Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS PERSARAAN CIKGU MALATI, CIKGU INTAN DAN CIKGU ROKIAH

TARIKH: 25 MEI 2023

TEMPAT: HOTEL ROXY

CUE
ANN.
L/P

 
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Malati bt
Bakar, Cikgu Rokiah bt Bakal dan Cikgu Intan Firdauzi
menuju ruang legar majlis.

  Pemakaian Selempang)
KETIBAAN YANG DIRAIKAN
(Ngajat Ngalu Temuai)
(L)
(Persembahan Tarian Ngajat Datun Julud)

Berikan tepukan kepada panari-penari yang terdiri


daripada Pn Pilien, Pn Kelin dan Pn Nellia di atas
persembahan yang memukau mata kita sebentar tadi.

 (P)  Bismillahirahmanirahim
SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.


1. Yang Berusaha, En Zailan bin Jeman Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Serian.
 
2. Yang Dihormati, En Ramedan bin Tekat, GPK
Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Serian.

3. En Ahmad Khairuddin bin Jobli, GPK Kokurikulum

4. Puan Hellen Sigau, GPK Hal Ehwal Murid

5. Puan Halini bt Abon, GPK Pendidikan Khas

6. Yang diraikan, Cikgu Malati bt Bakar, Cikgu Rokial


bt Bakal dan Cikgu Katijah Zain

7. Dif-dif Jemputan, Exco-exco PIBG

8. Para guru dan AKP

9. Seterusnya para hadirin yang yang dimuliakan.

Begitu cantik, begitu indah dengan busana masing-


masing dengan tema yang dipilih. Cikgu Adris apa tema
kita pada petang ini?

KATA-KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,.


PENGACARA
 (L)
Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma;


Sisihkan sengketa kiranya ada,

Bertemu berpisah  perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,

Terlihat jauh di Tanjung Jati,

Tuan umpama bunga yang kembang,

Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap


pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita
berkumpul pada hari ini sama ada secara nyata mahupun
maya adalah untuk meraikan Yang disayangi, Cikgu
Malati, Cikgu Rokiah dan Cikgu Katijah yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang
tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira


begitulah juga besarnya jasa cikgu-cikgu sehingga tidak
mampu untuk kami membalasnya. Sekalung penghargaan
diucapkan buat cikgu-cikgu yang diraikan atas kesudian
menghadirkan diri. Tidaklah seberapa majlis ini untuk
meraikan puan-puan yang hebat dan megah
kewibawaannya.

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,


 (P)  

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,


Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al-


Fadhil Ustaz Sha’at bin Radhuan untuk memimpin bacaan
doa.

(BACAAN DOA)

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih.

  Para tetamu yang dihormati,


UCAPAN ALUAN GB
Duduk sekawan si burung unta,
 
Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha, En Zailan bin Jeman, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Serian untuk tampil
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN ALU-ALUAN GB)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar
tadi.
 Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,

Hanya indah serupa mimpi,

Duhai tuan kesatria dirai,

Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Malati bt Bakar
UCAPAN YANG DIRAIKAN
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian Puan yang diraikan menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Rokiah bt Bakal
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

 ---Cikgu Rokiah dan Cikgu Katijah--

TAYANGAN MONTAJ  Para tetamu yang dihormati,


 
 
Sudah teradat si anak lelaki,
 
Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,

  Bukan memberi kata dan puji,

  Hanya budi dalam ingatan,

  Buat kenangan sepanjang hayat.

  Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan


persembahan montaj yang telah disediakan.
 
(TAYANGAN VIDEO SELAYANG PANDANG)
 
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang diraikan
  Cikgu Malati, Cikgu Rokiah dan Cikgu Intan diringi oleh
barisan pentadbir tampil bagi menyempurnakan acara
  simbolik majlis persaraan pada hari ini.

  (KEK MASUK)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


Rokiah, Cikgu Malati dan Cikgu Intan sudi bersama-sama
GIMIK menyempurnakan acara pemotongan kek sebentar tadi.

PERSEMBAHAN NYANYIAN Hadirin sekalian,

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jati,
Persembahan nyanyian memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Sebenarnya kita ada kejutan istimewa untuk cikgu-cikgu


yang akan bersara nanti. Atas permintaan Cikgu Malati
jua, Cikgu Adris akan menyampaikan sebuah lagu sebagai
dedikasi kawan seperjuangannya. Terimalah
(PERSEMBAHAN CIKGU ADRIS)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian


Cikgu Adris memeriahkan suasana kita pada petang ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Kelip-kelip Ku sangka api,


Cahayanya bersinar terang-benderang,
Hadiah diberi seikhlas hati,
Sebagai tanda kenang-kenangan.
PENYAMPAIAN HADIAH GURU
BERSARA Seterusnya majlis beralih ke acara yang dinanti-nantikan
iaitu pemberian hadiah cenderahati kepada ketiga-tiga
guru yang bersara. Dengan ini majlis menjemput Yang
Diraikan untuk tampil ke pentas.

Dimulakan dengan cenderahati daripada pihak sekolah.

Hadirin yang disayangi,

Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan


SELINGAN 2
nyanyian duet oleh Cikgu Nellia dan Cikgu Adris. Majlis
mempersilakan

PENYAMPAIAN HADIAH
MYSTEP

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


 

Menggamit rindu datang ke mari,

Waktu bersama duka gembira,

Kenangan lalu memahat memori,


Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa


untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi.
Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan
semoga Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie akan
sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama
keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak


majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan
majlis kita pada hari ini.

Assalammualaikum w.b.t.

 
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SK SERIAN
(25 MEI 2023/KHAMIS/JAM 14:00)
ROXY HOTEL

JAM 14:00 : Ketibaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru, AKP dan Tetamu
: Ketibaan yang diraikan
Cikgu MALATI BT BAKAR
Cikgu ROKIAH BT BAKAL
Cikgu INTAN FIRDAUZI

: Persembahan Tarian Ngajat Datun Julud


: Salutasi Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan Guru Besar
: Ucapan Guru yang diraikan
: Tayangan Video Selayang Pandang
: Gimik Pemotongan kek
: Selingan/persembahan 1
: Penyampaian Hadiah/Cenderahati
: Sesi bergambar
: Selingan /persembahan 2
: Merarau

Anda mungkin juga menyukai