Anda di halaman 1dari 36

KE ARAH PENJIMATAN MELALUI

PENGGUNA BERHEMAH

LATAR BELAKANG
Penjimatan utiliti adalah alternatif Kerajaan dalam usaha
menjimatkan perbelanjaan tahunan.
Kerajaan
telah
mengambil
keputusan
untuk
melaksanakan
11 langkah bagi mengurangkan
perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014 dalam
usaha untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih
berhemat pada tahun 2014.
Keputusan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana
Menteri pada 30 Disember 2013.

PENGERTIAN PENJIMATAN
TENAGA

Penjimatan tenaga adalah perbuatan atau hal


menjimatkan tenaga. Ia berkaitan dengan perihal
berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu.
Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara
cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan
elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan
cahaya matahari dan lain-lain.

RANTAIAN PENJIMATAN SUMBER


KEMPEN
PENJIMATAN
ELEKTRIK
KEMPEN
PENJIMATAN
AIR

PROJEK
PEMULIHARAAN
AIR

PENJIMATAN
SUMBER

PROJEK
KERETA
SOLAR

PROJEK
SOLAR
COOKER

KEMPEN KITAR
SEMULA

KEMPEN
PENJIMATAN
KERTAS

PERMULAAN PENJIMATAN
SUMBER TENAGA BERMULA
DARI RUMAH
Ramai di antara kita tidak perasan bahawa pembaziran
sumber tenaga seperti elektrik dan air paling kerap
berlaku di rumah. Maka langkah-langkah berkesan
berjimat hendaklah diterapkan kepada anak-anak dan
ahli keluarga ketika di rumah.
Didikan ini lebih baik di mana ahli keluarga menjadi
contoh kepada orang lain dalam isi rumah dalam
menonjolkan langkah penjimatan terbaik untuk
diamalkan bersama.

PERMULAAN PENJIMATAN
SEKTOR AWAM

PENJIMATAN SEKTOR AWAM


Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri
serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred
Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian,
jabatan, agensi dan premis kerajaan.
Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran
tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat
kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan
termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan
pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang
Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.

Samb

11 LANGKAH PENJIMATAN SEKTOR AWAM

Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk


penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta
penjawat awam.

Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk


penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.

Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan,


seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar,


mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.

Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan


premis.

Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan


mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di
institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

PENJIMATAN SEKTOR AWAM


Bagi terus meningkatkan kecekapan dan penjimatan
penggunaan tenaga elektrik, Kerajaan akan melaksanakan
audit tenaga dan memasang retrofit di bangunanbangunan kementerian.
Bagi tahun 2014, Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia,
Belia dan Sukan, Pertanian dan KPDNKK telah dikenalpasti
untuk pelaksanaan inisiatif ini.
Selain itu, Kerajaan akan memasang solar panel di
bumbung bangunan Kementerian-kementerian serta
menggantikan lampu sedia ada kepada lampu LED secara
berperingkat.

FAKTA TENAGA ELEKTRIK


Elektrik merupakan sumber utama tenaga dan kini dikelaskan sebagai
keperluan utama manusia. Permintaan bekalan elektrik negara
mencatatkan kenaikan sebanyak 6.1 peratus setahun.
Bekalan elektrik dijana melalui dua sumber utama iaitu:
i. Sumber yang boleh diperbaharui tidak akan kehabisan seperti air,
sinaran matahari dan angin.
ii. Sumber yang tidak boleh diperbaharui akan
hari nanti seperti gas, petrol dan arang batu.

kehabisan suatu

Di Malaysia, sumber utama untuk penjanaan kuasa elektrik melalui


sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah gas dan petrol iaitu sebanyak
60 peratus dan arang batu sebanyak 30 peratus. Sumber ini bukan sahaja
menyebabkan pencemaran alam sekitar malah akan lupus suatu hari nanti.

PENJIMATAN
PENGGUNAAN ELEKTRIK
Padamkan lampu atau penghawa dingin pada waktu rehat
atau apabila keluar dari pejabat untuk jangkawaktu yang
lama.
Asingkan litar lampu mengikut kedudukan bilik dan
susunan tempat kerja.
Laraskan suhu bilik antara 23C -25C.

Menjalankan penyelenggaraan berkala


peralatan atau pemasangan elektrik.

untuk

setiap

PENJIMATAN
PENGGUNAAN ELEKTRIK
Laraskan suhu untukChilled Water Supply bagi bangunan yang
menggunakan Sistem Hawa Dingin Berpusat. Laraskan suhu antara 8
C 10 C.
Setkan kedudukanSleep/Standby pada komputer atau peralatan
elektrik apabila tidak digunakan dalam jangka waktu singkat atau
matikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa lama.

Pastikan setiap sistem atau peralatan dijalankan mengikut kehendak


beban semasa (Chiller/ Cooling Tower, Pump, AHU, FCU dan lain-lain).
Hidupkan peralatan atau motor elektrik yang berkuasa tinggi dahulu
semasa memulakan operasi.

PENJIMATAN
PENGGUNAAN ELEKTRIK

Hidup dan matikan sistem penghawa dingin mengikut jadual


atau masa yang telah ditetapkan.
Periksa dan laraskan TIMER bagi semua lampu jalan dan lampu
limpah bagi setiap 3 bulan.
Semua lampu hiasan bangunan pejabat dipadamkan selepas jam
2.00 pagi.

PENJIMATAN
PENGGUNAAN ELEKTRIK

Memasang meter berasingan untuk lampu limpah daripada


meter bangunan.
Sediakan jadual pemeriksaan harian bagi memastikan
Power Factor Regulator atau Capacitor Bank beroperasi
dengan baik.

Pastikan pembayaran bil elektrik dibuat mengikut tarikh


yang tertera pada bil.

PENJIMATAN
PENGGUNAAN ELEKTRIK

Pengawal bertugas hendaklah memeriksa setiap


pejabat atau mana-mana bilik yang alat penghawa
dingin atau lampunya tidak dimatikan.
Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai
kemampuan Cekap Tenaga.

FAKTA MENGENAI AIR


Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.
Jumlah keseluruhan air di muka bumi ialah 344 juta kubik
batu air. 315 juta kubik batu air (93%) ialah air laut (air
masin).
Kita boleh hidup selama sebulan tanpa makanan tetapi
tanpa air, kita hanya boleh bertahan di antara 5 hingga 7
hari sahaja.
Badan manusia
kandungan air.

mengandungi

Otak manusia mengandungi 75% air.

65%

sehingga

70%

PENJIMATAN PENGGUNAAN AIR

Gunakan kepala paip jenis Tekan untuk sinki.

Memasang Orifice Plate di dalam paip air bagi menghadkan pengaliran yang
berlebihan.

Elakkan penyiraman pokok ketika musim hujan.

Elakkan penggunaan air untuk membersihkan longkang atau parit.

Lakukan pemeriksaan berkala bagi mengenalpasti sebarang kebocoran paip


bawah tanah.

Lakukan pemeriksaan berkala ke atas setiap tangki air, cooling tower dan semua
sistem bekalan air daripada sebarang tumpahan atau bocor.

Pamerkan nombor telefon juruteknik bertugas di setiap bilik air untuk tujuan
aduan kerosakan.

PENJIMATAN PENGGUNAAN AIR


Gunakan salur getah untuk tujuan menyiram pokok atau
cucian dengan muncung pengawal.
Masukkan 1 atau 2 botol air (500ml) berisi pasir ke dalam
Tangki Curahan (Flushing Tank).
Laraskan pengaliran air yang bersesuaian pada setiap
Urinal
Laraskan pengaliran air yang bersambung pada semua
Toilet Flush

PENJIMATAN DI PEJABAT:
PENGGUNAANTELEFON

Bahagikan setiap sambungan telefon pegawai / kakitangan kepada 4


kategori: A -Semua Panggilan (IDD), B -Luar (STD), C -Tempatan

(local), D Dalaman

Hadkan masa bagi setiap panggilan keluar mengikut kategori


sambungan.
Sediakan Laporan Bulanan Penggunaan Telefon mengikut nombor
sambungan.
Setiap Pegawai dan Kakitangan mestilah menggunakan sistem talian
ONCC bagi tujuan membuat panggilan ke Jabatan / Agensi yang
mempunyai sistem tersebut.
Rancang perkara yang hendak dibincangkan sebelum membuat
panggilan.

PENJIMATAN PENGGUNAAN
ALATAN PEJABAT

Gunakan kertas dengan mengambil kira konsep 3R Reduce, Reuse


and Recycle.
Sediakan buku catatan penggunaan mesin cetak dan rekod bagi setiap
penggunaan.
Sediakan pusat pengumpulan kertas terpakai untuk dijual sebagai
bahan kitar semula.
Mengelakkan penggunaan warna bagi setiap percetakan jika boleh.
Memanfaatkan sistem IT untuk sesuatu mesyuarat dan taklimat bagi
mengurangkan penggunaan kertas.
Mahir dalam penggunaan peralatan pejabat.
Sediakan satu prosedur kerja (SOP) bagi tujuan permohonan bagi
mendapatkan alatan pejabat.

PENJIMATAN PENGGUNAAN
KENDERAAN
Memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut had yang
telah ditetapkan.
Kurangkan berat atau bebanan kenderaan. Jangan bawa
barangan yang tidak perlu.
Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul.
Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Matikan enjin
kenderaan jika perlu menunggu melebihi 5 minit.
Matikan enjin kenderaan jika perlu menunggu melebihi 5
minit.
Jangan membrek secara mengejut.
Rancang perjalanan.
Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan

Samb

PENJIMATAN PENGGUNAAN
KENDERAAN

Isi bahan api pada waktu yang sesuai.

Lakukan penyelenggaraan atau servis bagi setiap kenderaan mengikut jadual.


SediakanKad Servis bagi setiap kenderaan.

Melaporkan penggunaan minyak bagi setiap kenderaan pada setiap bulan.

Tayar sepatutnya ditukarkan kedudukannya setiap 5,000 km hingga 8,000 km.


Cara Putaran Tayar .

Saiz tayar yang digunakan haruslah sesuai dengan keupayaan kenderaan.

Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan secara mingguan.

LANGKAH-LANGKAH
MEMUPUK AMALAN
BERJIMAT CERMAT
Peranan Ibu Bapa - menerapkan amalan berjimat cermat di kalangan
anak-anak.
Peranan Media Massa - mengadakan program yang berbentuk kempen
amalan berjimat cermat melalui media elektronik/cetak.

Peranan Kerajaan program berjimat cermat di kalangan masyarakat


melalui tv.

Peranan Pihak Sekolah - menjalankan aktiviti yang boleh menyemai


amalan berjimat cermat di kalangan pelajar.

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT
Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran
udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga. Lakukan Audit
tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul
di rumah dan pejabat.
kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan
elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki
daripada kompresor.
Tutup lampu pada waktu siang.

Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk


teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan
pemanasan kepada rumah.

Samb

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT
Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam
penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

Set kipas pada penghawa dingin kepada ON daripada AUTO.


Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam
bilik.
Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul
untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak
tenaga dan tutup/buka secara kerap.
Setkan suhu penghawa dingin di antara 24C hingga 26C,
rendah (24C) semasa cuaca panas dan tinggi (26C) pada musim
hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.

Samb

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT

Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk
menjimatkan tenaga.

Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan
tenaga yang kurang.

Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak
air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga.


Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang
besar

Samb

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT

Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan
kompresor berfungsi dengan baik.

30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama
untuk oven.

Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk
memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan
terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika
duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih
panas. Ini mengelakkan masa yang panjang untuk pemanasan semula

Samb

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT

Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali
mengikut saiz pembakar.

Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk
pakaian yang terlalu kotor sahaja.

Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari
yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan
mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

Samb

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT

Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50%
pengeluaran tenaga.

Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah
dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini,
terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah
ditutup.

Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak
buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah
kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup
semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana,
duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos melabur
dalam beberapa tahun.

Samb

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI


RUMAH DAN PEJABAT

Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding
alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar
dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji
daripada promoter.

Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang
lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

Jika peralatan elektrik melebihi 10 15 tahun, praktikkan penukaran semula


kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

Pastikan logo Energy Star" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan
persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan
peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

Jangan lupa untuk bertanyakan


penghantaran, dan kos pemasangan.

tentang

jaminan,

maklumat

servis,

FAEDAH PENJIMATAN SUMBER


TENAGA

Dengan penggunaan tenaga yang jimat


membantu menyelamatkan sumber sumber
tenaga semula jadi seperti gas asli, minyak
dan air dan juga membantu mengurangkan bil
utiliti.

FAKTA PENJIMATAN
Kerajaan Jimat RM400 Juta Hasil
Perbelanjaan Berhemat Sektor Awam KSN
Earth Hour- penjimatan elektrik 105
megawatts

FAEDAH PENJIMATAN
SEKTOR AWAM

Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM400 juta tahun


ini hasil pelaksanaan 11 langkah perbelanjaan berhemat sektor awam.
Lebih banyak dana dapat disalurkan dalam menaik taraf infrastruktur
seperti jalan raya di kampung-kampung.

Membolehkan lebih banyak pembangunan kawasan pelancongan


yang seterusnya memberi impak baik kepada ekonomi negeri

Petikan Artikel

Petikan Artikel
12 Mei 2014

Jimat tenaga satu jam


Tembok Besar China. Times Square di New York. Eiffel
Tower di Perancis. Semuanya bergelap buat seketika
sempena me-raikan Earth Hour pada 29 Mac lalu dalam
usaha melestarikan bumi.
Hanya sejam diperlukan untuk memadamkan lampu serta
peralatan elektrik yang tidak diperlukan dan dalam
tempoh 60 minit itu, 150 jam-megawatt dapat
dijimatkan, sekali gus mengurangkan pembebasan karbon
dioksida di udara.

Petikan Artikel

Anda mungkin juga menyukai