Mohon
kerjasama sekalian hadirin untuk berdiri dan turut menyanyikan lagu kebangsaan negara kita.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan 1Malaysia..
YBhg. En Abd Karim bin Ali, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru;
Puan Siti Fatehah binti Hj Mohamad Adnan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
Selamat datang ke Majlis Suaikenal Murid Tingkatan 1. Saya selaku pengacara majlis ingin
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih khasnya, kepada para ibu
bapa kerana telah memilih sekolah kami untuk meneruskan kecemerlangan akademik anak-anak,
bermula dari tahun 2012.
Bagi menambah keberkatan majlis, marilah kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh Ustaz Jamhari bin Mohd Desa. Dipersilakan.
(pause)
Amin, amin ya rabbal alamin….,
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Untuk pengetahuan semua, kami telah menyediakan tayangan multimedia sebagai gambaran secara
umum tentang sekolah ini. Tayangan ini telah disediakan oleh Pn Noryuzie. Kita saksikan bersama.
(pause)
Demikianlah persembahan multimedia dan majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Abd Khany bin Mohd
Yusof, selaku Pengetua untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan ini mempersilakan.
Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih atas ucapan tadi.
Sekarang tibalah masa untuk kita mendapatkan informasi berkaitan dengan bidang kurikulum
ataupun akademik yang akan disampaikan oleh Puan Abibah binti Harun, selaku Penolong Kanan.
(pause)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang kedua iaitu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid yang
akan disampaikan oleh Puan Siti Fatehah bt Hj Mohamad Adnan, selaku Penolong Kanan HEM.
Dipersilakan.
(pause)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan itu tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Norhayati binti Ramli selaku Penolong Kanan Kokurikulum
untuk memberikan taklimat yang berkaitan dengan bidang kokurikulum iaitu pelengkap kepada
bidang akademik. Dipersilakan.
(pause)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan itu tadi.
Kesempatan bertemu dengan ibu bapa dan penjaga pada hari ini tidak akan dilepaskan begitu
sahaja.
Majlis dengan ini mempersilakan YBhg En Abd Karim bin Ali, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(pause)
Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi
menjayakan Majlis Suaikenal Murid Tingkatan 1 bagi tahun 2012.
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
saya mengacarakan majlis ini.