Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA


ZON PENDIDIKAN MENTAKAB BERSAMA KOMUNITI

PERKARA TEKS TINDAKAN


GIMIK Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk acara pada pagi ini, diminta semua hadirin berkumpul di dataran
perhimpunan untuk menyaksikan gimik pelancaran Sambutan Ambang
Merdeka.

-bila dah ready-

Dijemput En Wong Tze Shiang untuk menyempurnakan majlis pelancaran.


Dipersilakan.

-gimik-

Begitulah tadi pelancaran gimik sambutan Ambang Merdeka kita pagi ini.
Dipersilakan semua hadirin bergerak menuju ke dewan terbuka bagi acara
seterusnya.
KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Afzan
&
NYANYIAN Yang Berbahagia
KOIR En. Wong Tze Shiang
Pengarah WTS Development Sdn Bhd

Diiringi dif-dif kehormat masuk ke dewan.

Hadirin di minta berdiri untuk sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku,


Allah Selamatkan Sultan, Untukmu Temerloh dan Malaysia Baharu
dengan iringan Pasukan Koir SK Tanjung Lalang.

- Selesai nyanyian lagu -

Semua hadirin dipersilakan duduk.


Majlis turut merakamkan terima kasih kepada Pasukan Koir SK Tanjung
Lalang di atas nyanyian lagu tadi.
SALUTASI Bismillahirahmanirrahim Kak Ejan
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Sehati Sejiwa

(1) Yang Berbahagia


En. Wong Tze Shiang
Pengarah WTS Development Sdn Bhd

(2) Yang Berusaha


En Saufie b Abdul Manaf
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh

(3) Yang Berusaha


Tuan Haji Suhaime B Nahari
Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
Merangkap Guru Besar SK Mentakab (Chatin)

(4) Yang Berusaha


En Mohd Zaini B Ismail
Timbalan Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
(5) Yang Berusaha
En Mazdi B. Zulkefly
Pengerusi MGB Daerah Temerloh

Yang dihormati
Pengerusi2 Zon
Guru Besar-Guru Besar
Barisan Guru Penolong Kanan
YDP PIBG SKMC
AJK PIBG
Pegawai Perhubungan Sekolah
Guru2 Pengiring
Para Penggiat Seni Pahang

Seterusnya,
Barisan AJK Sambutan Ambang Merdeka
Para pelajar
Serta hadirin sekalian
UCAPAN Sayang kumbang mencari makan, Afzan
ALUAN MC Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiring restu Ilahi

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-


puan ke MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA, ZON PENDIDIKAN
MENTAKAB BERSAMA KOMUNITI bagi tahun 2022. Untuk makluman
para hadirin, majlis ini bertemakan Busana Tradisional.
BACAAN Tetak buluh kajang sepuluh, Kak Ejan
DOA Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jari sepuluh;
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama kita


mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Shahril
B. Mohd Saad untuk memimpin doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

Amin ya Rabbal ‘alamin. Shukran Jazilan.


UCAPAN Tuan-tuan dan puan-puan, Afzan
PENGERUSI
ZON Seterusnya, adalah ucapan alu-aluan. Untuk itu, dipersilakan
PENDIDIKAN Yang Berusaha
MENTAKAB Tuan Haji Suhaime B Nahari
Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
Merangkap Guru Besar SK Mentakab (Chatin)
Untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


UCAPAN Kak Ejan
PERASMIAN Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Aduhai pahlawan kesateria pertiwi;
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis kita diteruskan dengan ucapan perasmian.

Next!
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan,
Yang Berbahagia
En. Wong Tze Shiang
Pengarah WTS Development Sdn Bhd
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
ZON PENDIDIKAN MENTAKAB BERSAMA KOMUNITI pada tahun ini.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


GIMIK Hadirin sekalian, Afzan
PELANCARAN 2
Bagi menyempurnakan pelancaran perasmian Sambutan Ambang
Merdeka ini, sekali lagi dipersilakan, Yang Berbahagia, En. Wong Tze
Shiang diiringi oleh Tn Hj Suhaime untuk tampil ke pentas bagi upacara
simbolik dengan memecahkan ketulan ais yang berisi perutusan
kemerdekaan dan seterusnya membaca perutusan tersebut.
Dipersilakan.

- Selesai baca perutusan –


Dengan menyempurnakan acara itu sebentar tadi, maka majlis
Sambutan Ambang Merdeka ini bermula dengan rasminya.

Hadirin sekalian,
Kita teruskan dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi.
Untuk itu, majlis menjemput
En Mohd Zaini
Timbalan Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
Bagi mengiringi

Tuan Haji Suhaime B Nahari


Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berbahagia
En. Wong Tze Shiang.

Untuk itu, dijemput En. Wong Tze Shiang naik ke pentas bagi menerima
cenderamata atas kesudian beliau menyempurnakan majlis.

-selesai penyampaian cenderamata-

Majlis mengucapkan terima kasih.


PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati, Kak Ejan
TARIAN PRA
SEKOLAH Berikutnya adalah persembahan tarian oleh anak-anak cilik Pra Sekolah
SKMC. Pasukan tarian ini telah menyertai Pertandingan Tarian di Karnival
Pra Sekolah Zon Pendidikan Mentakab. Untuk itu, dipersilakan Tari Cilik
Seri Chatin untuk naik ke pentas.

-selesai tarian pra sekolah-

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian Joget Pahang


itu tadi.

REHAT Terbang rendah burung tempua Afzan


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Majlis mempersilakan En. Wong Tze Shiang, En Saufie B Abdul Manaf


diiringi Tn Hj Suhaime utuk masuk ke ruangan dSantap Corner bersama
barisan guru besar dan tetamu yang lain.

Untuk makluman hadirin sekalian,


Jamuan untuk guru pengiring dan juga peserta dihidangkan di bawah
khemah sebelah dewan terbuka ini. Dijemput semua menjamu selera.

PERSEMBAHAN Sayang tebu patah sebatang Kak Ejan


SYAIR MURID Ditebang ia dibuat gula,
Saat yg dinanti telah pun datang
Persembahan kini bersambung semula.

Bagi meneruskan majlis sambutan ambang merdeka pada pagi ini,


marilah kita sama-sama menghayati bait-bait maksud yang tersirat di
dalam syair yang bertajuk “Malaysia Tercinta”.

-selesai syair-

Begitulah indah alunan syair, gabungan mantap kolaborasi 3 buah


sekolah yang terdiri dari murid-murid SK Mentakab (Chatin), SJKT Bandar
Mentakab dan SJKC Mentakab 1.
PERSEMBAHAN Warga dewan yang dihormati, Afzan
SYAIR
Bagi meneruskan majlis sambutan ambang merdeka pada pagi ini,
dengan sukacitanya dijemput Pn Intan Sarina Bt Mat Jalil dari SK Lipat
Kajang untuk mengalunkan Syair yang bertajuk
…………………………………………………………………………………………Dipersilakan.
- Alunan syair-

Majlis mengucapkan terima kasih

SAJAK GURU 1 Hadirin yang dihormati, Kak Ejan

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak yang


bertajuk ‘………………………………’. Sajak ini akan dideklamasikan oleh En
Mohd Aidil Sufqy B Mohd Sufian, Guru SK Bukit Cermin. Majlis
mempersilakan.

-selesai sajak-

Majlis mengucapkan terima kasih.


PERSEMBAHAN Hadiran sekalian, Afzan
KOIR
Kita akan didendangkan dengan 2 buah lagu yang akan dipersembahkan
oleh pasukan koir SK Mentakab (Chatin). Anak-anak ini akan
mendendangkan lagu yang bertajuk Warisan dan Perwira. Dipersilakan.

-nyanyian koir-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
SAJAK PSP Hadirin yang dihormati, Kak Ejan

Majlis akan dihangatkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak yang


bertajuk ‘…………………………………………………………………..” Sajak ini akan
dideklamasikan oleh En Abdul Rahman B. Janal yang merupakan salah
seorang Penggiat Seni Pahang yang sangat aktif. Majlis mempersilakan.

-selesai sajak-

Majlis mengucapkan terima kasih.


GURINDAM Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat Afzan
PSP Kemerdekaan ini, dijemput En Abdullah Karim dan Pn Niswah Shyahidah
Bt Sapiee yang merupakan Penggiat Seni Pahang untuk menyampaikan
gurindam ……………………………………………………….
Dipersilakan.

- Bacaan guridam-
Sambut merdeka sekali setahun,
Keringat tercurah pejuang berjasa,
Malaysiaku merdeka 65 tahun,
Itulah sejarah perjuangan bangsa.

Majlis merakamkan terima kasih.


PENYAMPAIAN Hadirin hadiran yang dihormati, Kak Ejan
CENDERAHATI
Kita beralih pula ke acara penyampaian cenderamata. Oleh itu, majlis
sekali lagi menjemput

En Mohd Zaini
Timbalan Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
Bagi mengiringi

Tuan Haji Suhaime B Nahari


Pengerusi Zon Pendidikan Mentakab
Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Guru besar-guru besar Zon Pendidikan Mentakab yang mengambil


bahagian pada hari ini. Dipersilakan:
-
-
-
-
-
selesai penyampaian cenderamata-

Majlis mengucapkan terima kasih.


PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan, Afzan

Sebelum majlis berakhir, marilah kita sama-sama melaungkan ayat


keramat merdeka sebanyak 7 kali diketuai oleh
…………………………………………………………………………...
Dipersilakan.

Merdeka,merdeka,merdeka,merdeka,
Merdeka,merdeka, merdeka!

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


……………………………………………………………………………… di atas kesudian
mengetuai laungan kemerdekaan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya laungan itu tadi, maka tamatlah sudah majlis kita
pada hari ini.

Banyak keluk ke penarik


Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini
Majlis dengan ini mempersilakan

Yang Berbahagia
En. Wong Tze Shiang
Diiringi dif-dif kehormat untuk meninggalkan majlis.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai