Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

CUE ANN REMARK

Ketibaan KETIBAAN PERARAKAN YANG DIRAI: USTAZ ABDUL WAHID BIN MAT YAJID
Yang Dirai. /
Persembahan 1
Mengumumkan perarakan masuk.
Yang diraikan, Ustaz Abdul Wahit bin Mat Yajid bersama dif-dif kehormat
Hadirin dimohon berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memulakan acara pada pagi ini,majlis akan dibuka dengan persembahan daripada Pelajar 3 Bestari dengan
Tarian Inang.

Kata Alu-Aluan Mega berarak indah terbentang,


Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHIROHMANIROHIM

Yang dihormati,
En Sarjuni bin Konting,
Yang dipetua PIBG SMK LKTP Chini

Yang berusaha,
Tuan Haji Adnan bin Kassim
Pengetua SMK Bandar Chiku

En Mazlan bin Abdul Kadir,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pentadbiran,

1
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

En Borhan bin Hassan,


Guru Penolong Kanan hal ehwal pelajar,

En.Zaki Bin Yusoff,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

En.Norman Fared bin Abd Razak


Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.

Yang diraikan
Pn Sirattal’Aini bin Abdul Hamid.

Guru-guru kanan matapelajaran,

Guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi
kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan,
dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita
sama-sama berkumpul di Dewan Tun Abd Razak ini bagi menjayakan Majlis Lambaian Kasih Junjungan Budi
bersempena dengan persaraan Puan Sirattal’Aini Binti Abdul Hamid.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

2
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Bacaan Doa
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Mohd Zamri Bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin amin, Ya Rabb al-‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Bin Hashim atas
bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Wakil
Pergi ke kota beli selasih,
Pelajar
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan dengan mempersilakan wakil pelajar iaitu Saudari Nur Najihah Anisha binti Mahassan bagi
menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Ucapan Wakil Buah langsat di tepi busut,


YDP PIBG Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kita menjiemput,
Besar niat di dalam hati.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang dihromati, En.Sarjuni Bin Konting, Yang Dipertua
PIBG untuk menyampaikan bingkisan kata.

Majlis dengan penuh takzim dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang dihromati, En.Sarjuni Bin Konting
atas ucapan yang telah disampaikan.

Ucapan Pengetua Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Meneruskan tirai persada ucapan,menyampaikan amanat,untaian kata, kalungan wacana salam perpisahan buat
kenang-kenangan insan yang bakal ditinggalkan.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan Puan A’bidah Binti Ibrahim, Pengetua SMK (LKTP) Chini untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan pengetua atas ucapan tadi.

Bacaan Biodata Hadirin dan hadirat sekalian,

Bak kata perpatah, tak kenal maka tak cinta.tidak lengkap rasanya majlis tanpa mengenal empunya diri insan yang
diraikan pada pagi yang damai ini.

Disini saya membacakan sedikit biodata yang diraikan.

4
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Dilahirkan pada 17 Ogos 1959 di PWD N0.4 Jalan Geale, Kuala Krai Kelantan dan diberikan nama Sirattal’
Aini Binti Abdul Hamid, merupakan anak yang pertama daripada 4 orang adik beradik. Telah mendapat pendidikan
awal di beberapa buah sekolah rendah kerana mengikuti bapanya yang bekerja sebagai polis pada ketika itu.
Tahun1966 – 1971 bermula dengan Sultan Yahya Petra Primary School (Darjah 1), SK Dabong (Darjah 2 dan 3), SK
Kuala Balah (Darjah 4), SK Perempuan Pasir Mas (Darjah 5) dan SK Bunut Susu (Darjah 6). Seterusnya di peringkat
menengah pula pada tahun 1972 – 1977 iaitu Sultan Ibrahim Secondary School Pasir Mas. Selepas itu beliau
meneruskan pengajiannya ke Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya pada tahun 1978 selepas lulus Malaysian
Certificate Education (M.C.E). Kemudian beliau meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Geologi (Kaji Bumi) di Universiti yang sama sehingga tahun 1986. Dan mengikuti Diploma Pendidikan dengan
Opsyen Fizik dan Matematik di Universiti yang sama pada 1992/1993. Beliau telah berkhidmat sebagai guru biasa
pada tahun 1993 hingga 2004. Kemudian menjawat jawatan guru kanan sains dan matematik tahun 2004 hingga kini
di Sekolah Menengah SMK (LKTP) Chini.

Beliau telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 1983 dengan pasangannya Omar Bin Salleh dan mempunyai 4
orang cahaya mata, 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki dan seorang menantu perempuan. Anak pertama Siti
Dayana Binti Omar, Mohd Afham Bin Omar, Muhammad Affan Bin Omar dan Siti Liyana Binti Omar manakala
menantunya Izzatul Laili Binti Mohd Hamidin.

Ucapan Yang Kalau puan pikat kenari,


Diraikan Jangan patahkan batang jerami;
Kepada puan hormat diberi,
Mohon zahirkan ucapan dihati.
Hadirin yang budiman,
Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Sirattal’ Aini Binti Abdul Hamid. Untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan

5
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Berani kami menjunjung waat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Khidmatmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Puan Sirattal’ Aini Binti Abdul Hamid
terhadap SMK (LKTP) Chini, yakni sekolah pertama dan terakhir beliau berkhidmat.

Warga dewan yang dimuliakan,


Persembahan
Multimedia / Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Montaj.
Montaj.
Sama-sama kita saksikan

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Persembahan 2
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini,kami tampilkan sebuah persembahan daripada pelajar AHR sebagai
kenangan halwa telinga untuk kita khususnya untuk yang diraikan.

Sama-sama kita saksikan,

Begitulan lontaran suara daripada pelajar-pelajar AHR yang begitu bersemangat sekali.

6
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Cenderahati
Seterusnya ialah penyampaian cenderamata tanda kenang-kenangan yang abadi,tanda kasih tidak bertepi , agar
ingatan tak luput di hati kepada Yang diraikan Puan Sirattal’ Aini untuk tampil menerima cenderahati.

Dipersilakan

(Rujuk Senarai)

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk yang diraikan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Puan Sirattal’ Aini atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi.Majlis juga merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih kalungan budi atas tanda
ingatan,sumbangan dan tanda hati yang diberikan.semoga menjadi memoir indah dalam dakapan yang dikasihi
Puan Sirattal’ Aini.

Pemotongan Kek /
Hadirin sekalian,
sesi fotografi
Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek, untuk itu dipersilakan sekali lagi Puan Sirattal’ Aini memotong kek
yang disediakan oleh bekas-bekas pelajar Puan Sirattal’ Aini dan KGKT sekolah.

Dipersilakan,

Dijemput juga tetamu jemputan untuk tampil ke hadapan bagi sesi fotografi bersama yang diraikan.

7
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Persembahan 3 Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis diteruskan pula dengan persembahan yang akan dibawakan oleh guru-guru pratikal yang juga merupakan
bekas pelajar Puan Sirattal’ Aini dengan membawakan seleksi lagu madley.

Dipersilakan.

Begitulah persembahan yang begitu memukau sekali.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Persembahan 4
Seterusnya kita saksikan pula persembahan gimik yang telah disediakan oleh pelajar tingkatan 6 dibawah seliaan
Cikgu Zuharizam

Dipersilakan.

Persembahan 5 Warga dewan yang budiman,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan koir istimewa yang dibawa khas daripada guru dan AKP sekolah.
Persembahan koir ini dibawah pimpinan Cik Noraisyah Bt Mat Jan.

Majlis mempersilakan.

Begitulah tadi persembahan koir yang cukup istimewa.

8
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sesi Fotografi
bersama warga Sebagai tanda kenangan-kenangan majlis menjemput semua tetamu untuk sesi bergambar dengan yang diraikan.
SMKC
Dipersilakan.

Sesi Bersalaman Majlis diteruskan pula dengan acara bersalam-salaman bersama Yang diraikan.

Untuk itu, diminta para pelajar berdiri dan mengambil barisan.

Penutup & Umpama belayar telah sampai dipelabuhan


Jamuan Makan Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Itu adat, itu lumrah kehidupan.Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar
untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan.

Bak air yang mengalir


Tiba jua kiranya di muara waktu
Disini kami pasti merindu
Hakikat seorang individu
Bernama Puan Siratal’Aini
Jelinglah kami jika masih rindu bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu.

9
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PERSARAAN USTAZ ABDUL WAHIT SMKBC 2023

Selamat berangkat dalam doa berkat


Selamat beristirahat dari segala muslihat
Selamat bersara dengan senyuman mesra
Senyumlah seindah suria
Setelah mencurahkan segala-galanya
Pasti beroleh keredaan-Nya.
Bak air yang mengalir
Sampai sini kenangan terindah pasti terukir.

Bagi pihak majlis mengucapkan selamat bersara buat Yang Diraikan Encik Abdul Wahit bin

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih daun keladi,terima kasih menjunjung budi kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih ini.

Dalam kesempatan ini juga kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Dijemput semua tetamu jemputan ke kantin bagi menikmati hidangan yang telah disediakan, manakala para pelajar
boleh mengambil bungkusan nasi yang telah disediakan.

SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,WA BILLAHIT TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMU ALAIKUM


WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH

10

Anda mungkin juga menyukai