Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI INDIVIDU

NURUL JANNAH BINTI HUSSIN


910320105876
124157

Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu ingin saya merafakkan kesyukuran kepada
Ilahi di atas kesempatan waktu dan kelapangan minda yang telah dikurnia untuk saya dan
ahli kumpulan saya yang lain di dalam usaha untuk menyiapkan Kerja Kursus Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3083) ini. Seterusnya, ingin
saya memberikan sekalung penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik
Mohd Kholid Bin Salleh kerana sudi untuk memberikan tunjuk ajar dan sentiasa bersedia
untuk bertemu dengan kami. Tidak hanya itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan
kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam iaitu tempat saya menjalani
latihan internship selama empat minggu.
Sepanjang saya menjalani latihan internship di sekolah tersebut, terdapat beberapa
perkara atau perubahan yang wajar ditimbangtara sebagai satu pembaharuan dan
cadangan penambahbaikan kepada organisasi sekolah. Perkara pertama adalah mengenai
struktur tugasan. terdapat kira-kira empat belas jawatankuasa unti atau panitia di dalam
sekolah ini. Namun, pembahagian tugas bagi setiap unit dilihat kurang berkesan
memandangkan jawatan yang ditubuhkan hanyalah pengerusi, setiausaha dan ahli
jawatankuasa. Tugas penting seperti bendahari tidak terdapat di dalam struktur tersebut. Hal
ini menyebabkan terdapat beberapa panitia yang mengeluh apabila kebanyakan tugas
hanya tergalas di bahu pengerusi unit semata. Jadi, sebagai penambahbaikan untuk
mewujudkan satu organisasi unit yang lebih efisyen, jawatan bendahari wajar untuk
diwujudkan kerana sebagai sebuah sekoalh yang aktif, Sekolah Kebangsaan Tanjung
Gelam kerap kali menjalankan aktiviti bagi setiap panitianya dan memerlukan urusan
pengiraan bajet, penutupan dan pembukaan akaun serta audit kewangan unit.
Selain dari itu, terdapat beberapa unit panitia yang wujud hasil gabungan beberapa
subjek sebagai contoh Kajian tempatan dan Sejarah, Bahasa Arab dan j-Qaf, Kemahiran
Hidup dan Reka Bentuk, serta Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dengan Dunia Sains dan
Teknologi. Penggabungan ini berlaku kerna berlakunya kekurangan guru untuk memegang
jawatan. Namun, subjek Pendidikan Sivik Kewarganegaraan kurang sesuai untuk diletak di
bawah satu payung yang sama dengan subjek Dunia Sains dan Teknologi memandangkan
kurikulum keduanya yang sangat jauh berbeza. Hal ini akan menyukarkan para guru di
dalam unit berkenaan untuk melakukan aktiviti yang boleh melibatkan atau bertepatan
dengan kedua-dua subjek sekali gus. Penggabungan subjek Sejarah dan Kajian Tempatan
di bawah satu unit dilihat lebih relevan kerana kedua-duanya mempunyai asas kurikulum
yang sama.
Penggunaan kaedah punch card juga masih digunakan di dalam sekolah tersebut.
Sistem punch card ini berfungsi untuk mengetahui waktu masuk dan keluar seseorang guru.
Namun hakikatnya sistem ini dilihat kurang efektif dalam kalangan guru. Ini kerana sekiranya
seorang guru yang datang lewat ke sekolah, beliau boleh menyuruh guru lain yang datang
awal untuk mendaftar kehadirannya melalui kaedah punch card ini. Malah, terdapat
beberapa orang guru yang meminta anak-anak dan pengawas untuk melakukan punch card
bagi pihaknya. Oleh itu, untuk mengelakkan penipuan waktu keluar masuk guru, pihak
pentadbir sekolah boleh menggunakan sistem mengimbas ibu jari. Sistem ini amat berkesan
kerana setiap guru perlu mengimbas ibu jari mereka selepas masuk sekolah dan sebelum
keluar dari sekolah. Sistem ini dapat merakam kehadiran guru setiap kali. Pihak sekolah
juga boleh melihat semula guru yang datang lewat ke sekolah dalam sistem ini.
Tidak hanya itu, program perhimpunan harian turut boleh difikir dan dikaji semula
oleh pihak pentadbir sekolah. Hal ini kerana kebanyakan perhimpunan harian ini seringkali
terlebih masa sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek di
masa pertama persekolahan. Guru-guru harus bijak merumus segala perkara yang ingin
dimaklumkan kepada murid di dalam masa yang singkat dan menggunakan perhimpunan
mingguan sebagai tempat yang sesuai untuk membuat pengumuman dan sebagainya.
Namun, apa yang diperhatikan, setiap hari akan ada guru yang akan menyampaikan
maklumat dan nasihat kepada murid-murid walaupun perkara terbabit hanya melibatkan
murid di dalam sebuah atau dua buah kelas. Rutin membaca doa dan zikir adalah satu
perkara yang baik. Namun, pihak sekolah harus memikir jalan yang sesuai untuk
melaksanakannya. Mungkin bukan dengan cara mengadakan perhimpunan harian tetapi
murid hanya perlu berdiri dan beratur di luar kelas setiap hari selama 5 minit dan pengawas
akan mengawasi kelas terbabit ketika doa dan zikir dibacakan.
Perkara yang seterusnya adalah mengenai tempat duduk guru-guru. Sekolah ini
mempunyai sebuah bilik guru yang luas namun kurang diselenggara dengan baik sehingga
menyebabkan kebanyakan guru memilih untuk berpindah ke bilik yang lain. malah, alasan
tidak mahu mendaki tangga sehingga ke tingkat dua menjadi faktor guru memilih untuk tidak
berada di dalam bilik guru. Sehingga proses internship tamat, hanya terdapat kira-kira enam
orang guru sekolah yang berada di dalam bilik guru berkenaan. Hal ini menyebabkan
kebanyakan maklumat sukar untuk disalurkan dengan baik sehingga berlaku salah faham
dan ketirisan maklumat. Malah, pihak pelawat dan pemantau seringkali berdepan dnegan
kesukaran untuk mencari guru-guru tertentu kerana kedudukan guru yang berselerak di
beberapa kawasan lain seperti di bilik mesyuarat, bilik bahan bantu mengajar, bilik j-Qaf,
makmal, perpustakaan dan sebagainya. Jadi, adalah lebih baik jika guru besar menetapkan
satu tempat yang khas untuk para guru agar urusan pentadbiran akan menjadi lebih licin
tanpa gangguan.
Proses internship selama 4 minggu yang bermula dari 6 Julai 2014 hingga 7 Ogos
2014 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam telah memberi begitu banyak pengalaman
dan mampu untuk meningkatkan tahap kefahaman mengenai perkembangan
profesionalisme seorang guru. Antaranya ialah mengenai rutin seorang guru yang wajar
dipatuhi. Perkara-perkara sebegini telah menjadikan saya sebagai seorang bakal guru yang
mempunyai pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai profesion seorang
guru. Terutamanya mengenai tugasan-tugasan seperti penyediaan fail samada fail mata
pelajaran, fail peribadi, fail murid, fail jawatankuasan, fail pentaksiran berasaskan sekolah
dan sebagainya. Selain dari tugas tersebut, guru juga dituntut untuk patuh kepada arah
pentadbir seperti menghadirkan diri dalam mesyuarat, mengikut arahan yang telah
dikeluarkan oleh guru besar, hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan dan menyokong
aktiviti dan program yang telah dianjurkan oelh pihak sekolah.
Selain dari itu, guru-guru dan pihak pentadbir sekolah sering menyatakan tentang
kepentingan seorang guru untuk menjaga penampilan agar kekal berkarisma dan
berketrampilan. Tidak dapat dinafikan penampilan seorang guru itu penting kerana ia
menjadi ikutan dan contoh kepada murid-murid di dalam sesebuah sekolah. Guru-guru di
sini telah memberikan contoh dan panduan terbaik kepada kami sepanjang memegang
jawatan sebagai guru pelatih di sekolah terbabit. Antaranya ialah berkasut gelap, memakai
tanda nama, penggunaan warna dan jenis pemakaian yang sesuai. Gaya berpakaian
seorang guru itu akan mencerminkan tahap profesionalisme yang dimilikinya secara sendiri.
Tidak hanya itu, saya juga belajar agar tidak menjadi bias atau pilih kasih dalam
mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme seorang guru. Murid yang bersekolah di sini
datang dari kelas sosial dan ekonomi yang berbeza-beza dari anak seorang nelayan kepada
anak seorang Yang Berhormat wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri. Oleh itu, sebagai
seorang guru adalah penting untuk menunjukkan sikap profesional dengan melayan semua
murid dengan adil dan saksama. Guru tidak seharusnya melebihkan murid yang bijak dan
kaya sebaliknya mengenepikan golongan murid yang kurang berkemampuan atau yang
mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan. Jika guru bertindak sedemikian,
maka unsur professional dalam diri guru sebenarnya telah hilang.
Yang terakhir sekali, melalui pengalaman dan pemerhatian saya dapati bahawa
kemahiran di dalam ICT dan pengetahuan tentang isu semasa boleh meningkatkan tahap
profesionalisme seorang guru. Hal ini kerana murid-murid di sekolah hampir ke semuanya
celik teknologi dan mahir di dalam penggunaan gajet-gajet yang canggih. Jadi, guru tidak
seharusnya tidak selangkah di belakang murid, maka guru sendiri harus mempertajanmkan
kemahirannya di dalam bidang ini dan cuba sedaya upaya untuk menyelitkan unsur
penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, guru turut perlu
memperkemaskan diri dengan isu-isu semasa samada glokal atau global kerana di zaman
internet di hujung jari ini kebanyakan murid sudah tahu bagaimana sumber untuk
mendapatkan berita-berita terkini dan mungkin meminta pandangan dan ulasan daripada
guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai