Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH SK TAMAN RIMBA KALI KE-13 SESI 2022/2023

DEWAN SRI RIMBA | 3 DISEMBER 2022

CUE TEKS
Diminta hadirin mengambil tempat dan bersedia untuk majlis yang akan diadakan
sebentar lagi.
Nyanyian Lagu Warga dewan yang dimuliakan,
Negaraku,
Sabah Tanah Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta, marilah sama-sama
Airku & Lagu kita berdiri tegak bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan
Sekolah Lagu Sekolah.

(NYANYIAN LAGU)

Hadirin dipersilakan duduk.


Salutasi Tepak sirih megah ditatang,
Adat Melayu pembuka bicara,
Yang dijemput sudah pun datang,
Izinkan saya meneruskan acara.

Bismillahirrahmaanirrohiim, Assalamualaikum w.b.t dan salam kemerdekaan.

Yang Berusaha,

Puan Yuliana Makkana


Guru Besar SK Taman Rimba

Yang Dihormati barisan Penolong Kanan,

Puan Jennier Ali,


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Hamida Sirip,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Faridah Bidin,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Chia Shui Yun


Penolong Kanan Petang

Guru-guru, murid-murid serta hadirin yang dikasihi.

Aluan Pengerusi Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmat-Nya pada hari yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul
di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Sijil
Tamat Prasekolah SK Taman Rimba Kali ke-13 Sesi 2022/2023.
Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat berkat. Untuk itu,
majlis mempersilakan En. Muslihuddin bin Jimin untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada En. Muslihuddin atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Guru Hadirin yang dihormati,
Besar
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang Berusaha, Puan Yuliana Makkana, Guru Besar SK Taman Rimba untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas atas ucapan itu tadi.
Ucapan Perasmi Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan En. Azlan Budun, Yang Dipertua
PIBG SK Taman Rimba untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah SK Taman Rimba. Majlis dengan penuh
takzim mempersilakan.

(UCAPAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas


ucapan perasmian sebentar tadi.
Persembahan 1 Dari Kedah ke Bandar Perlis,
(Pra Kasih) Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriah majlis,
& Semoga hadirin terhibur di hati.

Anugerah Hadirin sekalian,


Kehadiran
Terbaik Majlis hari ini tidak akan berseri tanpa persembahan yang dinanti. Untuk itu,
marilah sama-sama kita saksikan Persembahan Tarian Zapin Melayu daripada
murid-murid Pra Kasih. Majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Begitulah tadi persembahan tarian yang sangat memukau daripada murid-murid


Pra Kasih. Terima kasih diucapkan.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kehadiran Terbaik. Untuk
itu, majlis menjemput ________________ diiringi oleh ________________ untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah. Terima kasih


diucapkan kepada ________________ atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
Persembahan 2 Baiklah, kita teruskan lagi majlis dengan Persembahan Koir daripada murid-murid
(Pra Sayang) Pra Sayang dengan lagunya “We Are The World”. Dipersilakan.

& (PERSEMBAHAN)

Anugerah Nilam Demikianlah tadi persembahan koir daripada murid-murid Pra Sayang.

Beralih kita ke agenda yang seterusnya iaitu penyampaian Anugerah Nilam. Bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis menjemput ________________
dengan diiringi ________________. Dipersilakan.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH)

Terima kasih diucapkan kepada ________________ dan ________________ atas


penyempurnaan penyampaian hadiah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada
murid-murid yang menerima anugerah.
Persembahan 3 Persembahan hari ini diteruskan lagi dengan Persembahan Tarian Medley Moden
(Pra Permata) daripada murid-murid Pra Permata. Dipersilakan.

& (PERSEMBAHAN)

Anugerah Begitulah tadi persembahan tarian yang cukup menarik daripada anak-anak Pra
Permata Rimba Permata.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya iaitu Anugerah


Permata Rimba. Untuk itu, dijemput _______________ diiringi oleh
_______________ bagi menyampaikan anugerah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________ dan


_______________ atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Persembahan 4 Seterusnya, kita akan dihidangkan pula dengan persembahan daripada anak-anak
(Pra Kasih) Pra Kasih dengan Persembahan Bicara Berirama. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
&
(PERSEMBAHAN)
Anugerah
Cemerlang Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah
Mata Pelajaran Cemerlang Mata Pelajaran. Dijemput _______________ diiringi oleh
_______________ untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
(PENYAMPAIAN ANUGERAH)

Terima kasih diucapkan kepada ________________ & ______________ atas


penyampaian anugerah itu tadi.
Persembahan 5 Majlis disemarakkan lagi dengan Persembahan Koir “Terima Kasih Cikgu” yang
(Pra Sayang) akan dipersembahkan oleh murid-murid Pra Sayang. Dipersilakan.

& (PERSEMBAHAN)

Anugerah Top 5 Demikianlah tadi keharmonian suara daripada anak-anak Pra Sayang.
Setiap Kelas
Kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian Anugerah Top 5 Setiap Kelas. Bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis menjemput dan mempersilakan
________________ diiringi oleh ________________ untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan.

(PENYAMPAIAN ANUGERAH)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ______________ & _____________ atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.
Persembahan 6 Tanpa melengahkan masa, kita teruskan lagi majlis dengan mempersilakan anak-
(Pra Permata) anak Pra Permata untuk mempersembahkan Qasidah “Menatapmu di Syurga”.
Majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan.
&
(PERSEMBAHAN)
Penyampaian
Sijil Pra Sayang Usai persembahan qasidah, majlis beralih ke agenda seterusnya iaitu Penyampaian
Sijil kepada murid-murid Pra Sayang. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan ______________ bagi mengiringi _____________ untuk
menyempurnakan penyampaian sijil. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(PENYAMPAIAN SIJIL)

Pihak majlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada ______________ &


_____________ atas penyampaian sijil kepada murid-murid Pra Sayang.
Persembahan 7 Warga dewan sekalian,
(Pra Kasih)
Majlis akan diserikan lagi dengan Persembahan Koir “I’m Ready to Go” daripada
& murid-murid Pra Kasih. Dipersilakan.

Penyampaian (PERSEMBAHAN)
Sijil Pra Permata
Sebelum kita teruskan dengan persembahan seterusnya, majlis mempersilakan
______________ dengan diiringi ______________ bagi menyampaikan sijil kepada
murid-murid Pra Permata. Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

(PENYAMPAIAN SIJIL)

Terima kasih diucapkan kepada ______________ & _____________ atas kesudian


menyampaikan sijil kepada murid-murid Pra Kasih sebentar tadi.
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk mengumumkan pemenang bagi
Pertandingan Koir & Pemimpin Rentak Terbaik. Sebelum itu, majlis menjemput
_________________ bagi mengiringi Puan Guru Besar untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah. Majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada __________________ & ________________


atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar tadi. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada para pemenang.
Persembahan 8 Warga dewan sekalian,
(Pra Permata)
Majlis akan diwarnai lagi dengan Persembahan Tarian Bollywood daripada anak-
& anak Pra Permata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian (PERSEMBAHAN)
Sijil Pra Kasih
Begitulah tadi persembahan tarian yang begitu mengasyikkan daripada anak-anak
Pra Permata. Kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid-murid Pra
Kasih. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan ______________ diiringi
_____________ untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

(PENYAMPAIAN SIJIL)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada __________________ & ________________


atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua murid.
Persembahan 9 Sebelum melabuhkan tirai majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita berhibur
(Pra Permata) dengan persembahan terakhir daripada murid-murid Pra Permata dengan nyanyian
“Mari Mengira & Wheels On The Bus”. Majlis mempersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Begitulah tadi persembahan terakhir yang begitu menghiburkan daripada anak-


anak Pra Permata.
Penutup Alhamdulillah, dengan berakhirnya persembahan nyanyian sebentar tadi maka,
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua yang turut bersama-sama menjayakan majlis ini sama ada
secara langsung mahupun tidak.

Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua murid. Kami mewakili pihak
sekolah mendoakan agar anak-anak pra akan terus berusaha untuk memperoleh
kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Selamat melangkah ke Tahun
Satu. Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis Anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai