Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN PENGERUSI KGKT SEMPENA JAMUAN AKHIR TAHUN SMK AYER TAWAR 2011 Ling Ming Hook

Selamat Petang kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan KoKurikulum, guru-guru kanan, guru-guru, staf sokongan, hadirin dan hadirat sekalian.

Setelah bergelut beberapa lama dengan tarikh yang sesuai dan menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati beberapa pihak, akhirnya, akhirnya, kita dapat juga mengadakan jamuan akhir tahun pada hari ini. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang ada di dalam dewan ini, termasuk juga diri saya, kerana berjaya menghadirkan diri di majlis ini.

Hari minggu sememang bukan satu hari yang ideal sangat untuk majlis seperti ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh buat banyak benda hari ini seperti pergi jalan-jalan, berehat di rumah, tidur atau bermesra dengan orang yang tersayang tetapi tuan-tuan dan puan-puan telah memilih untuk ke sini bagi meraikan bersama-sama majlis ini kerana kami tahu anda sayangkan KGKT dan mahu makan makanan yang kami sediakan.

Sesungguhnya, kami dalam AJK KGKT amat menghargai sokongan tuan-tuan dan puan-puan dan sentiasa cuba memberi yang terbaik sahaja kepada kalian. Dalam kesibukan sekolah di akhir tahun, ditambah lagi dengan sumber-sumber yang agak terbatas, kami

telah berusaha bersungguh-sungguh supaya pengorbanan tuan-tuan dan puan puan untuk datang ke Orchad Inn hari ini berbaloi,

Untuk ini, kami ada menyediakan beberapa menu yang menarik untuk tatapan anda. Antaranya Makanan 1 Malaysia, selaras dengan konsep 1Malaysia, yang merangkumi makanan makanan tradisi Orang Melayu, Cina dan India. Jadi makanlah banyak sikit. Majlis juga akan diserikan lagi dengan nyanyian karaoke. Maaf, kami tak mampu untuk jemput bintang-bintang yang besar seperti Awie dan Mawi tapi kita ada jemput penyanyipenyanyi tempatan seperti Liew, Siang Hoi dan dan rakan-rakan. Tahun ini, buat kali pertama, kami juga adakan pertandingan pakaian tercantik. Jadi terima kasih kerana berpakaian cantik hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesuatu majlis makan belum dikira sempurna tanpa cabutan bertuah. Untuk ini, pihak malis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak/individu berikut atas sumbangan mereka. Antaranya ialah:

1. Pn Wong Mee Lee (Produk Tupperware bernilai RM100) 2. Pn Poh Lei Hiok (Wang Tunai RM100) 3. En Yeong Chop Choy (Wang Tunai RM100 + 2 produk elektrik) 4. Pn Daisy ( Produk Kosmetik bernilai RM190) 5. Pn Hakimah (RM200) 6. Kept Hong (RM) 7. Tn Pengetua(Hamper bernilai )

Semoga Tuhan memberkati kemurahan hati mereka!

Tidak ketinggalan juga sekalung budi untuk pengurusan Orchard Inn atas kerjasama yang diberi dan buat AJK KGKT yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis pada petang ini khasnya Pn Yong, Pn Haslinda dan Pn Ooi, jasamu akan sentiasa dikenang. Akhir kata,

TERIMA KASIH DAUN KELADI, PETANG INI MESTI HAPPY-HAPPY

Anda mungkin juga menyukai