Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Hari Apresiasi Pendidikan SK Bohor Baharu 2022/2023

Nyanyian lagu Hadirin dan hadirat diminta berdiri bagi bersama-sama


Negaraku menyanyikan lagu Negaraku
Cue: selesai menyanyikan lagu Negaraku
Terima kasih atas nyanyian yang bersemangat sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat dipersilakan duduk
Ucapan Alu-Aluan Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Yang dihormati Yang Dipertua PIBG En Mohamad Kamal Bin


Mohamad
Tuan Haji Rozami bin Abd Aziz, Pengerusi Masjid Kampung
Bohor Baharu
En Yusuf bin Ibrahim, Ketua Kampung Bohor Baharu
Yang Berusaha tuan Guru Besar SK Bohor Baharu, En Nazri
Bin Zakaria,
Penolong Kanan Pentadbiran, En Azlan Bin Mohamad,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Nurul Izzah Binti Yahya,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En Azmi Bin Hashim,
barisan guru, barisan pegawai kumpulan sokongan, ibu bapa,
penerima-penerima anugerah dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Selamat datang ke Hari Apresiasi Pendidikan SK Bohor Baharu
sesi 2022/2023

Bacaan doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Laksana ditinting kias ibarat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biarlah berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya dengan ini
menjemput Ustaz Muhammad Lutfi Bin Sollahi untuk mengetuai
kita dalam bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis
mempersila
Cue: Selesai bacaan doa
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Lutfi Bin
Sollahi atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Aluan Bukan rumput sebarang rumput,
Guru Besar Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Majlis menjemput Guru Besar SK Bohor Baharu, Cikgu Nazri
Bin Zakaria untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan
segala hormatnya, majlis mempersilakan
Cue: selesai GB memberikan ucapan
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan
aluan sebentar tadi.

Ucapan YDP Duduk sekawan si burung unta


PIBG atau Wakil Tepi keramat diwaktu malam
PIBG Padamu tuan kami meminta
Kata azimat pembuka kalam

Kini, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Dipertua PIBG


SK Bohor Baharu, En Mohamad Kamal bin Mohamad. Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Cue: selesai ucapan YDP PIBG
Terima kasih diucapkan kepada En Mohamad Kamal bin
Mohamad atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan Majlis akan diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan


Pembukaan dari murid SKBB. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Cue:selesai murid membuat persembahan
terima kasih diucapkan kepada semua murid yang membuat
persembahan yang sungguh mengasyikkan sebentar tadi.

Penyampaian Prasekolah merupakan program yang menyediakan kanak-


hadiah dan sijil kanak seawal usia 5 tahun bagi memasuki alam persekolahan
prasekolah dan sebenar. Oleh itu, bagi menghargai murid yang bakal
terbaik PBD tahun memasuki alam persekolahan ini, majlis akan diteruskan lagi
1 hingga tahun 6 dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi murid-murid
prasekolah Cahaya Permata SK Bohor Baharu.
Bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah
prasekolah ini, majlis dengan ini menjemput Guru Besar SK
Bohor Baharu, En Nazri Bin Zakaria untuk naik ke pentas.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Cue: ikut senarai penerima sijil dan hadiah prasekolah
Cue: selesai penyampaian sijil dan hadiah prasekolah
Tuan guru besar diminta untuk terus berada di atas pentas bagi
penyampaian hadiah yang seterusnya iaitu hadiah pencapaian
terbaik PBD tahun 1 hingga tahun 6
Cue: mengikut senarai nama penerima hadiah
Cue: selesai penyampaian hadiah
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi
Penyampaian sijil Seturusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian
ketua kelas, sijil ketua kelas dan penolong ketua kelas.
penolong ketua Bagi menyempunakan penyampian sijil ini. majlis dengan ini
kelas dan menjemput YDP PIBG SK Bohor Baharu, En Mohamad Kamal
pustakawan Bin Mohamad untuk tampil ke atas pentas. Majlis dengan ini
mempersila.
Cue: ikut senarai penerima sijil ketua dan penolong ketua
kelas
Cue: selesai penyampaian sijil
Diminta En Mohamad Kamal untuk terus berada di atas pentas
untuk menyampaikan sijil yang seterusnya iaitu sijil pengawas
pustakawan SKBB
Cue: mengikut senarai nama penerima sijil pustakawan
Cue: selesai penyampaian sijil pustakawan
Terima kasih diucapkan kepada En Mohamad Kamal Bin
Mohamad atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi

Penyampaian Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil pengawas


pengawas dan sekolah SKBB
kehadiran penuh Bagi menyempurnakan penyampian sijil ini, majlis dengan ini
menjemput penolong kanan Hal Ehwal murid SK Bohor Baharu,
Puan Nurul Izzah Binti Yahya untuk naik ke pentas. Majlis
dengan ini mempersilakan.
Cue: ikut senarai penerima sijil pengawas
Cue: selesai penyampaian sijil
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Izzah Binti Yahya
atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Majlis kini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kafa


hadiah kafa tahunbagi tahun 1 hingga tahun 5 sesi 2022/2023
1 hingga 5 dan Dengan ini, dijemput pengerusi masjid Kampung Bohor Baharu,
hadiah daie cilikTuan Hajij Rozami Bin Abd Aziz bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah ini. Dengan segala hormanya dipersilakan
Cue: penyampaian hadiah mengikut senarai kafa
Cue: selesai penyampaian hadiah
Diminta Tuan Haji Rozami untuk berada di atas pentas bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah yang seterusnya iaitu
daei cilik.
Cue: penyampaian mengikut senarai
Cue: selesai penyampian
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Rozami Bin Abd Aziz
kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi
Ketibaan perasmi Hadirin dan hadirat diminta berdiri bagi menerima kehadiran
pengurus Felcra perasmi kita pada pagi ini.
Bohor Baharu Cue: perasmi masuk dan duduk
Selamat datang diucapkan kepada En Muhammad Zul Bahari
Bin Zainuddin, Pengurus Felcra Bohor Baharu ke majlis hari
Apresiasi Pendidikan SK Bohor Baharu dan terima kasih diatas
kesudian untuk memenuhi jemputan SK Bohor Baharu ke majlis
ini.
Ucapan perasmian Terbang di awan burung Jentayu,
Di atas papan batang jerami,
Tampilah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Bagi meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput En
Muhammad Zul Bahari bin Zainuddin, pengurus Felcra Bohor
Baharu bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan hari aprasiasi Pendidikan SK Bohor Baharu pada
hari ini, majlis dengan ini mempersilakan
Cue: selesai ucapan perasmian
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Muhammad Zul
Bahari bin Zanuddin diatas kesudian merasmikan hari
apresisasi Pendidikan SK Bohor Baharu pada pagi ini.

Penyampaian Anugerah Khas diberikan kepada murid yang mencapai


Anugerah Khas kecemerlangan dengan memperlihatkan ketinggian sahsiah
terpuji, mempunyai semangat kepemimpinan tinggi, mendapat
keputusan cemerlang dalam akademik sepanjang
pembelajaran di sekolah. Selain mendapat pengiktirafan
sebagai murid terbaik keseluruhan sepanjang sesi
persekolahan
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah khas ini, majlis
dengan penuh takzimnya memjemput pengurus Felcra Bohor
Baharu, En Zul Bahari Bin Zainuddin untuk berada diatas
pentas dan diiringi oleh guru besar SK Bohor Baharu, En Nazri
Bin Zakaria. Dengan segalam hormatnya majlis mempersila
Cue: mengikut senarai dengan pengelanan kepada ikon
dan tokoh (baca biodata ikon dan tokoh dengan video)
Cue: selesai penyampaian anugerah
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Zul Bahari Bin
Zainuddin atas kesudian penyampaian anugerah khas sebentar
tadi.

Persembahan Majlis kini akan diteruskan lagi dengan manyaksikan sebuah


murid lagi persembahan yang akan di sampaikan oleh murid SK
Bohor Baharu
Majlis dengan ini mempersilakan
Cue: selesai murid membuat persembahan
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang telah
membuat persembahan sebentar tadi

Penyampaian Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampian cendermata


cenderamata kepada jemputan khas pada pagi ini.
Dengan ini, majlis menjemput Tuan Guru Besar SKBB, En
Nazri Bin Zakaria untuk menyempurnakan penyerahan
cenderamata ini.
Dijemput En Yusuf Bin Ibrahim, ketua Kampung Bohor Baharu
Seterusnya dijemput Tuan Haji Rozami Bin Abd Aziz, pengerusi
masjid Kampung Bohor Baharu
Dijemput YDP PIBG SKBB En Mohamad Kamal Bin Mohamad
Dan, dijemput Pengurus Felcra Bohor Baharu, En Zul Bahari
Bin Zainuddin

Terima kasih diucapkan kepada semua jemputan khas kerana


sudi hadir pada majlis ini.
Terima kasih juga kepada tuan Guru Besar kerana
menyampaikan cenderamata sebentar tadi
Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi maka
dengan ini berakhir lah hari apresiasi Pendidikan SK Bohor
Baharu pada hari ini. Jutaan terima kasih diucapakan kepada
semua yang mejayakan hari apresiasi ini.

Banyak keluk ke penarik


Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggal lah disini

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Jamuan makan Kalau tuan pikat cemara


Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Hadirin dan hadirat di jemput untuk menjamu juadah yang telah


disediakan
Sekian Terima kasih…

Anda mungkin juga menyukai