Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS CERAMAH DI AMBANG AIDIL ADHA


TEMPAT: ASTAKA WAWASAN SK SERI SEKAMAT
TARIKH: 17 OGOS 2018

BIL CUE ANN 1 CATATAN

1 UCAPAN ALU- Melayang serindit di atas permatang,


ALUAN
Merbah berkicau dihujung muara;
PENGACARA
MAJLIS Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt.

Marilah sama – sama kita mulakan majlis kita pada pagi ini
dengan bacaan umul kitab al fatihan.

Yang berbahagia,
Puan Sarifah Rafeah Binti Yakob
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat

Yang dihormati,
Puan Zalina Binti Abdullah
Guru Penolong Kanan
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat
Para pentadbir,
Guru - guru,
Serta murid - murid sekalian.

Selamat datang ke Majlis Ceramah di Ambang Aidil


Adha
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan telah
menambah lagi seri majlis ini.

2. BACAAN AYAT AL Majlis pagi ini kita mulakan dengan


- QURAN
bacaan ayat – ayat suci Al – Quran
yang akan dibacakan oleh adik Abdullah Fahin Bin Ahmad
Marzuki daripada kelas 4 Mawar.
Dipersilakan.

Sadakallah al azim.
Begitu lah tadi bacaan ayat – ayat suci Al – Quran
daripada adik cilik kita tadi.
3. BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,


Di jemput Ustaz Ahmad Marzuki Bin Abdul Khadir
Untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin…amin ya rabbal alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.
4 UCAPAN 1 Majlis seterusnya menjemput,
Ustaz Mohamad Yazid Bin Sulaiman
selaku pengerusi program untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.


4. UCAPAN GB / PK Hadirin yang dihormati,

Bicara langit ditepi busut,


Di atas papan batang jerami;
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara perasmi.

Majlis seterusnya menjemput,


Puan Sarifah Rafeah Binti Yakob
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat

Puan Zalina Binti Abdullah


Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan


Majlis Ceramah di Ambang Aidil Adha.
Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.


5 CERAMAH Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang akan
disampaikan oleh Ustaz Khairi Bin Jalaluddin yang
merupakan Ketua Panatia Bahasa Arab Sekolah
Kebangsaan Seri Sekamat

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan

Terima kasih Ustaz Khairi Bin Jalaluddin yang telah


menyampaikan ceramah itu tadi.
6 PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,
MURID
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada
murid Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat.
Untuk itu majlis menjemput,
Adik Muhamad Yuzdad Ilmy Bin Mohd Yazid dari kelas 5
Kenanga untuk membuat persembahan laungan azan
beliau
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu


tadi.
Seterusnya,
Dijemput adik Muhamad Faiq Bin Islahuddin dari kelas 6
Seroja yang akan bercerita mengenai kisah Nabi Ismail.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu


tadi.
Seterusnya,
Dijemput adik Nur Ariesya Rania dan adik Alia Maisarah
untuk mempersembahkan persembahan mereka.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu


tadi.
7 PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, -GB/PK
HADIAH -penerima
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena
ikut list
Bulan Dakwah 2018 name.
Untuk itu majlis menjemput,
………………………………………………….
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Seterusnya,
Penyampaian hadiah bagi acara sukan PEKDIS guru
Pendidikan Islam Negeri Selangor. Acara ini telah
diadakan di SMK Damansara Utama yang berlangsug
selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Julai yang lalu. Ustaz
Muhamad Yazid Bin Sulaiman telah berjaya mendapat
tempat Ketiga berpasukan dan Ketiga acara VIP dalam
sukan badminton.
Dengan itu diminta wakil Muhamad Yuzdad Ilmy mewakili
Ustaz Muhamad Yazid Bin Sulaiman bagi menerima
hadiah.
Dipersilakan.

Diminta Tuan/Puan untuk kekal di atas pentas bagi acara


penyerahan Buku GPS atau buku bertajuk Geng Penganut
Sesat.
Untuk itu, majlis mempersilakan
_____________________________________ untuk
menyerahkan buku bertajuk Geng Penganut Sesat kepada
_______________________ khas untuk Pusat Sumber
Sekolah. Untuk makluman, buku ini diterbitkan oleh
Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor. Semoga buku yang diserahkan ini boleh
dijadikan bahan bacaan Latihan Dalam Perkhidmatan atau
nilai tambah tentang isu semasa mengenai ajaran sesat
yang berlaku di negara kita.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian


menyampaikan hadiah dan penyerahan buku sebentar
tadi.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar


tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini
9. PENUTUP Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati;
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.
Diatas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah
SWT dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan
diri saya sendiri. Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah
assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai