Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
TAHUN 2020
SK LADANG MUTIARA

BIL SKRIP
1. Kata aluan Melayang serindit di atas permatang
pengacara Merbah berkicau dihujung muara
majlis Pemanis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka bicara

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berbahagia
Sarjan Muhammad Sharoffi Bin Sanusi, Pegawai Perhubungan Sekolah SK Ladang Mutiara,
Yang Berusaha Pn. Hjh Rosleen binti Salleh, Guru Besar SK Ladang Mutiara,
Yang dihormati,
Pn Kastuna bt Md Tompang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Zolnorhisham bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Mohd Kamal bin Mohd Shahri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Yusri Bin Abdullah, Tok Batin Kampung Peroh

Guru-guru, barisan pengawas, pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong
ketua kelas, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama berhimpun bagi menjayakan MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA
KELAS BAGI TAHUN 2020.

2. Nyanyian lagu Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah.
1. Negaraku Hadirin diminta berdiri.
2. Bangsa
Johor NYANYIAN LAGU
3.Lagu
sekolah Hadirin dijemput duduk.
3. Bacaan Doa Tetak Buluh Panjang Sepuluh,
Mari Jolok Sarang Penyegat,
Angkat Tangan Jari Sepuluh,
Doa Diminta Biar Selamat.

Bagi meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa ke
hadrat Allah S.W.T. agar majlis ini diberkati oleh-Nya. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
menjemput Ustaz Abdul Muiz bin Norizan untuk memimpin bacaan doa.

BACAAN DOA

Amin...amin ya rabbal a’lamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ustaz Abdul Muiz atas bacaan doa itu
tadi.

4. Ucapan Guru Hadirin yang dihormati,


Besar
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Pn. Hjh. Rosleen binti
Salleh, Guru Besar SK Ladang Mutiara untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(UCAPAN)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.
5. Ucapan Tok Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Yusri Bin Abdullah, Tok Batin
Batin Kampung Peroh untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

(UCAPAN)

Terima kasih kepada Encik Yusri Bin Abdullah atas ucapan sebentar tadi.
6. Ucapan Buah Langsat di Tepi Busut,
Perasmi Mari Dimuat Di dalam Peti,
Besar Hati Kami Menjemput,
Besar Niat Di dalam Hati.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis menjemput Sarjan Muhammad Sharoffi Bin Sanusi,
Pegawai Perhubungan Sekolah SK Ladang Mutiara untuk menyampaikan ucapan sekali gus
merasmikan Majlis Penyampaian MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS BAGI
TAHUN 2020. Majlis dengan ini mempersilakan.

(UCAPAN)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sarjan Muhammad Sharoffi Bin


Sanusi atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

7. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,


Watikah
Pengawas Pada pagi yang mulia ini, seramai 35 orang kepimpinan sekolah yang akan menerima Watikah
Pelantikan. 13 daripadanya merupakan barisan pengawas Sekolah, 10 orang pengawas Pusat
Sumber Sekolah serta 12 orang daripadanya ialah ketua dan penolong ketua kelas.

Acara diteruskan lagi dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Pengawas sekolah. Bagi
menyempurnakan Majlis, dipersilakan Sarjan Muhammad Sharoffi Bin Sanusi diiringi Pn. Hjh.
Rosleen binti Salleh, Guru Besar SK Ladang Mutiara untuk menyampaikan sijil kepada para
pengawas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dijemput pengawas sekolah:


1. MUHAMMAD SHAHIEZY HAIQAL BIN ABDULLAH
2. MUHAMMAD DANISH AMSYAR BIN JALALUDDIN
3. NURUL RAUDHA BINTI JAFFRI
4. MOHAMAD AZIM BIN CHE SALLEH
5. PUTRA QHAIRY AZAM BIN MOHD SHAH KHAIRUL NIZAM
6. MUHAMMAD RAYYAN AL-ASHRAFF BIN SHAHRIL
7. MUHAMMAD LUTFI SHAHFAHMIEY BIN SHAHRIL
8. NUR HANNAH BATRISYIA BINTI NORYAZID
9. SESAR AINNORIZA BINTI SHAMSUL FANDI
10. SERIFAH KAMALIN ZUKRINA BINTI SYED ZURKARNAIN
11. PUTRI FATIN FATHIHA BINTI MOHD SHAH KHAIRUL NIZAM
12. SITI NUR HIDAYAH BINTI ROSTAM
13. NIK MUSTAQIM BIN NIK MIN
8. Bacaan Ikrar Mari kita sama-sama mendengar Bacaan Ikrar oleh barisan Pengawas yang akan diketuai oleh
Kepimpinan NIK MUSTAQIM BIN NIK MIN
Pengawas (BACAAN IKRAR)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada NIK MUSTAQIM BIN NIK MIN atas bacaan
ikrar itu tadi.

9. Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah kepada Pengawas Pusat Sumber.
Watikah
Pengawas Dipersilakan:
Pusat Sumber 1. MUHAMMAD AUFA IFFAT BIN MOHD AMRIZAN
2. DHIA AIRISYA BINTI MOHAMAD ALREZA
3. MUHAMMAD FIKRULHAZIQ BIN MOHD NOORAZI
4. MUHAMMAD SHAHRUL NIZAM BIN AZMAN
5. RIZUWAN A/L ZARIZAN
6. PUTRA FAEZAN BIN FAZI
7. NUR ALIAH MAISARAH BT ZAINAL
8. TIA ALLYANA BINTI AFENDEY
9. FAUZIWI BT DIN
10. MOHAMAD HAQIMIE BIN AZMAN
10. Bacaan Ikrar Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh Barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Kepimpinan Bacaan ikrar akan diketuai oleh MOHAMAD HAQIMIE BIN AZMAN . Majlis dengan ini
Pengawas mempersilakan.
Pusat Sumber
(BACAAN IKRAR)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada MOHAMAD HAQIMIE BIN AZMAN atas
bacaan ikrar sebentar tadi.
11. Penyampaian Majlis beralih pula pada penyampaian watikah kepada ketua dan penolong ketua kelas.
watikah ketua
kelas dan Dijemput:
penolong ketua kelas Tahun 1 Pintar MUHAMMAD ZAKRUL RIDWAN BIN KHAIRUL ANUAR
ketua kelas Penolong ketua kelas Tahun 1 Pintar SITI AISYAH SUMAYYAH BINTI NORIZAL
ketua kelas Tahun 2 Pintar DINIE RAFIE' BIN AZLI
Penolong ketua kelas Tahun 2 Pintar NUR LIYANA BINTI NORMAN
ketua kelas Tahun 3 Pintar ABDUL HAZIQ IRFAN BIN MOHD ROSLI
Penolong ketua kelas Tahun 3 Pintar SUPIAH BINTI NORAZLAN
ketua kelas Tahun 4 Pintar MUHAMMAD RAFIZAL PUTRA BIN RIZAL
Penolong ketua kelas Tahun 4 Pintar MUHAMMAD ZAKWAN BIN ABDULLAH
ketua kelas Tahun 5 Pintar MUHAMMAD AMRI BIN AZAR
Penolong ketua kelas Tahun 5 Pintar TIA ALLYANA BINTI AFENDEY
Penolong ketua kelas Tahun 6 Pintar NUZHA BINTI ABDULLAH
ketua kelas Tahun 6 Pintar MUHAMMAD MIZAN PUTRA BIN RIZAL
12. Bacaan ikrar Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh ketua kelas dan penolong ketua kelas. Bacaan
kepimpinan ikrar akan diketuai oleh MUHAMMAD MIZAN PUTRA BIN RIZAL . Majlis dengan ini
ketua kelas mempersilakan.
dan penolong (BACAAN IKRAR)
ketua kelas
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sarjan Muhammad Sharoffi Bin Sanusi
kerana sudi untuk menyampaikan sijil kepada barisan pemimpin sekolah.
13. Penyampaian Dari Daik pulang ke Daik,
Cenderamata Sehari-hari berkebun pisang,
Budi Baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Menjadi adat orang melayu, orang berbudi kita berbahasa, sebagai tanda mengenang jasa
serta ucapan terima kasih. Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Hjh. Rosleen binti Salleh,
Guru Besar SK Ladang Mutiara untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenang-kenangan
kepada Sarjan Muhammad Sharoffi Bin Sanusi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

14. Majlis Mangkuk jorong pinggan jorong


Penutup Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan disimpan di dalam hati.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis watikah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Demikianlah tadi berakhirnya MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS BAGI
TAHUN 2020.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
15. Sesi fotografi Seterusnya, majlis menjemput Sarjan Muhammad Sharoffi Bin Sanusi, diiringi Pn. Hjh.
Rosleen binti Salleh, barisan GPK, tetamu jemputan serta barisan kepimpinan sekolah untuk
sesi bergambar. Dipersilakan.

Majlis menjemput para tetamu untuk ke bilik jamuan bagi menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai