Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS KONGSI RAYA [RIMUP KEBUDAYAAN]


DAN SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH SMK KOTA SAMARAHAN
“SEGULAI SEJALAI”
27 JUN 2023 / JUMAAT

MASA CUE ANN

645 pagi Murid Tingkatan 4 Pengacara buat pengumuman murid Tingkatan 4


dan 5 berkumpul di dan 5 berkumpul di dewan sekolah
dewan sekolah

700 pagi Guru-guru Pengacara majlis memberi housekeeping sebelum


mengambil tempat majlis bermula

720 pagi Persembahan  Persembahan tarian Ngajat oleh 2 orang


Sambutan murid tingkatan 2E
 VIP terus masuk ke dewan
 VIP berdiri untuk menyanyikan lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku

725 pagi Lagu Negaraku Bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara,
dijemput
Lagu Ibu Pertiwiku  Yang Berbahagia Tuan PPD Samarahan
 Yang Berusaha Tuan Pengetua
 guru-guru
 serta rakan pelajar

untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu


kebangsaan Negaraku dan lagu kebesaran negeri
Sarawak, Ibu Pertiwiku.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


 Lagu dimainkan
 Selesai lagu
Para hadirin, tuan puan serta pelajar dipersilakan
duduk

Salutasi  Yang Berbahagia En Awang Hapeni bin


Awang Onget
Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan
 Yang Berusaha En Nayan bin Yamin
Pengetua SMK Kota Samarahan

 En Mamat Soleh bin Ismail


Penolong Kanan Pentadbiran

 En Thomas anak Nyayu


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 En Maslan bin Jemat


Penolong Kanan Kokurikulum

 En Kulleh anak Jabu


Penolong Kanan Petang

 En Berhim bin Aboi


Penolong Kanan Tingkatan 6

 Barisan Ketua Bidang


 Exco-exco PIBG SMK Kota Samarahan
 Guru-guru
 Serta anak pelajar yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera
Salam Malaysia Madani

[Pantun Melayu]
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra penyeri hari
Bersamalah kita meraikannya
[Pantun Iban]

[Pantun Cina]

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk berhimpun bersama-
sama pada pagi ini bagi meraikan

MAJLIS SAMBUTAN KONGSI RAYA


RIMUP KEBUDAYAAN DAN SAMBUTAN
HARI GURU SMK KOTA SAMARAHAN
TAHUN 2023
“SEGULAI SEJALAI”

Pada awal acara tadi, majlis telah diserikan dengan


tarian Ngajat daripada 2 orang pelajar Tingkatan
2E sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Yang
Berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
Samarahan serta tuan puan ke majlis yang penuh
bermakna ini.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian


Bacaan Doa
Majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan
munajat doa memohon restu dari Yang Maha Esa.
Majlis mempersilakan

CIKGU HJ AWANG TAHA BIN AWANG


KEPLI bagi memimpin pembacaan doa.
Majlis mempersilakan.

 Bacaan doa
 Bacaan doa selesai

Terima kasih CIKGU AWANG TAHA atas


pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung, diberkati oleh
Allah SWT.

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi


sekalian,
Ucapan Alu-aluan
Tuan Pengetua Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan


sukacitanya mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Pengetua

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

 Ucapan Pengetua
 Ucapan selesai

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-


aluan sebentar tadi.
Lemang dihidang bersama rendang
jadi hidangan hari perayaan
Bingkisan madah mari dijulang
Tuan PPD kami alu-alukan.
Ucapan Perasmian Justeru, majlis menjemput dan mempersilakan
PPD Samarahan  Yang Berbahagia En Awang Hapeni bin
Awang Onget
Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya


merasmikan Majlis Kongsi Raya [RIMUP
KEBUDAYAAN] dan Sambutan Hari Guru SMK
Kota Samarahan tahun 2023 “Segulai Sejalai”.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

 Ucapan Perasmian
 Ucapan selesai
Gimik Perasmian  Selesai ucapan perasmian, PPD
melancarkan Gimik Perasmian Sambutan
Sambutan
Dengan sukacitanya majlis menjemput Yang
Berbahagia Tuan PPD untuk bersama-sama
barisan pentadbir bagi menyempurnakan

Gimik Perasmian Majlis Kongsi Raya [RIMUP


KEBUDAYAAN] dan Sambutan Hari Guru
SMK Kota Samarahan tahun 2023 “Segulai
Sejalai”

dan disaksikan oleh para guru, exco PIBG serta


pelajar sekalian.

Majlis mempersilakan.

 PPD merasmikan gimik


 Emcee laungkan :

“Dengan ini maka rasmilah


Majlis Kongsi Raya [RIMUP KEBUDAYAAN]
dan Sambutan Hari Guru SMK Kota
Samarahan tahun 2023

Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Tuan PPD atas kesudian untuk
merasmikan majlis kita pada pagi ini.

 PPD dan pentadbir kembali ke tempat


duduk

Hadirin sekalian,
Persembahan Murid
Majlis akan diteruskan lagi dengan 2 persembahan
khas daripada anak-anak didik SMK Kota
Samarahan.

Persembahan akan didahului dengan

 Persembahan daripada adik ANSLEY


DAVID ANAK AJUN dari kelas PKKR
Masak Kekwa yang akan
mempersembahkan lagu BERKIKIS BULU
BETIS
 Diikuti dengan tarian rampai Juh Birami
 Serta persembahan Sape daripada adik
ALDA GWEN [2D]

Tanpa melengahkan masa, dipersilakan.

 Persembahan Murid
 Persembahan Tamat

Demikanlah tadi tari seni budaya berbilang bangsa


tanda kukuhnya perpaduan anak-anak SMK Kota
Samarahan.

Terima kasih kami ucapkan.

Hadirin yang dihormati,


Acara Memotong
Belum terlambat untuk kita mengucapkan Selamat
Kek Hari Guru 2023
Hari Guru kepada semua guru di SMK Kota
Samarahan pada tahun ini.

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Sebagai tanda terima kasih kepada para guru,


majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan PPD,
Tuan Pengetua dan barisan pentadbir untuk naik
ke pentas sekali lagi bagi penyempurnaan acara
memotong kek Hari Guru dan juga sebagai
simbolik Sambutan Hari Guru SMK Kota
Samarahan.

Dengan berbesar hati, majlis mempersilakan.


 Pemotongan kek
Terima kasih kepada Tuan Pengetua.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru.
Terima kasih, cikgu.

Majlis juga turut berbesar hati untuk


menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
kepada Yang Berbahagia Tuan PPD.

Dipersilakan Tuan Pengetua untuk


menyempurnakan majlis.
 Penyampaian Hadiah kepada PPD

Sekali lagi majlis mempersilakan Tuan Pengetua


untuk menyampaikan cenderamata kepada YDP
PIBG SMK Kota Samarahan, En Azrain.
Dipersilakan.

Wajik dodol tradisi kita


Penutup
Ayam pansuh dan juga rendang
Saling ziarah amalan mulia
Budaya Malaysia sama dijulang.

Dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Pegawai


Pendidikan Daerah Samarahan diiringi Tuan
Pengetua serta barisan pentadbir untuk berkunjung
ke teratak atau reruai kelas yang telah menyajikan
pelbagai hidangan yang sudah tentunya lazat dan
menyelerakan.

Dipersilakan.

Majlis turut mempersilakan para guru untuk


beredar mengikut kumpulan pengabang bagi
menziarahi reruai atau kelas yang telah ditetapkan.

Para pelajar boleh kembali ke dewan dan kantin


untuk bersama-sama memeriahkan majlis rumah
terbuka kita pada hari ini.

Dengan ini maka berakhirlah majlis perasmian


Sambutan Kongsi Raya [RIMUP Kebudayaan] dan
Sambutan Hari Guru tahun 2023
“SEGULAI SEJALAI”

Cg Zakaria bin Asan dan Cg Rohana binti Bujang


mohon menutup tirai.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah…

Anda mungkin juga menyukai