yang dihormati Tuan . Haji. Mohd Zabidi Bin Mohd Zain Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa selaku Tuan

Rumah Program Karnival Kemahiran Daerah Kuala Kangsar

 Yang Dihormati

Tuan______________________________________

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 Yang Berbahagia Datuk Mohd Kamil B. Datuk Shafie

Yang dihormati

Pengetua-pengetua, guru besar-guru besar, wakil guru besar, penolong-


penolong kanan Pendidikan Khas, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid

dan para peserta Program Karnival Kemahiran, seterusnya hadirin

sekalian.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kehadiran Yang

Berusaha, Tuan Safuan Bin Haji Raba’ai, Pegawai Pendidikan Daerah

Kuala Kangsar kerana sudi bersama-sama memeriahkan Program

Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar 2018.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya

maka Majlis pada tgh hari ini dapat dilangsungkan.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian,

Karnival Kemahiran Murid Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar

adalah salah satu cara untuk menonjolkan bakat dan menguji kemahiran

masing-masing di dalam menghasilkan sesuatu reka cipta atau gubahan.

Tahun 2018 merupakan tahun ke-2 karnival ini dilaksanakan dan tema

pada tahun ini adalah ”Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.


Ustaz bersedia untuk bacaan doa

Para hadirin sekalian.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput al-Fadhil
Dilla
Ustaz Mohd Dzahir Bin Mat Noor untuk menyempurnakan bacaan doa.

Dipersilakan.

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Dzahir

Dilla Bin Mat Noor diatas bacaan doa itu tadi. Semoga kita semua sentiasa

berada dalam limpahan kurnia dan rahmat Allah SWT.

Ucapan Pengerusi Pengelola Karnival Kemahiran


Dilla

Emas tempawan buat puteri,

Busana indah tampil bergaya;

Sudilah tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata pujangga

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd


Zabidi B. Mohd Zain, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja

Muda Musa merangkap Pengerusi Pengelola Karnival Kemahiran

Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Tn Hj Zabidi

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Zabidi B. Mohd

Dilla Zain, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di atas

ucapan sebentar tadi.

Perasmi bersedia untuk ke rostrum

Muizz

Para hadirin sekalian.

Bukanlah kapal tanpa nakhodanya,

Bukanlah guru tanpa muridnya,

Bukanlah majlis tanpa azimatnya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERUSAHA


Tuan Safuan Bin Haji Raba’ai, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah

Kuala Kangsar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

perasmian penutupan bagi Program Karnival Kemahiran Pendidikan khas

Daerah Kuala Kangsar 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tuan PPD memberikan ucapan

Muizz Pohon selasih di tengah laman,

Tumbuh menyelit sibunga kekwa,

Terima kasih tuan budiman,

Semoga azimat berbekas di jiwa

Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada YANG BERUSAHA Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala

MUIZZ Kangsar diatas ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan sebuah

DILLA persembahan Perkusi Bahan terbuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan

Raja Muda Musa. Dipersilakan.


DILLA Terima Kasih Daun Keladi di atas persembahan itu tadi. Untuk

pengetahuan hadirin sekalian, perkusi bahan terbuang adalah alatan muzik


yang telah dikitar semula dari bahan terbuang.

UCAPAN KETUA HAKIM


Hadirin Sekalian,

DILLA Majlis diteruskan dengan ucapan daripada ketua hakim En.

_______________________________. Dengan ini majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.


DILLA

AJK Sijil bersedia


Pengurus Penerima Hadiah bersedia untuk mengarahkan pelajar-pelajar beratur

mengikut Kategori:

1- Sekolah Rendah

2- Sekolah Menengah
PEMENANG-PEMENANG BERBARIS

TUAN PPD BERSEDIA UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH

DILLA Cantik si dara memakai celak,

Berkurung kedah sulam suasa,

Kini tiba acara kemuncak,

Acara dinanti, debaran di jiwa.

Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan acara yang dinantikan-

nantikan iaitu acara penyampaian sijil dan hadiah.


Untuk menyempurnakan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan

Tuan.Haji. Mohd Zabidi Bin Mohd Zain untuk menjemput dan mengiringi

Muizz YANG BERUSAHA Tuan Safuan Bin Haji Raba’ai Pegawai

Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, untuk menyampaikan sijil dan

Hadiah. Dipersilakan

TUAN PPD NAIK PENTAS

Muzik dimainkan

Majlis penyampaian Sijil dan hadiah dimulakan dengan penyampaian sijil

penghargaan kepada Ketua Hakim sebagai mewakili jemaah hakim

Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar 2018. Majlis

mempersilakan.

Seterusnya diumumkan Pemenang-pemenang bagi Kemahiran

Muizz

Dekorasi Pulut Kuning

Sulaman Manik

Gubahan Buah-buahan

Gubahan Tuala
Reka Cipta Bunga Telur

PESERTA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

Hadirin Sekalian

Majlis diteruskan lagi, bagi kategori Sekolah Menengah. Untuk

pengetahuan hadirin sekalian, 6 kemahiran telah dipertandingkan iaitu.

DILLA Ukiran Labu Sayong Tradisional


Rekacipta Tengkolok Diraja
Masakan Tempoyak Perak
Dekorasi Pulut Kuning
Solekan Kecantikan Puteri Raja Perak & Kostum

DILLA Pemenang bagi kemahiran

Ukiran Labu Sayong Tradisional

Rekacipta Tengkolok Diraja

Masakan Tempoyak Perak

Dekorasi Pulut Kuning

Solekan Kecantikan Puteri Raja Perak dan Kostum


Majlis merakamkan ucapan terima Kasih kepada Yang Berusaha, Tuan

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar di atas kesudian

menyampaikan hadiah sebentar tadi.


PENUTUP MAJLIS
MUIZZ Hadirin yang dihormati sekalian.

Demikianlah tadi berakhirnya majlis kita pada hari ini.

Pakai kebaya tampaknya indah,

Teruna terpana, terpikat jangan

Majlis kita berakhir sudah,

Salah kata disimpan jangan,

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

YANG BERUSAHA, TUAN SAFUAN B. HJ RABA’AI Pegawai

Pendidikan Daerah KUALA KANGSAR serta tetamu jemputan, Pengetua-

pengetua, guru besar-guru besar serta wakil di atas kesudian bersama-sama

menyempurnakan majlis pada hari ini

DILLA Kepada pemenang-pemenang, sekalung TAHNIAH diucapkan dan bagi

yang tidak mendapat tempat teruskan usaha anda.


Kami berdua memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata dan

bicara sepanjang kami mengendalikan majlis kita pada hari ini.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Insyallah bersua lagi.

MUIZZ & Akhir kalam dari kami, ASSALAMUALAIKUM W.B.K.

DILLA

Anda mungkin juga menyukai