Anda di halaman 1dari 7

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Tan Bak Chuan diiringi dif-dif kehormat.

Hadirin
diminta berdiri.

Majlis pada hari ini dimulakan dengan nyayian lagu kebangsaan. Marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku. Semua hadirin diminta bersedia.

Terima kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat, murid di minta duduk.

Yang berbahagia, Tan Sri Dato Paduka Dr. Fng Ah Seng,


Penasihat Kehormat Seumur Hidup Lembaga Pengelola Smjk Sin Min.

Yang Berbahagia, Dato Paduka Beh Heng Seong,


Penasihat Kehormat Seumur Hidup Lembaga Pengelola Smjk Sin Min.

Yang Berusaha,
Pengetua SMJK Sin Min, Pn.Oi Ai Lin

Yang Berusaha,
En.Kuek Chin Khee
Pengerusi Lembaga Pengelola Smjk Sin Min.

Yang Berusaha,
En.Ng Yeok Choon,
Yang Dipertua Pibg Smjk Sin Min

Yang Diraikan Dan Dikasihi,


En. Tan Bak Chuan

Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran SMJK Sin Min, En. Lim Num Chin, Penolong kanan
Hal Ehwal Murid Pn. Teng Siew Lan, Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Li Lee Ching, Penolong
Kanan Tingkatan 6 En. Tea Ah Hock, Penolong Kanan Petang Pn. Ho Keng Tin, semua Guru
Kanan Mata pelajaran, Guru Cemerlang, Kaunselor sepenuh masa, semua guru yang dihormati
dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan pada hari yang penuh bermakna ini, kita diberi
kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi meraikan majlis persaraan seorang warga
pendidik yang tercinta ini. Untuk makluman semua, En. Tan Bak Chuan telah berkhidmat selama
28 tahun di sekolah ini. Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini, tidak mampu untuk membalas
segala keringat dan jasa yang diberikan oleh beliau terhadap sekolah ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Hadirin yang dihormati sekalian,


Acara pada hari yang indah ini diteruskan dengan BACAAN BIODATA Yang Diraikan, En. Tan
Bak Chuan yang akan dibacakan oleh Pn. Ong Mun Looi. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Ong Mun Looi di atas bacaan biodata
sebentar tadi. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

BUKAN KERIS TANPA ULUNYA


BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

Majlis diteruskan dengan UCAPAN DARIPADA Pengetua SMJK Sin Min, Pn.Oi Ai Lin.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua.


SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Seterusnya majlis mempersilakan En. Tan Bak Chuan untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Tan
Bak atas ucapan itu tadi.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Sijil Persaraan JPK dan Sijil Penghargaan
kepada yang diraikan pada hari ini. Untuk itu, majlis mempersilakan YANG BERBAHAGIA TAN
SRI DATO PADUKA DR FNG AH SENG, Penasihat Kehormat Lembaga Pengelola SMJK Sin
Min, untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Wong Seok Ee untuk naik ke pentas bagi menerima
cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dengan penuh takzim dimulakan dengan penyampaian Sijil Persaraan JPK oleh Yang
Berbahagia, Tuan Haji Abdul Razak Bin Mat kepada Yang Diraikan Pn. Wong Seok Ee.
Dipersilakan.
Q: Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Abdul Razak Bin Mat.

Majlis diteruskan dengan menjemput PENASIHAT SEUMUR HIDUP SMJK SIN MIN, DATO
PADUKA BEH HENG SEONG bagi menyampaikan SIJIL PENGHARGAAN kepada Puan Wong
Seok Ee. Dipersilakan.
Q: Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada DATO PADUKA BEH HENG SEONG atas
penyampaian sijil penghargaan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha, Encik Ng Ah Kuang, YDP PIBG SMJK Sin
Min, bagi menyampaikan CENDERAHATI/CENDERAMATA kepada Pn. Wong Seok Ee.
Dipersilakan.
Q: Terima kasih Encik Ng Ah Kuang.

Majlis diteruskan dengan PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA GURU KANAN bagi


mewakili bidang masing-masing.

Penyampaian cenderahati dimulakan dengan mempersilakan Guru Kanan Mata pelajaran


Sains Matematik, En. Lee Koon Heng

Penyampaian cenderahati seterusnya, dipersilakan Guru Kanan Mata pelajaran


Kemanusiaan, En. Wang Heng Suan

Penyampaian seterusnya, dipersilakan Guru Kanan Mata pelajaran Bahasa Pn. Ng Shik Sia.

Seterusnya, dipersilakan Guru Kanan Mata pelajaran Teknik dan Vokasional, Pn.Tang Mun
Phing bagi menyampaikan cenderahati.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Majlis Guru, En. Khaw Beng Joo.
Dipersilakan.

Seterusnya Penyampaian cenderahati/cenderamata oleh Staf Sokongan Smjk Sin Min, yang
diwakili oleh En. Hasbullah Bin Dipersilakan.

Seterusnya Penyampaian cenderahati oleh guru-guru, dipersilakan.


..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
Acara penyampaian cenderahati diteruskan dengan menjemput wakil-wakil pelajar SMJK Sin
Min.

Dijemput wakil daripada Lembaga Pengawas SMJK Sin Min


.
Wakil daripada Lembaga Pengawas Pusat Sumber SMJK Sin Min
..
Seterusnya, dijemput Wakil Pelajar SMJK Sin Min
..

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada wakil-wakil pelajar daripada


pasukan beruniform, persatuan dan kelab. Wakil-wakil pelajar dipersilakan untuk naik ke
pentas untuk menyampaikan hadiah dan cenderamata.

Q: Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan Pn Wong Seok Ee. Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas
tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memori indah
buat Yang Dirai, Pn Wong Seok Ee.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan Puan Wong Seok Ee turut berbesar hati untuk
menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pihak sekolah. Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin
menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan Puan Wong Seok Ee untuk naik ke pentas
bagi menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan Yang Berusaha, Encik Ng Ah Kuang, selaku wakil daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMJK Sin Min untuk naik ke pentas menerima sumbangan wang
berjumlah RM5000 daripada mantan Pengetua Smjk Sin Min Pn Wong Seok Ee.
Q: Terima Kasih Encik Ng Ah Kuang.
Seterusnya, dipersilakan wakil daripada Majlis Guru SMJK Sin Min, iaitu Encik Kahw Beng Joo
naik ke pentas untuk menerima sumbangan berjumlah RM2000 daripada Yang Diraikan Puan
Wong Seok Ee.
Q: Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Khaw Beng Joo dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Diraikan Puan Wong Seok Ee di atas sumbangan yang sangat
bernilai kepada pihak sekolah sebentar tadi.

Upacara hari ini diteruskan lagi. Sebagai tanda penghargaan warga SMJK Sin Min dan sebagai
simbolik kenang-kenangan peribadi Pn. Wong Seok Ee yang telah berkhidmat begitu lama di
SMJK Sin Min, majlis menjemput SEMUA DIF-DIF KEHORMAT dan SEMUA PENTADBIR
SEKOLAH, bagi mengiringi yang dirai, Pn. Wong Seok Ee untuk acara memotong kek. Marilah
sama-sama kita nyayikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Yang Dirai Pn Wong Seok Ee.

Q: Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada dif-dif kehormat dan
juga kepada Yang Diraikan Pn. Wong Seok Ee di atas kesudian menyempurnakan acara
memotong kek itu tadi. Dipersilakan untuk mengambil tempat di pentas utama.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, dengarkan pantun ini

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Wong Seok Ee
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar Yang Diraikan Pn. Wong Seok Ee bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian. Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.
Majlis pada hari ini akan diakhiri dengan nyanyian lagu Negeri Kedah dan diikuti dengan
perarakan perpisahan untuk Yang Diraikan Puan Wong Seok Ee. Semua hadirin diminta berdiri
dan bersedia untuk menyanyikan lagu negeri Kedah.

Majlis tamat.

Anda mungkin juga menyukai