Anda di halaman 1dari 12

Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan dari

pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak.
Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli
masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang
terlibat adalah keguruan, perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan professional? Menurut Ornstein dan Levine


( 1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan
ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang
professional. Ini juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat
latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi
serta mempunyai kod etika yang tersendiri.

Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion
perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari
ini dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar
kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak
isu mengenai salah laku guru tersiar di internet ataupun dada-dada akhbar. Ini
sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu
profesion yang mulia dan suci.

Di sini, saya memilih untuk membincangkan Masalah Penyalahgunaan Masa


sebagai isu yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap
terjadi di kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang
umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak
termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, muridmurid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walaubagaimanapun, sejak
kebelakangan
ini
timbul
isu
penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu
penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus
kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendung isu ini daripada terus menular.

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa
memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguhsungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan

oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru
menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan
dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak
di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari ( misalnya mengajar
tuisyen, berniaga di pasar malam, mengajar dance, membuat persembahan
tarian) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari
dan banyak lagi. Walaupun saya tidak menjalankan kajian penyelidikan tentang
masalah ini tetapi melalui pengamatan saya, adalah wajar masalah ini diberi
perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin tidak terlalu serius tetapi jika
dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru dan
merugikan murid. Ramai guru masih tidak menyedari hakikat ini. Jadi, saya
berharap agar saya dapat menangani isu ini dalam diri saya agar tugas saya
sebagai bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan kepada murid-murid saya.

Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam


tempoh bertugas, saya ingin merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu di
patuhi guru ketika berada dalam perkhidmatan. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah
sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi
penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan
di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga
merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak
dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh
persekolahan.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru
berkaitan pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani
buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa
sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah
yang menggunakan punch card atau menggunakan perisian komputer yang
menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula
diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada halhal tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu
juga jika terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan
dan upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat
kebenaran dari Guru Besar.

Selain itu, pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa
perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti,
menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar,
menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah
aktiviti yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi
tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran.

Di bawah ini, saya akan menyatakan perkara yang membawa kepada


penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari
atau tidak disedari. Yang paling utama adalah guru lewat masuk ke dalam kelas.
Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk
berjalan dari sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke
kelas dan kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas.
Sekiranya waktu pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi
bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh semangat. Maka,
fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan
masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas,
guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak
wajar bagi seorang guru.

Menurut laporan artikel yang saya membaca, guru yang suka lewat masuk kelas
biasanya akan memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu atau tidak
ingat. Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang
perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru
besar atau pengetua. Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan
pelbagai borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa
menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan. Murid-murid yang
datang ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.Sejak
awal pagi mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang
maha suci untuk belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada
segelintir guru yang mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya
pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam
kelas. Pelbagai gejala negatif akan timbul jika tiada kawalan guru.Secara peribadi,
penulis laporan artikel ini berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan
langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak
boleh diterima lagi.

Mengikut pemerhatian saya semasa praktikal dan internship di sekolah, saya


juga ternampak fenomena negatif yang sama berlaku dengan apa yang ditulis
dalam laporan artikel tersebut. Pada permulaannya, saya tidak berapa mengambil
berat tentang masalah ini. Namun ada satu kali murid-murid kelas saya
memberitahu bahawa guru kelas mereka setiap kali akan lewat masuk ke kelas.
Setiap kali loceng sudah berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas, mereka akan
meminta saya jangan keluar dulu dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran
saya lagi. Saya berasa amat aneh, dan tidak berapa percaya dengan apa yang
mereka kata. Mereka panggil saya membuat satu eksperimen, tengok berapa lama
guru kelas itu masuk ke kelas. Memang, guru itu telah pun datang selepas 20minit
kemudian dengan langkah perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam
kelas, dia berterima kasih kepada saya kerana membantunya mengawal kelas. Ada
satu kali lagi, dia memesan saya mencari dia di kelas pada waktu akhir untuk
mengambil barang dengannya di bilik seni. Saya sudah lewat 10minit pergi
mencari dia di kelas itu, tetapi apabila saya sampai sana, kelas itu tiada guru,
murid-murid membuat bising, jalan sana sini. Selepas itu, rakan sejawat saya
memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin. Saya pun mencari dia di kantin.
Apabila saya nampak dia, dia sedang melengan-lengan serta berbual-bual dengan
penolong pengetua sambil memilih lauk pauk di sana.
Saya kemudian
menanyakannya kenapa puan tidak ada di kelas, bukannya puan pesan saya cari
puan? Dia hanya senyum sahaja dan kemudian kami berdua mencari bahan hiasan
di bilik seni. Dia pun mencari bersama-sama dengan saya sehingga loceng berbunyi
dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini sudah bukan
lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh temeh.
Selain itu, Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum ataupun guru akan sering
memesan kami untuk menggantikan kelas mereka . Kadang-kala alasan mereka
adalah bagi kami membuat kajian tindakan dan sebenarnya kami juga perlu
waktu yang extra bagi membuat kajian tindakan dengan murid-murid. Jadi, ini
merupakan satu situasi dipanggil win win. Bukan ini sahaja, guru yang tidak
masuk kelas kerana terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat,
berkhusus, pergi hospital memeriksa badan kerana ada appointment dengan
doctor dan sebagainya. Masalah ini perlu dititikberatkan sebelum ia menjadi parah.

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan.


Perkara yang ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada
guru tetapi juga kesan kepada murid itu sendiri memandangkan isu
penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih banyak merugikan mereka. Beberapa
kesan yang dapat dilihat ialah:

a)
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat
kurangnya kualiti dan produktiviti.

Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000


mendefinisikan kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan
tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan
perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa.
MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000
dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk
kepada Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi
Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh
tentang kefahaman kehendak dan pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru
menunjukkan kemampuan mereka dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang
diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.

Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling


Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai
Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan
sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka,
output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu
dan kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada
tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri.
Mengapa pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan
masa? Jika kita merujuk kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan
beberapa panduan untuk meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk
meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah
bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor
tersebut ialah:

i.

Tenaga manusia (guru-guru)

ii.

Sistem dan prosedur

iii.

Struktur organisas

iv.

Gaya pengurusan

v.

Persekitaran kerja

vi.

Teknologi

vii.

Bahan-bahan

viii.

Kelengkapan modal

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak
lagi jika penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti
kerana guru tidak bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif,
tidak menyediakan atau menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak
menyediakan bahan dan alatan yang bersesuaian dan tidak melakukan refleksi
pengajaran
untukmengenalpasti
dan
menyelesaikan
masalah
murid.
Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam
menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.

Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan
melalui teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka,
pakaian malah personaliti guru tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan
slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983.
Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang
berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu,
ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan
kakitangan awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi
murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering
mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah,
mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi
sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak
berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa
mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu
bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.

c)
Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak
berlaku.

Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian
tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran
mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu

mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya
jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan
atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat
kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan
masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk
mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal
pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan
jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan
sebelum ini.

Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang


kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan
pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan
tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu
persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.

d)

Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.

Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus
tertentu dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di
sekolah mereka. Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih
matlamat untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk
menjadi guru cemerlang Matematik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk
mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk mendokumentasikan aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu,
Cikgu Hadi akan menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan
dokumentasi tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala
tujunya dalam kerjaya. Sebagai guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk
memenuhi keperluan murid. Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk
memikirkan sesuatu yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat
melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terdapat
beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat, keberanian,
keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru
itu mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif, maka isu penyalahgunaan
masa ini dapat dikurangkan.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama


kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu
dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang
komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah.
Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah
diamanahkan sehinggalah tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguhsungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah
gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang
lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada
berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga
lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana
mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat
buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli professional dan
murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahn ini adalah
merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga
akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan
guru dalam mendidik anak-anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak
dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan
individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahn ini
tidak terus menular dan menjari semakin parah dan teruk.

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan


Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru
ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih
baik? Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan
mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi
kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar,
nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem
tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.

Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka
bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan
kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak
kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi

masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan


masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta
terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya
yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka
seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa.
Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan
dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada
keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu
mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku
yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.

Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan
orang lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu
W(wants), D(directions),
E(evaluation) dan P(planning).

Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan


seperti di bawah:
a)

Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )

Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam


kehidupan. Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan
masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah
menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut
ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke
dalam kelas, mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah
pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini
hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru
tersebut.

b)

Directions ( terarah dan lakukan )

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk
masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi
perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk
mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka
dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula,
sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah

mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka
akan tercapai.

c)

Evaluation ( penilaian )

Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai


ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa
halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini.
Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes
ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan
masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk
meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari
keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga
sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan
rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

d)

Plan (perancangan)

Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat


perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah
mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru
perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut
demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan
muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea
rah kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini
ialah:
a.

Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.

b.

Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.

c.
Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai
hal-hal pengajaran
dan pembelajaran.
d.

Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.

e.

Menjalankan penyelidikan tindakan.

f.
Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard
kecukupan.

Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari


semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya
pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa
di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha
mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang
bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru
tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan
tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada
guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan
cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah


ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah
memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam
penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat
juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik.
Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri
tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan
dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk
berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan
yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifatsifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan
log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada
pembaziran masa.

Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Quran, Surah Al-Asr,
Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. Demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. Maka, di
dalam Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak
menggunakan masa dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru
adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba
menerapkan kepentingan masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh
dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna. Pepatah Arab ada
menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak menggunakan untuk
memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua
bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. Sebagai
guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya
dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu
pencuri masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang

yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang
perlu dihayati insan bernama guru.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa


adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan
masa juga melibatkan hokum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal.
Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita
dengan perkara-perkara yang dapat member faedah yang berguna untuk pelajarpelajar kita. Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat
penting dan perlu diberi perhatian. Justeru seluruh warga pendidik perlu
memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk murid-murid ini menjadi
warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.

Anda mungkin juga menyukai