Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURUACARA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM 2022

Tarikh : 15 OKTOBER 2022


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi –12.00 tengahari
Tempat : Gelanggang Bola Jaring
Pengacara Majlis:
Puan Nik Norfadzlida binti Che Hashim
Puan Aida binti Wahid

BIL CUE TEKS CATATAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mohon perhatian, di sini ada beberapa pengumuman penting


yang ingin saya sampaikan sebelum bermulanya acara.

1. Perhatian kepada semua platun yang mengambil


bahagian, pertandingan kawad kaki Badan Beruniform
Pengumuman akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Semua plantun
diminta bersedia.
2. Diminta semua platun untuk mengambil tempat di
ruangan yang disediakan.

Harap maklum.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Ucapan Aluan
Awal Bismillah pembuka bicara.
1 Pengacara
Majlis
Yang Berusaha,
Puan Salina binti Kamsari
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.
Yang dihormati,
Encik Kamaluddin bin Razak,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.

Yang Berusaha
Puan Siti Khairani binti Alias
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Abdullah bin Harun


Penolong Kanan Kokurikuum

Ustaz Zol Amri bin Moh Sakroni


Penolong Kanan Petang

Puan Suhana binti


Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Barisan Guru Kanan Matapelajaran, panel-panel hakim yang


adil lagi bijaksana, urusetia, guru-guru serta para platun
sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada semua peserta Pertandingan


kawad kaki Badan Beruniform peringkat sekolah bagi tahun
2022.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
semua dapat Bersama-sama menjayakan Pertandingan kawad
kaki peringkat sekolah pada hari ini.

Nyanyian Lagu Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan
Negaraku, nyanyian Lagu Negaraku, diikuti Lagu Negeri Selangor, Lagu
Lagu Negeri
Selangor, Sekolah dan Lagu Sekolahku Sejahtera.
2
Lagu Sekolah
& Lagu <<<pause – tunggu ketua komandan berikan arahan>>>>
Sekolahku
Sejahtera <<< Nyanyian Lagu >>>>
Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan.

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar

3 Bacaan doa segala urusan mendapat rahmat. Justeru itu majlis dengan
hormatnya mempersilakan MUHAMMAD AMIR IRFAN BIN
MUHAMMAD HASRIZAL dari badan beruniform KADET POLIS
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

<<<BACAAN DOA>>>
Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan atas
bacaan doa itu tadi.

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian,


Pertandingan kawad kaki antara Badan Beruniform telah
menjadi acara tahunan yang saban tahun dinantikan murid.
Namun, berdepan dengan Covid-19, acara tahunan ini telah
tertangguh selama beberapa tahun. Berikutan peralihan ke fasa
pandemic, acara ini kembali dilaksanakan pada tahun 2022.
Bagi menggerakkan aktiviti dalam Unit Beruniform, pertandingan
kawad kaki ini diharap dapat menjadi salah satu lonjakan acara
Aluan
4. Pengacara bagi memastikan murid terus aktif sementelah beberapa tahun
Majlis tidak menjalani latihan kawad kaki secara intensif. Dengan
latihan yang rapi beserta kerjasama semua pihak, diharap
pertandingan ini dapat kembali menjadi program besar bagi Unit
Kokurikulum SMK Dengkil. Tahniah diucapkan kepada barisan
guru penasihat yang bertungkus lumus melatih serta
memastikan setiap platun bersedia dari segi mental & fizikal
menjelang pertandingan pada hari ini.
Hadirin sekalian, untuk makluman..pada hari ini sebanyak 7
badan beruniform menyertai pertandingan yang terdiri daripada
1. Kadet Bomba
2. Kadet Polis
3. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
4. Pengakap
5. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
6. Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), dan Pandu
Puteri yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Platun
Sesi Pagi & Sesi Petang.

Durian dimakan bersama pulut,


Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah puan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.

<<< pause – tunngu ketua komandan berikan arahan>>>

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha, Puan Salina binti Kamsari, Pengetua SMK
Ucapan Dengkil untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
5
Perasmian merasmikan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK
DENGKIL TAHUN 2022.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua


atas kesudian menyampaikan ucapan sekaligus sudi
merasmikan majlis pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Perbarisan Perbarisan keluar semua platun.
Keluar

Hadirin yang dihormati sekalian,


Untuk makluman para platun, kriteria bagi pemarkahan platun
sesi pagi adalah seperti berikut :

1. Keseragaman Pakaian – 5 markah


2. Kekemasan - 5 markah
3. Melapor – 5 markah
4. Mengundur – 5 markah
5. Pergerakan Kawad Kaki Statik & Dinamik sebanyak 39
markah
6. Formasi, Disiplin Ketua Platun & kekemasan berkawad
sebanyak 41 markah yang membawa jumlah
keseluruhannya 100 markah.

Manakala kriteria bagi pemarkahan platun sesi petang pula


adalah seperti berikut :
1. Keseragaman Pakaian – 5 markah
2. Kekemasan - 5 markah
3. Melapor – 5 markah
4. Mengundur – 5 markah
5. Pergerakan Kawad Kaki Statik & Dinamik sebanyak 35
markah
6. Disiplin Ketua Platun & kekemasan berkawad sebanyak
30 markah yang membawa jumlah keseluruhannya 85
markah.

Masa yang diberikan kepada setiap platun ialah selama


10 -12 minit bagi sesi pagi manakala 5 – 8 minit bagi sesi
petang.

Hakim-hakim pertandingan kawad kaki pada hari ini terdiri


daripada :

BIL NAMA LOKASI

1. LT (A) MOHD FAIZAL BIN JABATAN PERTAHANAN AWAM


MOHD SHARIF MALAYSIA DAERAH SEPANG
(KETUA HAKIM)

2. KAPTEN KRS NURUNNAJWA SK DENGKIL


BINTI PAINOH

3. ASP KADET SAZALI BIN SMK PUTRA PERDANA


ASHAARI

4. LEFTENAN MUDA KRS SMK DATO’ MOHD SAID


SALMIZAN BINTI IBRAHIM
Tanpa membuang masa lagi, Pertandingan Kawad Kaki Badan
Beruniform akan dimulakan dengan platun sesi petang. Platun
pertama yang akan membuat persembahan pergerakan kawad
pada pagi ini iaitu Platun

SESI PETANG

UNIT BIL. KETUA PLATUN


ANGGOTA

1. PANDU PUTERI 18 NUR HANA IZZATY BINTI


MOHD AZMIN

2. PENGAKAP 19 MUHAMMAD HAZIM BIN


MOHD NORLI

3. BSMM 20 ATIQAH BINTI HAFIZAL

4. PPIM 16 NUR AMIRA BINTI MOHD


ZAINI

5. KADET BOMBA 22 SYAFIQ AZHAR BIN


MUHAMMED AYOB

6. KRS 19 MUHAMMAD FIRDAUS NUR


RAFI BIN MOHD FAKRI

7. KADET POLIS 19 AHMAD KHALEED DANIEL


7
BIN MOHDKHAIRUL AMIN
Pertandingan
Bermula
Pertandingan Kawad Kaki pada hari ini diteruskan lagi dengan
platun dari sesi pagi. Platun pertama yang akan membuat
persembahan pergerakan kawad sesi pagi dimulakan dengan..

SESI PAGI

UNIT BIL. KETUA PLATUN


ANGGOTA

1. KADET BOMBA 16 MUHAMMAD ASHRAFF


DANIEL BIN JEMAHAT

2. PANDU PUTERI 19 ILLYSSA DANIA BT SURAIADI

3. BSMM 17 AISYAH BINTI AFANDI

4. PENGAKAP 17 LIEW LIT HUNG

5. KRS 17 IRDINA QISTINA AQILAH


BINTI ZAKIAN

6. KADET POLIS 19 MUHAMMAD AMIR IRFAN


BINMUHAMMAD HASRIZAL

7. PPIM 16 NUR IZZATI BT ABDULLAH


Dengan berakhirnya persembahan dari platun PPIM sebentar
tadi, maka selesailah sudah pertandingan kawad kaki badan
beruniform SMK Dengkil bagi tahun 2022.

Majlis berehat seketika untuk memberi laluan kepada panel


hakim membuat penilaian pemarkahan.

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian,


Kini kita telah tiba ke acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah
dan cenderahati kepada para pemenang.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Puan Salina binti Kamsari, Pengetua SMK Dengkil
diiringi oleh Encik Abdullah bin Harun, Penolong Kanan
kokurikulum untuk menyempurnakan majlis.

Dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para hakim.


Dipersilakan :

1. LT (A) MOHD FAIZAL BIN MOHD SHARIF (KETUA HAKIM)


Penyampaian 2. KAPTEN KRS NURUNNAJWA BINTI PAINOH
8
Hadiah
3. ASP KADET SAZALI BIN ASHAARI
4. LEFTENAN MUDA KRS SALMIZAN BINTI IBRAHIM

Seterusnya penyampaian hadiah kepada para platun sesi


petang. Dipersilakan penerima saguhati

1.
2.
3.
4.

Kini, diumumkan tempat ketiga dengan pungutan markah


keseluruhan sebanyak ____________, jatuh kepada platun
__________.
Penyandang naib juara dengan keseluruhan markah sebanyak
____________, jatuh kepada platun __________. Tahniah
diucapkan.

Johan bagi Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform


kategori sesi petang dengan pungutan markah keseluruhan
sejumlah _____________ disandang oleh ________________.
Syabas dan tahniah diucapkan.

Dan kini diumumkan KETUA PLATUN TERBAIK SESI PETANG


dianugerahkan kepada ______________________________
dari unit ___________________.

Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada para platun


sesi pagi. Dipersilakan penerima saguhati

1.
2.
3.
4.

Kini penyampaian hadiah kepada pasukan yang telah


berjaya menawan hati para hakim untuk memenangi
pertandingan kawad kaki pada hari ini. Tempat ketiga dengan
pungutan markah keseluruhan sebanyak ____________, jatuh
kepada platun __________.

Penyandang naib juara dengan keseluruhan markah sebanyak


____________, jatuh kepada platun __________. Tahniah
diucapkan.

Johan bagi Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform


kategori sesi pagi dengan pungutan markah keseluruhan
sejumlah _____________ disandang oleh ________________.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Dan kini diumumkan KETUA PLATUN TERBAIK SESI PAGI
dianugerahkan kepada ______________________________
dari unit ___________________.

Majlis mengucapkan jutaan penghargaan dan terima


kasih atas kesudian puan menyampaikan hadiah dan
cenderahati sebentar tadi

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar


tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua platun yang


telah berjaya melaksanakan rutin Pertandingan Kawad Kaki
pada hari ini.

Baiklah, kita telah pun berada di penghujung acara.

Dari Muar ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
9 Penutup

Terima kasih sekalung budi


Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Pertandingan Kawad Kaki


Badan Beruniform Peringkat sekolah 2022 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai