Anda di halaman 1dari 17

Teks Pengacara

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI PPKI SK.


PEKAN TELIPOK 2023
Teks Pengacara

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI PPKI SK. PEKAN TELIPOK 2023

Ketibaan perasmi dan tetamu jemputan.

Selamat Sejahtera dan selamat pagi.

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami.
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke Majlis kami.

Enak rasanya ikan gelama,


Jika dimasak secukup rasa.
Salam sejahtera pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha,
Pn. Hajah Ripah binti Maji
Guru besar Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok.

Yang Berusaha
Pn. Lina Binti Bayong
Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok

Guru-guru,
Para Pembantu Pengurusan Murid,
Ibu bapa dan penjaga,
Rakan-rakan,
murid-murid yang dikasihi,
Dan seterusnya hadirin yang dimuliakan.
SELAMAT DATANG
Ke
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELIPOK 2023.
BACAAN DOA

Puji dan syukur kerana dengan limpah kurniaNya dapat sama-sama kita
berkumpul di dewan ini bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak PPKI
Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi.
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, kita akn berdoa
mengikut kepercayaan masing-masing. Majlis menjemput adik Haikal
Qayyum bin Nasrul Fadhrullah untuk bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Haikal Qayyum atas
bacaan doa itu tadi.
UCAPAN ALU ALUAN dan UCAPAN PERASMIAN

Hadirin yang dihormati,


Majlis akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh

Yang berusaha,
Pn.Lina Binti Bayong,
Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Alu-aluan oleh PK PPKI)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Penolong Kanan PPKI atas ucapan sebentar tadi.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan.
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi.
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan ini majlis mempersilakan, Puan Hajah Ripah Binti Maji, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok untuk memberikan sepatah dua kata dan
seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)

(GIMIK PERASMIAN MAJLIS)


Untuk pengetahuan para hadirin, gimik ini dikendalikan oleh Cg. Ellyziana
Binti Jeneral. Replika kek melambangkan simbol majlis hari jadi untuk murid-
murid yang kita raikan pada hari ini.

Dengan berlangsungnya gimik perasmian itu tadi, masa rasmi la sudah majlis
kita pada hari ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas


kesudian guru besar Sk. Pekan Telipok untuk merasmikan majlis ini.
PERTANDINGAN ACTION SONG MURID-MURID TAHAP 2

Para hadirin sekalian,


Majlis diteruskan dengan PERTANDINGAN ACTION SONG murid-murid
tahap 2 PPKI Sk. Pekan Telipok. Sebelum pertandingan bermula, majlis
menjemput barisan juri untuk bersedia.

Juri kita pada hari ini adalah terdiri daripada


Pn. Hajah Ripah Binti Maji, Guru besar Sk. Pekan Telipok.
Pn. Julie Sikong, AKP SKPT
Puan Janet Jaibet (MPIBG PPKI)

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, pemenang untuk pertandingan


Action Song PPKI pada tahun ini akan membawa pulang hadiah berupa
hamper yang bernilai RM100. Kita akan menyaksikan persembahan dari 5
kelas tahap 2 PPKI Sk. Pekan Telipok.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Pertandingan Action Song kita pada hari ini dimulakan dengan persembahan
dari kumpulan pertama iaitu Kelas 6 Mamutik dengan lagunya ANGGOTA
BADAN. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas 6 Mamutik)

Berikan tepukan kepada murid-murid kelas Tahun 6 Mamutik. Untuk


pengetahuan hadiri sekalian, persembahan ini adalah dibawah bimbingan Cg.
Emily Somboton. Persembahan yang begitu bersemangat sekali. Tahniah!

Kita teruskan dengan persembahan dari kumpulan kedua iaitu Kelas 5


Mantanani dengan lagunya THE GUMMY BEAR. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 5 Mantanani)


Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid kelas Tahun 5 Mantanani.
Persembahan itu tadi adalah dibimbing oleh Cg. Noorazwana binti Musida.
Persembahan yang comel sekali. Tahniah!

Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan ketiga iaitu Kelas 5 Sipadan


dengan lagunya A RAM SAM SAM. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 5 Sipadan)

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid Kelas Tahun 5 Sipadan.


Persembahan itu tadi adalah dibawah bimbingan Cg Hasmah Binti Sorumin.
Persembahan yang dinamik sekali. Tahniah!

Sekarang, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari kelas


Tahun 4 Manukan dengan lagunya STOP BULLYING. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 4 MANUKAN)

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid kelas Tahun 4 MANUKAN.


Persembahan itu tadi dibimbing oleh Cg. HARYANTI Binti Idris. Unik dan
menarik sekali persembahan mereka. Tahniah!

Kita berikan tumpuan pada kumpulan ke lima iaitu Kelas 4 KAPALAI dengan
lagunya MY NAME IS dan HOKEY POKEY. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 4 KAPALAI)

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid kelas Tahun 4 Kapalai.


Persembahan itu tadi adalah dibawah bimbingan Cg. IZZAH HAZIRAH Bt.
SHAFEIH. Persembahan yang begitu bersemangat dan menarik. Tahniah!
Maka dengan tamatnya persembahan yang ke 5 ini, selesailah suda
pertandingan ACTION SONG tahap 2 PPKI SK. PEKAN TELIPOK. Tahniah
kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat.
PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIF MURID-MURID TAHAP 1

Hadirin sekalian,
Marilah kita meneruskan majlis dengan pertandingan PERGERAKAN
KREATIF Murid PPKI Tahap 1.

Majlis menjemput barisan juri untuk mengambil tempat.

Juri untuk Pertandingan Pergerakan Kreatif murid tahap 1 ini adalah terdiri
daripada

Puan Janet Jaibet, MPIBG


Puan Julie Sikong AKP SKPT
Puan Rosmah Dakom AKP SKPT

Dalam pertandingan ini, murid akan dinilai dari aspek kreativiti pergerakan
(20m), keseragaman pergerakan(20m), pengunaan ruang (20m), pengunaan
anggota badan (20m), pakaian dan props(20m)
______________________________________________________________
Sekarang kita menjemput kumpulan pertama iaitu Kelas 3 MABUL dengan
lagunya HOKEY POKEY. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 3 MABUL)


Terima kasih atas persembahan yang bersemangat itu tadi. Persembahan itu
tadi adalah dibawah bimbingan Cg. Rozienira Robert. Tahniah!

Seterusnya dijemput murid-murid dari Tahun 2 Lankayan untuk


mempersembahkan Pergerakan kreatif mereka dengan lagunya ‘THE
MONKEY DANCE’. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 2 LANKAYAN)


Terima kasih atas persembahan yang begitu comel dan bersemangat.
Persembahan itu tadi adalah dibawah bimbingan Cg. Christy Yong Nyet May.
Tahniah!

Kita teruskan majlis dengan menjemput murid-murid dari kelas 1 Mataking


untuk membuat persembahan Pergerakan Kreatif mereka dengan lagunya A
RAM SAM SAM. Majlis mempersilakan.

(Persembahan Kelas Tahun 1 Mataking dan Sibuan)

Terima kasih atas persembahan yang bersemangat. Untuk pengetahuan


semua, persembahan itu tadi adalah dibawah bimbingan Cg. Jacklyn J.
Jumbin. Tahniah!

Seterusnya, majlis menjemput kumpulan terakhir yang akan membuat


persembahan iaitu Kelas Sibuan dengan lagunya A Ram Sam Sam. Majlis
mempersilakan.

(Persembahan Kelas SIBUAN)

Terima kasih atas persembahan istimewa itu tadi. Persembahan Sibuan


adalah dibawah bimbingan Cg. Ellyziana Bt. Jeneral. Tahniah!

Dengan persembahan itu tadi, maka selesailah suda pertandingan


Pergerakan Kreatif dari murid-murid Tahap 1 PPKI Sk. Pekan Telipok.
ACARA POTONG KEK

Para hadirin sekalian,


Kita meneruskan majlis dengan acara memotong kek HARI JADI.
Dijemput murid-murid untuk berada dihadapan meja kek yang tersedia.

Bagi memulakan acara potong kek ini, marilah sama-sama kita bertepuk
tangan dan menyanyi lagu ‘SELAMAT HARI JADI’ mengikut muzik.

(NYANYIAN LAGU HARI JADI)

(ACARA POTONG KEK)

Berikan tepukan gemuruh kepada murid-murid PPKI yang kita raikan pada
hari ini. Selamat Hari Jadi semua!

JAMUAN

Sekarang tibalah masanya untuk kita menikmati jamuan yang disediakan.


Sebelum kita menjamu selera, majlis sekali lagi menjemput adik Haikal
Qayyum untuk membacakan doa makan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas bacaan doa itu. Para hadirin dijemput untuk menjamu
selera.

(JAMUAN MAKAN)
PERTANDINGAN SUKANEKA TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Hadirin Sekalian,
Kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan acara PERTANDINGAN
SUKANEKA TAHAP 1 DAN TAHAP 2. Bagi melaksanakan acara ini, dijemput
Cg. Ellyziana dan Cg. Emily untuk mengambil alih majlis. Dipersilakan.

(Slot sukaneka dikendalikan oleh Cg. Elly dan Cg Emily)


PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI

Majlis diteruskan dengan acara PENYAMPAIAN HADIAH DAN


CENDERAHATI.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput Puan Hajah Ripah binti
Maji, Guru Besar SK. Pekan Telipok untuk menyampaikan hadiah kepada
murid-murid.

Kita mulakan acara dengan penyampaian hadiah bagi PERTANDINGAN


ACTION SONG MURID-MURID TAHAP 2.

Tempat Ketiga dimenangi oleh kelas _______________________


Dijemput wakil dari kelas _______________ untuk naik keatas pentas.

Naib Johan dimenangi oleh kelas _______________________

Johan untuk pertandingan ACTION SONG MURID-MURID TAHAP DUA


dimenangi oleh kelas _________________________. Tahniah!
_____________________________________________________________

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk PERTANDINGAN


PERGERAKAN KREATIF MURID-MURID TAHAP 1.

Tempat Ketiga dimenangi oleh kelas _______________________

Naib Johan dimenangi oleh kelas _______________________

Johan untuk pertandingan PERGERAKAN KREATIF MURID-MURID TAHAP


1 dimenangi oleh kelas_________________________. Tahniah!
Sekarang kita beralih kepada penyampaian hadiah untuk Pertandingan
Sukaneka tahap 1.

Tempat Ketiga dimenangi oleh _______________________


Naib Johan dimenangi oleh __________________________
Johan untuk pertandingan sukaneka tahap 1 dimenangi oleh
_________________________. Tahniah!

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk acara sukaneka tahap 2.

Tempat Ketiga dimenangi oleh _______________________


Naib Johan dimenangi oleh __________________________
Johan untuk pertandingan sukaneka tahap 1 dimenangi oleh
_________________________. Tahniah!

Tahniah kepada semua pemenang.

Bagi meraikan murid-murid PPKI yang menyambut Hari Jadi, mengikut kelas,
majlis akan menjemput semua murid-murid PPKi untuk naik ke atas pentas
bagi menerima cenderahati.

Kita mulakan dengan menyampaikan cenderahati kepada murid dari kelas 6


MAMUTIK. Dijemput Aiden, Alzimah,Shaza, Ezekhiel, Haikal Qayyum dan
Joel untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati.

Seterusnya, dijemput murid-murid dari kelas 5 Mantanani untuk naik ke


pentas. Dijemput adik Izzat Rizqi, Ariq Danial, Putri Ainul Mardhia, Danny
Ethan, Shaviera Asfa, Dg. Nuraieyn, Mohammad Syaidin.

Majlis menjemput murid dari kelas 5 SIPADAN untuk naik ke pentas. Dijemput
adik Alrahhizwan, Aqil Arzahari, Hazel Amanda, Esther Lovenia, Fazlina, Siti
Noraini, Nathaniel Jayden utnuk menerima cenderahati.
Seterusnya dijemput murid kelas tahun 4 Manukan untuk naik keatas pentas.
Dijemput adik Hayden Devon, Muhammad Hilman, Insyirah Nazihah, Keisha
Nurqaisara, Muhammad Azharuddin, Dhia Asilah Batrisya untuk menerima
cenderahati.

Majlis menjemput murid kelas 4 Kapalai untuk naik ke pentas. Dijemput adik
Muhammad Al Harazz, Ebenezer Ryan, Muhammad Rasul, Judah Faith,
Danish, Azman untuk menerima cenderahati.

Seterusnya dijemput murid kelas 3 Mabul Untuk naik ke pentas. Dijemput adik
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Untuk menerima cenderahati.

Majlis menjemput murid kelas 2 Lankayan untuk naik ke pentas. Dijemput


adik__________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Untuk menerima cenderahati.

Majlis menjemput murid kelas tahun 1 Mataking untuk naik ke pentas.


Dijemput adik
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
untuk menerima cenderahati.

(Senarai nama mengikut kelas)

Maka dengan penyampaian hadiah dan cenderahati itu tadi, selesailah sudah
acara Penyampaian Hadiah dan Cenderahati. Terima kasih kepada Puan
Hajah Ripah atas kesudian untuk menyempurnakan acara ini.
SESI FOTOGRAFI

Bagi mengabadikan kenangan acara kita pada hari ini, kita akan mengadakan
sesi bergambar secara beramai-ramai.

PENUTUPAN

Guru-guru
Ibu bapa
Serta yang diraikan
Murid-murid yang dikasihi sekalian

Saya mewakili seluruh warga PPKI SK. Pekan Telipok mengucapkan Jutaan
terima kasih yang tidak terhingga di atas kedatangan Tuan-tuan dan Puan-
puan ke Majlis Sambutan Hari Jadi pada hari ini.

Sesungguhnya Majlis yang kita adakan ini adalah untuk meraikan murid-
murid dan anak-anak kita yang tercinta. Diharapkan sambutan ini dapat
mengeratkan lagi Ukhuwah sesama kita selaku warga PPKI Sk. Pekan
Telipok.

Sekian,
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai