Anda di halaman 1dari 33

Penggunaan Dron Dalam Projek Lapangan

Asni Nor Rizwan Abdul Rani1 Mohd Khalid Bin Mohamad


Nasir2 Mohd Jasmy Bin Abd Rahman3
1,2,3 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
1asni7322@gmail.com,

2mdkhalid@ukm.edu.my

3mjas@ukm.edu.my

Pengenalan
Tidak dapat dinafikan kesan revolusi industri ke empat yang
berteraskan kecerdasan buatan telah merapatkan manusia dan
mesin. Dari sudut pendidikan tinggi, ini memerlukan
penggabungan pengajaran dan pembelajaran, kajian dan inovasi
antara disiplin di antara sains sosial dan juga teknologi (Bo Xing
2017).

Inisiatif menganjurkan program dron telah diadakan oleh pihak


fakulti tetapi persoalannya bagaimana pula dari sudut
pengetahuan dan minat pelajar-pelajar sendiri untuk
memasukkan penggunaan dron di dalam projek kajian
lapangan? Suatu aspek yang menarik untuk dikaji adalah dari
aspek jantina dimana di fakulti pendidikan UKM sendiri,
majoriti pelajarnya adalah terdiri dari perempuan (Fpend UKM
2018). Mereka bakal atau sedang menggalas tugas sebagai
pendidik yang seharusnya memasukkan elemen-elemen sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), bertepatan
dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-

1
2025 (pendidikan tinggi) di dalam pengajaran mereka. Dengan
mengambil kira faktor tersebut, adakah mereka seiringan
dengan lelaki dari sudut pengetahuan, minat mengendali dan
kecenderungan untuk menggunakan teknologi pesawat dron ?

Kajian Literatur
Apakah Pesawat Dron
Dron bermaksud suatu pesawat yang di kemudi dari jauh seperti
yang ditakrifkan oleh Civil Aviation Organization (CAO, 2018).
Dengan kata lain, tiada manusia yang menaiki dron untuk
mengemudinya. Dron ada pelbagai jenis dan nama berdasarkan
ciri-cirinya tetapi perbincangan tertumpu kepada dron berkipas
(impremedia.net 2018).

Binaan Dron Berkipas


Dron mengaplikasikan teknologi UAV (Unmanned aerial
vehicle) yang semakin maju untuk berfungsi. Teknologi UAV
meliputi aspek aerodinamik, pembinaan sehingga kepada
komponen eletronik dan perisian (oscarliang.com 2018).

Dron biasanya akan dibina menggunakan bahan yang ringan


bergantung kepada kos pembuatannya seperti gentian karbon,
gentian kaca, plastik ABS dan sebagainya dengan objektif
menghasilkan dron yang lebih laju, teguh dan mudah
diterbangkan. Otak kepada dron digelar pengawal penerbangan
atau Flight Controller (FC) yang bertanggungjawab memproses
input-input dari perkakasan lain seperti pengawal kelajuan

2
eletronik atau Electronic Speed Controller (ESC), GPS dan
sebagainya (oscarliang.com 2018).

Gambar 1. Bahagian-bahagian dron.Sumber:getfpv.com (2018)

Terdapat pelbagai jenis dron dan ia diklasifikasikan pertamanya


menurut saiz (nano, mikro, mini, mid, large) yang diukur
berdasarkan jarak motor ke motor yang bersilang
(oscarliang.com 2018).

3
Gambar 2. Penentuan saiz pesawat dron. Sumber: oscarliang.com 2018

Kedua, dron diklasifikasikan menurut bilangan kipas sama ada


tricopter yang mempunyai 3 kipas , quadcopter yang
mempunyai 4 kipas, hexacopter 6 kipas and octocopter 8 kipas
(impremedia.net 2018).

Gambar 3. Bilangan kipas pesawat dron. Sumber: impremedia.net 2018

4
Dron dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini dan
dikendalikan dengan alat kawalan jauh menggunakan frekuensi
radio 2.4 GHz. Pada asasnya alat kawalan jauh berupaya
mengawal kelajuan (throttle), merewang pada paksi Y (yaw),
menggoleng pada paksi X (roll) dan menganggul pada paksi Z
(pitch) di samping kawalan-kawalan tambahan yang lain
(Dronefly 2018).

Gambar 4 Alat Kawalan Pesawat dron. Sumber: dronnodes.com(2018)

Kelengkapan Teknologi Dron


GPS (global positioning system) dan kompas berupaya
menetapkan kedudukan dan arah semasa di udara. Ia amat
berguna untuk tugas-tugas pembuatan peta, fotografi udara
serta membantu tugas-tugas mencari dan menyelamat. Ia juga
membolehkan dron pulang ke lokasi mula pelancaran (return to
home) secara otomatik semasa diarah oleh pengemudi jika

5
hampir kehabisan kuasa bateri atau terputusnya isyarat radio
alat kawalan jauh (Dronefly 2018).

Gyro penstabil pula menstabilkan penerbangan dron dengan


bertindakbalas terhadap daya yang bertindak ke atasnya,
sebagai contoh tiupan angin dan memberikan langkah
pembetulan haluan dron. Teknologi telemetri pula
membenarkan parameter dron seperti baki kuasa bateri, altitud,
arah dan sebagainya dipantau oleh pengemudi dron dari jauh
(Dronefly 2018).

Transmissi video pandangan orang pertama atau first person


view (FPV) berupaya memberikan pengemudi pandangan
seolah-olah berada di dalam dron. Teknologi terkini pula
membenarkan dron dikawal dengan telefon pintar melalui
perisian khas yang di muat turun dari internet (Dronefly 2018).

Camera definisi tinggi atau HD juga sering dipasang pada dron


untuk perfileman atau fotografi arial. Ada juga yang berupaya
untuk mengarahkan pandangan lensa ke arah objek tertentu
dengan fungsi PTZ (pan, tilt, zoom). Pelbagai pengesan seperti
barometer untuk menyukat ketinggian, sonar untuk mengelak
halangan juga dipasang untuk meningkatkan lagi kebolehan
sesuatu dron (Dronefly 2018).

6
Gambar 5. Aksesori Pesawat dron. Sumber: wise.ece.cmu.edu(2018)

Pengetahuan, Minat dan Kesediaan Menggunakan


Teknologi
Suatu jurnal yang bertajuk Technology Knowledge and Use: A
Survey of Science Educators (Odom 2002) membicarakan
mengenai pengetahuan teknologi. Pada masa tersebut, terdapat
perbezaan min yang signifikan antara pengetahuan sedia ada
dan pengetahuan yang sepatutnya ada yang bermakud tahap
pengetahuan sains atau teknologi masih tidak membanggakan
walaupun di negara maju. Ia dijalankan di kalangan Persatuan
Pendidikan Guru Sains Amerika Syarikat. Dari aspek di
Malaysia pula, adakah setelah lebih sedekad kajian ini di
lakukan pelajar siswazah di fakulti pendidikan UKM yang
majoritinya adalah pendidik masih berada pada tahap kurang

7
berpengetahuan atau mereka telah peka mengenai pengetahuan
teknologi masa kini?

Kesediaan menggunakan teknologi merujuk kepada


kesanggupan manusia untuk mendukung dan menggunakannya
untuk mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupan dunia dan
kerja (Parasuraman 2000). Ia adalah kombinasi kepercayaan
positif dan negatif yang diukur dengan empat dimensi iaitu
optimisme, kecenderungan inovatif, ketidakselesaan dan
ketidakselamatan. Secara kolektifnya, ia menentukan kesediaan
manusia menggunakan sesuatu teknologi (Parasuraman & Colby
2001).

Gambarajah 1. Technology Readiness Factors

8
Peratusan Pengalaman Teknikal antara Lelaki dan
Perempuan
Suatu kajian telah dijalan di kalangan lembaga pengarah lelaki
dan perempuan dari pelbagai negara (Zarya 2016). Secara
keseluruhan, 16% perempuan mempunyai pengalaman teknikal
berbanding 9% lelaki. Ini menunjukkan perempuan semakin
cenderung terhadap bidang teknikal atau teknologi. Adakah
fenomena kecenderungan pengetahuan teknikal atau teknologi
di kalangan perempuan ini berlaku di kalangan pelajar siswazah
di fakulti pendidikan UKM?

Jadual 1. Pengalaman Teknologi antara Jantina. Sumber: Accenture (2016)

Peningkatan Minat Pelajar Perempuan kepada


Teknologi
Menurut Abby Young-Powell (2014), terdapat peningkatan
dalam minat terhadap STEM oleh perempuan berbanding lelaki
9
tingkatan 6 pada 7 tahun kebelakangan ini sehingga 2013.
Kajiselidik 150 soalan dijalankan oleh Cambridge Occupational
Analysts (COA, 2013) di Britain. Adakah fenomena ini menular
di Malaysia juga?

Jadual 2 Seven Years Until 2013 Cambridge Occupational Analyst Result


% change
Subject % change male
female

Civil engineering 5% 10%

Electric/electronic
13% 27%
engineering
Mechanical engineering 10% 18%

Combined sciences 11% 19%

Chemical technologies 8% 11%

Biochemistry 12% 14%

Chemistry 7% 9%

Biological technologies 8% 10%

Chemical engineering 6% 9%

Physics 14% 14%

Peningkatan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Pesawat


Dron
Menurut Kelly(2017), suatu laporan oleh Association for
Unmanned Vehicle Systems International menjangkakan lebih
dari 100,000 pekerjaan baru dalam bidang pesawat dron bakal
diwujudkan menjelang 2025. Pricewaterhouse Coopers
menyatakan secara globalnya, pada tahun 2016 nilai yang
10
dilaburkan ke arah penggunaan dron secara komersial boleh
mencapai seratus dua puluh juta dolar Amerika menjelang
2020.

Jurang Bilangan Juruterbang Dron Lelaki dan


Perempuan

Gambarajah 2 Jurang Bilangan Juruterbang Dron Berlesen Lelaki dan


Perempuan

Menurut FAA (2016) atau Federal Aviation Administration,


kurang dari 4 peratus perempuan adalah pemegang lesen
juruterbang dron kawalan jauh dikeluarkan dari Ogos hingga
Disember 2016 di Amerika Syarikat. Fakta ini menguatkan lagi
kajian ini untuk melihat sejauh mana jurang minat terhadap
dron di Malaysia secara amnya dan fakulti pendidikan secara
khasnya.
11
Bersandarkan kepada fakta-fakta yang telah dikemukakan,
objektif kajian ini adalah

i. Mengenalpasti peratusan pelajar-pelajar siswazah di fakulti


pendidikan UKM yang mengetahui mengenai dron,
pengetahuan keupayaannya, minat mengendali serta
menggunakan pesawat dron di dalam kajian lapangan.

ii. Membandingkan di antara jantina pelajar-pelajar siswazah


di fakulti pendidikan UKM dari dimensi pengetahuan
mengenai dron.

iii. Membandingkan di antara jantina pelajar-pelajar siswazah


di fakulti pendidikan UKM dari dimensi minat terhadap
dron.

iv. Melihat perkaitan antara dimensi pengetahuan dan minat


untuk keseluruhan responden.

Persoalan kajian
i. Apakah tahap pengetahuan, minat mengendali serta
menggunakan dron di dalam kajian lapangan pelajar-pelajar
siswazah fakulti pendidikan UKM ?

12
ii. Adakah terdapat perbezaan dari dimensi pengetahuan
mengenai dron antara jantina pelajar-pelajar siswazah di fakulti
pendidikan UKM?

iii. Adakah terdapat perbezaan dari dimensi minat mengenai


dron antara jantina pelajar-pelajar siswazah di fakulti
pendidikan UKM?

iv. Adakah wujud perkaitan di antara dimensi pengetahuan


dan minat untuk keselurahan responden ?

Metodologi
Kajian dijalankan di fakulti pendidikan UKM kerana fakulti ini
telah mengambil inisiatif ke arah menyuntik elemen revolusi
industri ke empat ke dalam pendidikan (4IR@Fpend) dan salah
satunya adalah penggunaan dron dalam pendidikan (dronagogy)
melalui program drons@Fpend, 2018.

Sampel terdiri dari pelajar siswazah UKM peringkat master dan


PhD pelbagai semester dari fakulti pendidikan UKM. Penyelidik
telah memilih kumpulan rasmi Telegram Official Siswazah
FPEND dengan populasi seramai 643 orang dan menghantar
pautan soalan kajian. Dengan menghantar pautan 2 kali sehari
selama 7 hari ke kumpulan whatsapp berkenaan, penyelidik
berjaya mendapat 70 responden yang terdiri dari 29 orang lelaki
dan 41 orang perempuan.

13
Soalan kajian yang digunakan oleh Rezal (2009) dalam
mengukur tahap pengetahuan dan minat pelajar Universiti
Malaysia Perlis terhadap bidang keusahawanan telah digunakan.
Ia diubahsuai kepada aspek pengetahuan dan minat teknologi
dron secara khusus.

Disebabkan pengubahsuaian tersebut, kesahihan soalan-soalan


telah dibuat oleh seorang guru Bahasa Melayu untuk
memastikan maksud soalan-soalan kajian difahami oleh
responden demi mengutip data-data dari dimensi pengetahuan
dan minat.

Soalan kajian tersebut dibina menggunakan google form dan


diedarkan secara atas talian melalui WhatsApp dan Telegram
supaya dapat dijawab terus melalui telefon pintar.

Demografi
Pengetahuan
Minat Tahap Penerimaan
dan Perbandingan
Gender Pelajar
Siswazah Terhadap
Pesawat Dron

Gambarajah 3. Tiga Aspek yang diuji di dalam kajian

Ianya terdiri dari 13 item yang mengumpul maklumat


demografi, dimensi pengetahuan dan dimensi minat. Empat
14
soalan pertama merekod data demografi responden yakni emel
pelajar, ke dua jantina, ke tiga bilangan semester dan seterusnya
peringkat pengajian. Tujuan emel pelajar diambil adalah untuk
meningkatkan kebolehpercayaan dengan mengelak pelajar
menjawab lebih dari satu kali. Tambahan pula maklumat emel
amat penting untuk berhubung semula kepada pelajar untuk
promosi berkenaan dron di Fakulti Pendidikan di masa akan
datang. Soalan 5 soalan hingga 9 adalah berkaitan dengan
pengetahuan mengenai pesawat dron. Soalan 10 hingga ke
mengukur minat mempelajari dan menggunakannya dalam
projek lapangan.

Soalan 1 hingga 4 adalah bersifat demografi. Soalan 5 hingga 9


pula mengukur aspek pengetahuan. Disebabkan soalan-
soalannya adalah amat mudah dan tidak abstrak, maka skala
Likert unipolar dengan 5 mata dengan tiada pilihan neutral
telah digunakan untuk mengelakkan responden yang tidak
mempunyai pendirian (John 2005). Skalanya adalah amat tahu
bernilai 5, tahu bernilai 4, sedikit tahu bernilai 3, tidak tahu
bernilai 2 dan amat tidak tahu bernilai 1. Untuk soalan 10 hingga
13 yang digunakan untuk mengukur dimensi minat, skalanya
adalah amat minat bernilai 5, minat bernilai 4, sedikit minat
bernilai 3, tidak minat bernilai 2 dan amat tidak minat bernilai
1. Jawapan extreme dengan kata kunci ‘amat’ adalah untuk
menapis mereka yang benar-benar berminat dengan dron
sebagai peserta projek seterusnya.

15
Dapatan
Untuk menguji kebolehpercayaan dalaman soalan kajian, suatu
kajian rintis telah diadakan. Johanson dan Brooks (2010)
mencadangkan bilangan minimum responden seramai 30 orang
diuji . Hasil ujian mendapati nilai alpha untuk keseluruhannya
adalah di antara 0.75 hingga 0.86. Cronbach Alpha dengan nilai
melebihi 0.70 adalah dianggap baik (Keith 2017).

Pembolehubah Bilangan Item Cronbach's Alpha


(skala)
Dimensi Pengetahuan 5 0.75
Dimensi Minat 4 0.86

Dari aspek statistik deskriptif , penyelidik telah meneliti setiap


soalan untuk mengetahui mengenai aspek demografi dan
peratusan pelajar -pelajar siswazah yang mengetahui mengenai
dron serta keupayaannya. Dapatan juga menghasilkan
peratusan pelajar siswazah yang berminat untuk mengendali
dan menggunakannya untuk memperkasa kajian lapangan
mereka. Penelitian tersebut menjawab persoalan kajian 1 (RQ1)
iaitu apakah tahap pengetahuan, minat mengendali serta
menggunakan dron di dalam kajian lapangan pelajar-pelajar
siswazah fakulti pendidikan UKM.

Dari aspek statistik inferensi, perisian SPSS versi 22 digunakan


untuk membantu menjawab persoalan kaji 2 (RQ2), 3 (RQ3)

16
dan 4 (RQ4) yang di olah untuk membentuk 3 hipotesis nol
iaitu:

Ho1: tidak terdapat perbezaan signifikan antara jantina dengan


dimensi pengetahuan mengenai dron.

Ho2: tidak terdapat perbezaan signifikan antara jantina dengan


dimensi minat terhadap dron.

Ho3: tidak terdapat korelasi antara dimensi pengetahuan


dengan dimensi minat mengenai dron.

Untuk Ho1 dan Ho2, ujian T 2 sampel bebas telah dijalankan


dengan memastikan kesemua andaian dipenuhi. Pertama, nilai
ujian pencungan (skewness) untuk dimensi pengetahuan adalah
.292 manakala untuk dimensi minat adalah -0.217 setelah 2
outliers disingkirkan. Menurut Bulmer(1979), taburan adalah
dianggap normal jika nilai pencungan adalah di antara -1 hingga
1.

Kedua, 70 orang sampel mempunyai peluang yang sama untuk


menjawab soalan yang diposkan ke dalam kumpulan. Ketiga,
pemerhatian adalah bebas di antara sampel-sampel dan ke
empat, berdasarkan ujian Levene, data adalah bersifat homogen.

Untuk Ho3 pula, ujian korelasi Pearson telah dilakukan untuk


melihat perkaitan antara dimensi pengetahuan dan minat.

17
Jadual 2. Dapatan Demogarafi, Dimensi Pengetahuan dan Minat
A. Demografi
Item Faktor Kategori Kekerapan Peratusan (%)
1 Emel Tidak Berkenaan Tidak Berkenaan Tidak Berkenaan
2 Jantina Lelaki 29 41
Perempuan 41 59
3 Semester 1 43 61
2 12 17
3 9 13
4 dan ke atas 6 9
4 Peringkat Pengajian Master 65 93
PHD 5 7

18
B. Dimensi Pengetahuan

Item Soalan Min Amat Tahu(%) Sedikit Tidak Amat tidak


(Nilai 1-5) Tahu(%) Tahu(%) Tahu(%) tahu(%)
5 Saya tahu apakah 3.83 11 60 29 0 0
pesawat dron.
6 Saya tahu mengenai 3.73 9 51 36 4 0
keupayaan dron.
7 Saya tahu dron boleh 4.47 50 46 3 1 0
mengambil FOTO.
dari pandangan udara
8 Saya tahu dron boleh 4.46 49 47 3 1 0
mengambil VIDEO
dari pandangan
udara.
9 Saya tahu dron boleh 4.04 23 56 10 9 3
mengangkat
peralatan ringan.
Nilai Skala Amat Tahu=5, Tahu=4, Sedikit Tahu=3, Tidak Tahu=2, Amat Tidak Tahu=1

19
C. Dimensi Minat
Item Soalan Min Amat Minat Sedikit Tidak Amat tidak
(Nilai 1- Minat (%) (%) Minat(%) Minat(%) Minat(%)
5)
10 Saya minat belajar 4.37 50 36 13 1 0
menggunakan dron
11 Saya minat 4.27 37 51 10 1 0
menggunakan dron
untuk mengambil
FOTO dari pandangan
udara untuk projek
lapangan saya.
12 Saya minat 4.29 37 53 9 1 0
menggunakan dron
untuk mengambil
VIDEO dari
pandangan udara
untuk projek lapangan.
13 Saya minat 4.11 27 51 16 6 0
menggunakan dron
untuk mengangkat
peralatan ringan untuk
projek lapangan saya.
Nilai Skala Amat Minat=5, Minat=4, Sedikit Minat=3, Tidak Minat=2, Amat Tidak Minat=1

20
Dari data yang diperolehi, didapati 41% terdiri dari responden
lelaki manakala 59% adalah perempuan. Majoriti adalah dari
semester pertama pengajian siswazah yakni sebanyak 61%
manakala selebihnya adalah 17% semester ke dua, 13% semester
ke tiga dan selebih semester 4 dan ke atas pada 9%. Kebanyakan
responden adalah pelajar master pada 93% manakala 7%
merupakan pelajar PhD.

Untuk item 5, sebanyak 11% amat mengetahui mengenai


pesawat dron, 60% mengetahui mengenai pesawat dron dan
29% mengetahui sedikit mengenainya. Pada keseluruhannya
atau 100 % kesemua tahu apa itu pesawat dron walaupun sedikit
sahaja.

Seterusnya untuk item 6 dari aspek pengetahuan keupayaan


pesawat dron, sebanyak 9% amat mengetahui keupayaannya,
51% mengetahui keupayaannya dan 36% mengetahui sedikit
mengenainya. Pada keseluruhannya sebanyak 96% tahu
keupayaan pesawat dron berbanding hanya 4% tidak
mengetahuinya .

Untuk item 7, sebanyak 50% amat tahu , 46% tahu dan 3%


mengetahui sedikit pesawat dron boleh mengambil foto dari
pandangan udara. Pada keseluruhannya sebanyak 99%
mengetahui pesawat dron boleh mengambil foto dari pandangan
berbanding hanya 1% tidak mengetahuinya.

21
Seterusnya untuk item 8 dari aspek pesawat dron boleh
mengambil video dari pandangan udara, sebanyak 49% amat
mengetahuinya, 47% mengetahuinya dan 3% mengetahui sedikit
mengenainya. Pada keseluruhannya sebanyak 99%
mengetahuinya berbanding hanya 1% tidak mengetahuinya.

Untuk item 9 dimana pesawat dron boleh digunakan untuk


mengangkat peralatan ringan, sebanyak 21% amat tahu, 51%
mengetahui dan 13% sedikit mengetahui. Pada keseluruhannya
sebanyak 85 % tahu pesawat dron boleh mengangkat peralatan
ringan berbanding hanya 15 % tidak mengetahuinya.

Seterusnya untuk item 10 dari aspek minat mempelajari


menggunakan pesawat dron sebanyak 23% amat minat
mempelajarinya, 56% minat mempelajarinya dan 10% sedikit
minat mempelajarinya. Pada keseluruhannya sebanyak 88%
minat mempelajarinya berbanding 12% tidak minat
mempelajarinya.

Untuk item 11 dari aspek minat menggunakan dron untuk


memgambil foto dari udara , sebanyak 37% amat minat, 51%
minat dan 10% sedikit minat. Pada keseluruhannya sebanyak
99% mempunyai minat berbanding hanya 1% tidak minat
menggunakannya.

Seterusnya untuk item 12 dari aspek minat menggunakan dron


untuk mengambil video dari udara, sebanyak 37% amat minat,

22
53% minat dan 9% sedikit minat. Pada keseluruhannya
sebanyak 99% mempunyai minat berbanding hanya 1% tidak
minat menggunakannya.

Untuk item 13 dari aspek minat menggunakan dron untuk


mengangkat peralatan ringan, sebanyak 27% amat minat, 51%
minat dan 16% sedikit minat. Pada keseluruhannya sebanyak
94% mempunyai minat berbanding hanya 6% tidak minat
menggunakannya.

RQ1: Pengiraan peratusan dari item 5 soalan kajian mendapati


100% atau kesemua 70 responden mempunyai pengetahuan
mengenai dron. Peratusan dari item 10 soalan kajian mendapati
99% berminat mengenai pesawat dron.

RQ2: Ujian-t dua sampel tidak bersandar dijalankan dalam


menentukan perbezaan pengetahuan mengenai dron antara
jantina. Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan untuk kadar pengetahuan antara lelaki (M =
4.21) dan perempuan (M = 4.02) dengan t (68) = 1.75; p >.05.
[95% CI=-.03 hingga .40], maka dapatan gagal menolak Ho1.

RQ3 :Ujian-t dua sampel tidak bersandar dijalankan dalam


menentukan perbezaan minat mengenai dron antara jantina .
Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan untuk kadar minat antara lelaki (M = 4.25) dan

23
perempuan (M = 4.27) dengan t (68)=-.14; p >.05.[95% CI= -.28
hingga .24], maka dapatan gagal menolak Ho2.

RQ4: Ujian korelasi Pearson dijalankan untuk melihat perkaitan


antara dimensi pengetahuan dan minat. Terdapat korelasi yang
signifikan di antara pengetahuan dengan minat, r (70) = .34,
p <.001. Maka dapatan gagal menolak Ho3.

Jadual 5 Scatter Plot Pengetahuan Dengan Minat

24
Perbincangan
Hasil dari statistik deskriptif menunjukkan dari aspek
pengetahuan, hampir kesemua responden mempunyai
pengetahuan dan mengetahui keupayaan pesawat dron
walaupun sedikit. Ini adalah suatu petanda bahawa pelajar-
pelajar mengambil peduli dengan perkembangan teknologi masa
kini. Mereka ini berpontensi untuk menggunakan dron dalam
projek lapangan semasa belajar dan seterusnya menggunakan
dron semasa mengajar di sekolah kelak dengan diberi
peruntukan kewangan, motivasi dan pengetahuan potensi
sebenar dron.

Penyelidik hanya menguji pengetahuan dari aspek kebolehan


lazim dron iaitu mengambil foto, video dan mengangkat
peralatan ringan tetapi dron sebenarnya boleh digunakan untuk
perkara yang lain. Jika dilihat dari dapatan, responden yang
amat mengetahui pesawat dron boleh mengangkat peralatan
ringan lebih sedikit (23%) dari mereka yang mengetahui dron
boleh mengambil foto (50%) dan video (49%). Ini menunjukkan
masih sedikit yang benar-benar mengetahui dron berupaya
mengangkat peralatan.

Harus diingatkan ia bukan bermaksud semata-mata mengangat


peralatan dari satu lokasi ke suatu lokasi seumpama
pengangkut. Ianya lebih kepada, misalnya dalam projek
lapangan sains, pemetaan, kajian cuaca dan alam sekitar, dron
yang dilengkapi dengan sistem telemetri boleh membawa

25
peralatan GPS atau sensor-sensor untuk mengetahui koordinat
sesuatu lokasi, mengukur tekanan, suhu, kelajuan angin,
kelembapan di altitud tertentu. Ini menguatkan lagi potensi
dron untuk memperkasakan lagi kajian-kajian lapangan sains
dan teknologi. Peralatan-peralatan bersesuaian yang boleh
dibawa oleh pesawat dron adalah pelbagai dan memerlukan
kreativiti dalam penggunaannya.

Dari aspek minat pula, majoriti berminat untuk mempelajari


dron dan menggunakannya dalam projek lapangan. Statistik ini
harus di ambil peduli oleh fakulti pendidikan UKM dengan
penganjuran lebih kerap bengkel pengendalian pesawat dron
dan promosi juga harus lebih agresif.

Suatu insiden berlaku semasa upacara pelancaran hari inovasi


fakulti pendidikan(2017) di mana dron milik fakulti telah jatuh.
Ini adalah kerana pengemudi dron yang menggantikan
pengemudi utama kurang mahir kerana jarang mengendalikan
dron. Dengan cadangan program pengendali dron mahir untuk
pelajar-pelajar yang amat berminat untuk mempelajarinya, ia
dapat mengatasi masalah di atas malahan mengoptimumkan
lagi penggunaan dron-dron milik fakulti pendidikan.

Penyelidik mengakui dron-dron kepunyaan fakulti pendidikan


agak mahal dan minat sahaja tanpa kemahiran bukan suatu
justifikasi untuk membenarkan pelajar-pelajar sewenang-
wenangnya mengendalikannya untuk kajian mereka. Ini

26
membataskan penggunaannya kepada upacara-upacara rasmi
dan dikendali oleh beberapa pengendali yang terhad
bilangannya. Penganjuran kursus pengendalian dron pula
memerlukan tenaga penganjur dan sumber kepakaran yang agak
terhad.

Hasil dari kajian ini menunjukkan terdapat golongan pelajar


siswazah yang mempunyai pengetahuan dan minat yang amat
mendalam (kategori amat tahu dan amat minat) di mana
bengkel atau kursus boleh disasarkan kepada golongan ini untuk
melatih pengendali dron yang mahir.

Mereka boleh dijadikan lapisan pertama menyertai kursus


penganjuran program dan pengemudi dron yang mahir dalam
program train the trainer yang akan mengajarkannya kembali
kepada-pelajar lain yang berminat. Pengajar program pula
terdiri dari pensyarah dan pengendali dron profesional.
Program ini bukan sahaja terhad kepada pelajar fakulti
pendidikan, malahan kepada sesiapa yang berminat.

Namun, tumpuan bengkel pengendalian pesawat dron harus


diberikan kepada pelajar-pelajar yang amat berminat iaitu
hampir 50% dengan menghantar emel jemputan ke bengkel
pengendalian kepada golongan ini yang telah kutip dari kajian
ini. Disebabkan minat yang mendalam dari golongan ini,
kandungan bengkel pula haruslah lebih menyeluruh seperti

27
kandungan kursus Quadcopter Flight School
(quadcopter101.blogspot.com)

Setelah terdapat sekumpulan tenaga mahir dalam pengendalian


dron, perkhidmatan boleh diberi kepada pelajar-pelajar yang
berminat untuk menggunakannya dalam projek lapangan
mereka tetapi tidak mahu mengendalikannya. Ia boleh
ditawarkan bukan sahaja kepada fakulti lain, malahan kepada
pihak luar dalam sebagai contoh projek-projek fotografi,
videografi, pemetaan dan pencerapan. Fakulti pendidikan UKM
bukan sahaja akan dikenali sebagai pusat kecemerlangan
dronogogy malahan dapat menjana sumber kewangan.

Dari sudut analisa inferensi pula, keseluruhan kajian


menunjukkan tahap pengetahuan dan minat yang sama baik
dari lelaki mahupun perempuan terhadap pesawat dron. Ini
menunjukkan kajian yang dibuat oleh Cambridge Occupational
Analysts (COA, 2013) di Britain yang menyaksikan peningkatan
minat wanita terhadap teknologi juga sedikit sebanyak menular
di Malaysia. Dengan kata lain, ketika ini perempuan makin
berminat dengan teknologi , seiringan dengan lelaki. Persepsi
wanita tidak berupaya atau tidak berminat harus dibuang.
Mereka tidak harus dipinggirkan dalam teknologi dron, malahan
boleh dilatih untuk menjadi pengendali dron.

Perbandingan di antara dimensi pengetahuan dan minat pula


menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara kedua-dua

28
dimensi tersebut. Walaupun bukan suatu penyebab atau
konklusi kerana kemungkinan faktor-faktor lain yang tidak di
ambil kira, ia adalah suatu petunjuk di mana pengetahuan
sedikit sebanyak menjana minat untuk mengendali dan
menggunakan dron. Apa yang lebih penting bagaimanakah
pengetahuan tersebut boleh dijadikan landasan untuk
mencetuskan minat. Ia boleh dilakukan dengan menganjurkan
program-program motivasi penggunaan yang lebih agresif
dengan contoh-contoh yang lebih innovatif, bukan terhad
kepada keupayaan dron dalam mengambil foto dan video sahaja.
Program-program dron juga haruslah lebih praktikal (hands on)
dan bukan sekadar memperkenalkannya kerana majoriti
pelajar-pelajar telah mengenali dron.

Penutup
Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan dan minat pesawat
dron di kalangan pelajar siswazah mewajarkan pihak fakulti
pendidikan UKM untuk mengambil langkah yang lebih proaktif
demi mengoptimumkan penggunaan dron milik fakulti. Majoriti
pelajar dari kalangan perempuan bukanlah suatu kekangan
kerana mereka juga seiring dengan lelaki dalam minat
mengendalikan dron.

Diharapkan selepas kajian ini, dron dapat dioptimumkan


penggunaannya dan bukan sekadar digunakan pada majlis-
majlis tertentu oleh kumpulan tertentu sahaja. Kursus-kursus
dan promosi boleh dianjurkan oleh pelajar-pelajar yang telah

29
mahir itu sendiri bagi pihak fakulti pendidikan. Dengan visi
sebagai pusat kecemerlangan dronogogy, fakulti pendidikan
UKM bukan sahaja dijadikan rujukan, malahan sebagai sumber
pendapatan dalam memberi khidmat berteraskan dron.

30
Rujukan

Odom, A. , Settlage, J. ,Pedersen E. 2002. Technology knowledge and


use :a survey of science educators. Journal of Science
Education and Technology Dec. ,2002 11(4) :391-398

Accenture Research 2016. Female Vs Male Board Member with


Technology Experiences.
http://newsroom.accenture.com/news/female-board-
members-far-more-likely-than-male-board-members-to-
have-professional-technology-experience-accenture-
research-finds.htm [12 April 2017]

Bo Xing,Tshilidzi Marwala 2017. Implications of the Fourth Industrial


Age on Higher Education. https://arxiv.org/ [15 April 2018]

Dronefly 2018.The Anatomy of a Drone 2018


https://www.dronefly.com/pages/the-anatomy-of-a-drone
[08 Jun 2018]

Drone Accessories, Drones Anatomy. http://www.getfpv.com [26 April


2018]

FAA 2016. dronelife.com/2017/03/16/what-percentage-of-licensed-


drone-pilots-are-women [31 Mei 2018]

Heli Hallikainen, H. , Laukkanen, T. 2016. How technology readiness


explains acceptance and satisfaction of digital services inb2b
healthcare sector.University of Eastern Finland.

How To Fly A Quadcopter. http://dronnodes.com/how-to-fly-a-


quadcopter-beginner-guide/ [18 April 2018]

Johns, R. 2005. One size doesn’t fit all: Selecting response scales for
attitude items. Journal of Elections, Public Opinion &
Parties, 15:237-264.

31
Kelly, T. 2017.The Booming Demand for Commercial Drone Pilots
www.theatlantic.com/technology/archive/2017/01/drone-
pilot-school/515022/ [31 Mei 2018]

Laman Fakulti Pendidikan UKM 2018.


www.ukm.my/fpendidikan/news/bengkel-dron/ [25 April
2018]

Mahendra Adhi Nugroho, M. Andryzal Fajar 2017. Indonesia Effects of


Technology Readiness Towards Acceptance of Mandatory
Web-Based Attendance System. 4th Information Systems
International Conference 2017, ISICO 2017, hlm.6-8. Bali,
November 2017

Mohammad Rezal Hamzah, Ku Amir bin Ku Daud, Narimah


Ismail,Norizah Ahmad ,Norshahrizan Nordin 2009. Tahap
Pengetahuan dan Minat Pelajar Universiti Malaysia Perlis
Terhadap Bidang Keusahawanan: Satu Tinjauan ke Arah
Pembentukan Teknousahawan. Seminar Kebangsaan
Pembangunan Keusahawanan. UKM, 8-9 Disember 2009

Parasuraman & Colby 2001. Technology Knowledge and Use

Quadcopter Flight School.quadcopter101.blogspot.com[2 Mei 2018]

Quadcopter Hardware Overview – Every Component Explained 2018.


https://oscarliang.com/build-a-quadcopter-beginners-
tutorial-1 [15 April 2018]

Quadcopter Motor Numbers https://impremedia.net/quadcopter-


motor-numbers [15 April 2018]

Ultimate history of all things drons.


www.slideshare.net/dwe0008/ultimate-history-of-all-
things-drons [15 April 2018]

Wireless, Sensing and Embedded System.


wise.ece.cmu.edu/redmine/projects/dron-rk/wiki [15 April
2018]
32
Zahra Hosseini , Anand Kamal 2012 .Developing an Instrument to
Measure Perceived Technology.Integration Knowledge of
Teachers. IJITCS Journal Advanced in Information System,
E-Education and Development January / February 2012

33

Anda mungkin juga menyukai