Anda di halaman 1dari 216

PENGAJIAN ISLAM

NUR BAKRI iABD HAMID


MOHD AQIB HJ. AHMAT
NUR AMILIN WAJIHAH SHAMSUDDIN
ISI KANDUNGAN

Kata Pengantar iii


Bab 1 Nikmat Dan Kesyukuran 1
Bab 2 Kemanusiaan Dalam Islam 13
Bab 3 Islam Sebagai Sistem Kehidupan Aqidah:
Asas Kehidupan Manusia Di Dunia 35
Bab 4 Islam Sebagai Sistem Kehidupan Syariat:
Panduan Hidup Dalam Islam 63
Bab 5 Islam Sebagai Sistem Kehidupan Akhlak:
Sistem Nilai Dalam Islam 85
Bab 6 Ciri-ciri Khusus Islam 89
Bab 7 Al-Quran Sebagai Panduan Hidup 99
Bab 8 Rasulullah SAW Sebagai Pedoman 107
Bab 9 Kehidupan Para Sahabat RA 127
Bab 10 Hari Akhirat: Ganjaran & Balasan 139
Bab 11 Nafsu & Syaitan: Ujian & Fitnah Untuk Manusia 167
Bab 12 Cabaran Dan Peranan Pemuda Islam Hari Ini 189

Rujukan

ii
KATA PENGANTAR

Segala puji bagi Allah SWT, Rabb semesta alam. Dengan nikmat serta limpah kurnia
dari-Nya, kita masih berpegang teguh dengan jatidiri dan prinsip Islam. Selawat dan
salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat-sahabat
RA dan orang-orang soleh yang telah awal mengembani risalah Islam ini.

Islam yang dikurniakan kepada diri kita adalah rahmat dan pemberian Allah SWT
yang terbesar. Allah SWT menyebut di dalam al-Quran:

Maksudnya: “Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-


orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang
kufur ingkar)?”
(QS al-Qalam: 35)

Lantas, keimanan dan keIslaman yang diperolehi pada tiap-tiap orang yang beriman
adalah pengiktirafan yang tertinggi disisi Allah SWT. Seorang Muslim itu diangkat
disisi Rabb-Nya melangkaui penghormatannya di dunia kerana kefahaman, amalan
dan tanggungjawab yang diterima dengan hati yang ikhlas untuk menyempurnakan
sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah, Modul Pengajian Islam di hadapan anda ini akan merongkai


keistimewaan Islam bermula daripada menghadirkan sifat syukur sebagai insan.
Ianya juga membincangkan kesempurnaan kepada keseluruh penciptaan di muka
bumi ini khususnya penciptaan manusia berserta ciri-ciri kelemahan dan
keupayaannya.

Modul ini juga membincangkan elemen-elemen lengkap dan penting sebagai panduan
asas seorang Muslim untuk menerajui kehidupan di dunia sehingga di akhirat. Ianya
juga membincangkan batu asas kepada kefahaman fiqah daripada perbincangan
maksud sesuatu hukum dan kesan kepada perlaksanaan sesuatu hukum dan juga
kebaikan meninggalkan yang lain.

Modul ini juga menekankan perihal sumber utama Islam, iaitu al-Quran al-Karim
serta perbendaharaannya. Semua ilustrasi prinsip-prinsip Islam di dalam al-Quran ini
dikukuhkan lagi dengan peristiwa sebenar kehidupan Nabi Muhammad SAW dan
para sahabat Baginda RA. Dan juga membincangkan peranan penting sebagai seorang
Muslim dan pemuda untuk mengemban risalah Islam ini dari pelbagai sudut,
kemampuan, dan peluang.

iii
Semoga sedikit asahan minda dan pengalaman yang telah dicurahkan ke dalam modul
ini, menjadi panduan asas untuk dikembangkan lagi ke dimensi ilmu yang lain serta
menjadikan kita lebih dekat dan takut kepada Allah SWT serta ditinggikan hanya
dengan Iradat-Nya.

Allahuakbar walillahilhamd!

Nur Bakri Abd Hamid


Januari 2019
Cyberjaya, Selangor,
Malaysia

iv
BAB 1
NIKMAT DAN KESYUKURAN

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar dapat menjelaskan hakikat nikmat dan makna kesyukuran.


2. Pelajar dapat mengenalpasti bahawa suatu pemberian itu adalah nikmat
ganjaran atau ujian.
3. Pelajar dapat mengenalpasti kaedah bersyukur pada satu-satu pemberian
nikmat yang diterima.

1.0 PENDAHULUAN

Dalam kehidupan ini, terkadang kita mendapat sesuatu pemberian berupa kebaikan-
kebaikan yang tidak disangka-sangka sehingga hati kita terasa sangat bahagia. Lantas
terucaplah kalimah “Alhamdulillah” di bibir kita sebagai tanda rasa syukur atas
sesuatu yang kita katakan sebagai “nikmat” dari Allah SWT.

Namun, berbeza pula sikap kita terhadap pemberian-pemberian yang rutin kita
terima. Misalnya kita diberi kesihatan untuk beraktiviti, mampu bercakap, mampu
berjalan, ada makanan untuk dimakan, ada air untuk diminum, boleh bergelak
ketawa, setiap hujung bulan mendapat gaji yang mencukupi dan lain-lain pemberian
yang terkadang kita terlupa bahawa ia juga sebenarnya satu “nikmat” yang seharusnya
juga kita mengucapkan “Alhamdullah” atas nikmat-nikmat ini. Mungkin kerana
terlalu rutin mendapatkannya, pemberian-pemberian ini tidak lagi dirasakan sebagai
satu nikmat.

1.1 HAKIKAT NIKMAT

Apakah hakikat suatu pemberian yang dirasakan sebagai suatu nikmat? Adakah ia
hanya berbentuk pemberian kebaikan yang sekali skala diberikan secara tidak
disangka-sangkakan lalu ia memberi rasa bahagia? Atau termasuk juga semua
pemberian yang rutin kita terima dalam kehidupan kita.

Imam Ibnu Katsir ketika menafsirkan surah at-Takatsur, menukil satu hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Rasulallah SAW pernah bersama-sama Abu Bakar
dan Umar memakan sebiji kurma dan meminum seteguk air. Kemudian Beliau
bersabda, “Ini (sebiji kurma dan seteguk air) adalah sebahagian dari nikmat yang
kamu akan diminta pertanggungjawaban darinya.” Dalam hadis lain dijelaskan,

1
"Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia tertipu, yaitu nikmat sehat dan
waktu senggang." (HR Bukhari).

1.1.1 KEHIDUPAN SATU NIKMAT TERBESAR

Kehidupan merupakan satu nikmat terbesar bagi manusia. Dengan kehidupan inilah
kita dapat merasakan nikmat-nikmat lain yang wujud di dunia ini. Berapa banyak
kehamilan seorang bayi yang berakhir dengan keguguran atau ia meninggal ketika
masih dalam kandungan atau ia meninggal kematian ketika dilahirkan atau meninggal
ketika belum mampu merasakan nikmat suatu pemberian. Firman Allah SWT:

“Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani,
sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai
seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai
kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua,
di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (kami perbuat demikian)
supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu
memahami(nya).”
(QS: Ghafir ayat 67)

Oleh sebab kehidupan adalah satu pemberian yang tidak ternilai nikmatnya, maka
Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri atau membunuh orang lain. Firman
Allah SWT:

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allâh adalah Maha


Penyayang kepadamu.”
(QS: An-Nisa’: 29)

Dari Jundub bin Abdullah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:


“Dahulu ada seorang laki-laki sebelum kamu yang mengalami luka, lalu dia
berkeluh kesah, kemudian dia mengambil pisau, lalu dia memotong
tangannya. Kemudian darah tidak berhenti mengalir sampai dia mati. Allah
Azza wa Jalla berfirman, “Hamba-Ku mendahului-Ku terhadap dirinya, Aku
haramkan surga baginya”.
[HR. Al-Bukhâri]

1.1.2 KEPELBAGAIAN NIKMAT ALLAH

Selepas nikmat kehidupan maka datanglah nikmat-nikmat lain menghampiri kita.


Jika kita ingin menghitungnya maka sudah pasti kita tidak akan mampu
menghitungnya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

2
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat
menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. An Nahl: 18)

Kepelbagian nikmat Allah ini boleh kita bahagikan kepada beberapa ketegori:

1. Nikmat Fitriyah
Ia adalah pemberian yang melekat dengan diri sejak awal kejadian manusia
seperti kesempurnaan anggota badan, kesempuranaan panca indera, bakat
kemahiran dan kemampuan berfikir, mempunyai rasa hati dan perasaan dan
lain-lain. Semua ini nikmat yang disediakan untuk menempuhi kehidupan
manusia di atas muka bumi.

2. Nikmat Ikhtiyar
Ia adalah pemberian berbentuk ganjaran atas usaha yang dilakukan oleh
manusia seperti kekayaan, kemakmuran, kejayaan, kepintaran, kecerdasan,
jawatan yang tinggi dan lain-lain perkara yang dikecapi hasil usaha yang kita
lakukan.

3. Nikmat Alam / Dunia


Ia adalah seluruh kejadian alam yang diciptakan Allah seperti udara, air, tanah,
api, cahaya, haiwan, tumbuhan, gunung ganang, bukit bukau, lembah padang
pasir, hutan belantara dan lain-lain. Semua ini adalah nikmat yang disediakan
Allah SWT bagi memenuhi keperluan dan tujuan hidup manusia.

4. Nikmat Din
Ia adalah pemberian berbentuk petunjuk dan bimbingan kepada sistem
kehidupan dan kepercayaan bagi umat manusia iaitu nikmat cahaya Iman dan
Islam. Nikmat inilah membimbing manusia mengecapi kejayaan dan
kebahagian di dunia dan akhirat.

5. Nikmat Ukhrawi
Ia adalah janji pemberian dalam bentuk ganjaran-ganjaran kebaikan setelah
kematian seseorang seperti nikmat kedamaian taman syurga di alam kubur,
dan syurga di akhirat kelak. Tanda-tanda nikmat ini dapat dirasa di dunia lagi
seperti ketenangan jiwa.

Kesemua nikmat ini menuntut kita kepada kesyukuran yang tidak terhingga kepada
yang tuhan yang Maha Pemberi iaitu Allah al-Rozzaq.

3
1.1.3 IMAN DAN ISLAM PENYEMPURNA SEGALA NIKMAT

Pelbagai nikmat pemberian yang telah disebutkan sebelum ini bahkan yang tidak
tersebutkan itu tidak akan terasa nikmatnya jika tidak kerana nikmat iman dan Islam.
Kerana iman dan Islamlah yang mengajar kita bahawa segala pemberian itu adalah
suatu nikmat yang perlu disyukuri. Andai tiada iman dan Islam dalam diri, manusia
tidak akan menyedari bahawa pemberian itu adalah suatu nikmat. Jika tiada
kesedaran terhadap nikmat maka tiadalah perasaan syukur kepada yang Maha
Memberi. Sebab itulah iman dan Islam menjadi penyempurna kepada seluruh nikmat
yang dianugerahkan Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah
Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi
agama untukmu”
(QS al-Maidah: 3)

1.1.4 NIKMAT DAN MUSIBAH ADALAH SATU BENTUK UJIAN


KEIMANAN

Perlu diingat bahawa hakikat suatu pemberian kebaikan itu bukanlah nikmat semata-
mata, bahkan ia adalah ujian kepada manusia. Jika kita beranggapan bahawa ujian itu
hanya hadir dalam bentuk kesusahan dan kepayahan sahaja, maka anggapan itu
adalah satu anggapan yang salah. Al-Quran banyak mengingatkan kita tentang hakikat
nikmat itu adalah satu ujian. Antaranya firman Allah SWT:

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan
(yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
(QS Al-Anbiya’: 35)

Ibnu Abbas dalam menafsirkan ayat ini dengan berkata: “(Kami uji kalian) dengan
kesusahan dan kesenangan, dengan sihat dan sakit, dengan kekayaan dan
kefakiran, serta dengan yang halal dan yang haram. Semuanya adalah ujian.”
Firman-Nya lagi:

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya


dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah
memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membataskan
rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.” Sekali-kali tidak
(demikian).”
(QS Al-Fajr: 15-17)

4
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia
meninggikan sebagian kamu atas sebagian (yang lain) beberapa darjat,
untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.”
(QS Al-An’am: 165)

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan


baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang
terbaik amalannya.”
(QS Al-Kahfi: 7)

“Ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai


cubaan dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.”
(QS al-Anfal: 28)

Lihat pula sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya bagi tiap umat ada fitnah (ujian yang menyesatkan), dan
fitnah umatku adalah harta.” (HR At-Tirmdzi)

Menghadapi ujian nikmat kesenangan ini perlu dimulai dengan perasaan, ucapan dan
tindakan yang menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang, yang telah menanugerahkan nikmat itu kepada kita. Dia berkuasa
mutlak untuk memberi dan menarik segala pemberian. Justeru kesyukuran itu perlu
dikembalikan kepada-Nya kerana hakikat kejadian alam ini adalah milik-Nya. Firman
Allah SWT:

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah”
(QS al-Baqarah: 284)

“(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan,


mereka berkata: “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali”
(QS al-Baqarah: 156)

Adapun pemberian berbentuk ujian kesusahan dan kepayahan yang sering dirasakan
sebagai musibah terkadang menjadi nikmat kepada manusia. Kerana hakikatnya Allah
tidak menguji seseorang hamba melainkan dengan dua sebab. Pertama, sebagai
peringatan untuk kembali kepada kebaikan dan sebagai kifarah (pembersihan) dosa
yang dilakukan. Manakala tujuan yang kedua adalah untuk meningkatkan darjat
manusia di sisi tuhannya.

5
Dalam satu hadis Anas bin Malik RA telah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda:

“Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan


hukumannya di dunia. Jika Allah menghendaki keburukan padanya, Dia
akan mengakhirkan balasan atas dosa yang ia perbuat hingga akan
ditunaikan pada Hari Kiamat kelak.” (HR. Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain pula, Anas bin Malik RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya pahala besar kerana balasan untuk ujian yang berat.
Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan
ujian untuk mereka. Barangsiapa yang ridho, maka ia yang akan meraih
ridho Allah. Barangsiapa siapa yang tidak suka, maka Allah pun akan
murka.” (HR. Ibnu Majah)

Ketika menimpakan ujian kepada hambanya, Allah tidak pernah menzalimi hamba-
hambanya. Firman Allah SWT:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.


Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”
(QS al-Baqarah: 286)
Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh kita ketika mengadapi ujian musibah dalah
dengan memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah)


dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS al-Baqarah: 153)

1.2 SYUKUR

Dalam Islam, kita diajar melafazkan kalimah “Alhamdulillah” dalam menunjukkan


rasa terima kasih kepada Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan. Kalimah ini
membawa maksud “segala puji bagi Allah’, iaitu mengembalikan segala pujian kepada
Allah yang empunya segala kejadian di alam ini termasuklah kebaikan yang diperoleh
manusia atas penat lelah usaha mereka, kerana hakikatnya dengan sifat Rahman dan
Rahim Allah sahajalah manusia memperoleh kebaikan tersebut. Tanpa kepemurahan
dan kasih sayang Allah, mustahil manusia dapat memperoleh sebarang kebaikan
mahupun keburukan dengan hasil usaha sendiri. Firman Allah SWT:

“Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha
Menyayangi”
(QS al-Fatihah: 2-3)

6
Menzahirkan perasaan syukur, tidak hanya terhenti sekadar mengucapkan lafaz
tersebut. Ia perlu disusuli dengan tindakan yang selari dengan makna kesyukuran
tersebut. Ramai orang Islam yang gagal memahami makna kesyukuran yang sebenar.
Realitinya kesyukuran kita sering terhenti pada lafaz “alhamdullah” sahaja, dan
kemudiannya mereka kembali melakukan amal-amal maksiat.

1.2.1 DEFINISI DAN HAKIKAT SYUKUR

Perkataan syukur berasal dari perkataan Bahasa Arab Syukuran yang bermaksud
berterima kasih kepada-Nya. Menurut Kamus Arab – Indonesia, kata syukur diambil
dari kata syakara, yaskuru, syukran dan tasyakkara yang berarti mensyukuri-Nya,
memuji-Nya. Ia juga membawa maksud mengingat segala nikmat-Nya.

Menurut bahasa syukur adalah suatu sifat yang penuh kebaikan dan rasa
menghormati serta mengagungkan atas segala nikmat-Nya, baik diekspresikan
dengan lisan, dimantapkan dengan hati maupun dilaksanakan melalui perbuatan.
Dalam kitab I'anah ath-Tholibin, dinukilkan makna syukur:

“Syukur menurut pengertian bahasa adalah pujian (alhamdulillah)


sebagaimana umumnya. Adapun syukur menurut pengertian syari'at
adalah menggunakan semua yang telah dikurniakan Allah kepadanya
menurut fungsi dan tujuan sesuatu itu diciptakan.”

Dengan kata lain, bersyukur atas nikmat Allah berarti menggunakan segala nikmat
yang diberikan sesuai dengan fungsi yang telah ditetapkan dan diredhai oleh Allah
SWT. Imam Nawawi pula menjelaskan makna syukur dalam kitab tafsirnya sebagai
pengakuan atas kenikmatan yg diberikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah disertai
sikap mengagungkan-Nya.

1.2.2 KEWAJIPAN BERSYUKUR

Perintah yang mewajibkan kita untuk bersyukur atas segala pemberian kebaikan
dapat difahami dari firman-firman Allah SWT. Antarnya:

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan
dan hati, agar kamu bersyukur.”
(QS An-Nahl: 78)

“Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang
yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur.”
(QS al-Furqan: 62)

7
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik
yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-
benar kepada-Nya kamu menyembah.”
(QS al-Baqarah: 172)

Ayat-ayat di atas adalah antara sekian banyak ayat yang menunjukkan pelbagai
nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia, dengannya Allah
memerintahkan untuk kita bersyukur. Bersyukur kepada Allah SWT bermakna ia
mensyukuri dirinya sendiri iaitu pahala dan kebaik bersyukur itu akan kembali
kepadanya. Firman Allah SWT:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu:


"Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada
Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan
barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya
lagi Maha Terpuji.”
(QS Luqman: 12)

Andai manusia tidak bersyukur atas nikmat pemberian, maka Allah tidak akan rugi
sedikitpun kerana hakikatnya Allah tidak memerlukan kesyukuran itu, Dia Maha Kaya
lagi Maha Berkuasa, kekayaan dan kekuasaa-Nya tidak berkurang atau bertambah
dengan keingkaran dan kekufuran manusia. Bahkan, manusialah yang sangat
memerlukan Allah dalam kehidupan. Hanya kepada Allah selayakknya kita
meletakkan pengharapan dan pergantungan. Justeru manusia perlu memastikan diri
mereka sentiasa berada dalam kalangan mereka yang sentiasa dalam pemerhatian
Allah, dalam “ingatan” Allah. Firman SWT:

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah


kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”
(QS al-Baqarah: 152)

Bersyukur menjamin kelansungan nikmat yang dikurniakan, bahkan nikmat yang


disyukuri akan ditambah lagi dengan nikmat-nikmat yang lain. Adapun ketika kita
kufur iaitu tidak mensyukuri nikmat, Allah telah memberi ancaman berupa azam yang
sangat pedih. Firman Allah SWT:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: “Demi sesungguhnya! Jika


kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku
amatlah pedih”
(QS Ibrahim: 7)

8
1.2.3 KAEDAH BERSYUKUR

Mensyukuri nikmat Allah tidak cukup sekadar melafazkan “alhamdulillah” sahaja.


Tidak cukup sekadar memuji dan ucapan terima kasih Allah, namun ia mestilah
diikuti dengan tindakan yang membuktikan kesyukuran itu sebagaimana makna
kesyukuran yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu menggunakan segala nikmat
yang diberikan sesuai dengan fungsi yang telah ditetapkan dan diredhai oleh Allah
SWT.

Sebagai contoh, kita menerima sebuah komputer riba dengan harapan ia dapat
memudah dan mempercepat tugas dan kerja diselesaikan. Maka perkara pertama
yang perlu dilakukan adalah mengucapkan “alhamdulillah” dan terima kasih kepada
yang memberi. Seterusnya sudah tentulah kita perlu melaksanakannya dengan cepat
tanpa berlengah dan menunjukkan hasil yang baik. Ketika kita gagal menyegerakan
dan menunjukkan hasil yang baik dan baik kerana terleka dengan perkara-perkara
lain, sebagai contoh leka dengan melayari internet atau bermain permainan
komputer, maka perkara itu tidak menunjukan kesyukuran kita atas pemberian
tersebut.

Namun begitu, bukanlah bermaksud kita tidak boleh menggunakan komputer riba
tersebut pada perkara-perkara selain kerja yang diamanahkan. Sekiranya kerja yang
diamanahkan telah selesai, maka bolehlah kita menggunakannya pada perkara-
perkara lain selagimana ia adalah perkara kebaikan yang mengundang manfaat dan
redha Allah.

Mengelakkan diri dari menggunakan pemberian itu dari perkara-perkara yang lagho
atau sia-sia juga termasuk dalam makna syukur. Kerana perkara lagho dan sia-sia juga
termasuk dalam perkara mungkar dan maksiat. Lebih malang lagi jika kita
menggunakan pemberian itu untuk perkara-perkara jahat dan maksiat, seperti
melayari laman-laman seSAWang berunsur lucah. Maka ia pasti mengundang
kemurkaan. Bukan hanya kemurkaan Allah bahkan yang memberi pun akan marah.

Contoh lain, kita dikurniakan Allah kemahiran dan kreatif dalam mereka grafik. Suatu
hari ada kawan kita dari persatuan kebajikan memerlukan khidmat pereka grafik.
Namun kerana bajet kewangan yang sedikit, beliau tidak mampu mengupah pereka
grafik profesional yang kebiasaannya menetapkan bayaran yang tinggi. Maka sebagai
salah satu tanda syukur atas kurniaan itu, kita menawarkan diri untuk membantu
walaupun dengan bayaran yang sedikit. Andai kita buat tidak endah tentang keperluan
kawan kita itu, maka tindakan itu boleh dikira sebagai kufur nikmat.

Begitu juga ketika kita mempunyai kenderaan untuk berpergian ke mana-mana, tetapi
kita tidak pernah menggunakan kenderaan yang kita ada untuk ke masjid, ke majlis
ilmu, maka ia termasuk dalam perkara kufur nikmat dan tidak bersyukur kepada
Allah. Firman Allah SWT:

9
“(Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud
untuk bersyukur!” dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-
hamba-Ku yang bersyukur”
(QS Saba’: 13)

Sabda Nabi SAW:


“Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling
pandai bersyukur kepada manusia.” (HR. Ath-Thabrani)

1.2.4 GANJARAN BAGI MEREKA YANG BERSYUKUR DAN ANCAMAN


BAGI MEREKA YANG KUFUR

Cukuplah Firman Allah di bawah ini menjadi panduan untuk kita sentiasa bersyukur
atas segala nikmat yang dikurniakan:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: “Demi sesungguhnya! Jika


kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku
amatlah pedih”
(QS Ibrahim: 7)

Imam Sayyid Qutb dalam kitab tafsirnya “Fi Zilal al-Quran” menyatakan:

“Kesyukuran terhadap nikmat Allah itu merupakan bukti adanya kejujuran


neraca pertimbagan di dalam hati manusia. Suatu yang baik itu disyukuri
kerana kesyukuran merupakan suatu balasan yang tabii mengikut fitrah
yang lurus”

“Ini adalah alasan dan alasan yang lain lagi ialah hati yang bersyukur
kepada Allah kerana nikmat yang dikurniakannya itu sentiasa
bermuraqabah dengan Allah apabila ia menggunakan nikmat itu tanpa
takbur dan berlagak angkuh terhadap orang lain dan tanpa menggunakan
nikmat itu untuk tujuan melakukan penindasan, kejahatan, tindakan-
tindakan yang kotor dan perbuatan-perbuatan yang merosakkan”

“Kedua-dua alasan ini dapat membersihkan hati manusia dan


mendorongkannya ke arah amalan yang soleh, ke arah penggunaan nikmat
dengan cara yang baik yang dapat menyubur dan menambahkan
keberkatan nikmat itu. Kia membuat orang ramai berpuas hati dengan
nikmat itu dan berpuas hati terhadap tuan yang menikmatinya dan
membuat mereka suka membantunya. Ini menambahkan lagi kebaikan
hubungan di dalam masyarakat dan menambahkan kekayaan-kekayaan

10
secara aman dan sebagainya dri sebab kebaikan tabii yang ternampak
kepada kita dalam kehidupan ini.

“Kekufuran terhadap nikmat Allah terkadang-kadang berlaku dengan


perbuatan tidak mensyukurinya atau dengan mengingkarkan Allah sebagai
Pengurnianya atau dengan menghubungkan pencapaian nikmat itu kepada
ilmu kepandaian, kepada pengalaman, kerja keras dan usaha peribadi
seseorang seolah-olah tenaga-tenaga itu bukannya salah satu nikmat-
nikmat Allah. Begitu juga kekufuran terhadap nikmat Allah itu terkadang-
kadang berlaku dengan perbuatan menyalahgunakan nikmat-nikmat itu
sendiri, iaitu ia digunakan dengan maksud menunjukkan keangkuhan dan
kesombongan terhadap orang lain atau melakukan perbuatan-perbuatan
yang merosakkan masyarakat. Semuanya itu merupakan perbuatan-
perbuatan mengingkarkan nikmat-nikmat Allah”

“Azab keseksaan Allah yang berat itu kadang-kadang berlaku dalam bentuk
penghapusan nikmat itu sendiri atau penghapusan kesan-kesan baik di
dalam perasaan seseorang. Berapa banyak nikmat bertukar menjadi bala
yang menyusahkan seseorang dan menimbulkan hasad dengki orang-orang
yang tidak mendapat nikmat itu. Kadang-kadang azab keseksaan itu
ditempuh ke suatu masa yang tertentu di dunia atau di Akhirat sebagaimana
yang dikehendaki Allah, tetapi ia tetap menimpa mereka kerana perbuatan
mengingkari nikmat Allah adalah satu kesalah yang tidak akan terlepas
tanpa balasan”

“Tetapi faedah kesyukuran itu tidak kembali kepada Allah dan kesan
kekufuran itu juga tidak menjejaskan Allah kerana Allah itu Maha kaya dan
Maha Terpuji dengan zat-Nya, bukannya kerana Dia dipuji dan disyukuri
manusia terhadap limpah kurnia-Nya.”

“Sebenarnya kebaikan kehidupan akan tercapai apabila manusia


mensyukuri nikmat Allah dan hati manusia akan menjadi bersih dengan
sebab ia bertawajjih kepada Allah dan menjadi jujur dengan sebab ia
mensyukuri segala kebajikan, dan seterusnya menjadi tenang dan tenteram
kerana terjalinnya hubungan yang mesra dengan Allah yang telah
menganugerahkan nikmat-nikmat. Mereka tidak takut dan bimbang
kehilangan nikmat dan tidak merasa menyesal dan kecewa kerana
perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dikorbankan mereka atau kerana
kehilangan sebahagian dari nikmat-nikmat itu, kerana Allah pemberi
nikmat itu tetap wujud dan nikmat-nikmat itu akan tetap bertambah apabila
mereka mensyukurinya”

11
Firman Allah SWT:

“Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmat-Nya


itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajat kepada
(iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaan-Nya), dan Dia tidak
redha hamba-hambanya berkeadaan kufur, dan jika kamu bersyukur, Dia
meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu”.
(QS al-Zumar: 7)

1.3 ISTIDRAJ: PEMBERIAN YANG MENGHINAKAN

Suatu pemberian itu dikatakan nikmat apabila disertakan rasa syukur sepertimana
yang telah kita bincangkan. Adapun pemberian yang diperolehi dalam keadaan
seorang manusia itu terus kufur kepada Allah maka ketika itu pemberian itu bukanlah
suatu nikmat tetapi ia merupakan istidraj.

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Rasullulah SAW bersabda:

“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada


hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa
orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (HR At-Tabrani, Ahmad dan
Al-Baihaqi)

‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘Anhu, bahawa Nabi bersabda:

“Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa


nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu
hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: “Maka tatkala mereka
melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun
membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga
apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada
mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu
mereka terdiam berputus asa (surah al-An’am: 44)” (HR. Ahmad)

Firman Allah SWT:

“Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa


pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka.
Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya
bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang
menghinakan.”
(QS Ali ‘Imran: 178)

12
“Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian
apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata,
“Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku”.
sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak
mengetahui.”
(QS al-Zumar: 49)

Dari ayat-ayat di atas, dapat kita fahami bahawa jika kita mendapati seseorang itu
semakin buruk kualiti ibadahnya, semakin tidak ikhlas, berkurang amalannya,
sementara maksiat semakin banyak, baik maksiat kepada Allah mahupun maksiat
terhadap manusia, tatapi rezeki yang dikurniakan melimpah ruah, kesenangan hidup
begitu mudah didapatkan, tidak pernah sakit dan celaka, panjang umur, bahkan Allah
berikan kesihatan yang luar biasa padanya, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu
adalah istidraj baginya, bukan karamah. Secara perlahan dan beransur Allah
menariknya ke dalam kebinasaan.

1.4 PENUTUP

Mensyukuri nikmat kehidupan ini adalah dengan berusaha sehabis tenaga kita untuk
memastikan tujuan dan misi manusia dicipta Allah tercapai dan terlaksana iaitu
pertama sebagai hamba yang beribadah dan tunduk sepenuh hati kepada Allah SWT
dan kedua sebagai khlifah Allah yang memakmurkan dunia ini berpandukan undang-
undang syariat yang diturunkan Allah SWT.

Oleh sebab itu, marilah kita memastikan diri kita sentiasa bersyukur dengan segala
nikmatnya, dan sentiasa berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Allah SWT dalam
kisah nabi Sulaiman AS bersama semut yang disebutkan dalam al-Quran:

“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa
dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan
nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaa
aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku
dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-MU yang soleh”
(QS al-Naml: 19)

13
BAB 2
KEMANUSIAAN DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar dapat memahami konsep asas dan unsur utama pada diri manusia.
2. Pelajar dapat mengenalpasti fungsi setiap unsur yang berkaitan dengan
manusia.
3. Pelajar dapat mengenalpasti kaedah menggembeleng kesemua elemen dan
unsur manusia.

2.0 PENDAHULUAN

Kewujudan manusia di atas muka bumi mempunyai peranan dan kedudukan yang
berbeza dengan segala makhluk. Keistimewaan manusia berbanding makhluk lain
diceritakan Allah SWT di dalam al-Quran. Baik dari rupa bentuk, unsur-unsur
dalaman dan perihal tujuan ia diciptakan. Semuanya istimewa berbanding makhluk-
makhluk seperti haiwan, tumbuhan, daratan dan lautan, jin dan malaikat. Justeru
dalam bab ini, kita belajar mengenai diri kita sebagaimana yang disebutkan oleh Allah
SWT di dalam al-Quran.

2.1 PENGENALAN KEPADA MANUSIA


2.1.1 Al-QURAN MERAKAM PERIHAL MANUSIA

Al-Quran telah merakamkan proses kejadian manusia. Walaupun ianya dinyatakan


secara ringkas, ia adalah memadai untuk manusia memahami asal kejadiannya.
Terdapat dua bentuk kejadian manusia yang dibincangkan iaitu; manusia pertama
diciptakan oleh Allah daripada tanah iaitu penciptaan Nabi Adam AS dan proses
kejadian manusia di dalam perut ibunya.

Manusia dalam Islam bukanlah ciptaan yang hanya mempunyai elemen material
semata-mata sebaliknya juga dilengkapi dengan elemen roh atau spiritual. Roh adalah
tiupan roh Allah yang tidak mungkin dapat dicapai dengan akal, walaupun akal yang
dimiliki oleh manusia memiliki potensi besar dalam mencapai puncak ilmu
pengetahuan. Ini disebakan roh adalah sesuatu yang ghaib yang menjadi petunjuk
bagi jiwa dan sumber kepada kesedaran akal manusia. Penciptaan manusia dengan
ruh adalah sebahagian daripada bukti Kekuasaan Allah.

14
Islam juga telah mengisyaratkan tentang kesempurnaan diri manusia. Oleh itu,
manusia adalah ciptaan paling sempurna kerana mempunyai roh dan jasad, diberikan
pancaindera yang menghubungkannya dengan dunia luar, mempunyai nafsu sebagai
pendorong memperlengkapi keperluan hidup dan mengekalkan jenisnya, mempunyai
akal untuk berfikir, mempunyai hati untuk merasa dan seterusnya dapat membezakan
antara yang baik dan buruk. Kesempurnaan ini membuatkan manusia berada pada
kedudukan tertinggi di antara makhluk Allah yang lain dan manusia telah dilantik
menjadi khalifah (wakil) Allah di muka bumi. Selain itu, manusia telah diberikan
kemudahan lain dan manfaat yang boleh diperolehi di atas muka bumi.

2.1.2 UNSUR BUMI DAN LANGIT

Justeru manusia disusun daripada dua unsur iaitu bumi dan langit. Unsur bumi
kerana manusia diciptakan daripada tanah sehingga fizikalnya sempurna manakala
unsur langit ketika Allah SWT meniupkan roh kepada jasad tadi. Allah SWT
berfirman:

Maksudnya: “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya


dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia
menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih)
yang dihina; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta
meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada
kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”
(QS As-Sajdah: 7-8)

Allah SWT berfirman lagi,


Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman
kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari
tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna
dan baunya. (28) Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta
Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud
kepadanya. (29)”
(QS Al-Hjir : 28-29)

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud RA beliau


berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang
benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di
kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh
yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama,

15
kemudian dikirimkan kepadanya malaikat lalu dia menghembuskan
padanya roh dan dia diperintahkan dengan empat kalimat; iaitu supaya
menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.
Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia
memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu
akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya
dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan
tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki
syurga.”
(HR Bukhari dan Muslim)

2.1.3 PERANAN HATI MANUSIA

Perkataan al-qalb adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu yang bermaksud jantung.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn Manzur, al-Qalbu bermaksud segumpal
daging dari hati yang tergantung dengan urat besar sebagai tempat ia bergantung.
Menurut al-Mu’jam al-Wasit pula, al-Qalbu membawa maksud organ berotot
dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri. Imam
al-Ghazali, menyatakan al-qalb (hati) adalah segumpal daging yang berbentuk
panjang bulat terletak di dada sebelah kiri yakni daging yang mempunyai tugas khusus
yang di dalamnya terdapat rongga tempat darah hitam yang menjadi sumber dan
tempat roh (nyawa).

Dan makna yang kedua ialah sesuatu yang lembut bersifat ketuhanan dan kerohanian
dan ada hubungan dengan hati jasmani. Daripada perbahasan yang telah dinyatakan
menunjukkan bahawa al-qalb mempunyai dua unsur yakni unsur yang dapat dilihat
dengan mata dan dikenali dengan hati jasmani, ia berkait dengan otot dalaman
manusia yang menerima darah. Manakala unsur kedua adalah unsur dalaman yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak dapat dibuktikan secara klinikal yang
ada dalam diri manusia. Ia menentukan nilai kebaikan dan keburukan serta terdapat
unsur keyakinan kepada Allah SWT. Ia dikenali dengan hati rohani yang mana melihat
sesuatu dengan keyakinan penuh kepada Allah SWT.

Proses membina jati diri memerlukan ketahanan aspek kerohanian dan kekuatan diri
dalam pengamalan. Imam al-Ghazali membahagikan proses membina personaliti
dengan gabungan beberapa unsur yakni roh, nafs, al-Qalb dan juga aql. Antara semua
unsur-unsur ini, al-qalb adalah unsur yang paling penting dalam membentuk
personaliti seseorang.

16
Imam al-Ghazali juga menyebut bahawa hati mempunyai dua pembantu dalam diri
manusia yakni yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti mata, tangan, kaki dan
yang hanya dapat dilihat dengan mata hati. Hati mempunyai sifat tersendiri yakni sifat
kerakusan apabila manusia dikuasai oleh kebencian, permusuhan, menyerang
manusia dengan pukulan, sifat kebinatangan, sifat kesyaitanan dan sifat ketuhanan.
Hati manusia tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik apabila ia menilai
tanpa iman seperti hati anak kecil yang belum mengetahui sesuatu, hati yang keruh
akibat maksiat dan dosa, hati yang beralih arah dari hakikat sebenar, iktikad tanpa
ilmu, tidak mampu mengambil iktibar daripada ilmu. Al-qalb sangat berkait rapat
dengan unsur al-Aql.

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer RA beliau


berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram
itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara
syubhat yang samar dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah
membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang
terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara
haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling
kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.”
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan
Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa
dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah
ia adalah hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari


Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut
kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu
maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal
keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
(QS Ali-Imran: 159)

17
Allah SWT berfirman lagi:

Maksudnya: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak


mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa yang dilakukannya.”
Al-Isra’ (17): 36

Allah SWT berfirman lagi:

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah


yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman,
hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia
mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang
berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan
jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi
pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka;
amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai
tempat bersenang-senang.”
Al-Kahf (18): 29

Allah SWT berfirman lagi:

Maksudnya: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan


kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?”
(QS Al-Balad 90: 10)

Secara fizikalnya, hati juga mempunyai unsur-unsur yang penting sebagai salah satu
organ terpenting bagi setiap manusia. Namun begitu, selepas perbincangan al-Quran
dan hadis yang telah diutarakan, perbincangan al-Qalb yang dimaksudkan, bukan
perbincangan fizikal semata-mata tetapi ianya adalah abstrak yang merangkumi
unsur rohani, perasaan terharu, bahagia, suka, duka, sedih, gembira, dan emosi yang
lainnya.

Berdasarkan terminologi bahasa, al-Qalb berasal daripada qalaba yang bererti


berbolak-balik. Pada sudut positifnya, dalam hatilah tersimpan potensi besar untuk
berniat untuk melakukan amal soleh dan bertekad serta beriltizam kepada kebaikan
dan kemajuan.

2.1.4 PERANAN AKAL MANUSIA

Salah satu unsur terpenting bagi manusia adalah akal. Akal merupakan alat untuk
berfikir dan ia tidak boleh direalisasikan dalam bentuk jisimnya, akan tetapi secara

18
abstrak akal berbentuk ideal yang utama dalam diri manusia. Adanya akal telah
mengangkat manusia lebih jauh sempurna dibandingkan dengan makhluk lain. Akal
sering diseiraskan dengan otak yang selalu bersedia menerima segala rangsangan dari
panca indera melalui rangsangan itulah kemudian lahir pelbagai rasa. Rekabentuk
tersebut terlihat adanya unsur kebenaran apabila ditinjau dari segi peranannya,
namun pada hakikatnya memiliki perbezaan yang jauh.

Otak mempunyai kelemahan dan keterbatasan, sedangkan hakikat otak itu sendiri
merupakan medium untuk memahami dan melalui pengalaman, sementara akal
sendiri bekerja lebih jauh lagi sesuai dengan potensi dan daya yang ada padanya. Akal
mendapat pengetahuan yang tidak terbatas dengan pengalaman panca indera.
Sesungguhnya manusia mendapat penghargaan yang sangat tinggi dari Allah
disebabkan akal, iaitu dijadikan khalifah di permukaan bumi ini. Berdasarkan beban
yang diserahkan itu dan manusia sanggup menjalankannya. Melalui potensi akal itu
telah melahirkan pelbagai ilmu dan mampu menilai hakikat ilmu yang didapatkannya.
Ia sanggup menundukkan diri kepada kebenaran al-Quran, melahirkan nuansa baru,
mengatur dan menemukan keharmonian dalam kehidupannya. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak


mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa yang dilakukannya.”
(QS Al-Isra’ 17: 36)

Allah SWT berfirman lagi:

Maksudnya: “Dan mereka berkata, ‘sekiranya (dahulu) kami mendengarkan


atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni
neraka yang menyala-nyala’.”
(QS Al-Mulk 67: 10)

Imam Al-Ghazali memasukkan akal dalam sebahagian dari hati. Konsep tafakkur
sebagai kerja akal dan diproseskan melalui tazakkur sebagai kerja hati. Allah SWT
berfirman:

Maksudnya: “Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari
kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki
mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda
kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti
haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang
lalai.”
Al-A’raf (7); 179

19
Akal adalah bersifat abstrak. Ianya adalah kurniaan Allah SWT yang terbesar bagi
manusia. Dalam sudut positif, akal memberi manfaat besar kepada manusia dalam
bidang ilmu pengetahuan sehingga ia dapat melakukan pengembangan ilmu dan
inovasi untuk diri serta manfaat kepada orang lain.

2.1.5 PERANAN JASAD MANUSIA

Dalam konsep ini, manusia dipandang dari pendekatan biologi. Sebagai makhluk
biologi, manusia terdiri daripada unsur material, sehingga menimbulkan sosok dalam
bentuk fizikal material. Ini menjadikan manusia tidak jauh berbeza dengan makhluk
biologi lainnya, maka kehidupan manusia terkait dengan kaedah prinsip kehidupan
biologi seperti berkembang biak, mengalami fasa pertumbuhan dan perkembangan
dalam mencapai tahap kematangan dan kedewasaan.

Proses dan fasa perkembangan manusia sebagai makhluk biologi terdiri dari fasa
pranatal (sebelum lahir), dari mulai proses penciptaan manusia berawal sampai
pembentukan fizikal janin. Sebagai akhir dari proses fizikal ini, manusia akan
mengalami mati. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan katakanlah: ‘Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat


pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu
akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, lalu diberitahukanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan’.”
(QS At-Taubah: 105)

Allah SWT berfirman lagi,


Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah
dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian
dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah)
dibangkitkan.”
(QS Al-Mulk: 15)

Jasad juga merupakan unsur paling penting dalam hakikat manusiawi. Tanpa jasad,
tekad dan pengetahuan hanya akan menjadi impian dan teori yang kosong. Justeru
kedudukan yang Allah SWT kurniakan kepada manusia, melangkaui semua makhluk
ciptaan Allah SWT (antaranya malaikat, gunung dan lautan) menjadikan manusia
terikat kepada suatu amanah yang besar dan berat.

2.2 MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK

Pemikiran tentang hakikat manusia dibahas dalam falsafah manusia. Pencarian


maksud diri akan siapa manusia sebenarnya telah lama berlangsung, namun sehingga

20
kini tidak ada pandangan kolektif dari pelbagai teori dan aliran pendidikan mengenai
hal ini. Kajian tentang manusia tidak tetap kerana sudut pandang yang berbeza.
Antropologi fizik contohnya, hanya mentakrifkan manusia dari segi fizik material
semata-mata, sementara antropologi budaya mentakrifkan manusia hanya dari sudut
budaya. Justeru, perbincangan hakikat manusia yang paling wajar adalah dirujuk
daripada al-Quran dan sunnah melalui pandangan-pandangan sarjana Islam.

Makhluk berasal daripada kalimah ‫ خلق‬bermaksud ciptaan. Sepertimana yang telah


dibincangkan pada topik Takrif Manusia bahawasanya manusia diciptakan di atas
fitrah Islam sebagaimana makhluk-makhluk yang lain. Daripada fizikalnya manusia
kelihatan lemah serta memiliki banyak kelemahan dan keterbatasan.

Sebijak-bijak manusia, ia tetap tidak dapat mengetahui rahsia yang belum Allah
bukakan untuknya. Manusia juga tidak dapat berdiri sendiri dan sangat bergantung
kepada pihak lain.

2.2.1 KEADAAN FITRAH

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama
(Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia
menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Dan tidak
ada seorang penolong pun bagi mereka.”
(QS Ar-Ruum: 30)

Dari sudut bahasa fitrah berasal dari kosa kata bahasa Arab yakni fathara yang berarti
“kejadian”, kerana perkataan fitrah itu berasal dari kata kerja yang bermaksud
menjadikan. Pada pengertian lain interpretasi fitrah secara bahasa berasal dari
perkataan fathara yang seerti dengan perkataan khalaqa dan ansya’a yang
bermaksud “mencipta”. Kebiasaannya kata fathara, khalaqa dan ansy’a digunakan
dalam al-Quran untuk menunjukkan maksud mencipta, menjadikan sesuatu yang
sebelumnya belum ada dan masih merupakan pola dasar yang perlu pada
penyempurnaannya.

2.2.2 BERSIFAT LEMAH

Manusia itu bersifat lemah. Sekuat manapun, sebesar manapun kekuasaannya, ia


tetap sangatlah lemah disisi Allah SWT. Manusia tidak memiliki kekuatan sedikitpun
kecuali kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT. Kerana itulah Allah sangat
mengecam orang-orang yang sombong.

21
Namun kelemahan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu.
Dengan menyedari kelemahan ini, manusia akan berusaha untuk mencari sumber
kekuatan. Sesiapa yang berharap kepada Allah Yang Maha Besar maka tidak ada
kekuatan lain yang boleh mengalahkannya. Allah SWT berfirman,

Maksudnya: “Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya)


daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.” (Semak
terjemahan)
(QS An-Nisa’: 28)

Keringanan yang telah Allah berikan kepada hambanya adalah suatu tanda kebesaran
Allah SWT untuk mengeluarkan dan memberi keringanan kepada manusia daripada
kesusahan ataupun cabaran yang telah diperintahkan oleh Allah SWT juga.

2.2.3 BERSIFAT JAHIL

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada
langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul
amanat itu dan mereka khawatir tiada akan tidak akan melaksanakannya
(berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu
sangat zalim dan sangat bodoh.”
(QS Al-Ahzab: 72)

Menurut Mufti Muhammad Shafi, kalimah zhaluumaa dan jahuulaa menjelaskan


betapa sesetengah manusia mempunyai sifat tidak amanah kepada pensyariatan Islam
ke atasnya. Dan kerana terlalu mengikut kehendak nafsu, mereka tidak meletakkan
hak Islam ke atas diri mereka sendiri sehingga mereka pun tidak pasti hasil di
penghujung setiap tindakan mereka. Maka mereka pasti jatuh ke lembah yang
merugikan.

2.2.4 BERKEHENDAK

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah
Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.”
(QS Faatir: 15)

22
2.3 MANUSIA DIBERI KEMULIAAN

Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS daripada tanah manakala keturunan Adam AS
ciptaannya bermula daripada air mani (daripada seorang lelaki dewasa) yang
bergabung dengan telur seorang wanita dewasa yang kemudian menjadi segumpal
darah kemudian daging. Bagaimanapun, secara hakikatnya air mani ini tiada nilai
disisi manusia apatah lagi disisi Allah SWT. Namun Allah SWT mengangkat darjat
manusia selepas pernikahan suci seorang lelaki dan wanita yang kemudian Allah SWT
menjadikan ia segumpal daging dan ditiupkan roh ke atasnya sehingga kemudian
lahirlah ia sebagai seorang insan. Sungguh, manusia itu dimuliakan sejak didalam
rahim ibunya.

2.3.1 DITIUPKAN ROH

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh
(ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran,
penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.”

(QS As-Sajdah: 9)

2.3.2 DIBERIKAN KELEBIHAN

Allah SWT Berfirman,


Maksudnya: “Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan
Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari
yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang
Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
(QS Al-Isra': 70)

2.3.3 ALAT UNTUK MANUSIA

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi
untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya
menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(QS Al-Baqarah: 29)

23
Allah SWT berfirman,
Maksudnya: “Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal
dapat berlayar di atasnya dengan perintah-Nya, dan agar kamu dapat
mencari sebahagian kurnia-Nya, dan agar kamu bersyukur.”
(QS Al-Jaathiyah: 12)

Allah SWT berfirman lagi,


Maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah
dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian
dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah)
dibangkitkan.”
(QS Al-Mulk: 15)

2.4 MANUSIA DIBERI AMANAH

Manusia adalah makhluk berfungsi dan bertanggungjawab atau dengan kata lain
manusia tidak dicipta dengan sia-sia. Tanggungjawab manusia merangkumi
tanggungjawab kepada Allah SWT, dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, dan juga
alam sekitar.

2.4.1 IBADAH

Allah SWT Berfirman,


Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(QS Adz-Dzaariyaat: 56)

2.4.2 KHALIFAH

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya”
(QS Al-Baqarah: 30)

24
2.5 MANUSIA BEBAS MEMILIH

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Dialah yang menciptakan kamu, lalu di antara kamu ada yang
kafir dan di antara kamu (juga) ada yang mukmin. Dan Allah Maha Melihat
apa yang kamu kerjakan.”
(QS At-Taghabun: 2)

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Dan katakanlah (Muhammad): “Kebenaran itu datangnya
dari Tuhanmu; barangsiapa menghendaki (beriman) hendaklah die
beriman, dan barang siapa menghendaki (kafir) biarlah dia kafir.”
Sesungguhnya Kami telah menyediakanneraka bagi orang zalim, yang
gejolaknya mengepung mereka. Jika mereka meminta pertolongan
(minum), mereka akan diberi air seperti besi yang mendidih yang
menghanguskan wajah. (Itulah) minuman yang paling buruk dan tempat
istirehat yang paling buruk.”
(QS Al-Kahfi: 29)

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya
Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-
jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada
ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan
mengingkari kebenaran atau menderhaka.”
(QS Al-Insan: 3)

Allah SWT berfirman lagi,


Maksudnya: “Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari
itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)”
(QS At-Takaathur: 8)

2.5.1 IMAN

Keimanan merupakan keperluan kehidupan manusia. Ia menjadi pegangan keyakinan


dan psikomotor untuk perilaku dan kerja harian manusia. Apabila manusia beriman,
manusia berkemampuan meningkatkan kualiti perilaku, amal kebaikan, dan sosialnya
dalam kehidupan peribadi mahupun kehidupan bermasyarakat. Ianya kerana iman
memberikan kedamaian kepada jiwa, perilaku dan amal kebaikan.

25
2.5.2 KAFIR

Kekafiran adalah di mana seorang manusia dilahirkan Islam, hidup Muslim sepanjang
hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disedarinya, tetapi dia tidak
menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang
menciptakannya, siapa yang membukakan pendengaran dan penglihatannya. Dia
mengingkari kewujudan Allah SWT. Dia berasa sombong untuk memperhambakan
dirinya kepada Allah SWT.

Dia tidak mahu mengikatkan dirinya kepada undang-undang syariat dalam


menggunakan haknya untuk berbelanja dan memilih pekerjaan dalam hidupnya. Atau
seseorang menyekutukan Allah SWT dengan yang lain. Dia enggan beriman kepada
ayat-ayat yang menunjukkan kebesaran Allah SWT. Inilah dia orang yang digelar
kafir.

2.6 MANUSIA MENDAPAT BALASAN

Kehidupan adalah lapangan amal ataupun sandiwara manusia. Kepada pelaku


kebaikan dan amal soleh, tersedia balasan setimpal dengannya. Manakala pelaku
kefasadan dan kemaksiatan, juga tersedia balasan setimpal dengannya. Tiada sedetik
niat yang tidak terkecuali daripada pengetahuan Allah SWT. Apatah lagi perbuatan-
perbuatan yang jelas dan zahir. Tiada manusia yang sekejam mana kecuali akan
mendapat pengadilan Allah SWT dengan balasan yang setimpal. Maka beruntunglah
orang-orang yang beriman sehingga akhir hayatnya.

2.6.1 SYURGA

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan
satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata:
"Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan
rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan
untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang
sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-
lamanya.”
(QS Al-Baqarah: 25)

26
Allah SWT berfirman,
Maksudnya: “Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka
mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi
apa yang mereka telah kerjakan.”
(QS As-Sajdah: 19)

Allah SWT berfirman lagi,


Bermaksudnya: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga-Syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang
ditentukanNya.”
(QS Al-Hajj: 14)

2.6.2 NERAKA

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu
kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka
yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu
neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”
(QS Al-Baqarah: 24)

Allah SWT berfirman lagi,


Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak
akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan
(balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya
itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian
usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;”
(QS An-Najm: 38-41)

2.7 PERANAN WANITA DALAM ISLAM


2.7.1 KEDUDUKAN/KEADAAN WANITA SEBELUM KEDATANGAN
ISLAM

Wanita sangat menderita dan tidak diberi keadilan sebelum kedatangan Islam. Dalam
peradaban Rom, wanita berada sepenuhnya di bawah kekuasaan ayahnya yang
kemudian bertukar kepada suaminya selepas berkahwin. Kekuasaan ini merangkumi
sewenangnya untuk dijual, diusir, dianiaya dan dibunuh malah, segala usaha wanita
itu akan menjadi milik saudara lelakinya dari kalangan keluarganya.
Begitu pula di India, undang-undang India tidak membenarkan wanita memiliki hak
untuk menyukai dan mencintai. Sejak kecil, mereka diarah untuk mengikut segala

27
keputusan ibuayahnya. Sewaktu bersuami, mereka harus mengikut kemahuan
suaminya dan jika menjadi janda atau balu, mereka harus mengikut semua keinginan
anak-anak lelakinya.

Begitu juga di Mekah sewaktu zaman jahiliah, seorang ayah boleh membunuh
anaknya sekiranya anak itu perempuan. Ianya adalah untuk menghindari daripada
tercalar maruah keluarga si ayah seandainya anak perempuan itu kelak menjadi
wanita yang tidak mampu membantu keluarga, berkahwin dengan lelaki asing yang
rendah taraf sosialnya ataupun wanita itu kelak melacurkan diri. Abdul Karim
menegaskan, dalam adat peperangan orang Arab jahiliah, isteri dan anak
perempuan dari kabilah yang kalah, akan diperkosa oleh kabilah yang menang.
Lebih dasyat lagi apabila pemerkosaan ini dilakukan dihadapan ahli keluarga yang
menjadi tahanan (Abdul Karim, 2009).

2.7.2 ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Setelah risalah Islam berkembang, wanita diberikan hak-haknya (harta) yang


menyeluruh yang merangkumi harta warisan, pemilikan penuh dan bahkan tidak
boleh ada pihak lain masuk campur dalam pengurusannya.

Dalam tradisi pula, seorang wanita yang mukallaf1 dapat melakukan pelbagai
perjanjian, persaksian, sumpah, ikrar dan nazar, baik kepada sesama manusia
ataupun Tuhan. Wanita diberikan kebebasan secara penuh untuk menentukan
pasangan hidupnya, bahkan seorang wali2 dilarang menikahkan anak gadisnya
dengan cara paksa lantas pernikahan seorang wanita tidak boleh disempurnakan
tanpa keizinan dan kerelaannya.

2.7.3 WANITA SEBAGAI HAMBA ALLAH

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya


dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan

1
Seorang yang mukallaf adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan
hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa
dan mempunyai akal (akil baligh) serta telah sampai seruan agama (Syariat Islam) kepadanya. Orang yang tidak
waras ataupun gila tidak tergolong dalam kumpulan orang mukallaf. Seorang kanak-kanak yang belum baligh
juga bukan seorang mukallaf sehinggalah dia mencapai akil baligh. Seorang yang tinggal di suatu tempat yang
tidak sampai syariat Islam juga tidak tergolong sebagai mukallaf walaupun ia yang sudah akil baligh.
2
perwalian bermaksud orang yang berhak dan berkuasa untuk melakukan hukuman bagi sesiapa yang berada di
bawah jagaannya menurut syarak sama ada dengan keizinan atau paksaan

28
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.”
(QS Rum: 21)

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu


yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan
yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa)
dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan
perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu.”
(QS An-Nisa’: 1)

Wanita adalah termasuk daripada ciptaan Allah SWT. Sepertimana kaum lelaki,
wanita juga dicipta daripada tanah yang kemudian ciptaannya daripada percantuman
sperma dan ovum, yang kemudian menjadi segumpal darah. Wanita juga
dipertanggungjawabkan untuk mengurus serta mentadbir dunia serta menjadi
seorang ‘abid.3

2.7.4 KELUASAN IBADAH UNTUK WANITA

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan,


sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia
dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas
mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah
kerjakan.”
(Qs An-Nahl: 97)

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,


setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada

3
Lihat al-Quran Al-Baqarah (2): 30, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu
dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya".”
‘abid adalah perkataan arab yang membawa maksud ahli ibadah.

29
Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(QS Taubah: 71)

Wanita Islam perlu sedar bahawa semua yang telah Allah SWT wajibkan ke atas
mereka adalah tidak lain suatu keistimewaan yang dikhususkan. Dan tidak ada alasan
untuk melalaikannya. Kewajiban ibadah ke atas wanita merangkumi solat fardu, solat-
solat sunat yang dianjurkan.

Selain itu, puasa, zakat dan haji jika mampu. Namun begitu, ketiga-tiga rukun ini
sangat penting dan banyak pahalanya disisi Allah SWT. Khususnya ibadah haji, dari
A’siyah RA, bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apakah ada jihad
untuk kaum wanita? Baginda menjawab: Ya, mereka memilik jihad yang tidak ada
peperangan di dalamnya iaitu, ibadah haji dan umrah”. (HR Ahmad dan Ibnu
Majah)

2.7.5 WANITA DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN

Institusi keluarga adalah cerminan daripada sesebuah masyarakat. Justeru wanita


sangat berperanan di dalam keluarga bagi mengimbangi tanggungjawab lelaki sebagai
suami. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang


bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan
suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan
Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang
melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati
mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan
(kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan
yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
(QS An-Nisa’: 34)

Institusi adalah nadi masyarakat yang paling penting. Keluarga Muslim adalah
institusi yang dibina di atas aturan-aturan Allah SWT, yang di mana asas kepada
aturan-aturan ini adalah keimanan. Natijah keimanan adalah sikap dan hasil
membenarkan syariat dan peraturan Allah SWT sesuai mengikut fitrah manusia.

30
Justeru, setiap kali Allah SWT menguji sesebuah keluarga, maka seorang Muslim akan
mencari jalan penyelesaian mengikut ajaran Islam. Peranan dan hak wanita sangat
penting di dalam institusi kekeluargaan yang merangkumi:

a. Wanita sebagai seorang isteri kepada suaminya di dalam keluarga untuk saling
melengkapi. Isteri-isteri adalah tanda kebesaran Allah SWT. Seorang isteri juga
diamanahkan untuk melayani suaminya, menjaga harga diri, rumah tangga dan
harta suami ketika suaminya berpemergian. Hak isteri di dalam keluarga adalah
diberi nafkah, kasih sayang, ketenangan dan ilmu agama dan kontemporari.

b. Wanita sebagai seorang ibu yakni, satu kedudukan yang mulia disisi Islam. Allah
SWT memerintahkan manusia untuk taat dan menghormati kedua ibu bapanya.
Abu Zuhrah menerangkan bahawa tugasan utama seorang ibu adalah
menguruskan rumah tangganya. Sejajar dengan tanggungjawab seorang suami
mencari nafkah untuk isteri dan anak-anaknya. Suami isteri sama-sama
berperanan menguruskan keluarga. Hak seorang ibu adalah untuk dihormati dan
ditaati. Seorang anak harus mendahului kecintaannya kepada ibunya kemudian
ayahnya. Seorang ibu hak mendapat harta warisan dan nafkah ketika tidak mampu
berdikari.

c. Wanita sebagai anak perempuan di dalam keluarga. Kedudukan anak perempuan


setara dengan kedudukan anak lelaki. Kewajiban seorang anak perempuan adalah
mentaati kedua ibu ayahnya. Mendahului permintaan ibu daripada ayahnya dan
sentiasa mendoakan kedua ibu ayahnya ketika masih hidup atau yang telah
meninggal dunia. Hak anak perempuan sama dengan hak anak lelaki. Anak
perempuan perlu diberi hak pendidikan yang baik dan pendidikan dimulai sejak
dari kecil lagi. Anak perempuan juga berhak ke atas nafkah yang merangkumi
perkara asas, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Anak perempuan adalah
cerminan wanita yang kelak dewasa, berhak juga ke atasnya kasih sayang,
sentuhan dan nasihat yang baik kerana jiwanya yang lembut dan halus.

2.7.6 WANITA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA MASYARAKAT

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat)


limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu
(untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta
benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap)
orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan
orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan

31
limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”
(QS An-Nisa’: 32)

Skop utama kemasyarakatan pada hari ini ialah berpaksi kepada dua unsur utama
iaitu bidang sosial-ekonomi dan bidang politik. Seperti lelaki, wanita juga harus
menyumbang kepada sosial-ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. Sejak zaman
Nabi SAW, terdapat para sahabiah yang bekerja sebagai guru seperti Shuhrah dan al-
Khansa’. Keutamaan wanita berperanan di dalam masyarakat adalah untuk lebih
mengimbangi sosial masyarakat yang dahulunya hanya dikerja oleh kaum lelaki.
Namun begitu, perlu setiap wanita yang bekerjaya khusus untuk memperhatikan
tanggungjawan utamanya.

a. Seorang isteri dapat memberi layanan yang terbaik kepada suaminya dan
mendokong serta menyokong dikala suaminya memerlukan. Menjaga adab Islam
dan adat pergaulan di tempat bekerja ataupun sewaktu bermuamalat.

b. Begitu juga seorang wanita bergelar ibu tidak alpa dengan mendidik emosi serta
memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Sentiasa mengisi ruang-ruang yang
lompong selepas kesibukan ayah. Membangunkan jiwa anak dengan iman dan
ibadah menerusi al-Quran.

c. Wanita sebagai anak perempuan menjaga batas-batas pergaulan khususnya di


umur keremajaan. Membangunkan diri bermula dari rumah untuk meringankan
tangan membantu dan menguruskan house chores. Membangunkan diri dengan
sahsiah dan ilmu yang bermanfaat.

2.7.7 KONSEP KESAMARATAAN

Islam sebagai sumber dan pedoman kehidupan manusia. Aktiviti harian manusia
perlu berpaksi kepada perspektif Islam. Begitu, al-Quran telah memberikan
penegasan mengenai hak dan kewajiban yang sama diantara lelaki dan wanita.
Kesamarataan yang wajib bagi setiap lelaki dan wanita merangkumi keimanan,
melaksanakan rutin manusiawi, beribadah secara khusus (solat, puasa, zakat dan
haji), berdakwah mencegah kemungkaran dan menyeru kepada kebaikan.
Kesamarataan ini juga mecakupi kegiatan sosial-ekonomi dan sosial politik.

Al-Quran menggariskan beberapa catatan utama untuk wanita khususnya dalam


peranan institusi kekeluargaan:

a. Lelaki menjadi pemimpin dalam keluarganya.


b. Wanita sebagai seorang isteri, adalah orang yang dipimpin di dalam keluarga,
harus mematuhi dan menghormati pimpinan suaminya dalam batasan syariat.

32
c. Wanita sebagai seorang yang dipimpin, berhak mendapat nafkah (barang dapur,
pakaian, tempat tinggal, batin, emosi dan kasih sayang).
d. Keizinan kepada para suami untuk menikahi lebih dari satu isteri (menurut
kemampuan dan keadilannya) yang tidak diberikan kepada seorang wanita.

2.8 MISI MANUSIA


2.8.1 MENYEMPURNAKAN IBADAH

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Aku tidak
sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki kepada sekalian
makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak
terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Setelah ternyata
hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim
(yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab
seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu).
Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan
kedatangannya.”
(QS Az-Zariat: 56-60)

Allah SWT dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya menciptakan manusia
khususnya untuk beribadah sepenuhnya kepada-Nya. Sesungguhnya ibadah yang
telah direncanakan tidak akan memberatkan hamba yang beriman. Namun begitu,
konsep ibadah sepenuh masa ini tidaklah bermaksud manusia itu akan tiada masa
untuk rutin dan aktiviti hariannya.

2.8.2 MENCAPAI TAQWA

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan


dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga
mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang
yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya)
lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari
kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang
peraturanNya).”

33
(QS Al-Baqarah: 212)

Menurut Kamus Dewan Edisi 2, takrif takwa adalah ketaatan kepada perintah dan
larangan Allah SWT (kerana takut, kasih dan hormat kepada-Nya). Bertakwa menaruh
perasaan takut, kasih, hormat, serta patuh kepada Allah. Sesungguhnya orang yang
paling bertakwa kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah-Nya.
Berikut juga adalah takrif-takrif takwa daripada sahabat RA, salafussoleh dan Sarjana
Islam:

a. Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Allah SWT yang mulia,
beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia
untuk hari kesudahan.”
b. Al-Nasr Abazi berkata: “Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara
selain daripada Allah SWT.”
c. Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari berkata: “Takwa ialah menjauhi apa yang
menjauhimu daripada Allah SWT.”
d. Talaq bin Habib berkata: “Takwa ialah amalan dengan dengan ketaatan kepada
Allah SWT.”
e. Abu Hafs berkata: “Takwa hanya pada perkara yang halal semata-mata dan
bukan yang lain.”
f. Abdullah bin Mas’ud RA mengatakan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati
Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri
dan tidak diingkari.”

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu


yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada
kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.”
(QS Al-Baqarah: 21)

2.8.3 MENEGAKKAN KHILAFAH

Allah SWT berfirman,


Maksudnya: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu
khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan
(hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah
engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan
menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat
dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal,
disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”
(QS Saad: 26)

34
Mufti Muhammad Shafi menegaskan daripada ayat al-Quran ini, tiga perkara
penting:

a. Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Daud AS pangkat sebagai seorang
khalifah, ketua, pengatur, pengurus, wakil kepada Allah SWT.
b. Dalam masa yang sama, Allah SWT juga mengurniakan sebuah negara dan
kerajaan untuk ditadbir oleh Baginda Nabi. Dan pentadbiran ini adalah untuk
menegakkan keadilan dan saksama menurut syariat Allah SWT.
c. Bagi menjayakan kemakmuran kerajaan ini, tidak boleh mengikut kehendak hawa
nafsu semata-mata.

Allah SWT berfirman lagi,


Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan
berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya.”
(QS Al-Baqarah: 30)

2.9 PENUTUP

Allah SWT telah menciptakan manusia dengan ciptaan yang paling dan sempurna.
Setiap struktur dan perancangan penciptaan Allah SWt adalah yang terbaik bagi
pengurusan hidup manusia daripada alam rahim sehingga menuju ke alam akhirat.

35
BAB 3
ISLAM SEBAGAI
SISTEM KEHIDUPAN AQIDAH:
ASAS KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar dapat menjelaskan pengertian bagi definisi-definisi Islam secara jelas.


2. Pelajar dapat menjelaskan gambaran umum asas-asas Islam berserta ciri
keistimewaannya.
3. Pelajar dapat menghuraikan dengan jelas maksud bagi setiap asas-asas
Islam dan ciri keistimewaannya.

3.0 PENDAHULUAN

Ketika awal penciptaan manusia, Allah SWT telah membekalkan dalam diri mereka
“unsur kebenaran dan ketuhanan” yang dengannya, manusia merasakan keinginan
dan merasa dipangggil untuk kembali kepada asal kelahiran rohaninya atau sumber
punca kehidupannya iaitu naluri beragama dan nuluri keinginan untuk mencari dan
tunduk menyembah kepada satu kuasa yang dirasakan dapat menguasai kehidupan
mereka.

Kisah penciptaan roh manusia mengakui Allah SWT sebagai tuhan yang menciptakan
mereka telah disebutkan dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu


mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang)
belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka
sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan
kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami
menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat
kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini.
(QS al-A’raf: 172)

Naluri beragama dan keinginan mencari tuhan adalah fitrah semula jadi manusia.
Naluri beragama ini jika tidak dibimbing, ia akan mudah tersesat dan tersalah dalam
mengenal pasti tuhan yang menciptakannya sehingga menyebabkan manusia
akhirnya tersalah dalam tujuan pengabdian dan peribadatan mereka. Mereka akan

36
memuja dan menyembah kuasa-kuasa yang pada pandangan mereka akan
mempengaruhi kehidupan mereka, sehingga ada yang menyambah syaitan, jin, roh-
roh leluruh mereka dan sebagainya.

Jika ini terjadi, maka sudah tentulah misi dan matlamat penciptaan manusia akan
tersasar dari yang sepatutnya. Justeru bagi membantu manusia menjayakan misi dan
matamat ini, Allah SWT telah menyediakan Islam sebagai satu agama yang sangat
dekat dan mesra dengan fitrah dan naluri beragama ini. Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu,


wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah
terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan
keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut
ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul
lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(QS al-Rum: 30)

Islam bukan sekadar satu agama kepercayaan kepada tuhan yang berkuasa mencipta
dan menguasai kehidupan manusia, bahkan Islam juga merupakan satu sistem
pengurusan kehidupan yang mengatur dan membimbing manusia menjayakan misi
dan matlamat penciptaannya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi agama untuk kamu”
(QS al-Maidah: 3)

3.1 KEISTIMEWAAN NAMA ISLAM

Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah dan ia telah disampaikan
oleh setiap nabi dan rasul sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW kepada umat-
umat sebelumnya. Allah SWT telah menyebutkan dalam al-Quran bahawa orang yang
menganut agama Allah dinamakan sebagai muslimin. Gelaran ini memberi makna
bahawa agama yang menjadi anutan orang yang bergelar muslimin ialah Islam.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dia menamakan kamu: Muslimin (Orang-orang Islam)


semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah
(Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu
dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(QS al-Hajj: 78)

37
Nama Islam sebagai al-Din adalah suatu yang mutlak. Ia tidak terikat dan terbatas
oleh tempat dan masa tertentu, tidak juga terikat dengan seseorang sama ada pada
nama, keturunan atau bangsanya. Islam tidak seperti agama-agama lain seperti agama
Buddha, agama Zaradistrians ataupun agama komposius yang mengambil nama
pengasas dan pembawanya. Islam juga tidak seperti agama Yahudi dan Nasrani yang
terikat dengan bangsa. Nama Islam tidak terikat dengan segala yang terikat oleh
mana-mana agama di dunia. Tetapi ia adalah mutlak dari Allah SWT.

Nama Islam diberikan kepada agama ini kerana sifat, ciri dan peranannya yang
tersendiri dalam membimbing dan memandu manusia mencapai misi dan matlamat
penciptaan mereka. Ia dicipta dan digubal oleh Allah yang mencipta manusia dan alam
semesta. Ia adalah satu-satunya agama yang haq dari Tuhan Yang Maha Haq yang
diturunkan dengan haq dan secara yang haq. Maka hanya ia sahaja yang diakui dan
diredhai. Adapun selain Islam adalah kesesatan dan kebatilan.

3.2 PENGERTIAN ISLAM

Islam dari sudut bahasa berasal dari perkataan bahasa Arab, iaitu “Salima” yang
bermaksud selamat sejahtera atau kedamaian. Islam juga bermaksud penyerah diri,
tunduk, patuh dan taat. Menurut istilah syarak pula Islam didefinisikan sebagai:
“Patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan
tanpa paksaan (keikhlasan hati)”.

3.2.1 ISLAM DENGAN PENGERTIAN PENYERAHAN DIRI KEPADA


ALLAH

Islam dengan pengertian patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh
kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan, tidak hanya terkhusus kepada manusia,
bahkan juga merangkumi seluruh kejadian alam semesta. Ini sebagaimana yang
disebutkan dalam al-Quran:

Maksudnya: “Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu


mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat
sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela
ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.”
(QS Aali Imran: 83)

Penyerahan diri manusia kepada Allah SWT terbahagi kepada dua bentuk, iaitu
penyerahan diri secara kerelaan dan penyerahan diri secara paksaan. Penyerahan diri
secara paksaan adalah penyerahan diri manusia dari sudut sistem fisiologi dan
biologinya. Perjalanan dan perkembangan sistem fisiologi manusia adalah diluar

38
kehendak dan kemahuan manusia. Ia berjalan dan berkembang secara terpaksa dan
tunduk kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Allah SWT.

Adapun dari sudut kerohanian, manusia diberi kebebasan untuk tunduk dan patuh
kepada Allah secara kerelaan. Manusia tidak dipaksa untuk menganut Islam. Tetapi
mereka diperintahkan untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Islam secara pilihan
dan kerelaan, setelah dibekalkan dengan kemampuan dan keupayaan akal untuk
berfikir dan kebebasan memilih. Dua kemampuan ini telah disediakan sejak awal
penciptaan manusia.

Adapun makhluk selain manusia, seperti haiwan dan tumbuhan mereka tidak
dibekalkan dengan kemampuan akal dan keupayaan memilih secara semula jadi.
Segala tindak tanduk dan perilaku makhluk selain manusia ini adalah mengikut naluri
semula jadi yang telah ditetapkan atau mengikut undang-undang (sunnah) Allah yang
telah ditetapkan ke atas mereka. Justeru mereka tunduk patuh dan mengikut
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Allah ke atas mereka secara
terpaksa bukan dengan pilihan.

Penyerahan diri kepada Allah SWT menjadi intipati kepada pengertian Islam. Ia
bukanlah satu idea atau fikrah yang diada-adakan atau dipaksakan dalam Islam.
Tetapi ia merupakan satu zat yang perlu ada dalam Islam. Oleh itu pengertian ini
mestilah mengisi dan mendasari setiap sudut dan aspek dalam agama Islam, terutama
dalam aspek ibadah yang khusus yang melambangkan penyerahan diri kepada Allah
SWT secara jelas.

Sehubungan itu, penyerahan diri kepada Allah SWT perlu meliputi beberapa perkara
asas yang utama, iaitu:

a. Aqidah.
b. Syariat
c. Akhlak.

Akidah menyentuh kepatuhan dan ketundukan kepada Allah dalam bidang


kepercayaan dan keyakinan manusia terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta. Syariat
pula menyentuh soal kepatuhan dan ketundukan dalam bidang undang-undang dan
peraturan kehidupan manusia. Adapun akhlak menyentuh kepatuhan dan
ketundukan dalam bidang perilaku dan tindak tanduk manusia.

3.2.2 ISLAM DENGAN MAKNA KESELEMATAN DAN KESEJAHTERAAN

Islam secara hakikatnya adalah agama yang membimbing manusia dalam


melaksanakan misi dan matlamat penciptaan mereka di dunia. Kejayaan manusia
melaksanakan misi dan matlamat ini akan membawa mereka kepada keselamatan dan

39
kesejahteraan dunia dan akhirat. Allah SWT menciptakan Islam itu semata-mata
untuk manusia, bukan untuk diri-Nya, maka faedah dan kepentingannya kembali
kepada manusia itu sendiri. Islam memastikan keselamatan dan kesejahteraan dan
kedua perkara itu adalah natijah yang pasti dari Islam. Dua perkara ini merupakan
ketentuan Allah yang tetap dan pasti.

Di dunia, Islam menunjuki dan membimbing manusia di atas jalan yang lurus
(Shirothol Mustaqim). Siapa yang menjalani kehidupan di atas jalan ini pasti akan
menemukan keselamatan dan kesejahteraan, baik semasa ia menjalani hidupnya
mahupun ketika ia telah sampai di penghujung hidupnya. Ia menjanjikan keselamatan
dan kesejahteraan selagimana manusia kekal berada di atas jalan ini.

Adapun di Akhirat nanti, manusia yang istiqamah di atas jalan ini, akan mendapatkan
keselamatan dan kesejahteran di syurga Allah SWT: Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan


dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka
sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-
penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera
kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga
ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).”
(QS al-Zumar: 73)

Antara nama-nama Allah yang Maha Indah adalah al-Salam (Yang Maha Sejahtera)
yang memastikan sifat kesejahteraan yang mutlak pada Allah. Kesejahteraan yang
sebenar dan yang sangat diperlukan oleh setiap makhluk Allah adalah kesejahteraan
yang bersumberkan dari Allah. Kesejahteraan yang bukan bersumber dari Allah
adalah kesejahteraan yang palsu dan dusta. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat


sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan
yang betul lurus (yang selamat itu).”
(QS Yunus: 25)

Firman-Nya lagi:
Maksudnya: “Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang
menurut petunjuk agama Allah.”
(QS Toha: 47)

Hakikat keselamatan dan kesejahteraan sebagai natijah kepada penyerahan diri


manusia kepada Allah SWT dapat dilihat dalam banyak perkara ibadah sama ada
ibadah umum atau ibadah khusus. Kalimah al-Salam yang sentiasa disebut, dibaca
dan diucapkan dalam tilawah, dalam ibadah, dalam perjumpaan dan pertemuan,

40
dalam kehidupan muslim sehari-hari adalah sebagai suatu saranan, selain
menyedarkan manusia dan umat Islam khususnya, akan hakikat bahawa
kesejahteraan adalah natijah dari penyerahan diri kepada Allah.

Tunduk patuh dan penyerahan diri manusia kepada kekuasaan Allah, akan
menjadikan gerak kegiatan hidup manusia dan pembangunan tamadunnya, berjalan
selaras dan selari dengan gerak perjalanan alam semesta yang sememangnya tunduk
patuh dan menyerah diri kepada Allah. Keselarasan antara gerak keduanya adalah
faktor asas kepada keselamatan dan kesejahteraan dunia dan umat manusia. Inilah
keselamatan dan kesejahteraan yang dikehendaki oleh Allah SWT kepada seluruh
umat manusia di dunia. Dan keselematan dan sejahteraan inilah pula yang akan
menjadi asas kepada keselamatan dan kesejahteraan hidup abadi di Akhirat nanti.

3.3 ASAS-ASAS ISLAM

Asas ajaran Islam dapat difahami dari hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Umar
bin Khattab dalam satu hadis yang panjang, yang dikenali juga sebagai Hadis Jibril:

Dari Umar bin Khattab RA berkata: Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk
di sisi Rasululah SAW, telah datang kepada kami seorang lelaki berpakaian
yang sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Tak terlihat padanya tanda-
tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang
mengenalinya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu menyandarkan lututnya
kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi.
Kemudian ia berkata: “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang
Islam.” Rasulullah SAW menjawab: “Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada
Tuhan melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul
Allah; mendirikan solat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan,
dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu
melakukannya,”. Lelaki itu berkata: “Engkau benar”. Maka kami hairan, dia
yang bertanya, dan dia pula yang membenarkannya.

Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”. Nabi


menjawab: “Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikat-Nya;
kitab-kitab-Nya; para Rasul-Nya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir
Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata: “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”. Nabi SAW


menjawab: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau
melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia
melihatmu.”

41
Lelaki itu berkata lagi: “Beritahukan kepadaku bilakah terjadinya Kiamat?”
Nabi menjawab: “Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab: “Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika
engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin
papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan
bangunan megah yang menjulang tinggi.”

Kemudian lelaki tersebut berlalu pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi
bertanya kepadaku: “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya
tadi?” Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau
bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama
kalian.”
(HR Muslim)

Dari hadis di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara yang menjadi asas kepada
ajaran Islam, iaitu:

1. Islam merujuk kepada aspek Syariah


2. Iman merujuk kepada aspek Aqidah
3. Ihsan merujuk kepada aspek Akhlak

3.4 RUKUN ISLAM

Menurut hadis Jibril yang disebutkan di atas, dan beberapa hadis nabi SAW yang lain
menyebutkan Islam itu terbina dari 5 rukun:

1. Mengucap dua kalimah Syahadah


2. Mendirikan solat
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Menunaikan ibadah Haji jika berkemampuan

3.4.1 KALIMAH SYAHADAH PINTU MASUK KE DALAM ISLAM

Mengucap dua kalimah Syahadah adalah pintu masuk ke dalam Islam. Seseorang yang
ingin memeluk agama Islam wajib mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan
orang-orang Islam. Kalimah Syahadah ini merupakan “teks” kesaksian, akujanji dan
sumpah seseorang muslim untuk patuh dan tunduk kepada semua ajaran Islam.

Kalimah Syahadah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah


Syahadah Tauhid yang mengandungi aspek aqidah yang meyatakan kesaksian, aku

42
janji dan sumpah seorang muslim terhadap keesaan Allah sebagai Ilah iaitu Tuhan
yang layak untuk disembah. Syahadah ini tersebut dalam kalimah:

‫أشهد أن ال إله إال للا‬


Maksudnya: “Aku naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah”

Manakala bahagian kedua kalimah Syahadah disebut sebagai Syahadah Risalah yang
mengandungi kesaksian, akujanji dan sumpah seorang muslim terhadap kerasulan
Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dan utusan Allah SWT. Syahadah ini tersebut
dalam kalimah:
‫وأشهد أن حممدا رسول للا‬
Maksudnya: “Dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah”

3.4.2 PENGERTIAN SYAHADAH

Seseorang yang ingin memeluk agama Islam wajib mengucapkan kalimah Syahadah.
Kalimah Syahadah yang diucapkan mestilah dimulai dengan ungkapan “Asyhadu”.
Tidak cukup sekadar ia mengucapkan “Lailahaillallah” sahaja.

Perkataan “Asyhadu” berasal dari perkataan “Syahada” yang mengandungi banyak


makna mengikut kontesk ayat yang dibina. Jika kita melihat kamus bahasa Arab, kita
akan mendapati beberapa makna, antaranya:

a. Syahida :melihat, hadir, mengetahui.


b. Syahida lahi bi… : ikrar, menyatakan, mengakui.
c. Syahida bi… : berjanji, bersumpah.
d. Syahidallahu : Allah mengatahui.

Seseorang yang ingin menjadi saksi atau berjanji setia atau bersumpah mestilah
seseorang yang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang yakin terhadap apa yang
ingin ia nyatakan. Kerana kesan dari kesaksian, janji dan sumpah yang dilakukan
adalah kesungguhan dalam mempertahankan keyakinan terhadap sesuatu yang
dinyatakan. Dan dia bersedia untuk memperjuangkan keyakinan tersebut dengan
ma’rifah, pengetahuan, ilmu, berdasarkan bukti, dalil dan hujah-hujah yang
menyakinkan.

Maka, ketika seseorang itu bersyahadah atas ketauhidan Allah SWT dan kerasulan
Nabi Muhammad SAW, ia memberi makna bahawa dia telah mengetahui dengan ilmu
berdasarkan bukti, dalil dan hujah-hujah yang meyakinkan, seterusnya bersedia
untuk melaksanakan dengan kesungguhan syahadah yang dilafazkan, dan bersedia
untuk memperjuangkannya.

43
Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya “ Ushul Al-Da’wah “ terdapat lima
makna bagi perkataan “Asyhadu” iaitu:

a. A’tarifu : Aku I’tiraf atau aku mengakui


b. Uqirru : Aku berikrar atau aku berjanji
c. A’taqidu : Aku beri’tiqad atau aku berkeyakinan
d. A’lamu : Aku berilmu atau aku mengetahui
e. Ubayyinu : Aku menyatakan dalam bentuk sikap

Jika kelima-lima maksud “Asyhadu” ini kita masukkan ke dalam pengertian syahadah,
maka ia akan membawa pengertian berikut:

“Aku mengakui, aku berjanji, aku berkeyakinan, aku mengetahu bahawa


tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad itu pesuruh Allah, dan selanjutnya aku nyatakan dalam bentuk
tindak tanduk dan perlakuanku dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya
dalam kehidupanku.”

3.4.3 KANDUNGAN SYAHADAH TAUHID

Kalimah tahlil ( ‫ ) ال إله إال هللا‬mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama disebut
sebagai kalimah “Nafi” iaitu kalimah “ ‫ ” ال إله‬dan bahagian kedua disebut sebagai
kalimah “Itsbat” iaitu kalimah “ ‫” إال هللا‬. Memahami dua pembahagian ini adalah suatu
yang sangat penting bagi menetapkan kesan dan tindakan atas kesaksian, janji dan
sumpah yang dilafazkan.

Bahagian pertama ini mengandungi kalimah “Nafi” (menafikan) iaitu perkataan “ ‫” ال‬
yang bererti tiada dan kalimah “manfi” (yang dinafikan) iaitu perkataan “ ‫ ” إله‬yang
bererti tuhan. Makna bahagian pertama ini adalah kita menafikan kelayakan,
kemampuan, keabsahan makhluk-makhluk ciptaan yang seringkali dianggap oleh
manusia sebagai tuhan, umpama berhala, pokok besar, jin, iblis dan lain-lain. Ia
merupakan penolakan terhadap segala bentuk tuhan yang diwujudkan dengan
mengkafiri, memusuhi, memisahkan diri, membenci, dan merobohkannya.

Manakala bahagian kedua pula mengandungi kalimah “itsbat” (menetapkan dan


meneguhkan) iaitu perkataan “ ‫ ” إال‬yang bererti kecuali dan kalimah “Al-Matsbut”
(yang ditetap dan diteguhkan) iaitu lafaz yang Agung “ ‫” هللا‬. Makna bahagian ini adalah
kita menetap dan meneguhkan bahawa hanya Allah sahaja yang layak untuk dijadikan
sebagai tuhan. Ia merupakan pengukuhan terhadap loyalitas kepada Allah yang
diwujudkan dalam bentuk ketaatan, pembelaan, kedekatan, dan kecintaan kepada-
Nya.

44
Dengan itu, makna kalimah syahadah adalah kesaksian, janji dan sumpah bagi
menolak segala bentuk tuhan yang ditampilkan dalam apa juga rupa pun dan wujud
apa juga keadaan pun dan kesaksian, janji dan sumpah bagi menetap dan meneguh
dan mengakui hanya satu tuhan sahaja yang layak iaitu Allah SWT.

Susun atur kalimah tahlil dalam dua bahagian “nafi” dan “itsbat” adalah suatu susun
atur yang sangat penting, kerana tanpa keduanya kekuatan syahadah terhadap
keesaan Allah SWT tidak dapat diungkapkan dengan tegas dan mantap. Seandainya
kesaksian itu hanya diungkapkan seperti ungkapan “Aku bersaksi bahawa Allah itu
tuhan”, ia tidak menafikan kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Namun, dengan
ungkapan yang mengandungi makna “nafi” dan “itsbat”, ia membawa penafian segala
bentuk tuhan dari kalangan makhluk dan penetapan serta peneguhan terhadap
keesaan Allah SWT sebagai Tuhan.

3.4.4 SOLAT TIANG AGAMA

Solat merupakan tiang agama bagi seorang muslim. Setelah bersyahadah dengan
keyakinan yang mendalam terhadap semua rukun Iman, perkara utama yang dituntut
adalah mendirikan solat yang merupakan rukun Islam yang kedua. Dengan solat
inilah akan terbina agama yang kukuh dalam diri seseorang. Dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Mu’az Bin Jabal, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan
puncaknya adalah Jihad.” (HR al-Tirmizi, Ibu Majah dan Ahmad)

Dalam satu hadis yang mashur pula, disebutkan bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikannya,


maka ia telah mendirikan agama Islam, dan barang siapa yang
merobohkannya, maka ia telah merobohkan agama Islam” (HR al-Baihaqi)

Sesuai dengan makna Islam yang telah disebutkan sebelum ini, iaitu tunduk dan patuh
kepada Allah SWT, maka solat merupakan satu ibadah yang menzahirkan
ketundukan, kepatuhan dan kerendahan hati manusia kepada Allah SWT melalui
setiap gerak tubuh seperti rukuk dan sujud, ucapan lidah seperti tasyahhud, selawat
dan salam serta niat hati, yang menjadi rukun dalam ibadah solat. Semua ini mesti
dilakukan dengan hati yang khusyuk kepada Allah SWT.

Adapun Islam dengan pengertian selamat dan sejahtera, maka solat berperanan
melahirkan individu-individu muslim yang mempunyai akhlak yang hebat, yang
menjadi penghalang dari melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT. Firman Allah
SWT:

45
Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-
perbuatan) keji dan mungkar.”
(QS Al-‘Ankabut: 45)

Solat yang bagaimanakah yang dapat melahirakan sifat dan akhlak sepertimana yang
telah disebutkan dalam ayat di atas? Sudah tentulah solat yang dihayati setiap
ungkapan lidah, setiap gerak tubuh dan niat hati yang tunduk dan khusyuk
menghadapnya. Khusyuk dalam solat adalah rahsia kejayaan seseorang dalam
mendirikan agama dalam dirinya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu


mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
(QS al-Mukminun: 1-2)

3.4.5 ZAKAT MENSUCIKAN JIWA DAN HARTA

Zakat merupakan rukun Islam ketiga. Di dalam al-Quran, perintah melaksanakan


ibadah zakat sering digandingkan dengan perintah mendirikan ibadah solat. Perkara
ini secara tidak langsung menunjukkan kedudukan ibadah zakat sama pentingnya
dengan ibadah solat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah


zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang
yang rukuk.”
(QS al-Baqarah: 43)

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat


perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu
menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa
dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan
katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.”
(QS al-Baqarah: 83)

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah


zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu,
tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.
Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.”
(QS al-Baqarah: 110)

46
Perkataan zakat berasal dari bahasa Arab. Ia merupakan kata nama dasar dari kata
kerja “zaka” yang bermaksud suci, bersih, subur, tumbuh, berkembang, berkat dan
terpuji. Orang yang melaksanakan ibadah zakat, bermaksud dia melaksanakan
penyucian hartanya dari sebarang unsur-unsur yang tidak halal dan meragukan.
Makna ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT:

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah


(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(QS al-Taubah: 103)

Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah telah memfardukan zakat sebagai pensuci kepada


harta.” (HR Al-Bukhari).

Maksud penyucian ini juga merangkumi penyucian jiwa dari kecintaan terhadap
kemewahan dunia. Orang yang cinta kepada kemewahan dunia akan merasa payah
untuk mengeluarkan sebahagian hartanya untuk diberikan kepada orang lain. Cinta
dunia juga merupakan salah satu ciri penyakit “Wahn” yang merbahaya bagi umat
Islam. Sabda Nabi SAW:

Dari Tsauban, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Hampir saja


para umat (yang kafir dan sesat) mengerumuni kalian dari berbagai
penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam
piring”. Kemudian seseorang bertanya,”Katakanlah wahai Rasulullah,
apakah kami pada saat itu sedikit?” Rasulullah berkata,”Bahkan kalian pada
saat itu ramai, akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan.
Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan
menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya,”Apa
itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Abu Daud
dan Ahmad)

Selain pembersihan dan penyucian harta dan jiwa, ibadah zakat juga merupakan satu
ibadah yang mengangkat isu kemasyarakatan dalam bentuk perkongsian harta
kekayaan. Melalui ibadah zakat harta orang yang kaya dan berada diberikan kepada
lapan golongan yang disebutkan dalam al--Quran. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk


orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang
mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk
hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang

47
berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang
musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(QS al-Taubah: 60)

Zakat juga akan menjadikan harta orang yang melaksanakannya diberkati Allah dan
berkembang. Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan


hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus
biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi
ilmu pengetahuanNya.”
(QS al-Baqarah: 261)

3.4.6 PUASA MEMBANGUN SIFAT TAQWA

Ibadah puasa merupakan rukun Islam keempat. Ibadah puasa difardukan agar dapat
membentuk sifat taqwa dalam diri seorang mukmin. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan


berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertakwa.”
(QS al-Baqarah; 183)

Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal
dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari
kesudahan.”

Takwa merupakan jaminan Allah SWT kepada manusia untuk kebahagian dunia
dan akhirat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang


baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan
hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan
kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan
(ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji
atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu

48
memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan
mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang
demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-
orang yang beramal.”
(QS Ali Imran: 133-136)

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan


mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah
akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya).”
(QS al-Thalaq: 2-3)

3.4.7 HAJI DAN UMRAH MEMBANGUN SIFAT MUJAHADAH

Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima dan kemuncak ibadah yang
difardukan. Ia difardukan bagi mereka yang memiliki kemampuan untuk
melaksanakannya. Namun begitu, ia tidak bermaksud orang yang tidak memiliki
kemampuan tidak diwajibkan, akan tetapi mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk
melaksanakannya.

Pelaksanaan ibadah haji dan umrah memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi.
Baik pengorbanan harta, masa dan jiwa. Semua pengorbanan ini mestilah dilakukan
dengan keikhlasan yang tinggi kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, seseorang yang
berkehendak melaksanakannya perlu bersedia dari sudut fizikal mahupun mental.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat


Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan
kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang
datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya
mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada
mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang
tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-

49
binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian
makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah
makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (28) Kemudian
hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka
menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan
Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. (29) Itulah yang wajib dipatuhi
dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian
menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya dan dihalalkan bagi kamu
binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang
haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh
penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. (30)
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta
tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya dan sesiapa yang
mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia
jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke
tempat yang jauh (yang membinasakan). (31) Demikianlah (ajaran Allah)
dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dialah
orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari
sifat-sifat takwa hati orang mukmin. (32) Kamu beroleh berbagai-bagai
faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang
tertentu (bagi menyembelihnya); kemudian waktu menyembelihnya ketika
sampai di tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu. (33) Dan bagi
tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-
lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan
pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang
disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa,
maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita
gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat; (34)
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati
mereka dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang
menimpa mereka dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta
orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepadanya. (35) Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir
miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada
menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah
nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya
maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian
daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang
tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk
kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (36)
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan
sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas
yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana

50
mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan
balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya
baik amalnya. (37) Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang
beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang
khianat, lagi tidak bersyukur. (38)”
(QS al-Hajj: 27-38)

3.5 RUKUN IMAN

Menurut Hadis Jibril yang disebutkan di awal bab ini, Rukun Iman terdiri dari enam
perkara:

1. Beriman kepada Allah


2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab-kitab
4. Beriman kepada Rasul-rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qadha dan Qadar

Seseorang yang menolak salah satu perkara dari rukun iman ini maka akan terbatal
keimanannya. Seorang muslim wajib mengimani kesemua rukun ini dengan sebaik-
baiknya.

3.5.1 DEFINISI IMAN

Aqidah dalam pengertian yang disebutkan di atas adalah pengertian aqidah yang
diistilahkan sebagai “Iman” dan “keimanan”. Maka mana-mana keyakinan kepada
aqidah yang bertentangan dengan pengertian aqidah tersebut tidak boleh diistilahkan
sebagai iman dan keimanan. Adapun definisi iman dari sudut istilah adalah seperti
yang diucapkan oleh Ali Bin Abi Talib RA: “Iman itu ucapan dengan lidah dan
kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota”.

Aishah RA pula berkata: “Iman kepada Allah SWT itu mengakui dengan lisan dan
menbenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota”. Manakala Imam al-
Ghazali menghuraikan makna iman sebagai: “Pengakuan dengan lidah (lisan),
membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-
rukun (anggota-anggota)”.

Justeru, berdasarkan kepada pengertian iman di atas, dapat disimpulkan bahawa


kesempurnaan iman melalui tiga syarat:

a. Membenarkan dengan hati

51
b. Menyatakan dengan lidah
c. Dibuktikan dengan amal anggota badan.

Tanpa ketiga-tiga syarat ini, maka keimanan seseorang itu akan tertolak, dan ia tidak
lagi disebut sebagai seorang mukmin (orang yang beriman).

Sekiranya seseorang itu hanya membenarkan dengan hati dan menyatakan dengan
lidah, sedang tindak tanduknya tidak membuktikan keimanan hati dan lidahnya maka
dia disebut sebagai fasik. Jika dia menyatakan dengan lidah, menunjukkan amal
anggota badan sebagai bukti keimanan, namun di hatinya dia mendustakan keimanan
tersebut, maka dia disebut sebagai munafik. Adapun seseorang yang membenarkan
dengan hati dan melakukan amal anggota badan, namun dia tidak menyatakan
keimanannya dengan lidah, maka dia masih disebut sebagai kafir sehinggalah dia
mengucapkan kalimah syahadah di hadapan orang-orang Islam.

3.5.2 BERIMAN KEPADA ALLAH

Keimanan dan kepercayaan kepada Allah SWT disebut sebagai aqidah. Aqidah Islam
menuntut umatnya mengesakan Allah SWT dalam aspek ketuhanan sebagaimana
yang telah diterangkan dalam perbahasan syahadatain.

3.5.3 AQIDAH ISLAM: AQIDAH TAUHID

Perkataan aqidah berasal dari bahasa Arab “’Aqada” iaitu pecahan dari perkataan
“’Aqd” yang umumnya bererti kata ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau
simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dilihat dan dirasa, seperti tali dan
seumpamanya. Perkataan ini juga digunakan pada suatu yang maknawi, seperti
perjanjian dan seumpamanya. Dari makna maknawi inilah lahir perkataan “Aqidah”
iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan.

Berpandukan kepada asal perkataan tadi maka perkataan aqidah boleh difahami
sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak
mungkin akan tercerai atau terurai. Atau secara umumnya aqidah boleh juga diertikan
sebagai kepercayaan yang terikat kuat atau tersimpul erat dalam jiwa, tanpa melihat
atau mengambil kira yang haq atau yang batil, yang lurus atau yang sesat.

Adapun aqidah Islam dapat didefinisikan sebagai keyakinan atau keimanan kepada
hakikat-hakikat kebenaran yang telah ditetapkan dan dipastikan oleh Islam yang telah
tersimpul kuat dan erat dalam hati sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai
walau dalam apa jua keadaan. Adapun definisi yang lebih khusus menyebutkan
bahawa aqidah Islam adalah kepercayaan atau keyakinan atau keimanan kepada
hakikat-hakikat yang ditetapkan oleh Islam, melalui al-Kitab dan al-Sunnah dengan

52
jazam (kepercayaan yang mendalam) dan putus (yakin), iaitu yang tersimpul kuat dan
erat dalam hati yang tidak mungkin akan tercerai atau terurai walau dalam apa juga
keadaan pun.

Tauhid secara bahasa arab merupakan kata dasar dari kata kerja wahhada-
yuwahhidu, yang artinya menjadikan sesuatu satu saja. Syaikh Muhammad bin Shalih
Al Utsaimin berkata: “Makna ini tidak tepat kecuali diikuti dengan penafian. Yaitu
menafikan segala sesuatu selain sesuatu yang kita jadikan satu saja, kemudian baru
menetapkannya”

Secara istilah, makna tauhid adalah menjadikan Allah sebagai satu-satunya


sesembahan yang benar dengan segala kekhususannya. Dari makna ini sesungguhnya
dapat dipahami bahawa banyak hal yang dijadikan sesembahan oleh manusia, bisa
jadi berupa Malaikat, para Nabi, orang-orang shalih atau bahkan makhluk Allah yang
lain, namun seorang yang bertauhid hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya
sesembahan saja.

3.5.4 PEMBAHAGIAN TAUHID

Kepercayaan dan keyakinan terhadap keesaan Allah perlu meliputi tiga perkara, iaitu:

a. Keesaan Allah sebagai Rabb: Tauhid Rububiyyah


b. Keesaan Allah sebagi Ilah: Tauhid Uluhiyyah
c. Dan keesaan Allah pada nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang indah lagi Mulia:
Tauhid Asma’ Wa Al-Sifat

a. Tauhid Rububiyyah
Perkataan Rububiyyah berasal dari perkataan Rabb. Tauhid Rububiyyah bermaksud
mentauhidkan Allah sebagai Rabb iaitu mengesakan Allah SWT sebagai satu-satunya
zat yang mencipta, memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan, memiliki dan
menguasai semua makhluk yang ada di dunia ini. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki


kepada kamu dari langit dan bumi?.”
(QS. Faathir: 3)

Dan juga firmanNya:

Maksudnya: “Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala


sesuatu.”
(QS. az-Zumar: 62)

53
Dan juga firmanNya:

Maksudnya: “Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah


Maha Perkasa atas segala sesuatu.”
(QS. Ali Imran: 189)

Serta firmanNya:

Maksudnya: “Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari


langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan
penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati
dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur
segala urusan?” Maka mereka akan menjawab: “Allah”. Maka katakanlah
“Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?”.”
(QS. Yunus: 31)

Pengakuan seseorang itu terhadap keesaan rububiyyah Allah tidak cukup untuk
menjadikan ia seorang mukmin, kerana ramai manusia yang tidak beriman juga
mengakui keesaan rububiyyah Allah. Perkara ini telah disebutkan di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad)


bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta
langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.”
(QS. az-Zumar: 38)

Dan juga firmanNya:

Maksudnya: “Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah


Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah
yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang
mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan
mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah
pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?”. (Dengan pertanyaan-
pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab
(mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-
galanya!”. Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian),
maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?”.”
(QS. Yunus: 31)

Ayat di atas menerangkan keadaan orang kafir musyirik turut mengakui bahawa Allah
SWT adalah tuhan yang mencipta, memiliki, menguasai dan mentadbir segala
kejadian di langit dan bumi. Mereka juga mengakui Allahlah tuhan yang
menghidupkan dan mematikan segala yang makhluk. Namun, mereka tidak digelar

54
sebagai Muslim. Mengapa? Kerana mereka tidak mengakui bahagian kedua tauhid,
iaitu tauhid Uluhiyyah yang merupakan kunci keislaman seorang Muslim.

b. Tauhid Uluhiyyah
Perkataan Uluhiyyah berasal dari perkataan Ilah. Tauhid Uluhiayyah bermaksud
mentauhidkan Allah sebagai Ilah iaitu mengesakan Allah dalam hal ibadah,
pengabdian diri, cinta, pergantungan harap dan ketaatan dalam setiap perintah dan
larangan. Perkataan Ilah inilah yang digunakan dalam kalimah syahadah yang wajib
dilafazkan oleh seseorang yang ingin memeluk agama Islam.

Perkataan Ilah dalam bahasa Arab berasal dari kata dasar Aliha. Di dalam bahasa
Arab, Alihahu membawa maksud:

Tenteram padanya sehingga ia terasa asyik dan tidak mahu meninggalkannya.


Berlindung dengannya kerana merasa kagum dengan kekuatan, kehebatan
dan kekuasaannya.
Rindu padanya kerana kehadirannya memberikan ketenangan, ketenteraman
dan aman sehingga ia selalu ingin berdamping dengannya.
Sangat mencintainya kerana tiga perkara tersebut di atas.

Apabila empat perkara di atas telah dirasai dan diyakini, maka akan lahir perkara
kelima iaitu:

Menyembah dan siap berkorban apa sahaja untuknya. Bahkan jika perlu,
mereka akan sanggup mengorbankan jiwa dan raga mereka demi cinta yang
mententeramkan, yang melindungi dan yang sentiasa dirindui itu.

Sesuatu yang dijadikan sebagai Ilah, mestilah sesuatu yang bersifat sempurna dan
hebat sehingga ia mampu memberikan keamanan dan ketenteraman dalam hati serta
jaminan pergantungan harap kepada orang yang menjadikannya sebagai Ilah.
Kesempurnaan dan kehebatan Ilah yang mampu memberikan keamanan dan
ketenteraman dalam hati itulah yang akan menimbulkan rasa kerinduan dan
kecintaan yang besar kepadanya sehingga orang yang menjadikannya sebagai Ilah,
dengan secara rela akan menyembah, mensucikan dan mengabdi diri kepadanya
dengan sepenuh ketaatan, ketundukan serta kerendahan hati. Sesuatu yang bersifat
beginilah yang layak dijadikan sebenar-benar Ilah.

Namun hakikatnya, ramai manusia tersalah dalam memilih sesuatu untuk dijadikan
sebagai Ilah. Ada yang menjadikan wang dan harta sebagai Ilah. Ada yang menjadikan
pangkat dan kedudukan sebagai Ilah. Tidak kurang pula yang menjadikan berhala, jin
dan syaitan sebagai Ilah. Semua ini disebabkan mereka merasakan sesuatu yang
dijadikan sebagai Ilah itu dapat memberikan keamanan dan jaminan perlindungan
kepada mereka. Ternyata semua ilah itu adalah ilah yang batil dan palsu kerana tidak
memiliki sifat kesempurnaan, sehingga keamanan dan ketenteraman yang dirasa itu

55
hanya bersifat sementara, dan jaminan yang diberikan adalah jaminan yang palsu
juga.

Berdasarkan makna dari sudut bahasa yang disebutkan di atas, maka makna Ilah
boleh kita sebutkan sebagai berikut:
Sesuatu yang diharapkan kerana ia memiliki kekuasaan memberi manfaat
dan mengabulkan permintaan orang yang berharap kepadanya.
Sesuatu yang ditakuti kerana ia murkan dan menyiksa sesiapa yang ingkar
kepadanya.
Sesuatu yang diikuti kerana petunjuknya adalah benar dan menjamin
keselamatan.
Sesuatu yang dicintai kerana rahmat dan cintanya sangat besar
dianugerahkan kepada para hambanya tanpa henti dan tiada kesudahannya.
Oleh kerana itu, maka dia adalah sesuatu yang disembah.

Dengan sifat-sifat ini, maka Dia adalah sesuatu yang berhak mendapatkan
ketundukan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi, Dia adalah pemilik segala
kekuasaan. Islam menyatakan bahawa sesuatu yang memiliki sifat-sifat
kesempurnaan tersebut hanyalah Allah SWT sahaja. Justeru menjadikan sesuatu
selain Allah sebagai Ilah adalah kesesatan yang nyata. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad)


seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu
beribadatlah kamu kepadaKu.”
(QS al-Anbiya’: 25)

Justeru, ketika kita melafazkan kalimah syahadah tauhid, ia memberi makna:

“Aku mengakui, aku berjanji, aku berkeyakinan, aku mengetahu bahawa


tiada tuhan yang berhak disembah, diabdikan diri, dicintai, diletakkan
pergantungan harap dan menentukan undang-undang melainkan Allah”

c. Tauhid Asma’ was Sifat


Allah mempunyai nama-nama dan sifat yang Agung. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia),


maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama
itu”
(QS al-A’raf: 180)

Tauhid Asma’ Was Sifat bermaksud mengesakan Allah pada nama-nama dan sifat-
sifat-Nya yang Mulia. Ia bermaksud seorang muslim itu perlu mengimani setiap
nama-nama dan sifat-sifat Allah yang telah Allah tetapkan untuk zat-Nya sendiri yang

56
disampaikan melalui al-Quran dan pengkhabaran dari Nabi SAW tanpa melakukan
tahrif (ta’wil), ta’thil, takyif ataupun tamtsil terhadap nama dan sifat-sifat
Allah. Hal ini kerana setiap nama dan sifat yang Allah miliki tidaklah sama dengan
nama dan sifat yang ada pada para makhluknya. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah
yang Maha Mendengar dan Melihat.”
(QS al-Syura 42: 11)
Tahrif (ta’wil) adalah menyelewengkan atau memalingkan makna zahir
(makna yang jelas tertangkap) ayat dan hadis-hadis sahih (yang berkaitan
dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah) kepada makna-makna lain yang batil
dan salah. Contohnya: sifat istiwa’ (bersemanyam di tempat yang tinggi)
diselewengkan menjadi istawla (menguasai).

Ta’thil adalah mengingkari sifat-sifat Allah dan menafikan (menolaknya).


Seperti sifat Allah ‘Uluw (berada tinggi di atas langit), sebagian kelompok sesat
mengatakan bahawa Allah ada di mana-mana (di setiap tempat).

Takyif adalah menentukankan keadaan atau menggambarkan sifat-sifat


Allah. Seperti contohnya menggambarkan sifat bersemayamnya Allah di atas
‘Arsy begini dan begini. Padahal bersemayanmnya Allah di atas ‘Arsy tidaklah
sama dengan bersemayamnya para makhluk, dan tidaklah ada seorang pun
yang mengetahui gambaran bagaimana kecuali Allah semata.

Tamtsil adalah menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluknya.


Maka tidak boleh dikatakan bahawa turunnya Allah ke langit dunia sama
seperti turunnya kita ke suatu tempat. Adapun hadis yang menyatakan bahawa
Allah turun ke langit dunia adalah sahih seperti yang telah diriwayatkan oleh
Imam Muslim.

Adapun Perincian terhadap nama dan sifat Allah serta makna-maknanya ini boleh
dirujuk di pelbagai kitab Aqidah yang banyak dan terkenal.

3.5.5 BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Beriman kepada malaikat adalah rukun Iman yang kedua. Malaikat adalah makhluk
Allah yang diciptakan dari cahaya, sebagaiman yang dinukilkan dalam hadis nabi SAW
yang diriwayatkan dari Ummul Mukminin, Aishah RA, beliau mengatakan
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Malaikat diciptakan dari cahaya.” (HR.
Muslim)

Allah SWT menciptakan malaikat dengan tujuan beribadah dan memuji-Nya, selain
menjadikan mereka utusan-utusan kepada para nabi dan rasul serta sesiapa yang

57
dikehendaki-Nya. Mereka sentiasa taat dan patuh pada semua titah perintah Allah
SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di


sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta
mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa
merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-
galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta
menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka.”
(QS Ghafir: 7)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan
bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga
dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang
diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(QS Fatir: 1)

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah


mengambil (mempunyai) anak”, Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-
malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak
mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-
perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka
(malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat
melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-
hati kerana takut kepada-Nya. Dan barangsiapa di antara mereka,
mengatakan: “Sesungguhnya Aku adalah tuhan selain daripada Allah”,
maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami
memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.”
(QS Al-Anbiyaa’: 26 – 29)

Jumlah malaikat yang diciptakan Allah SWT adalah sangat banyak. Namun yang wajib
kita ketahui dan imani ada sepuluh, iaitu:

1. Jilbril : Penyampai Wahyu 6. Nangkir : Penyoal dalam Kubur


2. Mikail : Penjaga Rezeki 7. Raqib : Pencatit kebaikan
3. Izrail : Pencabut nyawa 8. Atid : Pencatit kejahatan
4. Israfil : Peniup Sangkakala 9. Ridhwan : Penjaga Syurga

58
5. Mungkar : Penyoal dalam Kubur 10. Malilk : Penjaga Neraka

Terkadang terfikir dalam fikiran kita, apa perlunya Allah menciptakan malaikat
sedang Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tanpa kewujudan malaikat pun, Allah
tetap berkuasa mentadbir semua makhluk yang diciptakan-Nya. Sebenarnya banyak
hikmah di sebalik penciptaan malaikat dan perintah beriman dengannya, namun
terdapat beberapa hikmah besar yang perlu dihayati, antaranya:

a. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.


b. Keyakinan terhadap keampunan Allah SWT kerana ada malaikat yang mendoakan
keampunan Allah untuk para hamba-Nya yang melakukan amal-amal kebajikan.
c. Mencontohi ketaatan para malaikat dalam beribadah.
d. Menghindari sifat ujub (bangga diri) terhadap amal yang telah dilakukan.

3.5.6 BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB

Rukun Iman yang ketiga adalah beriman kepada kitab-kitab Allah, iaitu wahyu yang
diturunkan kepada para nabi dan rasul yang diutuskan kepada setiap kaum di atas
muka bumi, yang dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan mereka
di atas muka bumi. Terdapat 4 kitab yang wajib kita imani sebagaimana yang
dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu:

a. Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud AS


b. Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS
c. Injil yang diturunkan kepada nabi Isa AS
d. Al-Quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW

Disamping 4 kitab ini, terdapat suhuf iaitu lembaran-lembaran suci yang diturunkan
kepada dua orang nabi dan rasul iaitu Ibrahim dan Musa. Perbezaan antara kitab dan
suhuf adalah kitab merupakan wahyu yang dibukukan, manakala suhuf hanya bersifat
lembaran-lembaran semata-mata.

Intipati pengajaran ke semua kitab dan suhuf ini adalah tuntutan dan perintah untuk
beriman terhadap keesaan Allah SWT di samping pengajaran-pengajaran tentang
syariat atau undang-undang kehidupan yang tertentu khusus untuk umat pada zaman
ia diturunkan. Umpama kitab taurat dan injil diturunkan khusus kepada nabi Musa
dan Isa untuk kaumnya iaitu bani Israil. Adapun al-Quran adalah kitab yang
diturunkan kepada nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia.

Perincian terhadap keimanan kepada kitab, terutama al-Quran akan dibentangkan


dalam bab yang seterusnya. Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah, definisi al-
Quran, intisari pembicaraan al-Quran, mekanisme memahami al-Quran dan peranan
al-Quran dalam kehidupan manusia.

59
3.5.7 BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL

Rukun iman keempat adalah beriman kepada para rasul yang diutuskan Allah SWT
kepada setiap umat di dunia dengan seruan mengesakan Allah SWT dalam beribadah
dan menjauhi taghut iaitu sembahan selain dari Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-


tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):
Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.”
(QS al-Nahl: 36)

Jumlah nabi dan rasul yang diutuskan Allah kepada manusia sangat banyak, namun
yang wajid diketahui dan diimani hanya 25 orang sahaja. Berikut adalah nabi dan rasul
yang diutuskan kepada kaum mereka:

1. Adam 10. Ya’qub 19. Ilyas


2. Idris 11. Yusuf 20. Ilyasa’
3. Nuh 12. Ayyub 21. Yunus
4. Hud 13. Syu’aib 22. Zakariya
5. Soleh 14. Musa 23. Yahya
6. Ibrahim 15. Harun 24. Isa
7. Luth 16. Dzulkifli 25. Muhammad SAW
8. Ismail 17. Daud
9. Ishaq 18. Sulaiman

Selain menjadi utusan Allah yang menyeru manusia mengesakan-Nya dan menjauhi
taghut, mereka juga diutuskan sebagai pembimbing manusia dalam beribadah dan
berbakti mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mereka menjadi contoh tauladan
dalam semua sudut kehidupan manusia. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah


itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(QS al-Ahzab: 21)

60
Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi


Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari
akhirat dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka
padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah
Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
(QS al-Muntahanah: 6)

Firman-Nya lagi:

Maksudnya:“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi


pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai
akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia
bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang
tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia
sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi
hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.”
(QS Yusuf: 111)

Perbincangan yang lebih terperinci tentang hakikat beriman kepada nabi dan rasul,
terutama keimanan kepada nabi Muhammad SAW akan dibentangkan dalam bab
seterusnya. Antara perbincangan yang akan dibentangkan adalah definisi nabi dan
rasul, sifat nabi dan rasul, kewajipan nabi dan rasul, keperluan manusia kepada rasul,
hasil beriman kepada rasul dan mekanisme menghidupkan sunnah nabi Muhammad
SAW.

3.5.8 BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

Beriman kepada Hari Kiamat adalah Rukun Iman kelima. Beriman kepada Hari
Kiamat bermaksud mempercayai bahawa seluruh alam semesta dan segala isinya akan
hancur binasa dan setelah itu akan ada satu kehidupan yang kekal abadi di akhirat
nanti. Keimanan kepada Hari Kiamat termasuk dalam perkara sam’iayyat iaitu
perkara yang kita ketahui dan imani berdasarkan dalil yang ada dalam al-Quran dan
hadis nabi SAW.

Pada hari itu tiada yang tinggal melainkan musnah dan hancur belaka. Yang kekal
tinggal hanyalah Allah SWT.

Keimanan kepada Hari Kiamat menuntut seseorang itu mengimani beberapa


peristiwa yang terkait dengannya, antaranya:

61
a. Tiupan Sangkakala
b. Penantian di Alam Kubur
c. Hari Kebangkitan
d. Hari Perhimpunan
e. Hari Perhitungan dan Timbangan
f. Dosa dan pahala
g. Titian
h. Syurga dan Neraka

Adapun persoalan bilakah akan terjadinya Hari Kiamat, tiada sesiapa yang
mengetahuinya termasuk malaikat dan nabi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bila
berlakunya kiamat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Hari


Kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya
pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa
pun yang dapat

menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara)


hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada)
di langit

dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.”


Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai Hari Kiamat itu adalah
di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(QS al-A’raf: 187)

Sabda Nabi SAW apabila ditanya oleh malaikat Jibril AS tentang bila berlakunya Hari
Kiamat, baginda menjawab: “Tidaklah orang yang ditanya mengenainya lebih
mengetahui dari yang bertanya” (HR Muslim)

Antara hikmah beriman kepada Hari Kiamat dan disembunyikan masa berlakunya
adalah:

a. Seseorang itu akan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk
menghadapinya dengan sentiasa melakukan ketaatan dan sentiasa memperbaiki
kualitinya. Kesediaan itu juga menyebabkan ia akan segera meninggalkan
kemaksiatan.
b. Seseorang itu akan sedar bahawa kehidupan dunia adalah persinggahan untuk
mencari bekalan yang akan dibawa menuju kehidupan yang kekal abadi di Akhirat
nanti.

62
c. Seseorang itu akan merasa tenang dan berfikiran positif walaupun tidak
mendapatkan keadilan di dunia kerana yakin keadilan sebenar akan tertegak di
Akhirat nanti.

3.5.9 BERIMAN KEPADA QADHA’ DAN QADAR

Beriman kepada Qadha’ dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Maksud
perkataan al-Qadar adalah ketentuan Allah SWT terhadap makhluknya sejak azali.
Manakala maksud al-Qadha’ pula adalah pelaksanaan terhadap ketentuan Allah. Ini
adalah berdasarkan Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dia menjawab: Demikianlah keadaannya tak usahlah


dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu dan Kami hendak
menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami
dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.”
(QS Maryam: 21)

Justeru, berpandukan maksud Qadha’ dan Qadar di atas, dapat dijelaskan maksud
beriman kepada Qadha’ dan Qadar adalah mengimani dan meyakini bahawa segala
yang terjadi di alam ini sama ada yang baik mahupun yang buruk adalah ketentuan
yang berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT yang telah ditetapkan sejak
azali lagi. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “dan ketahuilah bahawa jika seluruh makhluk berhimpun untuk


memberi kamu suatu manfaat, maka tidaklah perkara itu bermanfaat bagi
kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jika mereka
berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan
kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah
diangkat Qalam dan telah selesai ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”. (HR
al-Tarmizi dan Ahmad)

Keimanan kepada Qadha’ dan Qadar bukanlah bermaksud manusia tidak perlu
berusaha dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir ketentuan-Nya.
Hakikatnya manusia masih perlu berusaha kerana takdir Allah itu tertulis dalam
dua bentuk, iaitu:

a. Takdir Muallaq
Iaitu takdir yang dapat diubah dengan usaha. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri”
(QS al-Ra’d: 11)

63
b. Takdir Mubran
Iaitu takdir yang tidak dapat diubah walaupun dengan usaha. Sebagai contoh
adalah takdir atas waktu kematian. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka
apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau
sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(QS al-A’raf: 34)

Usaha atau ikhtiar juga termasuk dalam takdir Allah SWT iaitu Allah telah
menetapkan bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini ada sebab musabbabnya.
Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Tidaklah ada seorang daripada kamu melainkan telah


ditetapkan baginya tempat sama ada di syurga atau neraka”. Tanya
Sahabat: ‘Wahai Rasulullah, tidak bolehkan jika demikian kami bertawakkal
sahaja?’ Jawab baginda: “Berusahalah kerana setiap kamu dimudahkan
baginya (berdasar apa yang ditetapkan padanya)”. Lalu Nabi SAW
membaca : ‫صدَّقَ بِ ْال ُح ْسنَى‬ َ ‫ فَأ َ َّما َم ْن أ َ ْع‬hingga firman Allah: ‫ ل ِْلعُس َْرى‬.” (HR al-
َ ‫طى َواتَّقَى َو‬
Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas difahami bahawa setiap manusia akan dipermudahkan ke arah
takdir yang telah ditetapkan ke atasnya. Begitulah maksud firman Allah SWT yang
disebutkan dalam hadis di atas:

Maksudnya: Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada


padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala laranganNya); Serta dia mengakui dengan yakin
akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya
kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya orang yang
bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan
dan kemewahannya; Serta dia mendustakan perkara yang baik, Maka
sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat
kesusahan dan kesengsaraan.”
(QS al-Lail: 5-10)

Antara hikmah beriman kepada Qadha’ dan Qadar adalah sebagaimana yang dapat
kita nyatakan di bawah:

a. Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersyukur dan Bersabar


Seseorang yang beriman kepada Qadha’ dan Qadar menyakini bahawa segala
kebaikan yang diterimanya adalah nikmat dari Allah SWT sehingga ia merasa
wajib mensyukurinya. Adapun segala musibah adalah ujian yang wajib dilalui
dengan sabar, tawakal dan redha. Firman Allah SWT:

64
Maksudnya: “dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari
Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah
kamu meraung meminta pertolongan.”
(QS al-Nahl: 53)

b. Menjauhkan Diri Dari Sifat Sombong dan Putus Asa


Orang yang yakin bahawa segala kebaikan datang dari Allah tidak akan merasa
sombong kerana dia tahu bahawa dia tiada sebarang peran dalam mendapatkan
kebaikan melainkan dengan keizinan Allah sahaja. Begitu juga apabila ditimpa
musibah, dia tidak akan berputus asa kerana yakin bahawa Allah Maha Pengasih
terhadap hambanya yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujian. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta


pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan
pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(QS Yusuf: 87)

c. Memupuk Sifat Optimis dan Giat Berusaha


Manusia tidak pernah tahu apakah takdir yang ditentukan ke atas mereka.
Undang-undang alam pula menyatakan siapa yang berusaha pasti akan berjaya
sesuai dengan Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri”
(QS al-Ra’d: 11)

Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan


Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat
baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
(QS al-Qasas: 77)

d. Menenangkan Jiwa
Orang yang beriman dengan Qadha’ dan Qadar akan sentiasa tenang dalam
menghadapi segala ketentuan, kerana ia yakin bahawa Allah lebih mengetahui
segala yang terbaik untuk dirinya. Justeru segala ketentuan dihadapi dengan
redha. Kebaikan yang diperolehi diterima dengan kesyukuran manakala musibah
yang datang diterima dengan kesabaran. Firman Allah SWT:

65
Maksudnya: “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi
kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.”
(QS al-Baqarah 216)

66
BAB 4
ISLAM SEBAGAI
SISTEM KEHIDUPAN SYARIAT:
PANDUAN HIDUP DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar akan mempu menjelaskan konsep asas syariat dan perkara yang
berkaitan dengan syariat.
2. Pelajar akan mengenal pasti keperluan utama dalam pensyariatan dan
mengapa sesuatu hukum itu terjadi.
3. Pelajar akan mengenalpasti sistem-sistem syariat yang berlegar di sekitar
masyarakat dan menjadi keperluan harian.

4.0 PENDAHULUAN

Di antara fitrah kejadian manusia yang Allah SWT tetapkan adalah keinginan hidup
yang teratur dan tersusun, suka akan kebenaran, keselamatan, keselesaan,
kesejahteraan dan kebahagiaan. Fitrah ini membenci kesempitan, kepalsuan,
kecelakaan, kacau bilau dan kegusaran. Atau dalam ertikata yang lain, manusia
diciptakan dengan fitrah tersendiri yang sukakan kepada perkara-perkara yang cantik
dan benci kepada perkara-perkara yang jelik. Mereka akan sentiasa mencari
kebenaran bagi menghindari kepalsuan.

Justru, memahami keperluan manusia ini, maka Allah SWT menurunkan syari’at-Nya
melalui wahyu-wahyu al-Quran yang diterjemah oleh sunnah nabi Muhammad SAW.
Syari’at inilah yang kemudiannya membimbing manusia dalam menjalani kehidupan
mereka bagi mencapai matlamat kehidupan selain memberikan kedamaian dan
kesejahteraan dalam diri manusia itu sendiri.

4.1 DEFINISI SYARI’AT

Secara bahasa, syari’at atau syari’ah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia
juga berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar
air yang digunakan untuk minuman. Allah SWT berfirman:

67
Maksudnya: “untuk setiap umat di antara kamu, kami berikan kamu aturan,
iaitu syari’at atau jalan yang terang”
(QS al-Maaidah: 48)

Dari segi istilah, syari’ah secara umumnya bermaksud segala perintah yang
diwahyukan oleh Allah SWT ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak.
Namun dalam pengertian yang khusus, syari’ah merujuk kepada perintah Allah SWT
dari segi amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir
manusia. Dalam pengertian yang khusus ini, syari’ah tidak melibatkan aspek akidah
kerana akidah merujuk kepada pegangan dan kepercayaan hati manusia, manakala
akhlak pula lebih merujuk kepada urusan pembersihan hati dan jiwa manusia.

Ilmu perbahasan hukum dalam syari’at ini disebut sebagai ilmu fiqh iaitu “ilmu
berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-
dalilnya secara terperinci”. Ilmi ini membahasakan hukum hakam berbeza pada satu-
satu perkara, sama ada ia wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Ketetapan ini
secara asasnya diambil dari Al-Quran ataupun sunnah nabi melalui kata-katanya
ataupun perbuatannya ataupun Iqrarnya (persetujuannya). Namun secara terperinci,
ia juga merangkumi ijmak, qias dan sebagainya.

Perbahasan syari’ah dipecahkan kepada empat unsur utama iaitu:

1. Ibadah iaitu aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT.
2. Muamalat iaitu aspek yang mengatur hubungan manusia dengan manusia
serta alam.
3. Munakahat iaitu aspek yang mengatur hubungan kekeluargaan .
4. Jinayat iaitu aspek yang mengatur tentang kesalahan-kesalahan jenayah,
hukuman dan kaedah pembicaraannya.

4.2 MAQASID SYARI’AT

Dari sudut bahasa, Maqasid adalah merupakan kata jamak daripada maqsad dan
maqsid dari perkataan qasada dalam bahasa Arab yang bermaksud kehendak,
matmalat, tujuan atau menuju ke suatu arah. Maksud maqasid juga merujuk kepada
sebab, objektif, prinsip serta matlamat. Dengan beberapa pengertian ini, maka
maqasid syari’ah telah didefinisikan oleh para ulama’ kepada beberapa maksud:

1. Makna-makna dan hikmah-hikmah yang diambil perhatian oleh Syarak dalam


keseluruhan atau sebahagian besar situasi penurunan syariat yang tidak
mengkhusus kepada mana-mana hukum Syarak yang tertentu. (‘Allamah
Muhammad Thahir ibn ‘Asyur)
2. Tujuan-tujuan syariat serta rahsia-rahsianya yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT pada setiap hukum-hakam. (Syeikh ‘Allal al-Fasi)

68
3. Tujuan-tujuan yang telah ditetapkan oleh syari’at bagi merealisasikan
kemaslahatan manusia. (Dr. Ahmad ar-Raysouni)

Kesimpulannya, takrif Maqasid Syari’ah berdasarkan ketiga-tiga takrif diatas secara


umumnya boleh disimpulkan sebagai tujuan, makna dan hikmah yang telah
ditetapkan oleh Syari’at Islam dalam hukum-hakam yang disyariatkan serta rahsia
disebaliknya dengan tujuan untuk merealisasikan kemaslahatan manusia.

4.2.1 RUANG LINGKUP PERBINCANGAN MAQASID SYARI’AT

Perbincangan mengenai maqasid syariah telah lama dibincangkan oleh para ulama.
Terdapat perkembangan tahap perbincangan mengenainya.

a. Tahap Maqasid Syariah Ulama Terawal


Perbincangan pokok Maqasid Syariah yang diperkenalkan oleh Imam al-Syatibi
adalah melihat kepada maslahat-maslahat yang digariskan oleh al-Quran dan al-
Sunnah. Dan maslahat ini dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Dharuriyyyat,
Hajiyat dan Tahsiniyyat.

Dharuriyyat (keperluan penting dan utama)


Daruriyat merupakan objektif yang mana kehidupan agama dan keduniaan manusia
tertegak dengannya, Jika sekiranya ia tidak ada nescaya hidup manusia di dunia ini
akan menghadapi kesukaran baik di dunia mahupun akhirat.

Daruriyat yang asasi ini ada lima iaitu:

o Memelihara agama
o Memelihara nyawa
o Memelihara akal
o Memelihara keturunan
o Memelihara harta benda

Setiap urusan agama dibina atas perkara-perkara ini dan hanya memeliharanya
sahajalah maka segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.

o Agama (Ad-Din)
Dimaksudkan dengan al-din adalah merangkumi wahyu yang diturunkan
kepada Rasulullah SAW, hukum yang melibatkan keimanan kepada Allah SWT,
Rasul-Nya dan hari kiamat dan juga hukum-hakam berkenaan dengan zahir
kehidupan manusia. Dan di antara langkah-langkah untuk memeliharanya
adalah, mewajibkan jihad dengan harta dan nyawa demi menjaga kesucian
agama Islam, menjatuhkan hukuman bunuh bagi orang yang murtad dan
zindik (tidak beragama), mengharamkan amalan bid’ah dan sihir dan

69
seterusnya mengharamkan maksiat dan menetapkan hukuman keras melalui
pelaksanaan hudud dan takzir.

o Nyawa (Al-Nafs)
Islam melindungi nyawa manusia dan menitikberatkan hak asasinya yang lain
dan antara langkah-langkah pemeliharaan al-nafs adalah, setiap individu
berhak untuk hidup di bawah naungan Islam, memelihara kesucian dan
kehormatan sebagai manusia, memelihara anggota dan tubuh badan daripada
disakiti atau dicerobohi dan seterusnya, dalam untuk menguruskan kehidupan
manusia, Allah SWT mensyariatkan hukum nikah kahwin, perceraian,
hadanah, nafkah dan lain-lain lagi.

o Akal (Al-Aql)
Akal menjadi sebahagian perkara di dalam Maqasid kerana ianya adalah
penentu kepada wujudnya taklif ataupun tanggungjawab individu terhadap
diri, keluarga dan masyarakat, ianya juga dikira sebahagian daripada anggota
manusia yang terpenting dan perlu dijaga dan individu yang memiliki akal yang
sihat dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.

o Keturunan (Al-Nasab)
Islam menekankan aspek al-nasab kerana untuk menjamin terpeliharanya
nyawa, tubuh badan, dan maruah. Ianya menjadi suatu jaminan pembentukan
keluarga dan masyarakat, seterusnya negara yang kuat dan stabil. Perkara ini
menjaga kemaslahatan dari sudut tertegaknya hukum-hakam tentang
perkahwinan, pemilihan pasangan, pendidikan anak-anak dan ianya juga
mengharamkan perzinaan, liwat dan lain lagi.

o Harta (Al-Mal)
Harta merupakan tunjang kehidupan manusia dan tunggak kepada syiar Islam.
Islam telah menggalakkan kepada pencarian harta dan rezeki dengan jalan dan
cara yang betul. Di antara maslahat dalam al-mal adalah seperti menjadikan
adanya aqad (akad) dalam jual beli sebagai asas muamalah, mensyariatkan
zakat, sedekah, wakaf, hutang dan lain-lain serta mengharamkan pengambilan
hartas melalui penindasan, penipuan dan pencerobohan hak orang lain. Oleh
itu Islam mengharamkan riba, berjudi dan sebagainya yang digariskan haram
disisi syariat.

Para ulama’ Islam telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis
keutamaan tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan
lebih utama dari kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah
diutamakan dari kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan dari
kepentingan keturunan dan kepentingan keturunan pula diutamakan dari
kepentingan harta.

70
Hajiyyat (keperluan penting bukan utama)
Hajiyat ialah kepentingan yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan
kepada mereka dan menghilangkan kesempitan yang membawa kepada kesulitan dan
kesukaran dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula tidaklah sehingga
membawa kepincangan dalam hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyat,
tetapi ia akan membawa kepada kesukaran dalam kehidupan mereka.

Sebagai contoh, disyariatkan beberapa kemudahan (rukhsah) seperti solat qasar dan
jama’ bagi orang yang musafir, diharuskan tidak berpuasa Ramadan bagi orang yang
sakit atau musafir, menunaikan solat dalam keadaan duduk bagi orang yang tidak
mampu berdiri, menyapu khuf sebagai ganti basuh kaki ketika berwudhu’, bermusafir
dan lain-lain lagi.

Tahsiniyyat (perkara tambahan)


Tahsiniyat merupakan kepentingan yang menghendaki seseorang berpegang dengan
akhlak-akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia. Ketiadaan al-Tahsiniyat
tidaklah membawa kepada kesukaran hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-
daruriyat dan al-hajiyat, tetapi ia membawa kepada kehidupan yang tidak elok pada
pandangan orang-orang yang berakal.

Contohnya, Islam mensyariatkan bersuci dan menutup aurat di dalam solat, memakai
bau-bauan semasa berada di dalam masjid dan di tempat perhimpunan orang ramai
dan sebagainya. Dalam urusan muamalat, Islam mengharamkan sebarang urusan jual
beli yang mendatangkan mudharat seperti dadah, najis, bangkai dan sebagainya yang
berkaitan. Demikian juga halnya, Islam megharamkan jual-beli atas jual-beli orang
lain dan juga pinangan atas pinangan orang lain.

Dalam adat pula, Islam mengajar adab-adab makan dan minum, mengharamkan
memakan makanan yang keji dan memudharatkan, sebagaimana Islam melarang
melampaui batas dalam makan minum dan berpakaian dan sebagainya.

b. Tahap Maqasid al-Syariah Ulama Kontemporari


Di samping tahap-tahap Maqasid al-Syariah yang telah diperkenalkan oleh ulama-
ulama terawal khususnya al-Syatibi dan Ibnu Asyur, terdapat juga pembaharuan di
dalam ilmu Maqasid a-Syariah daripada ulama-ulama kontemporari seperti Yusuf al-
Qaradhawi di dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat, Jasser Auda dan ramai lagi.

Di dalam perbahasan ulama kontemporari, tahap Maqasid dibahagikan kepada tiga


tahapan iaitu maqasid al-‘ammah (tujuan umum), maqasid al-khassah (tujuan
khusus) dan maqasid al-juzi’yyah (tujuan sebahagian).

Maqasid al-‘ammah adalah maksud umum yang ada pada semua keadaan seperti
keadilan, kebebasan dan kemudahan.

71
Maqasid al-khassah adalah maslahat dan nilai yang ingin direalisasikan dalam
satu bab khusus di dalam syariat, seperti tidak merendahkan darjat wanita dan
juga menjaga kehormatan wanita di dalam keluarga.
Maqasid al-juz’iyyah adalah bertujuan untuk merealisasikan hukum tertentu
seperti menghilangkan kesulitan pada hukum yang membolehkan seseorang untuk
tidak berpuasa kerana sakit, bermusafir atau lainnya

4.3 PERBAHASAN SYARIAT

Perbahasan syari’ah dipecahkan kepada empat unsur utama iaitu:

1. Ibadah iaitu aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT.
2. Muamalat iaitu aspek yang mengatur hubungan manusia dengan manusia serta
alam.
3. Munakahat iaitu aspek yang mengatur hubungan kekeluargaan .
4. Jinayat iaitu aspek yang mengatur tentang kesalahan-kesalahan jenayah,
hukuman dan kaedah pembicaraannya.

4.3.1 IBADAH

Ibadah dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan Arab yang terbentuk dari kata
dasar “ain”, “ba” dan “dal” (‫ )عبد‬yang membawa maksud merendah diri, patuh dan taat
(al-Maududi, 1984).

Dari segi istilah, ibadah bermaksud khusyuk kepada Allah SWT, merendah diri dan
tetap hati kepadaNya. Maksud dari segi istilah ini telah meletakkan fokus ketundukan
dan kepatuhan seseorang manusia itu hanya ditujukan kepada Allah SWT, tanpa
sekutu.

Sesuatu amalan yang pada zahirnya dilihat sebagai ibadah seandainya amalan
tersebut dilakukan bukan ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Umpamanya
seorang anak yang melaksanakan solat kerana dipaksa oleh kedua ibubapanya, jadi
anak dengan rasa berat hati terpaksa melakukan solat tersebut, bukan kerana Allah
SWT tetapi kerana paksaan kedua orang tuanya, maka solat tersebut tidak dikira
sebagai ibadah walaupun pada zahirnya ia dilihat sebagai ibadah.

Sebaliknya suatu amalan yang pada zahirnya bukan ibadat, seperti menunaikan qada’
hajat, amalan ini akan menjadi ibadah di sisi Allah SWT seandainya ia dilakukan
untuk tujuan menyihatkan tubuh badan, agar dia dapat beribadah kepadaNya.

Syeikh Ibn Taymiyyah dalam kitabnya Ubudiyyah menyatakan ibadah


bermakna kehinaan dan kecintaan kepada Allah SWT. Keadaan ini membawa maksud

72
seseorang hamba itu merasakan kehinaan dirinya di sisi Allah Yang Maha Perkasa dan
merakamkan rasa kecintaan yang tidak berbelah bagi kepadaNya dengan melakukan
segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.

Pembahagian Ibadah
Terdapat di kalangan ulama yang membahagikan ibadah kepada dua bahagian iaitu;
ibadah khusus dan ibadah umum.

a. Ibadah Umum
Ibadah dalam Islam merangkumi skop yang sangat luas. Apa-apa jua perbuatan,
perkataan dan gerak hati yang dilakukan akan dikira sebagai ibadah seandainya
amalan tersebut dilakukan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh syarak.
Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Amalan tersebut mestilah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya


menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap
teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”
(QS al-Bayyinah: 5)

Amalan yang dilakukan itu mestilah tidak bertentangan dengan kehendak syarak.
Ini adalah kerana perbuatan dan perkataa yang dilarang oleh Allah SWT sekali-kali
tidak akan diiktiraf oleh Allah SWT sebagai ibadah, malah ia merupakan satu dosa
yang wajar dijauhi oleh setiap hamba Allah SWT. Justeru itu, sesuatu amalan yang
mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT tidak boleh dikategorikan sebagai
ibadah.

Amalan tersebut hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan


sesempurna yang termampu.
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang dari kamu


melakukan sesuatu kerja maka diperelokkannya” (HR al-Baihaqi)

Amalan tersebut juga tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan kewajipan


yang fardu.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:“(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat


imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli

73
daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
(QS al-Nur: 37)

Ringkasnya sekiranya seseorang itu dapat menyempurnakan keempat-empat syarat


yang dinyatakan di atas ini, maka segala amalan yang dilakukan dalam kehidupan
seharian adalah dikira sebagai ibadat, meskipun dia tidak duduk beriktikaf di
masjid.Ibadah yang dihuraikan di atas tadi adalah termasuk di dalam ibadah yang
umum.

b. Ibadah Khusus
Ibadah khusus ialah segala amalan yang disebutkan secara khusus di dalam al-Quran
dan al-hadith. Ibadah khusus pula terbahagi kepada dua iaitu ibadah fardu dan
ibadah sunat.

Ibadah Fardhu
Ibadah-ibadah fardu ini pula terbahagi kepada ibadah fardu ‘ain dan fardhu kifayah.
Ibadah fardu’ ain ialah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim.
Melaksanakannya akan diganjari pahala, sebaliknya jika ditinggalkan akan dibalas
dengan dosa. Contoh ibadah farduu ‘ain ialah melaksanakan solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji sekiranya mampu dan
sebagainya lagi seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith.

Ibadah khusus jenis yang kedua ialah ibadah fardhu kifayah. Ibadah ini adalah
suatu amalan yang wajib dilakukan oleh sebahagian daripada anggota suatu
masyarakat Islam, demi untuk kemashlahatan umat Islam. Seandainya tiada
dikalangan orang Islam di dalam komuniti tersebut yang melakukannya, maka semua
orang Islam di kawasan tersebut dikira berdosa. Dosa tersebut hanya akan terangkat
apabila ada orang yang melaksanakannya sehingga selesai. Contoh ibadah fardhu
kifayah adalah menguruskan jenazah seorang muslim.

Contoh lain adalah mempelajari, mengamal dan menyebarkan ilmu dalam bidang-
bidang professional yang mendatangkan manfaat dan meningkatkan kualiti hidup
umat Islam seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, pengurusan, perniagaan dan lain-
lain.

Ibadah Sunat
Sementara itu ibadah sunat merupakan suatu amalan yang jika dilakukan akan
mendapat pahala, manakala jika ditinggalkan, tidak pula berdosa.

Ibadah sunat ini terbahagi kepada dua iaitu sunat muakkad dan sunat ghayr muakkad.

74
o Ibadah sunat muakkad ialah ibadat yang sangat-sangat digalakkan dan tarafnya
hampir menyerupai ibadah fardu. Contoh ibadah sunat muakkad ialah solat sunat
fajar dan juga bersugi sebelum solat. Rasulallah SAW telah bersabda:

Maksudnya:“Kalaulah tidak menjadi kesulitan kepada umatku, nescaya


aku akan memfardhukan mereka dengan bersugi sebelum solat.” (HR al-
Bukhari dan Muslim)

o Ibadah sunat yang kedua ialah sunat ghayr muakkad atau sunat tidak muakkad.
Ibadah ini juga digalakkan dalam Islam, namun tuntutannya tidak seberat sunat
muakkad. Contoh ibadah ini adalah sembahyan sunat rawatib yang lain, puasa
pada setiap hari isnin dan khamis, bersedekah, beriktikaf di masjid dan lain-lain
seperti yang diperincikan oleh para ulama berpandukan al-Quran dan hadis.

Ibadah yang dibahagikan kepada umum dan khusus ini adalah melengkapi pengertian
yang dikehendaki oleh Islam. Ia menggambarkan keindahan dan kesyumulan Islam
itu sendiri yang bersifat syamil dan kamil. Merangkumi seluruh kegiatan kehidupan
insan yang boleh memenuhi dan menjamin maslahat kehidupan di dunia dan di
akhirat. Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya: “Tidak kami alpakan dalam al-Kitab ini sesuatu apapun. Dan di
antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari
azab neraka”
(QS al-An’am: 38)

4.3.2 MUAMALAH

Dari segi bahasa, "muamalah" berasal dari kata aamala, yuamilu, muamalat yang
berarti perlakuan atau tindakan terhadap orang lain, hubungan kepentingan. Kata
muamalah adalah kata yang aktif atau kata kerja aktif yang harus mempunyai pelaku
dua orang atau lebih yang harus aktif yang berhubngan dengan urusan dunia.

Pengertian Muamalah dari segi istilah dapat didefinisikan dengan makna yang luas
dan dapat pula dengan makna yang sempit. Di bawah ini dikemukakan beberapa
pengertian muamalah;

a. Menurut Louis Ma’luf, pengertian muamalah adalah hukum-hukum syara yang


berkaitan dengan urusan dunia, dan kehidupan manusia, seperti jual beli,
perdagangan, dan lain sebagainya.
b. Sedangkan menurut Ahmad Ibrahim Bek, menyatakan muamalah adalah
peraturan-peraturan mengenai tiap yang berhubungan dengan urusan dunia,
seperti perdagangan dan semua mengenai kebendaan, perkawinan, thalak, sanksi-

75
sanksi, peradilan dan yang berhubungan dengan manajemen perkantoran, baik
umum ataupun khusus, yang telah ditetapkan dasar-dasarnya secara umum atau
global dan terperinci untuk dijadikan petunjuk bagi manusia dalam bertukar
manfaat di antara mereka.

Sedangkan dalam erti yang sempit adalah pengertian muamalah yaitu muamalah
adalah semua transaksi atau perjanjian yang dilakukan oleh manusia dalam hal tukar
menukar manfaat. Dari pelbagai pengertian muamalah tersebut, difahami bahawa
muamalah adalah segala peraturan yang mengatur hubungan antara sesama manusia,
baik yang seagama maupun tidak seagama, antara manusia dengan kehidupannya,
dan antara manusia dengan alam sekitarnya. Dengan pengertian ini, muamalah
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu muamalah ijtima’iyyah dan
muamalah Maliyah.

a. Muamalah Ijtima’iyyah
Muamalah Ijtima’iyyah dalam pengertian istilah boleh difahami sebagai peraturan
yang mengatur hubungan antara sesama manusia dalam kehidupan bermasyarakat,
iaitu hubungan muslim sesama muslim dan muslim dengan bukan muslim. Peraturan
ini juga mengatur hubungan antara lelaki dan wanita, baik hubungan lelaki muslim
dengan lelaki muslim atau lelaki muslim dengan lelaki bukan muslim, wanita
muslimah dengan wanita muslimah atau wanita muslimah dengan wanita bukan
muslim, lelaki muslim dengan wanita muslimah atau sebaliknya.

Asas Hubungan Antara Manusia Dalam Islam


o Interaksi Umum
Asas interaksi umum hubungan antara manusia ada disebutkan di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa
- bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah
orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Mengenal”.
(QS al-Hujurat: 13)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa terjalinnya hubungan satu sama lain di antara
sesama manusia merupakan suatu ketetapan dari Allah, dan hubungan ini berawal
dari berbeza-bezanya penciptaan manusia. Sengaja diciptakan Allah berbeza-beza,
laki-laki, perempuan, bersuku suku, dan berbangsa-bangsa supaya mereka saling
mengenal. Perbezaan ini bertujuan untuk saling mengisi kekurangan sehingga terlahir
manusian yang terbaik. Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan


membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-
kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab

76
yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah
turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan
meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap
umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.
Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat
(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya
kepadamu, Maka berlumba-lumbalah dalam berbuat kebajikan. Hanya
kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya
kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu”.
(QS al-Maaidah: 48)

Jadi, keadaan manusia yang berbeza-beza tersebut bukan untuk menjadikan


permusuhan, tapi justeru untuk saling berkenalan (ta’aruf), kerana pada dasarnya
derajat manusia di hadapan Allah adalah sama, yang membezakan adalah ketaqwaan
kepada Allah SWT. Sebab, agama Islam di samping mengatur hubungan antar
manusia dengan Allah (hablum min Allah), juga menitik beratkan kepada hubungan
antar manusia (Hablum min an Nȃs). Sebagaimana Firman Allah SWT:

Maksudnya:“mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali


jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian)
dengan manusia.....”.
(QS Ali ‘Imran: 112)

Interaksi Dalam Aktiviti Keagamaan


Terdapat beberapa asas dalam interaksi terhadap mereka yang berlainan agama,
antaranya:

o Berbuat baik dan santun kepada orang-orang bukan muslim yang tidak
menunjukkan sikap permusuhan kepada kaum muslimin.
Sebagaimana hal ini dijelaskan Allah dalam firmanNya:

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan Berlaku
adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan
tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang Berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya
melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang
memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan
membantu (orang lain) untuk mengusirmu. dan Barangsiapa
menjadikan mereka sebagai kawan, Maka mereka Itulah orang-orang
yang zalim.
(QS al-Mumtahanah: 89)

Perintah untuk memusuhi kaum kafir (non muslim) pada beberapa ayat boleh jadi
menimbulkan kesan bahawa semua non muslim wajib dimusuhi yang

77
menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam kehidupan sesama. Maka, untuk
mencegah kekeliruan tersebut, ayat di atas menegaskan prinsip dasar hubungan
interaksi kaum muslimin dengan non muslim.

Dalam ayat ini, Allah tidak melarang berbuat baik dalam bentuk apapun terhadap
mereka. Jika dalam interaksi sosial mereka (non muslim) berada pada pihak yang
benar, sedangkan salah seorang dari golongan kita berada pada pihak yang salah,
maka haruslah membela dan memenangkan mereka, kerana berbuat baik kepada
mereka merupakan salah satu bentuk akhlak mulia.

Hal ini mesti untuk dilakukan selama mana mereka tidak memerangi, memusuhi
atau mengusir kita dari negeri yang kita tempati dan membiarkan kita hidup
dengan rasa aman dan ketenangan. Dengan demikian, menjadi sebuah kewajiban
bagi kita untuk bersikap adil dan berbuat baik terhadap mereka, sekalipun kita
berbeza dalam segi keyakinan dengan mereka.

Imam al Maraghi mengatakan bahawa maksud ayat ini adalah Allah tidak
melarang berbuat baik terhadap non muslim (kafir) yang tidak menyerang atau
memusuhi orang islam, dan tidak mengusir orang mukmin dari negeri yang ia
tempati, dan juga tidak menolong atau membantu untuk mengeluarkan orang
mukmin dari negeri tersebut. Akan tetapi, Allah melarang untuk berbuat baik
tersebut terhadap orang-orang yang menimbulkan permusuhan serta membunuh
atau mengeluarkan orang mukmin dari negerinya, sebagaimana halnya yang
dilakukan oleh orang-orang musyrikin Mekah terhadap orang muslim pada masa
Nabi SAW.

Mengakui keanekaragaman agama dan keberagamaan orang lain bukan berarti


menyamakan semua agama dan bukan berarti juga membenarkan agama-agama
lain itu. Namun, di sini dituntut untuk saling menghargai dan menonjolkan sikap
toleransi dengan sesama. Seperti firman Allah:

Maksudnya: “Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, aku tidak akan


menyembah apa yang kamu sembah. dan kamu bukan penyembah
Tuhan yang aku sembah. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa
yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah
Tuhan yang aku sembah. untukmu agamamu, dan untukkulah,
agamaku."
(QS al-Kafirun: 1-6)

Sayyid Quthub mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang damai, dan
penuh cinta. Ia merupakan sistim yang bertujuan menaungi seluruh alam dengan
naungan yang berupa kedamaian dan cinta, bahawa manusia dihimpun dibawah
panji Allah dengan kedudukan sebagai saudara-saudara yang saling kenal
mengenal dan cinta mencintai. Tidak ada yang menghalangi arah tersebut kecuali

78
tindakan agresi musuh-musuhNya dan musuh tindakan agama ini. Adapun jika
mereka bersikap damai, Islam sama sekali tidak berminat untuk melakukan
permusuhan.

Jadi, adanya agama yang bebeza-beza dalam kehidupan, dituntut untuk saling
menghargai pemeluk agama lain tersebut, sekalipun agama yang diredai Allah
adalah agama Islam, namun demikian Allah tetap mengajarkan kepada hambaNya
untuk tetap memberikan penghormatan dan penghargaan kepada mereka yang
berbeza keyakinan. Seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang


mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah
dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami
jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian
kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan
kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan”
(QS al-An’am: 108)

Ayat ini memberikan petunjuk kepada orang muslim agar tidak melakukan cacian
atau mencela sembahan-sembahan bukan muslim. Kerana, hal ini boleh jadi
dilakukan oleh orang muslim kerana terdorong oleh emosi menghadapi ganguan
kaum musyrik atau ketidaktahuan mereka. Kerana, makian atau cercaan tidak
akan menghasilkan kemaslahatan dalam agama. Larangan memaki Tuhan-Tuhan
dan kepercayaan pihak lain merupakan tuntutan agama, guna memelihara
kesucian agama, dan guna menciptakan rasa aman serta hubungan harmonis antar
umat agama.

o Menjaga dan menepati isi perjanjian, meskipun orang yang terikat dalam
perjanjian tersebut adalah orang-orang musyrik. Hal ini dijelaskan Allah di dalam
al-Quran:

Maksudnya:“Kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah


Mengadakan Perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi
sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu
seseorang yang memusuhi kamu, Maka terhadap mereka itu penuhilah
janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang bertaqwa”
(QS al-Taubah: 4)
Ayat ini ditujukan kepada kaum muslimin iaitu larangan untuk membatalkan
komitmen dan janji-janjinya secara berpihak, kecuali jika pihak lain terlebih
dahulu membatalkannya, baik secara tegas maupun melalui bukti-bukti yang
menyakinkan. Itupun dengan menyampaikan pembatalan tersebut secara tegas
dan jelas dan dalam waktu yang cukup untuk diketahui benar-benar
pembatalannya oleh pihak lain.

79
o Memberikan perlindungan kepada orang non muslim. Hal ini sebagaimana
terdapat al Qur’an:

Maksudnya:“Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu


meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia
sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat
yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak
mengetahui”.
(QS at Taubah: 6)

Ayat ini melahirkan kesan bahawa betapa tingginya kedudukan tetangga dan
betapa pentingnya mereka sehingga ia harus dilindungi walau agamanya berbeza
dengan kita. Ayat ini seakan-akan berkata bahawa jika ada orang musyrik yang
telah diizinkan Allah untuk dibunuh, ditawan, atau tidak diperkenankan masuk ke
wilayah muslim, tetapi ia secara tulus bermaksud menemui Nabi SAW, atau
mendengar ayat-ayat al Qur’an, maka berilah ia perlindungan, dengan demikian ia
akan mengenal Islam lebih dekat dan mengetahui betapa indahnya tuntunannya.

Memakan sembelihan ahli kitab dan menikahi perempuan-perempuan mereka.


Sebagaimana dijelaskan dalam al Qur’an:

Maksudnya: “Pada hari ini Dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan


(sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab itu halal bagimu, dan
makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan Dihalalkan mangawini)
wanita yang menjaga kehormatan, diantara wanita-wanita yang
beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-
orang yang diberi Al kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar
mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud
berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa
yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam)
Maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat Termasuk orang-orang
merugi.”
(QS al-Maaidah: 5)

Pada ayat di atas dijelaskan bahawa dibolehkannya memakan makanan


sembelihan ahli kitab, dan begitu juga dengan sembelihan orang Islam dibolehkan
bagi mereka untuk memakannya. Al Maraghi mengatakan bahawa yang dimaksud
dengan makanan pada ayat di atas adalah sembelihan, adapan yang dimaksud
dengan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah Yahudi dan Nashrani, yakni
sembelihan Ahlul Kitab yang diberikan kitab suci Injil dan Taurat dan bukan
sembelihan orang-orang musyrik yang tidak mempunyai kitab suci yang
menyembah berhala dan patung-patung.

80
Sebagian lagi ada yang memahami bahawa yang dimaksud dengan makanan
adalah buah-buahan, biji-bijian, dan semacamnya. Namun pendapat ini sangat
lemah. Kendatipun demikian, perlu untuk diingat bahawa tidak otomatis semua
makanan Ahlul Kitab selain sembelihannya menjadi halal, kerana boleh jadi
makanan yang mereka hidangkan telah bercampur dengan bahan-bahan haram,
atau boleh jadi adanya bahan yang bernajis.

Adapun adanya penegasan kata “makanan kamu” yang sebelumnya ditegaskan


kata “makanan mereka (ahli kitab)” adalah untuk menegaskan bahawa dalam soal
makanan dibenarkan hukum timbal balik.

Adapun dalam soal pernikahan tidak ada hukum timbal balik, dalam arti pria
muslim dapat menikahi wanita Ahlul Kitab, tetapi pria Ahlul Kitab tidak
dibenarkan menikahi wanita muslimah. Boleh jadi hal ini disebabkan kerana
wanita tersebut harus patuh dan tunduk kepada suaminya, sehingga boleh
menjadikan mereka akan berpindah kepada keyakinan yang dianut oleh suaminya.

M. Quraish Shihab menyatakan bahawa ditutupnya ayat di atas dengan ancaman


“ barang siapa yang kafir setelah beriman, maka putuslah amalannya dan
seterusnya...” merupakan peringatan kepada setiap orang yang makan, dan atau
merencanakan pernikahan dengan mereka, agar berhati-hati jangan sampai hal
tersebut menghantarkan mereka kepada kekufuran, kerana akibatnya adalah siksa
di akhirat kelak.

Maka, berdasarkan prinsip taaruf antara pemeluk agama di atas, sudah semestinya
kaum muslimin bersikap terbuka kepada pemeluk agama lain. Kerana, dengan sikap
keterbukaan tersebut, mereka akan dapat mengambil manfaat dari berbagai kemajuan
umat lain dan berbagai macam bentuk peradaban mereka.

Interaksi Dalam Wacana Perubahan Sosial


Setelah terbentuknya hubungan antara manusia dengan saling mengenal dan
menghagai serta menolong antara pemeluk agama yang berbeza, maka hal ini akan
dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni yang akan merubah aktiviti
sosial dengan persatuan di atas segala perbezaan. Dalam al-Quran terdapat dua ayat
yang sering diungkapkan dalam konteks perubahan sosial.

o Surah al- Ra’du ayat 11


Maksudnya: “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu
mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya
atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu
kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,
Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung
bagi mereka selain Dia.

81
o Surah al-Anfal ayat 53
Maksudnya: “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-
kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya
kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri
mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha
mengetahui”.

Dalam dua ayat di atas ada beberapa hal penting untuk diberi perhatian yang
berkaitan dengan kehidupan antara sesama manusia, iaitu:

o Ayat-ayat tersebut berbicara tentang perubahan sosial, bukan perubahan


individu. Hal ini difahami dari penggunaan kata “qaum” pada ayat tersebut
yang bermakna masyarakat. Sehingga, dapat diambil kesimpulan bahawa
perubahan sosial tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia saja.
o Penggunaan kata “qaum” juga menunjukkan bahawa hukum kemasyarakatan
ini tidak hanya berlaku bagi kaum muslimin saja, atau satu suku, ras dan agama
tertentu, tetapi ia berlaku umum bila dan di mana pun mereka berada.
o Kedua-ayat tersebut berbicara tentang dua pelaku perubahan. Pelaku pertama
adalah Allah SWT yang mengubah nikmatnya yang diberikannya kepada suatu
masyarakat atau apa saja yang dialami oleh masyarakat. Sedang pelaku kedua
adalah manusia, dalam hal ini masyarakat yang melakukan perubahan pada sisi
dalam mereka. Perubahan yang terjadi kerana campur tangan Allah
menyangkut banyak hal, seperti kekayaan dan kemiskinan, kesehatan dan
penyakit, kemuliaan dan kehinaan, dan hal-hal lainnya yang berkaitan dengan
masyarkat secara umum.
o Kedua ayat ini menekankan bahawa perubahan yang dilakukan Allah haruslah
didahului oleh perubahan yang dilakukan oleh masyarakat menyangkut sisi
dalam mereka. Tanpa perubahan ini, mustahil akan terjadi perubahan sosial.

Berdasarkan penjelasan dari ayat di atas, dapat difahami bahawa hubungan interaksi
antara manusia akan mempengaruhi kehidupan mereka. Kerana manusia hidup
dalam sebuah masyarakat yang dituntut untuk mewujudkan sebuah perubahan sosial
ke arah yang lebih baik. Maka untuk mewujudkan hal ini diperlukan hubungan yang
baik antara manusia agar boleh hidup dalam suasana yang harmonis dengan segala
latar belakang dan perbezaan yang ada dalam diri mereka.

Etika Hubungan Antara Manusia Dalam Islam


Etika hubungan antara manusia diambil dari kefahaman terhadap firman Allah SWT:

Maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang


laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan
itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan
merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih
baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil

82
dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan
adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak
bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” “Hai orang-orang
yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana
sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari
keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah
seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan
bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat
lagi Maha Penyayang.”
(QS al-Hujurat: 11-12)

Pengajaran dari ayat ini, terdapat beberapa etika penting dalam menjalinkan
hubungan sesama manusia, iaitu:

o Larangan untuk mengolok-olok


o Larangan saling mencela
o Larangan untuk menggelar dengan gelaran yang buruk
o Menjauhi prasangka buruk
o Larangan mencari-cari keaiban seseorang
o Larangan menceritakan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh seseorang ketika
ketiadaannya

b. Muamalat Maliyyah
Muamalat maliyyah adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan
dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-
menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara
atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi
keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan
bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang
ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di
dunia dan kebahagian di akhirat.

Prinsip Asas Aktiviti Muamalah


o Kerelaan dalam urus niaga.
Ini prinsip terpenting dalam urus niaga seperti mana yang digariskan oleh Allah di
dalam Surah al-Nisa’ ayat 29. Berasaskan prinsip inilah para sarjana muamalat
daripada semua mazhab menjadikan ‘sighah‘ (lafaz ijab dan qabul) sebagai rukun
akad. Mereka cuma berbeza tentang bentuk dan cara sahaja. Bahkan berasaskan
prinsip ini Imam al-Syafi’i mensyaratkan lafaz itu perlu disebut secara jelas.

Berasaskan prinsip ini juga sebarang manipulasi terhadap kerelaan seperti al-
ghisy (penipuan), al-ghabn dan seumpamanya diharamkan oleh Syari’ah. Sebab
itu dalam zaman moden ini, jika urus niaga itu bersifat jangka panjang, maka

83
kontrak bertulis wajib disediakan. Rasulullah SAW menempelak golongan yang
menipu dalam perniagaan dengan menganggap urus niaga mereka tidak akan
diberkati. Bahkan menggalakkan ketelusan dengan mendoakan keberkatan.

o Tidak mengandungi elemen haram yang disebutkan oleh dalil Syari’ah


seperti unsur riba, gharar, dan perjudian.
Riba adalah dosa besar dalam Syari’ah, ia tetap haram walaupun wujud unsur
kerelaan kedua-dua belah pihak. Riba diharamkan di dalam al-Quran. Di dalam
hadis jiga ada diperincikan riba kepada pelbagai bentuk.

Begitu juga dengan gharar yang fahisy, juga diharamkan oleh Syari’ah, bahkan
Imam al-Nawawi menganggap pengharaman gharar merupakan prinsip asas
muamalat Islam yang mana di bawahnya terdapat pelbagai bentuk jual beli yang
diharamkan seperi bay’ al-hasah, al-mulamasah, al-munabadhah, jual beli buah
yang belum jelas hasilnya dan lain-lain. Jual beli dalam talian juga sebenarnya
mengandungi unsur gharar kerana pengguna tidak jelas tentang rupa sebenar
produk yang akan diperolehinya. Maka adalah menjadi kewajipan kepada penjual
menyediakan polisi yang baik untuk menangani isu ini. Gharar ialah elemen risiko
yang tinggi yang membawa kepada implikasi kabur bagi sesuatu kontrak.

Manakala perjudian pula tahap gharar yang paling tinggi. Ia jelas diharamkan oleh
al-Quran dengan mengkategorikan sebagai satu urus niaga keji (rijs) yang menjadi
amalan Syaitan. Walaupun pembeli itu rela ketika membeli nombor ekor,
hukumnya tetap haram.

Selain itu, ia tidak melanggar mana-mana hukum lain seperti urus niaga pada
waktu Solat Jumaat bagi lelaki Muslim yang bermukim.

o Produk dan perkhidmatan yang menjadi asas kepada urus niaga


perlulah bukan daripada produk yang haram seperti babi, arak, najis,
bangkai, dadah, rokok, anjing dan seumpamanya
Perkhidmatan seperti pelacuran, GRO, hiburan haram, tilik nasib tidak kiralah
menggunakan apa jua medium, melukis tatoo dan seumpamanya. Terdapat
banyak hadis Nabi SAW yang mengisyaratkan larangan Nabi terhadap urus niaga
yang melibatkan produk dan perkhidmatan yang haram dan yang berbahaya.

o Urus niaga tidak membawa kepada kerosakan terhadap struktur


ekonomi dan sosial masyarakat yang disengajakan.
Adakalanya sesuatu urus niaga itu nampak sah secara zahirnya, tetapi jika ia
merosakkan sistem ekonomi atau bertujuan untuk memanipulasi pasaran, maka
ia tetap diharamkan. Rasulullah SAW melarang perbuatan ihtikar, iaitu menyorok
barangan dengan tujuan agar harga barangan meningkat. Membeli barangan
dengan banyak tidak salah, tetapi jika tujuan membeli adalah untuk memanipulasi
harga pasaran, maka ia diharamkan. Rasulullah turut melarang orang tengah cuba

84
memanipulasi dengan membolot sumber-sumber daripada masuk ke pasaran
(bay’ hadir lil badi & bay’ talaqqi al-jalab) kerana bentuk urus niaga ini
merosakkan mekanisma pasaran yang sepatutnya mudah diakses. Di sini terletak
peranan kerajaan untuk mengawal bentuk manipulasi pasaran terutama monopoli
syarikat gergasi terhadap pasaran.

c. Jenis Mualamat
Muamalat yang berasaskan kebendaan
Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kebendaan ialah:

o Ekonomi - maksudnya cara-cara manusia mengagihkan sumber ekonomi yang


terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad contohnya seperti
jual beli, gadaian, perbankan, pertanian, perindustrian dan lain-lain.
o Perkhidmatan - memberikan perkhidmatan kepada orang lain contohnya seperti
penyewaan rumah, pinjam-meminjam, pengankutan awam, runding cara,
pendidikan dan lain-lain.

Muamalat berasaskan kemanusiaan


Antara kegiatan muamalat yang berasaskan kemanusiaan ialah: Kebajikan seperti
menderma, memberi bantuan, sedekah dan lain-lain & Pembangunan manusia
seperti penyelidikan, kursus kemahiran dan lain-lain.

4.3.3 MUNAKAHAT

Munakahat dari segi bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Manakala dari segi
istilah pula ia bermaksud suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan
membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan
seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram. Perkahwinan adalah
merupakan sunnah Rasulullah SAW. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut
oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

Maksudnya:“Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku


maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku”
(HR Ibnu Majah)

Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti
berikut :

Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-


perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak

85
akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan
seorang sahaja”.
(QS al–Nisa’: 3)

Dalil dari As-sunnah yang Maksudnya:

“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai


belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana
sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap
orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan
sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa
puasa itu menjadi benteng”. (HR Muslim)

Dari Ijmak Ulama’ menyebut bahawa semua ulama sepakat mengatakan bahawa
hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Perbincangan syariat dalam topik munakahat ini meliputi beberapa perkara,


antaranya:

a. Pernikahan
b. Perceraian
c. Perwarisan

Dalam penulisan ini, kita tidak berhasrat untuk membincangkannya secara panjang
lebar, ianya hanyalah sekadar gambaran umum perbincangan sekitar munakahat
dalam topik asas Islam yang ke dua iaitu syariat.

4.3.4 JINAYAT

Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh
seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan
seseorang yang lain dengan sengaja.

Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan


perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang
yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman
qisas atau diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya


adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk dibawahnya semua
kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas,diyat atau ta`zir.
Perbincangan di bawah tajuk jinayat membincangkan beberapa kategori hukum iaitu:

86
a. Hudud
Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-
Quran atau Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai Hak Allah yang dikenakan ke
atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu
yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang
diterangkan oleh al-Quran iaitu:

Zina.
Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat saksi.
Minum Arak.
Mencuri.
Hirabah (Perusuh / ganggu keamanan).
Murtad.
Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-


deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan
perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah,
kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari
seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat.

Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah.
Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada
oleh individu atau masyarakat.

b. Qisas
Qisas yang bererti “mengikut” dan “menyamai” adalah yang paling hampir
kepada maksud qisas dari segi istilah syara’, di mana orang yang melakukan
jenayah bunuh atau mencederakan anggota tubuh badan akan diikuti dengan
hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukan, iaitu jika seseorang itu
melakukan jenayah bunuh akan dijatuhkan hukuman bunuh atau jika seseorang
itu umpamanya memotong kaki orang, dia juga akan dihukum potong kakinya dan
begitulah seterusnya.

Menurut istilah syara’ pula qisas adalah satu jenis hukuman yang termasuk dalam
kategori hudud, iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan syara’ melalui nas-nas
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan
hak-hak anak Adam atau hak individu seperti jenayah bunuh dan mencederakan
anggota tubuh badan.

c. Diyat
Diyat ialah hukuman penggantian yang utama bagi hukuman qisas jika gugur
hukuman qisas dengan sebab-sebab yang menggugurkannya ataupun jika pesalah
dimaafkan oleh mangsa atau waris (Abdul Qadir 'Audah). Menurut Ahmad Fathi

87
Bahansi (1983), mentakrifkan diyat dari segi syarak ialah nama bagi harta yang
digantikan dengan jiwa atau cedera. Menurut Mahmood Ahmad Rasyid (2006),
mengatakan bahawa diyat ialah harta yang wajib disebabkan jenayah dan
dilaksanakan oleh penjenayah.

Maksud diyat ialah sejumlah harta tertentu sebagai satu hukuman jenayah
terhadap pesalah jenayah yang dibayar kepada mangsa kerana kesalahan
membunuh seakan-akan sengaja atau tersalah dan terhadap kesalahan
mencederakan dengan tersalah (Hashim Mehat).

d. Ta’zir
Ta’zir adalah suatu jarimah yang diancam dengan hukuman ta’zir (selain had dan
qishash), pelaksanaan hukuman ta’zir, baik yang jenis larangannya ditentukan
oleh nas atau tidak, baik perbuatan itu menyangkut hak Allah atau hak perorangan,
hukumannya diserahkan sepenuhnya kepada penguasa. Hukuman dalam jarimah
ta’zir tidak ditentukan ukurannnya atau kadarnya, artinya untuk menentukan
batas terendah dan tertinggi diserahkan sepenuhnya kepada hakim (penguasa).
Dengan demikian, syari’ah mendelegasikan kepada hakim untuk menentukan
bentuk-bentuk dan hukuman kepada pelaku jarimah.

Hukuman-hukuman ta’zir banyak jumlahnya, yang dimulai dari hukuman paling


ringan sampai hukuman yang terberat:

a. Hukuman mati
b. Hukuman Jilid
c. Hukuman-Kawalan (Penjara Kurungan)
d. Hukuman Salib
e. Hukuman Pengecualian (Al Hajru)
f. Hukuman Denda (Tahdid)

88
BAB 5
ISLAM SEBAGAI
SISTEM KEHIDUPAN AKHLAK:
SISTEM NILAI DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar akan mempelajari asas definisi akhlak.


2. Pelajar akan memahami konsep akhlak dalam Islam.

5.0 PENDAHULUAN

Manusia adalah makhluk Allah SWT yang teristimewa yang memiliki tabiat dan
mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah
yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak. Memang tidak
dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan
manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari
asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina
tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai
persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang
tersendiri.

5.1 DEFINISI AKHLAK

Dari sudut bahasa Ia membawa maksud tabiat dan perangai. Manakala dari sudut
istilah ulama, sepertimana yang ditakrifkan oleh Al- Ghazali:

“Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri
yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan.”

Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu himpunan
ma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi neraca
bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.

89
5.2 SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik
buruk, dan betul salah. Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan
manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar
dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik
atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan
dijawab oleh ilmu akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang
menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan.
Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan
kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula
golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat
zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih
menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup
akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang menyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam


memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat
dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh
manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan itu ada satu
matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau
perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang
dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang
dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Persoalan-persoalan inilah yang menjadi
skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk,
dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam
perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang
seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya
dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan
perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang
patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada
manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung
dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi
nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada
hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar,
hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak.
Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial,
ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil

90
kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam
dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang
dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

1. Dilakukan dengan sedar dan niat.


2. Dilakukan denganikhtiar sendiri.
3. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

5.3 SISTEM NILAI DALAM ISLAM

Sistem nilai dalam Islam adalah bertujuan menilai setiap perbuatan dan gerak geri
manusia sama ada menepati kehendak syarak atau sebaliknya. Sistem nilai dalam
Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri, iaitu:

1. Bersifat sarwajagat. Contoh: solat wajib dilakukan di mana sahaja. Tiada


perbezaan hukum antara negara berbeza.
2. Tetap dan tidak berubah. Contoh: penipuan adalah sifat mazmumah dan tidak
akan pernah menjadi sifat mahmudah.
3. Menyeluruh: penilaian merangkumi aspek zahir dan batin. Niat juga dinilai dan
diganjari pahala.
4. Berteraskan wahyu.
5. Diberi ganjaran dosa dan pahala.

Selain al-Quran dan Hadis Nabi SAW, sistem nilai turut mengambil kira uruf atau adat
kebiasaan setempat yang tidak bertentangan dengan syariat sebagai sumber nilai
dalam kehidupan. Namun, penggunaan uruf atau adat sebagai sumber nilai hanya
dibuat jika perbuatan tersebut tidak didapati dalam dua sumber utama Islam.
Terdapat 3 hierarki nilai dalam Islam:

1. Nilai Mahmudah
2. Nilai Makhruhah
3. Nilai Mazmumah

5.4 SIFAT MAHMUDAH

Pengertian Akhlak Terpuji. Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut


pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat rasulullah SAW.
dan amalan utama penganut Islam sejati. Imam Ghazali telah menetapkan empat
prisnsip utama akhlak yang menunjangi akhlak manusia bagi melahirkan akhlak
terpuji iaitu:

91
1. Hikmah ( Kebijaksanaan) iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang
membolehkannya secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam
semua perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang lahir dengan pilihan manusia
sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik
dan pertimbangan baik.
2. Adil Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan marah dan nafsunya
mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan syariat.
3. Syajaah Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau
mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani, bermujahadah
dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan tetap pendirian.
4. Iffah Ia adalah keupayaan diri uang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar
tunduk kepada kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf tolong-
menolong, peramah dan kurang mengharap dari orang lain.
Apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia, barulah akan melahirkan
sifat-sifat mahmudah yang lain. Jika sifat ini terhakis atau berlebihan dalam diri
manusia akan melahirkan sifat yang keji pula. Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik
perkara adalah bersederhana.”

Imam al Ghazali berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dicapai melalui proses
mujahadah dan riadah dengan melawan hawa nafsu dan cuba mempertingkatkan
akhlak diri sendiri.

1. Nilai Fardu / Wajib: Mesti disempurnakan. Buat berpahala, tinggal berdosa.


2. Nilai Sunat / Mandub: digalakkan untuk melaksanakannya. Buat berpahala,
tinggal tidak mengapa.
3. Nilai Harus / Mubah: diberi pilihan utk melakukan atau tidak.

5.5 SIFAT MAKRUHAH

Nilai yang dibenci oleh syarak. Digalakkan utk meninggalkannya. Buat tidak berdosa
tapi dibenci, tinggal berpahala. Sebagai contoh perbuatan yang dinilai sebagai makruh
adalah minum berdiri, membicarakan atau membayangkan jenis-jenis makanan di
waktu berpuasa, berenang ketika sedang berpuasa, dan lain sebaginya

5.6 SIFAT MAZMUMAH

Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat
mazmumah, merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-
Sunnah. Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak buruk amat
dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam. Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah
menyekutukan Allah SWT, bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan
sebagainya.

92
BAB 6
CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar memahami asas-asas Islam yang bermula dengan adanya perasaan


ketuhanan.
2. Pelajar akan mengenal pasti kaitan antara ciri-ciri asas Islam.

6.0 PENDAHULUAN

Islam mempunya beberapa ciri khusus yang menjadikannya istimewa berbanding


agama lain sehingga Islam dilihat sebagai agama yang mampu bertahan sepanjang
zaman hingga hari kiamat.

6.1 RABBANI

Ciri khusus Islam yang pertama adalah Rabbani. Islam sebagai agama rabbani
membawa maksud bahawa Islam adalah daripada Allah SWT. Segala perkara yang
berkaitan dengan Islam sama ada berbentuk hukum, konsep, prinsip, nilai dan neraca
adalah datang dari Allah. Tiada makhluk yang mempunyai peranan dalam
menetapkan perkara-perkara tersebut, termasuklah Rasulullah SAW sendiri. Peranan
manusia hanyalah terbatas kepada perlaksanaan sahaja.
Rabbani Islam terbahagi kepada dua sudut:

1. Rabbani dari sudut matlamat dan tumpuan


2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber

6.1.1 RABBANI DARI SUDUT MATMALAT DAN TUMPUAN

Rabbani dari sudut matmalat dan tumpuan membawa maksud bahawa Islam
menjadikan hubungan baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai
matlamat terakhir kehidupan manusia. sekalipun manusia mempunyai matlamat-
matlamat lain, baik yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan, namun
matlamat terakhir bagi kehidupan manusia adalah untuk mendapat keredhaan Allah
SWT.

93
Kesemua ajaran Islam, baik yang bersangkutan dengan Aqidah, Syari’at mahupun
Akhlak adalah bertujuann untuk mempersiapkan manusia supaya menjadi hamba
kepada Allah semata-mata sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bab terdahulu.
Rabbaniyah dari sudut matlamat dan tujuan ini memberi kesan kepada jiwa manusia
dalam kehidupannya di dunia di samping faedah di akhirat kelak. Antara kesan-kesan
di dunia adalah:

a. Manusia akan mengenal matlamat hidupnya di dunia


b. Manusia akan mengenali fitrah yang wujud dalam dirinya.
c. Manusia akan selamat dari pergolakan dan pertentangan kehendak diri sendiri
dan tuntutan kehendak dari luar
d. Manusia akan bebas dari sikap keakuan dan runtuhan hawa nafsu

6.1.2 RABBANI DARI SUDUT MANHAJ DAN SUMBER

Rabbani dari sudut manhaj dan sumber membawa maksud bahawa manhaj yang
digariskan Islam untuk mencapai matlamat dan tujuaannya adalah manhaj rabbani
kerana ia bersumber dari wahyu Allah kepada Rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi
Muhammad SAW.

Manhaj ini tidak datang dari hasil kehendak individu, keluarga, kumpulan tertentu
dalam masyarakat, parti politik tertentu atau kehendak dari satu bangsa. Ia datang
daripada Allah SWT yang menginginkan petunjuk, hidayah, penjelasan dan khabar
gembira serta rahmat kepada para hamba-Nya.

Apabila sumber dan manhaj ini bersifat rabbani, ia memberi kesan tersendiri pada
ajaran-ajaran Islam dan pada manusia. Antara kesan-kesan tersebut:

a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan


b. Islam terhindari dari pengaruh dan kepentingan pihak lain
c. Islam sesuai untuk manusia
d. Islam dan umatnya mendapat penghormatan dan dipandang hebat

6.1.3 PERANAN RASULLULLAH DALAM MENYAMPAIKAN ISLAM

Al-Quran menyatakan bahawa Allah adalah pemilik segala ajaran yang terdapat dalam
Islam, sebab itu ia dinamakan agama Allah atau jalan Allah. Adapun Rasulullah
hanyalah sebagai penyeru manusia untuk menerima agama ini. Baginda menjelaskan
kepada manusia mana-mana yang tidak difahami oleh manusia.

94
6.2 SYUMUL

Ciri khusus kedua Islam adalah Syumul. Syumul bermaksud bahawa ajaran Islam itu
lengkap dan menyeluruh mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa
pengecualian, bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besarnya.
Mulai dari urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan hubungan
antarabangsa. Ia juga mencakupi pelbagai bidang sama ada akidah, akhlak,
muamalah, jenayah, ekonomi dan lain-lain.

Islam mempunyai hukum ke atas semua perkara yang terbit daripada manusia, baik
perkara yang difikirkan mahupun kecenderungan-kecenderungannya. Allah telah
menurunakan al-Quran untuk menjelaskan semua perkara.

Oleh kerana ajaran Islam itu telah mencakupi semua sudut kehidupan manusia dan
dapat menghukum dan menyelesaikan apa saja permasalahan manusia, seorang
muslim tidak boleh membiarkan sebarang sistem yang lain selain daripada Islam
untuk menyusun mana-mana sudut kehidupannya. Jika dia melakukan yang
demikian, dia akan tergolong dari golongan yang mempercayai sebahagian daripada
al-Quran dan kufur kepada sebahagian yang lain. Mereka ini akan mendapat kehinaan
dalam kehidupan di dunia dan azab yang pedih di akhirat.

Kesyumulan Islam dapat dilihat dari beberapa sudut-sudut berikut, antaranya:


1. Undang-undang
2. Keadilah
3. Kehakiman

6.2.1 KESYUMULAN ISLAM DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

Undang-undang dan hukum Islam yang menghukum semua perbuatan manusia itu
dibahagikan kepada beberapa hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh, harus, sah
atau batal. Semua perbuatan manusia, zahir dan batin adalah terlingkung dalam
hukum-hukum ini. Tiada sesiapa pun yang terlepas darinya.

Segala hukum-hukum ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian:

a. Hukum-hukum akidah iaitu hukum yang berkaitan dengan masalah keimanan


dan keyakinan.
b. Hukum-hukum akhlak iaitu hukum yang berkaitan dengan masalah sifat-sifat
yang baik dan buruk
c. Hukum-hukum ibadat iaitu hukum yang berkaitan dengan hubungan manusia
dengan Allah.
d. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia, yang terbahagi
kepada lapan bahagian, iaitu:

95
Hukum Munakahat yang mengatur urusan kekeluargaan
Hukum muamalat yang mengatur hubungan individu dengan orang lain dalam
perkara sivil seperti jual beli, sewa, gadai dan lain-lain.
Hukum kejaksaan yang menyangkut dengan soal kehakiman dan mahkamah
Hukum atau undang-undang dalam negeri yang mengatur hak dan kewajipan
warga negara
Hukum atau undang-undang luar nagara yang mengatur hubungan dengan
negara luar
Hukum-hukum perlembagaan yang menyusun sistem pemerintahan negara
dan kaedah-kaedahnya.
Hukum yang berhubung dengan hasil negara dan kaedah perbelanjaannya.
Hukum-hukum yang menyangkut dengan hukuman dan denda yang dikenakan
kepada pesalah sama ada pesalah jenayah, harta, keluarga dan lain-lain

6.2.2 KESYUMULAN ISLAM DARI SUDUT KEADILAN

Islam telah memperjuangkan keadilan iaitu memberikan hak kepada yang berhak
tanpa sebarang kekurangan. Keadilah wajib diberikan kepada semua manusia baik
muslim atau kafir, kawan atau musuh, keluarga atau bukan. Firman Allah SWT:

“Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap suatu kaum kerana mereka


menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorong kamu berbuat
(aniaya) kepada mereka. Dan tolong menolonglah kamu dalam
mengerjakan kebaikan dan takwa”
(QS al-Maidah: 2)

6.2.3 KESYUMULAN ISLAM DARI SUDUT KEHAKIMAN

Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam


menentukan hukum di dalam permasalahan hubungan sesama manusia, kerana
manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan
menyelesaikan perselisihan mereka dan dapat mengembalikan hak kepada empunya
hak. Hakim yang dilantik hendaklah disyaratkan mempunyai pengetahuan yang luas
tentang hukum-hukum Islam.

6.3 ALAMIYAH

Ciri khusus Islam yang ketiga adalah Alamiyah bermaksud umum. Yang dimaksudkan
dengan umum di sini adalah Islam sesuai untuk semua manusia di semua tempat dan
masa. Ia sesuai dilaksanakan oleh orang Arab, orang Melayu, orang Cina, orang India
dan lain-lain. Ia juga sesuai dilaksanakan di Mekah, di Madinah, di Malaysia, di Jepun,

96
di China dan sebagainya. Ia juga sesuai dilaksanakan pada zaman Rasulullah dan para
Sahabat, pada zaman kita sekarang dan pada zaman-zaman yang akan datang hingga
tibanya hari kiamat.

Islam adalah risalah untuk semua zaman, generasi dan semua tempat. Ia bukan
risalah yang terbatas pada suatu zaman tertentu yang berakhir dengan tamatnya
zaman itu seperti risalah-risalah para nabi sebelum Rasulullah SAW. Nabi
Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang diutuskan Allah tanpa batas waktu.
Kerasulannya hingga ke hari kiamat. Berbeza dengan rasul-rasul yang terdahulu,
mereka diutuskan untuk satu tempoh masa tertentu, apabila tempohnya telah habis,
Allah akan mengutus rasul yang lain pula.

6.4 SEIMBANG DAN SEDERHANA

Ciri khusus Islam yang seterusnya adalah seimbang dan sederhana. Keseimbangan
dan kesederhanaan ini berada di antara dua sudut atau dua perkara yang
bertentangan, di mana ia tidak mencerobohi satu sama lain. Contoh-contoh sudut
yang bertentangan itu ialah antara kebendaan dan kerohanian, antara individu dan
masyarakat, antatra ideal dan realiti antara tetap dan berubah, serta antara dunia dan
akhirat.

Seimbang dan sederhana di sini bermaksud setiap sudut itu diberi ruang dan peluang
yang cukup untuknya, ia diberikan hak dengan seadil-adilnya. Tidak dikurangi, tidak
dilebihkan, tidak diabaikan, tidak dizalimi dan tidak berlaku kerugian. Setiap sudut
menerima haknya dengan cukup dan adil. Keseimbangan dan kesederhanaan ini
dapat dilihat dengan nyata di semua sudut ajaran Islam, pada teori dan praktikalnya,
pda pendidikan dan perundangannya. Islam sederhana dan seimbang pada akidah
dan ibadah, pada akhlak dan adab, pada undang-undang dan sistem

Antara contoh keseimbangan dan kesederhanaan Islam dari sudut akidah dan
kepercayaan adalah Islam mengajak manusia beriman dengan perkara-perkara yang
dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Berbeza dengan golongan yang
keterlaluan dalam mempercayai semua perkara dan beriman kepada sesuatu tanpa
bukti dan dalil. Begitu juga Islam berbeza dengan golongan yang berfahaman
kebendaan yang tidak menerima kewujudan sesuatu yang di luar dari penguasaan
panca indera.

Dalam soal ibadah dan syiarnya Islam tidak seperti agama yang menghapuskan sudut
ibadah dari falsafahnya dan agama yang mewajibkan pengikutnya supaya beribadah
sepenuh masa serta memutuskan diri dari kehidupan dunia. Islam mewajibkan
muslim melakukan syiar-syiar yang tertentu seperti solat, puasa, berzikir dan lain-lain
agar wujud hubungan yang erat antara manusia dan Allah selaku pencipta manusia.

97
Setelah melakukan syiar-syiar ini, muslim diberi kebabasan bekerja dan berusaha,
menempuh kejayaan dalam kerjaya di dunianya.

Begitulah juga pada sudut-sudut yang lainnya, Islam sentiasa bersifat seimbang dan
sederhara, tidak melebihkan satu perkara dan meninggalkan perkara yang sebaliknya.

6.5 TETAP DAN ANJAL

Tetap yang dimaksudkan di sini adalah ajaran Islam itu tetap dan tidak berubah dalam
hal-hal yang semestinya kekal dan tidak berubah sekalipun sistem, persekitaran dan
keadaan masyarakat berubah mengikut peredaran masa.

Anjal atau flexible bererti ajaran islam itu boleh berubah dalam hal-hal yang
sepatutnya berubah mengikut perubahan hidup manusia baik dari segi sistem,
persekitaran, masa, tempat dan lain-lain.

Ajaran Islam tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamatnya tetapi ia anjal
dari sudut wasilah dan teknik. Ia tetap dan tidak berubah pada dasar dan prinsip tetapi
anjal pada cabang dan bahagian-bahagiannya. Ia tetap tidak berubah pada nilai-nilai
dan akhlak tetapi anjal dalam urusan dunia dan ilmiah.

6.5.1 SIFAT TETAP ISLAM PADA SUMBER HUKUM ASAL (NAS QATI’IE)

Sumber asli Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran adalah sumber asal dan
al-Sunnah adalah penafsiran terhadap al-Quran, baik secara teori mahupun praktikal.
Keduanya adalah sumber yang maksum. Setiap muslim tidak dibenarkan keluar atau
melanggarinya. Bahkan mereka diperintah supaya taat kepada Allah dan Rasulnya.

6.5.2 SIFAT ANJAL PADA SUMBER-SUMBER SAMPINGAN (IJTIHAD)

Sumber-sumber sampingan iatu adalah Ijmak, Qias, Istihsan, kata-kata Sahabat,


Masalih Mursalah, syari’at umat yang telah lalu dan sumber-sumber ijtihadiah yang
lain. Sumber-sumber ini tidak mendapat kata sepakat di kalangan para ulama, ada
yang menerimanya sebagai hujah dan ada yang tidak menerimanya sebagai hujah.
Yang menerimanya pula ada yang menggunakannya dengan meluas, tetapi ada juga
yang menggunakannya secara berhati-hati dalam ruang yang sangat sempit.

Hukum-hukum yang bersumber dari sumber-sumber sampingan ini tidak tetap. Ia


berubah mengikut masa, tempat, orang yang memberi fatwa atau orang yang
menerima fatwa.

98
6.5.3 HUKUM-HUKUM YANG TETAP

Sifat tetap pada hukum-hukum Islam yang datang dalam bentuk tetap, tidak berubah
hingga Hari Kiamat seperti:

a. Hukum-hukum akidah yang menyangkut dengan permasalahan beriman


kepada Allah, malaikat, kitab, para rasul, Hari Kiamat dan Qadha’ dan Qadar.
b. Hukum-hukum Islam dalam rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah
syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan
menunaikan haji.
c. Hukum-hukum yang mengharamkan perbuatan tertentu dengan yakin dan
putus seperti mengharaman riba, sihir, membunuh tanpa hak, zina, makan
harta anak yatim, menuduh berzina dan lain-lain yang sabit secara putus
melalui al-Quran dan al-Sunnah.
d. Hukum-hukum yang bersangkutan dengan permasalahan akhlak seperti jujur,
amanah, sabar, menunaikan janji dan sifat-sifat mulia yang lain.
e. Hukum-hukum kekeluargaan seperti nikah, cerai, pusaka, nafkah dan lain-lain,

Adapun hukum-hukum yang bersifat anjal adalah hukum-hukum yang bersangkut


dengan siasah syari’ah

6.6 JELAS

Salah satu ciri Islam adalah jelas. Jelas yang kita maksudkan di sini adalah jelas pada
dasar, sumber, matlamat dan manhaj. Di antara kejelasan yang terdapat dalam ajaran
Islam ialah kejelasan masalah-masalah dasar dan pokok. Ia bukan sahaja jelas kepada
kepimpinan dan para ulamak, bukan khusus kepada pengikut-pengikutnya yang
berilmu pengetahuan dan cendekiawan, malah masalah pokok dan dasar ini jelas
kepada orang ramai di mana sahaja kedukukan status sosial mereka. Sama sahaja
dasar-dasar akidah, syiar ibadah, sifat-sifatr akhlak yang mulian dan hukum-hukum
syari’at.

Kejelasan ajaran Islam ini merangkumi semua aspek, antaranya aspek:

1. Dasar-dasar akidah yang meliputi aspek keimanan terhadap rukun-rukun


Iman
2. Syiar-syiar ibadah yang meliputi aspek rukun Islam dan peribadatan
3. Akhlak dan adab yang meliputi sikap dan tingkah laku
4. Hukum-hukum syari’at yang meliputi undang-undang dan hukuman
5. Sumber hukum yang menjadi rujukan utama iaitu al-Quran, al-Sunnah dan
Ijmak Ulama.
6. Matlamat jangka panjang yang menjadikan keredaan Allah dan hari akhirat
sebagai matlamat utama

99
7. Matlamat jangka pendek yang menetapkan peringkat-peringkat perubahan
dalam sistem kehidupan manusia, bermula dengan pembentukan individu,
keluarga, masyarakat, negara
8. Manhaj dan jalan yang menentukan kaedah dan jalan dalam mencapai
matlamat-matlamat yang ditetapkan.

6.7 IDEAL & REALISTIK

Secara idealnya, Islam sentiasa menekankan dan ingin meletakkan manusia di tingkat
kesempurnaan yang paling tinggi yang mampu dicapai oleh manusia. Kesempurnaan
ini dapat dicapai dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia baik perkataan,
perbuatan, perkara yang ditinggalkan, perkara yang ingin dicapai, pemikiran dan
kecenderungan secocok dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, baik dari sudut
cara, rukun, syarat dan tujuannya. Inilah yang disebut sebagai ideal.

Rasulullah SAW merupakan contoh keadaan hidup yang ideal. Segala yang terbit dari
Rasulullah SAW tiada yang bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh kerana itulah kita
diperintahkan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan yang terbaik bagi
kita.

Realistik yang dimaksudkan ialah mengambil kira realiti kehidupan yang penuh
dengan kebaikan dan keburukan. Ia juga mengambil kira kemanusiaan yang ditinjau
dari pelbagai sudut manusia sebagai makhluk yang dicipta dari pelbagai unsur seperti
fizikal, mental, spiritual, emosional dll. Begitu juga ia mengambil kira manusia sebagai
salah satu anggota masyarakat yang tidak dapat hidup sendiri dan ia tidak pula akan
menyerahkan diri semutlaknya kepada masyarakat.

Oleh kerana itu, dalam memberikan arahan dan bimbingannya kepada manusia, baik
dalam bidang fikrah, akhlak, syari’at dan undang-undang, Islam tidak mengabaikan
realiti-realiti ini. Ini disebabkan Allah yang mengarah, membimbing dan mengajar
manusia, Allah jugalah yang mencipta manusia. Allah lebih mengetahui sesuatu yang
membawa maslahah dan kebaikan kepada manusia. Dia mengetahui apakah yang
membolehkan manusia meingkat itnggi hingga mencapai taraf dan kedudukan para
malaikat. Dia juga tahu apakah yang boleh menjatuhkan kedudukan rendah manusia
hingga lebih hina dan rendah dari taraf binatang.

Dalam usaha untuk mencapai tingkat kesempuranaan yang paling tinggi yang mampu
dicapai oleh manusia, Islam tidak melupakan tabiaat semula jadi manusia, juga tidak
melupakan kemampuan manusia yang tidak sama untuk sesuatu. Justeru Islam telah
menentukan batas kesempunaan paling minima atau paling rendah yang mesti dan
wajib ada pada manusia. Muslim tidak boleh meletakkan dirinya ke paras lebih rendah
dari paras minima ini, kerana ini adalah paras paling rendah yang boleh diterima bagi
mengiktiraf seseorang itu muslim.

100
6.8 BALASAN DUNIA DAN AKHIRAT

Hukum-hukum Islam bukanlah semata-mata nasihat-nasihat dan pandaan-panduan


yang tiada di sebaliknya ganjaran baik dan buruk. Pada hakikatnya ajaran Islam
merupakan nasihat-nasihat dan bimbingan yang di sebaliknya ada balasan baik bagi
mereka yang berpegang teguh dengnnya. Ada juga balasan seksa bagi mereka yang
melanggarinya. Ganjaran pahala dan balasa seksa ini tidak sama antara satu sama
lain.

Menurut asalnya, balasan dalam Islam seharusnya berlaku di akhirat sahaja, tiada
balasan di dunia. Namun tuntutan kehidupan dan sebagai jaminan kepada
kesejahteraan hidup manusia, menyusun hubungan-hubungan mereka dengan baik,
dan menjamin hak manusia, kesemua ini menuntut supaya di samping balasan akhirat
yang dijatuhkan oleh Allah, ada balasan di dunia yang dijatuhkan oleh pemerintah ke
atas mereka yang melanggar hukum-hukum Allah.

Balasan yang dilaksanakan di dunia tidak menghalang berlakunya sekali lagi balasan
di akhirat, kecualilah hukum dunia itu disertai dengan taubat nasuha yang dibina di
atas penyesalan yang mendalam terhadap dosa yang dilakukannya, di samping
keazaman penuh untuk meninggalkan maksiat berkenaan dan menyempurnakan hak-
hak orang lain jika maksiat itu ada hubungkaitnya dengan orang lain.

Balasan di akhirat akan membawa seseorang taat kepada hukum-hukum Allah


berdasarkan kepada pilihannya sendiri, bukan kerana keterpaksaan, Cuma sahaja
dalam keadaan terang-terangan atau dalam keadaan tersembunyi. Perasaan ini
didorong oleh rasa takutnya kepada balasan azab Allah sekalipun dia dapat
mengelakkan diri dari hukuman dunia. Hal ini disebabkan dia yakin balasan akhirat
akan tetap menunggunya dan dia tidak akan dapat lari dari kenyataan itu.

Balasan akhirat ni juga menjamin keadilan yang sebenarnya kepada manusia.


Adakalanya hak dan keadilan tidak dapat tertegak di dunia kerana kelemahan
manusia dalam melaksankan sistem keadilan dan kehakiman. Namun, dengan
keyakinan terhadap balasan akhirat, seorang yang belum tertunai hak dan keadilan ke
atasnya tidak akan merasa resah dan berkeluh kesah kerana beliau pasti keadilan itu
akan kembali di akhirat nanti.

Dengan ini jelas kepada kita bahawa balasan dalam Islam berlaku dalam dua bentuk.
Balasan di dunia menjamin kedamaian, hak dan kebahagiaan manusia. Balasan
akhirat sebagai hukuman terakhir yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun.
Kedua-dua jenis balasan ini dapat menjamin manusia tidak melakukan pelanggaran
terhadap hukum-hukum Allah yang kalaupun tidak dapat menghapuskan
pelanggaran itu secara terus, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkannya dengan
kadar paling minima.

101
6.7 PENUTUP

Islam adalah satu sistem hidup yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia
melalui perantaran Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh tauladan terbaik bagi
manusia yang ingin mencapai kejayaan hidup di dunia mahupun kejayaan di akhirat.
Manusia diberi pilihan untuk mengikuti sistem hidup Islam atau sistem hidup ciptaan
manusia lain. Kita tidak seperti makhluk lain yang ketaatan mereka adalah satu
keterpaksaan yang tiada pilihan. Kerana mereka tidak dibekalkan dengan alat untuk
berfikir.

Adapun manusia dikurniakan akal yang mampu berfikir. Akal inilah yang
membezakannya dari makhluk yang lain sehingga manusia boleh menjadi lebih mulia
dari malaikat sekiranya ia berfikir dan membuat pilihan yang tepat dalam
kehidupannya. Namun ia juga boleh menjadi lebih hina dari haiwan jika ia
mengabaikan akal dan tersalah dalam memilih jalan kehidupannya. Semoga kita
termasuk dalam golongan yang berfikir dan tepat dalam membuat pilihan dalam
kehidupan.

102
BAB 7
AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Mengenal maksud dan definisi al-Quran dan memahami keperluan al-


Quran dalam kehidupan.
2. Mengenalpasti peranan Al-Quran dalam kehidupan manusia sejagat.
3. Menghubungkaitkan isi kandungan Surah al-Fatihah (tadabbur) dengan
kehidupan.

7.0 PENDAHULUAN

Setiap agama yang wujud di muka bumi mempunyai kitab suci yang menjadi rujukan
dalam setiap ajaran keagamaan. Al-Quran pula adalah kitab suci umat Islam yang
menjadi panduan dalam kehidupan. Ia tidak berfungsi sebagai satu bacaan berbentuk
ibadah, malah lebih dari itu, ia merupakan perlembangaan hidup seorang muslim
bermula dari kehidupan peribadi hinggalah kepada urusan pemerintahan sesebuah
kerajaan. Justeru ia adalah sebuah kitab yang sangat perlu dipelajari dan difahami.

7.1 DEFINISI AL-QURAN

Bahasa: Bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Istilah: Al-Quran ialah kalam
Allah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s dalam Bahasa Arab, ditulis dalam mashaf,
diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, dari
surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Naas.

1. Al-Quran adalah kalam Allah


Ini memberikan pemahaman bahawa al-Quran bukanlah ucapan Nabi Muhammad
SAW, malaikat, manusia atau makhluk lain. Al-Quran adalah firman Allah yang
diturunkan melalui wahyu. Kewujudan al-Quran sebagai wahyu menjamin
kesempurnaan dan kebebasan dari kekurangan yang ada dalam kitab-kitab yang
diturunkan sebelumnya. Kebenaran di dalam al-Quran adalah mutlak.

2. Mukjizat
Mukjizat adalah perkara luar biasa yang diberikan kepada para nabi sebagai bukti
kenabian. Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW. yang terbesar dan abadi.
Kemukjizatannya dapat dilihat dari keorisinilannya iaitu sifat yang intrinsik dan sifat

103
aslinya. Al-Quran adalah kitab yang tidak berubah walaupun hanya satu huruf
sehingga akhir zaman. Allah telah menjamin untuk menjaganya sehingga tidak akan
pernah mengalami perubahan. Kemukjizatan lain dapat dilihat dari kesempurnaan
bahasa dan kandungannya.

3. Diturunkan ke dalam hati Muhammad SAW.


Kewujudan al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan kepada hati memberikan
pemahaman bahawa ia bukan hanya untuk dibaca atau dihafal secara lisan. Al-Quran
akan berkesan memberikan manfaat jika interaksi dengan al-Quran merupakan
interaksi qalbiyah (hati). Initeraksi inilah yang akan menggerakkan hati sehingga
tercipta perubahan. Hubungan lisan akan menghasilkan perubahan lisan, demikian
juga dengan hubungan hati yang berubah akan mampu menggerakkan seluruh sendi
kehidupan.

4. Diriwayatkan secara mutawatir


Maklumat agama dalam Islam harus melalui periwayatan yang dapat dibenarkan
dengan kesahihan dan kebolehkepercayaan. Mutawatir adalah riwayat yang
disampaikan oleh tiga orang atau lebih yang mempunyai kelayakan terbaik sebagai
orang-orang yang adil (kredibiliti moral), sempurna hafalannya (kebolehan), dan
tidak mungkin berbohong. Keseluruhan ayat-ayat al-Quran sampai kepada kita
dengan darjat periwayatan yang demikian.

5. Membacanya merupakan ibadah


Al-Quran adalah kalam Allah, maka membacanya merupakan satu ibadah. Dengan
membaca al-Quran dapat meningkatkan keimanan seseorang Muslim. Ganjaran yang
besar akan diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang membacanya. Satu huruf
dibalas dengan sepuluh pahala. Alif, Laam, mimm bukanlah dikira sebagai satu huruf,
tetapi tiga huruf.

104
Al-Quran mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada kitab-kitab Samawi yang lain,
antaranya:

AL-QURAN KITAB SAMAWI


Isi kandungan al-Quran meliputi seluruh
Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan.
aspek aqidah, Syariah dan akhlak.
Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan
Al-Quran diriwayatkan secara mutawatir dan
terdedah kepada penyelewengan dan
selamat daripada kemungkinan tersilap.
kesilapan.
Al-Quran sesuai digunakan pada sebarang Sesuai pada masa dan Kawasan tertentu
masa dan tempat sehingga hari Kiamat. sahaja.
Al-Quran adalah kegunaan untuk seluruh
Untuk umat tertentu sahaja.
umat manusia.
Al-Quran dijamin kekal dan terpelihara
Tidak ada jaminan kekal dan selamat.
daripada diubah sehingga ke hari Kiamat.

Al-Quran juga mempunyai nama dan sifat tertentu, antaranya adalah:

NAMA AL-QURAN SIFAT AL-QURAN

Al-Kitab: sebuah kitab Al-Nuur: Cahaya yang menerangi kegelapan.

Al-Furqan: Pemisah antara hak dan batil. Al-Mubin: Menerangkan sesuatu.

Al-Zikr: Peringatan. Al-Huda: Petunnjuk

Al-Tanzil: Penurunan Al-Rahman: Kerahmatan.

7.2 INTISARI PEMBICARAAN AL-QURAN

Al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,
menjadi panduan dan petunjuk kepada umat manusia kerana merangkumi segala
aspek kehidupan seperti akidah, ibadah, muamalah dan sebagainya.

Isi Kandungan Al-Quran merangkumi aspek Aqidah, Ibadah, Akhlak, Hukum, Sejarah
& Dorongan Untuk Berfikir. Al-Quran adalah kitab suci agama islam untuk seluruh
umat muslim di seluruh dunia dari awal diturunkan hingga hari kiamat. Surah-surah
dan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran menjadi panduan utama kepada umat
Islam dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam aspek-aspek berikut:

105
1. Aqidah
Aqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang wajib
dimiliki oleh setiap orang di dunia. Al-Quran mengajarkan akidah tauhid kepada kita
iaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah SWT yang satu yang tidak pernah tidur
dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah SWT adalah rukun iman yang
pertama.

2. Ibadah
badah adalah taat, tunduk, ikut dari segi bahasa. Dari pengertian “fuqaha” ibadah
adalah segala bentuk ketaatan yang dijalankan atau dkerjakan untuk mendapatkan
redha dari Allah SWT. Bentuk ibadah dalam ajaran agama islam adalah seperti yang
terkandung dalam 5 perkara rukun Islam. Mengucapkan dua kalimah syahadah,
menunaikan solat lima waktu, membayar zakat, puasa di bulan Ramadhan dan
mengerjakan ibadah haji bagi yang berkemampuan.

3. Akhlak
Akhlak adalah tingkah laku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji
ataupun akhlak yang tercela. Allah SWT mengutus Nabi Muhammd SAW sebagai 'role
model', contoh terbaik untuk memperbaiki akhlak manusia. Setiap manusia perlu
mamatuhi apa yang diperintahkan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

4. Hukum-Hukum
Hukum yang ada di Al-quran adalah suruhan atau perintah kepada orang yang
beriman untuk mengadili dan memberikan penjatuhan hukuman hukum pada sesama
manusia yang terbukti bersalah. Hukum dalam Islam berdasarkan Al-Quran seperti
jinayat, mu’amalat, munakahat, faraidh dan jihad.

5. Peringatan
Peringatan adalah sesuatu yang memberi peringatan kepada manusia akan ancaman
Allah SWT seperti siksa neraka, khabar gembira bagi orang-orang yang beriman
kepada-Nya dengan balasan nikmat syurga. Al-Quran juga memberikan gambaran
yang menyenangkan dan gambaran yang menakutkan.

6. Sejarah-Sejarah atau Kisah-Kisah


Sejarah atau kisah adalah cerita mengenai orang-orang yang terdahulu baik yang
mendapatkan kejayaan kerana ketaatan mereka kepada Allah SWT serta ada juga yang
mengalami kebinasaan akibat tidak taat atau ingkar terhadap Allah SWT. Dalam
menjalankan kehidupan di dunia ini sebaiknya kita mengambil pelajaran yang baik-
baik dari sejarah masa lalu.

7. Dorongan Untuk Berfikir


Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang mengulas suatu bahasan yang memerlukan
pemikiran menusia untuk mendapatkan manfaat dan juga membuktikan
kebenarannya, terutama mengenai alam semesta.

106
7.3 PERANAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Al-Quran merupakan kitab panduan hidup yang diturunkan kepada manusia. Ia


bukan sahaja menjadi pedoman hidup dari sudut hukum-hakam malah manusia dapat
mengetahui iktibar dari kisah-kisah umat terdahulu. Dengan berpegang kepada Al-
Quran dan As-Sunnah sahaja yang dapat menyelamatkan manusia daripada
kesesatan.

Islam tegak di atas sumber rabbani iaitu Al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW.
diasaskan dengan asas-asas utama Islam daripada segi akidah, ibadat, syariat dan
akhlak Islam seperti yang dinyatakan pada tajuk di atas. Melalui ayat-ayat Al-Quran,
Allah menjelaskan pengertian tauhid kepada-Nya, dan melalui sunnah Rasulullah
SAW. pula diterjemahkan pengertian ubudiyah yang sebenar kepada Allah.

Al-Quran juga telah menggariskan perintah-perintah asasi berkenaan teras-teras


ibadat seperti solat, zakat, puasa dan haji. Daripada asas ini, sunnah Rasulullah SAW.
pula berperanan menunjukkan bentuk amali ibadat-ibadat tersebut. Hanya menerusi
sunnah, orang-orang yang beriman dapat memahami kesan-kesan dan tujuan sebenar
asas-asas ibadat itu didirikan.

Al-Quran menetapkan beberapa asas-asas dan perintah syariat atau undang-undang


bagi melicinkan perjalanan hidup manusia. Demikian juga peranan sunnah dalam
melaksanakan perintah-perintah yang berbentuk undang-undang dalam kehidupan
manusia. Melalui sunnah, di tunjukkan cara mengatur pentadbiran negara dan kerja-
kerja pemerintahan Islam, undang-undang Islam dalam bidang-bidang jual beli,
nikah kahwin, pusaka, zakat, jenayah dan sebagainya ditunjukkan sama ada secara
terperinci atau dengan meletakkan asas-asas utamanya.

7.3.1 TUNTUTAN KEPADA AL-QURAN

Iman kepada al-Quran menuntut beberapa perkara yang harus dipenuhi oleh orang
yang beriman kepadanya. Keimanan itu tidak sempurna bahkan patut dipersoalkan
kebenarannya apabila ia belum dipenuhi. Antara tuntutan-tuntutan itu adalah:

a. Akrab dengan al-Qur'an


Seseorang dikatakan akrab dengan al-Quran ketika dia terlibat dalam interaksi
dengan al-Quran. Hal itu dilakukan dengan cara mempelajari dan mengajarkan
kepada orang lain. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW
yang Maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari al-Qur’an
dan mengajarkannya.” (HR Bukhari)
Perkara yang dipelajari dan diajari merangkumi:

107
Pembacaan
Membaca al-Qu'an dengan baik mengikut makhraj tajwidnya dengan baik.
Untuk itu seorang mukmin harus mempelajari dan mengajarkannya kepada
orang lain dengan baik.

Pemahaman
Hal ini dilakukan dengan mempelajari dan mengajarkan maknanya secara
baik, kerana sebahagian ayat-ayatnya harus difahami secara kontekstual.
Pemahaman kontekstual harus disandarkan pada apa yang difahami oleh para
salafus soleh melalui riwayat-riwayat yang sahih. Pemahaman kontekstual
dapat juga dengan akal yang baik, tidak menyimpang dari riwayat kerana Nabi
Muhammad SAW. dan para sahabatnya tentu lebih memahaminya. Mereka
adalah orang-orang yang bersama Nabi Muhammad SAW semasa proses
penurunan wahyu al-Quran.

Penerapan
Apa yang telah difahami mestilah digunakan dalam kehidupan. Di samping itu,
menerapkan apa yang disampaikan dalam kehidupan dan mengajak orang lain
untuk melakukan hal yang sama.

Penghafalan dan penjagaan


Al-Qur'an dihafal dan mengajarkan hafalan al-Qur'an kepada orang lain. Di
samping itu, perlu sentiasa menjaga hafalan al-Quran supaya tidak rosak,
mengalami perubahan atau hilang.

b. Mendidik diri dengan al-Quran


Al-Quran mengandungi nilai-nilai dan ajaran yang sesuai, sedangkan manusia dan
kehidupan di sekelilingnya kadang-kadang jauh dari nilai-nilai al-Quran. Dalam
keadaan ini, manusia harus berusaha untuk mendidik diri supaya sifat-sifat dan
peribadi sesuai dengan al-Quran. Jika berjaya, manusia akan menjadi seorang
yang mempunyai keperibadian yang tersendiri kerana Al-Quran dan mewarnakan
seluruh keperibadian dan kehidupan manusia.

c. Tunduk menerima hukum-hukum al-Quran.


Al-Qur'an sebagai undang-undang yang tidak cukup dengan hanya dibaca dan
dikaji. Al-Quran harus dipatuhi dengan segala ketundukan dan lapang dada kerana
hukum-hukum yang ada di dalam al-Quran adalah daripada Allah SWT Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Penolakan dan penentangan terhadap al-Quran
merupakan kebodohan yang hanya akan menyebabkan kerosakan dan
kehancuran.

d. Mengajak (menyeru) orang kepada Al-Quran


Dengan keyakinan bahawa al-Quran adalah kebenaran hakiki yang
mententeramkan, maka manusia perlu saling mengajak orang lain kepadanya

108
dengan penuh tanggun jawab. Disamping itu, sebahagian nilai dan hukum-
hukumnya hanya dapat ditegakkan bersama-sama dengan orang lain dalam wadah
jemaah muslim yang kuat.

e. Menegakkan al-Quran di bumi


Nilai dan hukum-hukum yang berkaitan dengan kehidupan peribadi ditegakkan
dalam dirinya sebagai individu. Dalam konteks kehidupan sosial politik ia
ditegakkan bersama-sama dengan kaum mukmin lain dalam wadah jamaah yang
kuat, terutamanya dalam institusi sosial politik dan kenegaraan.

7.3.2 KESAN MENINGGALKAN AL-QURAN

Manfaat Al-Quran untuk manusia dalam kehidupan amat besar. Namun kini, Al-
Quran telah mula ditinggalkan oleh umat Islam sendiri. Akibatnya, manusia
menghadapi pelbagai masalah yang bertimpa-timpa. Dahulu, mereka yang
meninggalkan dan melupakan al-Quran adalah orang munafik dari ahli kitab, namun
kini umat Islam juga termasuk di dalamnya. Melupakan al-Qur'an sama seperti
menjauhkan diri dari fungsi dan manfaat al-Quran, bahkan tidak menghormati
kedudukan al-Quran. Hal ini mengakibatkan dan mendatangkan pelbagai bahaya
yang disebut dalam al-Quran, antaranya:

a. Kesesatan yang nyata


Perintah Allah dalam al-Qur'an adalah arahan yang dinyatakan oleh Allah dan
kekal selamanya. Siapa yang tidak menggunakan al-Quran sebagai petunjuk
bermakna menggunakan selain daripada al-Quran.

b. Kesempitan dan kesusahan


Sesiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, Allah akan melapangkan
dadanya. Sebaliknya yang tidak mendapat petunjuk, dadanya akan terasa sempit
menghimpit seakan naik ke ketinggian langit.

c. Kehidupan yang sempit


Siapa yang tidak mengikuti petunjuk Allah, maka kehidupannya pasti akan penuh
dengan masalah. Mengikuti petunjuk buatan manusia sama saja menjerumuskan
diri dalam kepentingan pelbagai pihak sehingga akan terumbang-ambing di antara
kepentingan-kepentingan itu.

d. Buta mata hati


Mereka tidak dapat melihat kebenaran Al-Quran bukan kerana mata mereka buta.
Malah buta yang lebih parah adalah apabila mengenai hati. Orang yang mengalami
kebutaan secara lahir mungkin mendapat kehidupan yang baik selama hatinya
tidak buta.

109
e. Kekerasan hati
Di antara kemukjizatan al-Qur'an adalah kekuatannya yang dapat melembutkan
hati sehingga orang yang kasar dan keras hati pun menjadi lembut kerana al-
Quran. Contoh yang sangat terkesan dalam sejarah al-Quran adalah 'Umar bin al-
Khatthab RA. sebelum keislamannya yang ketika kemarahan, kebencian dan
permusuhan terhadap Islam, beliau tersentuh dengan bacaan Al-Quran yang
sedang dibaca oleh adik perempuannya. Tidak tersentuhnya hati dengan al-Quran
adalah tanda hati yang keras, hati apabila ia sudah keras maka lebih keras
berbanding batu.

f. Kezaliman dan kehinaan


Meninggalkan perkara yang bermanfaat dan menggantikannya dengan kesesatan
merupakan tindakan kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain. Kejahilan
seperti itu akan menyebabkan kehilangan kehormatan sehingga orang akan dihina
di mata Tuhan dan di mata manusia.

g. Lupa diri
Akibat melupakan Allah, ia dilupakan Allah, sedangkan manusia sangat
memerlukan kebergantungan pada Allah. Melupakan Allah sama dengan
melupakan dirinya sendiri. Hal ini akan menimbulkan bahaya iaitu kefasikan dan
kemunafikan. Semua itu mengakibatkan kesengsaraan di dunia dan di akhirat.

7.4 PENUTUP

Sorang muslim yang mengakui keesaan Allah dan beriman dengan kesucian al-Quran
perlu menjadikan al-Quran sebagai teman akrab yang sentiasa dibaca, dipelajari,
difahami dan diamalkan dalam kehidupan. Kerana ia akan membaca manusia ke jalan
kejayaan di dunia dan akhirat.

110
BAB 8
RASULULLAH SAW SEBAGAI PEDOMAN

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Mengetahui kepentingan kenabian dan kerasulan dalam akidah Islam.


2. Membincangkan aspek keperluan manusia kepada Rasul.
3. Menghuraikan kewajipan manusia terhadap Rasul.

8.0 PENDAHULUAN

Allah SWT telah memberi kemuliaan kepada kita dengan mengutus nabi-Nya, dan
menganugerahkan kepada kita dengan sinaran risalah-Nya al-Quran dan hadis. Ini
dijelaskan sendiri oleh Allah SWT. Firman Allah:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan


kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat
tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan
Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
(Surah al-Taubah: 128-129)

Manusia amat memerlukan kepada Rasul Allah untuk manusia memenuhi tuntutan
atau keperluan jasmaniah dan rohaniah. Keperluan jasmaniah diperolehi melalui
muamalah dan nilai-nilai akhlak dalam bermuamalah, dan keperluan rohaniah
diperolehi melalui ibadat dan pengetahuan tentang perkara ghaib.

Dalam bab ini, menghuraikan tentang sirah Rasul sebagai pedoman. Sirah dalam
bahasa Arab datang dari perkataan "sara" yang bermaksud mengembara atau dalam
sebuah perjalanan. Ia adalah cerita kelahiran, peristiwa sekeliling, kehidupan dan
kematiannya, watak dan sifatnya. Dari sudut istilah, sirah bermaksud "riwayat hidup
nabi Muhammad SAW, segala gerak geri, tutur kata, perlakuan Nabi Muhammad
SAW".

Sejarah pula berasal daripada perkataan Arab iaitu "shajaratun" yang bermaksud
pokok atau salah silah keturunan atau asal usul sesuatu peristiwa atau kejadian.

111
Sejarah dari sudut istilah ialah "rekod atau catatan yang berlaku pada masa dulu".
Sirah dan sejarah berbeza. Sirah sebagai satu-satunya tauladan yang utama bagi
generasi kini untuk membina semula keagungan dan keunggulan Islam.

Bab ini membincangkan tentang definisi Nabi dan Rasul, sifat-sifat Rasul, kewajipan
manusia terhadap Rasul, keperluan manusia kepada Rasul, hasil dari beriman kepada
Rasul dan sunnah Rasul.

8.1 DEFINISI NABI DAN RASUL

Rasul dari segi bahasa adalah utusan, dari segi istilah Rasul adalah seorang lelaki
pilihan yang diutuskan oleh Allah SWT membawa risalah kepada umat manusia. Rasul
adalah manusia biasa seperti kita, bezanya mereka mendapat wahyu dan
keistimewaan dari Allah SWT.

Nabi dan Rasul kedua-dua adalah utusan Allah namun terdapat perbezaan di
antaranya. Nabi adalah seorang manusia, hamba Allah SWT yang diberikan
kepercayaan berupa wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh
Allah SWT akan tetapi tidak diperintah dalam menyampaikan wahyu terhadap
umatnya. Sehingga Wahyu yang di dapatnya tersebut untuk di amalkan oleh dirinya
sendiri sebagai panduan hidup dan tidak ada kewajiban menyampaikan kepada umat
atau kaumnya. Sedangkan, Rasul adalah seseorang yang diberikan kepercayaan dan
diberi Wahyu oleh Allah SWT yang kemudian diamalkan dan diperintahkan oleh Allah
SWT untuk menyampaikan wahyu tersebut tersebut kepada umatnya.

Nabi yang pertama diutus oleh Allah SWT di bumi adalah Nabi Adam as, Rasul yang
pertama adalah Nuh ‘as. Sedangkan sebagai Nabi dan rasul penutup (nabi rahmatal
li’alamin) adalah baginda Rasullullah Muhamad SAW yang ditugaskan untuk
menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda
sehingga hari kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang
Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam, kita perlu patuh kepada
Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada pada Rasul dan para nabi.

Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi dianggarkan mereka
berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala Rasul pula dianggarkan
berjumlah 300 orang. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.
Namun yang wajib diimani hanya 25 orang sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-
Quran:

112
Adam Ibrahim Yusuf Zulkifli Yunus
Idris Luth Ayub Daud Zakaria
Nuh Ismail Syuib Sulaiman Yahya
Hud Ishak Musa Ilyas Isa
Soleh Yaakub Harun Ilyasa' Muhammad

Sebenarnya terdapat ramai lagi nabi-nabi lain yang namanya tidak dinyatakan di
dalam al-Quran. Dalam hal ini Allah hanya memberikan syariat yang ditujukan
kepada Nabi Muhammad SAW, Firman Allah:

“Dan Kami telah mengutuskan Rasul-rasul yang sungguh telah Kami


kisahkan tentang mereka kepadamu.”
(al-Nisa': 164)

Para nabi itu mempunyai darjat yang berbeza antara satu sama lain dari segi
keutamaan dan kedudukannya. Firman Allah:

“Dan sesungguhnya Kami lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian


yang lain.”
(al-Isra': 55)

Allah SWT telah melebihkan darjat dan keutamaan Nabi Muhammad SAW di atas
para Nabi dan Rasul yang lain. Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia
dan jin, sedangkan nabi sebelum baginda hanya diutus kepada umat mereka sahaja.

8.2 SIFAT RASULULLAH SAW

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah SAW adalah al-Siddiq, al-Amanah, al-Fathonah
dan al-Tabligh. Ulama' Islam berpendapat bahawa setiap Rasul wajib bersifat dengan
empat sifat ini. Keempat-empat sifat ini juga ada hubungan dengan sifat maksum
(terpelihara atau terkawal daripada dosa dan maksiat) yang wajib ada pada setiap
Rasul. Para ulama' berpendapat bahawa para Nabi dan Rasul maksum daripada
kekufuran dan kesyirikan sama ada sebelum dilantik menjadi Rasul atau selepasnya.
Nabi dan Rasul tidak melakukan dosa besar secara sengaja atau tidak sengaja selepas
dilantik oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul. Sifat-sifat ini yang wajib ada pada Rasul:

8.2.1 SIFAT WAJIB BAGI RASUL

a. Al-Siddiq – Benar
Wajib bagi Rasul itu bersifat benar atau jujur. Sifat ini merupakan kelaziman bagi
seorang nabi dalam melaksanakan tugasan dakwah mereka. Jika para nabi pernah

113
berbuat keburukan, orang tidak akan mempercayai wahyu yang diturunkan oleh Allah
SWT kepadanya atau apa-apa yang disampaikan oleh nabi. Kerana manusia pasti akan
menyangka bahawa semua itu hanya dari dirinya sendiri. Di antara para rasul yang
menerima gelar al-Siddiq adalah nabi Ibrahim, Firman Allah SWT:

Maksudnya: :Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-


Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang
amat benar, lagi menjadi Nabi.”
(Surah Maryam: 41)

b. Al-Amanah - Kepercayaan
Wajib bagi Rasul itu bersifat amanah atau dipercayai. Nabi adalah orang yang
dipercaya dalam menyampaikan wahyu, perintah-perintah dan larangan-larangan
Allah kepada hamba-hamba-Nya, tanpa menambah atau mengurangi, tanpa
mengubah atau menggantikannya. Firman Allah:

Maksudnya: “(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang


menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya
dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah
dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh
makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).”
(Surah al-Ahzab: 39)

c. Al-Tabligh - Menyampaikan
Wajib bagi Rasul itu bersifat menyampaikan (tidak menyimpan) segala yang
diperintahkan oleh Allah yang harus disampaikan kepada manusia. Sifat ini khusus
bagi rasul. Para rasul menyampaikan hukum-hukum Allah dan menyampaikan wahyu
yang diturunkan kepada mereka, tidak ada sedikit pun wahyu Allah yang mereka
sembunyikan walaupun terdapat banyak dugaan dan cabaran dalam menyampaikan
wahyu. Semua Rasul mengumumkan secara jelas dan tegas bahawa mereka telah
menyampaikan risalah (amanat) Allah dan memberi nasihat kepada umatnya.
Sehingga Rasul terakhir Muhammad SAW diperintahkan untuk menyampaikan
risalah-Nya. Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan


kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan
menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau
menyampaikan perutusanNya dan Allah jualah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk
kepada kaum yang kafir.”
(Surah al-Maidah: 67)

Setiap rasul dibebani tugas menyampaikan dakwah (seruan) dan risalah, tidak
mungkin ada seorangpun dari mereka yang menambah atau mengurangi satu

114
huruf pun dari apa yang diturunkan kepadanya. Kerana itulah kita dapati
sebagian surat atau ayat-ayat al-Quran yang diawali dengan lafal-lafal (‫ )قل‬atau
“katakanlah” yang diperintahkan kepada Nabi Muhammad agar
menyampaikannya kepada umatnya.

Tabligh (penyampaian) ini bertujuan supaya tidak ada alasan bagi manusia pada hari
kiamat. Kerana sesungguhnya Allah telah memuliakan manusia, bahawa Allah SWT
tidak akan menyiksa manusia sebelum menyampaikan risalah-Nya. Sebagaimana
firman-Nya:

Maksudnya: “Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-


Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka
sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya
juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami
mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk
menerangkan yang benar dan yang salah).”
(Surah al-Isra: 15)

d. Al-Fathanah – Bijaksana
Wajib bagi R asul itu bersifat bijaksana.Setiap nabi yang diutus Allah SWT pasti
memiliki kecerdasan yang tinggi, fikiran yang sempurna, cerdik dan bijaksana. Firman
Allah:

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi


Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid dan Kami adalah
mengetahui akan halnya.”
(Surah al-Anbiya’: 51)

Semua nabi dan rasul diberi akal dan kecerdasan oleh Allah dengan sangat sempurna,
pemikiran yang cemerlang, agar dapat mematahkan hujah kaumnya. Maha Bijaksana
Allah yang memilih rasul-rasul-Nya dari kalangan orang yang sihat dan sempurna
akalnya, cerdas dan genius, jelas dan tegas hujahnya.

8.2.2 SIFAT JAIZ RASUL – KEMANUSIAAN NUBUWWAH

Sifat yang ada pada diri rasul sebagai seorang manusia dan tidak mengurangi
kedudukannya sebagai utusan Allah SWT iaitu kemanusiaan dan kenabian. Sifat
kemanusiaan ada pada diri rasul dan juga ada pada diri manusia biasa seperti rasa
lapar, haus, sakit, tidur, sedih, senang, berkeluarga dan lain sebagainya. Bahkan
seorang rasul tetap meninggal dunia kerana mereka adalah seorang manusia yang
diciptakan oleh Allah SWT. Firman Allah:

115
Maksudnya: “Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya
yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat dan yang Kami
mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) Orang
ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu
makan dan meminum dari apa yang kamu minum.”
(Surah al-Mukminun:33)

Rasulullah menjadi pemimpin dalam semua peringkat sama ada sebagai pemimpin
negara, pemimpin masyarakat, pemimpin rumah tangga dan pemimpin tentera.
Antara sifat-sifat lain yang ada dalam diri Rasulullah ialah:

1. Kemuliaan akhlak dan ketinggian peribadi.


2. Bijak dalam mengatur segala urusan.
3. Bersikap lemah lembut dan pengasih.
4. Berlaku adil untuk semua orang.
5. Berpandangan jauh.
6. Pemaaf.
7. Sabar.
8. Tawaduk.
9. Istiqamah dalam melaksanakan tugas.

8.3 KEWAJIPAN TERHADAP RASUL

Islam menjadikan percaya kepada para Nabi dan Rasul sebagai salah satu rukun
akidah (rukun Iman). Manusia yang mengakui beriman kepada Allah wajib beriman
dengan kenabian Nabi dan kerasulan Rasul serta Kitab yang diturunkan sebelum itu
keseluruhannya tanpa menolak sebahagian dan menerima sebahagian yang lain.
Beriman kepada Rasul bermaksud keyakinan yang pasti bahawa Allah SWT
mengutuskan Rasul pada setiap umat untuk mengajak mereka menyembah Allah
SWT. Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu


kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah
diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, SAW) dan juga kepada Kitab-
kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang
kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya
dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah
sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
(Surah Al-Nisa':136)

116
8.3.1 YAKIN TERHADAP RASUL

Orang yang bersyahadah mengakui bahawa Muhammad bin Abdullah adalah nabi dan
utusan Allah. Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW mempunyai hak yang sangat
banyak ke atas kita, yang wajib kita tunai dan mengamalkan dalam kehidupan
seharian serta menjaga dan memperjuangkannya.

a. Membenarkan Rasulullah
Salah satu kewajiban seorang muslim adalah sentiasa membenarkan apa yang dibawa
oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya:“Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid


dan hukum agama) serta dia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui
kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang
yang bertakwa.”
(Surah al-Zumar:33)

Apa yang dikatakan Baginda bukan berdasarkan nafsu melainkan wahyu Allah. Salah
satu contoh teladan bagi kita adalah Abu Bakar As-Shiddiq r.a., yang selalu menjadi
orang yang membenarkan kata-kata Rasulullah SAW. Beliau termasuk golongan
lelaki yang pertama yang memeluk Islam. Beliau juga tanpa ragu membenarkan
peristiwa Isra' Mikraj yang dialami Rasulullah saat orang-orang mendustakan
peristiwa itu, beliau juga yang menjadi teman Nabi dalam perjalanan hijrah ke
Madinah, dan seterusnya. Abu Bakar r.a. mengatakan: “Kalaupun dia mengatakan
yang lebih dari itu, aku tetap mempercayainya” . Maka Rasulullah menggelarkannya
sebagai as-Shiddiq.

b. Mentaati Perintah Rasulullah


Ketaatan kepada Rasulullah akan membawa kepada kehendak mengikuti baginda.
Tidak ada ketaatan yang mutlak, kecuali dilakukan kepada manusia yang membawa
kebenaran Allah SWT. Ketaatan kepada Rasulullah SAW pada hakikatnya merupakan
ketaatan kepada Allah. Firman Allah:

Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia


telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah
engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu
untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan
kesalahan).”
(Surah al-Nisa': 80)

Manusia wajib taat kepada Allah, kemudian Allah menegaskan bahawa ketaatan
kepada Rasul adalah sebahagian dari ketaatan kepada-Nya.

117
c. Menjauhi Larangan Rasulullah SAW
Larangan agama harus ditinggalkan sama sekali, dijauhi agar tidak terlibat dengan
kemaksiatan dan terjerumus dalam dosa.

Maksudnya: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad)


dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang,
maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum
kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta
orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan
kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada
kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu
melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu
kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang yang melanggar perintahNya).”
(Surah al-Hasyr: 7)

Sikap seorang muslim, apabila telah mengetahui larangan dari Rasulullah SAW yang
shahih (benar) dan sharih (jelas), maka tidak ada pilihan baginya kecuali menjauhi
apa yang dilarangnya walaupun larangan itu tidak disebutkan secara langsung di
dalam al-Quran.

d. Tidak beribadah kecuali dengan apa yang disyariatkannya


Semua peribadatan itu haram, kecuali yang sudah disyariatkan. Hal-hal yang harus
dapat ditingkatkan sehingga bernilai ibadah niat ikhlas kerana Allah SWT. Firman
Allah:

Maksudnya: “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan


mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang
tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan
yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga
ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta
kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang
yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah al-Syura: 21)

Kita tidak beribadah kepada Allah kecuali yang disyariatkan. Tidak dibenarkan bagi
seorang muslim melaksanakan peribadatan yang tidak sesuai dengan apa yang
disyariatkan oleh Allah SWT melalui rasul-Nya. Kelakuan beribadah dengan
mengikuti hawa nafsu adalah seperti kelakuan orang-orang musyrikin.

e. Kewajipan Terhadap Rasulullah SAW


Keimanan kepada Rasulullah SAW menuntut seorang muslim itu melakukan
kewajipan-kewajipan berikut:

118
Beriman Kepada Rasulullah SAW
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang beriman kepada Allah dan
Rasul. Ini bermaksud Iman kepada Rasul tidak dapat dipisahkan dengan iman kepada
Allah. Keislaman seseorang dianggap batal bila hanya beriman kepada Allah akan
tetapi tidak beriman kepada Rasul. Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu


kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah
diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, SAW) dan juga kepada Kitab-
kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang
kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya
dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah
sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
(Surah al-Nisa': 136)

Allah menegaskan perintah keimanan kepada Rasulullah SAW dalam ayat di atas.
Perintah-perintah dalam al-Quran secara umum bermaksud suatu kewajipan.
Mustahil kita dapat mengikuti Rasulullah SAW, jika tidak diawali dengan beriman
kepadanya terlebih dahulu.

Mencintai Rasulullah SAW


Iman seseorang dianggap sempurna bila ia telah mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih
daripada cintanya kepada orang lain bahkan dirinya sendiri. Firman Allah:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan
anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-
suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu
usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-
rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan
(daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
(Surah al-Taubah: 24)

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak beriman salah seorang dari kalian, sehingga aku ia lebih
cintai daripada anaknya, orang tuanya dan seluruh manusia.” (HR. Muslim)

Mengagungkan Rasulullah SAW


Jasa dan pengorbanan Baginda untuk umat dengan sifat-sifat mulia yang Allah
kurniakan membuatkan Baginda layak untuk diagungkan, namun ia tidak boleh
melampaui batas. Memuliakan dan mendahulukan sabda Baginda atas segala ucapan
makhluk serta mengagungkan sunnah-sunnahnya. Firman Allah:

119
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat
hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Hujurat: 1)

Membela Rasulullah SAW


Sikap cinta perlu dibuktikan dengan pembelaan kepada Rasulullah SAW Khususnya
dari pihak yang ingin mencemarkan, memfitnah Rasulullah SAW. Pembelaan kepada
Baginda bererti juga pembelaan kepada kebenaran ajaran Islam. Allah selalu membela
Nabi, dengan menurunkan mukjizat, memberikan kemampuan berdebat, bahkan
dengan menurunkan para malaikat kepada Baginda. Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu


pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-
penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-
penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku)
kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab:
Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di
antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi
(tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang
beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-
orang yang menang.”
(Surah al-Saff: 14)

Mencintai mereka yang mencintai Rasulullah SAW


Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah pastilah orang yang beriman. Oleh
kerana itu sebagai hamba Allah yang beriman, kita harus saling mencintai dan
menyayangi. Firman Allah:

Maksudnya: “Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah dan orang-orang


yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang
kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta
belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap
beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala)
dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang
menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada
muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat
mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan)
sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak
dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap
berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan
orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi

120
Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat
gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir
merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang
biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-
orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan
pahala yang besar.”
(Surah al-Fath: 29)

Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW


Bukan hanya sunnah dalam ibadah khusus, malah termasuk juga perbuatan seharian
yang kecil dan sederhana dilakukan untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW, maka
ianya dikira ibadah. Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani r.a, Rasulullah SAW
bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-


sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan
(pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak
mengurangi pahala mereka sedikit pun”

Menghidupkan sunnah Rasulullah menjadi kewajipan kepada umat Islam, terutama


disaat sunnah-sunnah tersebut sudah banyak ditinggalkan oleh umat masa kini.

Selawat kepada Rasulullah SAW


Satu selawat kepada Rasulullah yang diucapkan seorang muslim akan dibalas dengan
sepuluh kali doa untuknya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi


segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab: 56)

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali
maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh
kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan
(di syurga kelak)” (HR an-Nasa’i)

f. Maksud Berselawat:
1. Dari Allah: memberi rahmat.
2. Dari Malaikat: memintakan ampunan.
3. Dari orang-orang mukmin: berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan
perkataan: “Allahuma shalli ala Muhammad.”

121
Sedangkan ucapan ‘salam penghormatan’ yang dimaksud dalam surat Al-Ahzab ayat
56 di atas, contoh ucapan: “Assalamu`alaika ayyuhan Nabi”,: semoga keselamatan
tercurah kepadamu Hai Nabi.

Mengikuti manhaj Rasulullah SAW


Manhaj dalah sistem Islam yang mengatur segala aspek kehidupan manusia. Wajib
bagi mereka yang mengaku beriman dan mencintai Allah dan Rasul-Nya untuk
mengikuti Rasulullah SAW. Firman Allah:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi


Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Ali Imran: 31)

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Demi Allah, Rasulullah tidak meninggal
dunia, hingga meninggalkan jalan yang jelas”. (HR Al-Darami)

Mewarisi risalah Rasulullah SAW


Kita harus meneruskan risalah baginda dalam menyebarkan petunjuk dan agama yang
benar ke seluruh umat manusia. Dengan menjaga dan memperjuangkan dalam gerak
dakwah dan jihad. Firman Allah:

Maksudnya: “(Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus


RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayat petunjuk dan
agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah
menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).”
(Surah al-Fath: 28)
Inilah antara beberapa kewajipan yang dapat dilakukan terhadap para rasul,
khususnya Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawa Baginda. Sebagai bukti ikrar
syahadah kepada Rasulullah SAW.

8.4 KEPERLUAN MANUSIA KEPADA RASUL

1. Membimbing manusia kerana jangkauan ilmu dan akalnya sangat terbatas.


Rasul membantu memimpin manusia ke arah akidah yang benar kerana akal
mudah dipengaruhi oleh nafsu dan keadaan sekeliling. Akal fikiran manusia tidak
dapat menilai antara yang baik dan buruk kerana fikiran manusia mungkin
dipengaruhi oleh budaya dan adat resam.

2. Mengajar dan membimbing manusia tentang kehidupan beragama,


mengajar manusia cara beribadat yang betul dan sempurna. Manusia tidak dapat

122
mengenal Allah hanya dengan akal tanpa diterangkan oleh rasul melalui wahyu
yang diturunkan oleh Allah.

3. Menjadi contoh dan teladan kepada manusia. Mematuhi ajaran dan


mencontohi akhlak serta tauladan baik yang dibawa oleh Rasulullah. Dengan
mencontohi Baginda SAW sikap manusia yang zalim bertukar menjadi baik, saling
menghormati, berperikemanusiaan dan meninggalkan segala bentuk
kemungkaran.

4. Menjelaskan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib. Dengan


akal semata-mata manusia tidak mampu mengetahui perkara ghaib. Akal fikiran
manusia tidak dapat berfikir tentang perkara ghaib seperti roh, malaikat, hari
kiamat dan sebagainya sekiranya tiada rasul yang datang mengajarnya.

8.5 SEBAB RASUL DIPILIH DARI KALANGAN MANUSIA

Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW daripada kalangan manusia iaitu
daripada bangsa Arab sebagai rasul. Baginda sangat mengambil berat serta kasih akan
umatnya, sangat berdukacita jika umatnya ditimpa sesuatu yang tidak diingini sama
ada di dunia atau di akhirat. Baginda juga sentiasa mengharapkan umatnya mendapat
taufiq dan perlindungan daripada Allah SWT. Rasulullah akan meminta pertolongan
daripada Allah sekiranya manusia menentang dakwah baginda.

Hikmah diutusnya para rasul dari kalangan manusia adalah agar umat manusia
mampu dan memahami risalah yang dibawanya, berinteraksi secara langsung
dengannya, mereka boleh bertanyakan perkara-perkara yang mereka hadapi atau
meminta nasihat langsung kepadanya, serta mampu menjadikannya sebagai tauladan
yang mewakili risalah yang dibawanya dalam kehidupan seharian mereka. Kerana
sekiranya para rasul dari malaikat dan jin, mustahil bagi manusia untuk mengikutinya
dan menjadikannya sebagai suatu model kerana perbezaan sifat fizikal di antara
mereka.

Rasul dipilih dalam kalangan manusia adalah kerana:

1. Manusia umat yang terbaik dan terpilih.


2. Menjadi sunnatullah bahawa pemimpin bagi suatu kaum mestilah dari jenisnya
sendiri.
3. Sebagai ujian kepada manusia sama ada membenarkannya atau
mendustakannya.
4. Manusia akan mempercayai kerasulannya dengan adanya mukjizat.
5. Manusia lebih mengetahui kehendak dan keperluan mereka sendiri.

123
8.6 TUGAS PARA RASUL

1. Mengajak para umatnya untuk mengimani dan mentauhidkan Allah


SWT, bahawasanya tiada tuhan selain Allah yang patut di sembah, Allah Maha
Pencipta alam semesta dan seluruh isinya. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad)


seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh
itu beribadatlah kamu kepadaKu.”
(Surah al-Anbiya': 25)

2. Menunjukkan manusia agama yang benar, mengajak umatnya dari


kesesatan menuju jalan kebenaran, meluruskan pemikiran dan akidah yang
menyimpang. Firman Allah:

Maksudnya: “(Allah s.w.t berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi


Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar
pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan
tenteranya).”
(Surah al-Syuaara: 52)

3. Menyampaikan wahyu dari Allah SWT kepada umatnya dengan


menyampaikan segala perintah Allah dan larangan kepada manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu


azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah
mereka akan berkata pada hari kiamat: Wahai Tuhan Kami! Mengapa
Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami
menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami
menjadi hina (dengan azab di dunia) dan mendapat malu (dengan azab
di akhirat)?”
(Surah Taha: 134)

4. Menyampaikan berita ghaib dan berita gembira kepada umatnya yang


beriman dan bertaqwa dan memberikan peringatan serta amaran Allah tentang
balasan baik dan buruk di akhirat kelak kepada seluruh umat manusia. Firman
Allah:

124
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang
benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan
tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya
dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.”
(Surah Fathir: 24)

5. Memberi contoh akhlak yang mulia kepada manusia. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri


Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang).”
(Surah al-Ahzab: 21)

8.7 AKIBAT MENGABAIKAN KEPIMPINAN RASUL

Mengimani rasul-rasul Allah secara keseluruhan, tidak boleh membeza-bezakannya


sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Orang-orang
Yahudi hanya mengimani nabi-nabi keturunan Bani Israil, dan mereka tidak
mengakui kenabian Isa dan Muhammad. Orang-orang Nasrani tidak mahu
mengimani kenabian Muhammad s.aw. Allah mengancam dengan keras orang-orang
yang mahu mengimani sebahagian rasul dan mengingkari sebahagian yang lainnya.
Allah SWT juga mengategorikan orang-orang seperti itu sebagai orang-orang kafir.
Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah


dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan
iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang)
berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar
kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain
antara iman dan kufur itu: Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan
sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu
azab seksa yang menghina.”
(Surah al-Nisa': 150-151)

Antara kesan mengabaian kepada Rasul:


1. Hidup dalam kesesatan di dunia dan akhirat.
2. Berada dalam keadaan keluh kesah dan jauh dari rahmat serta hidayah Allah
SWT.
3. Akan ditimpa azab oleh Allah SWT sama ada di dunia atau di akhirat.
4. Tiada mendapat syafaat Rasul pada hari akhirat kelak.

125
5. Kehidupan keluarga dan masyarakat yang porak peranda.
6. Berlaku pepecahan dan perbalahan serta kemungkaran berleluasa.

8.8 HASIL BERIMAN KEPADA RASUL

Beriman kepada Rasulullah adalah meyakini dan memercayai dengan sepenuh hati
bahawa Allah SWT memilih di antara manusia untuk dijadikan rasul-Nya untuk
menyampaikan wahyu-wahyu-Nya kepada umat manusia. Beriman kepada
Rasulullah juga bererti mempercayai dan meyakini sepenuhnya akan segala yang
diceritakan Allah SWT tentang semua nabi dan rasul yang diutus-Nya, baik yang
diketahui namanya ataupun yang tidak diketahui namanya.

Risalah kenabian kepada Muhammad SAW. adalah risalah terakhir, ajaran-ajaran


yang dibawa oleh Baginda SAW telah sempurna dan menyempurnakan ajaran para
nabi-nabi sebelumnya. Firman Allah:

Maksudnya: “... Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan
gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar
kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi agama untuk kamu...”
(Surah al-Maidah: 3)

Kedudukan Nabi Muhammad s.sa. sebagai nabi terakhir, ajaran Islam yang dibawa
Baginda SAW bersifat sejagat dan syumul. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)


melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita
gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui (hakikat itu).”
(Surah Saba’: 28)

Kedudukan Nabi Muhammad s.sa. sebagai penutup nabi (khatimul anbiya'). Baginda
SAW adalah rasul untuk semua umat manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia!


Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus
oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu,
berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang

126
beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan
ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.”
(Surah al-A’raf:158)

Dengan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mengikuti sunnahnya, dan jihad fii
sabiilillah, seorang mukmin akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan di dunia dan
di akhirat.

1. Ganjaran Kebaikan Dunia

a. Kecintaan Allah
Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah. Kalau Allah sudah
mencintai, semua hamba-hamba-Nya pasti akan mencintainya.

b. Rahmat Allah
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu,


beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka
(pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan
bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan
mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
(al-A’raaf: 96)

c. Petunjuk Allah
Orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat petunjuk sehingga
kehidupannya lebih baik.

d. Kemuliaan
Kemuliaan adalah milik Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Orang yang
paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertakwa.

e. Kemenangan
Allah telah menjamin dalam kitab suci-Nya bahawa tentara-Nya adalah yang akan
menang. Sebab orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah sedangkan orang-
orang kafir berbepang di jalan thaghut.

2. Ganjaran Kebaikan Akhirat

a. Syafaat
Memohon pertolongan atau mengharapkan sesuatu yang boleh membantu ketika
berada di saat kesukaran seperti di Padang Mahsyar. Oleh itu, tidak ada seorang pun
yang dapat memberi syafaat di hadapan Allah kecuali orang yang Dia izinkan-Nya.
Hanya Nabi Muhammad SAW. yang dapat memberi syafaat di akhirat nanti.

127
b. Keceriaan wajah
Orang yang tidak mengendahkan batas-batas Allah di dunia kelihatan muram kerana
wajah mereka menunjukkan tiada pengharapan. Sebaliknya orang-orang yang
beriman dan beramal soleh jelas ceria kerana Allah memberi jaminan kehidupan
mulia selepas kematiannya. Kesan-kesan wuduk dan amal soleh mereka di dunia akan
memancarkan cahaya.

c. Berdampingan dengan Rasul


Mereka yang mentaati Allah dan Rasul-Nya akan bersama para Nabi. Allah memilih
di antara hamba-hamba-Nya bersama para shiddiqin, para syuhada, dan orang-orang
soleh. Mereka adalah teman yang sebaik-baiknya.

d. Beruntung
Jika dibandingkan dengan nikmat yang telah Allah berikan, amal manusia yang
dilakukan sebanyak-banyaknya sekali pun tidak mampu mengatasi banyaknya nikmat
yang telah Allah kurniakan. Manusia tidak mampu menghitung nikmat itu sedangkan
amalnya boleh dikira. Walaupun begitu Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-Nya
sedikitpun. Sekecil mana amal hamba-Nya, Allah akan membalas dengan berlipat kali
ganda.

8.11 TUJUH SUNNAH RASULULLAH

a. Tahajjud
Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Semua rasul, Nabi, para ulama
tidak meninggalkan solat tahajud. Ini merupakan ciri orang soleh dan ikhlas. Dalam
satu ungkapan, Ali Bin Talib r.a menyatakan bahawa, salah satu dari ubat hati adalah
solat malam dan tahajud. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta


kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah Al-Israa’:79)

b. Membaca al-Quran
Membaca al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat
dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh
pemahaman. Membaca al-Quran dengan terjemahannya, al-Quran merupakan
petunjuk dan sumber kehidupan. Al Quran merupakan pedoman muslim untuk hidup
dan menjalani kehidupan. Maka membaca atau tadarus al-Quran sangat penting,
bukan hanya sekadar membacanya, tetapi juga memahami dan menghayati ertinya
serta mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

128
c. Solat berjemaah di masjid
Memakmurkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun
langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk
memakmurkan masjid Allah. Masjid adalah rumah Allah. Masjid adalah sebuah
tempat suci bagi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya secara lahir maupun
batin. Masjid adalah tempat untuk menambahkan lagi ilmu kerohanian, menekankan
iman dan tauhid.

d. Solat Dhuha
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Salah satu rahsia solat
Dhuha adalah kerana solat Dhuha adalah sedekah. Solat Dhuha adalah ibadah sunnah
yang sentiasa dilakukan Rasullah SAW. Setiap amal ibadah yang diperintahkan Allah
dan Rasul-Nya pasti ada rahsia yang tersembunyi di dalamnya. K emampuan akal kita
tidak dapat menjangkau atau memahaminya. Tapi yang pasti semuanya itu adalah
demi kemasalahatan dan kemanfaatan kita sebagai manusia.

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Setiap sendi manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap


harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara
dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas
kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya
adalah sedekah. Perkataan yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula
setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta
menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.”(HR. Bukhari dan
Muslim)

e. Menjaga wudhu
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Taalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa
selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

f. Sedekah
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat
Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Carilah rezeki
dengan sedekah. Demikian juga bertaubatlah dengan bersedekah, jika kita sakit juga
hendaknya bersedekah. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menegaskan dan
memerintahkan hal bersedekah. Bersedekah merupakan ciri dari orang-orang yang
beriman, soleh dan bertakwa. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki


yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal

129
maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu
dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau
lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi,
supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang
yang soleh.”
(Surah al-Munafiqun: 10)

g. Istighfar dan berzikir


Amalkan istighfar dan zikir setiap hari. Dengan istighfar dan zikir, masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Firman Allah:

Maksudnya: “Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak
ditempelak. Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa
mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),Tentulah dia akan tinggal di
dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari
kubur.”
(Surah al-Munafiqun:142-144)

8.12 Penutup

Rasulullah adalah seorang pemimpin yang unggul kerana mempunyai akhlak yang
terpuji. Umat islam perlu mencontohi keperibadian Rasulullah dalam setiap urusan
kehidupan. Sehingga ke hari ini, Baginda SAW dikagumi ramai orang di seluruh dunia
kerana keperibadian Baginda yang amat luar biasa. Sifat-sifat Nabi SAW yang
diketahui seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah. Bukan sahaja dalam
pentadbiran Baginda, politik dan masyarakat malah dalam rumahtangga Baginda
juga. Sebagai umat Baginda, kita perlulah berusaha mencontohi perilaku Baginda
SAW dalam kehidupan sehari-hari adalah salah satu cara kita mencintai dan
menghormati Baginda.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang


enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang
enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan
memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan
masuk syurga”. (Hadith riwayat al-Bukhari)

Umat Nabi SAW disebut sebagai “Umat Dakwah” kerana umat ini
dipertanggungjawabkan meneruskan usaha dakwah yang telah ditinggalkan oleh
Baginda SAW. Setiap umat Nabi SAW akan memasuki syurga apabila mereka
menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai umat Nabi SAW
dan berpegang teguh dengan Sunnah Baginda SAW dalam kehidupan mereka.

130
Apabila umat Nabi SAW meninggalkan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan
meninggalkan Sunnah Baginda SAW maka mereka telah mengingkari Baginda SAW
dan menjauhkan diri mereka daripada memasuki syurga Allah SWT yang kekal abadi
selama-lamanya.

131
BAB 9
KEHIDUPAN PARA SAHABAT RA

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Mengenalpasti definisi sahabat dan keutamaan mengenali sahabat.


2. Mengenal para sahabat utama Rasulullah SAW

9.0 PENDAHULUAN

Jika kita telah memahami betapa mulia kedudukan para sahabat Nabi, dan kita juga
tentu paham bahawa tidak mungkin ada orang yang lebih memahami perkataan dan
perilaku Nabi selain para sahabat Nabi, maka tentu pemahaman yang paling benar
terhadap agama Islam ada pada mereka. Kerana merekalah yang membawa dakwah
Islam serta menyampaikan sabda-sabda Nabi SAW hingga akhirnya sampai kepada
kita. Merekalah ‘penghubung’ antara umat Islam dengan Nabinya.

Oleh itu,kita perlu meyakini para sahabat Nabi selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW. Dari sini kita perlu menyadari bahawa amalan agama Islam yang selain amala
para sahabat Nabi, akan menjerumuskan kita kepada jalan yang menyimpang dan
semakin jauh dari redha Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang


Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
(Surah Al Fatihah: 6-7)

Yang dimaksudkan dengan ‘orang-orang yang telah Engkau beri nikmat‘ adalah yang
disebutkan dalam surat An Nisa, ketika Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka
mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah
dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-
orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh
dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang
yang taat).”
(Surah al-Nisa': 69)

132
Seorang ahli tafsir dari kalangan tabi’ut tabi’in, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam,
menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi SAW dan para
sahabat Nabi.

9.1 DEFINISI SAHABAT RA

“Orang yang melihat Rasulullah SAW dalam keadaan Islam, yang meriwayatkan
sabda Baginda. Walaupun dia bertemu Rasulullah dalam tempoh yang singkat atau
lama, atau Rasulullah belum pernah melihat ia sama sekali”

Sahabat dari segi Bahasa dari perkataan sahib yang bermaksud menemani. Menurut
para ulama 'Sahabat' adalah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW dalam
keadaan beriman dan meninggal dunia sebagai orang Islam. Oleh itu, orang yang
bertemu dengan Rasulullah SAW dan percaya kepadanya tetapi tidak bertemu dengan
Baginda seperti Najasi atau bertemu Rasulullah setelah Baginda wafat seperti Abu
Dzu'aib yang meninggalkan rumahnya setelah bertemu Baginda SAW di Madinah.
Tiba di Madinah, Baginda SAW meninggal dunia. Jadi, kedua-dua Najasi dan Abu
Dzu'aib, mereka adalah kedua-dua sahabat Baginda SAW.

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, seorang sahabat adalah orang yang bertemu dengan
Rasulullah SAW dalam keadaan dia beriman dan mati dalam Islam, sama ada dia
berdamping dengan Rasulullah SAW dalam masa yang panjang atau tidak, sama ada
dia berperang bersama Rasulullah SAW atau tidak, sama ada dia dapat melihat
Rasulullah SAW walaupun dia tidak berada dalam satu perhimpunan dengan Baginda
SAW, atau dia tidak dapat melihat Baginda SAW kerana dia buta.

Menurut Usman ibn Shalih, sahabat adalah seseorang yang bertemu Rasulullah SAW,
walaupun ia tidak dapat melihat Rasulullah SAW dan dia memeluk agama Islam pada
zaman Rasulullah SAW.

Sebahagian 'ulama Usul berpendapat, sahabat adalah orang yang berjumpa dengan
Rasulullah SAW dan lama pula persahabatannya dengan Baginda walaupun tidak
meriwayatkan hadis dari Baginda.

Al-Suyuthi merumuskan dengan beberapa bukti untuk mengetahui bahawa seseorang


tergolong sahabat atau bukan:

1. Diriwayatkan secara mutawattir, seperti sepuluh sahabat nabi yang dijanjikan


surga, iaitu khulafa' al-rasyidin, Sa’ad bin Abi Waqash, Sa’id bin Zaid, Thalhah
bin Ubaidillah, Zubair bin Al-Awwam, Abdurrahman bin Auf dan Abu Ubaidah
Amir bin Al-Jarrah.
2. Nama mereka masyhur, tetapi tidak sampai diriwayatkan secara mutawattir
seperti Dammam bin Tsa’labah dan Ukasyah bin Mukhsan.

133
3. Diberitakan dan diakui oleh seorang sahabat yang terkenal bahawa orang
tersebut adalah sahabat seperti Hamamah Bin Abi Hamamah Al-Dausi yang
diakui status sahabatnya oleh Abu Musa Al-Asy’ari kerana ia mendengar dari
nabi dan syahadatnya disaksikan.
4. Keterangan dari Tabi’in yang thiqah (dipercayai) bahawa orang itu adalah
sahabat.
5. Pengakuan sendiri dari orang yang adil, Islam, baligh, berakal, tidak
mengerjakan dosa-dosa kecil apalagi dosa besar bahawa dirinya adalah seorang
sahabat. Pengakuan dinyatakan sebelum seratus tahun kewafatan Rasulullah.
Apabila pengakuan tersebut dilakukan setelah seratus tahun kewafatan Nabi
SAW, maka pengakuannya itu tidak diterima.

9.2 KEISTIMEWAAN PARA SAHABAT RA

Keistimeawaan para Sahabat Nabi dijelaskan dalam al-Quran dan hadits-hadits Nabi
Muhammad SAW, Baginda memuji para sahabatnya. Allah SWT juga banyak memuji
para Sahabat Baginda sebagaimana terdapat dalam beberapa ayat al-Quran. Jika Allah
dan Rasul-Nya memuji mereka, maka sebagai orang Islam, kita juga perlu
memuliakan para Sahabat Nabi selayaknya.

9.2.1 KEUTAMAAN PARA SAHABAT RA

Para sahabat Nabi SAW adalah manusia-manusia mulia. Imam Ibnu Kathir
menjelaskan tentang keutamaan sahabat:

“Menurut keyakinan Ahlussunnah Wal Jama’ah, seluruh para sahabat Nabi


SAW adalah orang yang adil. Kerana Allah SWT telah memuji mereka dalam
al-Quran. Juga terdapat banyak pujian yang diucapkan dalam hadits-hadits
Nabi SAW terhadap akhlak dan amal perbuatan mereka, apa yang telah
mereka korbankan sama ada harta ataupun nyawa mereka hanya untuk
membela Rasulullah SAW”

9.2.2 PUJIAN RASULULLAH KEPADA PARA SAHABAT RA

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pun memuji dan memuliakan para


sahabatnya. Beliau bersabda:

Maksudnya: “Kebaikan akan tetap ada selamanya, di antara kalian ada orang
yang pernah melihatku dan para sahabatku, dan orang yang pernah melihat
para sahabatku (tabi’in) dan orang yang pernah melihat orang yang melihat
sahabatku (tabi’ut tabi’in)”.

134
Baginda SAW juga bersabda:

Maksudnya: "Sebaik-baik manusia adalah yang ada pada zamanku, kemudian


setelah mereka, kemudian setelah mereka”.

Terdapat banyak lagi pujian dan pemuliaan dari Rasulullah SAW terhadap para
sahabatnya yang membuktikan tiada keraguan lagi bahawa merekalah umat terbaik,
masyarakat terbaik, dan generasi terbaik umat Islam.

Imam Abu Hanifah berkata:

"Manusia yang terbaik setelah Rasulullah SAW adalah Abu Bakar, lalu Umar,
lalu Utsman lalu Ali. Kemudian, kita wajib menahan lisan kita dari celaan
terhadap seluruh sahabat Rasulullah SAW, kita tidak boleh menyebut mereka
kecuali dengan sebutan-sebutan yang indah”.

Lebih lagi Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Jangan engkau cela sahabatku, andai ada diantara kalian yang
berinfaq emas sebesar gunung Uhud, tetap tidak akan bisa menyamai pahala
infaq sahabatku yang hanya satu mud (satu genggam), bahkan tidak
menyamai setengahnya"

Dalam matan Ushul As Sunnah, Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata:
"Asas Ahlussunnah Wal Jama’ah menurut kami adalah berpegang teguh
dengan pemahaman para sahabat Rasulullah SAW dan meneladani mereka”

Rasulullah SAW juga bersabda menjelang hari-hari kewafat Baginda:

Maksudnya: “Aku wasiatkan kalian agar bertaqwa kepada Allah. Lalu


mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun ia dari kalangan budak
Habasyah. Sungguh orang yang hidup sepeninggalku akan melihat
perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian untuk mengikuti
sunnnahku dan sunnah khulafa ar raasyidin yang mereka telah diberi
petunjuk. Berpegang teguhlah dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Serta
jauhilah perkara yang diada-adakan, kerana ia adalah bid’ah dan setiap
bid’ah itu sesat” (HR. Abu Daud, Al Hakim & Ibnu Hibban)

135
9.2.3 PARA SAHABAT RA ADALAH PENYAMBUNG UCAPAN NABI SAW

Di bawah ini adalah contoh-contoh ucapan Sahabat Nabi berdasar ucapan Nabi
Muhammad SAW:

a. Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Daari r.a. berkata: Nabi SAW
bersabda,Maksudnya: “Agama itu adalah nasehat.” Kami bertanya, “Untuk
siapa ya Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Bagi Allah, Kitab-Nya,
Rasul-Nya, Imam-imam Muslimin dan bagi Muslimin umumnya.”(HR
Muslim)

b. Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,“Jika Allah
menghendaki kebaikan bagi seorang hamba maka Allah menyegerakan
siksaannya di dunia. Dan jika Allah menghendaki keburukan bagi hamba-
Nya maka Ia menangguhkannya sampai pada hari kiamat nanti.” (HR
Tirmidzi)

c. Dari Abu Bakar al-Siddiq RA. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW


bersabda, “Tidak usahkan aku menceritakan tentang dosa terburuk?” Kami
berkata, “Katakanlah, ya Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda,
“Menyekutukan seseorang dengan Allah dan tidak patuh terhadap orang
tua.” Rasulullah SAW sedang bersandar kemudian duduk tegak seraya
bersabda, “Hati-hatilah dari berkata dusta.” Beliau terus mengulang-ulangi
perkataan beliau itu sehingga kami memohon agar berkenan
menghentikannya. (HR Bukhari)

d. Dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan
masuk surga orang yang dihatinya ada setitik kesombongan.” (HR Muslim)

e. Dari Abdillah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang
mempunyai sifat sombong sedikit saja di dalam hatinya tidak akan masuk
surga.” Seseorang berkata, “Bagaimana halnya ihwal seseorang yang
mempunyai pakaian-pakaian yang indah dan sepatu-sepatu yang indah?”
Rasulullah SAW bersabda, “Allah itu indah dan Allah menyukai keindahan
(Seseorang tidak disebut sombong jika ia mempercantik dirinya).
Kesombongan terletak pada penolakan terhadap kebenaran dan
memandang orang lain rendah.” (HR Muslim)

f. Dari Abu Musa r.a. berkata: Saya bertanya, “Ya Rasulullah siapakah diantara
kaum Muslimin yang paling utama?” Nabi SAW menjawab, “Siapa yang
selamat semua orang Islam dari (kejahatan) LIDAH DAN TANGANNYA.”
(HR Bukhari & Muslim)

136
g. Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang baik dan sahabat yang buruk
bagaikan pembawa misk (kasturi) dan peniup api. Maka pembawa misk itu
ada kalanya memberi kepadamu atau engkau memberi kepadanya atau
engkau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api maka kalau
tidak membakar pakaianmu maka kau akan mendapatkan bau busuk
daripadanya.” (HR Bukhari Muslim)

9.2.4 PUJIAN ALLAH SWT KEPADA PARA SAHABAT

Pujian Allah terhadap para sahabat Nabi SAW dalam al-Quran diantaranya adalah:

Maksudnya:"Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah


dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-
orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan
taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar."
(QS al-Taubah: 100)

9.2.5 SAHABAT UTAMA RASULULLAH SAW

Empat sahabat Rasulullah SAW yang paling utama adalah Abu Bakar al-Shiddiq RA,
Umar bin Khattab RA, Uthman bin ‘Affan RA dan ‘Ali bin Abi Talib RA.

Menurut Abu Zuh’ah al-Razi, jumlah orang yang tergolong sebagai Sahabat Nabi
SAW:

“Empat puluh ribu orang sahabat Nabi yang sama berhaji wada bersama
Rasulullah. Pada masa sebelumnya 70.000 orang sahabat Nabi bersama Nabi
dalam perang Tabuk. Dan ketika Rasulullah wafat, ada sejumlah 114.000 orang
sahabat Nabi”

Imam Abu Hanifah berkata:

"Manusia yang terbaik setelah Rasulullah SAW adalah Abu Bakar, lalu Umar,
lalu Utsman lalu Ali. Kemudian, kita wajib menahan lisan kita dari celaan
terhadap seluruh sahabat Rasulullah SAW, kita tidak boleh menyebut mereka
kecuali dengan sebutan-sebutan yang indah”.

137
9.2.6 TINGKATAN-TINGKATAN SAHABAT RA

Menurut Dr Soleh al-Fauzan dalam Ta'liq 'Aqidah Tahawiyah, para sahabat RA itu
memiliki keutamaan yang bertingkat-tingkat iaitu:

a. Paling utama di antara mereka adalah Khulafa al-Rasyidin


Abu Bakar al-Siddiq RA
Umar bin al-Khattab RA
Uthman bin Affan RA
Ali bin Abu Talib RA

b. 10 orang yang dijanjikan syurga selain Khulafa al-Rasyidin yang empat. Mereka
adalah :
Abu 'Ubaidah 'Amir bin al-Jarrah RA
Sa'ad bin Abi Waqqas RA
Sa'id bin Zaid RA
Zubair bin al-Awwam RA
Talhah bin Ubaidillah RA
Abdul Rahman bin 'Auf RA

c. Ahli Perang Badar.


d. Ahli Bai'ah Ridhwan.
e. Kemudian, para sahabat yang beriman dan turut berjihad sebelum terjadinya
al-Fath (pembukaan semula kota Makkah). Mereka itu lebih utama daripada
sahabat yang beriman dan turut berjihad setelah al-Fath.
f. Kaum Muhajirin secara umum.
g. Kemudian kaum Ansar.

9.2.7 SAHABAT-SAHABAT LAIN

a. Sahabat yang awal memeluk agama islam


Ahli tahqiq berpendapat, bahawa sahabat yang paling awal memeluk agama islam;

Lelaki : Abu Bakar al-Siddiq RA


Wanita: Khadijah binti Khuwalid RA
Kanak-kanak: Ali ibn Abi Talib RA
Mawali ialah Zaid ibn Haritsah RA
Hamba: Bilal ibn Rabbah RA

b. Sahabat Yang Paling Akhir Wafatnya


Ulama bersepakat dan menetapkan, bahawa sahabat yang paling terakhir wafatnya
ialah:

138
Abu Thufa’il ‘Amer ibn Wasilah Al-Laitsi, pendapat Muslim, Al-Mizzi, dan Ibnu
Mandah. Abu Thufa’il wafat di Mekkah pada tahun 100 H. Ada yang
mengatakan 102 H, ada yang mengatakan 107 H. Dialah penghabisan sahabat
yang wafat di makkah.
Sahabat yang paling terakhir wafat di Madinah ialah As-Saib ibn Yazid pada
tahun 80 H. Menurut pendapat Ibnul madini, sahabat yang terakhir wafat di
Madinah Sahal ibn Sa’ad Al-Anshari pada tahun 88 H.
Sahabat yang paling terakhir wafat di Mesir ialah Abdullah ibn Harist Az-
Zabidi pada tahun 89.
Sahabat yang paling terakhir wafat di Tha’if ialah Abdullah ibn Abbas
Sahabat yang paling terakhir wafat di Bashrah ialah Annas ibn Malik pada
tahun 93 H.
Sahabat yang paling terakhir wafat di Syam ialah Abu Umamah
Sahabat yang paling terakhir wafat di Yamamah ialah Al-Hirmas ibn Ziyad Al-
Baanil.
Sahabat yang paling terakhir wafat di Samarkand ialah Al-Fadl ibn Abbas.
Sahabat yang paling terakhir wafat di Barqah ialah Ruwaifi ibn Tsabit Al-
Anshari wafat pada tahun 66 H.
Dan yang paling akhir meninggal di Sijistan ialah Al’ada ibn Khalid ibn Handa.

9.3 MENCONTOHI KEHIDUPAN SAHABAT-SAHABAT BESAR NABI


SAW
9.3.1 ABU BAKAR RA

Nama sebenar Abu bakar al-Siddiq RA adalah Abdul Ka'bah dan ditukar kepada
Abdullah bin Uthman (Abu Qahafah) bin Amir bin Umar in Ka'ab bin Sa'ad bin Tayim
bin Murra al-Taimiah. Beliau adalah seorang sahabat rapat Rasulullah, beliau juga
berbangsa Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW. Abu Bakar al-
Siddiq RA berasal dari keluarga Tamim, manakala Rasulullah SAW dari keluarga
Hashim.

Beliau dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah


SAW. Abu Bakar al-Siddiq RA diberikan gelaran al-Siddiq kerana mengakui
kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' Mikraj dan juga kerana pendirian
beliau yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW. Beliau merupakan lelaki pertama
yang memeluk Islam, beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan
memiliki sifat yang terpuji. Beliau juga merupakan seorang sahabat yang
mengeluarkan banyak harta untuk Islam.

Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, Abu Bakar memainkan peranan yang penting
dalam peristiwa ini. Abu Bakar menemani Nabi Muhammad SAW pada waktu
berlakunya pengepungan di rumah baginda yang dilakukan oleh pemuda-pemuda
Quraisy dengan tujuan untuk membunuh baginda. Mereka berharap dapat

139
membunuh baginda beramai-ramai ketika baginda keluar rumah. Rancangan jahat
kaum Quraisy itu diberitahu Allah kepada Rasul-Nya dan memerintahkan berhijrah
ke Yathrib (Madinah). Cara baginda berhijrah diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam seperti
katanya, “Bahawa Rasulullah datang dengan bersembunyi-sembunyi ke rumah Abu
Bakar, kemudian mereka berdua terus ke gua Thur yang letaknya di selatan Mekah.
Mereka bersembunyi di gua itu beberapa hari untuk mengelakkan dari kepungan dan
halangan yang akan dilakukan oleh pihak Quraisy”. Abu Bakar RA telah menemani
Rasulullah SAW sehingga tiba di Madinah.

Abu Bakar RA memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Beliau sanggup menderma
keseluruhan hartanya demi menegakkan agama Allah. Sebelum memeluk Islam beliau
memang dikenali sebagai seorang bangSAWan yang kaya lagi dihormati oleh
masyarakatnya. Tetapi setelah memeluk Islam, beliau merupakan tokoh Islam yang
utama mengorbankan seluruh harta bendanya bagi kepentingan agama Islam. Di
kalangan para sahabat dia tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan.

Abu Bakar al-Siddiq RA adalah Khalifah pertama yang dilantik selepas kewafatan
Rasulullah SAW dengan persetujuan sahabat-sahabat lain. Semasa Rasulullah SAW
sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Abu Bakar al-Siddiq RA
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Baginda SAW, majlis Syura' yang
dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang
khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu
Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Beliau wafat pada 13H/ 634M di Madinah al-Munawwarah dan dikebumikan di


sebelah makan Rasulullah SAW. Abu Bakar al-Siddiq RA memerintah selama dua
tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam.
Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada di antaranya murtad, tidak
mahu membayar zakat dan ada di antaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula
mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh
Islam

9.3.2 UMAR BIN AL-KHATTAB RA

Nama sebenar Umar al-Khattab RA adalah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul
Uzza bin Rabbah bin Abdullah bin Qirt bin Riyah bin Rizah bin Adi bin Ka'ab bin Lu'ai,
beliau juga berbangsa Quraisy dari keluarga Adi, bertemu saudara sedarah dengan
Rasulullah SAW pada datuk mereka Ka'ab bin Lu'ai.

Beliau dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah


SAW. Umar al-khattab RA diberikan gelaran al-Faruk (pemisah antara hak dan batil)
kerana keberanian beliau. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas
pertengahan, juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal

140
kerana kegagahannya. Sebelum keislaman beliau, beliau merupakan lelaki yang kuat
menentang Islam dan diberi kepercayaan oleh kaum Quraisy menentang dakwah
Rasulullah SAW. Semasa memeluk Islam, beliau mengisytiharkan pengisalaman
beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.

Umar al-Khattab seorang yang sangat berani, tegas, berpendirian teguh,


berpandangan jauh dan banyak pekerti baik yang lain. Keberanian beliau sangat
terserlah semasa peristiwa umat Islam berhijrah ke kota Madinah. Beliau telah
mencabar kaum kafir Quraisy untuk menghalangnya termasuklah tokoh-tokoh dan
para pembesar Quraisy. Bahkan beliau melakukan tawaf secara terbuka.

Keislaman beliau adalah satu rahmat yang besar dalam Islam. Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa: “Ya
Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar.”

Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa
Rasulullah SAW bersabda : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan
berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan
Islamnya Umar”.

Umar al-Khattab RA telah dicalonkan oleh Abu Bakar al-Siddiq RA sebagai khalifah
kedua dengan persetujuan para sahabat dan meminta Uthaman bin Affan RA untuk
menulis wasiat tersebut bagi mendapatkan persetujuan orang ramai tentang
perlantikan Umar al-Khattab RA sebagai khalifah kedua selepas Abu Bakar al-Siddiq
RA. Wasiat ini bagi mengelakkan pepecahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam.
Pemilihan beliau dilakukan kerana ketokohan beliau dalam bidang agama dan politik.

Sepanjang pemerintahan beliau sebagai khalifah, Islam begitu gemilang di bawah


pemerintahan Umar. Jajahan takluk Islam juga begitu luas sehingga ke Eropah dan
melebihi separuh dari dunia. Pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Jabatan-
jabatan penting telah ditubuhkan dan banyak pembaharuan yang dilakukan antaranya
menyusun pentadbiran Majlis Syura, menubuhkan beberapa jabatan dalam
pentadbiran, polis dan tentera dan mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah.
Beliau juga telah mewajibkan zakat ke atas kuda.

Beliau wafat pada 23H/644M di Madinah al-Munawwarah kerana ditikam oleh Abu
Lu'luah sewaktu mengimamkan solat subuh di Masjid al-Nabawi. Beliau dikebumikan
di sebelah makam Rasulullah SAW dan Abu Bakar al-Siddiq RA. Umar al-Khattab RA
memerintah selama 10 tahun (634-644).

141
9.3.3 UTHMAN BIN AFFAN RA

Nama sebenar Uthman bin Affan RA adalah Uthman bin Affan bin Abul As bin
Umaiyyah bin Abdul Sham bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab
bin Usai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadhir bin Kinayaj bin Khuzaimah bin
Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Hubungan beliau
dengan Rasulullah SAW adalah anak saudara 3 pupu, beliau juga berbangsa Quraisy
dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW yang berketurunan keluarga
Umayyah.

Beliau dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah


SAW. Uthman bin Affan RA diberikan gelaran Zul Nurain kerana mengakui telah
mengahwinin dua puteri Rasulullah SAW. Beliau seorang yang terkenal dengan
peribadi yang lemah lembut dan hartawan. Beliau antara golongan awal yang
memeluk Islam.

Sepanjang hayat beliau, Saidina Uthman bin Affan banyak melakukan amal kebajikan.
Beliau turut mengorbankan harta dan tenaganya untuk perkembangan Islam. Selain
daripada itu, beliau juga sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan
keluarga dan tanah air, kerana patuh kepada ALLAH S.W.T dan Rasulullah SAW.
Beliau juga disifatkan sebagai seorang yang zuhud dengan sikap dermawan yang tinggi
kerana mencintai akhirat lebih daripada duniawi. Menurut sejarah, Saidina Uthman
bin Affan pernah menyumbang dan menanggung sepertiga daripada pembiayaan dan
dana perang seperti pebelanjaan 10,000 tentera, 1,000 ekor unta, 50 ekor kuda dan
1,000 dinar bagi mempertingkatkan kualiti kelengkapan angkatan perang umat Islam.

Semasa Madinah mengalami musim kemarau yang menyebabkan penduduk Madinah


dan pihak Muhajirin mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih. Hanya
telaga Raumah milik seorang Yahudi yang menjadi punca air ketika itu tetapi
dikenakan bayaran yang mahal lalu beliau membeli separuh pemilikan telaga air dari
Yahudi dan menggunakannya secara bergilir-gilir. Kemudian setelah Yahudi tersebut
menjual keseluruhannya lalu beliau mewakafkan telaga tersebut dan semua
penduduk, tanpa mengira bangsa dan agama, boleh mendapatkan bekalan air
daripada telaga tersebut secara percuma.

Uthman bin Affan RA merupakan Khalifah ketiga yang dilantik selepas kewafatan
Umar al-Khattab RA dengan persetujuan sahabat-sahabat lain. Ketika Umar al-
Khattab RA dirawat kerana tikaman musuh beberapa orang sahabat bertemu beliau
untum mencadangkan pengganti Umar al-Khattab RA. Cadangan calon tersebut ialah
Uthman bin Affan RA, Ali bin Abi Talib RA, al-Zubir bin al-Awan, Talhah bin Ubaidah
(tarik diri), Saad bin Waqas dan Abd Rahamn bin Auf (menawarkan diri untuk
mendapatkan pendapat orang ramai mengenai hal calon khalifah). Hasil pendapat
orang ramai Uthman bin Affan RA diisytiharkan menggantikan Umar al-Khattab RA.

142
Beliau wafat pada 35H/ 656M di rumahnya sewaktu sedang membaca al-Quran dan
dikebumikan berdekatan perkuburan al-Baqii pada usia 80 tahun. Uthman bin Affan
RA menjadi khalifah selepas Umar Al-Khattab RA dibunuh pada tahun 644H. Beliau
memerintah selama 12 tahun (644-656). Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran,
sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar
Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam tahun terakhir
pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-
beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu
Bakar al-Siddiq RA. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani.

9.3.4 ALI BIN ABU THALIB RA

Nama sebenar Ali bin Abu Talib RA adalah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin
Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Usai bin Ghalib
bin Fihr bin Malik bin al-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas
bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan.. Beliau adalah sepupu Rasulullah SAW,
juga dipelihara oleh Baginda dari kecil.

Beliau dilahirkan di Makkah al-Mukarramah,10 tahun sebelum kerasulan Rasulullah


SAW. Ali bin Abu Talib RA diberikan gelaran karamallahuwajhah (orang yang
dimuliakan wajahnya oleh Allah) kerana tidak pernah menyembah berhala. Beliau
merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam ketika berumur 10 tahun,
beliau seorang yang tegas, berani dan menguasai ilmu pengetahuan. Beliau juga
merupakan seorang sahabat yang mengeluarkan banyak harta untuk Islam.

Kecerdasan dan keberanian Ali sangat menonjol dalam masyarakat Quraisy, ketika
masih kanak-kanak, beliau telah menentang tokoh-tokoh Quraisy yang mencemuh
Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dan kaum Quraisy
telah menghunus pedang untuk membunuhnya, Ali RA menggantikan Rasulullah
SAW tidur di tempat tidur Baginda serta mengenakan selimut yang dipakai oleh
Baginda.

Ali bin Abu Talib RA adalah Khalifah keempat yang dilantik selepas kematian Uthman
bin Affan RA. Beliau dilantik ketika negar kucar kacir selepas pembunuhan Uthman
bin Affan RA, beliau didesak untuk menerajui negara Islam. Perlantikan beliau
mendapat sokongan besar daripada rakyat walaupun ada yang menentangnya. Beliau
berusaha untuk menyatukan umat Islam tetapi mendapat tentangan dari pihak
tertentu seperti Muawiyah dan keluarga Umayyah. Beliau wafat pada 40H Dibunuh
oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah kerana tidak puas hati dengan
pembaharuan yang dilakukan oleh beliau dan beliau memerintah selama 4 tahun
(655-659M)., tetapi beliau sanggup menerima jawatan khalifah ketika negara dalam
kekecohan dan tidak tenteram.

143
9.5 PENUTUP

Sesungguhnya mengetahui keadaan para sahabat, kehidupan sifat dan akhlak mereka
yang mulia, benar-benar boleh menerangi jalan di hadapan orang-orang mukmin yang
hendak mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Tidak ada keraguan di dalam hati orang
yang berakal, beriman kepada Allah sebagai Rabb dan kepada Muhammad SAW
sebagai nabi, bahawa para sahabat adalah generasi yang paling baik setelah Baginda.
Sebagaimana Baginda adalah pemimpin anak-anak Adam dan orang yang paling
mulia di antara mereka, maka para sahabat adalah penduduk bumi yang paling baik.

Berpandukan daripada perkara di atas, maka setiap orang yang mempunyai


kepedulian terhadap ilmu ini (kehidupan sahabat) harus benar-benar mengetahui
pengkhabaran tentang mereka , biografi dan kehidupan mereka serta bagaimana
menyebarkannya kepada orang-orang Muslim, lalu menuntun mereka ke syurga dan
keredhaan Allah, sebagaimana Allah telah redha kepada para sahabat.

144
BAB 10
HARI AKHIRAT: GANJARAN & BALASAN

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar dapat menjelaskan definisi akhirat beserta perkara dan peristiwa yang
terkait dengannya..
2. Pelajar dapat menghuraikan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
hari Akhirat.
3. Pelajar dapat menghuraikan dengan jelas konsep dosa, pahala dan taubat.

10.0 PENDAHULUAN

Kepercayaan kepada hari Akhirat merupakan salah satu ciri keistimewaan Islam dan
ia merupakan rukun Iman yang ke 5. Dalam al-Quran dan Hadis banyak diberitakan
tentang kejadian Akhirat yang menjadi satu janji yang pasti akan berlaku. Keimanan
kepada hari akhirat juga menuntut kita beriman kepada perkara-perkara berkaitan
dengannya seperti dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk dan
sebagainya.

10.1 DEFINISI AKHIRAT

Hari Akhirat merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan
yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat
merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

10.2 PELBAGAI NAMA HARI AKHIRAT

Berikut ini adalah beberapa nama dan peristiwa yang digunakan Allah SWT dalam
menceritakan perihal hari akhirat di dalam al-Quran:
Bil Nama Maksud Surah Ayat
1. Al-Waqiah Hari Kiamat al-Waqiah 1
2. Al-Haqqah Hari Kiamat al-Haqqah 1-3
3. Al-Qariah Hari Kiamat al-Qariah 1-3
4. Yaumul Qiyamah Hari Kiamat al-Baqarah 85
5. Yaumul Akhir Hari Akhir al-Baqarah 8

145
6. Yaumul Mau’ud Hari Yang Dijanjikan al-Buruj 2
7. Yaumul Haq Hari Yang Pasti Terjadi al-Naba’ 39
8. Yaumul Khulud Hari Yang Kekal Qaf 34
9. Yaumul Wa’id Hari Terlaksana Ancaman Qaf 20
10. Yaumul ‘Asir Hari Yang Sangat Sulit al-Mudatsir 9
11. Yaumut Tanad Hari Saling Memanggil Ghafir 32
12. Al-Azifah Sesuatu yang dekat al-Najm 57
13. Ath-Thammatul Malapetaka yang besar al-Naziat 34
Qubra
14. As-Sa’ah Masa yang dijanjikan Ghafir 59
15. Ash-Sakhkhah Suara yang memekakkan ‘Abasa 33

16. Darul Qarar Tempat Kembali Ghafir 39


17. Yaumul Ba’ats Hari Kebangkitan al-Rum 56
18. Yaumul Hisab Hari Perhitungan Amal Shod 16
Manusia
19. Yaumul Jam’i Hari Berkumpul al-Syuraa 7

20. Yaumud Din Hari Pembalasan al-Fatihah 4


21. Yaumul Fasli Hari Keputusan al-Dukhhan 40
22. Yaumal Hasroh Hari Penyesalan Maryam 39
23. Yaumut Taghabun Hari Dinampakkan Taghabun 9
Kesalahan

10.3 KETERANGAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Keimanan kepada hari Akhirat merupakakn salah satu rukun dalam rukun Iman,
maka ia tidak sempurna melainkan dengan berhimpunnya 2 perkara ini:

1. Beriman dengan adanya hari akhirat secara ijmal (ringkas). Dan inilah garisan
paling rendah untuk diterima keimanan seseorang.
2. Beriman kepada segala berita yang diceritakan oleh Rasulullah SAW mengenai
perkara-perkara ghaib yang akan berlaku selepas mati. Antaranya adalah:

10.3.1 FITNAH KUBUR

Fitnah di alam kubur tidak sama seperti fitnah yang kita fahami di dunia ini. Fitnah
yang kita fahami di dunia ini ialah kata dusta atau tuduhan palsu yg dilemparkan
kepada kita. Adapun Fitnah dalam konteks alam kubur adalah ujian. Maksud fitnah
kubur juga dijelaskan sebagai pertanyaan dua Malaikat. Itu adalah ujian untuk mayat
ketika dua Malaikat menanyakannya.

146
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi SAW selalu
berdo’a:

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaan-Mu dari azab


neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur”. (HR
Bukhari)

Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h menyebut maksud fitnah kubur ialah soalan dua
Malaikat di dalam kubur. Mubarakfuri r.a. menyebut, fitnah kubur ialah kesulitan
apabila menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan


mintalah ketetapan (kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang
sedang disoal”.
(HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jika salah seorang dari kalian dikuburkan, maka akan datang
kepadanya dua malaikat yang hitam dan kedua mata mereka biru. Salah
satunya bernama Munkar dan yang lainnya bernama Nakiir. Keduanya
bertanya: “Apakah pendapatmu mengenai lelaki ini?” Lalu dia menjawab
sebagaimana yang pernah dikatakan dahulu: “Dia adalah hamba Allah dan
rasul-Nya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah
selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.” Keduanya
berkata: Kami sudah mengetahui bahawa kamu akan mengucapkan
demikian. Kemudian kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta dikali
tujuh puluh hasta. Lalu diterangi dan dikatakan kepadanya : “Tidurlah”. Dia
berkata: “Biarkanlah aku kembali kepada keluargaku untuk mengabarkan
kepada mereka.” Keduanya berkata: “Tidurlah seperti pengantin yang tidak
dibangunkan kecuali oleh orang yang paling dia cintai. Hingga Allah
membangkitkannya dari tempat tidurnya. “ Adapun seorang munafik
berkata: “Aku hanya mendengar orang-orang mengatakanya lalu aku ikut
mengatakannya. Aku tidak tahu”. Keduanya berkata: “Kami sudah tahu
kamu akan mengatakan demikian”. Lalu dikatakan kepada bumi:
“Himpitlah dia!”. Lantas bumi menghimpitnya hingga seluruh sendinya
hancur. Dan dia terus diazab di dalamnya hingga Allah membangkitkan
dari tempat tidurnya” (HR At-Tirmidzi)

a. Azab Kubur Dan Nikmatnya


Keimanan kepada hari akhirat, menuntut untuk kita beriman dengan azab kubur dan
nikmatnya, sama ada kubur itu merupakan satu lubang dari lubang-lubang neraka
atau satu taman dari taman-taman syurga.

147
Kubur merupakan perhentian pertama daripada beberapa perhentian akhirat, sesiapa
yang selamat daripada azab kubur maka perhentian yang berikutnya akan menjadi
lebih mudah baginya dan sesiapa yang tidak terselamat daripada azabnya maka yang
seterusnya lebih dahsyat lagi. Sesiapa yang mati bererti bermulalah kiamatnya.

Jasad manusia yang mati akan tetap diazab atau dikurniakan nikmat di alam barzakh,
tidak kira sama ada ianya dikebumikan di dalam kubur atau pun tidak, sekalipun
dibakar, tenggelam dalam air, dimakan binatang buas atau burung pasti ia akan
mendapat balasan siksa atau nikmat. Firman Allah SWT berkenaan dengan azab
kubur:

Maksudnya: “Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu


pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada
hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah
Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang
seberat-beratnya”.
(QS Ghafir: 46)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Kalau sekiranya aku tidak takut kamu tidak dapat


mengebumikan mayat ke dalam kubur, nescaya aku berdoa agar Allah
memperdengarkan kepada kamu siksaan yang berlaku di dalam kubur”.
(HR Muslim)

Daripada Ibn Abbas RA: Sesungguhnya Nabi SAW melalui (melintasi) dua kubur, lalu
baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang diseksa


dan mereka tidaklah diseksa kerana dosa besar, adapun yang seorang
disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil,
sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”
Kemudian baginda SAW meminta satu pelepah kurma, lalu dibelahnya
menjadi dua, lalu baginda bersabda: “Semoga pelepah kurma ini akan dapat
meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.” (HR Bukhari
Muslim)

b. Tanda-Tanda Berlaku Kiamat


Daripada Huzaifah Bin Asid al-Ghifari berkata: Telah muncul Rasulullah SAW di
samping kami apabila kami sedang berbincang. Maka Baginda SAW bertanya: Apa
yang kamu bincangkan? Mereka menjawab: Kami sedang membicarakan perihal al-
Sa’ah (hari Kiamat). Lalu Nabi SAW bersabda:

148
Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan
setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda”. “Baginda SAW
menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya
matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan
Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat
dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang
terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke
Mahsyar mereka”. (HR Muslim)

c. Tiupan Sangkakala
Perjalanan manusia menuju alam Akhirat berlaku dengan bermulanya hari kiamat
yang dimulai dengan tiupan sangkakala. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, (13) dan


diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali
bentur (14) Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat (15), dan terbelahlah
langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah (16).”
(QS al-Haqqah: 13-16)

Apabila kiamat berlaku, seluruh makhluk hidup termasuk manusia akan dimatikan,
kecuali sesiapa yang diizinkan Allah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit


dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup
sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu
(putusannya masing-masing).”
(QS al-Zumar: 68)

Sangkakala adalah serunai daripada tanduk yang ditiup oleh Israfil a.s., tiupan yang
pertama akan mematikan semua makhluk kecuali mereka yang dikehendaki oleh
Allah, kemudian ditiup tiupan kedua maka dibangkitkan semua makhluk yang wujud
semenjak Allah jadikan dunia ini sehingga berlakunya kiamat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu
itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,
kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya), kemudian
ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun
berdiri menunggu (kesudahan masing-masing)”.
(QS Az-Zumar: 68)

Sabda Nabi SAW:


Maksudnya: “Kemudian ditiupkan sangkakala, tidak ada seorang pun yang
mendengarnya kecuali mengangkat leher (untuk mendengarnya), kemudian
tidak tinggal seorang pun kecuali semuanya mati, selepas itu Allah

149
menurunkan hujan renyai-renyai yang menumbuhkan jasad manusia,
kemudian ditiupkan sangkakala kali kedua. Apabila ditiup sangkakala kali
kedua semua mereka bangkit menunggu kesudahan masing-masing”.
(HR Muslim)

d. Kebangkitan
Setelah kematian semua makhluk, Allah SWT memeritahkan malaikat untuk
meniupkan sangkakala untuk kali yang kedua, di mana pada kali bangkatlah semua
yang mati dari kubur mereka dengan roh dan jasadnya sepertimana keadaan mereka
di dunia dahulu. Pada hari itu orang-orang kafir dan munafiq akan berkata:

Maksudnya: “Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang


membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?”
(QS Yasin: 52)

Adapun orang-orang yang beriman, mereka akan berkata:

Maksudnya: “Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan


benarlah Rasul-rasul(Nya).”
(QS Yasin: 52)

Apabila Allah SWT mengizinkan Israfil a.s. meniup sangkakala dan semua roh
kembali kepada jasad masing-masing ketika itu bangkitlah manusia dari kubur
mereka, dengan cepat berjalan menuju ke mauqif (tempat berhimpun untuk
perhitungan) dalam keadaan berkaki ayam (tidak berkasut), telanjang bulat (tidak
berpakaian), tidak berkhatan (bersunat), tiada apa pun bersama mereka.

Begitu panjang masa mereka berada di mauqif (tempat berhimpun), pada waktu itu
matahari sangat hampir dengan mereka yang menyebabkan kepanasan yang amat
sangat, mereka pula dibasahi dengan peluh kerana terlalu susah keadaannya, ada yang
peluhnya sampai ke buku lali, ada yang sampai ke lutut, pinggang, dada, bahu dan ada
yang tenggelam di dalam peluh, semuanya mengikut kadar amalan masing-masing.

Kebangkitan semula selepas mati adalah suatu perkara yang sabit sebagaimana yang
telah dijelaskan oleh syara’, realiti keadaan dan akal pemikiran.

Penjelasan Daripada Syara’.


Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran dan nas-nas yang sahih daripada Hadis
Rasulullah SAW yang menjelaskannya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan
dibangkitkan”.
(QS At-Taghabun: 7)

150
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian,


Kami ulangi kewujudannya lagi”.
(QS Al-Anbiya’: 104)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Kemudian ditiupkan sangkakala, tidak ada seorang pun


yang mendengarnya kecuali mengangkat leher (untuk mendengarnya),
kemudian tidak tinggal seorang pun kecuali semuanya mati, selepas itu
Allah menurunkan hujan renyai-renyai yang menumbuhkan jasad
manusia, kemudian ditiupkan sangkakala kali kedua. Apabila ditiup
sangkakala kali kedua semua mereka bangkit menunggu kesudahan
masing-masing”. (HR Muslim)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “(Kami menciptakannya) sambil dia bertanya: ‘Siapakah


yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti
debu?’. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan
oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan
Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakanNya)”.
(QS Yasin: 78-79)

Realiti Keadaan Yang Telah Berlaku


Allah SWT telah memperlihatkan kepada hambanya peristiwa menghidupkan
semula orang yang mati semasa di dunia. Di dalam QS Al-Baqarah terdapat lima
contoh tersebut, iaitu: Kaum Nabi Musa a.s., Allah menghidupkan mereka selepas
mematikannya [ayat: 56] dan orang yang dibunuh oleh Bani Israel (dihidupkan
semula untuk memberitahu siapa pembunuhnya) [ayat: 73] juga kaum yang keluar
dari kampung mereka kerana takutkan mati (Allah matikan mereka semua
kemudian menghidupkannya semula) [ayat: 243] dan orang yang melalui sebuah
kampung yang telah binasa (beliau berkata: ‘Bagaimana Allah akan membina
semula negeri ini?’ lalu Allah mematikannya selama 100 tahun, kemudian Allah
menghidupkannya semula, sebagai bukti kepada dirinya bahawa Allah berkuasa
menghidup dan mematikan) [ayat: 259] dan kisah empat ekor burung yang
dicincang oleh Nabi Ibrahim a.s. kemudian dihidupkan semula [ayat: 260].

151
Dalil akal
Dalil akal boleh diambil dari dua aspek berikut:

1. Bahawa Allah SWT telah menciptakan langit, bumi dan semua isi kandungan
keduanya dengan tidak ada contoh. Allah yang berkuasa menciptanya buat
pertama kali tentu tidak lemah untuk mengulanginya sekali lagi.

2. Bumi yang telah mati (kering) tidak ada tumbuh-tumbuhan, Allah SWT
menurunkan ke atasnya hujan, maka ia bergerak menumbuhkan tumbuhan yang
indah. Maka Allah yang berkuasa menghidupkannya selepas mati, berkuasa pula
menghidupkan manusia yang telah mati.

e. Perhimpunan, Menghadap Allah, Perhitungan Dan Pembalasan


Setelah dibangkitkan dan dikeluarkan dari kubur, manusia akan bergerak dan
dikumpulkan di Padang Mahsyar dalam keadaan mereka semasa keluar dari perut ibu
mereka iaitu berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Kami himpunkan mereka (di Padang Mahsyar) sehingga


Kami tidak akan tinggalkan seorang pun daripada mereka”
(QS Al-Kahf: 47)

Hadis Nabi SAW:

Maksudnya: “Dihimpunkan manusia pada hari kiamat dalam keadaan


berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan. Lalu Aishah berkata: “
Wahai Rasulullah, kalau begitu manusia di hati itu dapat melihat (aurat)
yang lain?”. Baginda menjawab: “Wahai Aishah, suasana di hati itu
membingungkan manusia daripada melihat seseorang akan (aurat) orang
lain”
(HR Muslim)

Di tempat perhimpunan tersebut, manusia akan menemui bencana dan huru hara
yang dahsyat. Al-Miqdad meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari kiamat matahari akan menghampiri manusia hingg


jadilah ia (hampir) dengan manusia hanya sekadar satu mil. Maka jadilah
manusia dalam berpeluh mengikut kadar amalan masing-masing. Ada di
antara mereka (berpeluh) sampai kepada dia buku lalinya, ada di antara
mereka berpeluh kepada lututnya, ada di antara mereka sampai
pinggangnya dan ada di antara mereka peluh mengelilingi tengkuknya dan
Baginda mengisyaratkan dengan tangannya kepada mulutnya”.
(HR Muslim)

152
Dalam hal demikian ada manusia yang berada di bawah naungan Allah sebagaimana
yang diterangkan oleh Rasulullah SAW:

“Tujuh golongan manusia, Allah akan menaungi mereka di bawah


naungan-Nya pada hari kiamat yang di hari tidak ada sebarang naungan
kecuali naungan Allah, iaitu:

Imam (pemerintah) yang adil


Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid
Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah; mereka
berhimpun kerana Allah dan berpisah kerana Allah
Lelaki yang diminta (melalukan perbuatan zina) oleh wanita yang
berpangkat dan cantik, alalu ia berkata: “sesungguhnya aku takut
kepada Allah”
Lelaki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekahnya
itu hingga tangan kanannya tidak tahu apa yang dibelanjakan oleh
tangan kirinya
Dan lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan seorang
diri hingga mengalir air matanya.” (HR Bukhari, Muslim dan An-
Nasaie)

Setelah semua berhimpun, manusia akan menghadap Allah SWT dan mula disoal
serta diadili. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, dan terbelahlah
langit, keranapada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat
berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu
dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang
tersembunyi (bagi Allah).”
(QS al-Haqqah: 15-18)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Tidak ada seorang pun melainkan Allah akan bercakap


dengannya di hari kiamat, tidak ada di antaranya dengan Allah
penterjemah. Kemudian dia memandang, maka tidak nampak sesuatu pun
di hadapannya. Kemudian ia memandang ke arah dua tangannya
(hadapannya) maka dia disambut oleh api neraka. Maka siapa yang
berkuasa menjauhi dirinya dari api neraka walaupun (dengan kebajikan
bersedekah dengan) separuh buah tamar (maka hendaklah dia berbuat
demikian).”
(HR Bukhari dan lainnya)

153
Setelah disoal dan diadili, maka setiap hamba akan menerima balasan amalannya
iaitu balasan kepada setiap amalan baik dan jahat yang dilakukan di dunia, firman
Allah SWT:

Maksudnya: “Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan,


maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan
barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah
diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan
itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(QS al-Qasas: 84)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Firman Allah: “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya itulah


amalan-amalan kamu yang Aku hitungkan untuk kamu. Kemudian Aku
sempurnakan balasannya kepada kamu. Maka barangsiapa yang
mendapati balasan yang baik maka hendaklah ia memuji Allah dan siapa
yang mendapati balasan yang sebaliknya maka janglah ia mencela
melainkan dirinya sendiri”
(HR Muslim)

Firman Allah SWT:

“Maka sesiapa yang diberikan kitab amalnya dan menerima dengan tangan
kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa
yang ada di sisinya): Nah! bacalah kamu kitab amalanku ini! Sesungguhnya
aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi
hitungan amalanku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu)
tinggallah dia dalam kehidupan yang senang-lenang lagi memuaskan”.
(QS Al-Haqqah: 19-21)

Bagi orang-orang mukmin yang bertakwa, kiraan amalan mereka dilakukan dengan
cara dibentangkan ke atas mereka amalan yang mereka kerjakan sehingga mereka
mengetahui nikmat kurniaan Allah ke atas mereka yang telah menutupi kesalahan
mereka di dunia dan mengurniakan keampunanNya di akhirat. Mereka akan
dihimpunkan mengikut peringkat keimanan mereka. Para malaikat menyambut
mereka dengan menyampaikan khabar gembira tentang balasan syurga dan
memberitahu bahawa mereka berada dalam keadaan aman daripada segala ketakutan
dan kesusahan hari yang penuh dengan huru-hara. Maka ketika itu bercahayalah
wajah-wajah mereka. Muka orang-orang yang beriman pada hari itu berseri-seri.
Mereka bergelak ketawa lagi bersukaria.

Sebaliknya orang-orang yang mendustakan Hari Akhirat akan dihisab dengan


perhitungan yang sangat susah lagi penuh teliti tentang setiap kerja yang mereka

154
lakukan sama ada kecil ataupun besar, mereka ditarik dengan keadaan muka mereka
tersembam ke bumi dan dengan penuh penghinaan sebagai balasan kepada dosa yang
telah mereka lakukan dan pendustaan yang mereka timbulkan.

f. Beriman Dengan Kolam Nabi SAW


Iaitu sebuah kolam yang besar dan tempat minum yang mulia, mengalir daripada
minuman syurga dan dari sungai Kauthar pada Hari Kiamat, ianya didatangi oleh
orang-orang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW.

Antara sifatnya: lebih putih daripada susu, lebih sejuk daripada salji, lebih manis
daripada madu, lebih harum daripada kasturi, sangat luas ukurannya, lebar dan
panjangnya sama, jarak di antara dua penjurunya sebulan perjalanan, mempunyai
dua saluran air yang mengalir dari syurga, bekas minumnya (gelas) lebih banyak
daripada bintang di langit, sesiapa yang meminumnya sekali tidak akan terasa dahaga
selamanya. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Kolamku luasnya sebulan perjalanan, airnya lebih putih


daripada susu, baunya lebih harum daripada kasturi, bekas minumnya
seperti bintang di langit, sesiapa yang meminumnya tidak akan terasa
dahaga selama-lamanya”. (HR Bukhari)

g. Syafaat
Ketika manusia berada dalam keadaan bala dan ujian yang semakin perit di
perhentian yang besar pada Hari Kiamat serta begitu panjang pula masanya, mereka
mula berusaha mencari orang yang dapat memberikan syafaat dan pertolongan
supaya memohon agar Allah melepaskan mereka daripada kesusahan padang
mahsyar.

“Ulul ‘Azmi” dari kalangan rasul menguzurkan diri tidak dapat membantu
menyelesaikan masalah mereka sehinggalah sampai kepada penutup sekalian rasul,
Nabi kita Muhammad SAW yang telah diampunkan oleh Allah segala kesalahan yang
terdahulu dan yang terkemudian, maka Nabi SAW pun bangun mengambil tempat
yang dipuji oleh semua umat yang terdahulu dan yang terkemudian, maka zahirlah
kedudukannya yang mulia dan darjatnya yang tinggi dengan peranannya itu,
Rasulullah SAW pun sujud di bawah Arasy, Allah SWT telah mengilhamkan
kepadanya dengan pujian, Rasulullah SAW pun memuji dan memujaNya dan
memohon keizinan daripada Tuhannya agar membenarkannya memberi syafaat
(pertolongan) kepada semua makhluk untuk menyelesaikan masalah mereka setelah
mereka ditimpa kesusahan dan bencana yang besar yang mereka tidak mampu
menanggungnya.

155
Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari begitu hampir dengan manusia pada


Hari Kiamat sehinggakan peluh mereka sampai ke pertengahan telinga,
sedang mereka berada dalam keadaan tersebut lantas mereka memohon
bantuan dengan Adam a.s kemudian Ibrahim a.s kemudian Musa a.s
kemudian ‘Isa a.s kemudian Muhammad SAW Apabila sampai kepada Nabi
Muhammad SAW baginda meminta kuasa syafaat untuk menyelesaikan
masalah umat manusia, baginda berjalan sehingga kepada pemegang pintu
syurga, pada hari itu Allah SWT telah memberikannya kuasa syafaat yang
agung yang dipuji oleh semua orang yang berada di Padang Mahsyar.” (HR
Bukhari)

Kuasa syafaat yang agung ini Allah SWT khususkan kepada Rasulullah SAW dan
telah sabit juga Rasulullah SAW mempunyai syafaat yang lain, iaitu:

Syafaat Rasulullah SAW untuk ahli syurga agar dapat memasuki syurga.
Dalilnya, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Pada Hari Kiamat aku pergi ke pintu syurga dan aku
meminta supaya ianya dibuka. Kata Khazin (penjaga syurga):
Siapakah kamu?. Sabda Nabi SAW: “Aku menjawab: Muhammad”.
Kata penjaga syurga: Aku diarahkan agar membuka pintu syurga
dengan permintaan engkau dan tidak membukanya kepada orang
lain sebelum engkau”. (HR Muslim)

Syafaatnya untuk kaum yang sama timbangan amalan baik dan jahat, maka
diberi syafaat agar mereka dapat masuk syurga. Pendapat ini dibawa oleh
setengah ulama’ namun tidak ada hadis yang sahih atau selain daripadanya
yang boleh dibuat dalil.
Syafaatnya untuk kaum yang telah ditentukan neraka agar selamat
daripadanya. Berdasarkan dalilnya yang umum, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Syafaatku untuk orang-orang yang melakukan dosa


besar daripada umatku”. (HR Abu Daud)

Syafaatnya untuk mengangkat darjat ahli syurga di dalam syurga. Dalilnya,


sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah Abi Salamah (Abdullah bin Abdul


Asad) dan angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi
hidayat”. (HR Muslim)

156
Syafaatnya kepada beberapa kaum yang dapat memasuki syurga tanpa
dihisab dan tidak merasai azab. Dalilnya, hadis ‘Ukasyah atau ‘Ukkasyah
bin Mihsan yang menyebut 70 ribu orang memasuki syurga dengan tidak
melalui hisab dan tidak diazab, maka Rasulullah SAW berdoa untuknya
dengan sabdanya:

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia (‘Ukasyah) daripada golongan


mereka itu”. (HR Muttafaq ‘Alaih)

Syafaatnya kepada orang yang melakukan dosa besar daripada umatnya yang
telah berada di dalam neraka agar keluar daripadanya. Dalilnya, sabda Nabi
SAW:

Maksudnya: “Syafaatku untuk orang-orang yang melakukan dosa


besar daripada umatku”. (HR Abu Daud)
Dan sabdanya:

Maksudnya: “Akan keluar satu kaum daripada api neraka dengan


syafaat Muhammad SAW kemudian memasuki syurga, mereka
dinamakan Jahannamiyyin (bekas ahli neraka)”. (HR Bukhari)

Syafaatnya untuk meringankan azab daripada mereka yang dikenakan azab,


seperti syafaatnya kepada bapa saudaranya Abu Talib. Dalilnya, sabda Nabi
SAW:

Maksudnya: “Mudah-mudahan syafaatku akan memberi manfaat


kepadanya pada Hari Kiamat, dia berada di dalam air neraka yang
cetek, mencecah dua buku lalinya yang menggelegakkan otaknya”.
(HR Muttafaq ‘Alaih)

Tidak sah syafaat di sisi Allah SWT kecuali dengan memenuhi dua syarat:

o Allah meredhai orang yang memberi syafaat dan orang yang menerimanya.
o Allah SWT memberi keizinan kepada pemberi syafaat agar melakukannya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa


yang diredhai Allah”.
(QS Al-Anbiya’: 28)

157
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di


sisiNya melainkan dengan izinNya”.
(QS Al-Baqarah: 255)

h. Neraca Timbangan Amalan

Neraca timbangan adalah suatu yang haq dan wajib beriman dengannya. Ia adalah
suatu neraca yang Allah SWT dirikan pada Hari Kiamat untuk menimbang amalan
hamba-hambaNya dan membalasnya menurut amalan mereka. Neraca yang didirikan
itu mempunyai dua daun neraca dan jarum, bagi menimbang amalan atau surat
catatan amalan atau orang yang melakukan amalan itu sendiri, maka semuanya akan
ditimbang tetapi yang diambil kira ialah berat atau ringan amalan bukan tuannya atau
surat catatan amalan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan


yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) Hari Kiamat,
maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya)
itu seberat biji SAWi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya
(untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung”.
(QS Al-Anbiya’: 47)

Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar, maka
sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah
orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya
(yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami
(dengan meletakkannya pada bukan tempatnya)”.
(QS Al-A’raf: 8-9)

Sabda Nabi SAW:


Maksudnya: “Suci daripada hadas itu sebahagian daripada iman dan
“Alhamdulillah” itu memenuhi neraca timbangan”. (HR Muslim)

Dan sabdanya:

Maksudnya: “Didirikan neraca timbangan pada Hari Kiamat, kalau


ditimbang langit dan bumi di dalamnya, lebih daripada mencukupi”.
(HR Al-Hakim)

158
i. Titian Sirat Al-Mustaqim
Kita beriman dengan Sirat Al-Mustaqim iaitu titian yang dibentangkan di atas Neraka
Jahannam, suatu laluan yang sungguh menggerunkan dan menakutkan, manusia
melaluinya untuk sampai ke syurga, ada di antara mereka yang melintasinya dengan
sekelip mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya seperti angin, ada
yang melaluinya seperti burung terbang, ada yang melaluinya seperti kuda yang
berlari pantas, ada yang melaluinya seperti orang berlari anak, ada yang melaluinya
dengan berjalan, ada yang melaluinya dengan merangkak, semuanya mengikut kadar
amalan yang dilakukan, sehinggakan dapat melaluinya orang yang mempunyai cahaya
di atas ibu jari kakinya, ada yang jatuh ditarik ke dalam neraka dan orang yang
melepasinya akan masuk ke syurga.

Orang pertama yang akan melintasinya ialah Nabi kita Muhammad SAW kemudian
diikuti pula oleh umatnya, tidak ada orang yang bercakap pada hari itu kecuali para
rasul a.s., doa para rasul pada hari itu ialah: ‫“ ))اللهم سلِّم سلِّم‬Ya Allah, selamatkan kami!
Selamatkan kami!”. Dalam Neraka Jahanam ada pencakuk yang terletak di tepi
neraka yang tidak diketahui bilangannya kecuali Allah SWT, ia akan mencakuk sesiapa
sahaja yang Allah kehendaki daripada makhlukNya.

Antara sifat Titian Sirat Al-Mustaqim adalah lebih tajam daripada pedang, lebih halus
daripada rambut, sangat licin, tidak ada kaki yang boleh tetap di atasnya kecuali orang
yang ditetapkan kakinya oleh Allah, dibentangkannya di atas neraka di dalam suasana
kegelapan, dihantar “amanah” dan “rahim” lalu berdiri keduanya di tepi Titian Sirat
untuk menjadi saksi kepada mereka yang menjaga amanah dan hubungan
silaturrahim atau kepada mereka yang mensia-siakan kedua-duanya. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan


sampai kepadanya, (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti
(berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan
selamatkan orang-orang yang bertakwa dan kami akan biarkan orang-
orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut
di dalam neraka itu”.
(QS Maryam: 71-72)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Diletakkan Sirat di atas dua tebing Neraka Jahannam, aku


dan umatku ialah golongan yang pertama melintasinya”. (HR Muslim)

159
Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Diletakkan titian atas Neraka Jahannam, aku adalah orang


pertama yang melintasinya. Doa para rasul pada hari itu ialah: Ya Allah,
selamatkan kami! Selamatkan kami!”. (HR Bukhari dan Muslim)

Kata Abu Sa’id Al-Khudri RA:

Maksudnya: “Telah disampaikan kepadaku bahawa Titian Sirat itu lebih


halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang”. (HR Muslim)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Dihantar “amanah” dan “rahim”, kedua-duanya berdiri di tepi


titian kiri dan kanan. Orang yang pertama melaluinya seperti
kilat…kemudian seperti angin, kemudian seperti burung dan seperti orang
yang berjalan dengan cepat. Setiap orang akan melaluinya mengikut
amalannya, sedangkan pada waktu itu Nabi kamu SAW berdiri di atas titian
dan berdoa: Ya Allah, selamatkan! Selamatkan!. Apabila lemah amalan
seseorang hamba itu sehingga tidak mampu untuk berjalan mereka akan
merangkak. Di kedua-dua tepi titian digantung pengait dan pencakuk yang
telah diarahkan agar menarik sesiapa yang dikehendakiNya. Ada orang
yang luka terkena pencakuk tetapi terselamat dari terjatuh ke dalamnya.
Dan ada pula orang yang dikait dan dicangkuk serta dihumban terus ke
dalam neraka”. (HR Muslim)

j. “Qantarah” Perhentian Di Antara Syurga Dan Neraka


Kita beriman bahawa orang-orang mukmin apabila telah selamat melintasi Sirat dan
terlepas dari neraka akan berhenti di Qantarah, iaitu suatu tempat di antara syurga
dan neraka, mereka berhenti untuk menyelesaikan pembalasan bagi setiap perkara
yang berlaku sesama mereka sebelum memasuki syurga, apabila telah selesai
membalas dan membersihkannya mereka diizinkan memasuki syurga. Sabda Nabi
SAW:

Maksudnya: “Orang mukmin yang telah terselamat daripada api neraka


akan ditahan di Qantarah, (satu tempat) di antara syurga dan neraka,
setiap daripada mereka akan dibalas bagi setiap kezaliman yang berlaku
sesama mereka di dunia, apabila telah selesai membersihkan semua
kesalahan, mereka diberi keizinan untuk memasuki syurga. Demi Allah yang
diri Muhammad di tanganNya sesungguhnya setiap mereka lebih kenal
tempat duduknya di dalam syurga daripada tempat duduknya di dunia”.
(HR Bukhari)

160
k. “Al-Jannah” Syurga Dan “An-Nar” Neraka
Kita beriman bahawa syurga adalah benar dan neraka juga benar. Kedua-duanya telah
wujud, tidak akan rosak binasa selama-lamanya. Nikmat syurga untuk ahli syurga
tidak akan musnah dan hilang, demikian juga azab neraka kepada orang yang telah
dihukum kekal di dalamnya tidak akan musnah dan berakhir. Adapun orang-orang
yang mempunyai iman dalam dirinya akan keluar daripada neraka dengan syafaat
daripada Pemberi Syafaat dan dengan rahmat Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Syurga ialah suatu tempat yang sangat mulia yang disediakan oleh Allah SWT bagi
orang-orang yang bertakwa pada Hari Kiamat. Di dalamnya ada sungai-sungai yang
mengalir, bilik-bilik yang indah dan isteri-isteri yang cantik jelita. Terdapat di
dalamnya semua yang diingini oleh nafsu, indah mata memandang pada perkara-
perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, yang tidak pernah didengar oleh
telinga juga yang tidak pernah terlintas di hati manusia. Nikmatnya tidak akan
musnah dan berakhir bahkan tetap berterusan tidak terputus selama-lamanya.
Tempat letak tongkat di dalamnya lebih baik daripada dunia dan isinya.
Keharumannya dapat dicium dari jarak perjalanan 40 tahun dan nikmat yang paling
besar ialah apabila orang-orang mukmin dapat memandang Tuhan mereka dengan
pandangan mata kepala mereka sendiri.

Adapun orang kafir pada Hari Kiamat tidak dapat memandang Allah SWT kerana
pandangan mereka telah disekat (hijab). Sesiapa yang menafikan orang mukmin
dapat memandang Tuhan mereka, maka mereka telah menyamakan bahawa orang
mukmin dengan orang kafir yang telah disekat (hijab) daripada memandang Allah
SWT.

Di dalam syurga itu terdapat seratus tingkat (darjat). Jarak di antara setiap tingkat
(darjat) adalah di antara langit dan bumi dan yang tertingginya ialah Syurga Firdaus.
Manakala atapnya ialah Arasy Tuhan Ar-Rahman, terdapat padanya lapan pintu.
Lebar setiap pintu seluas jarak antara Makkah dan Hajar (Hajar, sekarang dikenali
dengan nama Al-Ahsa’, di Arab Saudi. Jarak di antara keduanya lebih kurang 1500
km.-Pent.) dan sesungguhnya akan tiba suatu hari pintu tersebut akan penuh sesak.
Serendah-rendah kedudukan penghuni syurga dianugerahkan kepadanya nikmat
seumpama dunia dan sepuluh kali ganda sepertinya.

Firman Allah SWT tentang syurga:

Maksudnya“(Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi), yang


disediakan bagi orang-orang yang bertakwa”.
(QS Ali ‘Imran:133)

Firman Allah SWT tentang orang mukmin akan kekal di dalam syurga, tidak akan fana
selama-lamanya:

161
Makasunya: “Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga ‘Adn (tempat
tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah
mereka di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka
pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang
demikian itu adalah untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah)
Tuhannya”.
(QS Al-Bayyinah: 8)
Neraka ialah suatu tempat yang Allah sediakan untuk orang-orang kafir dan orang-
orang yang melakukan maksiat. Di dalamnya terdapat azab seksaan yang amat
dahsyat dan pelbagai jenis siksaan. Penjaganya ialah malaikat yang sangat keras
sifatnya dan bengis. Orang-orang kafir akan kekal di dalamnya. Makanan mereka pula
ialah Zaqqum (suatu pokok yang tumbuh di dalam neraka, buahnya sangat pahit lagi
busuk baunya) dan minuman mereka air yang sangat panas.

Firman Allah SWT tentang neraka:

Maksudnya: “Api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir”.


(QS Ali ‘Imran: 131)

Firman Allah SWT tentang ahli neraka akan kekal di dalamnya selama-lamanya
dan tidak akan fana (musnah): “Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-
orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang,
kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya”.
(QS Al-Ahzab: 64-65)

Dalam penulisan yang ringkas ini, kita tidak berhasrat untuk membicarakannya satu-
persatu secara terperinci, cukup sekadar menyebutkannya secara umum. Namun
amat penting bagi kita mencari dan belajar secara lebih mendalam akan tiap-tiap
perkara yang disebutkan agar keimanan dan keyakinan kita kepada hari Akhirat akan
lebih kuat dan teguh. Hakikatnya keimanan kepada hari akhirat mampu membentuk
sikap dan akhlak seseorang muslim untuk taat dan patuh dalam melaksanakan segala
perintah dan menjauhi segala larangan.

10.3.2 KONSEP DOSA DAN PAHALA

Dosa dan pahala adalah salah satu perkara yang berkait rapat dengan keimanan
kepada hari akhirat, di mana setiap amalan kebaikan manusia akan dikurniakan
pahala, manakala setiap kemaksiatan akan dikenakan dosa. Dosa dan pahala inilah
yang nantinya akan ditimbang di hari Pertimbangan kelak. Keyakinan seseorang
terhadap konsep dosa dan pahala akan menjadikannya sentiasa berwaspada dan
berhati-hati dalam setiap tingkah laku yang dibuat.

162
a. Dosa
Dosa dalam bahasa melayu bermaksud hukuman atau balasan terhadap kejahatan.
Manakala menurut istilah ilmu syarak, ia bermaksyd: “Balasan buruk daripada
Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan
sesuatu yang diperintahnya”.

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata:


Maksudnya: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti
kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah
akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati
gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.”
(HR Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)

Dalam al-Quran terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi menerangkan


maksud dosa, iaitu:

‫الذنب‬ al-Dzunub
‫اخلطيئة‬ Al-Khothiah
‫السيئة‬ al-Sayyiah
‫ العصيان‬al-‘Ishyan
‫الفساد‬ al-Fasad
‫اإلث‬ al-Itsm

Dosa terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

b. Dosa Besar
Dosa besar adalah kesalahan-kesalahan yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis
dengan ancaman Neraka atau kemurkaan dan seksaan Allah. Jika sabit kesalahan
yang dibuat oleh seseorang, ia akan dikenakan hukum had. Kesalahan ini tidak akan
dimaafkan kecuali dengan taubat nasuha.

Antara kesalahan-kesalahan yang dihukum sebagai dosa besar adalah berdasarkan


nas-nas al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. Antara dosa-dosa besar ialah:

Syirik
Sihir
Durhaka terhadap ibu bapa
Tidak taat kepada suami bagi isteri
Meninggalkan ibadah fardu dengan sengaja
Maksiat kemaluan seperti zina dan liwat
Menukar jantina
Membunuh termasuk gugurkan kandungan

163
Minum arak
Makan riba
Mencuri
Maksiat lidah seperti memfitnah dan mengumpat
Berjudi dan memakan hasilnya.
Curi timbang
Makan harta anak yatim
Bakhil dengan harta
Tenung nasib
Mendedah aurat serta tabaruj
Maksiat hati seperti takabur, riak, ujub
Tinggalkan sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa keuzuran

Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa


besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan
berasa aman daripada seksa Allah.
Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada
wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan
riba.
Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

c. Dosa Kecil
Adapun dosa kecil adalah kesalahan-kesalahan yang tidak disertai ancaman
kemurkaan dan seksaan Allah. Dosa kesalahan ini tidak termasuk dalam batasan
hukum had. Dosa ini boleh terhapus dengan istighfar, amalan kebajikan dan
menjauhkan diri dari dosa besar. Contoh kesalah yang termasuk dalam kesalahan ini
adalah mana-mana kesalahan yang tidak disebutkan dalam senarai di atas seperti
menyentuh al-Quran tanpa wuduk, menyentuh bukan mahram dengan sengaja.

Walaupun kesalahan dosa-dosa kecil ini tidak disertai ancaman kemurkaan dan seksa
Allah, namun jika berterusan dalam melakukannya, dosa kecil ini menjadi besar.
Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus
menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. Allah berfirman:

Maksudnya: Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan


keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon
ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni

164
dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan
kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
(QS Ali Imran: 135)

Orang yang sentiasa berterusan dosa kecil umpama seorang yang menganggap remeh
akan dosa. Bagi mereka ini, ingatlah sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya,


bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir
tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan
seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.”
(HR Bukhari & Muslim)

Adapun orang yang bergembira dengan dosa yang dilakukannya, ingatlah Allah
pernah berfirman:

Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada


Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa.
Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka
Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.”
(QS al-Baqarah: 206)

Juga buat mereka yang berasa aman daripada azab pula, ingatlah firman Allah:

Maksudnya: “Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah


dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali
(mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia
untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila
mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan
memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan
mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada
menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi
mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah
seburuk-buruk tempat kembali.”
(QS al-Mujadalah: 7)

Bagi pelaku maksiat yang dilakukan secara terang-terangan pula, Rasulullah SAW
bersabda:

Maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang


mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk
mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari,
kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian
dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal

165
Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka
tutup Allah terbabit.” (HR Bukhari Muslim)

10.3.3 PAHALA

Pahala dari sudut bahasa bermaksud ganjaran atau balasan terhadap kebaikan.
Manakala menurut istilah syarak, pahala bermaksud Ganjaran baik yang dikurniakan
oleh Allah kerana mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata:

Maksudnya: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti


kebaikan dan dosa.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah
akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati
gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya.”
(HR Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)

Berikut adalah istilah yang digunakan al-Quran dalam menerangkan maksud pahala,
iaitu:

a. ‫الثواب‬ al-Tsawab
b. ‫األجر‬ al-Ajr

Tidak seperti dosa, pahala yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang melakukan
amal soleh tidak dibahagikan kepada pahala besar atau kecil. Bahkan setiap kebaikan
yang dilakukan dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda. Satu kebaikan
digandakan umpama sepuluh kebaikan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya


(pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa
perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang
dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya
(dirugikan).”
(QS al-An’am: 160)

Ayat ini menjelaskan keumuman yang terdalam dalam ayat lainnya, iaitu:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh
(balasan) yang lebih baik darinya.”
(QS An-Naml: 89)

Terdapat juga sejumlah hadis selaras dengan ayat ini, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Ibnu ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang
diriwayatkannya dari Rabb-nya (hadis qudsi):
166
Maksudnya: “Sesungguhnya Rabb kalian ‘Azza wa Jalla adalah Maha
Penyayang. Barangsiapa yang berniat melakukan kebaikan, meskipun
belum mengerjakannya maka dicatat baginya sebagai satu kebaikan. Jika
ia melakukannya, maka dicatat baginya sepuluh hingga tujuh ratus
kebaikan, bahkan hingga berkali-kali lipat yang banyak. Sebaliknya,
barangsiapa yang berniat melakukan keburukan namun ia tidak
melakukannya maka dicatat untuknya sebagai satu kebaikan, atau Allah
‘Azza wa Jalla akan menghapuskannya. Tidak ada yang binasa di hadapan
Allah kecuali orang yang binasa.” (HR al-Bukhari, Muslim, an-Nasai dan
Ahmad)

Dari Abu Dzar r.a, ia mengatakan, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Allah berfirman: Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai


kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa
berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah
mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk
berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10
sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan
kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya
satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu
dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.” (HR Ahmad)

Sifat kepemurahan Allah dalam mengganjari hambanya yang melakukan amal soleh
dapat dilihat apabila dengan berniat melalukan amal kebaikan sahaja pun akan
mendapat pahala walaupun akhirnya tidak dapat disempurnakan dengan tindakan.
Bahkan sekiranya seorang hamba itu berniat melakukan kejahatan, tetapi tidak
meneruskannya kerana tersedar akan kekhilafannya, maka ia juga diganjari pahala
kebaikan.

Begitulah hebat motivasi, ransangan dan dorongan yang Allah SWT berikan kepada
hambanya dalam melakukan amal kebaikan. Setiap amal, baik ucapan mahupun
tindakan boleh menjadi ibadah yang mendatangkan pahala sekiranya ia menepati
beberapa syarat:

a. Diniatkan kerana Allah.


b. Ucapan dan tindakan tersebut tidak melanggar suruhan dan larangan Allah.
Dalam ertikata yang lain, ia mestilah selari dengan tuntutan syariat.
c. Ada pula ulamak yang menambahkan lagi tiga syarat agar suatu amalan itu
diterima Allah dan diganjari pahala:
d. Natijah dari amal tersebut hendaklah ditentukan agar ia kembalikan ke jalan
Allah SWT (bagi
e. mengagungkan Islam) untuk kemakmuran alam dan manusia sejagat.
f. Ibadah asas seperti solat dan puasa tidak diabaikan.

167
g. Amal tersebut hendaklah dilakukan dengan penuh ketekunan.

Walaubagaimanapun, tidaklah hadis di atas boleh disalahfahami dengan menganggap


sekiranya berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya maka akan
mendapat pahala. Sehingga akhirnya ramai yang berniat melakukan kejahatan tetapi
akhirnya meninggalkan. Ini kerana, terdapat hadis lain di mana Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka
yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu
Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh
(memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan
orang yang dibunuh? Nabi SAW. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu
membunuh temannya”. (HR Bukhari)

Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira
mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan
kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk melakukannya.

10.3.4 TAUBAT

Antara keindahan yang terdapat dalam ajaran Islam adalah apabila seseorang telah
melakukan dosa kesalahan, sama ada dosa besar atau dosa kecil, lalu dia tersedar akan
kekhilafan dan ingin kembali memperbaiki diri dan kembali menjadi hamba yang taat
walaupun telah jauh dan lama bergelumang dengan dosa dan kesalahan, hamba itu
masih mempunyai peluang untuk diampun dan dihapuskan dosa kesalahan yang telah
dilakukan.

Meraka yang telah lama melakukan dosa kesalahan, lalu tersedar akan ketelanjuran,
tidak boleh berputus asa dari rahmat keampunan Allah. Antara nama-nama Allah
adalah al-‘Afuw, al-Ghafur dan al-Ghaffar yang membawa rmaksud Maha Pemaaf dan
Maha Pengampun. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas


terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.
Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS Az-Zumar : 53)

Mari kita hayati satu kisah yang diriwayatkan daripada Abu Said, iaitu Sa’ad bin Sinan
al-Khudri r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Ada seorang lelaki daripada golongan umat sebelummu telah


membunuh sembilan puluh sembilan manusia. Kemudian ia (pembunuh

168
tersebut) bertanya (kepada orang ramai) tentang siapakah orang yang
teralim di kalangan penduduk bumi, lalu ia ditunjukkan kepada seorang
pendeta. Ia pun mendatanginya dan membuat pengakuan bahawa ia telah
membunuh sembilan puluh sembilan manusia, adakah masih diterima
untuknya bertaubat. Pendeta itu menjawab, “Tidak diterima.” Mendengar
jawapan tersebut, lelaki itu pun membunuh pendeta tersebut dan ia telah
menyempurnakan jumlah seratus orang yang dibunuhnya, termasuklah si
pendeta tersebut. Lalu ia bertanya lagi (kepada orang ramai) tentang
siapakah orang yang teralim daripada penduduk bumi, kemudian
ditunjukkan kepadanya seorang alim. Kemudian ia membuat pengakuan
bahawa ia telah membunuh seratus manusia. Adakah masih diterima
taubatnya? Orang alim itu pun menjawab: “Ya, masih boleh diterima.
Siapakah yang dapat menghalangi antara dirinya dengan taubat itu?
Pergilah engkau ke sekian-sekian tanah (tempat), sebab di sana ada
beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta’ala, maka
sembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama mereka dan janganlah
engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang
buruk.” Lelaki itu pun terus pergi sehingga ia sampai ke separuh perjalanan,
tiba-tiba ia didatangi oleh ajal kematian. Kemudian bertengkarlah malaikat
rahmat dan malaikat azab berkenaan nasib orang tersebut. Malaikat
rahmat berkata, “Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil
menghadapkan hatinya kepada Allah Ta’ala”. Malaikat azab berkata,
“Sesungguhnya orang ini tidak pernah melakukan sebarang kebaikan
walaupun sedikit.” Kemudian ada satu malaikat mendatangi mereka berdua
dalam bentuk seorang manusia dan ia dijadikan sebagai pemisah (iaitu
sebagai hakim pemutus) antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi. Ia
berkata, “Ukurlah olehmu berdua jarak antara dua tempat di bumi itu, ke
arah manakah lelaki itu lebih dekat kedudukannnya, maka orang itu adalah
untuknya. Iaitu jika jaraknya lebih dekat menuju ke arah tempat untuk
bertaubat, maka ia adalah milik malaikat rahmat. Sebaliknya jka jaraknya
lebih dekat dengan negeri asalnya, maka ia adalah milik malaikat azab”.
Malaikat-malaikat itu pun mengukur dan kemudian didapati bahawa jarak
orang tersebut adalah lebih dekat ke arah bumi yang dikehendaki, yakni
yang dituju untuk melaksanakan taubatnya. Oleh sebab itu, maka ia
dijemput oleh malaikat rahmat.” (HR Bukhari Muslim)

a. Nama Allah Al-‘Afuw, Al-Ghafur dan Al-Ghaffar


Imam al-Ghazali rahimahullah, dalam karyanya al-Maqshad al-Asna fi Syarhi Asma’
Allah al-Husna menukilkan bawaha al-Afuwwu (pemaafan) lebih tinggi dari
pengampunan (al-Ghaffar dan al-Ghafur). Menurutnya, pengampunan (al-Ghaffar
dan al-Ghafur) hanya sekadar menutupi dosa kesalahan tanpa menghapus dan
menghilangkan. Pada hakikatnya, kesalahan itu tetap ada.

169
Makna al-Ghaffar dan al-Ghafur adalah as-sitru, yang bererti ‘menutupi’. Ini
bermaksud dosa kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh seseorang di dunia
akan dibuka kembali oleh Allah sewaktu kita berhadapan dengan-Nya di akhirat kelak.

Sedangkan makna al-Afuwwu adalah al-mahwu wa izalat al-atsari yakni menghapus


dan menghilangkan bekas. Ketika Allah memaafkan kesalahan seorang hamba, maka
kesalahan itu akan terhapus dari buku catatan amalnya, bahkan malaikat yang
mencatat pun tidak mengetahuinya. Disebab itulah Rasul SAW mengajarkan kita zikir
“Allahumma innaka afuwwun, tuhibbul afwa, fa’fu anna” untuk diperbanyakkan
dibaca pada malam-malam bulan Ramadan.

b. Konsep Taubat Dalam Islam


Menurut Kamus Dewan, taubat ialah sesal akan dosa (perbuatan jahat dan lain-lain)
dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal)
kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Ia
juga bermaksud kembali kepada Tuhan (dengan meninggalkan perbuatan -dan lain-
lain- yg dilarang dan membuat apa-apa yang disuruh).

Ibn Manzur berkata, taubat ialah kembali kepada Allah daripada dosa, kembali kepada
Allah sahaja atau kembali mentaati selepas melakukan dosa, atau memberi maksud
kembali daripada dosa.

Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-


orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(QS al-Nur: 31)

Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Yakni, lakukanlah apa yang telah
diperintahkan kepadamu daripada sifat-sifat yang indah dan akhlak-akhlak yang
mulia. Tinggalkanlah kebiasaan kaum Jahiliyyah yang memiliki akhlak dan sifat
yang tercela, kerana kejayaan hanya dapat dicapai dengan mengerjakan apa yang
telah diperintahkan Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan apa yang telah
dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.”

Allah SWT juga berfirman:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu


(dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat
kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik
(di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan
memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam
sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu”
(QS Hud: 3)

170
Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata: “Maksudnya, dan aku memerintah kamu untuk
memohon keampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah berlalu serta
bertaubat kepada-Nya daripada perbuatan tersebut, dan kamu tetap dan
berterusan atas hal yang demikian.”

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata,
bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara
hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia -
maka syaratnya ada tiga:

Menjauhi dan meninggalkan maksiat


Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.
Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-
lamanya.
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah. Namun,
sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya
ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):
Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika
berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya
(kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau
seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf
kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan.”

c. Hukum Taubat Berulang Kali


Antara sifat kelemahan yang wujud dalam diri manusia adalah jahil dan zalim. Dia
jahil akan suatu kebenaran dan akhirnya dia menzalimi diri dengan melakukan dosa
kejahatan berulang kali walaupun baru sebentar tadi ia bertaubat dan memohon
keampunan dari Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang driwayatkan daripada Abu
Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia


berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT
menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang
akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni
hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia
berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT
menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan
yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni
hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia
berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT

171
menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan
yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni
hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia
kehendaki.” (HR Bukhari)

Imam al-Nawawi berkata:

“Hadis ini jelas pada sisi dalalahnya, bahawa walaupun dosa terulang
seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya,
maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari
semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya
sah. Namun, taubat yang dilakukan tersebut hendaklah benar-benar
dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan serta merupakan satu
keinsafan yang sesungguhnya. Bukan hanya menyebut istighfar semata-
mata sedangkan hatinya masih ingin berterusan melakukan maksiat.
Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Qurtubi sepertimana dinukilkan oleh al-
Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, beliau berkata:

“Hadis (di atas) menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa


agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan
kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar dimana hatinya
mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk
meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah
maksud taubat.”

“Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat, setiap kali
terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud
sesiapa yang lidahnya memohon ampun kepada Allah, sedangkan hatinya
berterusan mahu melakukan maksiat itu.”

Oleh itu, apabila seseorang hamba itu bertaubat, hendaklah taubat itu dilakukan
dengan sepenuh hati dan perasaan. Apabila kemudiannya tergelincir lagi
melakukan maksiat, mohonlah keampunan kepada Allah atas ketergelinciran.
Jangan merasa berputus asa daripada memohon keampunan Allah.

Seseorang berkata kepada al-Hasan al-Basri: “Apakah salah seorang daripada


kita tidak merasa malu kepada Tuhan-Nya. Dia memohon ampun terhadap
dosanya kemudian dia mengulangi lagi, memohon ampun kemudian
mengulangi lagi?” Lalu Imam al-Hasan al-Basri berkata: “Syaitan berharap jika
dia berjaya menjadikan kamu merasa sedemikian (iaitu merasa malu kepada
tuhan). Maka janganlah jemu daripada istighfar (memohon keampunan).”

172
Allah SWT juga berfirman:

Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan


keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu
memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
(QS Ali Imran: 135)

Ibnu Kathir menyebut, berkenaan firman-Nya, “sedang mereka mengetahui,”


Mujahid dan ‘Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair berkata: “Mereka mengetahui bahawa
sesiapa yang bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubatnya.”
Ayat ini seperti firman-Nya:

Maksudnya: “Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang


menerima taubat dari hamba-hambaNya,
(QS Al-Taubah: 104)

Dan juga firman-Nya:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya


dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun
kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”
(QS al-Nisa’: 110)

Sebagai kesimpulan, taubat yang dilakukan dengan berulang-ulang serta istighfar


yang dilakukan berulang-ulang adalah diterima selagimana tidak terdapat
pengulangan dosa setelah bertaubat dan memenuhi syarat taubat yang disebutkan.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu


kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu
akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu
ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,”
(QS al-Tahrim: 8)

Ibn Kathir berkata: “Iaitu taubat yang sebenarnya dengan tekad yang penuh, yang
dapat menghapuskan pelbagai keburukan yang pernah ada sebelumnya, yang akan
menyatukan dan mengumpulkan orang yang bertaubat, juga menahan dirinya
daripada pelbagai perbuatan hina.”

173
Disebabkan itu, para ulama menyebut: “Taubat nasuha adalah bertekad untuk
meninggalkan dosa yang akan datang dan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, dan
kemudian berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengerjakannya kembali pada
masa depan. Kemudian, jika dosa tersebut berkait dengan hak manusia, hendaklah
dia kembalikan (hak) apa yang telah dia ambil.”

Mari kita tutup perbincangan ini dengan merenung satu kenyataan Ibn Abbas
R.Anhuma:

Maksudnya: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah,
buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali
semula.”

174
BAB 11
NAFSU DAN SYAITAN:
UJIAN DAN FITNAH UNTUK MANUSIA

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar dapat menjelaskan hakikat nafsu dan syaitan.


2. Pelajar dapat mengenalpasti bentuk ujian dan fitnah yang ditujukan kepada
manusia
3. Pelajar dapat mengenalpasti tindakan bagi menghindar dan menyelamatkan
diri dari ujian dan fitnah nafsu dan syaitan.

11.0 PENDAHULUAN

Nafsu dan syaitan adalah ujian dan fitnah yang dijadikan Allah SWT untuk menguji
keimanan dan kecekalan manusia. Nafsu ujian dari dalam diri manusia, manakala
syaitan adalah ujian dari luaran manusia. Kedua-duanya mempunyai peranan dan
kesan yang sangat besar dalam mempengaruhi kejayaan atau kegagalan manusia
dalam melaksanakan matlamat kehidupan mereka.

11.1 NAFSU

Nafs atau Nafsu merupakan perkataan yang berasal dari Bahasa Arab yang
mempunyai pelbagai mana seperti diri atau jiwa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat),
yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa)
sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan
tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang
bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.”
(QS: al-Baqarah: 48)

Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu
yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan
juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan

175
perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
(QS al-Nisa’: 1)
Dalam al-Quran, perkataan nafsu digunakan bagi menunjukkan maksud jiwa baik
secara individu mahupun berkumpulan. Ini menunjukkan bahawa walaupun semua
manusia sama dalam memiliki sifat "jiwa, nafsu dan kesedaran", mereka
bertanggungjawab secara individu untuk menjalankan "kehendak " dan “keinginan”.

11.1.1 JENIS-JENIS JIWA YANG DISEBUTKAN DI DALAM AL-


QURAN

Di dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis jiwa atau nafsu.

a. Jiwa Yang Menganjurkan Kepada Kejahatan (An Nafs Al-Ammarah Bi


As-Su’)
Jika ingin mengetahui tentang bahaya jiwa terhadap manusia, lihatlah kisah Habil dan
Qabil dalam Al-Quran, Firman Allah:

Maksudnya: “Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak)


membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari
golongan orang-orang yang rugi.”
(QS Al-Maidah:30)

Firman Allah melalui lidah Nabi Ya’qub kepada anak-anaknya :

Maksudnya: “Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula


melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak!
Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak
diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan
Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu
katakan itu.”
(QS Yusuf: 18)

Firman Allah melalui lisan As-Samiri yang membuat patung anak lembu sembahan
untuk Bani Israel:

Maksudnya: “Dia menjawab: Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak
diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul
itu, kemudian aku mencampakkannya dan demikianlah aku dihasut oleh
hawa nafsuku.”
(QS Thaha: 96)

176
Dan melalui lisan isteri pembesar Mesir
Maksudnya: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya
nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-
orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari
hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."
(QS Yusuf: 53)

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan: “Sesungguhnya jiwa amat menyukai


kejahatan. Bahaya jika manusia dikuasai dan tunduk kepada nafsu syahwat.”

Ibnul Qayyim menyatakan: “Rata-rata penyakit hati terbit daripada nafsu. Semua
bahan yang rosak mencurah masuk ke dalam nafsu akan terkumpul. Kemudian
tersebar kepada anggota badan lain, dan yang pertama terkesan adalah hati. Nabi
berlindung daripada kejahatan nafsu dan kejahatan tindakan yang lahir dairpada
nafsu.”

Golongan manusia menuju Allah menyatakan nafsu merupakan penghalang hati


untuk sampai kepada Allah. Taufik Allah tidak masuk ke dalam hatinya kecuali setelah
hati menewaskan nafsunya.

Mereka yang musafir mencari redha Alalh berakhir mengalahkan nafsunya sendiri,
siapa yang berjaya menewaskan nafsunya mereka berjaya dan menang. Tetapi sesiapa
yang ditewaskan oleh nafsunya dia rugi dan binasa.

“Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang


yang melampau (perbuatan derhakanya); Serta dia mengutamakan
kehidupan dunia semata-mata; Maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah
tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia
berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia
menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah
tempat kediamannya.”
(QS An-Naziat : 37-41)

Jiwa adalah punca bencana dan sengsara, menyimpan kejahatan dan kerosakan
kezaliman dan melampaui batas. Ia memerlukan kekuatan iman sehingga mampu
mensucikan diri dan memimpn hawa nafsu mengikut syariat Allah.

Tabiat semulajadi manusia cenderung kepada syahwat. Seseorang itu berpenat lelah
mendidik jiwanya lalu jiwa yang berbuat jahat berubah menjadi jiwa yang
menganjurkan kebaikan. Jiwa yang mengajak kepada kejahatan berubah hasil
daripada banyaknya didikan. Jiwanya mengecam diri apabila terjebak melakukan
penyimpangan

177
b. Jiwa Yang Mengecam Tuannnya (Al-Lawaamah)
Allah SWT berfiman:

Maksudnya: “Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa


kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!”
(QS Al-Qiyamah: 2)

Hassan Al-Basri telah menghuraikan ayat ini: “Demi Allah, sesungguhnya kita tidak
melihat seorang mukmin melainkan dia sentiasa mengecam dirinya sementara
orang yang jahat terus melangkah ke depan tanpa terus mencela diri.”
Seorang mukmin sentiasa mensucikan jiwanya daripada segala perbuatan yang boleh
menghalangnya daripada memasuki syurga. Imam Mujahid menyifatkan jiwa dengan
berkata:

“Ia adalah jiwa yang sentiasa mengecam perkara yang telah lepas dan ia
menyesal. Oleh itu ia akan mengecam dirinya kerana melakukan kejahatan:
“Mengapa kamu lakukannya?”
“Ia juga mengecam dirinya yang melakukan kebaikan: “Mengapa kamu tidak
memperbanyakkannya?”
“Dia akan ingat zaman lalunya yang sekian lama dan yang baru. Dia juga
ingat maksiat yang dilakukannya. Hatinya merintih pilu lantaran masa lalu
yang hitam. Sesalnya tidak terhingga kerana telah mempersia-siakan waktu
bukan pada melakukan ketaatan kepada Allah.”
“Dia juga amat sesal kerana tidak menggunakan waktu untuk mencari
keredhaanNya dan sedih lantaran menyerah diri dengan hiasan palsu
syaitan. Maka dia sentiasa berada dalam ‘mahkamah’ bersama jiwanya yang
mengecam. Ia adalah jiwa yang sensitif dan hidup dan dapat merasakan
yang elok dan mana yang buruk.”

Syed Qutb pula menyifatkan:

“Maka inilah jiwa mengecam, sedar, bertaqwa, takut, bimbang dan sentiasa
memuhasabah diri. Sentiasa melihat sekelilingnya, mengenal pasti hakikat
hawa nafsunya dan memperingatkan tipu daya dirinya. Ia merupakan jiwa
yang mulia di sisi Allah, hingga disebutkan seiring dengan kiamat. Ia adalah
lawan kepada jiwa jahat.”
“Jiwa jahat ialah jiwa yang ingin melakukan kejahatan dan melangkah
dalam kejahatan. Jiwa yang berdusta, berpaling dan berjalan dengan penuh
lagak dan angkuh kembali kepada keluarganya. Ia tidak muhasabah diri,
tidak mengecam, tidak ambil peduli.”

Jiwa yang mengecam akan terasa kejahatan diri oleh itu ia bersedia dan berwaspada
agar tidak dikuasai kejahatan ketika sedang leka ia ingatkan dirinya pagi dan petang
dan sebelum tidur.

178
Oleh itu memohon bantuan kepada Allah merupakan perkataan pertama. Apabila
jiwa kekal iltizam pada sifat ni ia akan kekal pada sifat lain. Ini merupakan kesan
komitmen dengan sifat mengecam diri.

c. Jiwa Yang Tenang (Al-Nafs Al-Mutmainnah)


Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta
membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. (Setelah menerangkan akibat
orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa
orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-
kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap
dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan)
lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! -Serta masuklah engkau dalam kumpulan
hamba-hambaku yang berbahagia”
(QS Al-Fajr: 27-30)

Iman Al-Qurtubi berkata: “Jiwa muthmainnah adalah jiwa yang tenang dan yakin.
Yakin bahawa Allah adalah Tuhannya, maka membuatnya khusyu’ dan tunduk”.

Imam Ibnu Abbas pula berkata: “Ia tenang dengan ganjaran pahala daripada Allah”.

Manakala Imam Hassan Basri menyebutkan: “Sesungguhnya apabila Allah ingin


mengambil ruh hambaNya yang mukmin, jiwanya tenang kepada Allah dan Allah
tenang kepadanya.”

Sifat-sifat tersebut datang melalui muhasabah diri yang berterusan terhadap setiap
detik atau setiap langkah yang dibuat. Kecaman berterusan akan memperbetulkan
perjalanan jiwa hingga menjadi stabli di atas jalan yang lurus. Ia tidak akan
terpengaruh dengan hal duniawi, tidak tergugat dengan godaan syaitan malah
menghadapi semua itu dengan ketenangan seorang mukmin.

Syed Qutb mengulas tentang jiwa: “Tenang ketika senang dan susah, lapang dan
sempit, tenang maka ia tidak ragu-ragu. Ia akan tidak terpesong. Ia tidak
tergelincir dalam perjalanan, tidak ketakutan pada hari yang menakut dan
menggerunkan”.

11.1.2 SIFAT-SIFAT JIWA MANUSIA

Sesungguhnya jiwa yang Allah kurniakan dalam diri manusia memiliki banyak sifat.
Justeru, Islam menuntut setiap muslim mendidik jiwanya agar berifat dengan sifat
terpuji dan mengosongkan diri daripada sifat keji.

179
a. Dualisma Dalam Jiwa Manusia
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan
makhluk-makhlukNya); Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan
kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada
kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-
tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)”
(QS Al-Syams : 7-10)

Nafsu adalah jentera untuk memilih yang dianugerahkan Allah yang menjadikan ia
mampu untuk melakukan perbuatan baik atau jahat. Setiap manusia akan
dipertanggungjawabkan di hari kiamat nanti berdasarkan kemampuan memilih ini.
Jiwa manusia boleh berubah, samada ke arah kebaikan atau kejahatan bergantung
pada kadar mana usaha untuk merubahnya. Perubahan ke arah lebih baik dipangggil
tazkiyah manakala perubahan ke arah lebih buruk dinamakan tadsiyyah
(penyembunyian).

Firman Allah SWT:

Maksudnya:: “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati


maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia
adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau
(wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul
(yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang
membuktikan kebenaran hakikat ini)”.
(QS An-Nisa’: 79)

Orang yang mendakwa dia tidak mampu untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan
kejahatan adalah pendusta kerana Allah telah menciptakan persediaan dalam dirinya.
Kebebasan diberikan kepada manusia untuk memilih sendiri. Dualisma dalam jiwa
adalah asas kepada penciptaan jiwa.

b. Mampu Memikul Tangungjawab


Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”
(QS Al-Baqarah: 286)
Ketika Allah menciptakan kesedaran jiwa manusia ia menciptakan juga kemampuan
untuk melakukan kebaikan yang diperintahkan bagi memudahkan pelaksanaan
kebaikan. Ibnu Kathir berkata:

180
“Seseorang tidak dipertanggungjawabkan melakukan sesuatu yang di luar
kemampuannya. Ini merupakan antara sifat berlemah lembut Allah terhadap
makhlukNya, belas kasihan.”

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan apa
yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu
atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan
dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang
dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(QS Al-Baqarah: 284)
Sekalipun Allah menghisab dan menyoal dia tidak akan menyiksa seseorang kecuali
perkara itu mampu dihindarkannya. Perkara yg tidak mampu dilakukan seperti was-
was dan lintasan hati maka manusia tidak pertanggungjawabkan.

c. Mendorong Kepada Kejahatan


Antara sifat jiwa ialah menggoda manusia dan membuatkannya pandang mudah
untuk melakukan perbuatan buruk. Ia melupakan manusia akan akibat yang akan
diterima. Oleh itu ia memandang mudah perbuatan tersebut lalu melakukannya.
Firman Allah tentang kisah Habil dan Qabil, ketika Qabil hendak membunuh adiknya
:

Maksudnya: “Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia


tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu
menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.”
(QS Al-Maidah: 30)

Imam Al-Qurtubi berkata: “jiwanya menggoda dan mengira perkara tersebut


mudah dan senang. Bahkan memberi dorongan dan gambaran bahawa membunuh
saudaranya merupakan perkara yang mudah baginya.”

d. Memperindahkan Perkara Buruk


Jiwa akan menghiasai perbuatan salah pada pandangan tuannya sehingga bentuk
yang buruk menjadi baik lalu jiwa menerimanya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada


Samiri lalu) bertanya: Apa pula halmu, wahai Samiri? Dia menjawab: Aku
mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku
mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku
mencampakkannya dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku.”
(QS Taha: 95-96)

181
Imam Al-Qurtubi berkata: “Apa urusan dan perihal kamu? Apa yang mendorong
kamu melakukan perbuatan yang telah kamu lakukan ini?” jawab Samiri: “Saya
melihat peristiwa yang mereka tidak lihat. Saya lihat Jibril menunggang kuda
kehidupan, terdetik dalam jiwa saya agar menggenggam tanah bekas tapak
kakinya segenggam. Jika saya campakkan tanah tersebut ke atas sesuatu, ia pasti
bertukar mempunyai ruh, daging dan darah. Apabila mereka meminta kamu
mengadakan Tuhan untuk mereka, jiwa saya menghiaskan keinginan tersebut.”

Perkataan “memperelok” juga disebut di dalam kisah Yusuf ketika Yaakub berkata
kepada anaknya:

Maksudnya: “Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula


melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak!
Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak
diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan
Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu
katakan itu.”
(QS Yusuf: 18)

Yaakub mengungkap perkataan yang sama kepada mereka ketika Yusuf menahan
adiknya sendiri.

e. Bisikan Hati
Suara halus yang tidak dapat didengar orang lain, ia merupakan perbualan dengan
pemiliknya, boleh jadi baik boleh jadi jahat. Bagi mereka yang tergolong berpenat
lelah menyucikan jiwa bisikan hati ini akan menganjurkan kebaikan tetapi sebaliknya
bagi yang bukan tergolong daripada kalangan mereka ini, bisikan itu akan
menggodanya ke arah kejahatan.

11.1.3 KATEGORI MANUSIA DALAM BERINTERAKSI DENGAN


JIWA SENDIRI

Mereka terbahagi kepada tiga kategori:

a. Golongan Yang Bermujahadah Melawan Nafsunya


Iaitu manusia yang memiliki sifat dan amalan berikut:

Dia yakin bahawa halangan terbesar yang mengekangnya daripada melaksanakan


ubudiyah kepada Tuhan adalah nafsunya sendiri yang berada dalam dirinya. Ia
adalah musuh ketatnya. Oleh itu dia mengangkat panji jihad menentang
nafsunya. Dia bangun mengawasi dan membuat perhitungan dengan segala
kerenah nafsu samada dosa kecil apatah lagi dosa besar.

182
Dia mengenepikan hawa nafsunya dan tidak memberi peluang kepada dirinya
melainkan dalam perkara yang harus. Begitu, dia bersederhana dalam perkara
yang harus agar tidak menyebabkan nafsunya melampaui batas, dan tidak pula
merosakkan amalan dan ibadahnya. Sesungguhnya dia riang menjual dirinya
kepada Allah dengan harga yang mahal. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang


yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan
(balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang
membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah)
sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-
kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah
dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah
bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(QS At-Taubah: 111)

Jiwanya kaya dengan sifat qanaah. Dia tidak bergembira dengan kesenangan
dunia yang diperolehinya dan dia tidak berduka jika dunia berpaling daripadanya.
Dia juga tidak memandang tinggi kepada mereka yang lebih daripadanya dalam
hal keduniaan.

Dia bertawakkal kepada Allah, redha dengan qadhaNya dan sentiasa


mendahulukan kepentingan agama berbanding keuntungan duniawi. Dia akan
memastikan kehalalan sesuatu perkara dan menjauhi perkara syubhat. Dia juga
memiliki akhlak yang mulia, memelihara kehormatan, melaksanakan amanah
dan menunaikan janji.

Dia tidak tegar memenangkan pandangannya dan sentiasa mencontohi kata-kata


Asy-Syafie: Pandangan saya betul, namun boleh jadi salah. Pandangan orang lain
salah, namun boleh jadi betul

Memastikan perbuatan dan perkataanya sejajar dengan Sunnah. Jika tersalah, dia
sentiasa segera bertaubat dan beristighfar.

b. Golongan Yang Menjadi Hamba Kepada Hawa Nafsunya


Mereka ini mempunyai sifat-sifat berikut:

Mereka menurut sahaja runtunan hawa nafsu tanpa membangkang kehendak dan
tuntutannya

Golongan ini tentu akan binasa jika tidak diselamatkan oleh rahmat Tuhannya.
Mengapa tidak? Dia menukar ganti menyembah Allah yang juga Pencipta dan

183
Penolongnya kepada menyembah hawa nafsunya. Ini sejajar dengan firman
Allah,.

Maksudnya: “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan


orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati?
Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan
sesat?”
(QS Al-Furqan: 43)

Oleh itu hawa nafsunya mengheretnya kepada dunia; perhiasan dan


keindahannya. Dia leka dalam syahwat. Kekangan pandangan mata dan
kemaluannya dilepaskan. Perutnya pula dipenuhi dengan segala makanan yang
diingini nafsunya tanpa melihat kepada halal atau haram.

Dirinya tidak mampu memikul tanggung jawab dan kesusahan. Sembahyangnya


tidak dipelihara. Puasanya terabai. Begitu juga dengan ibadah lain. Dia menjadi
hamba kepada nafsunya dan terbelenggu sebagai tawanan kepada syahwatnya.

Dia hanya sukakan kebaikan untuk dirinya. Dia juga hanya berusaha untuk
mencapai kepentingan peribadinya. Slogannya, “matlamat menghalalkan cara”.

Mengikuti syaitan, oleh itu dia menjadi tentera dan kumpulannya. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka,


sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran)
Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu
sebenarnya orang-orang yang rugi.”
(QS Al-Mujadilah: 19)

c. Golongan Yang Sesekali Melawan, Sesekali Akur Dengan Nafsunya


Mereka yang tergolong dalam kategori ini banyak kali berjaya menewaskan hawa
nafsunya. Namun, kadangkala dia tewas berdepan dengan nafsunya. Dalam diri
mereka ketara banyak elemen kekuatan dan kelemahan apabila berdepan dengan
hawa nafsu. Kelemahan ini sememangnya wujud dalam diri kita. Ramai kalangan kita,
meskipun bukan majoriti, termasuk dalam kategori ini.

Amat malang ada sesetengah kita yang tertipu dengan kekuatan mereka berdepan
dengan nafsu dalam beberapa situasi. Terutamanya dalam situasi yang boleh dilihat
dan dikesan oleh pancaindera. Mereka menyangka bahawa mereka berjaya
menewaskan sepenuhnya hawa nafsunya. Namun sebenarnya mereka tidak sedar
dengan pelbagai cara tipu daya nafsu. Oleh itu mereka menghalang daripada
ditewaskan oleh nafsu di medan yang zahir. Namun tanpa disedari, mereka mengekori

184
nafsu dalam senyap. Lantas hawa nafsu berjaya menumbang dan memacu mereka
tanpa mereka sedari.

Adalah silap orang menyangka bahawa pertempuran dengan nafsu adalah


pertempuran yang mudah dan medannya terbatas. Bahkan sebenarnya ia merupakan
pertempuran besar yang tidak berakhir melainkan setelah kita meninggal dunia.
Lantaran itulah kita wajib sentiasa memuhasabah diri dan memeriksa isi
kandungannya.

Seorang muslim mengimani bahawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat


bergantung kepada sejauh mana dia mampu mendisiplinkan nafsunya dan memurni
serta menyucikannya. Seorang muslim juga mengimani bahawa perkara yang dapat
memurni dan menyucikan jiwanya adalah melalui keimanan dan amalan soleh.
Sementara yang mengotor dan merosakkan jiwa pula ialah kekufuran dan maksiat.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan


umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-
waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat.”
(QS Hud: 114)

Firman Allah:

Maksudnya: “Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan


mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan
kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
(QS Al-Mutaffifin: 14)

Lantaran itulah seorang muslim sentiasa mendisiplin, memurni dan menyucikan


jiwanya. Kerana ia adalah segmen yang paling utama perlu dididik.

11.1.4 KESAN BURUK DARIPADA MENGIKUTI HAWA NAFSU

a. Ketaatan Berkurangan & Beransur Hilang Daripada Diri.


Mereka berbangga dengan diri, malah merasa berat untuk mentaati selainnya;
pencipta mereka atau yang dicipta. Hawa nafsu telah mengatasi diri dan menguasai
seluruh sudut kehidupannya. Mereka adalah tawanan hawa nafsu dan terdorong
kepada tertipu dengan diri sendiri. Allah tidak menciptakan dua hati dalam satu jiwa.
Samada mentaati Allah, ataupun hawa nafsu serta syaitannya.

185
b. Hati Berpenyakit, Keras Dan Mati.
Hawa nafsu yang tenggelam dalam dosa dan kesalahan. Memberi kesan yang bahaya
kepada hati. Dosa menyebabkan hati sakit, keras atau terus mati. Rasulullah SAW.
bersabda: “Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan satu dosa, ia
meninggalkan kesan bintik hitam dalam hatinya. Jika bertaubat, mencabut dan
meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Jika dosanya bertambah, maka
bertambahlah bintik hitam itu. Itulah kotoran yang disebut oleh Allah dalam al-
Quran (Al-Muthaffifin: 14) “Sebenarnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi
kekotoran, dengan sebab yang mereka kerjakan.” (HR Ibnu Majah)

Apabila hati mati, apakah lagi yang berbaki. Tiada kecuali lemak dan daging. Hanya
bahagian tanah saja yang tinggal, bahagian yang hina dan tiada nilai pada penilaian
Allah. Hadis Nabi SAW. “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan
harta benda kamu. Allah hanya memandang kepada amalan dan hati kamu.” (HR
Muslim)

c. Memandang Rendah Kepada Dosa Dan Kesalahan.


Hati yang menuruti hawa nafsu menjadi keras dan mati. Ketika hatinya keras dan
mati, dia akan memandang rendah dosa dan kesalahan. Hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia berada di bawah sebuah
gunung yang dibimbangi menghempapnya. Manakala orang yang jahat melihat
dosanya seperti seekor lalat hinggap di atas hidungnya.” (HR Bukhari)

d. Tidak Pedulikan Nasihat Dan Tunjuk Ajar.


Mereka yang menuruti hawa nafsu menjadi hamba nafsu keinginannya. Bagaimana
boleh mendengar nasihat, atau menerima arahan dan tunjuk ajar. Bagaimanakah
perkara ini dapat datang manfaat kepadanya. Tiada kebaikan pada kaum yang tidak
saling menasihati dan tiak juga menerima nasihat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu


(wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah
menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang
yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk
dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang
zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).”
(QS Al-Qasas: 50)

e. Membuat Bid’ah Dalam Agama


Mereka cenderung untuk menonjolkan diri. Mereka tidak akan mengambil manhaj
Allah sebagai asas untuk merealisasikan kecenderungan ini. Mereka tidak mempunyai
pilihan selain mencipta manhaj yang selari dengan hawa nafsu mereka.

186
Hammad bin Salamah telah berkata, “Seorang syeikh mereka (golongan ar-
Rafidhah) yang telah bertaubat menceritakan kepada saya: “Kami dahulu apabila
berhimpun dan menganggap sesuatu itu baik, kami jadikannya sebagai hadis.”

Mengadakan perkara bid’ah adalah sesat dan setiap perkara sesat adalah dalam
neraka. Hadis Nabi “Dan hindarilah perkara baru dalam agama, kerana setiap
bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya dalam neraka.” (HR Abu Daud)

f. Kecelaruan Dan Tidak Mendapat Hidayah


Pengikut hawa nafsu berpaling daripada sumber hidayah dan taufik. Daripada mana
lagi dia boleh mendapatkan hidayah ke jalan lurus. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai


Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang
dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya
(bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas
pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas
penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk
kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu,
mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
(QS Al-Jatsiyah: 23)

g. Menyesatkan Orang Lain Dan Menjauhkan Mereka Daripada Jalan


Yang Benar
Tidak hanya tertumpu kepada pengikut hawa nafsu saja. Kadang-kadang juga
membabitkan orang lain. Malahan untuk terpesong daripada jalan hidayah adalah
mudah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu
tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut
nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu
persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang
kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia
hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan
pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang melampaui batas.”
(QS Al An’am: 119)

h. Memecah-belah Kesatuan Saf


Apabila terdapat pengikut hawa nafsu dalam saf amal Islam, akhir mereka dengan
perpecahan. Akan hilangnya prinsip taat pada diri mereka. Apabila berlaku
perpecahan, amal Islami bertukar menjadi santapan lazat untuk musuh.

187
Perkara inilah mereka sentiasa usahakan, agar menjadi hakikat dan realiti. Pada masa
itu, mereka mampu memberikan pukulan kepada amal Islami atau melemahkannya
dan menjadikannya mundur.

i. Terhalang Daripada Menerima Bantuan Dan Pertolongan Allah


Sunnatullah pada makhlukNya telah ditetapkan. Allah tidak akan memberikan
pertolongan dan bantuan melainkan apabila layak sehingga Allah jadikan mereka
berkuasa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(QS Al-Hajj: 41)

Amal Islami terhalang kerana kemaksiatan mereka terhadap Allah, RasulNya dan
pemimpin orang Islam. Wasiat Umar kepada panglima-panglima tentera Islam
semasa penaklukan Islam. Umar berkata kepada Saad Bin Abu Waqqas. Semasa
melantiknya menjadi pemerintah Iraq, “Wahai Sa’d Bin Wuhaib. Jangan sekali-kali
engkau terpedaya dengan kata-kata orang “kamu adalah bapa saudara Rasulullah
sebelah ibu dan sahabat baginda”. Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan
kesalahan dengan kesalahan, tapi menghapuskan kesalahan dengan kebaikan.
Sesungguhnya tiada penghubung di antara Allah dan seseorang selain ketaatannya.
Orang ramai samada yang mulia ataupun yang hina di kalangan mereka, pada sisi
Allah adalah sama. Allah itu Tuhan mereka, dan mereka pula adalah hambaNya.
Mereka berbeza dalam mendapat kesejahteraan dan mereka memperolehi apa yang
disediakan di sisi Allah melalui ketaatan. Oleh itu, lihatlah urusan ini yang kamu
lihat Rasulullah SAW menguruskannya sejak pengutusan sehingga baginda
meninggal. Iltizamlah dengannya. Sesungguhnya ia adalah perintah. Inilah nasihat
kepada kamu. Jika kamu tinggalkan dan tidak suka padanya, sia-sialah amalanmu
dan kamu termasuk dalam golongan orang yang rugi.” (Ibnu kathir)

j. Kesudahan Ke Neraka Jahim, Seburuk-buruk Tempat Kembali


Orang yang ditimpakan dengan segala kesan, tempat kembalinya Neraka Jahim.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya);


adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya); serta dia
mengutamakan kehidupan dunia semata-mata; maka sesungguhnya Neraka
Jahannamlah tempat kediamannya.”
(QS An-Naziat: 37-39)

188
11.1.5 MENJINAKKAN JIWA TUNDUK DAN TAAT KEPADA ALLAH

Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip
asas menjinakkan nafsu agar ia tunduk dan taat kepada Allah:

a. Menahan Atau Menyekat Sumber Kekuatannya


Asas pertama dalam mengekang nafsu adalah menyekat sumber kekuatannya.
Untuk tujuan itu kita disaran untuk melakukan perkara-perkara berikut:

Berlapar (berpuasa). Sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Barangsiapa yang


mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin, kerana
yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan
barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana
puasa itu dapat menahan keinginan (nafsu)”
Memelihara pandangan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang
lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya
Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan”
(QS An-Nur: 30)
Memelihara telinga dari mendengar yang haram, lidah dari berkata yg tak
baik, mensuci hati dari sifat yg dikeji
Elakkan bersendirian

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya serigala hanya akan menerkam kambing yang
terpisah dari kumpulannya” (HR At-Tabrani)
Menghindari aktiviti yg boleh meransangkan nafsu, seperti:
o Pergaulan bebas
o Hiburan tanpa batasan
o Menonton filem yg memberansangkan nafsu

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya


zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan)”
(QS Al-Isra’: 32)

b. Membebankan Nafsu Itu Dengan Ibadah


Asas kedua adalah membebankan nafsu dengan memperbanyak ibadah ketaatan
pada Allah SWT. Ibadah-ibadah yang dapat mengekang kekuatan nafsu adalah:

189
Ibadah khusus samada berbentuk ibadah fardhu atau pun ibadah sunat.
Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk
‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam
(qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu. Nafsu tak pernah
rasa puas dan kehendaknya tiada batasan. Oleh itu ibadah yg hendak
menundukkan nafsu perlu demikian juga sifatnya.
Zikrullah. Iaitu sentiasa merasakan kehadiran Allah di semua tempat dan
keadaan. Membaca al-Quran merupakan zikir lidah yg paling utama.
Sedekah dan infaq.
Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa
letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan
kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya
hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

c. Berdoa Minta Bantuan Allah Untuk Menewaskannya


Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi
dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang
mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).
Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan
membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah
yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita
dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah SAW. kepada Muaz bin Jabal
dengan katanya:

“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau


mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah
dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku
mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah
kepada-Mu.”

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. dalam


bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku.


Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan.
Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

Rawatan untuk menunduk dan menjinakkan nafsu, mahu tidak mahu perlu dilakukan
secara berterusan atau istiqamah kerana nafsu tak pernah lupa untuk melalaikan kita
dan sentiasa mendorong kepada kejahatan. Firman Allah:

190
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa mendorong
kepada kejahatan..”
(QS Yusof: 53)

Sahabat bertanya kpd Rasulullah SAW: “Apakah amal yang paling disukai oleh Allah
Ta’ala?” Jawab baginda : “Yang berkekalan walau pun sedikit”.

11.2 SYAITAN

Perkataan Syaitan dari sudut bahasa Arab berasal dari perkataan “Syatana” yang
bermaksud jauh, iaitu jauh dari rahmat Allah. Ia adalah sejenis makhluk yang kufur
kepada Allah dan bersifat jahat yang dijauhkan daripada rahmat Allah. Syaitan ini
terdiri dari kalangan jin, manusia dan bintang jahat dan ganas. Kesemua mereka ini
di bawah pimpinan iblis, iaitu makhluk pertama yang digelar syaitan.

Adapun perkataan “Iblis” dari sudut bahasa Arab berasal dari perkataan “Ablasa” yang
bermaksud putus harapan. Ia adalah makhluk Allah yang kafir dari jenis jin yang
tersembunyi dari penglihatan mata kasar manusia. Ia adalah syaitan pertama dari
kalangan jin. Ia telah berputus asa dari kebaikan dan rahmat Allah.

11.2.1 DENDAM IBLIS TERHADAP MANUSIA

Dalam memahami dendam Iblis terhadap manusia, mari kita renungi kisah yang
dirakamkan Allah SWT di dalam al-Quran:

Maksudnya: “(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada


malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari
tanah; (71) Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku
tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud
kepadanya. (72) (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian
malaikat, semuanya sekali. (73) Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur
(mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir. (74) Allah
berfirman: Hai iblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada
(Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau
berlaku sombong takbur ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? (75)
Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku)
ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah. (76) Allah
berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana
sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. (77) Dan sesungguhnya
engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat! (78) Iblis
berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke
hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (79) Allah berfirman: Dengan

191
permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh; (80) Hingga ke hari masa yang termaklum. (81) Iblis berkata: Demi
kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(82) Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang
dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan. (83) Allah
berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara
yang benar Aku firmankan (84) Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi
Neraka Jahanam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu
di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya. (85)”
(QS Shod: 71-85)

Pada asalnya Iblis merupakan hamba Allah yang taat beribadah kepada Allah SWT
bersama para malaikat di dalam syurga. Namun, setelah Allah menjadikan Adam AS
serta memberikan kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di sisi-Nya, Iblis merasa
dengki, sehingga apabila mereka diminta sujud kepada Adam AS sebagai tanda
penghormatan, Iblis bertindak menderhaki Allah SWT dengan tidak mematuhi
perintah tersebut.

Iblis merasa dirinya lebih mulia dari Adam AS, kerana ia diciptakan dari api sedang
Adam dicipta dari tanah. Pada pandangan Iblis, api lebih mulia dari tanah, dengan
sebab itu ia tifak sanggup untuk tundak sujud kepada Adam AS. Akibat tindakan itu,
Iblis diusir dari syurga dan dilaknat Allah SWT sehingga Hari Kiamat.

11.2.2 SYAITAN MUSUH YANG NYATA

Allah dan Rasul-Nya telah memperingatkan manusia bahawa sesungguhnya iblis atau
syaitan dan sekutunya adalah musuh besarnya yang banyak sekali tipu muslihatnya
agar dapat membawa manusia ke dalam kesesatan. Oleh itu, Allah memperingatkan
manusia dalam firman-Nya, antara lain:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam


keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu
mengikut jejak langkah syaitan.” Sesungguhnya syiatan itu musuh kamu
yang nyata. Sekiranya kamu tergelincir (daripada iman) selepas kebenaran
datang, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha
Bijaksana.”
(QS al-Baqarah:208-209)

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu


(yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik
(kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan
itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang

192
menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi
manusia. (53)”
(QS al isra: 53)
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka
jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia
hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.
(6)”
(QS Fathir: 6)

11.2.3 JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI SYAITAN

Dalam al-Quran ada dijelaskan bahawa syaitan itu terdiri dari jenis jin dan juga
manusia. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh
dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada
setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk
memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah
mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang
mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”
(QS Al-An’am: 112)

Firman Allah lagi:

Maksudnya: “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati


manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
(6)”
(QS al-Nas: 5-6)

Kedua-dua jenis syaitan ini mempunyai matlamat dan tujuan yang sama, antara lain:
a. Menyesatkan dari jalan yang benar dan lurus sehingga tergelincir dari jalan
menuju ke Syurga. Firman Allah:

Maksudnya: “Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku


akan menyesatkan mereka semuanya, (82) Kecuali hamba-hambaMu di
antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang
kederhakaan dan penyelewengan.”
(QS Shod: 82-83)

Maksudnya: “Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua


dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang
mereka telah berada di dalamnya”
(QS Al-Baqarah: 36)

193
b. Melahirkan perseteruan dan kemarahan dan menyekat manusia dari jalan
mengingati Allah. Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu


menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab
arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah
dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu
berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu
atau kamu masih berdegil)?”
(QS al-Maidah: 91)

c. Menakutkan pengikutnya dari mentaati Allah. Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah


syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-
pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada
mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul
kamu orang-orang yang beriman”.
(QS Aali Imran: 175)

d. Menghiasi amalan-amalan jahat supaya kelihatan baik (QS al-Naml: 24)


e. Mendedahkan aurat dan menzahirkannya (QS al-A’raf: 20)
f. Meminda dan mengubah agama Allah (QS al-Nisa’: 119)
g. Mengadakan fitnah dan kerosakan dalam hidup (QS al-A’raf: 27)
h. Hasutan supaya berkelahi dan berlaku rusuhan (QS al-Isra’; 53)
i. Perjanjian dusta dan tipu daya dengan cara menggalakkan sifat kedekut dan bakhil
(QS al-Baqarah: 268)
j. Memujuk, memberi jalan dan angan-angan kosong (QS Muhammad: 25)
k. Mewas-waskan manusia (QS Toha: 120)
l. Melalaikan manusia dari mengingati Allah atau apa2 kewajipan (QS al-Kahfi: 63)
m. Mengilhamkan pandangan palsu dan jahat (QS al-Mujadalah: 19)
n. Mengajar sihir kepada manusia (QS al-Baqarah: 102)
o. Menyuruh melakukan kejahatan (QS al-Baqarah: 169)
p. Menyuruh manusia supaya kufur kepada Allah (QS al-Baqarah 102)
q. Mengajak pengikut-pengikutnya ke neraka (QS Fathir: 6)
r. Memesongan fahaman manusia dari al-Quran (QS al-Hajj: 52-54)

11.2.4 PINTU-PINTU SYAITAN MASUK KE DALAM JIWA MANUSIA

Hati merupakan raja yang mempengaruhi kehidupan manusia. Seluruh anggota


badan yang lain menjadi rakyat yang berada di bawah perintah raja. Iman adalah roh
kepada hati, manakala zikrullah adalah penyubur hati yang beriman.

194
Setiap raja mempunyai kota yang kukuh, yang dikelilingi oleh pengawal-pengawal
yang gagah perkasa. Musuh-musuh sukar untuk menembusi kota tersebut kecuali
melalui pintu-pintu yang terbuka dan tidak dikawal rapi.

Syaitan adalah musuh yang nyata dan sentiasa mengintai-intai ruang, lubang dan
pintu yang terbuka untuk dimasuki serta dikuasai oleh hati yang menjadi raja. Apabila
hati tidak kukuh atau pengawalnya tidak kuat, mudahlah bagi syaitan untuk
menyerang dan memasuki menerusi pintu-pintu itu.

Apa yang dimaksudkan dengan kerosakan pintu-pintu itu adalah hati-hati yang
mempunyai sifat-sifat tercela yang terdapat dalam diri manusia. Itulah yang akan
menjadi lubang-lubang yang merupakan pintu-pintu yang boleh dimasuki syaitan.
Manakala apa yang dimaksudkan dengan pengawal ialah zikrullah yang sentiasa
dialunkan.

Sifat mazmumah yang terdapat dalam diri manusia dapat mengundang kemasukan
syaitan menerusi pintu-pintu itu dalam jiwa manusia. Setelah syaitan dapat masuk ke
dalam jiwa manusia, ia akan memerintahkan manusia melakukan apa-apa sahaja
mengikut kehendaknya yang jahat dan melanggari perintah Allah SWT.

Oleh sebab itu, menjadi kewajipan kita untuk menutup pintu-pintu tersebut dan
berusaha membersihkan hati dengan cara meminta perlindungan dengan Allah dari
was-was syaitan. Justru kita dianjurkan untuk sentiasa berada dalam keadaan
mengingat Allah.

11.2.5 CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI TIPU DAYA SYAITAN

Tiada sebarang ajaran yang mampu memberi pandauan kepada manusia tentang cara
menghadapi syaitan kecuali ajaran Allah dan rasul-Nya. Di antara ajaran Allah dan
rasulNya mengenai cara menyelamatkan diri dari berterusan ditipu oleh syaitan ialah
melalui beberapa pendekatan, iaitu:

a. Bersungguh-sungguh dalam memusuhi syaitan


b. Memohon perlindungan dari Allah
c. Membaca al-Mawwizat iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas
d. Membaca basmalah
e. Takbir, Azan dan Iqamah
f. Sujud kepada Allah
g. Membaca al-Quran
h. Membaca ayat al-Kursi
i. Ikhlas dan bertaqwa kepada Allah
j. Berjamaah
k. Zikrullah dan berpegang dengan ajaran Islam

195
11.3 PENUTUP

Nafsu atau jiwa adalah sesuatu yang sangat perlu dipelihara agar ia tunduk dan patuh
kepada perintah Allah SWT. Jiwa yang sihat dan taat akan menghalang manusia dari
tertipu dan diperdaya oleh hasutan syaitan yang merupakan musuh manusia yang
nyata. Ia sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia dan mencampakkan
mereka ke neraka. Justeru setiap manusia perlu berlindung dengan Allah dari fitnah
dan ujian nafsu dan syaitan.

196
BAB 12
CABARAN DAN PERANAN
PEMUDA ISLAM HARI INI

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar akan mengenalpasti salah faham yang terjadi ke atas Islam.


2. Pelajar akan mengenalpasti permasalahan umat Islam hari ini.
3. Pelajar akan mengetahui peranan pemuda dan formula kebangkitan Islam.

12.0 PENDAHULUAN

Telah menjadi sunnatullah, Allah menjadikan setiap kehidupan ini mempunyai Rasul
dan para pengikutnya. Samada pengikut tersebut mendengar dan mentaati perintah
dan ajaran tersebut terpulanglah kepada ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah
kerana Dia-lah yang Maha Mengetahui dan mengatur segala-galanya

Para Rasul dan Nabi-Nabi telah tiada di atas muka bumi ini kecuali ajaran dan
kefahaman Islam yang terjaga dikalangan orang-orang alim dan lainnya. Membentuk
generasi soleh mestilah bermula dari peringkat muda lagi, pentarbiyahan yang
berterusan kepada setiap peribadi pemuda mampu menjadi pemangkin keutuhan dan
kekuatan sesuatu ummah.

Generasi muda kini memerlukan kepada kekuatan pentarbiyahan yang berterusan


bagi pemantapan akidah, akhlak dan jiwa yang semakin taat kepada perintah Allah.
Ertinya, sekira pemuda Islam tidak mengerti hakikat tarbiyah dalam pengertian
sebenar, maka natijah yang paling hampir kepada sebuah masyarakat itu, ialah
menunggu saat kehancuran.

12.1 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia. Salah
faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam,
malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai
tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan
kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan
terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Berikut ialah antara salah faham oleh
masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam di seluruh dunia.

197
12.1.1 ISLAM AGAMA YANG MENGANJURKAN KEGANASAN

Tuduhan ini mula popular dan semakin mendapat tempat selepas berlakunya
peristiwa hitam 11 September 2001 apabila sekumpulan pemuda disyaki beragama
Islam merampas kapal terbang penumpang di Amerika Syarikat dan merempuh
bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York yang menyebabkan lebih 6,000 orang
mati. Selepas peristiwa tersebut, berlaku pula beberapa siri letupan bom di seluruh
dunia terhadap kepentingan Amerika yang juga disyaki dilakukan oleh beberapa
kumpulan pemuda Islam. Bermula daripada peristiwa-peristiwa tersebut, anggapan
bahawa Islam merupakan agama yang mengajar keganasan mula mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat bukan Islam seluruh dunia.

Tohmahan ini adalah salah sama sekali. Tentulah tidak tepat untuk menghukum
agama yang telah pun wujud semenjak hampir 1,500 tahun dahulu dan telah
memberikan sumbangan yang besar terhadap keamanan dan kemajuan tamadun
dunia dengan hanya berdasarkan kepada satu atau beberapa peristiwa yang hanya
disyaki dilakukan oleh segolongan kecil penganutnya pada zaman mutakhir ini. Islam
telah pun wujud hampir 1,500 tahun dahulu. Dalam tempoh tersebut, Islam telah
membuktikan bahawa ia adalah agama yang sangat mementingkan keamanan dan
keselamatan manusia seluruhnya. Pada zaman keagungan Islam, masyarakat manusia
pelbagai agama telah hidup dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Islam.
Mereka bukan sahaja menikmati kehidupan yang bahagia sebagai rakyat biasa, malah
ada antara mereka yang dilantik sebagai pembesar atau menteri yang diberikan kuasa-
kuasa tertentu dalam pemerintahan negara Islam.

Bukti keadilan Islam juga dapat dilihat dalam banyak peristiwa semasa Peperangan
Salib antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Para sejarawan termasuk dari
Barat mencatatkan bahawa semasa pakatan tentera Kristian dari seluruh Eropah
menawan Constantinople yang ditadbir oleh pemerintah Islam, mereka membunuh
hampir 80,000 penduduk Constantinople dan semua masjid diruntuhkan. Menurut
catatan sejarah, jalan raya Constantinople seolah-olah menjadi sungai darah dengan
bahagian-bahagian tubuh badan manusia yang telah dipotong-potong dapat dilihat di
merata tempat.

Bagaimanapun apabila tentera Islam berjaya menawan kembali Constantinople dari


tentera Kristian lebih 70 tahun selepas itu, dilaporkan bahawa tidak ada darah orang
awam baik yang beragama Islam mahupun yang beragama Yahudi atau Kristian yang
gugur dan tiada satu pun gereja yang diruntuhkan. Begitu juga apabila tentera Islam
terpaksa berundur dari Sepanyol selepas mentadbir negara itu untuk sekian lama,
orang Yahudi juga turut mengikut tentera Islam untuk berundur dan kembali ke
Timur Tengah. Mereka lebih selesa dan merasa lebih selamat untuk tinggal di bawah
pemerintahan Islam daripada berada di bawah pemerintahan tentera Kristian.

198
Malah, banyak ayat al-Qur’an yang melarang umat Islam daripada bermusuhan
dengan orang bukan Islam kecuali jika mereka dahulu yang memulakan permusuhan.
Selain itu, Rasulullah SAW. telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam hal ini.
Semasa Baginda memerintah negara Islam Madinah, kota Madinah turut didiami oleh
orang bukan Islam. Namun, Baginda telah mewujudkan satu kontrak sosial yang
dikenali sebagai Piagam Madinah yang menjamin hak-hak orang bukan Islam dalam
negara Islam Madinah untuk hidup dengan aman damai dan menjalani ajaran agama
mereka tanpa gangguan.

Ajaran al-Qur’an dan petunjuk al-Sunah inilah yang memandu masyarakat Islam
dalam membentuk sikap dan hubungan yang baik serta adil dengan masyarakat bukan
Islam pada sepanjang sejarah. Dengan itu, beberapa peristiwa yang berlaku mutakhir
ini tidak wajar dijadikan asas untuk mendakwa Islam sebagai agama keganasan yang
tidak toleran.

12.1.2 ISLAM DISEBARKAN MELALUI MATA PEDANG

Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang
iaitu melalui kekerasan dan peperangan. Tuduhan ini juga tidak berasas sama sekali.
Al-Qur’an melarang umat Islam melakukan kekerasan dan peperangan terhadap
orang bukan Islam untuk memaksa mereka menerima Islam.

Peperangan terhadap orang bukan Islam hanya dibenarkan jika orang bukan Islam
yang memulakan peperangan atau melakukan persiapan untuk berperang atau
melakukan kezaliman terhadap orang Islam atau menyekat usaha menyebarkan
dakwah Islamiyyah secara aman. Dalam keadaan ini sahaja umat Islam dibenarkan
untuk melancarkan peperangan terhadap orang bukan Islam. Malah, peperangan ini
mestilah dilakukan dalam batasan yang tertentu untuk mengurangkan jumlah
kemusnahan harta benda dan kematian. Dasar Islam dalam peperangan telah
ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. sepanjang pemerintahannya.

Satu catatan sejarah yang paling menarik tentang hakikat penyebaran ajaran Islam
dapat dilihat dalam peristiwa penaklukan kota Baghdad oleh orang Mongolia semasa
pemerintahan Bani Abbasiyyah. Selepas berjaya menawan kota Baghdad dan
memerintah kota tersebut untuk beberapa tahun, akhirnya tentera dan pembesar
Mongolia secara sukarela memeluk agama Islam. Mereka tidak dipaksa untuk
memeluk Islam kerana mereka sangat kuat dan berkuasa. Namun begitu, mereka
memeluk Islam setelah mengkaji dan memahami kebenaran dan kesucian Islam. Hal
ini merupakan satu-satunya peristiwa mengagumkan dalam sejarah manusia apabila
pihak yang berjaya menawan sesuatu bangsa lain akhirnya menerima dan memeluk
agama bangsa yang ditawannya.

199
Hakikatnya, penyebaran Islam juga dapat dilihat dengan penerimaan Islam di tanah
besar China dan Tanah Melayu. Islam disebarkan di China dan Nusantara oleh para
pendakwah yang juga merupakan para pedagang. Para pedagang ini tidak mungkin
memaksa masyarakat di negara China yang sangat kuat pada ketika itu untuk
memeluk Islam. Hal ini bermakna Islam disebarkan melalui contoh teladan yang baik
dan kebijaksanaan yang tinggi di negara China. Masyarakat Islam di negara China
pada masa kini berjumlah lebih 60 juta orang iaitu jumlah masyarakat Islam yang
terbesar di negara bukan Islam. Sejarah turut mencatatkan bahawa agama Islam
disebarkan di Nusantara termasuk di Tanah Melayu semasa zaman Parameswara
memerintah Melaka bukanlah melalui peperangan dan kekerasan. Semua peristiwa
ini menggambarkan bahawa dakwaan Islam disebarkan melalui mata pedang adalah
salah sama sekali.

12.1.3 ISLAM AGAMA YANG KOLOT DAN KETINGGALAN

Tuduhan juga sering dilemparkan kepada agama Islam sebagai agama yang kolot,
mundur, ketinggalan dan hanya sesuai untuk masyarakat yang kurang bertamadun
sahaja. Tuduhan ini dilontarkan sebahagian besarnya berpunca daripada hakikat
kedudukan umat dan masyarakat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya
sangat mundur, tidak berilmu dan berpecah belah. Bagaimanapun, jika kajian
dilakukan secara jujur dan objektif terhadap isi kandungan ajaran Islam dan
perjalanan agama Islam sepanjang sejarah manusia, kita akan dapati Islam
merupakan satu agama yang dinamik, progresif dan sangat mementingkan ilmu
pengetahuan. Hakikat kemunduran dan kekurangan ilmu dalam kalangan masyarakat
Islam di dunia hari ini tidak boleh dijadikan asas bagi membuktikan bahawa agama
Islam merupakan agama yang mundur dan membelakangkan ilmu pengetahuan.
Malah, hakikatnya masyarakat Islam mundur hari ini kerana mereka telah
membelakangkan agama Islam. Masyarakat Islam hari ini hanya dikatakan Islam
pada nama sahaja. Dari segi pemikiran, kehidupan dan penghayatan, mereka tidak
lagi mengikuti ajaran Islam. Justeru, mereka mundur dan lemah seperti mana yang
dialami sekarang.

Dari segi dasarnya, Islam sangat mengutamakan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itulah
ayat yang pertama diwahyukan oleh Allah s.w.t iaitu iqra’, telah menggesa Rasulullah
SAW. untuk membaca. Gesaan ini bukan sahaja ditujukan kepada Rasulullah SAW.,
tetapi juga untuk umat Baginda seluruhnya. Anda pasti mengetahui bahawa membaca
merupakan jambatan ilmu. Hal ini sudah cukup untuk membuktikan betapa
pentingnya kedudukan ilmu dalam Islam.

Dengan penekanan terhadap kepentingan ilmu, anda dapati agama Islam telah
membawa masyarakat Arab yang asalnya hidup secara primitif dan mundur, berubah
menjadi satu masyarakat yang maju dan gagah. Dari segi ilmu pengetahuan, mereka
telah menjadi pelopor kepada penemuan pelbagai bidang sains dan teknologi yang

200
warisannya masih kekal hingga ke hari ini. Dari segi politik, mereka telah menguasai
hampir sepertiga daripada keluasan dunia. Sumbangan masyarakat Islam dalam
bidang sains, pemikiran dan falsafah inilah yang akhirnya mempengaruhi
kebangkitan Eropah dari era kegelapan (dark ages) kepada era kebangkitan
(enlightenment) yang membuka jalan kepada kegemilangan sains dan teknologi
seperti yang kita saksikan hari ini.

Islam bukanlah agama yang berdasarkan tahyul, khurafat dan mitos. Ia merupakan
agama yang berdasarkan kepada wahyu, akal, kebijaksanaan dan pembuktian. Oleh
sebab itu, agama Islam dapat terus bertahan malah semakin berkembang dengan
majunya ilmu pengetahuan dan taraf pemikiran manusia. Tiada ajaran Islam yang
bercanggah dengan fakta dan kebenaran yang mutlak. Anda dapati ramai para saintis
yang unggul pada masa kini sangat mengagumi ajaran Islam. Mereka dapati banyak
kenyataan yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an hampir 1,500 tahun yang
lalu sangat menepati dengan banyak penemuan sains pada zaman moden ini.

12.1.4 ISLAM TIDAK MEMENTINGKAN KEHIDUPAN DUNIA

Satu tanggapan salah yang agak popular juga dalam kalangan masyarakat Islam
sendiri tentang ajaran Islam ialah agama Islam tidak mementingkan kehidupan dunia.
Dengan itu, pada pandangan mereka, masyarakat Islam perlu menumpukan
sepenuhnya kepada amal ibadat khusus untuk mendapatkan kebahagiaan pada hari
akhirat. Kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia hanya milik orang bukan Islam.
Dengan itu, biarkan orang bukan Islam berusaha untuk kejayaan hidup di dunia
manakala orang Islam tumpukan kepada kejayaan hidup di akhirat. Hal ini
merupakan satu tanggapan salah yang sangat berbahaya bagi umat Islam dan
bercanggah dengan mesej Islam yang sebenarnya.

Dalam al-Qur’an, Allah SWT menceritakan sifat orang yang beriman yang sentiasa
berdoa, maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan
kebaikan hidup di akhirat, dan peliharakanlah kami daripada seksaan
neraka.”
(Surah al-Baqarah: 201)

Ayat ini jelas sekali mengajarkan kita supaya sentiasa berdoa untuk kebahagiaan di
dunia dan akhirat. Anda semua tentu tahu bahawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
ini tidak tercapai sekadar berdoa sahaja. Ertinya, kita perlu berusaha untuk kejayaan
di dunia sama seperti kita perlu berusaha untuk kejayaan di akhirat. Hal ini bermakna,
semasa di dunia, kita mesti berusaha melakukan segala kerja dan amalan sama ada
yang berkaitan dengan Allah semata-mata seperti sembahyang dan berpuasa
mahupun yang berkaitan dengan manusia seperti muamalat perniagaan, pertanian

201
mahupun perindustriaan dengan baik dan bersungguh-sungguh mengikut perintah
Allah SWT Kita akan mencapai kejayaan dengan melakukan kerja dan amalan kita
seperti ini. Hal ini bermakna untuk mencapai kejayaan di akhirat, kita juga perlu
mencapai kejayaan di dunia. Kejayaan di dunia yang dicapai melalui usaha yang
bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang kehidupan mengikut seperti yang
dikehendaki oleh Allah SWT.

Selain itu, anda perlu juga memahami pengertian konsep ibadat dalam Islam. Konsep
ibadat dalam Islam merupakan satu konsep yang luas. Ibadat bukan sahaja
bermaksud sembahyang, berpuasa, berzakat, haji, membaca al-Qur’an dan
sebagainya, tetapi ibadat juga termasuk bekerja mencari rezeki dalam bidang
perniagaan, pertanian, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain, dengan syarat ia
dilakukan secara yang baik menepati syariah yang dikehendaki oleh Allah SWT Hal
ini bermakna, jika seseorang berusaha dengan tekun mencari rezeki untuk diri sendiri
dan tanggungannya bagi meningkatkan taraf hidup mereka, maka ia dikira sebagai
ibadat. Dia bukan sahaja akan mendapat kejayaan di dunia, tetapi ia juga akan diberi
pahala oleh Allah SWT di akhirat nanti. Hal ini bererti dia akan mendapat kejayaan di
dunia dan di akhirat. Inilah konsep ibadat dalam Islam. Islam tidak memisahkan
antara dunia dan akhirat. Semuanya merupakan ciptaan Allah untuk manfaat
manusia. Dengan itu, manusia mestilah memanfaatkan kedua-duanya sebaik
mungkin dengan merancang dan berusaha untuk kejayaan di kedua-dua alam
tersebut.

Inilah pandangan Islam yang sebenar tentang kehidupan di dunia dan di akhirat.
Dengan itu, pandangan yang mengatakan Islam hanya mementingkan kehidupan
akhirat semata-mata adalah pandangan yang salah dan tidak menepati hakikat ajaran
Islam yang sebenar. Kehidupan dunia yang ditolak oleh Islam ialah kehidupan dunia
yang penuh dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya, kehidupan dunia yang dilalui
dengan baik mengikut lunas-lunas Islam adalah kehidupan yang disukai dan diredai
Allah SWT dan akan diberikan ganjaran yang baik juga di akhirat nanti.

12.2 PERMASALAHAN UMAT ISLAM HARI INI


12.2.1 HEDONISME

Budaya hedonisme adalah perkara yang perlu dihadapi oleh umat kini. Hedonisme
menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Ia berkait juga dengan sikap
suka berhibur, suka kepada hiburan sehingga boleh melalaikan seseorang dari tujuan
utama mereka diutuskan di atas muka bumi.

Oleh sebab itu Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba
menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak
dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi

202
sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh
aspek perancangan ummah. Tanpa pegangan Akidah yang kukuh, akan menyebabkan
sesiapa sahaja mudah diresapi dengan serangan pemikiran yang dilancarkan ke atas
umat Islam. Corak kehidupan dan budaya umat Islam dikritik kerana tidak selari
dengan kehendak modenisasi. Umat Islam dikatakan perlu mengikut budaya barat
untuk turut sama berada dalam kelompok bangsa maju tersebut.

Jika tidak, umat Islam akan terus dipandang sebagai masyarakat kelas ketiga yang
mempunyai mentaliti yang rendah. Maryam Jameelah menyebutkan bahawa: “So
powerful has become the sway of Western cultural values in Muslim countries that
many of our educated elite have reached the conclusion that we are most backward
because our indegeneous fine arts never attained this degree of development. In
order to revitalize and enrich our defective culture, they regard it essential to import
wholesale all those artistic forms characteristic Europe.”

Walaupun Maryam bercakap dalam ruang lingkup kesenian, tetapi ia tetap memberi
kesan kepada pemikiran umat Islam secara keseluruhan di mana tanggapan salah
yang sering belegar difikiran umat ialah semua yang datang dari barat itu
mencerminkan suatu pencapaian yang tinggi dan perlu ditiru. Jika ini yang berlegar
difikiran rakyat dan elit penguasa, maka sudah tentulah kesannya akan dirasai oleh
rakyat. Kewujudan rancangan-rancangan hiburan yang sungguh banyak di saluran TV
tanahair turut mempunyai pengaruh dari barat. Rancangan

Malaysian Idol sememangnya terkesan dengan rancangan hiburan American Idol


yang begitu popular di kalangan masyarakat yang suka hiburan di Amerika.
Rancangan-rancangan hiburan dibawa masuk atas alasan untuk memenuhi
permintaan masyarakat. Apakah benar rakyat yang minta? Atau syarikat-syarikat
penyiaran ini ingin mengaut keuntungan sahaja? Penulis berpendapat sepatutnya jika
benar kerajaan ingin melahirkan modal insan berkualiti, aspek hiburan ini mesti
dikurangkan ke tahap minima. Elakkan masyarakat kita dari suka kepada hiburan,
jadikan mereka ini golongan yang suka kepada ilmu. Kewujudan kelab-kelab hiburan
mesti dipantau dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apabila masyarakat suka
kepada budaya hedonisme, mereka akan menjadi rakyat yang kurang berfikir, dan ini
pasti akan memberi kesan dalam membangunkan negara. Orang yang suka kepada
hedonisme dikhuatiri tidak mementingkan pengajian mengenai Islam, lalu ia akan
menjadi golongan paling mudah untuk diresapi pemikiran-pemikiran yang salah.

Apabila minda mereka dijajah oleh perkara-perkara yang salah, maka natijahnya akan
melahirkan insan yang berfikir dalam kerangka yang tidak Islamik, mempunyai
pandangan alam yang tidak tuntas, malah akan merosakkan umat secara
keseluruhannya.

203
12.2.2 SERANGAN GENDER

Gender Dijadikan Agenda Sasaran Perkara yang turut melatari serangan ke atas
pemikiran Islam ialah perkara berkaitan gender. Pejuang-pejuang wanita sering
menjadikan isu gender sebagai sasaran. Di negara ini, kumpulan SIS telah
mengadakan program MuSAWah yang antara tujuannya dikatakan adalah untuk
memperjuangkan kesaksamaan wanita. Peserta dari seluruh dunia dijemput untuk
bersama-sama memikirkan kaedah untuk memperjuangkan hak wanita dan
membebaskan mereka dari penindasan atas nama agama dan atas nama hukum
syarak. Ada di antara mereka menganggap bahawa undang-undang keluarga Islam
yang ada seperti memberi ketidakadilan kepada wanita. Lebih parah, ada yang
menganggap Islam menindas kaum wanita, tidak memberi kebebasan dan
mengongkong wanita daripada melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Sebenarnya apabila kita meneliti sejarah Islam, jaminan hak ke atas kaum lelaki
mahupun wanita tidak pernah menjadi persoalan diskriminasi. Islam yang hadir di
Jazirah Arab telah menyelematkan kaum wanita daripada menjadi mangsa
diskriminasi kaum jahiliyah yang tidak lansung memberi ruang kepada anak-anak
perempuan yang dilahirkan untuk hidup. Anak-anak tersebut dibunuh dengan zalim
kerana masyarakat Jahiliyah tidak mahu keluarga mereka ditimpa sial kerana
memiliki anak perempuan. Kedatangan Islam terus membela kaum yang tertindas ini
dan semenjak dari awal lagi pengiktirafan diberi kepada golongan wanita.

Peranan wanita terus diberi perhatian ketika Islam berkembang ke wilayah-wilayah


sekitar Jazirah. Mereka berperanan mengambil bahagian dalam misi-misi
ketenteraan, memainkan peranan penting dalam peristiwa Hijrah Nabi Muhammad
SAW, terlibat dalam majlis-majlis ilmu sehinggalah mereka diiktiraf sebagai sumber
periwayatan Hadith yang sememangnya mempunyai satu disiplin yang sangat ketat.
Justeru penindasan kepada wanita bukanlah disebabkan oleh Islam.

Pertama: ia disebabkan oleh kejahilan dalam memahami dan menjalankan syariat itu
sendiri. Ia juga disebabkan sikap prejudis sesetengah pihak kepada wanita. Ini terjadi
ke atas semua bangsa dan agama, bukannya agama Islam semata-mata.

Kedua: atas faktor budaya dan amalan masyarakat setempat. Ini perlu difahami
kerana budaya sesetengah tempat seperti di Afganistan umpamanya di mana wanita
perlu memakai burdah bukan atas paksaan Islam, tetapi ia lebih kepada budaya
kehidupan di kawasan kering, berdebu dan berbukit-bukau yang tidak mempunyai
hutan seperti di kawasan-kawasan khatulistiwa. Oleh sebab itu mereka memerlukan
pelindung kepada badan-badan mereka daripada debu-debu dan kepanasan yang
melampau. Jika dilihat melalui kacamata sejarah, masyarakat Eropah yang dikatakan
maju tersebut juga pernah menindas kaum wanita. Golongan ini tidak mendapat
tempat, malah tidak mendapat pembelaan yang wajar. Oleh sebab itu timbul
gerakangerakan pembebasan wanita di barat untuk memperjuangkan hak wanita

204
tersebut. Namun, mereka telah membuat kesimpulan umum dengan menyatakan
wanita Islam tidak bebas. Mereka melihat persoalan tudung, jubah dan menutup aurat
itu sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu dibebaskan dari
pakaian yang menutup aurat tersebut. Pada mereka biarlah wanita dibenarkan
berbikini dan seksi dengan alasan untuk menyerlahkan potensi wanita. Mereka tidak
pernah memikirkan soal ketidakadilan ini kerana ia boleh merosakkan minda kaum
lelaki. Sex harrasment atau gangguan seksual yang dibincangkan hanyalah jika ada
gangguan kepada kaum wanita oleh kaum lelaki.

Tetapi tidak dibincangkan gangguan seksual yang berlaku ke atas kaum lelaki
disebabkan oleh kegilaan wanita mengenakan pakaian singkat ala bikini, spaghetti
strip atau body fit dengan skirt pendek menyelak peha yang dipakai oleh wanita-
wanita bebas. Malah disesetengah tempat di Eropah, wanita juga ada hak untuk
bertelanjang di tengah-tengah bandar untuk menikmati kesejukan air dikala musim
panas melanda. Begitu juga wujud kumpulan yang dikenali sebagai naturalist,
bergerak di kawasan-kawasan tertentu tanpa memakai seurat benang antara lelaki
dan wanita kerana menghormati alam dan tidak mahu merosakkan alam disebabkan
pakaian yang dipakai adalah hasil daripada bahanbahan yang datang dari alam. Pada
mereka bahan-bahan yang diambil dari alam ini boleh merosakkan alam, dan lebih
baik tidak memakai pakaian-pakaian kerana protes ke atas kerosakan alam yang
berlaku. Serangan pemikiran sebegini telah menyerap masuk ke Nusantara dengan
Indonesia dilihat terkehadapan dalam hal perjuangan gender ini. Seorang tokoh dari
negara tersebut, Prof Dr Musdah Mulia telah mendapat anugerah pengiktirafan dari
Amerika Syarikat pada 7 Mac 2007 di atas usaha yang dilakukan dalam menyebarkan
fahaman sebegini di sana. Bukan sekadar beliau mempersoalkan hukum hakam yang
berkait dengan kekeluargaan Islam, turut diperjuangkan ialah hak untuk
berhubungan antara sesama sejenis atau lebih tepat hak homoseksual, iaitu gay atau
lesbian.

12.3 CIRI-CIRI PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-
pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha
menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan
kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah
berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut;
keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama
pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan
ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang
segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi
tabah. Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap

205
merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia
kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang
menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. Allah
berfirman;

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang


beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada
mereka.”
(Surah al-Kahfi:13)

1. Salimul Aqidah
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap
muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat
kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari
jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah,
seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana
firman-Nya yang artinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku,
semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Kerana memiliki aqidah yang salim
merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat
di Makkah, Rasulullah SAW mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul SAW yang
penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: ‘shalatlah kamu sebagaimana
kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam
melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul SAW yang
berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq
Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan
prilaku yang harus dimiliki oleh setkal muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah
maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan
bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Kerana begitu penting
memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah SAW diutus untuk
memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya
yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang
artinya: “Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung” (QS
68:4).

4. Qowiyyul Jismi
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang
harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh
sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat.
Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus

206
dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan
bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh kerana itu, kesehatan jasmani harus
mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama
daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu
yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim
sakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah
SAW bersabda yang artinya: “Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min
yang lemah” (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri
Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim
yang penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an
banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia antuk berpikir, misalnya
firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi.
Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya
kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS
2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali
harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Kerananya seorang muslim harus memiliki
wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya
suatu perbuatan tanpa mendapatka pertimbangan pemikiran secara matang terlebih
dahulu. Oleh kerana itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan
intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah:samakah
orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-
orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu
kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia
memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan
kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya
kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam
melawan hawa nafsu. Oleh kerana itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia
harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah SAW bersabda yang artinya:
Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya
mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harishun ‘ala Waqtihi


Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi
manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari
Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan
menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.
Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni

207
24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan
tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:

“Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu”. Waktu merupakan sesuatu
yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh kerana itu setiap muslim
amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu
dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung
oleh Nabi SAW adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima
perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua,
senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syu’unihi
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian
seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh kerana itu
dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah
harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani
secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah
menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu udusán dikerjakan secara
profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat
perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya
kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat
perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun ‘alal Kasbi


Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun
alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan
sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang
menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian,
terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah
dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kerana itu pribadi
muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang
harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan
mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat
banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat
tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut
memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab
baginya mendapat rizki dari Allah Swt, kerana rizki yang telah Allah sediakan harus
diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.

10. Naafi’un Lighoirihi


Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada
setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga
dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya kerana
bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan

208
dan tidak adanya tirák mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu
berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat
dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa
mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah
SAW bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi
orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang
disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada
diri kita masing-masing.

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi


kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan
umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke
atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat. Oleh itu sepatutnya kamu berfikir
panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke
hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan
sempurna.

12.4 PERANAN PEMUDA

Masa muda merupakan masa yang paling indah. Pada saat itu kekuatan, ghairah, dan
dinamik telah mencapai puncaknya, menuju puncak kearifan dan kesempurnaan.
Kerana itu pemuda selalu menjadi tulang belakang setiap perjuangan, baik dalam
tujuan dan misi yang positif mahupun yang negatif. Pada keadaan lain, masa muda
merupakan nikmat yang akan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan beranjak dua kaki anak Adam sebelum dia
ditanya tentang empat hal: umurnya untuk apa digunakan, umur mudanya dengan
apa dihabiskan, ilmunya untuk apa diamalkan, serta hartanya dengan cara apa
didapatkan dan untuk apa digunakan.”

Adalah kehidupan yang baik apabila orang menggunakan masa mudanya dengan
kegiatan yang positif. Dalam konteks dakwah dan kebaikan, diharapkan dapat
memberikan sumbangan secara baik dalam mengemban risalah para Nabi ini.
Peranan yang dapat mereka lakukan dalam kaitan ini adalah:

1. Membangkitkan Semangat
Pemuda Islam sentiasa mempunyai ghairah untuk menjawab pelbagai pertanyaan
yang muncul di sekitar masalah dan permasalahan yang terjadi berkaitan dengannya.
Pemuda Islam adalah kadet yang bersih dan belum banyak dicemari fitrahnya. Nilai-
nilai, idealisme, dan fitrah yang suci akan memberontak menghadapi realiti yang
bertentangan dengannya. Kerana itu mereka akan selalu mencari jawapan atas
permasalahan yang ada. Hal ini akan mempengaruhi mereka dan masyarakatnya
untuk kembali kepada fitrah dan kebenaran yang hakiki.

209
2. Penyambung Generasi dan Penerus Perjuangan
Mereka adalah harapan generasi yang lepas untuk melanjutkan visi perjuangan yang
telah dilakukan dengan susah payah dan pengorbanan yang banyak. Posisi sebagai
penerus dilakukan apabila generasi sebelumnya adalah generasi yang soleh
sebagaimana termaktub di dalam al-Quran. Orang-orang soleh dan diikuti oleh anak
keturunan mereka dengan iman.

3. Sebagai Pengganti Generasi


Apabila generasi sebelumnya adalah generasi yang lemah atau tidak baik, maka
menjadi pengganti generasi. Proses penggantiannya mungkin dilakukan dengan
kedamaian, mungkin dengan kekerasan, atau bahkan boleh sahaja dengan
kehancuran dari Allah kemudian Allah menggantikan dengan generasi baharu dari
mereka atau dari tempat lain.

4. Memperbaharui Semangat dan Mental


Kadangkala terjadi bahawa suatu bangsa mengalami kemunduran akibat mentaliti
rakyatnya. Hal ini sering terjadi ketika mereka telah berputus asa menghadapi
masalah yang tidak kunjung berakhir meskipun usaha telah dilakukan. Generasi muda
akan mengalirkan darah segar dan semangat baru yang dapat membangkitkan
semangat yang lemah, membangunkan jiwa yang putus asa, dan mengobarkan api
yang padam.

5. Sebagai Unsur Pembaikan


Keberadaannya di tengah masyarakat akan berfungsi sebagai agen yang aktif
menyebarkan dan mengfungsikan potensi yang ada di dalam masyarakatnya menuju
perubahan dan pembaikan. Dari merekalah masyarakat mendapatkan tenaga,
bersama mereka masyarakat hidup dan bergerak kembali melakukan kebaikan dan
amal soleh.

Menyedari peranannya yang berat ini, para pemuda Islam harus membekali diri
dengan tarbiah. Bekal tarbiah dapat mengasah potensi fitrahnya; mencari hikmah dan
ilmu yang dapat mengembangkan keilmuannya; dan memupuk jiwa kepemimpinan
dan kewiraan yang selalu siap bergerak dengan kapasiti dan posisinya masing-masing.

210
RUJUKAN

Abdul Karim. 2009. Sejarah Pemikiran dan Peradaban Islam. Yogjakarta, Indonesia:
Pustaka Book Publisher. Hlm. 51.

Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad. 2015. Konsep Amanah Dalam Pengurusan Islam
Dari Sudut Maqasid Syariah (Penjagaan Harta). Prosiding Seminar Pengurusan Islam:
Ke Arah Pemantapan Ummah.

Fuadi. 2013. Peran Akal Menurut Pandangan Al-Ghazali. Jurnal Substantia Vol. 15,
No. 1, April.

Kamal Azmi Abd Rahman, Indriaty Ismail, Mohd. Nasir Omar. 2014. Manusia Dalam
Wacana Pemikiran Moden di Barat. International Research Management and
Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17–18 November.

M. Ali Sibram Malisi. Konsep Manusia Dalam Al-Quran.

Nurzatil Ismah binti Azizan & Zulkifli Mohd Yusoff. 2017. Kepentingan Unsur Al-qalb
Dalam Membentuk Jati Diri Remaja: Analisis Terhadap Ikon Remaja Di Dalam Al-
Qur'an. Jurnal Pengajian Islam, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 1-16.

Sayyid Qutb. 2010. Tafsir Fi Zilalil Qur’an Jilid 6. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Abul A’la Al-Maududi. Asas-Asas Islam. Dewan Pustaka Fajar: Shah Alam, Selangor,
Malaysia.

Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad. 2015. Konsep Amanah Dalam Pengurusan Islam
Dari Sudut Maqasid Syariah (Penjagaan Harta). Prosiding Seminar Pengurusan Islam:
Ke Arah Pemantapan Ummah.

Fuadi. 2013. Peran Akal Menurut Pandangan Al-Ghazali. Jurnal Substantia Vol. 15,
No. 1, April.

Guntur Cahaya Kesuma. 2013. Konsep Fitrah Manusia Perspektif Pendidikan Islam.

Kamal Azmi Abd Rahman, Indriaty Ismail, Mohd. Nasir Omar. 2014. Manusia Dalam
Wacana Pemikiran Moden di Barat. International Research Management and
Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17–18 November.

Khazanah Al-Quran. 2016. Manusia Itu Sungguh Lemah.


http://www.khazanahalquran.com/manusia-itu-sungguh-lemah.html

211
Muhammad Shafi. 1995. Ma’ariful Qur’an. Farid Book Depot: Delhi, India.

M. Ali Sibram Malisi. Konsep Manusia Dalam Al-Quran.

Mujiono. 2013. Manusia Berkualitas Menurut Al-Quran. Hermeunetik, Vol. 7, No. 2,


Desember.

Nurzatil Ismah binti Azizan & Zulkifli Mohd Yusoff. 2017. Kepentingan Unsur Al-qalb
Dalam Membentuk Jati Diri Remaja: Analisis Terhadap Ikon Remaja Di Dalam Al-
Qur'an. Jurnal Pengajian Islam, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 1-16.

Sayyid Qutb. 2010. Tafsir Fi Zilalil Qur’an Jilid 6. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Zainur Rofik. 2014. Manusia Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Ilmu Tarbiyah "At-
Tajdid", Vol. 3, No. 1.

Masturin. 2015. Peranan Perempuan Dalam Masyarakat Islam di Era Post


Modernisasi Pendekatan Tafsir Tematik. Al-Tahrir, Vol. 15, No. 2 November: 349 –
366.

Asyraf Hj. Ab Rahman, Wan Ibrahim Wan Ahman & Zainal Ismail. 2010. Peranan
Wanita dalam Pembangunan Keluarga dari Perspektif Fi Zilal Al-Quran. Journal of
Governance and Development, Vol.6, (14 – 21).

Agustin Hanapi. 2015. Peran Perempuan Dalam Islam. Internasional Journal of Child
and Gender Studies, Vol. 1, March.

Warsito. 2013. Perempuan Dalam Keluarga Menurut Konsep Islam dan Barat.
Profetika, Jurnal Studi Islam, Vol. 14, No. 2, Hlm. 148-163.

Masturin. 2015. Peranan Perempuan Dalam Masyarakat Islam Di Era Post


Modernisasi Pendekatan Tafsir Tematik. Al-Tahrir, Vol. 15, 2 November, Hlm. 349-
366.

Wahdah Islamiyah. 2014. 10 Kewajiban Seorang Muslimah. http://wahdah.or.id/10-


kewajiban-seorang-muslimah/, 1 September.

212

Anda mungkin juga menyukai