Anda di halaman 1dari 2

TEKS EMCEE KAYUHAN SEMARAK MERDEKA SKC

2020

KAYUH SUDAH, SAMPAI PUN SUDAH


KG BAWAH BUKIT INILAH TEMPATNYA
Kata Aluan BUKIT CHUPING TERSERGAM INDAH
SEGAK DAN CANTIK BAIK KOMUNITINYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Yang Berhormat,
Puan Siti Berenee binti Yahaya,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mata Ayer

Yang berusaha,
En Affendi bin _______________
JKKK kampung bawah bukit,

Ahli-ahli jawatankuasa kampung,

Yang berusaha,
Cikgu Norzaitun binti Ibrahim,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chuping,

Seterusnya semua peserta kayuhan semarak merdeka SK


Chuping tahun 2020.

Alhamdulilah, bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah


kurnianya, kita sama-sama berada di kampung ini untuk aktiviti
kayuhan semarak merdeka.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput yang berusaha


Cikgu Norzaitun binti Ibrahim, guru besar Sekolah Kebangsaan
Ucapan
Chuping untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Guru Besar
Puan, dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha


Cikgu Norzaitun binti Ibrahim atas ucapan aluan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Ucapan JKKK

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan, EN


Affendi,JKKK Kg Bawah Bukit untuk menyampaikan ucapan.
Tuan dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tuan


pengarah sebentar tadi.

Seterusnya adalah majlis penyerahan Jalur Gemilang dan sijil


penghargaan dari pihak sekolah kepada EN Affendi selaku
Penutup JKKK Kg bawah Bukit.

Majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Norzaitun dan En


Affendi untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyerahan Jalur


Gemilang sebentar tadi.

Berkejar-kejar ombak dilaut,


Menyentuh pantai berpasir putih,
Budi tuan disebut-sebut,
Misi selesai dan terima kasih.

Terbang selisih burung kedidi,


Terbang berduyun diwaktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain masa berjumpa lagi.

Sekian, wabillah..
Assalamualaikum w.b.t..

Anda mungkin juga menyukai