Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

PERINGKAT SK GABUNGAN, TELUPID TAHUN 2023

CUE TEKS CATATAN

10 minit sebelum Selamat pagi dan salam sejahtera. Fionella


bermula
Hadirin sekalian.

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK


Gabungan, Telupid akan diadakan sebentar sahaja
lagi. Oleh itu, diminta para guru dan murid-murid
untuk mengambil tempat.

Hadirin diminta berada di tempat duduk masing-


masing dan mengurangkan pergerakan bagi
melancarkan perjalanan majlis sehingga selesai.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama hadirin.

Nyanyian 3 buah Dijemput para hadirin untuk berdiri bagi bersama- Kate
lagu sama menyanyikan lagu
- Negaraku,
- Lagu Sabah Tanah Airku dan
- Lagu Sekolah.

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Kata alu-aluan Adik manis mencari bunga, Fionella


Bunga azalea menjadi pelengkap.
Salam sejahtera madah pembuka,
Majlis bermula tirai diungkap

Hingar-bingar arah titi, Kate


Adik bersyair di tepian bendang.
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah hening.

Selamat pagi dan salam sejahtera. Fionella

Salam Malaysia Madani.

Salam Sepakat, Sabah Hebat.

Salam PPD Telupid Tongod,


Barabis Bersama Melangkah ke Hadapan,
Let’s Work Together.

Salam SK Gabungan, Telupid,


Sederap Melangkah ke Hadapan,
From Ordinary To Extraordinary.

1
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK GABUNGAN, TELUPID TAHUN 2023

CUE TEKS CATATAN

Yang Dihormati,
Masrof Yaacob
Pegawai Penerangan Telupid

Yang Dihormati,
Puan Nyolly Ambilah,
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati,
Encik Mohammad Iqbal Ash-Shiddiqy bin Masduki,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Dikasihi,
Barisan guru-guru dan murid-murid sekalian.

Selamat Datang ke Majlis


Penutupan Bulan Kebangsaan
Peringkat SK Gabungan,Telupid Tahun 2023

Bacaan doa Bagi menambahkan keberkatan majlis pada pagi ini, Kate
dijemput Umar Mujahid bin Mohammad Iqbal untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- Bacaan Doa -

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Alu-aluan Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Kate


Pegawai Encik Masrof Yaacob, Pegawai Penerangan Telupid
Penerangan Telupid untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis
mempersilakan.

- Ucapan Pegawai Penerangan Telupid -

Majlis mengucapkan terima kasih.

Ucapan PK HEM Kalau hendak ke Pekan Dengkil, Fionella


Belikan saya kain belacu.
& Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan dikalbu
Gimik Perasmian

Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya


mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohammad
Iqbal Ash-Shiddiqy, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk menyampaikan ucapan perasmian sekali gus
menyempurnakan gimik perasmian Penutupan Bulan
Kebangsaan Peringkat SK Gabungan, Telupid. Majlis
mempersilakan.

2
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK GABUNGAN, TELUPID TAHUN 2023

CUE TEKS CATATAN

- Ucapan Perasmi -

Majlis menjemput Puan Nur Shakilla binti Razak,


Penyelaras Bulan Kebangsaan untuk bersama-sama
Encik Mohammad Iqbal bagi menyempurnakan gimik
perasmian Penutupan Bulan Kebangsaan

- Gimik Perasmian -

Diminta Encik Mohammad Iqbal dan Puan Shakilla


untuk terus kekal di atas pentas.

Penyerahan Sijil Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Kate


Penghargaan penghargaan kepada wakil Jabatan Penerang Telupid
atas kesudian untuk menganjurkan pertandingan
Jabatan mewarna khas kepada murid-murid SK Gabungan.
Penerangan Telupid Dipersilakan.

Dijemput,
Encik Masrof Yaakob, Pegawai Penerangan Telupid
untuk menerima sijil penghargaan. Dipersilakan.

- Penyerahan Sijil Penghargaan -

Terima kasih.

Persembahan 1 Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Fionella


Nama termasyhur zaman dulu kala.
Dendangan Syair Saat dinanti telah pun datang,
Anak Merdeka Persembahan syair akan bermula.
(Juara Syair)
Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi
dengan persembahan syair Anak Merdeka yang akan
didendangkan oleh Ellyana Balqish dari Tahun 5.
Dipersilakan.

- Dendangan Syair -

Terima kasih. Untuk makluman, Ellyana Balqish


merupakan Johan Dendangan Syair Bulan
Kemerdekaan SK Gabungan 2023.

3
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK GABUNGAN, TELUPID TAHUN 2023

CUE TEKS CATATAN

Penyampaian Hadirin sekalian. Kate


Hadiah Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian
Pertandingan hadiah bagi Pertandingan Mewarna anjuran Jabatan
Mewarna Penerangan Telupid dengan kerjasama komuniti
anjuran Jabatan perpaduan.
Penerangan Telupid
Oleh itu, majlis mempersilakan Encik Masrof Yaakob,
Puan Nyolly Pegawai Penerangan Telupid diiringi Puan Nyolly
Ambilah, Penolong Ambilah, Penolong Kanan Kokurikulum untuk
Kanan Kokurikulum menyampaikan hadiah kepada para pemenang
pertandingan. Dipersilakan.
Kate
Pertandingan Mewarna Kategori Prasekolah

Tempat Ketiga: ___________________________


Naib Johan : ___________________________ dan
Johan : ___________________________

Seterusnya,
Pertandingan Mewarna Kategori Tahap 1

Tempat Ketiga: ___________________________


Naib Johan : ___________________________ dan
Johan : ___________________________

Seterusnya Fionella
Pertandingan Mewarna Kategori Tahap 2

Tempat Ketiga: ___________________________


Naib Johan : ___________________________ dan
Johan : ___________________________

Jutaan terima kasih atas kesudian menyempurnakan


sesi penyampaian hadiah sebentar tadi.

Sekali lagi, Tahniah, diucapkan kepada para


pemenang.

Persembahan 2 Hadirin dan hadirat yang dikasihi, marilah kita Kate


bersama-sama menyaksikan persembahan koir yang
Koir Tahun 5 bertajuk Warisan daripada murid-murid Tahun 5.
Warisan Dipersilakan.

- Persembahan Koir -

Terima kasih. Untuk makluman, persembahan koir


sebentar tadi merupakan Johan Pertandingan Koir
Bulan Kemerdekaan SK Gabungan di bawah
bimbingan Cikgu Azulla Rasiah.

4
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK GABUNGAN, TELUPID TAHUN 2023

CUE TEKS CATATAN

Nyanyian lagu Majlis diteruskan, lagi dengan nyanyian lagu Fionella


Malaysiaku by Malaysiaku. Oleh itu, para hadirin dipersilakan untuk
Faizal Tahir berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu dengan
penuh semangat. Dipersilakan.

- Nyanyian lagu -

Sesi Bergambar Diminta semua hadirin untuk terus kekal berdiri bagi
sesi bergambar.

Penutup Hadirin sekalian. Kate

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita.
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan ini, saya Crystel Kate dan saya Fionella Dina Kate & Fionella
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak atas kerjasama dan perhatian sepanjang majlis.
Oleh itu, jumpa lagi pada tahun hadapan.

Terima kasih.

5
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT SK GABUNGAN, TELUPID TAHUN 2023

SALUTASI

Kata alu-aluan
Selamat pagi dan salam sejahtera.

Salam Malaysia Madani.

Salam Sepakat, Sabah Hebat.

Salam PPD Telupid Tongod,


Barabis Bersama Melangkah ke Hadapan,
Let’s Work Together.

Salam SK Gabungan, Telupid,


Sederap Melangkah ke Hadapan,
From Ordinary To Extraordinary.

Yang Dihormati,
Encik Jaison @ Mohd Asrul bin Lajungin,
Yang Dipertua PIBG.

Yang Dihormati,
Masrof Yaacob
Pegawai Penerangan Telupid

Yang Dihormati,
Puan Nyolly Ambilah,
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati,
Encik Mohammad Iqbal Ash-Shiddiqy bin Masduki,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Dikasihi,
Barisan guru-guru dan murid-murid sekalian.

Selamat Datang ke Majlis


Penutupan Bulan Kebangsaan
Peringkat SK Gabungan,Telupid Tahun 2023

Anda mungkin juga menyukai