Anda di halaman 1dari 4

Para murid yang dikasihi,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap dan tumpukan
perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.

Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Hamizi B Osman, Pengetua


SMK Sri Tebrau diiringi oleh penolong-penolong kanan pentadbiran sekolah.

Nyanyian Para guru dan murid dipersilakan terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negeri
Lagu Johor, Lagu Sekolah.
Bacaan doa
Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh saudara Hamlie B Rusli

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan


doa itu tadi.

Salutasi Ke Pekan Kuala membeli bingka


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera.

Yang berusaha
Cikgu Hamizi B Osman
Pengetua SMK Sri Tebrau

Yang dihormati
Cikgu Ahmad B Yusop (penolong kanan petadbiran)
Cikgu Armugam A/L S.Ramachandran ( PK HEM)
Cikgu Lim Lye Theng ( PK KOKURIKULUM)

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Kata-kata Setinggi-tinggi kesyukuran kepada rahmat pencipta kerana di atas


aluan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi
ini bagi menghadiri Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat
Sekolah 2019
Ucapan Dini hari mengail ikan,
pengetua Dapat seekor ikan haruan,
Tuan pengetua kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Seterusnya ,
Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha, En
Hamizi B Osman Pengetua SMK Sri Tebrau bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan
Kebangsaan Peringkat sekolah 2019.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi. Hadirin
sekalian diminta berdiri ( TUNGGU SIGNAL)

Gimik
Penutupan Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Cikgu Hamizi B Osman
bulan Pengetua SMK Sri Tebrau untuk menyempurnakan gimik penutupan
Kebangsaan bulan Kebangsaan Peringkat SMK Sri Tebrau.
Majlis mempersilakan.

SEMASA PENURUNAN BENDERA UNION JACK ( BACA INFO


SEJARAH INI)

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik itu


tadi.

Haji Mohamed Sarif Bin Kalam diiringi pengetua dipersilakan duduk


( TUNGGU SIGNAL)

Ucapan Sudilah tuan jalan berlapan


tetamu khas Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Seterusnya majlis menjemput


Yang berbahagia Lt.Komander (B) Mohamed sharif Bin Kalam bagi
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.


Persembahan
multimedia Hadirin sekalian,
Kini tibalah masanya untuk kita bersama-sama menyaksikan tayangan
multimedia aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan
Kebangsaan peringkat sekolah SMK Sri Tebrau

Persembahan Tidak lengkap rasanya majlis tanpa persembahan.


pelajar Oleh itu dipersilakan untuk menyampaikan
lagu patriotic bertajuk . pelajar ini
telah mendapat juara dalam pertandingan karaoke patriotic peringkat
sekolah.

Di persilakan

Penyampaian
hadiah Hadirin sekalian,
pertandingan Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah
dilaksanakan sepanjang sambutan bulan Kebangsaan 2019.
Dengan ini majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha
Cikgu Hamizi B Osman pengetua SMK Sri Tebrau diiringi oleh Cikgu
MD Shahrizan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

Nyanyian
lagu patriotic Tibalah acara kemuncak majlis ini iaitu nyanyian lagu patriotic
beramai-ramai. Dipersilakan semua hadirin berdiri tegak untuk
menyanyikan bersama-sama lagu TANGGAL 31 dan JALUR
GEMILANG.

Penutup Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tema bulan kebangsaan itu tadi,


maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada pagi ini.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebelum mengakhiri majlis, dijemput HJ MOHAMED SARIF BIN


KALAM diiringi Cikgu Ahmad B Yusop bersama-sama guru untuk sesi
fotografi.
Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah
dan silap sepanjang pengendalian majlis ini.

Sekian terima kasih dan salam hormat

Dijemput HAJI MOHD SARIF BIN KALAM diiringi barisan pentadbir


untuk menikmati jamuan di kantin.

Anda mungkin juga menyukai