Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2022

Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha Encik Eu Teng Huat, Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang,
Puan Teo Mei Choo, GB SKLS1J
Pn Tee Ai Na, GPK Kokurikulum SJKC Jinjang Tengah 2
Pn Ng Yeok Len, Guru SJKC Jinjang Tengah 2,
Yang dihormati, Pn Najihah bt Ibrahim, GPK Pentadbiran, Encik Ridhauddin bin
Hasbullah, rakan-rakan guru, murid2 SJKC Jinjang Tengah 2 dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha, Pn Teo Mei Choo, Pn Tee Ai
Na, GPK KOKO, Pn Ng Yeok Len bersama-sama murid SJKC Jinjang Tengah 2
ke majlis kita pada hari ini.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra Aidilfitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2022.

DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Oleh itu, majlis mempersilakan Cikgu Ahmad
Khairuddin bin Azam bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ahmad Khairuddin bin Azam atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang akan berlangsung
diberkati oleh Allah SWT.

(5)UCAPAN GURU BESAR


Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi Arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan Guru Besar bermadah kata

Oleh itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berusaha, Encik Eu Teng Huat, Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang untuk memberi
ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

(Selepas Ucapan )
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi. Terima kasih daun keladi.

PERSEMBAHAN:

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin yang dimuliakan, tidaklah lengkap sesuatu majlis itu tanpa adanya
persembahan. Oleh itu, marilah sama2 kita saksikan persembahan tarian yang akan
dipersembahkan oleh wakil2 murid Tahun 6 dengan lagunya Pejam Celik Hari
Raya. Dipersilakan.

........................................................................................................................
Begitulah dia persembahan tarian Pejam Celik Hari Raya oleh wakil murid Tahun
6. Meneruskan acara pada hari ini, majlis menjemput murid2 daripada SJKC
Jinjang Tengah 2 untuk bersama2 menarikan tarian Pejam Celik Hari Raya ini.
Dipersilakan.

........................................................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada murid2 SJKC Jinjang Tengah 2 atas kesudian
menari bersama2 untuk tarian Pejam Celik Hari Raya itu tadi. Para tetamu
jemputan dipersilakan ke .................................................. untuk menjamu selera.

Hadirin hadirat sekalian,

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh para pelajar. Dipersilakan Haifa Adawiyah dari kelas 4 Bitara
yang akan mendendangkan sebuah lagu raya yang bertajuk Air Mata Syawal,
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Haifa Adawiyah.

Seterusnya, marilah sama2 kita dengarkan lagu Hari Raya yang akan didendangkan
oleh Alya Nabila dari kelas 6 Bestari. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Alya Nabila atas nyanyian itu tadi.

Meneruskan acara persembahan kita pada hari ini, marilah kita tonton tarian
dengan lagu Suasana Hari Raya yang akan dipersembahkan oleh murid2 Tahun 3.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada murid2 Tahun 3 atas persembahan itu tadi.

Demikian tadi berakhirnya persembahan para pelajar. Terima kasih sekalung budi
diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang
telah sedia dihidangkan.
Sebelum kita makan......... (pesanan ambil makan sedikit2, jangan membazir,
makan dengan cermat, pastikan tidak tertumpah, sampah buang di tong sampah,
jaga kebersihan. Ambil makanan jangan berebut, beratur dalam barisan. Anda
hanya boleh berada di dewan sahaja. Kalau hendak ke tandas, minta izin guru
dahulu.)

PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Anda mungkin juga menyukai