Anda di halaman 1dari 39

CERAMAH 2 RASUAH MENURUT PANDANGAN ISLAM, PERUNDANGAN

MALAYSIA DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN

Objektif utama ceramah ini ialah untuk mendidik kepada peserta tentang perkaitan rapat rasuah
dan integriti dalam konteks agama terutamanya Islam dan seterusnya memberikan kesedaran.

Penceramah yang kaya dengan pengalaman ini akan berkongsi pengalaman mereka berkenaan
perundangan Malaysia yang menyentuh hal rasuah dalam bahasa yang mudah. Perkongsian
pengalaman proses siasatan dan tangkapan serta strategi tata kelola SPRM akan menarik minat
peserta fokus mendengar dan bertanyakan soalan.

SLOT KEDUA

RASUAH MENURUT PANDANGAN ISLAM, PERUNDANGAN MALAYSIA DAN


PERKONGSIAN PENGALAMAN.

1. ISLAM AGAMA SYUMUL, MENYELURUH LAGI SEMPURNA.

2. INTEGRITI ITU ADALAH KETAQWAAN.

3. PERUNDANGAN ISLAM YANG JELAS DAN TEGAS - ALLAH SWT MELAKNATI


PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH

4. RASUAH MUSUH NOMBOR 1 DI MALAYSIA

5. FAKTOR RASUAH BERLAKU DALAM PENJAWAT AWAM.

6. PELBAGAI CADANGAN AKTIVITI BAGI MEMUPUK INTEGRITI DAN


PENCEGAHAN RASUAH.

7. PERKONGSIAN PENGALAMAN 1

8. PERKONGSIAN PENGALAMAN 2

9. PERKONGSIAN PENGALAMAN 3

10. KESIMPULAN GALAKKAN UNTUK PENJAWAT AWAM BERJUANG BERSAMA


YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA YARM PENGGERAK UTAMA
AKTIVITI KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ANTI RASUAH DI MALAYSIA.

1
ISLAM AGAMA SYUMUL, MENYELURUH LAGI SEMPURNA.

Kehidupan dunia adalah berkesinambungan dengan kehidupan akhirat seperti yang


diperingatkan dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala;

Ayat 39 Surah Al-Mu'min bermaksud:

"Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara)

dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal."

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bazzar, Thabrani-Al-Targhib bermaksud:

AL-HADITH:

"Tidak dapat bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat,

sehingga ia ditanya empat perkara:

Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan?

Tentang masa mudanya, untuk apa ia gunakan?

Tentang ilmunya, apakah ia mengamalkannya?

Tentang hartanya dari mana ia dapat dan ke mana ia belanjakan?"

Islam menetapkan tanda aras yang tinggi untuk menghindarkan rasuah dengan
menegaskan aspek integriti.

Islam menegah keras perbuatan salah guna kuasa di kalangan mereka

yang telah diamanahkan dengan JAWATAN DAN KUASA.

FIRMAN ALLAH DALAM SEBUAH HADIS QUDSI;


Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar,

dan kalau Aku uji kami dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur,

maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini

dan pergilah cari tuhan yang lain.

INTEGRITI ITU ADALAH KETAQWAAN

TAQWA adalah Keikhalasan dan Keyakinan kita pada ALLAH SWT.

Kita yakin seyakin-yakinnya bahawa apa sahaja perbuatan kita diketahui ALLAH SWT.

KETAQWAAN HANYA PADA ALLAH SWT.

ALLAH SWT beri segala-galanya kepada hamba-hamba NYA dan bersyukurlah kita pada
ALLAH SWT.

Jadilah orang yang Syukur Nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT.

SABAR mengajar kita erti TAQWA dan IMAN.

Sabar itu adalah menjalankan tanggungjawab kepada ALLAH SWT dengan Syukur dan Tabah.

Sabar menjadikan kita hamba ALLAH SWT yang sentiasa melakukan perkara yang baik dan
menolak perbuatan jahat.

Jauhi perkara Mungkar yang dilaknati ALLAH SWT


Marilah kita bertaqwa kepada ALLAH SWT dan jangan kita mati dalam keadaan kafir/sesat.

Makanlah dari makanan-makanan yang Halal yang telah disediakan mengikut rezeki yang telah
ALLAH SWT sediakan.

KETAQWAAN kepada ALLAH SWT menjamin kehidupan selepas mati

syurga-syurga kenikmatan dan kebahagian yang sebenar.

Syurga-Syurga yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk orang-orang yang bertaqwa pada
NYA.

INTEGRITI itu adalah dalam diri kita sendiri.

Yakinilah segala perbuatan baik akan dibalas dengan baik dan begitu juga sebaliknya.

Segala yang ada dilangit dan dibumi adalah milik ALLAH SWT.

Nikmat-nikmat yang ALLAH SWT berikan adalah hak mutlak NYA.

Bagaimana dan dimana kita berakhir hanya ALLAH SWT yang mengetahui.

RAHSIA KEJADIAN MANUSIA

Tidak dijadikan Jin dan Manusia hanyalah untuk beribadah pada ALLAH SWT.

INTEGRITI juga bermaksud

KEJUJURAN KETULUSAN KESEMPURNAAN - KEUTUHAN

MUNAFIQ adalah perkataan lawan kepada INTEGRITI

- MUNGKIR JANJI - BERCAKAP BOHONG - TIDAK AMANAH


EGO juga adalah perkataan lawan kepada INTEGRITI

- MENOLAK KEBENARAN - MEMANDANG RENDAH / HINA ORANG BAWAHAN

- MENGGUNAKAN KEDUDUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Menghormati ketua adalah sebahagian daripada INTEGRITI

Keputusan ketua harus dihomati kerana orang atasan ada kelebihan dalam menilai kepakaran
kita.

Kita semestinya menilai kita ini adalah YANG TERBAIK.

Tetapi ada pandangan orang lain yang melihat kepakaran atau kelemahan kita yang kita sendiri
tidak sedari.

BERI KEPERCAYAAN KEPADA KETUA / PEGAWAI ATASAN KITA.

Apabila diberi tanggungjawab / pangkat, kita mesti BERANI meminta kuasa / bantuan /
sokongan / kelengkapan yang diperlukan untuk menjalankan tugas.

JALANKAN TUGAS YANG TELAH DI AMANAHKAN

DENGAN PENUH "INTEGRITI" DAN KEIKHLASAN

"SABAR" ITU MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

PERINTAH AGAMA

DENGAN MELAWAN HAWA NAFSU DIRI

Kepentingan ILMU dalam INTEGRITI;


Cari ILMU melalui dengan usaha sendiri melalui

INNOVASI, KREATIVITI DAN KEPAKARAN.

Jangan hanya mengharap dan tunggu diberi Ilmu.

Gunakan keistimewaan pemberian ALLAH SWT tangan, mata, telinga dan akal fikiran untuk
membangunkan diri.

Cari dan Rasai Kebesaran ALLAH SWT dengan ILMU.

Kecekapan pemikiran orang yang mahu berusaha amat tidak terbatas.

KEJAYAAN diluar dugaan akan dapat dilihat dengan bimbingan ILMU yang kita miliki.

APA YANG AKAN BERLAKU DI MASA DEPAN

BERGANTUNG KEPADA

PERANCANGAN DAN ILMU YANG KITA MILIKI

ILMU mengajar kita mana yang Baik dan mana yang Buruk.

Tetapi apabila Jati Diri Ketaqwaan tidak ada pada hati kita maka berlakulah perbuatan HINA
RASUAH.

Amatlah malang sekali apabila ia berlaku kerana ALLAH SWT melaknati RASUAH.

PERUNDANGAN ISLAM YANG JELAS DAN TEGAS

ALLAH SWT MELAKNATI PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH


Kisah pemungut zakat di zaman Rasulullah SAW

Abu Humaid Ibn Sa'd As-Saidi, meriwayatkan peristiwa di antara Rasulullah SAW dengan Ibn
Al-Lutabiyyah yang Baginda lantik bertugas memungut zakat.

Semasa Al-Lutabiyyah memungut zakat, beliau turut diberikan hadiah.

Ketika menyerahkan kutipan zakat, Rasulullah SAW bertanya,

bahagian yang beliau tidak serahkan.

Al-Lutabiyyah memaklumkan, bahagian tersebut telah dihadiahkan oleh beberapa pembayar


zakat kepadanya.

Rasulullah SAW bertanya, adakah beliau akan diberikan hadiah, jika beliau tidak ditugaskan
memungut zakat; Rasulullah SAW menganggap pemberian sedemikian diragukan,
berkemungkinan menjadi pencetus kepada perbuatan rasuah, lalu menasihatkan agar ia
dikembalikan kepada pemberi.

Islam memberi cukup rujukan untuk memenuhi amanah dan tanggungjawab

menuju Siratul Mustaqim iaitu 'jalan lurus yang dipohonkan',

sebagaimana yang diseru dalam ayat 6 Surah Al-Fatihah.

Al-Quran dan sunah Rasulullah sarat dengan peringatan menegah ummah daripada melakukan
rasuah.

Umat Islam, pemimpin Islam dan negara Islam mempunyai cukup rujukan untuk memenuhi
amanah dan tanggungjawab menuju Siratul Mustaqim iaitu 'jalan lurus yang dipohonkan',
menurut yang diseru dalam ayat 6 Surah Al-Fatihah.

Jika ajaran Islam dihayati lalu diamalkan sepenuhnya, negara Islam di bawah pimpinan umat
Islam sewajibnya sifar rasuah.
Peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW melihat

sekelompok manusia yang lidahnya digunting-gunting

Pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW melihat sekelompok manusia
yang lidahnya digunting-gunting.

Baginda bertanya; "Siapakah orang itu?" Jibril Alai Hissalam menjawab,

"Mereka adalah para mubaligh dari kalangan umat-Mu

yang tidak mengamalkan apa yang mereka dakwahkan."

Firman Allah dalam ayat 44 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Mengapakah kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu
membaca Al Kitab..."

Gambaran yang diperlihatkan semasa peristiwa Israk Mikraj wajib dijadikan peringatan oleh
setiap insan yang diamanahkan dengan tanggungjawab pimpinan, apatah lagi di kalangan mereka
yang berikrar akan melakukan yang makruf dan menentang yang mungkar, supaya ikrar tidak
tergantung dalam retorik.

Bertindak secara tegas lagi tidak selektif bukan satu opsyen, tetapi satu kemestian.

Allah SWT telah memperlihatkan contoh panduan

Nabi Adam a.s. ialah ciptaan Ilahi, dimuliakan, dikurniakan status tinggi hingga para malaikat
diperintahkan sujud kepadanya. Namun apabila peraturan gagal dipatuhi, hukuman dilaksanakan
oleh Ilahi secara tegas lagi segera; Nabi Adam diperintah keluar dari syurga.

Ayat 135 surah An-Nisaa, bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi
orang yang senantiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran)
kerana Allah, sekalipun terhadap diri mu sendiri ataupun ibu bapa dan kaum kerabatmu.
Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin, (maka janganlah kamu terhalang daripada
menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran), kerana Allah lebih mengetahui keadaan
keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika
kamu memutarbelitkan atau enggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala
apa yang kamu lakukan."

Prinsip melaksanakan keadilan di dalam Islam

yang tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian

Demikian tegasnya prinsip melaksanakan keadilan di dalam Islam yang tidak sama sekali
memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa sahaja yang melakukan
kesalahan baik diri sendiri, teman rapat, kaum keluarga mahupun ibu bapa.

Perintah yang terkandung di dalam ayat tersebut diperkukuhkan lagi dengan salah satu hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu iaitu

sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan sahaja;

tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah,

lalu dengan segera dijatuhkan hukuman ke atasnya.

Demi Allah, yang aku di dalam kekuasaan-Nya,

kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri,

nescaya ku kudungkan tangannya."

Aspek preventif memerlukan usaha meningkatkan integriti agar insan dibina dengan ketahanan
dalaman, tidak terpengaruh oleh dorongan nafsu.

Sifat tamak merupakan faktor yang sering kali menjerumuskan manusia melakukan dosa.

Islam menganjurkan insan untuk mengamalkan sifat kesederhanaan,


menjauhkan diri daripada sifat bermegah dan bermewah;

tercatat peringatan Ilahi dalam Kisah Nabi Hud a.s. pada ayat 128 Surah Asy-Syu'araa,
bermaksud: "Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermewah-
mewah dan memperlihatkan kekayaan".

Ketika Allah SWT murka kepada Nabi Adam kerana terpengaruh dengan godaan iblis, Nabi
Adam berada di dalam kesenangan syurga, dilimpahi nikmat yang dijamin oleh Allah SWT
seperti maksud yang terkandung dalam ayat 118 dan 119 Surah Thaahaa; "Tidak akan kelaparan,
tidak akan merasa dahaga, tidak akan telanjang, tidak akan ditimpa panas matahari," Nabi Adam
tertipu dengan godaan iblis. Bahawa Allah telah memberi peringatan dalam ayat 117 Surah
tersebut; "Iblis adalah musuh". Baginda ditewaskan musuh dengan janji palsu iblis untuk
memberikan kuasa, janji palsu 'pengekalan kuasa' seperti yang terkandung dalam ayat 120 surah
berkaitan yang bermaksud: "Lalu syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata:
Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan
binasa."

Betapa dinding ketahanan iman ditembusi kerana tarikan untuk mendapatkan kuasa.

Nafsu gilakan kuasa nyata boleh menewaskan kewarasan akal.

Memperkukuhkan iman adalah benteng pertahanan yang wajib dibina untuk meningkatkan daya
tahan insan daripada tergelincir dengan tarikan kebendaan, tarikan kemewahan serta tarikan
kepada pangkat dan kuasa.

Insan wajib diperingatkan dengan firman Allah yang terkandung dalam ayat 35 Surah Al-
Anbiyaa bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan

sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).


Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."

ALLAH SWT MELAKNATI PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH

ALLAH SWT melaknati kita bukan hanya di akhirat tetapi didunia.

Apabila ALLAH SWT hendak menujukan kekuasaan NYA maka ditarik segala nikmat dan
dimalukan kita sehingga kita sendiri tidak ada jalan keluar hanya ALLAH SWT YANG MAHA
KUASA.

DUNIA TIDAK ADA NILAI SEDIKIT PUN

APABILA KITA TELAH DILAKNATI ALLAH SWT

Kesalahan Rasuah hukumannya teramat berat dan hukuman itu bukan hanya dirasai oleh pelaku
rasuah tetapi juga oleh seluruh anggota keluarga akan mendapat penghinaan dan malu dari
perbuatan yang jijik itu.

Aib dari kesalahan rasuah akan kekal sehingga akhir hayat walaupun

selepas menjalani hukuman kerana perasuah tadi sudah dilabel

sebagai tidak amanah dan tidak boleh dipercayai.

Kemana sahaja ia pergi pandangan sinis masyarakat terhadap perasuah

tetap tidak dapat dielakkan.

Tahun 2017 diramalkan akan lebih mencabar akibat dari keadaan ekonomi yang bergolak,
tekanan dari negara luar terhadap isu 1MDB, kenaikan harga barang dan ramalan kehilangan
pekerjaan yang dijangka mencapai 50,000 pekerja dari semua sektor.

Belia dan golongan cendiakawan yang menjadi harapan negara


kini menjadi sasaran perasuah

bagi memenuhi keperluan mereka memperolehi keuntungan.

Kemerdekaan dan pembangunan negara yang dibina selama 59 tahun akan musnah dan terkubur
dengan sekelip mata akibat dari perbuatan Rasuah.

Jangan disia-siakan Nikmat-Nikmat yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa. Apabila kita
mengkhianati segala nikmat-nikmat itu maka kita ada tergolong dari orang-orang yang Rugi.

Apabila ditangkap kerana Rasuah dunia bukan hanya menjadi gelap

dan semangat untuk hidup hilang.

Lebih-lebih kalau usia dah melebihi 50 tahun.

Diburukkan lagi apabila baru pulang dari Ibadah Umrah.

Rasuah adalah perkara Mungkar yang dilaknati ALLAH SWT.

RASUAH adalah teramat hina dan jijik dari najis.

Manusia hanya tahu najis itu kotor, hina dan mengelakkan dari mengambilnya tetapi RASUAH
yang lebih hina tidak dirasa demikian.

Ini adalah kerana sifat ketaqwaan tidak ada padanya.

Jika kamu melihat satu Kemungkaran hentikanlah dengan tangan kamu.

Sekiranya tidak mampu dengan tangan lakukan dengan Kata-Kata.

Kalau masih tidak mampu, lakukan lah dengam Iman.

Lakukanlah sesuatu untuk Mencegah RASUAH.


Jadilah masyarakat yang PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB

terhadap Diri Kita, Keluarga Kita, Masyarakat Kita dan Negara Kita.

Dari Abu Said Al Khudri radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi
wa sallam bersabda:

Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya,

jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya,

jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya

dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Marilah kita bersama-sama mengambil prisip hadis 34 ini dalam usaha memerangi gejala rasuah.

Katakan BENCI RASUAH, TOLAK RASUAH & PERANGI RASUAH.

4.

RASUAH MUSUH NO 1 DI MALAYSIA

RASUAH kini telah menjadi Musuh No 1 Rakyat Malaysia.

Masyarakat dari segala lapisan tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang individu, peringkat
umur dan fahaman politik kesemuanya membenci Rasuah.

Formula mudah dalam kenal pasti amalan rasuah:

A - Ambil

B - Bagi-beri
C - Claim palsu

D - Duduk - salah guna kedudukan.

Ada juga kawan-kawan yang tambah lagi

E - Extra income

E. Elak Kerja Susah (pelincir)

F. Fraud

G. Guna Kedudukan

H. Hamper

Kita boleh tambah hingga ke Z kerja kursus kepada para peserta..

Perasuah dilabel / dianggap sebagai 3 P;

3 P

1. PENDERHAKA

2. PENGKHIANAT

3. PENGHANCUR NEGARA.

INTEGRITI itu adalah diri kita sendiri. Yang ada dalam diri kita sendiri.

Hanya kita sahaja dapat mengawalnya. CERMIN DIRI.

Menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk bersikap AMANAH DAN TELUS.

SPRM tidak akan kompromi dengan Pengamal Rasuah.

Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira

pangkat, kedudukan, atau pengaruh pada sesiapa sekali pun.


Begitulah amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Penjawat Awam mestilah jalankan tugas dengan Amanah.

ALLAH SWT melaknati mereka-mereka yang tiada Integriti memgamalkan RASUAH.


Masyarakat bergantung penuh kepada penjawat-penjawat awam supaya menjalankan kerja-kerja
pembangunan negara dengan cekap dan bertanggungjawab.

JANGANLAH PERSIA-SIAKAN KEPERCAYAAN INI.

Bagilah Sokongan pada SPRM dalam usaha memerangi RASUAH.

KESALAHAN RASUAH

RASUAH adalah perbuatan MEMBERI atau MENERIMA Suapan

untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.

PEMBERI RASUAH SALAH.

PENERIMA RASUAH JUGA SALAH.

TUNTUTAN PALSU

Sesiapa sahaja yang mengemukakan dokumem palsu

atau yang silap atau tidak lengkap kepada Ketuanya

yang bertujuan untuk membuat tuntutan palsu.

SALAH GUNA KUASA.

Mana-mana Penjawat Awam yang menggunakan kedudukan nya

untuk kepentingan peribadinya, keluarganya, kawan-kawannya.


RASUAH ITU LEBIH JIJIK DARI NAJIS.

JANGAN KITA MENEMPAH NERAKA DAN DI MALUKAN DI DUNIA

AKIBAT PERBUATAN RASUAH.

DIDIK LAH DIRI DENGAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT.
JAUHI LAH RASUAH

5.

SEBAB RASUAH BERLAKU DIKALANGAN PENJAWAT AWAM

Sikap saling hormat menghormati antara kita tanpa mengira kedudukan dan pangkat akan
menjadikan tugasan dan amanah yang diberikan akan dapat kita jalankan dengan berani dan
benar.

KENAPA RASUAH BERLAKU?

1. TEKANAN

2. PELUANG

3. RASIONALISE - ORANG LAIN BUAT

Jauhkanlah hidup kita dari sifat tamak, mementing diri, tidak amanah dan mementingkan diri
sendiri. Buatlah apa yang boleh kita buat.

Jangan buat perkara yang kita tidak boleh buat

seperti maksiat dan perbuatan haram.

Tanamkan sifat Taqwa dan Integriti dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh dengan
cabaran.
Jangan kita ambil mudah dalam memperolehi sesuatu dengan perbuatan yang salah dari sisi
agama mahupun undang-undang.

Hindarkan sikap ego dan sombong diri agar

segala perbuatan dan keputusan yang dibuat

akan berlandaskan pada nilai integrit yang tinggi.

Berusahalah dengan cara yang betul dan berintegriti dalam mengejar pangkat, kedudukan dan
kekayaan. Jangan kita ambil hak orang lain dan menindas orang yang lebih rendah dari kita
hanya untuk mencapai apa yang kita kehendaki.

Kejayaan yang sangat manis dan bermakna ialah kejayaan yang diperolehi dengan hasil usaha
dan tenaga kita melalui jalan yang betul.

Rezeki yang baik akan menjadikan kita keluarga yang baik.

Tanamkan semangat bermaafan dan ringan tangan dalam menjalankan tugas harian.

Semangat ini akan membawa kita kepada sifat Taqwa, Kesyukuran dan sentiasa bersangka baik
dalam menjalankan tanggungjawab.

RASUAH BERLAKU KERANA TAKUT MISKIN / SUSAH

"JANGAN KAU TAKUTI KEMISKINAN KERANA

ALLAH SWT LEBIH TAHU APA YANG BAIK UNTUK KAMU".

Kemisikinan yang sebenar adalah kemiskinan Iman.

Harta dan kekayaan dunia adalah perhiasaan sahaja dan ia menjadi permainan Syaitan yang
membeza-bezakan antara yang kaya dan miskin.
Apabila kita dipalingkan ALLAH SWT kearah kesibukan dunia dan lupa pada NYA, ia
merupakan Musibah yang tersangat dahsyat, paling merugikan dan paling miskin disisi ALLAH
SWT.

Perbuatan Mungkar, RASUAH menjadi makan minuman harian dengan fikiran Bila-bila boleh
Taubat akan bermaharajela di injak-injak Syaitan.

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA

KITA TIDAK AKAN RISAU DENGAN APA YANG BUKAN MILIK KITA.

RASUAH BUKAN JALAN KEKAYAAN.

RASUAH IBARAT MEMBERI MAKANAN BANGKAI PADA KELUARGA.

RASUAH DILAKNATI ALLAH SWT.

Tempat perasuah adalah di Neraka Jahanam .

Lapurkan RASUAH sekiranya kita ada maklumat atau mengetahui berlakunya Rasuah.

Pemberi Makumat akan dilindungi dibawah

AKTA PEMBERI MAKLUMAT/WHISLE BLOWER ACT.

Pencegahan Rasuah bermula dari kita sendiri.

Jangan hanya mengata perbuatan orang lain tetapi apabila berlaku kepada kita, kita sendiri
melakukan dengan sukarela tanpa rasa bersalah.

Bertanggungjawab diatas kesalahan yang kita lakukan.

Janganlah diteruskan dengan memberi Rasuah untuk selamatkan diri sendiri.

Walaupun jumlahnya kecil, hukuman nya tetap sama dan berat.

Rasuah atau Suapan adalah berbagai bentuk seperti

wang, perkhidmatan, seks, diskaun, barang atau apa sahaja bentuk suapan
yang bertujuan untuk melakukan atau tidak melakukan

tanggungjawab yang telah diamanahkan.

RASUAH :-

- LEBIH JIJIK DARI NAJIS

- IBU KEPADA SEGALA JENAYAH

- DILAKNATI ALLAH SWT

- NERAKA JAHANAM TEMPATNYA

- UMPAMA MEMBERI MAKAN NAJIS KEPADA KELUARGA

Jangan lah sekali-kali melibatkan diri dalam Rasuah.

Tanamkan sikap Integriti dalam diri kita.

Sayangilah keluarga kita. Jangan malukan keluarga kerana perbuatan kita yang keji itu.

Integriti adalah penting dalam kehidupan harian kita.

Dengan Integriti kita akan sentiasa berasa

bertanggungjawab, kasih sayang, beramal soleh, amanah, telus

dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

PELBAGAI CADANGAN AKTIVITI BAGI MEMUPUK INTEGRITI DAN


PENCEGAHAN RASUAH.

Solat Hajat memohon ALLAH SWT membuka pintu hati Perasuah supaya SEDAR akan betapa
Keji dan Hina nya perbuatan Rasuah.
Memohon pada ALLAH SWT membuka pintu hati Perasuah untuk Tinggalkan dan TAUBAT
memohon Keampunan ALLAH SWT.

Memohon ALAH SWT memberi Petunjuk kepada Perasuah akan Kebenaran dan Kekuasaan
ALLAH SWT. Mohon ALLAH SWT tunjukkan Kebesaran NYA agar menjadi tauladan pada
hamba-hamba NYA.

Memohon pada ALLAH SWT membuka pintu Keinsafan dan Memulang Kembali hasil Rasuah
yang telah diambil.

Memohon pada ALLAH SWT menambatkan keimanan di Hati Perasuah supaya Menolak
Rasuah.

Memohon ALLAH SWT selamatkan Negara Malaysia dari hancur atas perbuatan Rasuah.

Lakukan dan Berkata-Kata lah perkara yang baik.

1. Zikir kepada ALLAH SWT

2. BERDOA Pada ALLAH SWT.

3. BACA AL-QURAN

4. SAMPAIKAN PERKARA-PERKARA BAIK SESAMA MANUSIA

Tanamkan segala sifat positif ini dalam diri;

KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN, KEIKHLASAN,


INTEGRITI, KESABARAN, KEJUJURAN

SENTIASA INGAT - Sebagai ketua keluarga janganlah ambil mudah rezeki yang dibawa pulang.

Rezeki yang haram akan memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga.

Anak tidak menjadi dengan perangai yang buruk dan pelajaran tidak berjaya.

Sekarang ini banyak contoh ibu ayah lulusan tinggi dan jawatan tinggi tetapi anak-anak ada
masalah pelajaran tidak pandai dan berjaya seperti ibu bapa mereka.

Tingkah laku sunggguh mengaibkan dan tidak menghormati orang tua.

PERKONGSIAN PENGALAMAN 1.

Prinsip-prinsip dalam pekerjaan sebagai pegawai SPRM

Sebagai pegawai SPRM, kami mendapat ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber; belajar
daripada guru, membaca, belajar dari pengalaman senior.

Yang penting adalah kemahuan untuk menambah ilmu yang ada.

Pengetahuan / ilmu yang paling istimewa dan menyeronokkan adalah didapati dari
PENGALAMAN SENDIRI. Ianya akan kekal lama dalam ingatan dan mempunyai kesan yang
mendalam.

Prinsip 1 FIRST LIGHT ENTER

Prinsip yang dipelajari semasa di Cawangan Siasatan Ekonomi.

Dalam satu kes, saya diarahkan untuk mengetuai operasi untuk tangkap seorang pegawai kanan
sebuah kementerian hasil laporan Ketua Audit Negara yang mendapati terdapat penyelewengan
dalam perolehan kerajaan.
Waran tangkap dikeluarkan apabila kami telah berjaya kumpul fakta yang dapat membuktikan
kesalahan pegawai terbabit.

Prinsip tersebut tidak dijelaskan kepada saya tetapi saya diminta mengikut arahan seorang
pegawai lama. Dia minta saya bersedia di rumah pada jam 4 pagi. Seorang pembantu siasatan
datang ke rumah jemput saya dengan menaiki motosikal kapcai.

Semasa operasi berjalan baru saya faham prinsip ini.

Pasukan operasi berada didepan rumah suspek seawal jam 4 pagi bagi membuat intipan bagi
mengesahkan suspek berada di rumah.

Apabila lampu pertama dibuka dirumah suspek, pasukan operasi terus bertindak membuat
tangkapan.

Prinsip first light enter bermaksud

tindakan menangkap suspek yang baru bangun tidor

bagi mewujudkan elemen kejutan.

Suspek yang ditangkap dalam keadaan tidak bersedia, tidak akan sempat untuk memusnahkan
atau mengubah apa-apa bukti.

Malah tidak sempat untuk berfikir mencari alasan atau helah bagi menutup kesalahan mereka.

Prinsip 2 KILL FIRST EXPLAIN LATER

Ianya bukanlah bermaksud kita perlu membunuh seseorang.

Dalam siasatan kes rasuah yang melibatkan tuntutan palsu atau salah guna kedudukan, dokumen-
dokumen penting berisiko untuk dimusnahkan, dihilangkan atau diubah suai. Kalau berlaku,
rosaklah kes yang sedang disiasat.
Penyiasat perlu bertindak pantas dan bijak memastikan dokumen itu

berjaya di temui dan disimpan dengan selamat.

Sebarang kelewatan atau kesilapan akan memberi implikasi buruk kepada kes.

Dalam situasi inilah prinsip kill first explain later dilaksanakan.

Penyiasat mesti mendapatkan dokumen penting itu dengan apa cara sekalipun dengan secepat
mungkin.

Dokumen itu perlu diperolehi dahulu agar bukti dapat dipelihara, tidak musnah. Hilang atau
diubah suai.

Satu lagi kaedah prinsip ini adalah dengan merampas

sebanyak mungkin dokumen dari premis suspek atau saksi,

sama ada berkaitan atau tidak berkaitan dengan kes.

Tujuannya bagi mengelakkan tiada dokumen penting terlepas pandang atau tidak diambil untuk
membantu siasatan. Sesetengah dokumen mungkin kelihatan tidak berkaitan pada peringkat
awal, namun apabila siasatan lanjut dijalankan, ia menjadi dokumen penting.

Prinsip 3 NO OTHER REASON DO IT NOW -NORDIN

Saya pelajari prinsip penting ini dari Dato Nordin Ismail, sifu saya di BPR yang mempunyai
karakter yang amat unik dan menarik.

Aspek teknikal dan strategi siasatan ini saya aplikasikan sepenuhnya dalam tugasan saya di
SPRM.

Kerja mesti sentiasa pantas dan jangan bertangguh


dalam apa jua tugas yang diberikan.

Prinsip ini mengingatkan saya agar tidak memberi alasan untuk tidak melaksanakan sesuatu
pekerjaan yang diarahkan.

Semua penjawat Awam disarankan WAJIB

mempunyai sifat yang terkandung dalam prinsip ini.

Kita mesti ada sense of urgency

demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Prinsip 4 NEED TO KNOW BASIS

Prinsip ini berkaitan kerahsiaan dalam siasatan.

Prinsip ini bermaksud; hanya pegawai yang terlibat dalam sesuatu siasatan sahaja yang boleh
mempunyai maklumat mengenai kes tersebut.

Pegawai lain tidak perlu atau tidak boleh mengambil tahu kes yang disiasat itu.

Pegawai yang terlibat juga tidak boleh mendedahkan kepada orang lain sebarang maklumat
berkaitan siasatan.

Elemen kerahsiaan ini penting bagi mengelakkan nama baik individu atau agensi
daripada tercalar akibat siasatan yang dilaksanakan.

Harus diingat, tidak semua orang yang ditohmah atau disiasat itu bersalah.

Kerahsiaan amat penting bagi memastikan kelancaran siasatan. Kebocoran maklumat mengenai
siasatan boleh menyebabkan saksi lari, dokumen hilang atau diubah suai.

Prinsip ini amat mencabar dan tergugat dengan wujudnya media sosial yang boleh menyebarkan
sesuatu dalam sekelip mata sahaja.
Pegawai SPRM perlu bijak membezakan maklumat umum dan rahsia. Maklumat itu tidak akan
diklasifikasikan sulit atau rahsia tanpa sebab.

Peliharalah rahsia jabatan. Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut.

PERKONGSIAN PENGALAMAN 2.

Setiap pengalaman mempunyai pengajaran yang tersendiri.

Pengalaman merupakan khazanah saya yang paling berharga.

Tidak kira ianya mencuit hati, sedih, gembira atau marah.

Pengalaman juga mematangkan saya dalam kehidupan.

Berjaya menongkah segala cabaran sehinggalah ke hari ini.

Segala perkongsian pengalaman ini adalah semata-mata untuk memberi ikhtibar kepada
semua

PENGALAMAN 1 KES PERTAMA SAYA

Setiap pegawai pasti akan ingat kes pertama mereka

walaupun telah berpengalaman menyiasat kes kes lain yang lebih besar.

Kes pertama adalah landasan untuk menguji dan mengaplikasi segala ilmu yang
diperolehi semasa kursus asas dahulu.

Maka siasatan ini dilaksanakan dengan penuh keinginan dan semangat.

Fakta kes dan nombor kertas siasatan kes sulung masih diingati

dan ianya melibatkan skandal dalam industri perbankan.


Pada tahun 1980 an, terdapat sebuah bank cooperative yang popular dalam aktiviti
peminjaman wang kepada penjawat awam.

Siasatan dilakukan apabila disyaki berlaku penyelewengan berjumlah jutaan ringgit oleh
peminjam dengan memanipulasi kaedah pinjaman charge in escrow.

Charge in escrow bermaksud pinjaman pembangunan diberi

bukan berasaskan nilai semasa tanah tetapi

berdasarkan nilai pembangunan (diatas tanah terbabit) yang akan dilaksanakan.

Perbezaan antara nilai semasa tanah dengan nilai pembangunan yang akan dilaksanakan
adalah amat besar.

Dalam kes ini, syarikat yang membuat pinjaman didapati tidak menggunakan wang yang
diperolehi daripada bank cooperative terbabit untuk tujuan projek pembangunan.
Sebaliknya, syarikat itu menggunakannya untuk tujuan lain.

Akhirnya, bayaran ansuran tidak dapat dibayar dan tiada pembangunan dibuat.

Saya tidak mahu mendedahkan maklumat sebenar kes ini namun

untuk memudahkan kefahaman, saya berikan contoh berikut:

Syarikat itu membuat pinjaman dengan dengan mencagarkan sebidang tanah

dengan nilai semasa sebanyak RM 1.5 juta.

Projek pembangunan yang dicadangkan perlaksanaan

diatas tanah itu bernilai RM 100 juta.

Kaedah charge in escrow membenarkan pinjaman

sebanyak 80% daripada nilai pembangunan (RM 100 juta)

dan bukan nilai semasa tanah (RM 1.5 juta).

Maka jumlah pinjaman yang diperolehi adalah sebanyak RM 80 juta.


Hakikatnya, penyelewengan berlaku apabila kaedah pinjaman charge in escrow ini
dimanipulasi untuk membuat pinjaman bagi projek yang sebenarnya tidak wujud.

Apabila syarikat peminjam gagal membuat bayaran, bank cooperative terbabit mengalami
kerugian yang besar kerana nilai tanah yang dicagarkan terlalu rendah berbanding
pinjaman yang diberikan.

Selain kerugian kerana pinjaman charge in escrow, pemimpin bank itu turut dikesan
melakukan beberapa penyelewengan lain yang menyebabkan bank itu terpaksa gulung
tikar.

Secara peribadi, banyak yang saya pelajari dalam kes ini terutamanya

berkenaan teknik siasatan seperti merakan percakapan saksi yang berkesan

dan bagaimana menganalisa dokumen kewangan.

Terima kasih juga kepada mentor yang mengajar selok belok penyiasatan kepada saya.

PENGALAMAN 2 MENGENDALIKAN SAKSI ALCOHOLIC

Kes ini berlaku pada tahun 1985 di selatan tanah air.

Seorang lelaki didakwa menipu pihak bank untuk mendapatkan

pinjaman bagi projek ternakan kambing.

Tertuduh menggunakan rakannya, seorang petani bagi

memohon pinjaman yang sebenarnya tidak digunakan untuk projek tersebut.

Petani itu menjadi saksi penting BPR kerana dia telah menandatangan borang permohonan

dalam keadaan mabuk.

Saksi adalah seorang alcoholic atau pemabuk tegar. Dia tidak dapat berfikir dengan waras jika
tidak minum atau terlebih minum minuman keras.
Beliau hanya dapat berfikir dan bercakap dengan baik apabila diberi minuman keras dalam
kuantiti yang betul, tidak terlalu kurang atau lebih.

Semasa perbicaraan, saksi ini perlu dikendali dengan betul kerana

dikhuatiri dia akan bercakap bukan-bukan

semasa memberi keterangan di mahkamah.

Kes akan terjejas kerana dia adalah saksi utama.

Sebagai pegawai penyiasat, saya mesti benar-benar memahami keadaan saksi sebelum saksi ini
member keterangan di mahkamah. Perlu diketahui bila saksi ini perlu diberi minum dan kuantiti
yang sesuai agar dia dapat berfikir dengan baik.

Maklumat ini diperoleh dengan berbincang dengan saksi tersebut, keluarga dan kawan-
kawannya.

Dengan info itu, kami menyediakan minuman keras kepada saksi pada masa dan kuantiti yang
betul. Hal ini tidak menjadi masalah kerana saksi bukan beragama Islam.

Kami juga berbincang dengan Timbalan Pendakwa raya supaya memanggil saksi itu memberi
keterangan hanya ketika dia betul betul bersedia.

Dengan strategi itu, saksi itu dapat memberi keterangan dengan baik semasa perbicaraan dan
akhirnya tertuduh didapati bersalah oleh mahkamah.

Iktibarnya, pegawai penyiasat mesti sentiasa memahami keadaan saksi. Strategi perlu ada dalam
mengendalikan saksi terlibat. Strategi berbeza perlu digunakan bagi saksi kes lain. Bergantung
kepada situasa di keperluan semasa.

Saksi perlu dilayan dengan baik kerana mereka merupakan penentu

kepada kejayaan kes yang dibicarakan.


PENGALAMAN 3 USTAZ TERJEBAK DENGAN PENGARUH KAWAN

Jenayah rasuah tidak mengenal siapa, warna kulit, agama dan kedudukan seseorang.

Ustaz juga seorang manusia biasa

Fakta Kes Ustaz berkenaan meneri arahan berpindah ke semenanjung setelah tujuh
tahun mengajar di Sarawak. Sebuah syarikat pengangkutan telah dilantik untuk
menguruskan perpindahan barangan beliau dengan biaya kerajaan.

Pada ketika itu, tempahan tiket kapal terbang mengambil masa yang agak lama.
Sementara menunggu tiket itu diuruskan, ustaz ini bersama keluarganya menumpang di
rumah seorang kawan di Bandar Kuching.

Sementara menunggu itulah, ustaz itu diduga. Kawannya mencadangkan agar ustaz
meminta wang daripada syarikat pengangkutan yang menguruskan barangnya itu atas
alasan kerana memilih syarikat pengangkutan itu.

Dua kali pemilik syarikat itu menolak permintaan ustaz tersebut. Dua kali juga kawannya
menasihat agar ustaz terus mencuba.

Selepas ditolak kali kedua, kawannya menasihatkan ustaz menggunakan ugutan keatas
syarikat tersebut. Kononnya akan membuat laporan tidak puas hati terhadap khidmat
yang diberikan sekiranya enggan member wang yang diminta.

Tidak tahan dengan ugutan ustaz itu, pemilik syarikat membuat aduan kepada BPR.
Operasi perangkap dibuat dan ustaz ditangkap semasa berjumpa dengan pemilik syarikat
itu bagi menuntut wang yang diminta.

Sesal kemudian tiada gunanya Ustaz itu dituduh di mahkamah kerana rasuah, jenayah
yang dilakukannya akibat pengaruh kawan.

Beliau didapati bersalah dan dihukum penjara serta dibuang kerja.


Pengajarannya Pengaruh kawan dan sifat inginkan keuntungan mudah boleh
menyebabkan sorang ustaz terjebak. Pertimbangan yang waras amat perlu demi
mengelakkan jenayah rasuah.

Saya lebih sedar untuk terus berdakwah kepada penduduk setempat. Sebagai ustaz,
mungkin ini balasan Allah kerana tidak menjalankan amanah dengan baik dalam
menyampaikan dakwah kepada penduduk di sana. Ustaz bukan setakat mengajar pelajar
di sekolah malah amanahnya lebih besar lagi. Saya dimaklumkan bahawa ustaz ini tidak
membantu langsung mendidik masyarakat setempat dalam hal keagamaan.

PENGALAMAN 4

AIB DITANGKAP KETIKA MAJLIS DOA SELAMAT KE HAJI

Berlaku di Kuching pada tahun 1990an membabitkan seorang penjawat awam yang
bertaraf ketua jabatan di Sarawak.

Ianya memberi banyak keinsafan kepada saya. Allah SWT telah menunjukkan balasan di
dunia kerana memperoleh rezeki secara haram.

Fakta kes: Membuat tuntutan palsu.

Timbalan Pendakwaraya telah keluarkan Izin Untuk Mendakwa (CTP) setelah semua
bukti telah mencukupi. Mengikut prosedur, tangkapan akan dibuat terlebih dahulu dan
rakaman percakapan suspek akan diambil.

Setelah dapat CTP, saya telah arahkan tangkapan dibuat terhadap ketua jabatan tersebut
di rumah. Pegawai BPR yang terbabit berbangsa Iban dan bukan beragama Islam.

Beliau telah ditangkap dan dibawa balik ke pejabat untuk diambil rakaman percakapan.
Saya dimaklumkan bahawa tertuduh hendak berjumpa saya. Mulanya, saya menolak
permintaan tersebut. Tetapi setelah dimaklumkan bahawa tertuduh merayu dan menangis,
saya bersetuju berjumpa dengannya.

Ketika berjumpa tertuduh di bilik rakan percakapan, beliau masih menangis. Saya
bertanya sebab dia menangis. Dalam sendu, beliau mengatakan yang beliau menangis
bukan sebab ditangkap kerana perkara itu sudah dijangka akan berlaku.

Beliau menangis kerana amat malu ditangkap semasa

majlis doa selamat sebelum beliau berlepas ke Mekah menunaikan haji.

Majlis itu bukan sahaja dihadiri sanak saudaranya, Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai
dari Semenanjung Malaysia turut berada di rumah bagi mendoakannya ke tanah suci.

Tangkapan dibuat pada siang hari. Dijadualkan beliau akan berangkat ke Mekah pada
sebelah malamnya. Tergamam saya mendengar penjelasan itu.

Kalau saya tahu lebih awal, sudah tentu saya tidak akan mengarahkan tangkapan di buat
pada hari itu. Tangkapan dan pertuduhan boleh dibuat selepas beliau pulang dari Mekah.

Ironinya, saya mengarahkan pegawai bukan beragama Islam yang sudah tentu tidak
faham mengenai majlis keagamaan yang sedang berlangsung dirumah tertuduh. Saya
tidak salahkan pegawai saya kerana beliau hanya melaksanakan tugas seperti yang
diarahkan.

Atas dasar kemanusiaan, saya mengarahkan beliau dilepaskan segera dengan jaminan.
Agar beliau sempat berlepas ke tanah suci pada malamnya.

Beliau hanya dituduh selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji.

Betapa hinanya pembalasan tuhan ke atas hambanya ini. Beliau yang selama ini
mempunyai imej alim, bukan sahaja dimalukan dihadapan saudara mara dan rakan
sekerja, malah paling malang ditangkap ketika majlis doa selamat untuk ke tanah suci.
Kes ini benar-benar memberi iktibar kepada saya.

PENGALAMAN 5

CEO TUMPAS DI HADAPAN ANAK-ANAKNYA

PERKONGSIAN PENGALAMAN 3.

Mengendali antara kes terbesar di Malaysia pada ketika itu.

SKANDAL PERWAJA

Syarikat berkaitan kerajaan itu mengalami kerugian berbillion ringgit

dipercayai akibat penyelewengan dan salah urus syarikat.

Siasatan bersepadu PDRM dan BPR mendapat sokongan penuh dari Jabatan Peguam
Negara.

Saya sendiri terlibat dalam siasatan kes ini yang menyaksikan Pengarah Urusannya, Tan
Sri Eric Chia Eng Hock (Eric Chia) didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah amanah
melibatkan RM 76.4 juta.

Pertuduhan dibuat pada 9 Februari 2004 setelah lebih lapan tahun siasatan dibuat bagi
mencari bukti dan keterangan.

Pada 26 Jun 2007, Eric Chia dibebaskan kerana isu teknikal.

Beliau meninggal dunia ketika rayuan sedang dibuat keatas keputusan tersebut.
Pengalaman mengendalikan kes ini adalah pengalaman saya yang paling menarik sekali
kerana ianya adalah siasatan berprofil tinggi yang amat rumit dan merentas sempadan.

Ini merupakan kes terawal yang mana kaedah money trail dibuat.

Pada masa itu, kaedah siasatan itu dinamakan sebagai follow the money.

Pergerakkan wang yang diperoleh daripada kesalahan (didakwa)

dikesan dan dituruti ke mana ia pergi.

Terlalu banyak transaksi, dokumen dan saksi terlibat. Siasatan perlu mengumpul bukti
melibatkan transaksi bank yang rumit di Negara Jepun, Switzerland, Hong Kong dan
China.

Saksi-saksi luar negara perlu dikesan dan dirakan percakapan menggunakan bantuan
daripada agensi penguatkuasa Negara lain.

Selama 8 tahun kami bekerja keras namun akhirnya Eric Chia didapati tidak bersalah
kerana terdapat saksi yang tidak mahu ke mahkamah memberi pengsaksian.

Skandal PERWAJA merupakan kes pertama di Malaysia yang enggunakan peruntukkan


dibawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 atau MACMA 2002.

Kesan daripada kes ini, beberapa pindaan telah dibuat dalam Akta Keterangan 1950

bagi membolehkan keterangan saksi yang

direkod di luar Negara dapat diterima di mahkamah Malaysia.

10

YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA YARM

MENGGERAKKAN MASYARAKAT MENERUSI


AKTIVITI KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ANTI RASUAH DI MALAYSIA.

Pendirian YARM yang tidak menyebelahi mana-mana pihak

telah menjadikan YARM badan pertubuhan bebas yang telus dan dipercayai

dalam Perjuangan Memerangi Rasuah.

Kepercayaan ini terbukti dengan program-program anjuran parti politik dan badan-badan NGO
dengan YARM bersama-sama duduk membincang, merangka, bertukar pandangan dan pendapat
serta Majlis Ikrar Sumpah Anti Rasuah oleh PAS, UMNO, PARTI AMANAH RAKYAT, IDEAS,
C4 dan banyak lagi.

YARM berpegang kepada kejayaan memerangi Rasuah ialah melalui

Kepercayaan, Perpaduan, dan Kemuafakatan.

Tanggungjawab memerangi Rasuah terletak pada semua Rakyat Malaysia.

Rasuah akan terus berleluasa sekiranya masyarakat hanya menunding jari, berpuak-puak dan
berpecah belah menyalahkan satu sama lain.

YARM BERFUNGSI MEMBERI KESEDARAN:

Pemberi dan penerima rasuah masuk neraka Al-Hadis

Kesedaran bahawa setiap insan perlu takut ke neraka kerana itu adalah janji Allah
kepada mereka yang terlibat dengan rasuah.

Kesedaran bahawa Rasuah adalah lebih jijik dari makan Babi. Walaupun babi itu
HARAM namun ada ketika ianya diharus makan - semasa darurat.

Kesedaran Tunas Integriti kepada anak-anak. Bertanyakan kepada ibu bapa


sekiranya membawa pulang hadiah atau sesuatu yang amat berharga. Dari
manakah sumber pendapatan untuk beli perkara tersebut?
Kesedaran kepada ahli keluarga terutamanya kepada pasangan sendiri supaya
jangan memberi tekanan dengan meminta sesuatu yang keterlaluan. Biarlah kami
mati kelaparan dari memakan hasil rasuah.

Kesedaran kepada diri sendiri supaya jangan mengikut nafsu atau menaruh
keinginan yang keterlaluan. Mulakan perubahan dengan diri sendiri dan sekarang
juga.

YARM BERFUNGSI MEMBERI PENDIDIKAN:

Bermula dengan diri sendiri.

Perubahan bermula disini dan sekarang juga.

Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Kongsikan kata-kata hikmah dan kisah
menarik yang berkaitan integriti dan anti rasuah. Gunakan ruang media sosial yang
ada.

Kepada Generasi Muda pelajar dan mahasiswa. Perkenalkan definasi dan


dedahkan kesan dan akibat buruk jenayah Rasuah.

Pendedahan kepada masyarakat mengikut agama dan bangsa serta lokasi


kediaman mereka.

Jadilah Ahli YARM dengan melayari www.yarm.org.my bersama-sama kita memerangi Rasuah.

TANGGUNGJAWAB MEMERANGI RASUAH

ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Mulakan perubahan dengan diri sendiri dan jadikan Tonggak 7 YARM sebagai sandaran dalam
mengharungi hidup perjuangan kita Memerangi Rasuah.

TONGGAK 7 - YARM

1. TIDAK

Rasuah Adalah Ibu Kepada Segala Jenayah. KATAKAN TIDAK

2. TAHU
Tahu Bahawa Rasuah Adalah SATU Kesalahan Dan Hukuman Nya Tersangat Berat Dan Di
Laknati TUHAN. Neraka Jahanam Tempat Bagi Persauah.

3. TENGOK

Tengok Rasuah. Lapurkan Kepada SPRM Melalui Fax, pejabat SPRM, SMS Atau E-mail.

4. TEGUR

Tegur dan Nasihat Kawan-Kawan, Adik Beradik, Suami Isteri, Saudara Mara dan Anak-Anak.
Teguran Kita Adalah Kerana Kasih Sayang Pada Mereka Dan Ingin Menyelamatkan Mereka
Dari Penjara Dunia Dan Neraka Jahanam.

5. TOLAK

Tolak Rasuah. Rasuah Adalah Lebih Jijik Dari Najis.

Perasuah Adalah Pengkhianat, Penderhaka dan Penghancur Negara.

6. TINGGALKAN

Tinggalkan kalau Pernah Terlibat Dalam Rasuah. Cermin Diri. Benci Rasuah Perosak Harga Diri

7. TAUBAT

Taubat Pada Yang MAHA ESA Dan Mohon Keampunan NYA.

Pintu Keampunan Sentiasa Terbuka. TUHAN MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

YARM satu pertubuhan NGO yang memberi pendidikan tentang Rasuah.

- Apa itu Rasuah?

- Kesalahan Rasuah?

- Jenayah Rasuah?

- Hukuman Rasuah

- Keburukan Rasuah?
YARM memainkan peranan mendidik masyarakat melalui perjumpaan, ceramah, forum, taklimat
sosial media dan aktiviti-aktiviti masyarakat.

YARM bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang ingin memerangi Rasuah

Pegangan Prinsip - Menguatkuasakan Undang-Undang Atas Kuasa Yang Diberikan.

YARM berperanan sebagai memberi PENDIDIKAN dan KESEDARAN kepada masyarakat


tentang bahayanya RASUAH.

YARM tidak mempunyai kuasa untuk undang-undang untuk menangkap Perasuah.

YARM menggunakan pendidikan secara LISAN

Bagi memberi nasihat dan pencerahan akan bahaya RASUAH.

YARM bertemu masyarakat dari berbagai lapisan kaum, latarbelakang politik, pangkat atau
pekerjaan dan umur dalam memberi pendidikan bahaya Rasuah kepada Negara dan Masyarakat
Malaysia.

Pendekatan YARM ialah memberi penekanan bahawa

RASUAH ADALAH HARAM DAN DILAKNATI OLEH SEMUA AGAMA.

YARM menekankan faktor Agama dalam kehidupan seharian dalam mendidik masyarakat

Konsep D.U.I.T.

DOA

Cari ilmu kekuatan hati dengan DOA pada ALLAH SWT. Mohon pada NYA dan Bertawaqal
kepada NYA.

USAHA

Sentiasa berasa syukur atas apa yang kita ada. USAHA tanpa berputus asa dengan sabar

IKHTIAR
IKHTIAR dengan jalan yang betul mencari rezeki yang Halal walaupun SEDIKIT.

TAWAQAL

Segala yang ada di dunia ini adalah milik ALLAH SWT. Serah pada ALLAH SWT dan mohon
akan Keredaan NYA. Percaya Diri. Yakin Diri. Cermin Diri.

Keahlian Sukarelawan YARM terkini ialah 4,012. YARM mempunyai cawangan/cabang disetiap
negeri yang diketuai oleh Pengerusi YN NEGERI.

Jadilah Ahli YARM samada sebagai SUKARELAWAN, AHLI BIASA ATAU AHLI KOPERAT
bersama-sama memerangi RASUAH. Kalau kita TIDAK bersama-sama mengambil peranan
memerangi RASUAH maka akan hancurlah NEGARA kita yang tercinta. Rakyat Malaysia
membina Negara yang berjaya selama 59 tahun tapi RASUAH boleh menghancurkan Negara
dalam sekelip mata sahaja.

SEMATKAN BENCI RASUAH DALAM HATI DAN

BERSAMA-SAMA MEMERANGI RASUAH.

JADILAH AHLI YARM

YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA ialah badan yang memerangi Rasuah melalui
LISAN. Mendidk, Menasihati dan Menyedarkan masyarakat melalui kata-kata,
pengalaman, Al-Quran dan Hadis tentang betapa hina dan jiiiknya RASUAH.

Manusia dijadikan oleh Allah SWT sebagai sebaik-baik ciptaan - sempurna.

Sebagai Ummatta Wasatta atau sikap Wassatiyah sebagaimana yang diseru oleh
YAB Perdana Menteri kita Dr. Wehda Al Zuhaily You are here to influence others,
not to be influence by others.

Perbandingan antara Australia vs Somalia. Pilihlah Malaysia hendak jadi yang


bagaimana

Seluruh lapisan masyarakat perlu memainkan peranan. Menjalankan tugasan /


tanggungjawab untuk melaporkan rasuah.
KESIMPULAN akhir

Bahawa kehidupan dunia adalah ujian.

Pangkat dan jawatan adalah ujian.

Amanah dan tanggungjawab adalah ujian.

Menegak yang makruf dan menentang yang mungkar adalah satu tuntutan.

Setiap janji yang diungkapkan, setiap perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan akan
diperiksa pada hari kebangkitan, di Mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar; ketika itu tidak
ada peguambela untuk membela dosa yang telah dilakukan, begitu juga amanah yang gagal
disempurnakan. Memerangi rasuah adalah jihad, yang perlu disemaikan di hati sanubari insan.

Rasulullah bersabda:

"Dalam diri manusia ada segumpal 'daging',

apabila 'daging' itu baik maka baiklah akhlak orang itu;

apabila 'daging' itu buruk, maka buruklah akhlak orang itu".

Semoga Allah memberikan petunjuk dan kekuatan kepada setiap anggota SPRM, gigih
menyempurnakan tugas berat membasmi rasuah.

Semoga setiap niat ikhlas dan tugas yang dilaksanakan secara jujur mendapat hidayat dan
ganjaran Ilahi.

Anda mungkin juga menyukai