Anda di halaman 1dari 18

Bab 1

Islam Satu Cara Hidup


Yang Syumul
1.1 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

Pengenalan

Tamadun Islam > diasaskan atas landasan Agama

Tiga Asas Islam

Akidah: Konsep kepercayaan dan ketuhanan

Syariat: Peraturan dan perundangan kehidupan

Muamalat

Munakahat

Jinayat

Akhlak: menyentuh aspek perhubungan

Manusia & Tuhan

Manusia & Manusia

Manusia & Haiwan

Untuk memahami 3 Konsep Asas ini,


perlu dipelajari tentang Maqasid
Syariyyah, iaitu tujuan-tujuan
syariat diturunkan kepada Manusia

1.1 Islam, Iman dan Ihsan

Islam merupakan agama terbesar yang tersebar dan dianuti hampir


disetiap pelusuk dunia.

Agama Islam disebut dengan Istilah al-Deen dalam al-Quran yang


membawa maksud cara hidup, iaitu Islam menyusun cara hidup yang
meluputi seluruh aspek kehidupan manusia secara sistematik.

Islam dengan sistem yang teratur serta kesesuaiannya dengan


fitrah manusia telah membentuk tamadun yang diasaskan atas dasar
keagamaan.

Tiga elemen dasar yang menjadi dasar kepada agama ini adalah Iman,
Islam dan Ihsan.

1.1.1 Islam

Islam berasal dari perkataan salima yang bermaksud selamat, sentosa atau
kedamaian.

Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.

Nama Islam tidak terikat dengan mana-mana individu, golongan atau tempat
tertentu. Nama Islam disebut dalam al-Quran oleh Allah SWT

Definasi Islam menurut syarak:


Patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan oenuh kesedaran
dan kerelaan tanpa paksaan

Islam adalah peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup
dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad SAW

1.1.1 Islam

Definasi Islam menurut hadis Jibril AS:

Ceritakan kepadaku (wahai Muhammad) tentang Islam.


Rasulullah SAW menjawab: Engkau mengakui bahawa tiada
tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah hamba dan
pesuruhnya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di
bulan Ramadhan dan menunaikan Haji ke Baitullah jika engkau
mampu (HR Muslim)

1.1.1 Islam

Dasar utama Islam meliputi aspek berikut:


1.

Aqidah: konsep kepercayaan yang membentuk Iman kepada Allah, Rasul,


Malaikat, Kitab-kitab, Hari Kiamat dan Qodho & Qodar.

2.

Syariat: Peraturan atau undang-undang


1.

Ibadah: peraturan dalam melakukan ibadat dan ketaatan. Ia juga meliputi


perilaku melaksanakan ketaatan kepada Allah melalui kebaikan kepada manusia.

2.

Muamalah: peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek


akhlak, politik, ekonomi dan sosial.

3.

Akhlak: Peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara sesama manusia serta
hubungan antara manusia dengan alam dan tuhan.

1.1.2 Iman

Iman dari sudut bahasa: percaya.

Asal perkataan: Aamana, Yukminu yang bermaksud percaya atau


membenarkan

Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti yang diucapkan
oleh Ali Bin Abi Talib RA:

Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan
hati dan perbuatan dengan anggota

Manakala Aisyah RA menyebut:

iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan


dengan hati dan mengerjakan dengan anggota

1.1.2 Iman

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman sebagai:


pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu
dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun
(anggota)

Tiga syarat Iman:


1.

keyakinan yang dibenarkan oleh hati

2.

Diucapkan dengan mulut

3.

Dibuktikan dengan amalan.

Ketiadaan salah satu syarat tersebut, maka nama yang Islam berikan
pada seseorang itu adalah: fasik, munafik atau kafir.

1.1.2 Iman

Rukun Iman

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat

Percaya kepada kitab

Percaya kepada nabi dan rasul

Percaya kepada hari akhirat

Percaya kepada qada dan qadar

1.1.2 Iman: Percaya kepada Allah

Konsep paling asas ialah percaya bahawa Tuhan itu satu (tauhid)

Konsep mengesakan Allah dalah mutlak dan tidak sama dengan apa jua
yang wujud di dunia ini. (surah al-Ikhlas)

Menafikan kewujudan tuhan selain Allah

Mengistbatkan hanya Allah sahaja satu-satunya tuhan yang layak disembah


dan diagungkan.

1.1.2 Iman: Percaya kepada Malaikat

Makhluk yang dicipta Allah untuk melaksanakan segala bentuk perintah


dengan penuh ketaatan.

Hanya Allah SWT yang mengetahui jumlah Malaikat secara tepat.

10 Malaikat yang wajib diimani oleh seorang muslim:


Jibril: Menyampaikan wahyu

Mikail: Menyampaikan Rezeki

Atid: Mencatit amal kebaikan

Raqib: Mencatik kejahatan

Ridhwan: Penjaga Syurga

Malik: Penjaga Neraka

Mungkar: Soal dalam kubur


Izrail: Mencabut nyawa

Nangkir: Soal dalam kubur


Israfil: Meniup sangka kala

1.1.2 Iman: Percaya kepada Kitab

Percaya bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada para


nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Kitab yang wajib diimani oleh muslim

Taurat: Musa AS

Zabur: Daud AS

Injil: Isa AS

Al-Quran: Muhammad SAW

Mengimani kitab al-Quran bermaksud mengikut segala petunjuk dan


hukum hakam yang terkandung dalam al-Quran

1.1.2 Iman: Percaya kepada Rasul

Rasul atau nabi adalah seorang manusia biasa yang dipilih Allah untuk
menerima wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril

Kenapa Allah memilih nabi dan rasul dari kalangan manusia?

Supaya manusia dapat mencontohi kehidupan nabi

Nabi: terima wahyu untuk diri sendiri

Rasul: terima wahyu untuk disebarkan kepada orang lain

Nabi dan rasul yang wajib diimani ada 25 orang.

Nabi Ulul Azmi: Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi
Muhammad SAW

1.1.2 Iman: Percaya kepada Hari


Kiamat

Setiap individu mukmin wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian


atau Akhirat sebagai mana yang difirmankan oleh Allah SWT dan alQuran

Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana
semua makhluk yang ada akan menjadi rosak binasa, iaitu pada hari
kiamat.

Semua manusia dimatikan dan dihidupkan kembali untuk dihitung


segala amal kebajikan mereka kemudian dibalas dengan balasan
syurga atau neraka.

1.1.2 Iman: Percaya kepada Qada


dan Qadar

Individu muslim wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah


terjadi dan yang akan terjadi, semuanya adalah menurut ketentuan
Allah SWT

Segala sesuatu (baik dan buruk) sudah diatur sejak azali. Manusia tidak
mengetahui tentang sesuatu sehingga perkara itu terjadi.

Qadar: Takdir yang merupakan perancangan yang telah ditetaokan


Allah SWT.

Qada: Pelaksanaan perancangan yang telah ditetapkan Allah SWT.

1.1.3 Ihsan

Ihsan adalah kebaikan atau perbuatan yang baik, yang dilakukan oleh
manusia di muka bumi ini hasil gabungan akal, hati. Perbuatan dan
percakapan.

Ihsan bermaksud Ibadah yang disertai dengan muraqabah secukupnya


kepada Allah SWT. Yakni dengan hatinya sentiasa terasa diawasi ileh Allah
SWT dengan memiliki sifat amanah, warak, takwa dan sebagainya.

Ihsan menurut hadis Jibril:

khabarkanlah kepada aku tentang Ihsan Rasulullah SAW


menjawab: Ihsan itu adalah bahawa engkau menyembah Allah SWT
seolah-oleh engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat Engkau. (HR Muslim)

1.1.3 Ihsan

Ihsan terbahagi kepada 2 bahagian:


1.

Ihsan kepada Allah


Kemuncak kepada pengabdian manusia kepada Allah.

2.

Ihsan kepda sesama makhluk


Hubungan kita kepada setiap makhluk Allah SWT di dunia seperti berbuat baik kepada
ibubapa, keluarga, jiran tetanggan orang lain, haiwan dan tumbuhan.

1.1.3 Ihsan

Ihsan terbahagi kepada beberapa bentuk:


1.

Ihsan dalam bentuk muraqabatullah

2.

Ihsan dengan pengertian berbakti kepada Allah

3.

Ihsan kepada Umat Islam dalam memperkukuhkan ukhuwwah Islamiyah

4.

Ihsan kepada semua makhluk dengan berbuat baik kepada sesama

5.

Ihsan dengan pengertian melakukan suatu tugasan dengan penuh tekun dan
bersungguh-sungguh

Anda mungkin juga menyukai