Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN IRAU GONG XI GAWAI RAYA SK LONG TUKON

27/6/2019 BERSAMAAN 16 SYAWAL 1440H

TIME CUE ANNOUNCE Catatan


7.20 MURID
PAGI BERKUMPUL

7.30 KETIBAAN Hadirin hadirat,


pg PARA
TETAMU/ Mengumumkan ketibaan YDP PIBG SK LONG
KETIBAAN TUKON, EN IPAL PERAIT diiringi oleh barisan
TETAMU pentadbiran sekolah
KEHORMAT

Dengan itu, sama-sama kita berdiri bagi


SALUTASI menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Ibu
Pertiwiku dan lagu Sekolah.

Semua diminta menyanyi dengan penuh


semangat.

Yang berusaha,

En Ipal Perait,
Yang Dipertua PIBG SK Long Tukon,
Puan Bulan Dawat,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Tukon

En Valentine Metius, Penolong


Kanan Pentadbiran,
Pn Carmelya Loyanto, Penolong Kanan Hal-
Ehwal Murid,

Puan Teo Ah Geok, Penolong Kanan Ko-


Kurikulum

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan


salam sejiwa senada, salam permuafakatan
dan salam aidilfitri kepada semua.

1
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN IRAU GONG XI GAWAI RAYA SK LONG TUKON
27/6/2019 BERSAMAAN 16 SYAWAL 1440H

Paluan kompang sudah, tarian singa sudah,


tarian iban pun sudah. Semuanya sudah.Jadi
izinkan saya berpantun satu dua.

Indahnya sungguh di hari raya


Ramainnya orang bersuka ria

Perjalanan jauh tak ku rasa


Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain dimata.

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Selamat datang ke Sambutan Irau Gong xi


gawai raya Sk Long tukon bagi tahun 2019.

9.00 BACAAN
Seterusnya bagi memuliakan majlis kita pada
Pagi DOA
pagi ini, marilah sama-sama kita berdoa untuk
memberkati majlis kita pada hari ini.

Majlis dengan sukacitanya menjemput en Ipal


perait, ydp pibg sk long tukon bagi memimpin
bacaan doa.
Bagi beragama lain, mohon berdoa mengikut

2
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN IRAU GONG XI GAWAI RAYA SK LONG TUKON
27/6/2019 BERSAMAAN 16 SYAWAL 1440H

cara masing masing.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


bacaan doa sebentar tadi.
Tarian Joget Hadirin yang dihormati,
Hari raya

Satu hari di hari raya,


Dua hari pun hari raya,
Tiga hari pun hari raya
Hari hari hari raya.

Baiklah. Seterusnya, kita akan menyaksikan


persembahan Tarian Joget Hari raya yang
akan dipersembahankan oleh jejaka tampan
dan adik manis sk long tukon. Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan tarian joget itu


tadi.

Baju Melayu baju Kebaya,

Ucapan gb Bersulam emas puteri rupawan;


Ucapan tuan persis mutiara;
Pinta kami buat pesanan

Tidak lengkap majlis jika tiada ucapan dari


Guru besar, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang berusaha, Pn Buan
Dawat, GB SK Long Tukon untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN IRAU GONG XI GAWAI RAYA SK LONG TUKON
27/6/2019 BERSAMAAN 16 SYAWAL 1440H

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada yang berusaha, Pn Bulan Dawat,
Guru Besar SK Long tukon atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Sebelum meneruskan majlis, saya ingin


membuat pengumuman, sesiapa ibu bapa
atau guruyang ingin menyumbangkan lagu
hari raya atau lagu iban. Boleh bersedia
dengan tajuk lagu. Kita ada satu slot khas
untuk sesi berkaraoke.

Tarian Etnik Hadirin sekalian,


Bidayuh dan
Iban
Cantik dara kacak teruna
Duduk bersama di tepi jeti
Molek sekali si bunga cina
Kebaya merah menawan hati

Seterusnya, marilah kita bersama-sama


menyaksikan persembahan Tarian Etnik
Bidayuh dan iban yang akan ditarikan oleh
gadis-gadis manis SK Long tukon. Dipersilakan.

Menakjubkan tarian mereka. Geram nak


menari sekali. Baiklah. Joget aidilfitri sudah,
tarian etnik pun sudah. Satu lagi belum sudah.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput

4
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN IRAU GONG XI GAWAI RAYA SK LONG TUKON
27/6/2019 BERSAMAAN 16 SYAWAL 1440H

gadis-gadis merah yang didatangkan khas


dari Negara China untuk mempersembahkan
tarian Kipas. Dipersilakan.

Seterusnya, sesi berkaraoke. Jadi sesiapa yang


berani ingin menyumbangkan lagu, sila tampil
kehadapan.

Sebelum kita menjamu selera, kita ada satu


lagi aktiviti yang dinamakan Upacara Ngiling
Bidai. Jadi murid-murid yang ingin berjoget, sila
tampil kehadapan. Music onnnn.

JAMUAN Ketupat lemang sila nikmati kawan


Penat memasak malam ke pagi
Wajid dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman.

Sambil makan
Untuk itu, majlis mempersilakan hadirin dan ada
hadirat untuk menjamu selera yang persembahan
nyanyian,
disediakan. Kita ada bermacam-macam

PERSEMBAHA seperti ………………..


N NYANYIAN
LAGU HARI
RAYA

BERSURAI Para hadirin yang budiman,

Kalau memanjat sudah sampai ke puncak,


Kalau menurun sudah sampai ke lembah,

5
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN IRAU GONG XI GAWAI RAYA SK LONG TUKON
27/6/2019 BERSAMAAN 16 SYAWAL 1440H

Kalau terjun sudah sampai ke tanah,


Kalau berenang sudah sampai ke pantai

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai


Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah aluna suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Sekian wabillahitafik walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahi
wabaraktuh.

Semoga berjumpa lagi. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai