Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SKTG 2014

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, yang berbahagia En.Abd


Samad bin Johari, Naib yang Dipertua PIBG, SKTG.
(Persembahan pembukaan)
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Semua hadirin diminta
berdiri.
(nyanyian lagu negaraku)
Semua hadirin dipersilakan duduk.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang berbahagia En.Abd Samad bin Johari, NYDP PIBG SKTG, yang
berusaha Pn.Zaiton Bt Mohd Zin, Guru Besar SKTG barisan penolongpenolong kanan SKTG, (sebutkan nama dan jawatan), dif-dif kehormat, ahli
jawatankuasa induk 2014, AJK permuafakatan ibubapa prasekolah, para
ibubapa, guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejatera dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNya, kita
dapat berkumpul di dewan Auditorium, Westport ini bagi menjayakan
majlis graduasi prasekolah SKTG 2014. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita, yang berbahagia
En.Abd Samad bin Johari Naib yg Dipertua PIBG kerana sudi hadir ke
majlis kita pada pagi ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua
tetamu, ibubapa serta hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran
semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al fadhil ustaz__________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Amin amin ya rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada ______________________________ atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan guru besar SKTG.
Dengan itu, dipersilakan guru besar SKTG, Pn Zaiton Bt Mohd Zin untuk
menyampaikan ucapan buat titipan semangat serta dorongan kepada
murid-murid yang diraikan.
(Ucapan gb)
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Pn.Zaiton Bt Mohd Zin atas
ucapan sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang
Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara.

Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia En.Abd Samad Bin


Johari, NYDP PIBG SKTG, untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis graduasi prasek SKTG 2014. Majlis dengan segala
hormanya, mempersilakan.
(Ucapan perasmian)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha En.Abd
Samad Bin Johari
atas ucapan serta perasmian majlis graduasi
prasekolah 2014 sebentar tadi.
Kini, tibalah masa kita ke acara penyampaian hadiah dan sijil
graduasi prasekolah SKTG 2014. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Pn.Zaiton Bt Mohd Zin, GB SKTG mengiringi tetamu
kehormat, yg berbahagia En.Abd Samad Bin Johari.

Penyampaian hadiah.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada
semua murid. Di jemput________________,
Mutiara harapan- sha
Mutiara sayang -ayu
Mutiara impian sha
Mutiara hati ayu
Mutiara kasih -sha
Dengan itu, dipersilakan
Majlis mempersilakan yang berbahagia En.Abd Samad Bin Johari untuk
menyampaikan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Graduasi
Prasekolah 2014.
1)pn.zaiton

m/s 2 dan 3

Seterusnya, majlis mempersilakan guru besar SKTG, Pn.Zaiton Bt


Zin untuk meyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada yang
berbahagia En.Abd Samad Bin Johari. Terima kasih diucapkan kepada
tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada
murid-murid.

Persembahan murid
Bersarang merbah dipohon nangka,
Manis madunya pabila dimakan,
Majlis kini berehat seketika,
Pelbagai persembahan kami sembahkan

Sebagai halwa telinga dan mata, kita meriahkan majlis kita pada hari ini
dengan persembahan murid Prasekolah SKTG 2014.
Mutiara harapan - chicken dance (yg terdiri drp 21 org 5 tahun dan
4 org- 6 tahun)
Mutiara syg 2 buah lagu iaitu (jong-jong inai & guruku tersayang)
Mutiara impian nyanyian Al-Huq
Mutiara hati acion song (gummy bear)
Mutiara kasih 3 action song (twinkle liitle star/singer/the more we
get together)
Demikian persembahan drp murid prasekolah mutiara kasih.
Seterusnya, kita saksikan persembahan daripada semua murid prasekolah
2014. Mereka akan mempersembahkan sebuah lagu yg bertajuk
GEMURUH.

satu persembahan yg sungguh menghiburkan


Satu persembahan yg sungguh menarik dan hebat.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara. Majlis


merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
hadirin sekalian atas kesudian memeriahkan majlis graduasi pada hari ini.
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir disini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap di maafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah dihati

Hadirin yang dihormati,


Lebat rumbia di sungai kedah
Batang selasih di tanjung dara
Juadah istimewa terhidang sudah
Samalah duduk menjamu selera.

Hinggap camar dipagar besi,


Mencari makan di awal pagi
Selesai sudah majlis graduasi,
Di lain masa bersua lagi.

Guru-guru dan murid-murid dijemput menikmati hidangan yang telah


disediakan.
Sekian .wabbillahitaufik wwalhidayah..Assalamualaikum....

Anda mungkin juga menyukai