Anda di halaman 1dari 8

ATUR CARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

SK BUKIT PIATU 2019

TARIKH: 05 MEI 2019

TEMPAT: DEWAN SK BUKIT PIATU

MASA CUE ANN


Dipersilakan tetamu-tetamu
jemputan mengambil tempat
masing-masing di dalam dewan
kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi


melicinkan perjalanan majlis pada
hari ini, di sini dibacakan beberapa
pengumuman:

1. Pihak majlis memohon


kerjasama para hadirin agar dapat
mematikan nada deringan telefon
bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar
tetamu-tetamu yang hadir dapat
memenuhkan ruangan tempat
duduk di bahagian hadapan terlebih
dahulu, bagi memudahkan
kemasukan tetamu-tetamu yang
akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan
agar para tetamu dapat berdiri
semasa pengumuman ketibaan
tetamu kehormat.

12
Pihak majlis mengucapkan terima
kasih atas perhatian dan kerjasama
hadirin sekalian.

08.30 Pagi Umumkan ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang


Paluan kompang Berbahagia Encik Rosli bin Basri,
Yang Dipertua PIBG SK Bukit Piatu,
diiringi oleh Yang Berusaha Encik
Tuan Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Piatu, Naib Yang Dipertua PIBG Encik
Shahrul Yusmin bin Mat Yasin, serta
barisan pentadbir sekolah.
08.35 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Majlis kita pada pagi ini dimulakan
Sekolah dengan menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu sekolah. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput
hadirin diminta berdiri.
Terima kasih, semua hadirin dijemput
duduk.
08.45 Pagi Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis Melihat teruna terkelu lidah,
Menjadi sejarah satu kenangan;
Orang dinanti berkunjung sudah,
Selamat datang kami ucapkan.

Anak helang mencari makan,


Anak merbah menyanyi menari;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

Selamat datang ke Hari Anugerah


Kecemerlang Sekolah Kebangsaan
Bukit Piatu bagi tahun 2019.
Yang Berbahagia,
Encik Rosli bin Basri,

13
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu

Yang Berusaha, Encik Tuan Abdul


Aziz bin Tuan Abdullah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bukit Piatu

Yang Dihormati, barisan Guru


Penolong Kanan Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu

Puan Naziah binti Ahmad – GPK


Pentadbiran
Puan Noor Asmah binti Ismail – GPK
HEM
Encik Shamsul Kamal bin Kamaruddin
– GPK Ko-Kurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan


Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu sesi
2015/2016,

Guru-guru penjana modal insan


gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga


pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.

14
Hadirin sekalian, saya dengan penuh
gembira mengalu-alukan kehadiran
hadirin dan hadirat sekalian ke
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu bagi
Tahun 2019.
8.55 Pagi Bacaan Doa Buluh ditarik panjang sepuluh,
Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Bagi memberkati Majlis Hari Anugerah


Kecemerlangan yang penuh
bermakna ini saya ingin menjemput
Ustaz Al Fadil Ustaz Ismail Ibrahim
bin Hafiq untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
09.10 Pagi Persembahan Selingan Dari Kedah ke Pekan Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti;
Persembahan menyusul
Memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Dengan itu, pihak majlis


mempersilakan kumpulan murid-
murid Tahun 6 bagi membuat
persembahan. Dengan segala hormat
dipersilakan.

Persembahan

Majlis mengucapkan terima kasih.


Untuk makluman hadiran,
persembahan tadi telah mendapat

15
bimbingan Cikgu Sharmila A/P
Linggam.
09.30 Pagi Ucapan Pengerusi PIBG
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis diteruskan dengan menjemput


Yang Berbahagia Encik Rosli bin
Basri, Yang Dipertua PIBG SK Bukit
Piatu, untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.

Ucapan YDP

Majlis mengucapkan juaan terima


kasih kepada Yang Berusaha Encik
Ucapan Guru Besar Encik Rosli bin Basri selaku Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-guru SK Bukit Piatu, atas
ucapan tadi.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang


Berusaha Yang Berusaha Encik Tuan
Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Ucapan Guru Besar

16
Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada Encik Tuan Abdul Aziz
Tuan Abdullah atas ucapan tadi.
10.00 Pagi Ucapan Perasmian Majlis seterusnya mempersilakan
Yang Berbahagia Encik Faizal bin
Jaafar, Penolong Pegawai Daerah
Bentong, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
Tahun 2019. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Ucapan Perasmian

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Encik Faizal
bin Jaafar, atas ucapan dan
perasmian majlis itu tadi.
10.10 Pagi Persembahan Tarian Budaya Warga dewan yang dihormati,

Acara kita diteruskan lagi, dengan ini


marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid
Tahap 1. Dipersilakan.

Persembahan

Terima kasih kepada murid-murid


Tahap Satu yang membuat
persembahan yang menarik sebentar
tadi. Untuk makluman hadiran
sekalian, kumpulan ini dibimbingi oleh
Puan Nurul Najwa binti Abdul Aziz

17
10.25 Pagi Penyampaian Hadiah Akademik Majlis Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
Tahun 2019 diteruskan dengan
penyampaian sijil kepada murid-
murid.

Untuk itu majlis menjemput Yang


Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz Tuan
Abdullah menjemput dan mengiringi
Yang berusaha Encik Faizal bin
Jaafar, untuk menyampaikan sijil
kepada murid-murid yang banyak
membantu pihak sekolah.
Dipersilakan.

1. Sijil Pengawas Sekolah


2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
3. Sijil Ketua & Penolong Ketua Kelas
4. Sijil PengawasnKedai Buku
5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2019

Seterusnya penyampaian Anugerah


Khas Dijemput :
1. Tokoh Akademik
2. Tokoh Kokurikulam
3. Anugerah Sahsiah Terpuji
4. Tokoh Nilam

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada Yang Berusaha Yang
berusaha Encik Faizal bin Jaafar,
kerana sudi menyampaikan sijil dan
Anugerah Khas sebentar tadi.
11.35 Pagi Majlis Penutup Hadirin yang Dihormati …

Hadirin sekalian,

18
Dengan ini selesailah sudah

Hari Anugerah Kecemerlang sekolah


Kebangsaan Bukit Piatu bagi tahun
2019.

Majlis merakamkan setingi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada
hadirin sekalian yang telah menyeri
dan menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada


para Ibu Bapa dan Warga Sekolah
serta mereka yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung
bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon


kemaafan kepada hadirin sekalian
atas keterlanjuran kata, terkasar
bahasa, terguris rasa.

Pergi ke dusun memetic kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli;
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sekian, Terima Kasih.

19

Anda mungkin juga menyukai