Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

PERKARA PERNYATAAN CATATAN

KETIBAAN YANG DIRAIKAN Mengumumkan ketibaan Cikgu Jakiah binti Ahmad diiringi
barisan pentadbir dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota
Masai.

BACAAN YASIN DAN DOA Majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Muhammad Yasir bin
SELAMAT Zainal Abidin untuk memimpin bacaan yasin dan doa selamat.
Dipersilakan.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

1. Yang berusaha, Puan Hajah Noor Malawati Bt Aspan


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

2. Yang diraikan, Cikgu Jakiah binti Ahmad

3. Barisan guru penolong kanan

4. Para guru
5. Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

1
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

KATA-KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,.


PENGACARA
Anak Cina main gelombang,
Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Puan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Hadirin,
Bagi meraikan seorang insan yang begitu banyak menabur
jasa, bakti dan budi di sekolah ini, majlis yang tidak seberapa ini
tidaklah dapat menandingi insan hebat bernama Cikgu Jakiah
binti Ahmad.

Insan ini mula mengorak langkah di Sekolah Kebangsaan Kota


Masai pada tahun 2004 dan kini tahun 2023 merupakan detik
pengakhiran beliau bergelar seorang pendidik yang cukup
indah untuk dipatrikan. Sekalung penghargaan buat Cikgu
Jakiah binti Ahmad kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis
sekalung budi kenangan abadi yang begitu istimewa ini.

2
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis


menjemput dan mempersilakan, Al Fadhil Ustaz Muhammad
Syahid Rushdan bin Azha untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR Hadirin yang dikasihi,

Majlis terus beranjak ke atur cara seterusnya iaitu ucapan Puan


Guru Besar.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang


berusaha, Puan Hajah Noor Malawati binti Aspan, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima


kasih atas kesudian Puan Guru Besar menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

3
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

TAYANGAN MONTAJ Para tetamu yang dihormati,

Sudah teradat anak jati,,


Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita saksikan persembahan montaj


yang telah disediakan. Dipersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Untuk


pengetahuan hadirin, persembahan montaj sebentar tadi
merupakan gabungan persembahan puisi dan video
iringan mengenai insan yang diraikan pada hari ini.
Terima kasih diucapkan.

4
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

UCAPAN YANG DIRAIKAN Hadirin yang dikasihi,

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan


daripada insan yang diraikan pada hari ini.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Jakiah binti Ahmad
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


Cikgu Jakiah yang diraikan menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH & Hadirin yang dikasihi,


CENDERAMATA Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah
daripada setiap aliran.

Dipersilakan,

Yang diraikan, Cikgu Jakiah binti Ahmad untuk tampil bagi


menerima cenderamata sebagai simbolik kenangan.
Dijemput,
Wakil dari unit prasekolah.
Wakil dari aliran Tahun 1
Wakil dari aliran Tahun 2

5
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

Wakil dari aliran Tahun 3


Wakil dari aliran Tahun 4
Wakil dari aliran Tahun 5
Dan wakil dari aliran Tahun 6

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


insan yang diraikan kerana sudi menerima
cenderamata dari warga Sekolah Kebangsaan Kota
Masai.

SESI BERSALAMAN Para guru dan murid yang dihormati,

Majlis kita diteruskan dengan sesi bersalaman Cikgu


Jakiah binti Ahmad bersama murid-murid Sekolah
Kebangsaan Kota Masai.

Dipersilakan Cikgu Jakiah binti Ahmad untuk memulakan


acara bersalaman.

Didahului dengan murid-murid tahun 4. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan murid-murid tahun 5.

Dan dipersilakan murid-murid tahun 6.

6
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

SESI BERGAMBAR Hadirin yang dikasihi,

Kita beralih ke atur cara bergambar sebagai tanda kenangan.


Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan insan yang
diraikan, barisan pentadbir dan semua guru untuk naik ke
pentas. Majlis mempersilakan.

- Begitulah tadi selesainya acara bergambar. Pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih.

7
TEKS PENGACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN JAKIAH SEKALUNG BUDI KENANGAN ABADI

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Merpati hinggap di pohon jati,


Anak teruna baik berbudi,
Memori lalu memahat di hati,
Setulus budi kenangan abadi.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu
Jakiah binti Ahmad akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari
bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada
hari ini.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai