Anda di halaman 1dari 39

CTU 101

PRINSIP-PRINSIP
ASAS ISLAM

BAB 1
TASAWWUR ISLAM
(CL01, LOD3/LOD5)
DISEDIAKAN OLEH
ZULFIKRI MOHD ZAIN
OBJEKTIF TAJUK
 Setelah mengikut bab ini pelajar dapat:

☼ Menghuraikan keperluan beragama dan konsep


perhambaan serta khalifah dalam sistem kehidupan
☼ Menghuraikan wahyu sebagai sumber ajaran Islam
☼ Menjelaskan keistimewaan Islam dalam kehidupan
bermasyarakat dan bernegara
1.1 ISLAM SEBAGAI AL-DIN
1. Menurut Kamus Dewan:
 agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan; sifat-sifat dan
kekuasaan Tuhan, serta penerimaan ajaran dan perintahNya
 agama itu sebagai kepercayaan kepada sesuatu yang dipuja
dan dianggap berkuasa seperti dewa dan lain-lain
2. Menurut Kamus Bahasa Arab:
 perkataan agama disebut sebagai deen. Kamus Dewan
menyebut sebagai ‘din’. Ia mempunyai makna yang umum
dengan pelbagai pengertian.
 Manakala perkataan ad-deen (dalam bentuk ma’rifah / definite
noun) bermaksud cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah.
 Walau bagaimanapun jika perkataan deen (dalam bentuk
nakirah / indefinite noun), digabungkan dengan dengan
perkataan Allah, menjadi deenullah, atau perkataan al-Haq,
menjadi deenulhaq, maka ia bermaksud agama yang benar.
1.1 ISLAM SEBAGAI AL-DIN- samb.

Maksud Firman Allah dalam surah at-


Taubah,9:33:

“Dialah yang mengutuskan RasulNya


(Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama
yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan
ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun
orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
1.2 PENGERTIAN ISLAM
1. Dalam bahasa Arab:
al-Islām -‫إلسالم‬--‫ا‬, bererti “berserah diri” dan merupakan suatu Dīn yang
bererti "aturan" atau "sistem" (surah Al-Maidah, 5:83).

}‫سالم ِد ْينًا‬
َ ِ
‫إل‬ ‫ا‬ ‫م‬ ُ ‫ل‬
َ ‫ت‬‫ي‬‫ض‬ِ
ُ ُ ْ ‫{وَر‬
‫ك‬ َ
Terjemahannya:
“Dan aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”

Dari sudut etimologi, perkataan tersebut diturunkan dari akarkata


yang sama dengan perkatan salām yang bererti “damai”.
Perkataan 'Muslim' (sebutan bagi pemeluk agama Islam) juga
berhubungan dengan kata Islām.
Ia bermaksud, “orang yang berserah diri kepada Allah" dalam bahasa
Melayu.
1.2 PENGERTIAN ISLAM- samb

2. Dari aspek istilah:

Rasulullah SAW menjelaskan maksud Islam dengan beberapa takrif


mengikut suasana majlis dan keadaan orang yang bertanya.
Seterusnya diperjelaskan lagi oleh ulama dengan pelbagai definisi
untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang Islam
Umumnya semua definisi itu membawa maksud yang sama dan
tidak wujud pertentangan atau pertembungan:
Definisi Islam Dari Aspek Istilah:

 Definisi Pertama:

 Pengertian Islam berdasarkan jawapan Rasulullah SAW terhadap


pertanyaan Malaikat Jibril AS sebagaimana hadith daripada ‘Umar ibn
Al-Khattab RA, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

 “Al-Islam itu ialah bahawa engkau bersaksi tiada tuhan(yang berhak


diabadikan diri dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah sahaja, dan
(engkau bersaksi ) sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, engkau
mendirikan solat, engkau mengeluarkan zakat, engkau berpuasa pada
bulan Ramadhan dan engkau mengerjakan haji ke Baitullah kiranya
mampu ke sana…”

(Matan al-Arba’in al- Nabawiyyah: Hadith ke -2)


 Definisi Kedua:

 Al- Islam ialah kepatuhan, ketundukan, ketaatan, dan


penyerahan diri kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam
dengan penuh keikhlasan yang lahir daripada kesedaran diri,
bukan kerana terpaksa.
 Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara ikhlas, sukarela
bukan kerana paksaan.

 Defenisi Ketiga:

 Al-Islam ialah berupa peraturan umum dan undang-undang


yang bersifat sempurna dan menyeluruh; mencakupi seluruh aspek
kehidupan manusia, dalam mengatur perancangan dan sistem
kehidupan mereka. Orang yang mentaatinya diberi pahala,
sementara orang yang mengingkarinya dikenakan dosa.
 Definisi Keempat:

 Al-Islam ialah agama yang terkumpul di dalamnya akidah, akhlak,


muamalah dan sejarah-sejarah, sebagaimana yang terkandung di
dalam kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah RasulNya yang diperintah
supaya disampaikan kepada umat manusia.

 Definisi Kelima:

Al-Islam ialah jawapan kepada 3 persoalan penting yang dihadapi


oleh manusia, iaitu:

1- Dari mana manusia datang?


2- Mengapa?
3- Dan ke mana kesudahan manusia?
 Ketiga-tiga persoalan tersebut hanya dapat dijelaskan oleh Islam
dan tidak mungkin akan dapat dijawab dengan tepat oleh
sebarang agama ciptaan manusia.

 Oleh sebab itu, antara tugas para rasul diutuskan kepada


manusia sepanjang zaman ialah untuk menjelaskan hakikat
persoalan tersebut. Antara jawapan sebagaimana terdapat di
dalam al-Quran:
}‫س إِالَّ لَِي ْعبُ ُد ْو ِن‬
َ ‫ن‬
ْ ِ ‫ت اجلِ َّن َوا‬
‫إل‬ ُ ‫{وَما َخلَ ْق‬
َ
Terjemahan:
“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Definisi keenam:

 Al-Islam ialah roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi di


dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan
lurus yang selamat bagi manusia yang menjalaninya dari kesesatan.

 Rumusan definisi:

 Kesemuanya menggambarkan maksud Islam. Tiada pertembungan.


 Definisi yang kedua seringkali dirujuk untuk menerangkan maksud
Islam, sesuai asal akar perkataannya yang diambil dari bahasa arab.
1.3 KEPERLUAN HIDUP BERAGAMA
 Berdasarkan penjelasan daripada al-Quran, hujah para ulamak dan
cendikiawan, terdapat banyak faktor yang menunjukkan manusia amat
perlukan agama:

1. Kelemahan Akal Manusia

 Manusia tidak boleh terlalu taasub dengan kesempurnaan akal


fikirannya kerana hakikat akal fikiran manusia itu lemah.
 Akal manusia sama sekali lemah dalam menjawab perkara-perkara
metafizik (ghaibiyyat) seperti persoalan dosa, pahala, syurga,
neraka, roh dan sebagainya. Perkara yg zahir pun tidak semua
diketahui
 Sesungguhnya tiada manusia yang serba tahu atau mengetahui
segala-galanya.
 Oleh itu, manusia memerlukan bimbingan agama untuk
menjelaskan perkara-perkara (ghaibiyyat).
 Perlu rujuk wahyu: al-Q dan al-S
 Sebagai contoh, Allah menjelaskan tentang kejahilan manusia
tentang hakikat roh …sebagai jawapan kepada pertanyaan
kafir musyrikin kpd Nabi SAW
 dengan firmanNya:

}ً‫وح ِمنْ أَمْ ِر َربِّي َو َما أُو ِت ْي ُت ْم ِم َن ال ِع ْل ِم إِالَّ َقلِ ْيال‬ ٌ


ِ ُّ‫وح ق ِل الر‬ َ ‫{و َيسْ َئل ُ ْو َن‬
ِ ُّ‫ك َع ِن الر‬ َ

 Terjemahan:
“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh
itu dari perkara urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu
pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”
(Al-Isra’, 17:85)
2- Kesesuaian Islam dengan fitrah manusia

 Perkataan fitrah berasal dari kata akar fatara dalam bahasa arab
bererti membuka atau menguak.
 Fitrah membawa maksud; asal kejadian, keadaan suci dan
kembali ke asal.
 Setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah bererti suci, tidak
memiliki dosa apapun.
 Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah atau sifat
semulajadi manusia kerana tuntutan naluri manusia dapat
dipenuhi oleh Islam.
 Contoh: dalam soal perkahwinan, soal makan dan minum makanan
dan minuman yang halal dan tidak mudarat, soal menutup aurat
demi memjaga maruah, kehormatan dan keselamatan diri samada
lelaki atau wanita.
3- Kesempurnaan Islam

 Islam merupakan agama yang sempurna.

 Syariatnya merangkumi semua perkara asas seperti


akidah,syariah dan akhlak yang mampu membimbing manusia
dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

 Al-Quran menjelaskan semua perkara yang mencakupi


hubungan manusia dengan Tuhannya, manusia sesama
manusia dan hubungannya dengan makhluk lain.

 Allah juga mengutuskan rasul sebagai pembimbing kehidupan


manusia berlandaskan al-Quran dan Sunnahnya ke jalan yang
benar dan lurus.
4. Manusia perlukan peraturan dalam kehidupan

 Hakikatnya semua manusia mencari peraturan

 Kerana kehidupan perlu bersistem supaya selamat,sejahtera dan


harmoni

 Haiwan pun hidup dengan lingkungan sistem, aturan dan


undang-undangnya

 Manusia yang menolak peraturan Allah tetap akan mencari


peraturan utk diikuti, seperti kumpulan black metal dengan JIT ,
maka diikut , dipuja…? Syaitan.
1.4 PENCIPTAAN MANUSIA

 Dari nas-nas di dalam al-Quran telah terbukti dengan jelas manusia


diciptakan hasil kombinasi dua unsur utama:
 Jasmani dan Rohani.

 Kesepaduan antara dua unsur ini melambangkan kesempunaan


kejadian manusia dan kehebatan Allah sebagai Pencipta.

 Sudah pasti kedua-dua unsur tersebut mempunyai tuntutan dan


keperluan yang berbeza sesuai dengan sifat masing-masing.
 Jasad mempunyai keperluan yang bersifat kebendaan,
 Roh pula mempunyai keperluan yang bersifat rohaniah yang terangkum
pada akidah, syariah, akhlak dan pengabdian, atau ringkasnya yang
tersimpul dalam kalimah “ISLAM”.
1.5 MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA
 Matlamat penciptaan manusia mempunyai perkaitan rapat dengan
hakikat kejadiannya, iaitu hasil kombinasi antara jasad dan ruh.
 Keunikan kejadian manusia berbanding makhluk lain,
membolehkannya menerima dan memikul tanggungjawab daripada
Allah SWT.

1. Manusia diciptakan sebagai hamba Allah SWT.

 Allah SWT tidak menjadikan manusia dan juga jin melainkan untuk
beribadah dan berbakti kepadaNya. Firman Allah SWT dalam Surah al-
Zariyat,51:56
 Terjemahan:“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
 Menyembah Allah SWT bererti memusatkan penyembahan dan
pengabdian hanya kepadaNya semata-mata.

 Semua aspek kehidupan baik yang lahir atau batin disesuaikan


dengan kehendak ilahi.

 Kegiatan hidup seseorang hamba sama ada yang berupa ibadah


khusus kepada Allah, ataupun yang berupa muamalat sesama
manusia, hendaklah dilakukan dalam rangka pengabdiannya kepada
Allah SWT dengan niat untuk mencapai keredaanNya semata-mata.
2. Manusia sebagai khalifah Allah SWT.

 Manusia juga diciptakan oleh Allah SWT dengan satu


tanggungjawab atau amanah ke atas bahunya, iaitu sebagai
khalifah Allah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah,2:30

 Terjemahan:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:


Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di
bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya.”
 Perkataan khalifah berasal dari kata bahasa arab, bererti wakil
pengganti atau duta.
 Dalam konsep Islam, manusia adalah khalifah, yakni sebagai wakil
atau duta Allah SWT di muka bumi.
 Dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah SWT, manusia
diamanahkan tanggung jawab yang secara khususnya meliputi
perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya sebagai
seorang hamba Allah, dan ia boleh dirumuskan seperti berikut:

i. Mengabdikan diri kepada Allah SWT, dengan mengimaniNya


dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna.
ii. Melaksanakan amanah Allah, memelihara agama Allah,
menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran.
iii. Mentabdir, memajukan dan memakmurkan alam dalam segala
aspek berdasarkan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT.
iv. Mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya,
dalam semua urusan termasuk kekeluargaan, kemasyarakatan dan
kenegaraan.
1.6 SKOP AJARAN ISLAM
 Skop atau cakupan ajaran Islam merangkumi tiga asasnya yang
utama iaitu;

1) Akidah
2) shariah dan
3) akhlak.

• Berikut ini akan dijelaskan secara ringkas maksud dan perkara-


perkara utama yang berkaitan dengan tiga asas tersebut.
• (Perhatian: Huraian lanjut secara khusus akan dapat diikuti dalam
bab-bab yang selanjutnya).
1. AKIDAH

 Akidah merupakan sistem kepercayaan yang menjadi


tunjang kepada keislaman seseorang.

 Dengan kata lain, untuk menjadi seorang muslim yang


sebenar, seseorang itu mestilah berpegang kepada
akidah yang betul lagi sempurna.

 Akidah secara mudahnya difahami sebagai suatu


kepercayaan atau keimanan yang terikat dan tersimpul
kuat di dalam jiwa seseorang terhadap perkara-perkara
ghaibiyyat yang berpaksikan kepada keyakinan
terhadap Allah SWT.
AKIDAH…
 Terdapat 6 elemen utama yang menjadi asas kepada akidah
Islam:
1- Keimanan kepada Allah
2- Keimanan kepada malaikat
3- Keimanan kepada kitab
4- Keimanan kepada rasul dan nabi
5- Keimanan kepada kewujudan hari akhirat
6- Keimanan kepada qada’ dan qadar
 Rasulullah SAW mengumpamakan Islam sebagai satu binaan
di mana akidah menjadi tapak atau asas.
2. SYARIAH
 Dalam konteks perbicaraan ini;
 shariah merupakan suatu sistem perundangan yang
bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia secara
individu, atau dalam bentuk hubungannya dengan yang
lain, iaitu; hubungannya dengan Allah SWT sebagai
Pencipta, atau hubungannya sesama manusia dan
hubungannya dengan keseluruhan isi alam.
 Shariah mengatur kehidupan manusia berkaitan hukum-
hukum yang merangkumi pelbagai aspek, antaranya:

a. Ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya yang


dikenali sebagai ibadat Fiqh Ibadah.
b. Muamalat seperti jual beli, perbankan dan sebagainya
yang dikenali sebagai ibadat Fiqh Muamalat.
c. Kekeluargaan seperti nikah, talak, nafkah dan sebagainya
yang dikenali hari ini sebagai Fiqh Ahwal al-Syahsiyah.
d. Harta pusaka dan sebagainya yang dikenali sebagai Fiqh
Mirath
e. Jenayah dan balasannya yang dikenali sebagai Fiqh Jinaiy
f. Pemerintahan, hak rakyat kepada negara, perhubungan
antarabangsa dan sebagainya yang dikenali sebagai
Ahkam al-Sultaniyah.

Pembahagian sistem perundangan Islam dan


penjenamaannya berkembang mengikut perkembangan masa,
keadaan dan tempat.
Jika diteliti dari penulisan para fuqaha, akan dapati
perbincangannya juga merangkumi aspek-aspek undang-
undang yang cukup luas seperti undang-undang harta intelek,
undang-undang alam sekitar dan lain-lain
3. AKHLAK
 Akhlak merupakan sistem nilai yang merujuk kepada tingkahlaku,
perangai atau keperibadian seseorang; baik dan buruknya.

 Ianya adalah sesuatu yang tertanam di dalam jiwa dan diri seseorang
dan sukar disembunyikan, kerana sifat atau perbuatan yang baik dan
buruk itu akan terkeluar daripada diri individu itu secara serta merta
menurut gerak hatinya dan pancaran rohaninya.

 Cakupan akhlak dalam Islam merangkumi hubungan manusia dengan


Tuhannya, iaitu Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan manusia dengan alam.
Sebagai kesimpulannya:

 ketiga-tiga skop ajaran Islam tersebut mempunyai hubungkait di


antara satu sama lain. Seseorang yang berpegang teguh kepada
akidah Islam akan menghayati tuntutan shariah dan seterusnya akan
lahir daripada dirinya akhlak yang sempurna, sebagai manifestasi
daripada ketaatan terhadap tuntutan shariah yang berpaksikan
akidah yang murni.

 Penghayatan yang tidak sepadu terhadap ketiga-tiga asas utama ini


akan menggambarkan ketidaksempurnaan Islam seseorang itu.

 Ajaran Islam tidak mengiktiraf seseorang itu sebagai insan yang baik
sekiranya pegangan akidahnya longgar dan hidup tiada ketaatan
pada shariah, sekalipun peribadi lahirnya nampak seperti baik.

 Umum melihat bahawa seseorang yang akidahnya tidak sempurna,


shariah dan akhlaknya juga turut pincang. Tinggi atau rendahnya
akhlak seseorang itu, bergantung kepada kepercayaan yang
dimilikinya dan ketaatannya kepada shariah atau peraturan Allah
SWT.
1.7 SUMBER AJARAN ISLAM
 Sumber ajaran dan hukum Islam boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu:

1) Sumber asasi iaitu:


i.al-Quran
ii.al-Sunnah.

2) Sumber ijtihadi iaitu:


I.Yang disepakati:
I. al-ijma‘,
II. al-qias

II.Yang tidak disepakati, iaitu:


i. al-Masalaih al-mursalah
ii. al-Istihsan
iii. Sadd al-Zarai‘
iv. al- ‘Urf (Adat/Kebiasaan)
v. Syar‘u man qablana
1.8 KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM
 Berbanding dengan agama-agama ciptaan manusia (agama wad‘ie),
Islam merupakan agama yang unik dan istimewa apabila dilihat
pada ciri-ciri berikut:

i. Rabbani
 Ajaran Islam bersifat rabbani (ketuhanan) kerana sumber utamanya
ialah wahyu Allah SWT; al-Quran dan hadis.
 Atas faktor kewahyuan ini, segala prinsip dan hukum hakamnya
terpelihara daripada kesilapan dan kekurangan
 ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama
manusia dihadapan hukum Allah

ii. Syumul dan Lengkap


 Maksud kesyumulan Islam ialah ia merangkumi segenap aspek hidup
manusia, memenuhi segala kepentingan mereka samada dalam bentuk
daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat
Syumul dan Lengkap… samb
Ia juga menyusun dan mengatur hubungan manusia
dalam segenap rangkaiannya samada dengan Allah,
sesama manusia, serta hubungan dengan alam
sekeliling mereka.

Islam mengatur kehidupan manusia berpandukan


tiga asas utama yang sempurna, iaitu; akidah
(sistem kepercayaan), shariah (sistem perundangan)
dan akhlak (sistem nilai).

Islam menyediakan panduan bagi memenuhi


keperluan kehidupan dan kesejahteraan manusia di
dunia dan akhirat
iii. Sepadu dan Seimbang

 Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan di atas


dasar sepadu.

 Setiap satu bahagian daripada bahagian yang lain saling


berkaitan antara satu sama lain.

 OIeh itu Islam perlu diamalkan secara keseluruhanya oleh


manusia, bukan sebahagian yang tertentu sahaja.

 Apabila manusia hanya mengambil bahagian yang tertentu


dan meninggalkan perintah yang lain, akan cacatlah Islam
mereka serta pincanglah kehidupan masyarakat itu
iv. Tetap Dan Anjal

 bermaksud segala prinsip serta dasar yang telah digariskan


oleh Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bersifat tetap
dan tidak akan berubah hingga ke hari kiamat.

 Prinsip-prinsip tersebut sama ada menyentuh aspek akidah,


ibadah ataupun muamalat tidak boleh dipinda oleh sesiapa
kecuali oleh Allah SWT semasa wahyu masih diturunkan
melalui kaedah nasakh dan mansukh.

 Namun Islam bersifat anjal dan fleksibel boleh dilihat dari sudut
perlaksanaan syariah Islam.
 Terdapat beberapa aspek yang menunjukkan keanjalan syariah
antaranya ialah:

i. Terdapatnya nas-nas syarak yang bersifat umum serta terbuka


kepada pelbagai tafsiran. Contohnya suruhan menutup aurat
yang terdapat di dalam al-Quran tidak menghadkan satu fesyen
tertentu sahaja. Pokok permasalahannya ialah menutup aurat
dengan sempurna. Bagaimana caranya adalah terpulang
kepada keselesaan dan kesesuaian manusia itu sendiri
mengikut adat dan kebiasaan mereka.

ii. Syariah sentiasa bertolak ansur dengan pelbagai kelemahan


manusia seperti lupa, sakit, jahil, terpaksa dan sebagainya.
Syariat juga memberi kemudahan kepada manusia apabila
mereka berhadapan dengan kesukaran, kesempitan,
masyaqqah serta darurat.
v. Waqie atau Praktikal

 Islam bukanlah agama yang berbentuk teori semata-mata,


tetapi ianya perlu dihayati dalam bentuk pelaksanaan.

 Penghayatan terhadap Islam bukan sahaja bersangkut kepada


persoalan hati dan pemikiran, tetapi perlu dimanifestasikan
dalam bentuk perlakuan yang disebut sebagai ‘amal’ dan ianya
tetap di dalam kemampuan manusia.

 Sebagai Pencipta Yang Maha Mengetahui, Allah SWT tidak


mensyariatkan sesuatu yang di luar kemampuan hamba-
hambaNya.
vi. Tinggi dan Agung
 Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh
Allah SWT.

 Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran,3:19:


“Sesungguhnya agama (yang diredai) disisi Allah hanyalah
Islam…”

 Ketinggian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa


Islam itu agama samawi yang datang daripada Zat Yang
Maha Tinggi, iaitu Allah SWT.

 Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang


mempunyai kedudukan tertinggi yang tiada bandingannya
dengan lain-lain agama wad’ie atau agama budaya hasil
ciptaan manusia.
vii. Alami atau Sejagat
 Agama Islam dan ajarannya bersifat universal atau sejagat.
 Ertinya ia meliputi semua tempat dan masa. Tiada batas
geografi yang dapat mengasingkan syariat daripada manusia
walau di mana mereka berada.
 Atas sifat universal ini, maka syariat Islam mampu menjamin
kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka
sepanjang masa.
 Maksud Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad):
Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh
Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang
menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan
mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan
RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan
Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya
kamu beroleh hidayat petunjuk.” (al-A’raf,7:158)
KESIMPULAN
 Islam merupakan ajaran yang lengkap, menyeluruh dan mampu
memandu kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat.
 Terdapat berbagai keistimewaan yang meletakkan Islam sebagai
satu cara hidup yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan
fitrah penciptaan alam.
 Akidah, syariah dan akhlak merupakan prinsip-prinsip asas ajaran
Islam yang melengkapi setiap sudut dan aspek keperluan hidup
manusia.
 Semuanya ditunjangi oleh sumber-sumber utama ajaran Islam, iaitu
sumber asasi yang bersifat samawi; al-Quran dan al-Sunnah, serta
sumber ijtihadi seperti ijmak dan qias.
 Sebagai agama yang benar, umat Islam bertanggungjawab
menghayatinya dan menjaganya agar segar menjadi panduan hidup
ummah sepanjang zaman.
TAMAT BAB 1

Anda mungkin juga menyukai