Anda di halaman 1dari 15

TEKS EMCEE

ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID, PERPISAHAN MURID TAHUN 6 DAN GRADUASI PRA SEKOLAH 2018
MURID MENGAMBIL TEMPAT DI DEWAN KG BONOR
KETIBAAN IBU BAPA & JEMPUTAN
KETIBAAN YDP, Mengumumkan ketibaan,
GB,dif2 jemputan _________________________________________________________________________(VIP)
Ketua Kampung Kg. Bonor KK Raiti Mulou, Ketua Kampung Likowon KK Kanawan Lunggin, Yang Di-
Pertua PIBG SK Bonor,En. Yoel Angkatil, Tuan Guru Besar, En.Lazurus Lajiun, Exco PIBG,, beserta
dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat. Hadirin dipersilakan duduk.

PERSEMBAHAN Begitulah persembahan yang penuh bertenaga dari atlet2 sk bonor.


PEMBUKAAN ATLET
KATA ALUAN Salam syukur kami hulurkan
PENGACARA MAJLIS Dengan izin-Nya kita ditemukan
Rasa bangga kami lafazkan
Kesudian hadirin menerima jemputan

Hari ini menugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraihkan majlis penuh ceria

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapakan
Semoga majlis tambah berseri
1
Yang dihormati
_________________________________________________________________________(VIP)
Ketua-ketua kampung
Yang Di-Pertua PIBG SK Bonor En. Yoel Angkatil
Yang berusaha,
Guru besar SK Bonor Cikgu Lazurus Lajiun
Penolong kanan Kurikulum, Cikgu Moses Galakong.
Penolong Hal Ehwal Murid Cikgu. Alexander Gombot
Penolong kanan ko-kurikulum, Cikgu Valentine Nicholas Joummy
Barisan Exco PIBG, ibu bapa, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang dihormati
sekalian.
Selamat datang ke Malis hari anugerah kecemerlangan,perpisahan murid tahun 6 dan graduasi pra
sekolah tadika cahaya hati 2018
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia. Alhamdullilah,
bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah kita bersama-sama berhimpun
pada pagi ini bagi meraihkan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran dan kokurikulum. Ucapan
selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Tuhan.
2
NYANYIAN LAGU : Hadirin yang dihormati, bagi memulakan acara kita pada pagi ini, Dijemput semua hadirin untuk berdiri
1. NEGARAKU dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku dengan iringan muzik.
2. SABAH TANAH Majlis mempersilakan.
AIRKU
UCAPAN WAKIL Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin dijemput duduk.
MURID TAHUN 6 Hadirin yang dihormati,
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid tahun 6. Untuk itu, majlis menjemput adik
REHUEL KAMUS selaku wakil murid untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

UCAPAN GURU Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.
BESAR Besar langit di tepi busut,
EN LAZURUS LAJIUN Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakanTuan Guru Besar SK Bonor,
En Lazurus Lajiun untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

UCAPAN DAN Demikian tadi, satu penyampaian yang tulus, percikan kata yang halus membawa mesej dan makna
PERASMIAN OLEH yang kudus dari yang berusaha Tuan guru besar yang pasti menyelinap ke sanubari warga SK Bonor.
YDP PIBG SK Majlis mengucapkan terima kasih.
3
BONOR
EN YOEL ANGKATIL Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dihormati,


Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Encik Yoel Angkatil, Yang Di-Pertua PIBG Sk Bonor untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Yoel Angkatil,
Yang Di-Pertua PIBG Sk Bonor atas ucapan perasmian majlis sebentar tadi. Diharapkan dengan
ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama
membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Majlis
mengucapkan terima kasih.
PERSEMBAHAN 1 Awan bersua citra berkisah
MURID tarian Ukiran sukma kilauan kelisa
tradisional Bingkisan ucapan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

4
Hadirin sekalian, tidak lengkap rasanya majlis tanpa persembahan sebagai penyeri majlis. Oleh itu bagi
memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, dipersilakan murid-murid SK.Bonor untuk menyampaikan
persembahan Tarian _________ Majlis mempersilakan.
SIJIL Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan sungguh gemalai sebentar tadi. Untuk
PENGHARGAAN makluman hadirin, persembahan itu tadi dibimbing oleh cikgu Stelvencarry Dinili dari Tadika Cahaya
KETUA KELAS DAN Hati Kg. Bonor.
PENOLONG KETUA
KELAS 2018
Atlet cemerlang Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ketua kelas, penolong ketua kelas
dan pengawas sekolah sesi 2017. untuk itu majlis menjemput ________NYDP_______diiringi Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Alexander Gombot untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.
Dipersilakan ketua kelas/penolong ketua kelas tahun 1(2,3,4,5,6) adik……
Seterusnya dipersilakan ketua pengawas SK Bonor adik REHUEL KAMUS mewakili pengawas SK
Bonor untuk menerima sijil penghargaan.

Seterusnya bagi Anugerah kehadiran terbaik . Anugerah kehadiran terbaik ini adalah bagi
menggalakkan kehadiran murid ke sekolah. Oleh itu dijemput satu-satunya murid yang mencapai
kehadiran 100% bagi tahun 2018 iaitu adik Selpi Kmutang.. dipersilakan.

Seterusnya bagi anugerah kehadiran kelas terbaik bulan november , dijemput ketua kelas tahun

5
_______bagi menerima hadiah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada NYDP

Majlis mengucapkan terima kasih.


Hadirin yang dihormati, tahun 2018 merupakan tahun yang mencatat sejarah yang amat bermakna bagi
warga SK Bonor apabila menjadi Juara keseluruhan dalam Majlis Sukan Sekolah Zon Dalit. Bagi
menghargai pengorbanan dan usaha gigih atlet2 Sk Bonor, pihak sekolah telah menyediakan anugerah
khas bagi atlet2 cemerlang ini. Bagi menyampaikan maksud ini, Majlis dengan hormatnya
mempersilakan PK Kokum Sir Valentine mengiringi Guru Besar bagi menyampaikan anugerah ini. Majlis
mempersilakan.
Bagi kategori: rujuk buku program

Hadirin yang dihormati, pencapaian cemerlang SK Bonor dalam bidang kokurikulum tidak akan dapat
dicapai tanpa sokongan yang jitu dari semua pihak. Oleh itu bagi menghargai jasa dan bakti pihak yang
banyak memberi sumbangan kepada kemenjadian bidang kokurikulum, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Encik Stevelcarry Dinili untuk menerima anugerah khas Kokurikulum dari pihak sekolah.
Majlis mempersilakan.
Cabutan Tiket Majlis mengucapkan terima kasih.
bertuah Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan dengan acara cabutan tiket bertuah. Oleh itu, bagi
menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG SK Bonor En Yoel
Angkatil diiringi Penolong Kanan 1 En Moses Galakong untuk membuat 10 cabutan bertuah yang
pertama. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.
Persembahan 2 Seterusnya majlis kita diserikan lagi dengan pesembahan daripada kumpulan Orou yang akan
KUMPULAN OROU mempersembahakan persembahan tarian. Dipersilakan.
PENYAMPAIAN Majlis mengucapkan terima kasih. Pesembahan itu tadi dibimbing oleh cikgu Ludih.
6
HADIAH
kecemerlangan Melati kuntum menghias gelas
akademik/tadika Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2018
Murid cemerlang kita hargai
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah murid
cemerlang bagi setiap kelas. Untuk itu, dijemput ____________________________ diiringi Penolong
Kanan 1 En. Moses Galakong untuk menyampaikan hadiah.
Bagi anugerah murid cemerlang kelas 1(,2,3,4,5,6.. )
tempat ketiga dijemput adik__
tempat kedua dijemput adik__
dan tempat pertama dijemput adik__
atlet RUJUK PROGRAM
Bagi anugerah murid cemerlang matapelajaran (BM, Bi,Mt,SN) tahun 1(2,3,4,5,6) dijemput adik___
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan guru besar di atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah murid cemerlang tadika. Bagi
menyempurnakan acara ini Majlis dengan hormatnya menjemput guru Tadika Cahaya hati mengiringi
YDP En Yoel Angkatil bagi menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan.
Bagi kategori: (Rujuk kertas)

Ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya. Diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi
pada tahun hadapan.
Persembahan 2 Seterusnya majlis kita berehat seketika bagi menyaksikan pesembahan Sketsa daripada kumpulan

7
KUMPULAN HOUN HOUN yang akan bertajuk Angin dan Matahari. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Pesembahan itu tadi dibimbing oleh Teacher Sheirly.
SIJIL Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakan
PENGHARGAAN KO- acara ini dijemput YDP PIBG SK Bonor En. Yoel Angkatil diiringi Penolong kanan kokum Sir Valentine
KURIKULUM 2018 untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Untuk pengetahuan hadirin, sepanjang tahun ini pihak sekolah telah menganjurkan beberapa
pertandingan mengikut rumah sukan. Antaranya ialah, sukaneka sempena hari guru, sukan sekolah dan
Pertandingan sukaneka SK Bonor .Oleh itu bagi menghargai usaha gigih murid-murid ini, pihak sekolah
telah menyediakan hadiah mengikut pencapaian rumah sukan.
Tempat keempat /3/2/ dimenangi oleh rumah____dan hadiah kumpulan kokurikulum terbaik SK Bonor
bagi tahun 2018 disandang oleh Rumah________________________
Tepukan gemuruh bagi murid yang telah mempamerkan kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
Diharapkan semua murid akan meneruskan kecemerlangan ini pada tahun hadapan.

Hadirin yang dihormati, sempena majlis ini juga, pihak sekolah juga telah menganjurkan Pertandingan
Bola Sepak Perempuan PIBG.
Bagi pertandingan ini,
Tempat ketiga/naib johan/johan dimenangi oleh kumpulan________________, dijemput wakil.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Majlis mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG
atas kesudian beliau menyampaikan hadiah.

Persembahan TCH Dari Bonor ke negeri kedah


Mencari puteri idaman kasih

8
Padamu tuan kami persembah,
Persembahan istimewa pengikat kasih

Hadirin yang dihormati bagi meneruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menikmati satu persembahan yang sungguh istimewa daripada Murid Tadika Cahaya Hati yang akan
menpersembahkan persembahan tarian. Sama-sama kita saksikan. Dipersilakan.

Begitula persembahan yang sungguh comel dari murid2 TCH. Persembahan itu tadi dibimbing
oleh guru2 TCH. Majlis mengucapkan terima kasih.

Penyampaian Terbang tinggi si burung helang


anugerah tokoh Berkicau merbuk sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah tokoh peringkat SK Bonor. Anugerah tokoh ini
adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh setiap tokoh kepada pihak
sekolah. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan guru besar
En. Lazurus Lajiun diiringi YDP PIBG En. Yoel Angkatil untuk menyampaikan anugerah ini.
Bagi kategori:______________dijemput_______________(ikut buku program)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada_______________atas kesudian beliau menyampaikan


anugerah khas tersebut.
Cabutan tiket bertuah Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah. Oleh itu, majlis
menjemput NYDP PIBG En. Yahya Tuhok diiringi penolong kanan HEM Cikgu Alexander Gombot untuk

9
membuat 10 cabutan tiket bertuah.

Majlis mengucapkan terima kasih.


PERSEMBAHAN Emas tempawan buatmu puteri
TARIAN DARIPADA Buasana indah buat rupawan
kump. butitin Persembahan menarik sedia menanti
Semoga terhibur hati tertawan
Para hadirin sekalian,
Majlis kita berehat seketika bagi menikmati satu lagi  persembahan tarian daripada kumpulan Butitin.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan yang sungguh menghiburkan sebentar
tadi. Persembahan itu tadi dibimbing oleh cikgu Rosaline.
Penyampaian hadiah Ikan sembilang, sepat dan kelah
terbuka Guna bubu biasa dihujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Hadirin yang dihormati


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah terbuka.
Untuk itu majlis menjemput mana-mana ibu bapa yang ingin menyampaikan hadiah kepada murid-murid
SK Bonor. Dipersilakan.

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah dari murid kepada guru. Untuk itu majlis menjemput
mana-mana murid yang ingin menyampaikan hadiah kepada guru-guru SK Bonor. Dipersilakan.

10
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah dari murid kepada ibu bapa. Untuk itu majlis menjemput
mana-mana murid yang ingin menyampaikan hadiah kepada ibu bapa atau penjaga mereka.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Cabutan tiket bertuah Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah. Oleh itu, majlis
menjemput guru besar diiringi penolong kanan KOKUM Sir Valentine untuk membuat 10 cabutan tiket
bertuah.

Majlis mengucapkan terima kasih.


PERSEMBAHAN Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
TARIAN DARIPADA Singgah bersantai di tepi jeti,
Bulintung Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Para hadirin sekalian,
Majlis kita berehat lagi untuk menikmati satu persembahan tarian tradisional daripada murid-murid SK
Bonor. Untuk itu, majlis mempersilakan murid-murid SK Bonor untuk menyampaikan persembahan
mereka.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan yang sungguh menarik sebentar tadi.
Persembahan itu tadi dibimbing oleh Cikgu Aisah

PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan acara graduasi murid Tadik Cahaya Hati Kg.
GRADUASI TADIKA Bonor. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan hormatnya menjemput ______
CAHAYA HATI _______________bagi mengiriingi ___________________________ bagi menyampaikan acara
11
penaugerahan ini.

Dipersilakan adik_______(ikut senarai nama)


Majlis mengucapkan terima kasih

Upacara menerima Hadirin yang dihormati, saban tahun SK bonor menerima kehadiran murid baru di tahun 1. Bagi tahun
murid tahun 1 2019 seramai ___orang murid bakal memasuki darjah 1. Bagi menyambut kehadiran bakal murid2 tahun
1 2019, majlis dengan hormatnya menpersilakan PKHem mengiringi guru Besar bagi menyempurnakan
acara ini. Dipersilakan adik_______(ikut senarai nama.)
Majlis mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN SIJIL Hadirin yang dihormati,


TAMAT
PERSEKOLAHAN Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
TAHUN 6 DAN mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
PERSEMBAHAN berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus
MURID TAHUN 6 berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati, 


   Tempat burung selalu bertemu; 
Sekali hidup biarlah bererti, 
   Isikan akal dengan ilmu
Majlis diteruskan dengan penyampaian graduasi kepada murid-murid tahun 6 2018
Untuk itu majlis sekali lagi menjemput  Tuan guru besar En. Lazurus Lajiun diiringi oleh YDP PIBG
untuk menyampaikan sijil tamat persekolahan kepada murid-murid Tahun 6

12
Dipersilakan.
………………. (Penyampaian sijil tamat persekolahan)
Majlis mengucapkan terima kasih.
Buat murid-murid tahun 6 yang bakal melangkah ke sekolah menengah, terimalah pantun dari
cikgu,
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendaklah dicari
Mana yang dapat janganlah lupa.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Teruskan kecemerlangan anda dan jangan mudah berputus asa.

Sidang hadirin yang dihormati, acara kita diteruskan lagi dengan persembahan lagu perpisahan
daripada murid tahun 6. Untuk itu majlis menjemput murid Tahun 6 untuk menyampaikan persembahan
mereka. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan itu tadi dibimbing oleh cikgu Moses Galakong.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
13
Seterusnya adalah acara bersalam-salaman dengan murid tahun 6 sebagai ungkapan perpisahan dan
selamat maju jaya ke tingkatan 1. Untuk itu dijemput semua murid tahun 6 untuk berada di pentas bagi
acara ini. Dijemput para ibu bapa, murid, dan guru-guru untuk bersalam-salaman dengan murid tahun 6.
Majlis mempersilakan.
PENUTUP Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung
ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada yang berbahagia Tuan guru besar
dan selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6 ke tingkatan 1. Kami selaku pengacara majlis
pada hari ini menghulur 10 jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang
kami mengacarakan Majlis ini. Majlis juga ingin menyampaikan kalungan bunga terima kasih kepada
sekalian tetamu yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis permai pada hari
ini dapat dilangsung dengan jayanya..
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Batu feringgi pantainya indah


Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Para tetamu jemputan ibu bapa, guru dan hadirin dijemput untuk menikmati juadah jamuan yang telah

14
disediakan

* hadirin yang dihormati selepas sahaja acara jamuan, majlis kita akan diteruskan dengan acara
pertandingan karaoke dan ratu ibu.. Semua hadirin dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan acara
ini.
Majlis mengucapkan terima kasih.

15

Anda mungkin juga menyukai