Anda di halaman 1dari 6

Skrip Pengacaraan

Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu

Bil Perkara Catatan

Mohon perhatian, hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit atau Makluman
meletakkannya dalam pengaturcaraan senyap. kepada
hadirin
Apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan,
hadirin diminta untuk berdiri dan terus bersedia bagi nyanyian lagu
Negaraku.
Majlis mengumumkan ketibaan Ketibaan dif
Yang Berbahagia Dr. Hjh. Maridah Bt. Hj Alias, jemputan
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

diiriingi oleh
Yang Dihormati Dr. Mohd Isa Bin Azis,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
serta dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia bagi menyanyikan lagu Nyanyian
Negaraku. lagu rasmi

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.


Yang Berbahagia Dr. Hjh. Maridah Bt. Hj Alias, Kata alu-
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, aluan
Yang Dihormati Dr. Mohd Isa Bin Azis,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,
Yang Dihormati Puan Mahani Binti Mohamed,
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu,
Barisan pensyarah kanan, pensyarah-pensyarah, staf sokongan,
Pelajar-pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu,
seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Datangnya tuan penyeri acara,
Assalamualaikum kami ucapkan.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat
Ilahi, Tuhan yang Maga Agung dan Maha Tinggi kerana dengan limpah
kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu
dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan
akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-
sama berkumpul di Dewan Aminudin Baki IPG Kampus Bahasa Melayu
ini bagi Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG
Kampus Bahasa Melayu bagi tahun 2018.

Syukur juga kerana dengan izinNya kita berteduh berbumbungkan


redup langit, dengan awan gemawan damai rasa ceria suasana.
Tetak buluh panjang sepuluh, Bacaan Doa
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan
keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara
_______________________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara


_______________________________ atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi, Pengenalan
Majlis
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Bulan Bahasa Kebangsaan
berlangsung pada setiap tahun dan akan disambut di seluruh negara.
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah merupakan suatu
usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebagai
bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat wahana perpaduan
rakyat.

Oleh yang demikian, IPG Kampus Bahasa Melayu turut serta dalam
menganjurkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kampus
yang telah dijalankan bermula pada 27 Ogos 2018 sehinggalah Majlis
Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan pada hari ini. Sepanjang Bulan
Bahasa Kebangsaan diadakan, pelbagai aktiviti telah dijalankan
antaranya ialah Pertandingan Menulis Sajak, Pertandingan Menulis
Cerpen, Pertandingan Video Pendek, Perkhemahan Puisi, Diskusi
Bahasa dan Ceramah Bahasa.
Hadirin, marilah sama-sama kita saksikan sorotan program-program Tayangan
yang telah dilaksanakan sepanjang program Bulan Bahasa Montaj
Kebangsaan peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu bagi tahun 2018.

Mari sama-sama kita saksikan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa


multimedia atas tayangan video montaj sebentar tadi
Paduka sukma setia menanti, Persembahan
Berseri di hati pinangan dibawa, Okestra Lagu
Seketika cuma majlis berhenti, Tradisional
Mari nikmati halwa telinga.

Hadirin yang dihormati, sama-sama kita dengarkan persembahan


penyeri acara. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan okestra lagu
tradisional sebentar tadi.

Majlis mempersilakan Yang Dikasihi saudara __________________ Sumpah Ikrar


(Jawatan) untuk mengetuai sumpah ikrar taat setia Bahasa dalam Taat Setia
mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara _______________


atas bacaan ikrar yang telah disampaikan sebentar tadi.
Sidang dewan yang dimuliakan, Ucapan
Perasmian
Selasih mekar di tengah desa,
Mencelah sama kembang melati,
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa,
Perpaduan disemai bersatu hati.

Melilit rotan di dahan Ara,


Di celah angsana mekar sekata,
Ucapan alu-aluan pembuka bicara,
Tuan Pengarah bersulam kata.

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan


Yang Berbahagia Dr. Hjh. Maridah Bt. Hj Alias,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus merasmikan Majlis
Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPG kampus Bahasa
Melayu bagi tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dengarlah anak ibu berpesan,


Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup masa hadapan.
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Pengarah atas ucapan yang telah
disampaikan. Semoga bait-bait nasihat yang disampaikan dapat
dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan seharian kita
terutamanya sebagai bakal pendidik kelak.
Seterusnya, kita tiba ke acara penyampaian hadiah. Penyampaian
Hadiah
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Dihormati Dr. Mohd Isa Bin Azis,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
untuk mengiringi
Yang Berbahagia Dr. Hjh. Maridah Bt. Hj Alias,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Pengarah atas


kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Adat nan baharu berubah-ubah,


Adat manusia mengandung salah,
Keputusan pertandingan diketahui sudah,
Ada menang ada yang kalah.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang, yang kalah usah menjerut
rasa, cuba lagi di lain masa, di lain acara.
Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil Penutup
sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyampaikan sejuta
kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai
pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Jejaran mengkudu bias kesuma


Di celah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai