Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

SEINDAH KENANGAN, TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA


MAJLIS PERSARAAN CIKGU ZAINUDDIN BIN MAHAT & PN. MAGDALINE DOLLY MASIR

TARIKH: 20 JUN 2023 (SELASA)


TEMPAT : DEWAN PERSONA

CUE ANN
KETIBAAN YANG Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Zainuddin bin
DIRAIKAN Mahat dan Puan Magdaline Dolly Masir

Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Zainuddin bin


Mahat dan Puan Magdaline Dolly Masir.

TETAMU BERDIRI Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan


DENGAN IRINGAN lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Sabah Tanah Airku’
LAGU NEGARAKU
DAN SABAH TANAH ___________________Terima kasih atas nyanyian lagu
AIRKU sebentar tadi. Tetamu dan hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang berusaha, En. Nor Aslam Mano bin Abdullah, Pengetua


Cemerlang SMK Elopura

PIBG

ALUMNI

Yang diraikan, Cikgu Zainuddin bin Mahat dan Puan


Magdaline Dolly Masir

Yang dihormati, En. Alias bin Che Long, Penolong Kanan


Pentadbiran

Yang dihormati, Pn. Nurmida binti Idris, Penolong Kanan


Petang

Yang dihormati, Pn. Siti Nor binti Mohd. Arip, Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Yang dihormati, Dr Lo Kim Seng, Penolong Kanan Ko


Kurikulum

Yang dihormati, Pn. Hasnia Bakre, Penolong Kanan Seni

Yang dihormati, En. Wee Fwen Yep, Penolong Kanan


Tingkatan 6 dan

Seterusnya hadirin yang dimuliakan.

BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al- Fadhil


Ustaz Mahadir bin Amboala untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

____________________Amin, amin ya Rabbal A’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Mahadir atas bacaan doa sebentar tadi.

KATA-KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,


PENGACARA MAJLIS
Pakat bersama menunggang kuda,
            Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
          Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


         Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
         Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan


pasti mengundang perpisahan.

Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan


Cikgu Zainuddin bin Mahat dan Puan Magdaline Dolly Masir
yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi
yang tidak terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah


juga besarnya jasa tuan/puan sehingga tidak mampu untuk kami
membalasnya.
Sekalung penghargaan diucapkan buat Cikgu Zainuddin dan
Pn. Magdeline yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri.

Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan tuan/puan yang


hebat dan megah kewibawaannya.

UCAPAN WAKIL Hadirin sekalian


MURID
Majlis diteruskan dengan menjemput ………………… dari
tingkatan ……………..selaku wakil murid SMK Elopura
untuk menyampaikan ucapan .

Majlis mempersilakan

--------------------------------------Terima kasih diucapkan


kepada saudara ……………………………… atas ucapan
wakil murid sebentar tadi.

UCAPAN WAKIL Hadirin yang dikasihi,


GURU
Besar langit di tepi busut,
       Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
      Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis memeprsilakan Yang dihormati, En. Leonny


Leo untuk memberikan ucapan, mewakili semua guru di SMK
Elopura. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

___________________Majlis merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi,

UCAPAN PENGETUA Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


         Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
         Kata azimat pembuka kalam.

Seterusnya, pihak majlis dengan penuh takzimnya


menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha, En. Nor
Aslam Mano bin Abdullah, pengetua cemerlang SMK
Elopura untuk tampil menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


_____________Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas kesudian En. Nor Aslam Mano bin Abdullah, pengetua
cemerlang SMK Elopura atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN 1 Hadirin yang dirhormati, bagi menyerikan lagi majlis kita pada
hari ini,

Majlis dengan sukacitanya menjemput murid dari sekolah seni


untuk membuat persembahan tarian bertajuk Malam Pesta
Mudi.

Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan yang telah


disediakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid seni atas persembahan


tarian itu tadi.

Untuk makluman, persembahan tarian ini adalah arahan


saudara Mohd. Fadrul Naim bi Rosly dari Tingkatan 5 Barait.
UCAPAN YANG Para tetamu yang dihormati,
DIRAIKAN
Pergi ke kota membeli selasih,
Sayang si dara dibuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Sedikit perkongsian dengan semua hadirin, Pn. Magdeline


mula melapor diri di SMK Elopura pada 1 Oktober tahun
1999.

Tugas terakhir beliau sebelum bersara adalah Pembantu


Operasi di Unit Perpustakaan.
Seorang yang komited dengan kerja, beliau telah mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2011.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Diraikan, Pn. Magdaline Dolly Masir untuk menyampaikan
ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

_______Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian puan menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Teruslah menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan
terbilang adalah pesanan Pn. Magdeline kepada semua
guru dan rakan sekerja.

Tentu sekali bantuan dan perkongsian ilmu kepada beliau


dari para guru dan rakan sekerja sentiasa menjadi ingatan
kepada beliau sepanjang hayat.

Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang berundur jangan,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan

Mula melapor diri di SMK Elopura pada 16 Mei 2002,


Cikgu Zainuddin telah menjawat beberapa jawatan penting
di sekolah seperti Ketua Panitia PJPK, Ketua Bidang
Kemanusiaan dan pernah memangku tugas Penolong
Kanan Petang.

Disifatkan sebagai seorang guru yang berdedikasi, Cikgu


Zainuddin telah dianugerahkan Anugerah Guru Kokum
pada tahun 2005 atas jasa beliau membawa pemain Softball
ke peringkat kebangsaan.

Tanpa membuang masa, pihak majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu
Zainuddin bin Mahat, untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

___________Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian Cikgu Zainudin memberi ucapan sebentar tadi.
Sedikit pesanan dari Cikgu Zainuddin kepada rakan guru.

Bekerja kerana Allah, menghormati pihak pentadbir dan


sentiasa berfikiran positif menjadi asas untuk para guru
meneruskan usaha menjadi pendidik yang berkualiti
kepada murid khususnya sambil menikmati suasana
keseronokan bekerja.

ACARA MEMOTONG Hadirin yang dikasihi sekalian,


KEK
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Cikgu
Zainuddin dan Puan Magdeline untuk naik ke atas pentas
dengan diiringi oleh tuan pengetua, PIBG dan ALUMNI bagi
menyempurnakan acara memotong kek sebagai simbolik majlis
persaraan pada hari ini.

(KEK MASUK)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua,


PIBG dan ALUMNI .

Para hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput murid


perdana asrama untuk membuat persembahan koir bertajuk
‘Sampai Jumpa’
PERSEMBAHAN 2
Majlis mempersilakan.

_____________________Terima kasih diucapkan atas


persembahan koir sebentar tadi yang dipimpin oleh saudari
Felcy dari 5 Wakid.

PENYAMPAIAN Buah mengkudu buah bidara


CENDERAMATA Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.

Oleh itu, dengan segala hormatnya dipersilakan En. Zainuddin


bin Mahat dan Pn. Magdaline Dolly Masir untuk naik ke pantas
bagi menerima cenderahati.

Senarai pemberi hadiah :

1. Pentadbir ✅

2. Pibg - ✅

3. Alumni - ✅

4. Bidang Bahasa ✅

5. Bidang Voktek - ✅

6. Bidang Kemanusiaan ✅
7. Bidang sains dan math - ✅

8.Ju seni - ✅

9. AKP-✅

10. Mapptee✅

11. Murid sesi pagi (f3-f5)✅

12. Murid sesi ptg (f1-f2)✅

13. Murid seni (f1-f5)✅

14. Guru sidang petang ✅

15. Unit Fotografi dan Media ✅

16. Guru Form 6✅

17. KKS ✅

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Amat ketara pucuk siantan,


        Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
        Mekar jasa di taman bakti.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa


untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi.

Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan


semoga Cikgu Zainuddin dan Pn. Magdeline sentiasa sihat
dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga
tercinta.

Selamat bersara Cikgu Zainuddin dan Pn. Magdaline.

Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang


zaman.

Untuk makluman para hadirin,

Sebelum bersurai, akan diadakan sesi fotografi bersama


Cikgu Zainuddin dan Pn. Magdeline.

Sesi fotografi akan dimulakan dengan sesi fotografi murid


bersama Yang Diraikan dan para pentadbir.

Seterusnya, sesi bergambar akan diteruskan dengan sesi


bergambar mengikut bidang dan unit.

Sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis


merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan
majlis kita pada hari ini.

Mohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang kami


mengacarakan majlis pada hari ini. Sekian dari kami,

Assalammualaikum w.b.t.

FOTOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai