Anda di halaman 1dari 11

NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM

770918-11-5225
LDM1200 - STEM

Kertas cadangan:

Keberkesanan Flipped Classroom Mata Pelajaran Asas


Sains Komputer (ASK) di Sekolah Menengah menggunakan
Aplikasi Google.

Bagi permohonan:
Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Peringkat pengajian:
Sarjana
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
1.0 Pengenalan

Landskap pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan setelah beberapa

transformasi pendidikan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pembelajaran abad ke-21 yang telah diperkenalkan di semua sekolah di Malaysia

bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif dan inovatif selain mampu

bersaing di peringkat global melalui penciptaan.

Bermula dengan transformasi kurikulum sekolah rendah pada tahun 2011 di

mana Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula digunakan. Kemudian pada

tahun ini, KSSR semakan 2017 dikeluarkan bagi memenuhi keperluan kemahiran abad

ke-21. Pada tahun 2017 juga, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mula

digunakan di seluruh sekolah menengah.

Di dalam KSSM, satu mata pelajaran baharu diperkenalkan iaitu Asas Sains

Komputer (ASK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi menggantikan mata

pelajaran Information and Communication Technology Learning (ICTL) dan Kemahiran

Hidup (KH) bagi pelajar menengah rendah serta mata pelajaran Sains Komputer (SK)

bagi pelajar menengah atas. Mata pelajaran tersebut diajar berdasarkan kepada tuntutan

keperluan kemahiran-kemahiran terkini di abad ke-21.

Transformasi pendidikan ini selari dengan perkembangan teknologi maklumat

dan komunikasi. Penggunaan media dia atas talian (online) sebagai bahan sumber

pembelajaran dan pengajaran telah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar

tentang sesuatu mata pelajaran. Maka, para guru perlu meningkatkan kemahiran

pedagogi terkini selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Persekitaran pembelajaran maya yang diperkenalkan oleh KPM melalui

penggunaan Frog VLE sedikit sebanyak telah merubah persekitaran pembelajaran di

sekolah. Dengan inisiatif ini, secara langsung telah meningkatkan kemahiran berfikir

2
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
pelajar melalui aktiviti di dalam bilik darjah yang memberi ruang kepada pelajar untuk

mencipta atau membina bahan pembelajaran mereka sendiri.

Kesemua transformasi kurikulum ini tidak lain tidak bukan untuk melahirkan

generasi yang berfikiran kreatif, inovatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu

masalah.

3
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
2.0 Penyataan Masalah

Mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) merupakan mata pelajaran baharu

yang diperkenalkan di sekolah menengah melalui Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM) pada tahun 2017. Ia merupakan kesinambungan kepada mata

pelajaran Teknologi Maklumat (TMK) di sekolah rendah. Sepatutnya pelajar tingkatan 1

sudah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang asas komputer dan teknologi

maklumat. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar merasakan apa yang dipelajari di

peringkat sekolah rendah ditinggalkan di sana dengan memulakan pelajaran baharu di

sekolah menengah. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru

bagi mata pelajaran TMK dan ASK kebanyakan masih lagi berpusatkan pelajar di mana

pelajar mendengar syarahan daripada guru, menyalin nota dan menjawab soalan latihan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional menyebabkan pelajar

bergantung harap kepada guru dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini

menjadikan murid sangat pasif tanpa sebarang persediaan yang akhirnya menajdikan

pelajar tersisih dan ada ketika dilupakan dalam proses pembelajaran.

Kebanyakan guru mengetahui tentang pembelajaran abad ke-21 yang

menekankan penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran, namun

pelaksanaannya di dalam bilik darjah didapati gagal. Antara faktor yang mendorong

kepada kegagalan adalah:

a) kurangnya aktiviti yang melibatkan pelajar;

b) kurangnya bahan rangsangan pembelajaran;

c) kurangnya ruang untuk pelajar memberi idea dan pendapat;

d) kurangnya interaksi antara guru dan pelajar; dan

e) keadaan bilik darjah yang kurang kondusif.

4
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
3.0 Latar Belakang

Persekitaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) boleh diwujudkan di dalam

bilik darjah apabila model pembelajaran yang dapat memberi ruang kepada pelajar untuk

mengembangkan potensi digunakan. Salah satu model pembelajaran yang telah banyak

digunakan ialah Flipped Classroom.

Model pembelajaran Flipped Classroom berbeza dengan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang biasa, di mana pelajar mempelajari sesuatu topik atau konsep

baharu di rumah sebelum ia diajar di dalam kelas melalui perbincangan, aktiviti

berkumpulan dan gerak kerja yang meningkatkan kefahaman pelajar. Dengan model

pembelajaran ini, rakan sekelas dan guru bersama-sama membantu menyelesaikan

masalah tentang topik tertentu.

Dalam mengaplikasikan model pembelajaran Flipped Classroom, guru

berperanan sebagai pembimbing dengan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar

secara aktif, keadaan ini diharapkan dapat menukarkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar.

Model pembelajaran Flipped Classroom telah terbukti memberikan hasil

pembelajaran yang lebih baik dari segi pencapaian pelajar terhadap objektif

pembelajaran. Kajian ini menggunakan model Flipped Classroom untuk mengamalkan

pendidikan STEM dalam konteks mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) di sekolah

menengah dengan menggunakan aplikasi Google sebagai alat sokongan dan asas

kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) dalam

menilai keberkesanan Flipped Classroom.

Google sentiasa menyokong perkembangan dunia pendidikan dengan

menyediakan banyak aplikasi yang bersesuaian untuk para pelajar dan guru. Ini terbukti

apabila Google menyediakan satu produk yang dinamakan Google Suite For Education.

Melalui Google Suite For Education, beberapa aplikasi yang sesuai untuk digunakan di

5
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
dalam bilik darjah antaranya, Google Classroom, Google Drive, Google Sites, Google

Docs, Google Sheets, Google Slides dan banyak lagi. Aplikasi Google Classroom sangat

sesuai digunakan untuk menjalankan model Flipped Classroom.

Google Classroom merupakan platform pembelajaran yang dibangunkan oleh

Google untuk memudahkan mencipta, mengedar dan menggred tugasan tanpa kertas.

Melalui Google Classroom, guru boleh memberi bahan atau sumber pembelajaran dan

tugasan kepada pelajar secara atas talian. Bahan atau sumber pembelajaran boleh di

dalam pelbagai media antaranya video, imej, teks atau audio. Guru hanya perlu memuat

naik bahan pembelajaran ke dalam Google Classroom, pelajar akan menggunakan

bahan pembelajaran tersebut untuk mendapatkan idea awal atau pemahaman awal

tentang sesuatu topik yang akan dipelajari.

Semasa di bilik darjah, melalui Google Classroom, guru akan memberi tugasan

kumpulan untuk disiapkan semasa sesi pembelajaran. Kemudian, pelajar akan

mempersembahkan hasil tugasan dan menghantarnya setelah selesai. Semua aktiviti ini

berlaku secara atas talian.

Di dalam aplikasi Google Classroom ini, terdapat pilihan untuk guru

bertanyakan soalan kepada pelajar. Guru akan mengeluarkan soalan dan pelajar akan

memberi jawapan mereka pada ruangan komen. Dengan cara ini, guru akan

memperolehi respon jawapan daripada hamper semua pelajar di dalam kelas tersebut.

Guru boleh menggunakan teknik penyoalan yang menjurus kepada KBAT dan pelajar

mempunyai ruang untuk memberi pendapat dan idea mereka.

6
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
4.0 Objektif

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) membandingkan kesan penggunaan model Flipped Classroom dengan bilik darjah

tradisional terhadap pencapaian pelajar dalam memahami mata pelajaran Asas

Sains Komputer (ASK) menggunakan aplikasi Google;

b) membandingkan jenis-jenis soalan yang ditanya oleh guru di dalam bilik darjah

tradisional dengan Flipped Classroom menggunakan aplikasi Google; dan

c) membandingkan persepsi guru dan pelajar mengenai pengalaman belajar di dalam

bilik darjah biasa dengan Flipped Classroom menggunakan aplikasi Google.

5.0 Persoalan Kajian

a) Adakah pelaksanaan Flipped Classroom menggunakan aplikasi Google dapat

meningkatkan pengetahuan pelajar tentang mata pelajaran Asas Sains Komputer

(ASK)?

b) Bagaimana jenis-jenis soalan yang ditanya oleh guru dan pelajar di dalam bilik darjah

tradisional dengan Flipped Classroom menggunakan aplikasi Google berbeza?

c) Bagaimana persepsi guru dan pelajar mengenai pengalaman belajar di dalam bilik

darjah biasa dengan Flipped Classroom menggunakan aplikasi Google berbeza?

7
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
6.0 Metodologi

Kajian ini akan akan dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Seremban

dengan menggunakan rekabentuk kajian campuran kualitatif dan kuantitatif. Kaedah

mengutip data yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah melalui ujian pra dan ujian

post, temubual guru dan pelajar, soal selidik serta pemerhatian di bilik darjah.

Kajian ini akan melihat lebih jauh bagaimana Flipped Classroom dengan menggunakan

aplikasi Google dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dalam mata pelajaran

Asas Sains Komputer (ASK).

7.0 Kepentingan kajian

Kajian ini akan menjadi sokongan kepada guru-guru STEM, dengan memberi contoh

rangka kerja pelaksanaan Flipped Classroom di dalam bilik darjah menggunakan aplikasi

Google.

8
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
8.0 Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di


Sekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran: Asas Sains Komputer Tingkatan 1. Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

Cynthia J. Brame. (2013). Flipping The Classroom. Center For Teaching, Venderbilt
University.

Sara Arnold-Gaza. (2014). The Flipped Classroom Teaching Model and Its Use For
Information Literacy Instruction. Communications in Information Literacy.

Graham Brent Johnson. (2013). Student Perceptions Of The Flipped Classroom. The
University British Columbia.

http://edu.academia.co.uk/10-benefits-using-google-apps-education/

https://static.googleusercontent.com/media/edu.google.com/en//pdfs/case-
studies/cramlington-learning-village-case-study.pdf

https://static.googleusercontent.com/media/edu.google.com/en//pdfs/case-studies/city-
heights-e-act-academy-case-study.pdf

9
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
9.0 Perancangan pengajian

Program Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) melalui Mod Kerja Kursus dan Tesis (40 unit):

a) Kerja kursus (28 unit):

i) 5 Kursus Teras Fakulti (13 unit)

GGGB6012 Penulisan Akademik I

GGGB6022 Penulisan Akademik II

GGGB6013 Kaedah Penyelidikan I

GGGB6023 Kaedah Penyelidikan II

GGGC6033 Isu-isu Pendidikan di Malaysia

ii) 5 Kursus Pengkhususan (15 unit)

GGGE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan

Teknologi Maklumat

GGGE6453 Pengeluaran dan Penggunaan Media Pengajaran

GGGE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

GGGE6553 Rekabentuk dan Penggunaan Kemudahan Maklumat

GGGE6663 Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer

b) Tesis (12 unit)

10
NIK HAZIMIN BIN NIK HASHIM
770918-115225
LDM1200 - STEM
10.0 Maklumat Institusi-institusi

Institusi Pengajian Nama Jumlah keseluruhan jam kredit


Bil
Tinggi yang dipilih kursus/program yang ditawarkan

Universiti Sarjana Pendidikan


40 (28 kredit Kerja Kursus dan 12
1 Kebangsaan Sumber dan
kredit Disertasi)
Malaysia (UKM) Teknologi Maklumat
Sarjana Pendidikan
Universiti Malaya Sains dengan 58 (18 kredit Kerja Kursus dan 40
2
(UM) Teknologi Maklumat kredit Disertasi)
dan Komunikasi
Universiti
Sarjana Pendidikan 42 (24 kredit Kerja Kursus dan 18
3 Pendidikan Sultan
Teknologi Maklumat kredit Disertasi)
Idris (UPSI)

11

Anda mungkin juga menyukai