Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK CHENDERING/ 2022

1. PENDAFTARAN IBU BAPA/ PENJAGA

2. KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

3. KETIBAAN PERASMI
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia TUAN HAJI ABDUL MUIE BIN
NGAH, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu diiringi Tuan
Pengetua, YDP PIBG, para jemputan, barisan pengurusan ke Dewan Ibnu
Sina, SMK Chendering.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Alhamdulillahirobbil alamin wassolatuwassalamuala ashrafil anbiya iwal
mursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajmain

 Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
 Yang Berusaha Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim, Pengetua SMK
Chendering,
 Yang Dihormati Encik Anas Hazizul bin Muhamad, YDP PIBG SMK
Chendering
 Yang Dihormati Puan Mazni binti Ibrahim Pengawai Perhubungan
Sekolah PPD Kuala Terengganu,
 Tuan Inspektor Mohamad Hashieme Zuhaili bin Jaafar, Pengawai
Perhubungan Sekolah,
 Syamsu Budiman bin Zakaria, Pengerusi Alumni SMK Chendering,
 Penghulu Mukim Chendering
 Pengerusi Masjid Kubang Ikan,
 Pengerusi Masjid Sultan Ismail
 Pengerusi Permint Jaya
 Barisan pengurusan,

1
 Barisan guru
 Ibu bapa serta
 Para jemputan

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan
limpah rahmatNya dapat kita berkumpul di Dewan Ibnu Sina SMK Chendering
pada pagi ini bagi melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 bagi
Tahun 2022.

4. BACAAN DOA
Hadirin sekalian,
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Agar majlis kita dirahmati Allah swt pada hari ini, majlis mempersilakan Ustaz
Mohamad Maiyidi bin Deraman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Bacaan doa)
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Mahyidi bin Deraman atas
kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.

5. UCAPAN TUAN PENGETUA


Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Fauzi bin Ibrahim, Pengetua SMK
Chendering untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(UCAPAN PENGETUA)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

6. UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG


Hadirin sekalian,
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
2
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila

Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, Encik Anas Hazizul bin
Muhamad untuk menyampaikan ucapan. Majlis berbesar hati mempersilakan.
(UCAPAN YDP PIBG)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Anas
Hazizul bin Muhammad atas ucapan yang telah disampaikan.

7. UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA ENCIK ARIFIN BIN


OSMAN, PENGURUS CAWANGAN KUALA TERENGGANU, CO-OPBANK,
PERTAMA
Hadirin sekalian,
Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
TUAN HAJI ABDUL MUIE BIN NGAH, Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 bagi Tahun 2022. Majlis
berbesar hati mempersilakan.
(UCAPAN PERASMIAN)
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah atas kesudian
merasmikan majlis pada hari ini.

8. TAYANGAN VIDEO PENDEK


Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan tayangan video pendek aktiviti-
aktiviti yang telah berlangsung sepanjang tahun 2021 hingga kini.
Dipersilakan.
(TAYANGAN VIDEO)
Terima kasih diucapkan kepada Team Guru ICT SMK Chendering atas
penghasilan video itu tadi.
9. MESYUARAT AGUNG PIBG

3
Seterusnya saya mempersilakan
____________________________________________ untuk meneruskan
agenda pada hari ini. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai