Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS

42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS KERJA
BENGKEL GOOGLE CLASSROOM

TARIKH:
11 JANUARI 2020 (SABTU)

TEMPAT :
MAKMAL KOMPUTER SK SUNGAI MANGGIS

ANJURAN :
UNIT KEMAJUAN STAF

DISEDIAKAN OLEH :
NORDINA BINTI RAZALI
KERTAS KERJA
BENGKEL GOOGLE CLASSROOM
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS

1.0 PENGENALAN

Setelah 1Bestarinet ditamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menggunakan pelantar pembelajaran baru iaitu Google Classroom bagi menggantikan Frog VLE.
Google Classroom merupakan perkhidmatan internet yang dibangunkan oleh Google bertujuan untuk
memudahkan urusan pembahagian dan penandaan tugasan sekolah tanpa menggunakan kertas. Selain
itu, proses perkongsian fail antara para guru dan murid juga lebih mudah dan selaras. Bengkel ini bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SK Sungai Manggis tentang pelantar pembelajaran baru
yang mesra pengguna dan ringan. Selain itu, bengkel ini juga merupakan perkongsian dan pendedahan
mengenai senario amalan PAK21 dalam Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran menggunakan aplikasi
Google Classroom.

2.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : BENGKEL GOOGLE CLASSROOM

Tarikh : 11 Januari 2020

Hari : Sabtu

Masa : 08.00 Pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Seri Manggis, SK Sungai Manggis

Sasaran : Semua Guru SK Sungai Manggis

Urus Setia : Unit Perkembangan Staf

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir bengkel ini guru-guru SK Sungai Manggis dapat

1. Pendedahan tentang pelantar pembelajaran baru iaitu Google Classroom yang menggantikan
Frog VLE.

2. Menggunakan Aplikasi Google Classroom sebagai medium pengajaran dan pembelajaran atas
talian khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke -21.
4.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA:

Pengerusi : Puan Rokiah binti Md Nor (Guru Besar)


Naib Pengerusi I : Encik Mohd Raihan bin Kasim (PK Pentadbiran dan Kurikulum)
Naib Pengerusi II : Encik Mohd Fazil bin Hashim (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi III : Encik Hairul Azri bin Abidin (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Nordina binti Razali
Pen. Setiausaha : Encik Jumly bin Abdul Aziz
Bendahari : Puan Megawati binti Mohd Badaron

AJK Pendaftaran
Puan Noor Hayati binti Ahmad

AJK Persediaan Tempat


Encik Zakaria bin Mohamed

AJK Penyediaan LCD/Komputer


Encik Jumly bin Abdul Aziz

AJK Dokumentasi
Encik Muhammad Azmil bin Madzlan

AJK Sistem Siar Raya


Encik Azham bin Tukiaman

AJK JAMUAN
Pn Mariati binti Adnan

AJK Sijil Penghargaan


Puan Nordina binti Razali

Penceramah:
Encik Jumly bin Abdul Aziz
Guru Google Classroom
5.0 JADUAL LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

MASA AKTIVITI TINDAKAN


8.00 – 8.30
Pendaftaran & Sarapan AJK Pendaftaran
pagi

8.30 – 8.10 Bacaan Doa & Taklimat LDP Encik Zakaria Mohamed
pagi Puan Nordina Razali

8.10 pagi
- Bahagian 1
10.00 pagi Apa itu Google Classroom? Encik Jumly bin Abdul Aziz

10.00 pagi Bahagian 2


- Bengkel Amalan Pembelajaran Abad Ke 21 Encik Jumly bin Abdul Aziz
12..30 tgh Menggunakan Aplikasi Google Classroom

6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. Perkara Jumlah


(RM)
1. Makanan
(ditaja oleh guru) RM5 x 33 orang = RM165

Jumlah RM165

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar objektif perlaksanaan program ini berjaya dicapai. Pihak
jawatankuasa juga percaya bahawa dengan adanya komitmen dan tanggungjawab semua pihak pasti
kekurangan dan kelemahan program akan dapat diatasi. Sekali lagi Unit Kemajuan Staf SK Sungai Mangis
mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

………………………………………
(NORDINA RAZALI)
Setiausaha
Unit Kemajuan Staf
SK Sungai Manggis

Anda mungkin juga menyukai