Anda di halaman 1dari 3

Set Soalan Temu Bual:

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG GURU

1. Boleh cikgu ceritakan serba sedikit tentang biodata cikgu dan latar belakang
pendidikan cikgu?

BAHAGIAN B: PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN BILIK DARJAH PROFESIONAL


DALAM MENJALANKAN PDPR

1. Secara umumnya, apakah yang cikgu fahami tentang konsep guru sebagai seorang
pemimpin profesional?

2. Sebagai seorang pemimpin profesional di dalam bilik darjah, bagaimanakah puan


memilih kaedah dan strategi pengajaran untuk mencapai objektif PdP atas talian?

3. Apakah contoh-contoh bahan bantu mengajar yang puan sering gunakan semasa
PdP atas talian?

4. Adakah terdapat inisiatif cikgu untuk meneroka aplikasi-aplikasi pembelajaran yang


boleh digunakan murid secara atas talian dengan lebih berkesan?

5. Bagaimanakah puan memotivasikan murid untuk sentiasa mengikuti proses PdP


atas talian? (aktiviti yang menarik, pengajaran yang pelbagai, kata-kata motivasi dan
lain-lain)

6. Adakah puan berhubungan dengan pihak ibu bapa untuk memberikan kerjasama
untuk membantu pelaksanaan PdP dapat diikuti oleh murid-murid?

7. Dalam proses cikgu menjalankan tugas sebagai seorang guru, apakah matlamat
cikgu ke atas profesion ini?

8. Semasa proses PdPR di atas talian, adakah terdapat murid-murid yang puan
perhatikan sering tidak dapat mengikuti PdPR cikgu sama ada secara atas talian
atau pun secara luar talian seperti memberi tugas? Apakah tindakan cikgu apabila
cikgu mengesan perkara itu berlaku?
9. Sebagai seorang guru Bahasa Arab, adakah cikgu menggunakan sepenuhnya
Bahasa Arab secara fasih di dalam kelas? Adakah keadaan itu boleh diterima oleh
murid?

BAHAGIAN C: CABARAN SEBAGAI PEMIMPIN PROFESIONAL MENGGERAKKAN


GURU-GURU LAIN BAGI MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH DALAM ASPEK
PELAKSANAAN PDP DALAM TALIAN

1. Adakah rakan sejawat cikgu yang menghadapi masalah dengan pengurusan


teknologi disebabkan kurang mahir dalam ICT terutamanya guru-guru veteran?

2. Adakah terdapat rakan sejawat puan yang kurang memberikan kerjasama dan
komitmen dalam menjalankan PdPR secara atas talian?

3. Bagaimanakah pendapat puan tentang perbezaan cabaran mengajar secara PdPR


atas talian dengan PdPc secara bersemuka?

4. Bagaimanakah puan membantu guru-guru yang kurang kemahiran ICT untuk


memantapkan proses PdPR secara atas talian?

5. Apakah pendapat puan tentang guru yang tidak membuat google meet disebabkan
tidak berkemahiran? Adakah tugasan yang diberi menjamin keberkesanan
pengajaran kepada murid?
BAHAGIAN C: MENGAPLIKASIKAN TEORI ASAS KEPEMIMPINAN DALAM
MENYELESAIKAN ISU DAN CABARAN (2) DARI ASPEK ETIKA DAN PERUNDANGAN

1. Bagaimanakah puan tangani untuk guru-guru yang bersifat pasif dalam pekerjaan
sebagai seorang guru? (tidak mahu mencuba dan belajar perkara baharu)

2. Seberapa kerap puan memantau pelaksanaan PdP guru-guru dan bagaimana puan
membimbing mereka mencapai akauntabiliti seorang guru?

3. Adakah puan sering mengadakan perkongsian ilmu, perbincangan dan bertukar-


tukar idea yang bernas tentang PdP yang berkesan dengan guru-guru panitia yang
lain? (Grid Pengurusan)

4. Apakah kata-kata motivasi dan dorongan yang puan sering kongsikan bersama
rakan sejawat dalam memastikan gerak kerja dilaksanakan secara bekerjasama?

5. Apakah antara keistimewa puan yang selalu menjadi suri teladan kepada guru lain?
mungkin dari aspek cara pengajaran yang tersendiri, berkemahiran dari segi
teknologi, sahsiah atau tingkahlaku dan lain-lain (nyatakan)

Anda mungkin juga menyukai