Anda di halaman 1dari 3

Transkrip temu bual bersama Puan Siti Hadalython Binti Mokhtar (GPK Pentadbiran dan

Kurikulum SK Seri Permaisuri.

Saya: Assalamualaikum Puan Siti. Pada hari ini saya ingin menemubual puan
mengenai beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugas puan iaitu sebagai
salah seorang pemimpin di sekolah ini. Temubual ini adalah bertujuan untuk
melengkapkan salah satu tugasan kerja kursus saya pada semester ini iaitu
bagi subjek EDUP3083 Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme
Guru. Sebelum itu boleh puan kongsikan sedikit mengenai latar belakang puan
dalam bidang perguruan kepada saya?

Puan Siti: Waalaikumusalam Zuraida. In Sya Allah saya kan cuba membantu awak
dengan sebaiknya dalam temubual ini. Alhamdulillah saya telah berkhidmat
dalam bidang pendidikan selama 24 tahun. Saya mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual Tahun 6. Saya juga telah dilantik
menjadi Pk Hal Ehwal Murid selama 4 tahun dan Pk Pentadbiran selama 4
tahun hingga kini.

Saya: Wah nampaknya telah lama juga Puan Siti berkhidmat sebagi guru. Baiklah
seterusnya saya akan bertanya kepada Puan Siti beberapa soalan penting.
Pada pendapat puan, apakah ciri-ciri pemimpin akademik yang profesional?
Adakah ciri-ciri tersebut merangkumi elemen-elemen Tonggak 12 seperti
menghargai masa, keseronokan bekerja, keutamaan kesabaran, kewajipan
menjalankan tugas dan sebagainya.

Puan Siti: Sudah semestinya seorang pemimpin akademik perlu mempunyai


pengetahuan dan pengalaman supaya beliau mampu memimpin orang lain.
Elemen Tonggak 12 pastinya menjadi pegangan dan panduan dalam
memimpin. Elemen Tonggak 12 juga telah lengkap dijadikan panduan untuk
seseorang menjadi insan yang komited dalam perkhidmatan. Contohnya
menghargai masa, seseorang akan menjadi lebih komited dan efisyen
sekiranya dia sentiasa mematuhi masa dalam apa jua tindakan yang perlu
dilakukan.

Saya: Soalan kedua, apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh puan berkaitan
perundangan kerjaya guru? Contohnya, masalah salahlaku penjawat awam
(dalam kalangan guru) seperti penyalahgunaan wang dan pemalsuan resit,
tidak hadir tanpa sebab munasabah, keluar negara tanpa kebenaran KSU,
terlibat dengan jenayah dan sebagainya. Kemudian, apakah tindakan yang
dilakukan bagi mengatasi cabaran tersebut?

Puan Siti: Buat masa ini saya belum pernah menghadapi masalah/kes yang berkaitan
dengan perundangan. Untuk memastikan perkara ini, pihak pentadbiran
perlulah sentiasa memberi peringatan kepada guru-guru tentang tatacara/SOP
sesuatu tindakan yang perlu dilakukan. Guru-guru juga dingatkan untuk
merujuk pekeliling dan surat siaran serta personel yang pakar dalam bidang
tersebut agar tindakan mereka mengikut SOP yang digariskan. Walau
bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku, pihak pentadbiran perlulah
mengambil tindakan sewajarnya seperti merujuk pihak yang berkenaan seperti
pihak Pejabat Pendidikan Daerah Dan Jabatan Pendidikan Negeri, Polis dan
sebagainya mengikut kes.

Saya: Soalan ketiga, apakah peranan puan dalam pelaksanaan strategi PdPc yang
inovatif dalam kalangan guru?

Puan Siti: Saya sentiasa memberi galakan kepada guru-guru yang berminat seperti
menggalakkan mereka menyertai pertandingan dan kursus. Selain itu, pihak
sekolah juga sentiasa mengadakan kursus dalaman untuk guru-guru agar
mereka sentiasa bersedia untuk membuat perubahan dan penambahbaikan
pdpc mereka dari semasa ke semasa. Seperti yang Zuraida tahu, pada Isnin
yang lepas kita telah melancarkan sebuah program yang di namakan Program
Seindah Budi, Semulia Pekerti dan Secantik Bahasa yang bertujuan bukan
sahaja untuk menggalakkan murid untuk mengamalkan nilai – nilai murni
dalam kehidupan seharian mereka malah pihak sekolah menggalakkan murid
serta semua guru kelas untuk mewujudkan bilik darjah yang selesa dan
kondusif serta bertemakan Pembelajaran Abad ke – 21. Program ini
merupakan salah sebuah inisiatif sekolah untuk memastikan gaya PdPc tidak
hanya berpusatkan kepada guru atau dipanggil Chalk and Talk. Ini akan sedikti
sebanyak membuka ruang kepada murid untuk lebih berfikiran kreatif dan
inovatif.

Saya: Soalan terakhir saya, adakah SK Seri Permaisuri pernah menyertai


pertandingan inovasi? Jika ya, apakah impak penyertaan pertandingan
tersebut kepada pihak sekolah?

Puan Siti: Ya. Pihak sekolah ada menghantar murid-murid untuk menyertai pertandingan
inovasi yang diadakan di peringkat negeri. Selain itu, pihak sekolah juga telah
terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pameran Pertandingan Inovasi dan
Teknologi peringkat Kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut (tahun 2017
dan 2018). Pihak sekolah telah pun menggalakkan murid untuk hadir ke
pameran dan pertandingan tersebut. Salah seorang guru SKSP juga telah
menyertai dan memenangi pertandingan Inovasi di peringkat antarabangsa.
Pastinya peluang ini memberi impak yang besar kepada murid dan guru untuk
lebih berminat dalam bidang inovasi.

Saya: Terima kasih Puan Siti kerana sudi meluangkan masa puan untuk ditemubual.

Puan Siti: Ya Zuraida, sama – sama.

Anda mungkin juga menyukai