Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS/MBMMBI


SMJK KATHOLIK, TG MALIM

1.0 PENDAHULUAN

Rentetan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI ) pada 8 Julai 2009, maka Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memeperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI ) telah mengambil tempat. Sejak sekian lama, Bahasa Melayu telah dianggap
sebagai lingua franca dan sesuai menjadi bahasa ilmu serta bahasa perpaduan ke arah melahirkan
Negara Bangsa berlandaskan prinsip 1Malaysia. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang amat perlu dikuasai oleh para pelajar supaya kelak mereka mampu bersaing sama
ada di peringkat nasional mahupun global. Justeru Dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh kerajaan
adalah amat relevan dan bertepatan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini dan pada
masa akan datang.

2.0 RASIONAL

Untuk mengelakkan’ Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, maka Dasar PPSMI
terpaksa dimansuh dan digantikan dengan dasar MBMMBI. Sementelahan pula, didapati tahap
penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masih rendah dan hal ini sangat
dipengaruhi oleh faktor latar belakang dan lokasi pelajar itu sendiri. Kekangan-kekangan yang dihadapi
dalam mencapai keberkesanan serta kejayaaan PPSMI menyerlahkan kepentingan penguasaan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang perlu lebih diberikan fokus oleh pelbagai pihak khususnya kerajaan.

3.0 TEMA

‘BAHASA MELAYU DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS DIKENDONG’

4.0 MATLAMAT

4.1 Menjadikan P&P Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang
menyeronokkan
4.2 Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran seperti membaca,
menulis, bertutur, kemahiran tatabahasa, kemahiran meneroka dan mencari maklumat.
4.3 Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM.
4.4 Menanam kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di samping tidak menolak
kepentingan Bahasa Inggeris.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Meningkatkan minat pelajar dalam P&P Komponen Sastera.
5.2 Mempelbagaikan aktiviti dalam P&P berpusatkan pelajar/ Akses kendiri.
5.3 Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P.
5.4 Menekankan asas-asas kemahiran sosial atau kemahiran berbahasa (back to basics).

6.0 TARIKH
Sepanjang sesi persekolahan 2017

7.0 TEMPAT
SMJK Khatolik, Tg Malim

8.0 SASARAN
Semua pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5
Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

9.0 KEWANGAN
Bergantung kepada keperluan program serta aktiviti yang dijalankan. Jika perlu, peruntukan
PCG Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan .

10.0 TENTATIF PROGRAM/ ORGANISASI


Sila Rujuk Lampiran

11.0 PENUTUP
Konklusinya, sebenarnya selama ini pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh Panitia
BM dan Panitia BI ke arah meningkatkan prestasi pelajar dalam kedua-dua bahasa tersebut.
Bezanya kini, segala aktiviti dan program berkenaan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan
Dasar MBMMBI dan sudah semestinya beberapa usaha pemurnian dan penambahbaikan
dijalankan agar segala aktiviti dan program yang dirancang mencapai sasaran dan matlamatnya.
Menjadi harapan juga agar segala aktiviti dan program yang direncanakan akan mendapat
sokongan padu semua pihak.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

…………………………… ………………………………
(CHE ROHANI BT AHMAD)
GKMP BAHASA/ SETIAUSAHA
PROGRAM MBMMBI

CARTA ORGANISASI MBMMBI 2017


Pengerusi/Pemangku
Pengetua
PN. DEVI A/P MANIAM

CHE ROHANI AHMAD


GKMP BHS/Setiausaha

CHE ROHANI AHMAD NOOR AZIAN BT AHMAD


KP/Penyelaras KP/Penyelaras
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

1.PN.HERNI SHAZRIN BT RAMLI 1.PN.NOOR AZIAN BT AHMAD


2.PN.NAZIRAH BT SHUKOR 2.EN. BHAG SING
3.PN.NAZIRAH BT ISHAK 3.PN. RAJSREE A/P MUNUSAMY
4.PN.ROSZAINI BT OMAR
5.PN.ROZLIANA BT REDZUAN
6.PN.NURLISA MAH BT ABDULLAH
7. PN. NON HAYATI BT SALIHIN

Program Memartabatkan Bahasa Malaysia 2017


Panitia Bahasa Melayu SMJK Katholik, Tg Malim
1. 0 PENDAHULUAN
Asas penting membina individu yang kritis, analitis, kreatif dan seimbang dalam
perkembangan mental dan emosi adalah kemahiran berbahasa. Lantaran itu, strategi
memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar sains dan matematik
di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran ( P&P) BM. Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM
pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti
yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa
pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Justeru bagi mencapai
matlamat itu, Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu merancang Program Memartabatkan
Bahasa Malaysia dengan menjalankan projek-projek mengikut tingkatan.

2.0 RASIONAL
2.1 Meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu.
2.2 Kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa merentas kurikulum perlu
dipertingkatkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.3 Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa utama negara yang
mampu menjadi wahana tinggi sesuatu bangsa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendapat kelulusan 90% dalam peperiksaan PT3 dan 95% peperiksaan SPM.

3.2 Pelajar dapat menggunakan sebutan baku dengan fasih dan lancar, jelas serta
mempunyai pengetahuan yang luas dan fikiran yang matang. Secara keseluruhan,

4.0 MATLAMAT
4.1 Meningkatkan pretasi pelajar ke tahap cemerlang khususnya dalam peperiksaan PT3
dan SPM
4.2 Menghasilkan pelajar yang mahir, cekap bebahasa serta mampu menggunakan bahasa
baku dengan berkesan ketika mengemukakan pendapat
daya kritis, analitis dan kreatif dalam lisan dan tulisan
4.3 Menghargai dan menghayati keindahan bahasa dalam kesusasteraan.

PROGRAM MBM
BAHAGIAN A:
BIL. TINGKATAN PROGRAM DICADANGKAN GURU TERLIBAT

1. PERALIHAN PROGRAM PEMULIHAN: 1.Pn. Nazirah Shukor


i. Pemulihan BM Peralihan
ii. Rakan BM
iii. Program Bacalah Sayang
iv. Fasih Bahasa

2. TINGKATAN PROGRAM INDAHNYA BAHASA: 1.Pn.Rozliana Redzuan


1 i. Projek Folio Peribahasa Semua guru BM Tingkatan 1
ii. Kata-kata Hikmah
iii. Shahiba
iv. Fasih Bahasa
v. Sudut Bermaklumat

3. TINGKATAN PROGRAM CAKNA TATABAHASA: 1.Pn.Roszaini bt Omar


2 i. Projek Mata Minda 2.Semua guru BM Tingkatan 2
[ Kesan Kesalahan Tata]
ii. Shahiba
iii. Fasih Bahasa
iv. Sudut Bermaklumat

4. TINGKATAN PROGRAM CAKNA TATABAHASA: 1.Pn Herni Shazrin bt Ramli


3 i. Projek Mata Minda 2.Semua guru BM Tingkatan 3
[ Kesan Kesalahan Tata]
ii. Folio Karangan
iii. Kata-kata Hikmah
iv. Kembara Bahasa
v. Fasih Bahasa
vi. Sudut Bermaklumat

5. TINGKATAN PROGRAM APRIASIASI BAHASA: Semua guru BM Tingkatan 4 &


4 i. Buku Skrap Isu-isu Semasa 5
& [ ADD & MDK ]
TINGKATAN ii. Modul Kerangka Karangan
5 iii. Sudut Bermaklumat
iv. Fasih Bahasa

BAHAGIAN B: [ SECARA UMUM ]

1. Siaran DJ Radio Sekolah;


i. Kupasan secara ringkas tema-tema tertentu berdasarkan Buku Teks
Bahasa Malaysia Tingkatan 4 & 5 oleh DJ yang bertugas pada waktu
rehat [ Isnin sehingga Jumaat; jam 10.30 pagi]
ii. Perkongsian Ungkapan atau Kata-kata Hikmah menerusi siaran DJ Radio
Sekolah.
iii. Slot “ Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul ”dipaparkan di blog
panitia.

2. Tapak perhimpunan pagi;


i. Syarahan
ii. Ulasan Buku BM
iii. Deklamasi Sajak
iv. Berpantun
v. Aktiviti Bulan Bahasa Melayu
vi. Mengenali Peribahasa Melayu
vii. Ulasan Buku BM
viii. Deklamasi Sajak
ix. Pidato
x. Ulasan Filem

3. Hari Bahasa Melayu (isnin) dan Hari Bahasa Inggeris (khamis)


i. Semua guru dan murid menggunakan Bahasa Melayu pada hari isnin.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

…………………………. ………………………..

(CHE ROHANI BT AHMAD)


KETUA PANITIA BM

Program Memartabatkan Bahasa Inggeris 2017

Panitia Bahasa Melayu SMJK Katholik, Tg Malim


1. 0 PENDAHULUAN
Asas penting membina individu yang kritis, analitis, kreatif dan seimbang dalam
perkembangan mental dan emosi adalah kemahiran berbahasa. Lantaran itu, strategi
memartabatkan BI melibatkan penggunaan BI sebagai bahasa pengantar kedua sains dan
matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap
pendekatan pengajaran dan pembelajaran ( P&P) BI. Mengukuhkan BI bermaksud meletakkan
BI pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua terpenting
di Malaysia dan peringkat antarabangsa.Justeru bagi mencapai matlamat itu, Panitia mata
pelajaran Bahasa Inggeris merancang Program Memperkukuhkan Bahasa Inggeris dengan
menjalankan projek-projek mengikut tingkatan.

2.0 RASIONAL
2.1 Meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
2.2 Kepentingan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua merentas kurikulum perlu
dipertingkatkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.3 Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa kedua negara yang
mampu menjadi wahana tinggi sesuatu bangsa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendapat kelulusan 70% dalam peperiksaan PT3 dan 80% peperiksaan SPM.

3.2 Pelajar dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan fasih dan lancer.

4.0 MATLAMAT
4.1 Meningkatkan pretasi pelajar ke tahap cemerlang khususnya dalam peperiksaan PT3
dan SPM
4.2 Menghasilkan pelajar yang mahir, cekap bebahasa serta mampu menggunakan bahasa
Inggeris dengan berkesan ketika mengemukakan pendapat
daya kritis, analitis dan kreatif dalam lisan dan tulisan

PANITIA BAHASA INGGERIS


SMJK KATHOLIK, TG MALIM
PROGRAM MBMMBI 2017
PROGRAM MBI

A.TAPAK PERHIMPUNAN PAGI;


i. Public Speaking
ii. Ulasan Buku BM
iii. Deklamasi Sajak
iv. Bercerita
v. Aktiviti Bulan Bahasa Inggeris
vi. Ulasan Buku BI
vii. Nyanyian lagu Bahasa Inggeris

B. HARI BAHASA INGGERIS (KHAMIS)


i. Semua guru dan murid menggunakan Bahasa Inggeris pada khamis.

C. LEARN A WORD A DAY

TEMPAT : Siaran Radio Khatolik


MASA : Jam 7.10 pagi / waktu rehat sesi petang
HARI : Setiap hari
SASARAN : Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5

Objektif : Meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris pelajar


Meningkatkan penggunaan perkataan dalam ayat

Pelaksanaan Aktiviti :
o Siaran dalam Radio sekolah
o Pelajar dihendaki menulis perkataan yang disiarkan dalam buku latihan
‘Grammar’
o Guru matapelajaran setiap kelas menjalankan latihan pengukuhan dalam
P&P

D. SPM IEC & PMR IEC PROGRAM(KUMPULAN CEMERLANG)

MASA : 1.30-2.30 PTG


HARI : SELASA(MINGGU GENAP)
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5SC, 5AK , 5PD, 3H, 3K, 3M
OBJEKTIF : Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan

Pelaksanaan Aktiviti : Latih-tubi berfokus pada kertas 1


(Directed & Continuous Writing, Literature component)
Latihan kertas soalan SPM/PT3
Teknik menjawab soalan

E. EIE PROGRAM (KUMPULAN LULUS)


MASA : 1.30-2.30 PTG
HARI : Khamis (MINGGU GANJIL)
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5 Sains, 5 Akaun, 5 Perdagangan, 3H,3K,3M
OBJEKTIF : Meningkatkan prestasi pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam
peperiksaan.

Pelaksanaan Aktiviti : Latih-tubi berfokus pada kertas 1 (Directed Writing)


Latihan kertas soalan SPM/PT3
Teknik menjawab soalan

F. NEWSPAPER-IN-EDUCATION

Sumber : New Straits Times & Berita Harian


Hari : setiap hari bagi (3 kelas yang baik)
Setiap hari Rabu (kelas yang sederhana & lemah)

Sasaran ; Tingkatan 1 hingga 5

Objektif : Memupuk minat membaca di kalangan pelajar


Meningkatan perbendaharaan pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris

Pelaksanaan Aktiviti:
 Pelajar melanggan suratkhabar
 Pelajar memilih dan membaca sebuah keratan akbar serta menampal dalam
buku Grammar dan mencari makna / membina ayat dengan perkataan yang
dipilih tersebut.
 Bagi pelajar yang mempunyai pengguasaan yang lebih tinggi, pelajar
meringkaskan keratan akbar tersebut.
 Guru memantau hasil kerja pelajar.
Disediakan oleh Disahkan oleh:

…………………………………………. ………………………………….
Pn. Noor Azian bt Ahmad
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
PN.ZAWIYAH MOHD CIK TAN JEE NGOH
KP/Penyelaras
Bahasa Inggeris

1.PN.JAMALIAH BT ABD KARIM 1.PN.MANJA BT MD DOLI/GPK PTG


2.EN.ZAKARIA B AHMAD 2.PN.TEE LEE LEE
3.PN.PUNITHA RAJINRAM 3.PN.KHUZAIMAH BT ZAKARIA
4.CIK NOR AZIZI BT MAHMOOD 4.PN.MAH KIM PENG
5.EN.KAMARUDIN B ABU BAKAR 5.PN.NOOR AINI BT MOHAMED
6.PN.ROSHAYA BT MOHAMEDSOHOR 6.PN.NORLELAWATI BT SALEH
7.EN.MOHD NOOR B MD ZAM 7.CIK KEE SIU HUI
8.PN.ZAIDA BT MD YASIN 8.PN. UMADEVI MARIAPPAN
9.PN.NORHAYATI BT AMADALDIN 9.PN.SHAFINA FARVEEN
10.EN.ZAHARI B JUSOH 10.PN.HAMIZILAWATI BT ISHAK
11.EN.MUHAMAD IZUAN B REJAB 11.CIK HO YIN MEI
12.EN.NORHISHAM B ZAINUDIN 12.CIK NOOR AISAH BT MOHD ROSDI
13.PN.DUZAIMAH BTKAMARUDIN/PK 13.CIK JOYCE TAN PEI YONG/PK
14.PN TN NOR AINI BT TN HARUN/PK 14.CIK NORHAFIZAH BT ISMAIL/PK

Anda mungkin juga menyukai