Anda di halaman 1dari 9

TEKS UCAPAN

MAK 2018
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Datuk Johnny Intang bersama dif-dif jemputan
masuk ke dalam dewan.

Para Hadirin diminta untuk sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan diikuti
dengan lagu ‘Sabah Tanahairku’. Hadirin diminta berdiri

(Tunggu lagu habis)

Terima Kasih, para hadirin dihormati sekalian dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia Datuk Johnny Intang Pegawai Pembangunan Masyarakat N.47 Kuamut,
Yang Berusaha Guru Besar SK Kiandongo Encik Mian Tampulong,
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan I, En.Andrew Justine,
Guru Penolong Kanan HEM, En Jameston Jaimus,
Guru Penolong Kanan KOKUM, En. Jemsan Sakunding,
Yang dihormati Pengerusi PIBG, En. Laiwin Mahir ,
guru-guru, tuan-tuan ,puan-puan , ibu-ibu, bapa-bapa dan semua yang hadir pada pagi ini.
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera buat semua hadirin. Saya Nicolinah Aim

Dan Saya Aria akan bersama-sama anda semua di dalam

Dewan Kampung Kiandongo untuk Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2018.

Hadirin Sekalian sebelum kita membuka tirai majlis kita pada pagi ini, izinkan saya
berpantun,

Bunga mawar bunga cempaka


Dipetik oleh si anak dara
Salam dihulur pembuka bicara
Petanda majlis akan bemula

Saya balas ya,

Mawar dipetik si anak dara


hiasan sanggul penambah seri
saat dinanti telah pun tiba
kini kita bejumpa lagi

Baiklah, Hadirin yang dihormati sekalian, sebagai pembuka majilis , marilah kita saksikan
persembahan Paluan Gong yang dipersembahkan oleh pelajar SK Kiandongo. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan gong itu tadi. Untuk
Pengetahuan hadirin sekalian, persembahan Paluan gong itu tadi dipimpin oleh Cikgu
Vincent.

Majlis ini kita teruskan dengan mempersilakan Saudari Fannelyn Laiwin selaku ketua
murid untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

MAK 2018

1
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Majlis merakamkan ribuan terima Kasih di atas ucapan beliau itu tadi.

Sekarang ini kita berada di penghujung semester ke 2 dan ini bermakna cuti hujung tahun
akan tiba.
Ya, banyak kenangan, peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun ini, dan apa kata kita
imbas kembali peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini.

Maka dengan itu,Majlis diteruskan dengan tayangan slaid kenangan tahun 2018 yang
disediakan oleh Ustaz Nazry.

Sama-sama kita saksikan tayangan slaid aktiviti yang berlangsung sepanjang Tahun 2018.

( Selesai Tayangan Slaid)

Wah, demikian tadi, tayangan slaid aktiviti sepanjang tahun 2018 yang penuh dengan
pengisian pelbagai aktiviti.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil ko-kurikulum dan anugerah ko-
kurikulum.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil ini, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan PK KOKUM, En. Jemsan Sakunding untuk menyampaikan sijil kepada para
pemenang.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

( Tunggu Cikgu Jemsan naik atas pentas)

Majlis penyampaian sijil kita mulakan dengan mengumumkan Tokoh KO-KURIKULUM SK


Kiandongo 2018. Bagi kategori murid lelaki jatuh kepada saudara Lauredson Lawarence

Majlis mempersilakan saudara Lauredson Lawarence untuk menerima sijil penghargaan


tokoh ko-kurikulum daripada pihak sekolah.

( selesai Lauredson Lawarence mengambil sijil)

Seterusnya, bagi Tokoh KO-KURUKULUM SK KIANDONGO 2018 bagi katogeri perempuan


pula disandang oleh saudari Wellcy Escyka Matturis.

Majlis mempersilakan saudara Wellcy Escyka Matturis untuk menerima sijil penghargaan
tokoh ko-kurikulum daripada pihak sekolah.

Acara seterusnya ialah majlis penyampaian sijil Bola Sepak MSSD dan terbuka Anjuran
Bank Rakyat bagi Tahun 2018.

MAK 2018

2
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Jickleeson sebagai wakil untuk menerima
sijil-sijil tersebut.

Acara seterusnya ialah majlis penyampaian sijil Bola Tampar MSSD .

Majlis dengan sukacitanya menjemput saudari Wellcy esycka sebagai wakil untuk
menerima sijil-sijil tersebut.

Acara seterusnya ialah majlis penyampaian sijil catur MSSD bagi Tahun 2018

Majlis dengan sukacitanya menjemput saudari Leferency Lilip sebagai wakil untuk
menerima sijil-sijil tersebut.

Acara seterusnya ialah majlis penyampaian sijil catur terbuka tongod bagi Tahun 2018

Majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Azrian Aim sebagai wakil untuk menerima
sijil-sijil tersebut.

Guru pemimpin bagi persatuan catur ialah cikgu Aizuddin ashraf.

Bagi sijil pengawas sekolah, seramai 12 orang murid menerima sijil penghargaan
tersebut. Dijemput Saudara Ezueldo Lonim sebagai wakil untuk mengambil sijil-sijil
tersebut.

( selesai mengambil sijil)

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan untuk Ketua dan penolong ketua
kelas. Seramai 12 orang penerima. Dijemput Saudara Dennis Tonis sebagai wakil untuk
mengambil sijil-sijil tersebut.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil untuk pustakawan sekolah. Seramai 7 orang
penerima. Dijemput Saudara Petrenyus Petrus sebagai wakil untuk mengambil sijil-sijil
tersebut.

( selesai mengambil sijil)

Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Jemsan dan tahniah diucapkan kepada para
pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ini.

Acara seterusnya ialah acara yang paling dinanti-nantikan.

MAK 2018

3
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Acara apa tu Aria?

Acara Cabutan tiket bertuah.

Ya, untuk merancakkan lagi majlis kita pagi ini, maka elok lah kita membuat cabutan
bertuah terlebih dahulu.

Majlis dengan ini menjemput Encik Jamsen , Guru Penolong Kanan KOKUM untuk
mencabut nombor bertuah. Kita akan buat 8 kali cabutan.

(Sebut nombor yang bertuah itu sebanyak 3 kali)

Saya tengok banyak hadiah disediakan untuk mereka yang bertuah pada pagi ini.

Ya, betul itu, siapakah yang bertuah di kalangan mereka yang telah membeli tiket bertuah
ini?Khabarnya semua guru dan kakitangan bukan mengajar di SK Kiandongo menyumbang
hadiah dalam cabutan tiket bertuah ini. sama-sama kita tunggu sampai akhir majlis.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Jemsen, Guru Penolong Kanan KOKUM di atas
cabutan bertuah sebentar tadi.

Sebagai penerus acara pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan
Nyanyian solo . Nyanyian ini dipersembahkan oleh saudari : Fannelyn Laiwin
. Lagu yang bakal di nyanyikan berjudul “Pasrah”

Mari kita saksikan.


Majlis dengan sukacitanya mempersilakan,

( Selesai nyanyian)

Wah, begitulah tadi persembahan daripada saudari Fannelyn Laiwin.

Persembahan pada pagi ini kita teruskan lagi dengan persembahan daripada murid-murid
kelas tahun 6.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

(selesai tarian tahun 6)

Terima kasih diucapkan kepada kelas tahun 6 atas persembahan mereka sebentar tadi.

Seterusnya kita kembali kepada penyampaian anugerah dan sijil kita pada pagi ini.

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para murid yang berjaya memperolehi
keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Untuk itu, majlis menjemput Guru Penolong Kanan HEM, cikgu Jameston Jaimus untuk
menyampaikan hadiah dan sijil akademik bagi Tahap 1.

Bagi murid tahun 1,


Tempat Ketiga adalah adik Rachellin Nia Ronny

MAK 2018

4
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Tempat Ke 2 adalah adik Alvy Johansen
Manakala Tempat pertama jatuh kepada adik Alfredick Bin Inggrik

Bagi murid tahun 2, pencapaian akademik


Tempat Ketiga adalah adik Sahnaslyn Nasius
Tempat Ke 2 adalah adik Archer Augustine
Manakala Tempat pertama jatuh kepada adik Leslie Cheng Min Han

Bagi murid tahun 3 pula,


Tempat Ketiga adalah adik Aminsyah Danish
Tempat Ke 2 adalah adik dan Clorina Ine Lonim
Tempat pertama jatuh kepada adik Alyaa Hafizah

Manakala Kehadiran Terbaik sepanjang sesi persekolah bagi Tahap 1 adalah :


Dari Tahun 1, adik Edithlyn Phillipmus
Dari Tahun 2, adik Alvinalyn, adik priscika, adik jinnet
Juga Dari Tahun 2, Adik widles
Dan dari Tahun 3, Adik Aiman Haikal dan adik Alyaa Hafizah

Kehadiran terbaik adalah berdasarkan kehadiran penuh ke sekolah sepanjang Tahun


2018.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Jameston di atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

Sebelum kita beralih kepada penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid tahap 2,
adalah lebih baik kita teruskan majlis ini dengan acara cabutan tiket bertuah.
Baiklah. untuk cabutan tiket bertuah yang seterusnya ini, majlis berbesar hati menjemput
En. Laiwin Mahir selaku YDP PIBG SK Kiandongo untuk mencabut 8 tiket dan seterusnya
menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah.

(sebut nombor 3 kali)

Terima Kasih En Laiwin Mahir atas cabutan tiket bertuah tadi.

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para murid tahap 2 yang berjaya
memperolehi keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Untuk itu, majlis menjemput Encik Andrew Justine, Guru penolong kanan 1 untuk
menyampaikan hadiah dan sijil akademik.

(tunggu encik naik Ke Pentas)

Bagi murid tahun 4,


Tempat Ketiga disandang oleh adik Christiney Binti Ronny
Tempat Ke 2 disandang oleh adik Nicolinah Aim
Manakala Tempat pertama jatuh kepada Arthur Mayveleen

Bagi Tahun 5, pencapaian akademik

MAK 2018

5
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Tempat ketiga diraih oleh adik Evey Fikawelin
Tempat kedua diraih oleh Agnes taliba manakala
Tempat pertama berjaya diraih oleh Aria Threeyani

Bagi murid Tahun 6 pula,untuk pencapaian akademik


Tempat ketiga diraih oleh Helvina Ginal
Tempat kedua diraih oleh Fannelyn Laiwin manakala
Tempat pertama berjaya diraih oleh Wellcy Escyka Matturis

Seterusnya penyampaian anugerah kehadiran terbaik bagi murid tahap 2.


Untuk kelas tahun 4, terdapat 3 orang penerima. Dipersilakan adik Cerleyen Phillpmus,
naik ke pentas untuk menerima hadiah.

Seterusnya dipersilakan .

Redo Nester dan

Akhir sekali adik Rozli Rosli

Untuk anugerah kehadiran terbaik tahun 5 pula, terdapat 5 orang penerima dipersilakan
adik Agnes seterusnya adik Aria, seterusnya adik Max, seterusnya adik Nor Adslyn dan
Adik Zelfianah naik ke pentas untuk menerima hadiah anda.

Untuk anugerah kehadiran terbaik tahun 6, terdapat 1 orang penerima. Dipersilakan adik
Jacqueline Phillpmus

Majlis memohon agar Cikgu Andrew kekal di atas pentas.

Penyampaian anugerah kecemerlangan akademik dan kehadiran terbaik untuk tahap 2


sudah pun selesai namun majlis ini akan diteruskan lagi dengan cabutan tiket bertuah
yang seterusnya dan kita minta agar beliau membuat 8 kali cabutan .

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Andrew kerana sudi menyampaikan hadiah dan juga
membuat cabutan tiket bertuah sebentar tadi.

Untuk tidak membuang masa, acara pada pagi ini kita teruskan dengan Anugerah Tokoh
Akademik , kepimpinan, murid harapan dan anugerah PIBG. Tapi sebelum itu kita
menjemput Guru Besar SK Kiandongo Encik Mian tampulong naik ke pentas untuk
menyampaikan hadiah.
Bagi Tokoh Akademik pada tahun ini, untuk tahap 2, jatuh kepada adik Arthur Mayvelen.
Tokoh Akademik untuk tahap 1 pula jatuh kepada adik Alyaa Hafizah dari kelas tahun 2.
Tahniah kepada Adik Arthur dan Adik Alyaa hafizah kerana merangkul anugerah
akademik pada tahun ini.

MAK 2018

6
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Untuk anugerah Kepimpinan pula jatuh kepada saudari Fannelyn Tahniah diucapkan
kepada Adik Fannelyn atas penganugerahan ini.

Bagi anugerah murid harapan pula dipersilakan adik Aria Threeyani untuk menerima
anugerah.

Anugerah murid harapan ini dipilih berdasarkan peningkatan prestasi dalam pelajaran,
penglibatan aktif pelajar dalam bidang ko-akademik dan ko-kurikulum serta memiliki
kepimpinan yang tinggi.

Anugerah PIBG pada tahun ini pula diberikan kepada encik Mas Lantang di atas jasa dan
sumbangan beliau kepada sekolah terutama sekali dalam membantu memperbaiki fizikal
dan prasarana sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis memohon agar Guru Besar kekal di atas pentas kerana majlis kita ini diteruskan
dengan cabutan tiket bertuah yang seterusnya.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Kiandongo en. Mian Tampulong diatas
kesudian beliau menyampaikan hadiah dan juga membuat cabutan tiket bertuah sebentar
tadi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput En. MianTampulong, Guru Besar SK
Kiandongo untuk memberikan ucapan alu-aluan beliau . Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Mian di atas ucapan alu-aluan
beliau sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan rendah hati mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Johnny
Intang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis
kita pada pagi ini. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Datuk Johnny Intang di atas ucapan perasmian beliau
sebentar tadi.

Sebagai tanda kenang-kenangan kepada tuan perasmi, majlis menjemput Yang Berusaha
Guru Besar SK Kiandongo, En. Mian Tampulong untuk menyampaikan cenderahati kepada
Datuk Jonny Intang

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha en. Mian Tampulong di
atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

MAK 2018

7
TEKS UCAPAN

MAK 2018
Apa acara kita seterusnya ?

Sekarang tibalah acara penyampaian sijil tamat sekolah kepada murid-murid tahun 6.

Dipersilakan Guru Besar Sk Kiandongo untuk mengiringi Datuk Johnny Intang naik ke
pentas dalam upacara penganugerahan sijil tamat sekolah kepada murid-murid tahun 6.
Dipersilakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Majlis kita teruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah yang terakhir.
Untuk cabutan yang terakhir ini, majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Johnny Intang
untuk membuat cabutan. dipersilakan. Diharap hadirin sekalian dapat bersedia dengan
tiket masing-masing.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Johnny Intang
kerana sudi membuat cabutan dan menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Syukur, selesai sudah aturcara kita. Bagi pihak sekolah, saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran majlis ini terutama sekali Datuk
Johnny Intang yang sudi bersama-sama kita pada pagi ini. Segala kekurangan dan terkasar
bahasa harap dimaafkan.
sebagai iringan kepada penutupan majlis ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
sekolah “Pasti Jaya”

Sebagai mengakhiri kata-kata kami, izinkan kami sampaikan 2 rangkap pantun

Langsir baru penghias tingkap


di pasang oleh anak pak dukun
jika ada salah dan silap
jari disusun maaf di pohon

Duduk di pantai hingga ke petang


cuba merawat luka dihati
moga ada umur yang panjang
tahun depan kita jumpa lagi

Sekian, Terima Kasih


Semoga di Tahun Hadapan
Berjumpa Lagi

& “Sekian dan Selamat Berpisah”

MAK 2018

8
TEKS UCAPAN

MAK 2018

MAK 2018

Anda mungkin juga menyukai