Anda di halaman 1dari 13

KERTAS CADANGAN BENGKEL DIY PESAWAT KAWALAN JAUH (RC AEROMODELLING WORKSHOP)

ANJURAN : ABD RAZAK MISBAN MANTAN KETUA UNIT PROGRAM YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA 019-2276301 / 016-2012515

1.0

PENDAHULUAN

Merekacipta , membina dan menerbangkan pesawat kawalan jauh merupakan satu aktiviti yang menyeronokan dan dapat menarik minat segenap lapisan umur terutamanya pelajar pelajar sekolah. Disamping itu, pelajar dapat mempelajari asasasas dalam bidang penerbangan yang selari dengan apa yang dipelajari di dalam kelas . Seterusnya dapat mendedahkan peluang pekerjaan dalam bidang aeronautik seperti juruterbang TUDM/komersial , kejuruteraan, pengurusan trafik dan pengurusan pesawat . Selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, maka eloklah kiranya kursus dan bengkel Aeromodelling dan Kawalan Jauh diaktifkan lagi bagi

merealisasikan matlamat tersebut.

2.0

RASIONAL

Aktiviti Aeromodelling dan Kawalan Jauh memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang pernerbangan dan kawalan jauh. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, peralatan berkaitan ini perlu di sediakan bagi membolehkan aktiviti dijalankan dengan sempurna dan objektif dapat dicapai. Para peserta akan didedahkan dengan peralatan yang hendak digunakan, cara penjagaan dan penyelengaraan dan cara-cara membina pesawat.

3.0 I.

OBJEKTIF Mendedahkan konsep asas fizik, unsur-unsur kemahiran hidup,

pendidikan seni serta asas matematik yang wujud dalam pembinaan pesawat kawalan jauh. II. Menggalak dan meningkatkan kecekapan kordinasi otak, saraf dan anggota badan sewaktu mengawal model pesawat. III. Mengembangkan pembelajaran kognitif dalam kalangan peserta sewaktu mengira centre of gravity (C.O.G), aerofoil, nisbah wingspan dan fuselage untuk memastikan hasil yang sempurna.

IV.

Membantu

peserta

mengembangkan

daya

intelektual

di

dalam

perbincangan dan hujah sewaktu pemilihan bahan, rekabentuk dan formula pesawat. V. Menerapkan nilai-nilai rekacipta dan rekabentuk yang digabungkan bersama ciri-ciri teknologi penerbangan. VI. Pendedahan secara ringkas mengenai applikasi Hukum Newton dan

Prinsip Bernoulli yang digunakan dalam penerbangan.

4.0

IMPAK

Sesuai dengan National Blueprint for the Development of Aerospace Industry in Malaysia yang dilancarkan di Langkawi pada Tahun 1997 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menggalakkan pertumbuhan industri Aeroangkasa. Justeru itu amat dipercayai bahawa impian dan cita-cita itu patut dilakar dan diasas pada peringkat akar umbi lagi iaitu remaja, belia dan pelajar sekolah. Bila asas telah dibina, maka hasrat kerajaan mendapat halatuju yang betul dan sempurna akan mudah tercapai. Di dalam bidang videografi dan fotografi pula, industri perfileman dan badan yang berkaitan dengan pemetaan banyak menghabiskan wang ringgit menyewa helikopter atau kapalterbang untuk mengambil foto atau video pada pandangan atas (aerial fotography). Kos yang sebegini banyak boleh mengurangkan keuntungan pada syarikat tersebut. Malahan pula risiko kemalangan amatlah tinggi. Dengan adanya pesawat kawalan jauh ini, yang dilengkapi dengan peranti kamera, kos dan risikonya dapat dikurangkan. Di dalam bidang keselamatan negara, kesukaran untuk mencari mayat, lokasi jenayah, laporan kebakaran, laporan kesesakan lalulintas amat sukar dan mengambil masa yang panjang. Dengan adanya pesawat yang direka khusus tanpa dibeli dari mana-mana negara yang kosnya mencecah ribuan atau jutaan ringgit dapat diselesaikan dengan kos yang murah dan

5.0

SASARAN

I. Pelajar sekolah menengah. II. Guru-guru pemimpin Kelab Aeroangkasa Sekolah. III. Belia-belia IV. Usahawan fotografi dan videografi. V. Badan-badan perfileman.

6.0

APPLIKASI KEMAHIRAN

Perasmian majlis-majlis akan lebih menarik dengan menggunakan pesawat kawalan jauh. Sebagai contoh, semasa sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, pesawat boleh digunakan untuk membuat lintas hormat bendera Malaysia di ruang udara semasa menyanyikan lagu Negaraku. Disamping itu juga ianya juga dapat memberiakan pendapatan sampingan boleh dijana dengan jemputan dari agensi luar bagi melakukan gimik perasmian bagi majlis mereka Manakala bagi mereka yang berminat dengan bidang fotografi ianya boleh mmbantu mempelbagaikan kaedah pengambilan foto dan lebih kreatif. Pesawat DIY ini juga boleh digunakan oleh pihak keselamatan(TUDM,

7.0 Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

ANGGARAN PERUNTUKAN Alatan Playar Gabung Playar muncung tirus Glue Gun Dawai nikrom(meter) Adaptor 12 VDC PVC paip inci Penyangkut J keluli 2 inci Wayar elektrik high voltage Gergaji keluli Kikir parut Unit 2 2 2 2 1 2 2 3 2 1 Bil 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 Alatan Kertas las kayu saiz 100 Bilah tikar sarawak NT Cutter Heater Gunting Plywood 5mm, 2 inci X 2 inci Plywood 5mm, 2 inci X 2.5 inci Plywood 5mm, 1 inci X 7 inci Skru tajam 2 inci Pemutar skru phillip dan Stubby Landing Gear Unit 2 2 2 2 1 1 1 1 2 2

11

Motor Brushless Outrunner 1000kv Electronic Speed Controller 50A Transmitter 2.4G Bateri LiPo 2200mAh 3 Sel Bateri Transmitter Proppeler 12 x 6 inci Spinner 3.5 Gold Connector Battery Connector Micro Servo Y Extention

34

12

35

Landing Gear Tyre

13 14 15 16 17 18 19 20 21

1 1 1 1 1 1 1 1 1

36 36 38 39 40 41 42 43 44

Tail Gear w/steerable Battery Charger Selotape 2 inci Color Tape Fibre Glass Tape Push Rod 1.6mm Mural Color 1 Liter Glue Gun Stick B(kg) Polistren 1 inci w/ density 1.25

1 1 1 1 1 1 1 1 1

22

Servo Connector

Anggaran kos perunit = RM3000 (termasuk barangan serta tenaga pengajar)

8.0

LAIN-LAIN AKTIVITI I. Pertandingan Pesawat Kawalan Jauh tercantik bagi Kategori Sekolah II. Penerbangan Pesawat Kawalan Jauh beramai-ramai III. Demonstrasi Penerbangan Pesawat Kawalan Jauh - Jet Sukhoi IV. Demonstrasi Pengimejan dari udara menggunakan pesawat kawalan jauh V. Demonstrasi Hexacopter VIII. Latihan penerbangan dengan menggunakan simulator pesawat.

9.0

KEBERHASILAN

Bersesuaian dengan NationalBersesuaian dengan National Blueprint for the Development of Aerospace Industry in Malaysia yang dilancarkan di Langkawi pada Tahun 1997 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menggalakkan pertumbuhan industri aeroangkasa. Justeru itu hasrat murni ini patut dilakar dan diasas pada peringkat akar umbi lagi iaitu remaja, belia dan pelajar sekolah dengan harapan hasil daripada program ini adalah; I. Merekacipta, membina dan menerbangkan pesawat kawalan jauh bagi menarik minat segenap lapisan umur terutamanya pelajar pelajar sekolah bagi mempelajari asas- asas dalam bidang penerbangan yang selari dengan apa yang dipelajari di dalam kelas dan seterusnya dapat mendedahkan peluang pekerjaan dalam bidang aeronautik seperti juruterbang TUDM/komersial , kejuruteraan, pengurusan trafik dan pengurusan pesawat II. Melahirkan guru-guru yang mampu mengapplikasi ilmu aeromodelling dan sebagai jurulatih yang mewakili YAM untuk setiap negeri. III. Melahirkan kumpulan yang mampu mereka bentuk pesawat kawalan jauh yang boleh dikormersialkan kepada penggemar aktviti tersebut. IV. Membantu di dalam membangunkan bidang videografi dan fotograf serta industri perfileman dan badan yang berkaitan dengan pemetaan (mengambil foto atau video pada pandangan atas (aerial fotography) dengan menggunakan pesawat kawalan jauh yang dilengkapi dengan peranti kamera. Ianya juga dapat digunakan di dalam membantu bidang keselamatan negara, bagi mengatasi

kesukaran untuk mencari mangsa, lokasi jenayah, laporan kebakaran, laporan kesesakan lalulintas amat sukar . V. Membantu membangunkan teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau Unmanned Aircraft Vehicle System (UAVS) iaitu pesawat tanpa juruterbang yang menggunakan kaedah kawalan jauh. VI. Membangunkan modul kurikulum dengan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi sejajar dengan matlamat kerajaan yang mengiktiraf tahun 2013 sebagai Tahun Inovasi. VII. Menghasilkan produk inovasi seperti pemotong steroform, pelekat sevo dengan menggunakan bahan terpakai dan lain-lain.

10.0

PENUTUP

Bidang Aeromodelling ini akan memberi impak khasnya kepada pelajar sekolah untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan wujudnya program sebegini akan menjadi sebuah program yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa serta mampu membantu negara menyediakan modal insan dalam bidang yang berkaitan.

LAMPIRAN 1 JADUAL BENGKEL DIY PESAWAT KAWALAN JAUH Hari Pertama 8.00 10.30 pg 10.30 11.00 pg 11.00 1.00 tgh 1.00 2.30 ptg 2.30 4.30 ptg 4.30 5.00 ptg 5.00 7.00 ptg 7.00 9.00 mlm 9.00 10.30 mlm Slot 2: Pendaftaran peserta. Minum pagi Pengenalan pesawat kawalan jauh dan peralatan avionik. Rehat / Makan tengahari / Urus Diri / Solat Flight Simulator dan kawalan radio. Minum Petang / Solat Demonstrasi kawalan kapalterbang dan jet kawalan jauh. Rehat / Makan Malam / Urus Diri / Solat Bengkel pembinaan pesawat. Hari Kedua 8.00 10.30 pg 10.30 11.00 pg 11.00 1.00 tgh 1.00 2.30 ptg 2.30 5.00 ptg 5.00 7.00 ptg 7.00 9.00 mlm 9.00 10.30 mlm Slot 4: Bengkel pembinaan pesawat dan flight simulator. Rehat Sambungan pembinaan pesawat dan flight simulator. Rehat / Makan tengahari / Urus Diri / Solat Pemasangan peralatan avionik pada pesawat. Ujian Diagnostik: Flight Simulator. Rehat / Makan Malam / Urus Diri / Solat Sambungan Pemasangan peralatan avionik pada pesawat.

Slot 1:

Slot 3:

Hari Ketiga 8.00 10.00 pg 10.00 10.30 pg 10.30 1.00 tgh 1.00 2.00 ptg 2.00 3.00 ptg 3.00 4.00 ptg Slot 5: Pemeriksaan dan pengujian terakhir pesawat terbang sebelum ujian penerbangan. Rehat Sambungan ujian terbang pesawat kawalan jauh. Rehat / Makan tengahari / Urus Diri / Solat Demonstrasi penerbangan oleh jurulatih Majlis penutupan bengkel

Lampiran 2

Lampiran 3 PESAWAT DIY KAWALAN JAUH YANG DIPERBUAT DARIPADA POLISTERIN DAN BAHAN-BAHAN MUDAH DITEMUI

Anda mungkin juga menyukai