Anda di halaman 1dari 2

Farhana Saini Binti Hamsa

Unit
K2

Kelebihan Kajian Tindakan

1) Menyelesaikan sesuatu permasalahan.


Melalui perlaksanaan kaedah kajian tindakan, guru diberi peluang
untuk mengutip data sendiri, seterusnya membuat keputusan professional
mengenai

sekolah

dan

bilik

darjah

mereka.

Semasa

menjalankan

penyelidikan tindakan, mereka cuba memikirkan intervensi yang kreatif dan


inovatif, seterusnya mengimplementasi teknik, strategi dan program yang
berupaya untuk memenuhi kehendak murid-murid yang diajar.
Disamping itu, mereka juga dapat menggunakan metodologi yang
berpadanan dengan falsafah dan gaya pengajaran masing-masing. Secara
tidak langsung, guru menjadi agen perubahan bagi amalan bilik darjah yang
terbaik. Hal ini merupakan satu bonus kepada bidang pendidikan kerana
melalui

perlaksanaan

kaedah

ini guru sendiri

mampu

mencari jalan

penyelesaian yang wujud dan seterusnya mengekang permasalahan yang


wujud daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, melalui penggunaan kaedah ini penghasilan pelbagai teknik
pengajaran baharu mampu dihasilkan. Apabila teknik atau kaedah yang
dihasilkan mampu mengatasi permasalahan yang timbul sudah pasti teknik
atau kaedah tersebut boleh digunapakai secara total di dalam bidang
pendidikan khususnya. Hal ini pasti mewujudkan satu inovasi baharu di
dalam bidang pendidikan yang sememangnya memerlukan idea-idea baharu
dalam menangani permasalahan yang wujud pada masa kini.

Farhana Saini Binti Hamsa


Unit
K2

2) Sebagai platform perkembangan professional.


Penyelidikan tindakan boleh disampaikan sebagai latihan perkembangan
staf

bertujuan

kebiasaannya,

untuk

meningkatkan

guru-guru

dikumpul

profesionalisme

untuk

guru.

mendengar

Mengikut

seorang

pakar

menyampaikan ceramah mengenai pendekatan atau metadologi yang tidak


mempunyai hubungan dengan situasi bilik darjah atau gaya pembelajaran
mereka.
Tambahan pula, maklumat tersebut tidak membekalkan masa, atau
mengandungi aktiviti untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran guru-guru.
Latihan perkembangan staf yang berkesan haruslah berlanjutan merentasi
beberapa sesi. Menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan peserta,
meningkatkan penerapan maklumat dan selaras dengan kurikulum, matlamat
atau isu-isu profesion perguruan (Birman, Desimore, Porter dan Garet, 2000
dalam Johnson, 2002)
Melalui

penyelidikan

tindakan,

guru-guru

dibekalkan

dengan

satu

landasan untuk membentangkan dapatan mereka. Dialog professional yang


berlangsung

bersama

rakan-rakan

sekerja

dapat

meningkatkan

profesionalisme perguruan amnya dan perkembangan professional mereka


khasnya.

Anda mungkin juga menyukai