Anda di halaman 1dari 2

TEMU BUAL

Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual
separa berstruktur, temu bual tidak bestruktur. Dalam menjalankan kajian ini dengan
menggunakan kaedah temu bual pengkaji perlu mengambil serius dalam beberapa
aspek seperti menyediakan item temu bual, kandungan dan susunan soalan temu
bual.
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah temu bual separa
berstruktur. Pengkaji telah menyediakan protokol temu bual untuk menyokong
dapatan pengkaji dalam kajian yang dijalankan. Semua temu bual telah direkodkan
dalam protokol temu bual dan berdasarkan protokol tersebut pengkaji menganalisis
setiap dapatan serta membuat koding dan mencari tema berdasarkan koding yang
dibuat. Jadual di bawah menunjukkan dapatan yang telah dibuat oleh pengkaji.

Tema 1 : Peningkatan

Soalan Jawapan

Adakah ‘Tekna’ dapat membantu murid “Saya dapat melihat peningkatan murid
menguasai penggunaan huruf besar dan dengan penggunaan ‘Tekna’ dalam penulisan
tanda baca dalam penulisan ayat? ayat. Murid dapat menjawab soalan yang
Jelaskan bagaimana dapat membantu diberi dan mendapat jawapan yang betul
murid-murid. dalam proses PdP. Lembaran kerja yang
disiapkan oleh murid-murid telah mewujudkan
peningkatan mereka dalam penulisan ayat
dengan meletakkan huruf besar dan tanda
baca yang betul. Saya mendapat idea yang
ingin disampaikan oleh pengkaji serta peserta
kajian juga dilihat suka menggunakan bahan
tersebut.

Jadual : Transkrip Temubual Dengan Guru Bahasa Melayu


Merujuk kepada jadual di atas, pengkaji melihat bahawa tema yang terdapat
daripada hasil temu bual bersama guru Bahasa Melayu tersebut adalah peningkatan.
Hasil temu bual bersama guru Bahasa Melayu tersebut jelas menyatakan bahawa
terdapat peningkatan murid dalam penulisan huruf besar dan tanda baca yang dikaji
oleh pengkaji. Dengan ini, pengkaji merasakan bahawa tema bagi dapatan kajian
melaui kaedah temu bual ini adalah peningkatan. Pengkaji berpendapat bahawa
hasil dapatan ini dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina oleh pengkaji bagi
menjawab soalan kajian dalam masalah yang dikaji.

Tema 2 : Tingkah Laku


Soalan Jawapan

Adakah penggunaan ‘Tekna’ Peserta kajian menjadi lebih aktif di dalam kelas
dapat difahami oleh murid dalam selepas menggunakan ‘Tekna’. Mereka aktif untuk
penulisan ayat? menjawab soalan atau melibatkan diri dalam aktiviti
yang berkaitan dengan penulisan huruf besar dan
tanda baca. Misalnya, mereka dapat menyatakan
hubungan antara warna dengan huruf besar dan
tanda baca dalam penulisan ayat. Tambahan pula,
jawapan yang betul telah semakin meningkat dan
keyakinan peserta kajian dapat dibangkitkan. Oleh
itu, peserta kajian lebih aktif, lebih yakin untuk
menjawab soalan tidak mengira dalam bentuk aktiviti
atau lembaran kerja.

Jadual : Transkrip Temubual Dengan Guru Bahasa Melayu

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji telah memilih tema sebagai tingkah laku dalam
hasil dapatan yang telah dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual.
Pengkaji telah membuat koding menurut perkataan yang diberikan oleh guru Bahasa
Melayu dalam temu bual. Menurut koding, pengkaji merumus bahawa perkataan
yang dapat mengambarkan bahawa penyelidikan dapat mengubah tingkah laku
peserta kajian. Oleh itu, pengkaji memilih tema untuk hasil dapatan melalui kaedah
temu bual ini sebagai tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai