Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN HARI SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

SJKC WANGSA MAJU 2019

Sambutan dimulakan dengan acara tarian singa yang menjadi simbolik bagi sambutan
tahun baharu kaum Cina. Acara dimulakan seawal jam 7.30 pagi, iaitu pertandingan
mewarna bagi tahun 1 dan tahun 2 di kelas masing-masing. Manakala bagi tahun 3,4,5
dan 6, murid telah menyertai Pertandingan Menulis Kaligrafi Cina yang bertempat di
dewan Utama Sekolah.
Aktiviti untuk guru-guru turut disediakan iaitu Pertandingan Menulis Kaligrafi Cina
yang juga mengambil tempat di dewan Utama Sekolah. Tetamu jemputan tiba di sekolah
sekitar pukul 8.30 pagi. Guru besar dan penolong kanan mengiringi tetamu jemputan
untuk masuk dan duduk di tempat yang telah disediakan.
Acara seterusnya diserikan dengan persembahan nyanyian, tarian dan drama
yang sangat menghiburkan. Murid-murid berjaya memberikan persembahan yang baik
dan menyampaikan mesej kegembiraan sambutan tahun baharu kepada semua tetamu
yang hadir.
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna,
kaligrafi cina dan peraduan teka jumlah sampul yang telah disertai oleh semua murid,
guru dan kakitangan sekolah.
Pada jam 11.30 pagi, murid-murid diarahkan untuk menjamu selera selama 30
minit dan kembali semula ke kelas masing-masing. Sesi pengajaran dan pembelajaran
diteruskan seperti biasa.

Disediakan Oleh,
……………………..
(FARHANA SAINI BINTI HAMSA)

Anda mungkin juga menyukai