Anda di halaman 1dari 1

KELAPA SAWIT

Kelapa sawit ialah sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya. Buah, tandan, batang, pelepah dan daunnya dapat digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan. Minyak isirung kelapa sawit dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan, misalnya marjerin. Marjerin mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan untuk kesihatan. Makanan lain yang dapat dihasilkan dengan menggunakan isirung kelapa sawit ialah aiskrim dan lemak makanan. Minyak isirung kelapa sawit juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai barangan bukan makanan seperti sabun, asid lemak dan minyak untuk menggerakkan enjin. Selain minyak isirung, tandan kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan makanan haiwan, bahan api, baja dan bahan semaian untuk cendawan. Batang pokok kelapa sawit pula dapat dijadikan perabot. Pokok yang tua dan dan tidak mengeluarkan buah ditebang, dihancurkan dan kemudian dijadikan papan yang bermutu. Papan tersebut digunakan untuk menghasilkan perabot yang unik. Batang kelapa sawit yang telah reput pula amat sesuai dijadikan baja organik. Ternyata bahawa kelapa sawit banyak memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu, pelaksanaan projek penamaan kelapa sawit secara besar-besaran di negara kita merupakan tindakan yang amat bijak.

Anda mungkin juga menyukai