Anda di halaman 1dari 6

PK19 LAMPIRAN 2

KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN BAHASA
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
BAHASA ARAB

KELOLAAN
PANITIA BAHASA MELAYU
PANITIA BAHASA INGGERIS
PANITIA BAHASA ARAB

SK (L) JALAN PASAR 1


KUALA LUMPUR

2017

1
PK19 LAMPIRAN 2

1.0 PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai
semua kaum di Malaysia. Rata-rata masyarakat di negara ini
mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan
seharian secara formal atau pun tidak formal. Manakala Bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa semakin bertambah
penting bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga memainkan
peranan di dalam kalangan pelajar. Bahasa Arab pula merupakan bahasa alternatif yang
diperkenalkan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab mampu melahirkan murid yang berketrampilan dan
berwibawa di sekolah khususnya dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sehubungan dengan
itu, Panitia Bahasa SK (L) Jalan Pasar 1 akan menganjurkan program Bulan Bahasa bagi
Tahun 2017. Program ini melibatkan 3 panitia, iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa
Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Aktiviti yang berkaitan dengan bahasa akan dijalankan
sepanjang bulan Februari agar memberikan manfaat kepada semua warga sekolah.

2.0 MATLAMAT
Menyebarluas dan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab ke arah meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan dan
komunikasi.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 8 Februari 2017 28 Februari 2017
Masa : 7.30 pagi 1.30 petang (sepanjang waktu PdP)
Tempat : SK(L)JP1

4.0 SASARAN
Semua murid SK (L) Jalan Pasar 1.

5.0 OBJEKTIF
i. Memupuk dan mencari bakat-bakat baru untuk aktiviti bahasa.
ii. Mempromosi dan menyebarkan maklumat tentang bahasa dan budaya Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kepada warga SK (L) Jalan Pasar 1.
iii. Memperluaskan kemahiran bahasa dalam kalangan murid.
iv. Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti bahasa

2
PK19 LAMPIRAN 2

3
PK19 LAMPIRAN 2

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

Penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang


OUTPUT
lebih meyakinkan dalam pelaksanaan PdP dan kehidupan seharian.

Murid-murid terlibat secara aktif dan menyeluruh dalam semua aktiviti


OUTCOME
yang dijalankan sepanjang Program Bulan Bahasa.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
Kos seunit Jumlah
1 Hadiah (Bahasa Arab) RM 5.00 15 RM 75.00
2 Hadiah (Bahasa Melayu) RM 5.00 8 RM 40.00
3 Hadiah (Bahasa Inggeris) RM 5.00 8 RM 40.00
4 Bunting RM 15.00 1 RM 15.00

JUMLAH RM 170.00
Sumber : Akaun Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris & Panitia Bahasa Arab

8.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


Penasihat : Puan Nor Shafina binti Yasak Guru Besar SK (L) Jalan Pasar 1
Pengerusi : Encik Anif bin Abd Ghani GPK Tadbir & Kurikulum
Naib Pengerusi I : Encik Mohamad Rosidi bin Kahar GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II : Puan Hajah Rozimah binti Abu Nawar GPK Kokurikulum
Penyelaras : Encik Muhamad Zahir bin Abu Bakar
Setiausaha : Encik Nan Mustaqim bin Nan Azmie

8.1 Jawatankuasa Kerja Program


Panitia Bahasa Melayu
i. Encik Muhamad Zahir bin Abu Bakar
ii. Encik Nan Mustaqim bin Nan Azmie
iii. Encik Khairul Nazri bin Mohd Yatim
iv. Encik Muhamad Aris bin Samsudin

4
PK19 LAMPIRAN 2

Panitia Bahasa Inggeris


i. Puan Mary Ann a/p Napolean
ii. Puan Nursyahida binti Abdullah
iii. Puan Bibi Salmah binti Mohd Sahid
iv. Cik Siti Nur Afeefah binti Mohamad Nor (Guru Praktikal)
v. Cik Nurul Husna binti Abdul Halim (Guru Praktikal)

Panitia Bahasa Arab


i. Encik Mohamad Firdaus bin Abdul Hamid

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


i. Mesyuarat Panitia-panitia yang terlibat dengan Program Bulan Bahasa.
ii. Penyediaan kertas kerja Program Bulan Bahasa.
iii. Proses semakan dan pengesahan kertas kerja.
iv. Pelancaran Program Bulan Bahasa (8 Februari 2017)
v. Pelaksanaan program (10 Februari 2017 27 Februari 2017)
vi. Majlis Penutupan Program Bulan Bahasa (28 Februari 2017)
vii. Laporan dan dokumentasi.

9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH AKTIVITI
Bahasa Arab
13/2/2017 - 17/2/2017 i. Kuiz Tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6
ii. Nombor Tahun 1, 2, 3
Bahasa Arab
20/2/2017 24/2/2017 iii. Hiwar Tahun 4, 5, 6
iv. Silang kata Tahun 4, 5, 6
Bahasa Melayu
i. Pantun Tahap 1
ii. Sajak / Sajak Tahap 2
iii. Tahun 1 Cari perkataan
13/2/2017 17/2/2017 iv. Tahun 2 Kaya Kata
v. Tahun 3 Silang kata
vi. Tahun 4 Bina pantun
vii. Tahun 5 Kuiz peribahasa
viii. Tahun 6 Karangan (VLE Frog)
20/2/2017 24/2/2017 Bahasa Inggeris
i. Tahun 1 Nursery Rhymes
ii. Tahun 2 Trigle Words
iii. Tahun 3 Big Words Small Words
iv. Tahun 4 Alphabet Square
v. Tahun 5 Scrabble

5
PK19 LAMPIRAN 2

vi. Tahun 6 Short Story


vii. Tahap 1 Questions from movie
viii. Tahap 2 Questions from movie

Disediakan oleh,

(NAN MUSTAQIM BIN NAN AZMIE)


Setiausaha Program Bulan Bahasa

Tarikh: 2 Februari 2017

Ulasan :-

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

(NAMA & JAWATAN)

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai