Anda di halaman 1dari 6

ACARA TEKS

PERARAKAN Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas


MASUK hormat perbarisan rumah sukan.
PERBARISAN
Hadirin di hormati ,
RUMAH SUKAN
1. Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari
PPKI SMK Chendering,dengan mottonya PPKI terus Maju.

2. Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah Biru atau


Rumah Bendahara dengan mottonya, Biru Bangkit Berjaya.

3. Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah Laksamana


iaitu rumah Hijau dengan mottonya Go Go Green.

4. Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah Temenggung


iaitu Rumah Kuning berteraskan motto pasukannya Atlet
Cemerlang Kuning Gemilang

5. Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada


pagi ini adalah dari rumah panglima iaitu Rumah Merah yang
Berpegang kepada motto pasukan Merah Menyala Semangat
Membara

6. Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah Hang Tuah

7. Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah Hang Kasturi

8. Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan adalah


Rumah Hang Lekir

9. Dan kontigen terakhir adalah kontigen dari rumah Hang Jebat

Semua hadirin diminta untuk bersedia bagi menyanyikan lagu


NEGARAKU dan LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA.
Hadirin dipersilakan berdiri dan bersedia

BACAAN IKRAR
Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, dipersilakan Muhammad Qais Amiri bin Mohd Faizd


untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Muhammad Qais Amiri bin


Mohd Faizd atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi
SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Yang berusaha,
Tn Hj Fauzi bin Ibrahim,
Pengetua, SMK Chendering

Yang berusaha
Tuan Haji Mat Saleh bin Said
Guru Besar SK Kubang Ikan

Yang dihormati
Pn Noor Hafizah bt Abdul Majid
Penolong PPD Prasekolah & Rendah PPD Kuala Terengganu
merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah SK Kubang Ikan,

Yang dihormati
Tn Hj Zamri bin Sulong
YDP PIBG KUISTER

Yang dihormati
Tuan Inspektor Mohamad Hashieme Zuhaili bin Jaafar,
Pengawai Perhubungan Sekolah CHARM

Yang dihormati
Kopral Zulkarnain bin Zulailah
Pegawai Perhubungan Polis KUISTER

Barisan guru penolong kanan SMK Chendering dan , Barisan guru


penolong kanan SK Kubang Ikan, Guru-guru kanan mata pelajaran,
para guru, dif-dif jemputan, murid-murid yang disayangi serta hadirin
hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia-


Nya kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini untuk
menjayakan Kejohanan Mini Olahraga Kolaboratif antara CHARM dan
Kuister bagi tahun 2022.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Tepi berangan rumpunan buluh


Buluh merimbun subur teramat
Diangkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Agar majlis lebih berkat, agar ikatan terus muafakat


Majlis dengan sukacita mempersilakan Ustaz Abdul A’lim bin Zakaria
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin-amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz


Abdul A’lim bin Zakaria atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN GURU Hadirin yang dimuliakan,


BESAR
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha Tuan


Haji Mat Saleh bin Said, Guru Besar SK Kubang Ikan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

-UCAPAN-
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Haji
Mat Saleh bin Said atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,


PERASMIAN
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan


Yang berusaha, Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim, Pengetua SMK
Chendering untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Penutupan Kejohanan Mini Olahraga Kolaborasi CHARM Bersama
Kuister bagi Tahun 2022.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang


berusaha, Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim, Pengetua SMK Chendering
atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

MENANDATANG Seterusnya, majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Haji Fauzi bin
I MOU Ibrahim, Pengetua SMK Chendering dan Yang berusaha Tuan Haji Mat
Saleh bin Said, Guru Besar SK Kubang Ikan untuk menandatangi MOU
di antara CHARM dan KUISTER.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Tuan Haji Fauzi bin
Ibrahim dan Yang berusaha Tuan Haji Mat Saleh bin Said atas
penyempurnaan sesi tandatangan MOU sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Sidang hadirin yang dimuliakan,
HADIAH
Tibalah kita ke acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang berusaha


Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim, Pengetua CHARM dengan diiringi Yang
berusaha Tuan Haji Mat Saleh bin Said, Guru Besar KUISTER untuk
menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

SEKOLAH RENDAH

Olahragawati
Olahragawan

a) Saguhati Rumah Sukan


1. Merah
2. Kuning
3. Hijau
4. Biru

b) Johan Keseluruhan

SEKOLAH MENENGAH
1) Olahragawati Harapan
2) Olahragawan Harapan
3) Olahragawati
4) Olahragawan

Saguhati rumah sukan


1) Merah
2) Kuning
3) Hijau
4) Biru
5) PPKI

JOHAN KESELURUHAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang berusaha


Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim dan Yang berusaha Tuan Haji Mat Saleh
bin Said, menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Terima kasih kepada warga KUISTER atas persetujuan KOLABORASI
antara CHARM dan KUISTER. Semoga kejohanan ini akan diteruskna
lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan
maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah. SELAMAT
MAJU JAYA dan

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai