Anda di halaman 1dari 4

SAMBUTAN GAWAI RAYA, PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU 3 BAHASA DAN

MAJLIS PENUTUPAN BULAN BAHASA SK LIO MATO 2017


Pengerusi Majlis : En. Hairileqhwan Firdaus bin Fadzil
Cik Nur Anisah binti Othman

Mengumumkan keberangkatan masuk: A

 Yang Berhormat Tn. Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan


Negeri N77 Telang Usan,
 dif-dif kehormat,

masuk ke Dewan Bestari.


1 Sayang selasih berisi minyak, Sebutan gelaran H
Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi hadir ke majlis kami.

 Yang Berhormat Tn. Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan


Negeri N77 Telang Usan,
 Yang Berbahagia En. Jalong Wan, Timbalan Pengarah Pejabat
Pendidikan Daerah Baram,
 Yang Berbahagia Cr. Simpson Njok Lenjau, Timbalan Pengerusi
Majlis Daerah Marudi, merangkap Pengerusi Kedaya Telang
Usan,
 Yang Berbahagia Pn. Ania Selalang, Pengerusi Persatuan
Kebangsaan Kenyah Sarawak, merangkap Presiden Alumni
Sekolah Kebangsaan Lio Mato,
 Yang Berusaha En. James Valley, Pensyarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Miri,
 Yang Berusaha Encik Sintan Anak Lugat, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Lio Mato,
 Yang Berusaha En. George Gelon, Yang di-Pertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lio Mato,
 Yang Berusaha, Pn. Connie Dominic, Timbalan Yang di-Pertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Lio Mato,
 Yang Berusaha Penghulu Anthony Kulleh Lalo’, mantan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Lio Mato,
 Yang Berusaha En. Peter Edem, Ketua Kampung Lio Mato,
 Yang Berusaha En. __________________________, Ketua
Kampung Long Semiyang,

Yang dihormati barisan Guru Besar dan wakil Guru Besar Subzon A
LITUMOS, penolong-penolong kanan, para guru, staf-staf
sokongan, ahli-ahli exco PIBG SK Lio Mato, kakitangan Klinik
Kesihatan Lio Mato, kakitangan Jabatan Pertanian Lio Mato,
murid-murid, para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan.

Selamat petang, Selamat Hari Gawai Dayak, Salam Aidilfitri dan


Salam Negaraku Sehati Sejiwa.
2 Bersongkok bersampin segak berseri, Kata-kata H
Berbaju ngepan anggun jelita, pembuka bicara
Majlis ramah mesra Gawai dan Aidilfitri, MC
Bersamalah kita meraikannya.

Pansuh ayam tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhuwah terjalin mesra.

Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya jua


maka kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan majlis
Sambutan Gawai Raya, Pertandingan Nyanyian Lagu 3 Bahasa dan
Penutupan Bulan Bahasa SK Lio Mato 2017.
3 Memulakan atur cara majlis, kesemua dif-dif kehormat dan para Nyanyian lagu A
hadirin dijemput berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan
Ibu Pertiwiku.

Terima kasih atas nyanyian lagu-lagu itu sebentar tadi. Para dif
kehormat dan hadirin dijemput duduk.
4 Majlis dimulakan dengan munajat doa memohon restu daripada Bacaan doa H
Yang Maha Esa. Majlis menjemput
__________________________ bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Terima kasih __________________________ atas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung
diberkati oleh Yang Maha Agung.
5 Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan pembuka Tarian Warna- A
tirai, tarian yang diberi nama ‘Warna-warni Aidilfitri’ yang bakal warni Aidilfitri
dipersembahkan oleh murid-murid SK Lio Mato.

Gerak geri disusun rapi,


Lenggang-lenggok penuh berseni.

Begitulah persembahan yang cukup mengujakan oleh anak-anak,


pewaris bangsa kita. Persembahan itu tadi adalah hasil bimbingan
Pn. Lim Lian Fen.
6 Lemang dihidang enak rasanya, Ucapan GB SK Lio H
Nasi impit pilihan kita, Mato
Bingkisan kata bingkisan raya,
Tuan Guru Besar bermadah kata.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Sintan Anak


Lugat, Guru Besar SK Lio Mato. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih En. Sintan Anak Lugat atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

7 Seterusnya, majlis menjemput En. Jalong Wan, Timbalan Pengarah Ucapan TPPD A
PPD Baram untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih En. Jalong Wan atas ucapan yang disampaikan


sebentar tadi.
8 Hadirin dan hadirat yang dikasihi, Tarian Bidayuh, H
Rejang Beuh
Kita bakal disajikan dengan persembahan kedua, tarian yang
dipelopori oleh suku kaum Bidayuh iaitu tarian Rejang Beuh.

Sungguh menghiburkan. Begitulah persembahan yang


dipertontonkan oleh anak-anak didik kita. Persembahan tarian
sebentar tadi merupakan hasil didikan Pn. Angela Bridget Swyny.
9 Tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu Pertandingan Pertandingan A
Nyanyian Lagu 3 Bahasa anjuran SK Lio Mato. Nyanyian Lagu 3
Bahasa
*Rujuk syarat, peraturan dan kriteria pemarkahan
*Sebutkan nama peserta dan lagu yang dinyanyikan
*Pertengahan pertandingan, perkenalkan juri/hakim
*Pertengahan pertandingan, persembahan khas dari Alexander
Laing (Lagu ‘Cinta di Pantai Merdeka)
10 Sementara menunggu keputusan muktamad yang akan Persembahan H
diputuskan oleh barisan juri/hakim, elok rasanya jika kita PIBG SK Lio Mato
menyaksikan dahulu persembahan khas yang akan
dipersembahkan oleh PIBG SK Lio Mato. Dipersilakan.

Berikan tepukan gemuruh kepada PIBG SK Lio Mato. Itulah dia


persembahan yang cukup menghiburkan dan mencuit hati oleh
mereka. Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.
11 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Ucapan A
Perasmian
Marilah kita mendengar ucapan dan amanat yang akan Penutupan Bulan
disampaikan oleh Yang Berhormat Tn. Dennis Ngau dan Bahasa YB
seterusnya merasmikan Penutupan Bulan Bahasa SK Lio Mato bagi
edisi 2017. Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


Berhormat Tn. Dennis Ngau atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Semoga kata-kata dan amanat beliau menjadi inspirasi buat kita
semua dalam memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi.
12 Majlis dengan sukacitanya menjemput Penyampaian H
__________________________ mengiringi hadiah dan
__________________________ untuk menyempurnakan cenderamata
penyampaian hadiah kepada para peserta. Dipersilakan.

*Rujuk senarai pemenang

Terima kasih diucapkan kepada __________________________


atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian hadiah
sebentar tadi.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput A
__________________________ mengiringi
__________________________ untuk menyempurnkan
penyampaian cenderamata kepada para dif kehormat.
Dipersilakan.

*Rujuk Susunan Gelaran

Terima kasih diucapkan kepada __________________________


atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian hadiah
sebentar tadi.
13 Sebelum berpisah, marilah kita sama-sama menghayati tarian Persembahan H
yang diwarisi sejak turun-temurun yang bakal dipersembahkan ngajat Iban
oleh murid-murid SK Lio Mato. Tarian yang bakal disajikan untuk
kita semua dikenali sebagai Taboh Ngajat Gawai Dayak.

Begitulah tadi persembahan yang cukup menghiburkan yang telah


dipertontonkan oleh murid-murid SK Lio Mato. Pn. Lim Lian Fen
ialah tenaga pengajar yang telah membimbing mereka untuk
mempersembahkan tarian yang sungguh unik itu sebentar tadi.
Semoga dengan persembahan-persembahan tadi dapat menyemai
semangat cintakan bangsa dan budaya yang tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. Pn. Lim Lian Fen ialah tenaga pengajar yang
telah membimbing mereka untuk mempersembahkan tarian yang
sungguh unik itu sebentar tadi.
14 Merdu bertingkah alunan suara, Majlis bersurai A
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, kami mewakili kesemua ahli


jawatankuasa program ingin menyusun sepuluh jari memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik
itu datangnya dari Yang Maha Esa dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Tuhan bernama insan.

Sebelum menutup tirai majlis pada petang ini, majlis dengan H


sukacitanya menjemput kesemua dif kehormat dan para hadirin
untuk menuju ke gelanggang bola keranjang bagi menyaksikan
pertunjukan bunga api sebagai simbolik berakhirnya sambutan
Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri. Dipersilakan.

Kalau ada jarum yang patah,


Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Anda mungkin juga menyukai