Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

AMBANG MERDEKA PERINGKAT SK RANTAU PANJANG, KLANG 2023


Perkara Skrip

Kata Aluan Di sangkat merbah bertelur helang,


Pengerusi Majlis Punai terlepas di hutan tarah,
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai menghias lipatan Sejarah

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
66 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum W.B.T DAN Salah


Sejahtera,

Yang Berusaha, Encik Hazi Bin Kadir, Guru Besar SK Rantau


Panjang Klang
Encik Mohd Hanapi Bin Mohd Daud, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohd Razi Bin Samsudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Zulkifli Bin Kamarulzaman, Penolong Kanan Kokurikulum,
Rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana di pagi yang


berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi
memeriahkan program ambang Merdeka sempena sambutan bulan
kemerdekaan 66 tahun Malaysia.

Begitu pantas detik masa berlalu, kita bakal menyambut


kemerdekaan Malaysia 5 hari lagi dengan penuh kedamaian. Ini jelas
membuktikan kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bumi
bertuah ini.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita


menadah tangan bagi mengaminkan doa pada yang maha esa. Untuk
itu, majlis mempersilakan Ustaz Hairulnizam Bin Rasmi untuk
membacakan doa.

(BACAAN DOA)
Aminn aminn ya rabbal alamin,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hairulnizam


Bin Rasmi atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan GB Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis sambutan ambang kemerdekaan pada pagi


ini, dengan sukacitanya majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Encik Hazi Bin Kadir untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN GB)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Hazi di atas


ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.

Ucapan YDP Hadirin sekalian,


PIBG
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang,
Tanda cinta pada negara,

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Encik Jailani Bin


Mahadi untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

(UCAPAN YDP)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Jailani Bin


Mahadi di atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan Degupkanlah jantung kita,


Koir Murid pra Nyatakanlah dalam hati,
sekolah Kita berbangga menjadi rakyat Malaysia,
Marilah kita bertepuk tangan,
Memberi sekokongan 66 tahun kemerdekaan,
Malaysiaku gemilang

Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan lagi acara sambutan Ambang Kemerdekaan
peringkat SK Rantau Panjang, Klang, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan koir daripada murid pra sekolah. Majlis
mempersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Tahniah diucapkan kepada murid pra sekolah dan guru pembimbing


di atas persembahan yang cukup menghiburkan sebentar tadi.

Pertandingan Seterusnya, bagi menghangatkan lagi sambutan Ambang


pakaian Kemerdekaan pada kali ini, marilah sama-sama kita saksikan
tradisional pertandingan pakaian tradisional

(PERTANDINGAN)

(SPONTAN)

9.30 PAGI – 11.00 PAGI REHAT

SELINGAN
Nyanyian Solo Setahun jagung penuhi harapan,
Nyanyian Duet Semarak watan tekad perpaduan,
Anak madani penyambung warisan,
Gilang Merdeka zaman berzaman

Majlis akan diteruskan lagi dengan pertandingan nyanyian solo dan


duet

(PERTANDINGAN)
(SPONTAN)
Keputusan Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian,
pertandingan Kini tibalah masa ke acara seterusnya iaitu pengumuman keputusan
pakaian pertandingan pakaian tradisional yang telah diadakan tadi.
tradisional
(UMUM PEMENANG)
Keputusan Seterusnya, adalah keputusan pakaian paling menarik
pakaian paling
menarik Tahun 4 : Lelaki & Perempuan
Tahun 5 : Lelaki & Peremuan
Tahun 6 : Lelaki & Perempuan

Keputusan pakaian paling bergaya guru lelaki dan Perempuan


Nyanyian lagu 1) Lagu tema hari kebangsaan : Tekad perpaduan penuhi
harapan
2) Warisan
3) Jalur Gemilang

Anda mungkin juga menyukai